You are on page 1of 9

Isi Kandungan

1.0 Pendahuluan............................................................................................................2

2.0 Konsep Waqiiyah....................................................................................................2

2.1 Ibadah Waqiiyah..................................................................................................3

2.2 Akhlak Waqiiyah..................................................................................................4

2.3 Syariah Waqiiyah.................................................................................................6

2.4 Akidah Waqiiyah..................................................................................................7

3.0 Kesimpulan..............................................................................................................7

5.0 Rujukan....................................................................................................................9

1
1.0 Pendahuluan

Mensyukuri nikmat yang diturunkan oleh Allah S.W.T adalah satu kemestian. Akan
tetapi, jika seseorang hamba itu tidak menyedari sebuah nikmat yang telah diperoleh,
bagaimanakah sesesorang itu sedar dan mensyukuri nikmat tersebut? Tedapat nikmat
yang dipandang enteng oleh umat manusia iaitu nikmat kesempurnaan Islam. Allah
S.W.T telah menjadikan agama Islam ini sebagai agama yang sempurna.
Kesempurnaan tersebut adalah nikmat yang paling agung yang dikurniakan oleh Allah
S.W.T kepada umat manusia.

Firman Allah S.W.T:


Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-
cukupkan kepada kamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi
agama untuk kamu.
(Surah Al-Maidah: 3)

Kesempurnaan Islam juga jelas dari aspek insan (manusia) sendiri yang mana ia
menekankan aspek hubungan sesama manusia. Islam tidak pernah membezakan
manusia mengikut darjat seseorang, jantina, bangsa, etnik, warna kulit, harta, pengaruh
dan sebagainya. Malah, Islam amat menggalakkan kita saling bertaruf (kenal-
mengenali), bermasyarakat dan bergaul antara satu sama lain dalam batasan syariat
Islam yang ditetapkan. Tujuan kita saling kenal-mengenali antara satu sama lain
tersebut tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana Allah SWT dan mendapatkan
keredhaanNya

2.0 Konsep Waqiiyah

Sebagai agama yang sempurna, Islam mengatur sendi-sendi kehidupan kita


daripada etika pergaulan, pernikahan, hukum berniaga dan perdagangan, kehidupan
berjiran, hukum kenegaraan sehinggalah kepada masalah yang dianggap remeh oleh
segelintir manusia seperti adab makan, tidur dan sebagainya. Maka, di sinilah wujudnya
perkara seperti Waqiiyah, Rabbaniyah, Syumuliyah, Inqilabiyah dan sebagainya.
Namun begitu, kali ini saya memfokuskan kepada satu perkara sahaja iaitu Waqiiyah.

Waqiiyah bermaksud ajaran Islam bersifat praktikal dan realistik iaitu


bersesuaian dengan realiti kehidupan manusia. Ajaran Islam sentiasa seiring dengan

2
kenyataan hidup manusia. Seterusnya, dalam menetapkan sesuatu hukum atau
peraturan, Islam sentiasa mengambil kira realiti semasa, setempat dan adat yang
diamalkan. Umpamanya, jika sesuatu masyarakat telah mengamalkan sesuatu adat
atau budaya tertentu dalam menjalankan aktiviti ekonomi atau perniagaan antara
mereka, dan adat itu pula tidak mendatangkan sebarang keburukan dan tidak
bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam, maka ia diiktiraf dan diterima dalam Islam. Ini
bermakna Islam tidak memaksa umat untuk melakukan perkara yang di luar
kemampuan mereka pada ketika itu. Sebaliknya, Islam menyediakan jalan penyelesaian
kepada masalah yang dihadapi dalam sesuatu keadaan secara realistik dan praktikal.

2.1 Ibadah Waqiiyah

Ibadah antara perkara yang paling penting dalam Islam. Sebagai umat yang
beragama Islam, kita wajib mengikuti segala perkara yang telah digariskan di dalam
aspek ibadah. Sebagai contoh, 5 rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh umat Islam.
Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang membolehkan atau memudahkan umat
Islam untuk menunaikan perkara terdsebut. Maka, Islam telah menyediakan Waqiiyah
dalam ibadah Islam. Selain itu, dalam memerintahkan ketaatan manusia kepada hukum-
hukumnya, Islam tidak membebankan manusia dengan perkara yang tidak realistik
sehingga manusia tidak mampu menunaikannya. Misalnya, dalam konteks ibadah, Islam
tidak memerintahkan manusia untuk beribadat sepanjang masa sehingga mengabaikan
kerja-kerja harian untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan diri, keluarga,
masyarakat dan negara.

