You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH

73400 GEMAS,
NEGERI SEMBILAN. TEL/FAX : 07-
9485978/FAX: 07-9481894
________________________________________________________________________

Ketua Polis Daerah Tampin,


Polis Diraja Malaysia,
73000 Tampin,
Negeri Sembilan.
(u.p.: Sarjan Razi bin Jahi) 12 Januari 2017

Tuan/Puan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH

Dengan hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Londah akan mengadakan satu


Kursus Kepimpinan Murid dan Ceramah Motivasi untuk Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat
Sumber Sekolah (PSS) serta Ketua dan Penolong Kelas. Ceramah tersebut akan dijalankan
seperti berikut:
Tarikh : 21 Januari 2017 (Sabtu)
Tempat : Dewan Terbuka SK Londah
Masa : 8.30 pagi 10.00 pagi
Peserta : Pengawas Sekolah, Pengawas PSS serta Ketua dan
Penolong Ketua Kelas seramai 56 orang.
3. Sehubungan itu , kami ingin menjemput pihak tuan/puan untuk menyampaikan ceramah
motivasi tersebut. Bersama ini juga disertakan tentatif program untuk rujukan pihak tuan/puan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi En Mohd Tamrin b M. Rakoff (Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid) di talian 07-9485978.

5. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memenuhi jemputan kami.
Segala kerjasama dari pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''

Saya yang menurut perintah,

................................
( PN ROSNAINI BT AB LATIFF )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Londah
73400 Gemas, Negeri Sembilan
SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH
73400 GEMAS,
NEGERI SEMBILAN. TEL/FAX : 07-
9485978/FAX: 07-9481894
________________________________________________________________________

Rujukan Kami : SKL / 650 ( ) ( )


Tarikh : 16 Januari 2017

Kepada,
Ibu Bapa dan Penjaga
Pengawas, Pengawas Pusat Sumber (PSS) dan Ketua dan Penolong Kelas Tahun 3, 4, 5 dan 6

Tuan / Puan ,
KURSUS KEPIMPINAN MURID & CERAMAH MOTIVASI UNTUK PENGAWAS
SEKOLAH, PENGAWAS PSS SERTA KETUA DAN PENOLONG KELAS TAHUN 3, 4, 5
DAN 6

Merujuk perkara di atas, pihak sekolah akan menjalankan program tersebut berdasarkan
ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 21 Januari 2017 (Sabtu)


Tempat : Dewan Terbuka SK Londah
Masa : 7.30 pagi 1.00 petang

2. Sehubungan itu, kami berharap pihak tuan/puan dapat menghantar anak tuan/puan ke
sekolah.

3. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''

Saya yang menurut perintah,

................................
( PN ROSNAINI BT AB LATIFF )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Londah
73400 Gemas, Negeri Sembilan
SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH
73400 GEMAS,
NEGERI SEMBILAN. TEL/FAX : 07-
9485978/FAX: 07-9481894
________________________________________________________________________

Ruj. Kami : SKL / 650 ( ) ( )


Tarikh : 17 Januari 2017
MEASAT Broadcast Network Systems,
All Asia Broadcast Centre,
Technology Park Malaysia,
Lebuhraya Puchong Sungai Besi,
57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur.
( u.p : ASTRO CAMPUS )

Tuan/Puan,

PERMOHONAN PENYELENGGARAAN DAN PENGGANTIAN DECODER ASTRO CAMPUS

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, decorder astro kami mengalami kerosakan yang
mana tiada paparan walaupun dalam mode stanby. Pelajar dan guru tidak dapat menonton
siaran Astro Campus.

3. Sehubungan itu, kami ingin memohon jasa baik tuan/puan untuk menghantar juruteknik
pihak tuan/puan untuk menyelenggara dan menggantikan decorder yang mengalami kerosakan
ini.

4. Disertakan butiran akaun Astro Campus sekolah kami.

4.1 Nama Sekolah : SK Londah, Gemas Negeri Sembilan


4.2 Kod Sekolah : NBA 5012
4.3 No. Akaun Astro :
4.4. No. Smartcard :

5. Diharapkan permohonan kami ini mendapat pertimbangan dan perhatian daripada pihak
tuan/puan dengan sewajarnya. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pn Ruzita bt Yahya.
Guru Perpustakaan Media SK Londah , di talian 013-2090846.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

.........................................
( PN ROSNAINI BT AB LATIFF )
SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH
73400 GEMAS,
NEGERI SEMBILAN. TEL/FAX : 07-
9485978/FAX: 07-9481894
________________________________________________________________________
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Londah
73400 Gemas, Negeri Sembilan

s.k : 1. Fail