Malah, kerja-kerja harian ini jika dilakukan dengan betul dan memenuhi syarat-
syaratnya, turut dianggap sebagai ibadat dan pelakunya diberi pahala yang banyak.
Kemudian, ajaran Islam bersifat praktikal dan bukanlah utopia (khayalan). Maka Islam
mengambil kira kenyataan sebenar kehidupan manusia di dunia ini yang dipenuhi
dengan unsur-unsur amal makruf nahi mungkar. Dalam masa yang sama juga membuat
pertimbangan terhadap kekuatan dan kelemahan manusia secara adil bersandarkan
sumber Islam iaitu al-Quran, hadis, Ijmak, qias ulama. Justeru, itulah ajaran Islam
adalah lebih praktikal dan benar serta sesuai diamalkan dalam kehidupan seharian.
Contohnya kefardhuan ibadah zakat hanya diwajibkan ke atas orang yang mempunyai
harta dan kemampuan sahaja. Bagi mereka yang fakir miskin tidak dipaksa

3
mengeluarkan zakat seperti golongan yang berharta. Selain itu, dalam isu kotemporari
bagi golongan yang beharta pula, ada di antara mereka yang sentiasa sibuk dan tidak
mempunyai masa untuk membayar zakat secara depan-depan. Oleh itu, kini wujudnya
pembayaran zakat secara online.

Seterusnya, solat tidak dapat dipisahkan antara muslim dengan Allah s.w.t
secara langsung membina hubungan melalui pembentukan rohani (Muhammad Syukri
Salleh, 2003). Walau bagaimana sekali pun solat adalah wajib dan tidak boleh
ditinggalkan kecuali disebabkan uzur syarie. Maka banyak rukhsah yang telah diberikan
oleh Allah S.W.T disebabkan penilaian bersandarkan Waqiiyah dalam memberi
kemudahan kepada manusia untuk memenuhi tanggungjawab mereka terhadap Allah.
Contohnya, solat dapat dilakukan mengikut kemampuan muslim secara realiti sama ada
secara berdiri, duduk atau berbaring. Manakala mereka yang bermusafir diberi
kemudahan oleh Allah melalui solat Qasar dan Jama.

Firman Allah s.w.t bermaksud:

Allah tiada memberatkan seseorang itu, melainkan menurut


kesanggupannya.
(Surah Al-Baqarah: 286).

Maksudnya Allah tidak sesekali membebankan hambanya dengan memaksa


mereka melakukan sesuatu yang tidak mampu dilaksanakan. Oleh sebab itu, Allah
S.W.T tidak memaksa orang sakit untuk solat seperti orang sihat, tetapi dilakukan
menurut kemampuan diri (Akhmal Hj.Mohd.Zain, 2007). Maka solat dan zakat sebagai
Ibadah asas ini dijadikan sebagai pengkaedahan dalam pembangunan berteraskan
Islam dan dijustifikasikan secara signifikan dengan mengaplikasikan unsur Waqiiyah
mengikut kesesuaian dalam beribadah yang menghubungkan manusia dengan Allah
S.W.T.

2.2 Akhlak Waqiiyah

Islam juga dilengkapi dengan akhlak Waqi'iyah, iaitu setiap umat Islam
ditegaskan untuk mengamalkan akhlak yang baik. Sebagai umat yang menganut agama
Islam, kita harus menerapkan keperibadian yang unggul di dalam diri. Sebagai contoh,

4
kini sedang hangat diperkatakan tentang isu pergaulan terutamanya dalam kalangan
pelajar sekolah dan remaja. Selain itu, isu yang sering diperkatakan juga adalh isu buli
dalam kalangan pelajar sekolah. Seperti yang kita dapat lihat, kini isu buli semakin
berleluasa. Di samping itu, ada yang mengatakan bahawa perkara tersebut berlaku
adalah kerana mereka dipengaruhi oleh sikap rakan-rakan. Islam telah memberi
kebebasan dan tidak melarang kita untuk bergaul dengan sesiapa pun. Namun, kita
haruslah menjaga tingkah laku dan akhlak supaya tidak berlaku gejala yang tidak sihat.

Oleh yang demikian, Islam tidak mengharamkan sesuatu yang diperlukan oleh
manusia dan tidak pula menghalalkan sesuatu yang membahayakan manusia. Sebagai
contoh, dalam masalah hiburan, Islam mengharuskan beberapa bentuk hiburan atau
permainan selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat Islam seperti terdapat
unsur-unsur perjudian, melalaikan dan sebagainya. Ini bertujuan bagi memenuhi fitrah
manusia yang cenderung kepada hiburan.

Islam juga merupakan agama yang sangat mementingkan keadilan. Namun


begitu, pada masa yang sama, Islam mengiktiraf bahawa dalam realiti kehidupan
manusia di alam ini terdapat perbezaan, baik dari segi jantina, keupayaan fizikal dan
mental, taraf ekonomi dan lain-lain. Dengan itu, dalam menunaikan keadilan ekonomi
khususnya, Islam tidak menuntut agar harta kekayaan dibahagikan sama rata antara
manusia. Hal ini kerana realitinya, manusia tidak sama dari segi keupayaan fizikal,
mental, kreativiti, kerajinan, tanggungjawab dan lain-lain. Oleh itu, anugerah dan habuan
ekonomi juga berbeza-beza berdasarkan perbezaan setiap individu dari segi usaha dan
kesungguhan, kerajinan, kreativiti, tanggungjawab yang dipikul dan lain-lain.

Dalam hal ini Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Dan Allah melebihkan sesetengah daripada kamu ke atas yang lain (dari
segi anugerah) rezeki.
(Surah al-Nahl: 71)

Berkaitan dengan hal tersebut juga, Islam tidak mewajibkan seseorang yang
memeluk agama ini agar meninggalkan semua masalah yang dihadapi dan kekayaan

5
yang diperolehi. Sebaliknya, Agama Islam sangat mementingkan keperluan individu dan
masyarakat terhadap harta dan rezeki. Selain itu, harta dan rezeki juga dianggap
sebagai sesuatu yang penting untuk meneruskan kehidupan seharian. Maka, jelaslah
bahawa Islam telah menyediakan penganutnya dengan waqiiyah dalam aspek akhlak
sebagai panduan untuk meneruskan kehidupan.

2.3 Syariah Waqiiyah

Kemudian, antara waqi'iyah dalam syariah Islam ialah syariah Islam dengan
mengambil kira keadaan darurat yang kadang-kadang mengatasi dan menyekat
perbuatan manusia dalam sesuatu perkara. Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah ini,
umat Islam boleh mengguna pakai konsep waqiiyah. Dalam keadaan darurat,
membenarkan seseorang itu untuk melakukan perkara yang dilarang. Dalam hal ini,
syariah Islam juga amat memahami kemampuan manusia dalam melakukan perkara-
perkara yang wajib dilakukan dan perkara yang dilarang. Isu yang boleh dikaitkan
dengan syariah waqiiyah ialah mengambil wuduk adalah wajib sebelum mendirikan solat
dan seperti yang kita tahu, konsep mengambil wuduk adalah membasuh sesetengah
anggota badan dengan air. Air tersebut perlu kena kepada kulit anggota badan tetapi
berbeza pula dengan mengambil wuduk di negara yang terlampau sejuk. Sebagai
contoh, Antartika dan Switzerland yang membolehkan mereka memakai kasut khuf
ketika mengambil wuduk.

Tambahan lagi, dalam memenuhi permintaan tujuan nafsu atau tujuan biologi
manusia juga, Islam telah membolehkan perkara tersebut tetapi dengan syarat perlu
berkahwin terlebih dahulu. Perkahwinan tersebut pula perlu bertujuan untuk menyalurkan
tuntutan-tuntutan syariah Islam. Kemudian, bagi pasangan yang sukar untuk hidup
bersama kerana sudah tidak sehaluan dan ketidak percayaan antara satu sama lain,
maka Islam membenarkan perbuatan talak sebagai cara yang terbaik untuk
menyelesaikan isu tersebut. Berbeza dengan ajaran sesetengah agama yang secara
langsung tidak memberi ruang untuk memberi laluan kepada penyiapan pasangan
bermasalah untuk berpisah dengan cara yang baik. Namun, perbuatan talak adalah
terletak di tangan suami sahaja. Islam adalah sesuah agama yang adil dan telah
membenarkan isteri untuk meminta fasakh jika keadaan terlalu mendesak.

6
Baru-baru ini terdapat satu isu yang telah dikeluarkan oleh Harian Metro,
seorang isteri yang mendesak untuk meminta fasakh daripada suaminya yang tidak
mahu melepaskannya kerana tidak lagi tahan dengan kekejaman yang telah
diperlakukan atas dirinya. Wanita tersebut telah mendapat haknya setelah perkara ini
dibawa ke mahkamah syariah. Perkara-perkara tersebut menunjukkan bahawa Islam
mementingkan kebajikan umatnya dan telah menyediakan waqiiyah dari segi syariah
dalam Islam.

2.4 Akidah Waqiiyah

Akidah dalam Islam mengajak penganutnya beriman kepada Allah yang telah
didedahkan dengan ayat-ayat qauliyah dan kauniyah dalam jiwa manusia dan alam
semesta. Ini adalah apa yang membolehkan kita untuk membangunkan kehidupan ini
melalui perkembangan sains dan teknologi, tamadun dan budaya yang tinggi akibat
daripada persepsi manusia kepada iman di kedua-dua ayat tersebut. Jelas Waqi'iyyah
dalam aspek akidah akan menggalakkan kemajuan dan memenuhi keperluan manusia
(Yusuf Al-Qardawi, 1992).

Oleh yang demikian, isu kotemporari yang berkaitan dengan waqiiyah dalam
aspek akidah adalah isu yang sedang berlaku di sesebuah negara yang sedang
mengalami pergolakan. Sebagai contoh, di Syria, pengganas sering memaksa penduduk
Syria yang menganut agama Islam untuk mengaku bahawa mereka menganut agama
Kristian. Dalam isu darurat seperti ini, Islam telah menyediakan waqiiyah tentang
perkara tersebut di mana penduduk Syria dibolehkan untuk mengaku bahawa mereka
beragama Kristian tetapi dengan syarat, kata-kata tersebut hanya sekadar lafaz yang
diucap dengan mulut tetapi hatinya tetap berpegang teguh dengan agama Islam.

Demikian, dengan berpegang dengan konsep tersebut, umat tersebut tidak akan
jatuh murtad oleh kerena keadaan memaksa. Andai kata, jika umat Islam tersebut masih
berdegil dan melawan, mungkin mereka akan dibunuh serta merta. Jadi, terdapat
kelonggaran dalam perkara seperti berikut. Berdasarkan konsep waqiiyah ini, maka
jelaslah bahawa agama Islam amat menitik beratkan keperluan umatnya.

7
3.0 Kesimpulan

Tuntasnya, berdasarkan kepada konsep waqiiyah tersebut dapat disimpulkan


bahawa justifikasi Islam adalah meluas dan fleksibel dalam melihat realiti dan kebenaran
kehidupan semasa. Ia juga dilihat sebagai kaedah pengaplikasian secara praktikal selari
dengan tuntutan syarak dan tidak membebankan umat Islam dalam kehidupan. Hal ini
secara langsung dapat menyumbang kepada terlaksananya pembangunan berteraskan
Islam. Akhir sekali, Islam juga dilihat sebagai kaedah pengaplikasian secara praktikal
dengan tuntutan syarak dan tidak membebankan umat islam dalam kehidupan. Hal ini
secara langsung dapat menyumbang kepada terlaksananya pembangunan berteraskan
islam.

8
4.0 Rujukan

Karmila. (2014, 09 14). Tasawwur Islam. Retrieved from Pendidikan Islam: http://karmila-
kkps.blogspot.my/2014/09/topik-1-tasawwur-islam-islam-bahasa.html

Mutalib, A. S. (2009). Journal Of Islamic Education . Tinjauan Terhadap Kem bestari


solat, 15-28.

Nasution, P. D. (1995). Islam Rasional: Gagasan Dan Pemikiran. Bandung: Penerbit


Mizan Anggota IKAPI.

Salleh, M. S. (2003). Ciri-ciri Dalam Islam. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sholihah. (2015, 07 27). Retrieved from Tarbiyah Islam:


http://megasholihah33.blogspot.my/2015/07/rabbaniyyah-sumuliyyah-al-wudhuh-
al.html

Zain, A. H. (2007). kotemporari Islam. Kota Bharu: Dian Darulnaim Sdn. Bhd.

Yusuf Al-Qardawi. (2004). Al-Waqi'iyah. In Keserdehanaan Dalam Islam (pp. 15-21).


Singapura: PERGAS.

You might also like