You are on page 1of 26

HASIL PEMBELAJARAN

Menjelaskan konsep perpaduan dalam


kepelbagaian (unity in diversity).
Menjelaskan konsep kesepaduan sosial
(social cohesion).
Menjelaskan dinamika hubungan etnik di
Malaysia.
Memahami bahawa hubungan antara etnik
dipengaruhi oleh unsur etnik serta juga
unsur-unsur sosial yang lain.
PENGENALAN
Masyarakat dunia masa kini dicirikan oleh
kepelbagaian dari segi etnik, agama,
taraf sosio-ekonomi, gender, dsbnya.
Contoh negara multicultural Malaysia,
USA, Canada, UK, UAE, Indonesia, Jepun,
China, India, dll. (Apakah bentuk kepelbagaian
yang ada di negara2 ini?)
Kepelbagaian yang semakin rencam pada
masa kini perlu diurus dengan baik demi
kesejahteraan rakyat sesebuah negara.
Hubungan etnik boleh difahami melalui
perspektif konflik atau perspektif
kesepaduan sosial.
Perspektif konflik kelihatannya banyak
perselisihan.
Perspektif kesepaduan sosial dapat dilihat
dalam hubungan saling terkait dan
kebergantungan kehidupan seharian pelbagai
etnik.
HASIL PEMBELAJARAN 1:

Menjelaskan konsep perpaduan dalam


kepelbagaian (unity in diversity)
Konsep Perpaduan dalam Kepelbagaian
Maksud perpaduan:

Psikologi Sosial - rasa kesatuan yang merentas pemisahan fizikal


dan psikologikal, yang meliputi juga konteks metafizikal.

Antropologi-sosiologi - suatu rumusan yang menyimpulkan dan


mengartikulasikan bagaimana manusia mengurus dan menyusun,
dari segi abstrak dan nyata, perbezaan sosial yang sedia ada dalam
kalangan mereka.

Ontologikal (berkaitan tanggapan kita tentang keadaan dan


bagaimana sesuatu berlaku) keperluan mengurus dan menyusun
perbezaan ini adalah atas keinginan untuk mewujudkan keadaan
aman dan stabil dalam sesebuah masyarakat yang rencam
keanggotaan kelompok sosialnya agar dapat meraih kesenangan
dan mungkin juga kemewahan material.
Ringkasnya, perpaduan adalah:

Proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan


negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta memiliki
perasaan cinta dan bangga kepada tanah air.
Unity is uniformity atau 'perpaduan ialah keSAMAan
atau keSATUan satu bangsa, satu agama, satu
bahasa, satu negara, yang juga merupakan kata-kata
slogan.
Hanyalah suatu gambaran tentang suatu masyarakat
yang sempurna yang tidak mungkin menjadi kenyataan

Yang lebih realistik adalah kesepaduan atau cohesion.


HASIL PEMBELAJARAN 2:

Menjelaskan konsep kesepaduan sosial


(social cohesion)
Konsep Kesepaduan Sosial
Suatu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam
terhadap perpaduan yang seharusnya pula mempengaruhi
para anggota masyarakat tersebut untuk merungkai pelbagai
ikhtiar dan kegiatan yang dianggap sebagai prasyarat
mencapai perpaduan.

Kesepaduan Perpaduan
(Realiti yang telah (Gambaran ideal
dikecapi) yang ingin dicapai)

Kegiatan dan
pengalaman harian
Paradigma kesepaduan sosial lebih memberi tumpuan
kepada takrifan dari interaksi seharian yang dibentuk
oleh anggota masyarakat (takrifan harian atau everyday-
defined) berbanding dengan takrifan yang dibentuk oleh
autoriti (takrifan autoriti atau authority-defined).

Pengalaman individu & kumpulan.


Takrifan harian Cth: Melayu tak semestinya cakap BM
dan amal budaya Melayu.

Bersifat tetap.
Cth: Takrifan Melayu dalam
Takrifan autoriti Perlembagaan berbahasa Melayu,
agama Islam dan amal budaya Melayu.
Takrifan harian oleh masyarakat awam
kemungkinannya lebih anjal, cair, rencam, pelbagai
dan terdapat tolak ansur, akomodasi serta saling
memahami dalam kalangan mereka untuk memastikan
kehidupan seharian mereka dapat diteruskan dengan
aman tanpa sebarang konflik.

Paradigma kesepaduan sosial memberi pengiktirafan


terhadap takrifan harian kerana dalam konteks
hubungan etnik takrifan harian adalah pelekat sosial
yang menjadikan masyarakat Malaysia yang majmuk,
pelbagai dan rencam ini secara sosialnya bersepadu.
HASIL PEMBELAJARAN 3:

Menjelaskan dinamika hubungan etnik di


Malaysia
Global Peace Index (2011)
Kedudukan Kedudukan
Negara Paling Negara Negara Paling Negara
Aman di Dunia Aman di Dunia
1 New Zealand 11 Ireland

2 Iceland 12 Qatar

3 Jepun 13 Sweden

4 Denmark 14 Belgium

5 Republik Czech 15 Jerman

6 Austria 16 Switzerland

7 Findland 17 Portugal

8 Kanada 18 Australia

9 Norway 19 Malaysia
10 Slovenia 20 Hungary
Dinamika hubungan etnik
Perbandingan antara Malaysia & Sri Lanka (1945-2011)
MALAYSIA

1948 - 1960 1964 1969 2001

1945 2011

1940-1950 1951-1960 1961-1970 1971-1980 1981-1990 1991-2010

SRI LANKA
KEAMANAN ditakrif sebagai the absence of violence (Global Peace Index 2011). Konflik berdarah berlaku di
Malaysia dan Sri Lanka semenjak 1945. Bukti menunjukkan bahawa keadaan kesepaduan sosial mendominasi
hidup di Malaysia, manakala di Sri Lanka didominasi oleh pertumpahan darah, meragut lebih dari 100,000 nyawa.
Untuk sebuah analisis perbandingan terbaik sila lihat, Sirimal Abeyratne, Economic Development and Political
Conflict: Comparative Study of Sri Lanka and Malaysia, South Asia Economic Journal 9:2(2008): 393-417.
Fasa-fasa dalam
hubungan etnik di
Malaysia

Era
Kesepaduan
Era Stabil Sosial
Tapi Tegang (1971-kini)
(1961-70)
Era Konflik
(1945-60)
A | ERA KONFLIK (1945 60)
Pasca Perang Dunia Kedua - Selepas perang tamat, keadaan
hidup rakyat sangat sukar membuka kepada potensi negatif
dan masalah.
Konflik etnik Cina dan Melayu Bintang Tiga memburu orang
Melayu yang berkerja dengan Jepun. Banyak nyawa
terkorban.
Pengisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946
ketidakpuasan hati orang Melayu. Pada 31 Januari 1948
Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dan Malayan Union
dibubarkan.
Berlaku rusuhan pekerja2 ladang , didalangi oleh Bintang Tiga.
Kemuncaknya tiga orang pengurus ladang keturunan Eropah
di Sungai Siput dibunuh.
Darurat diisytiharkan selama 12 bulan, tamat pada 31 Julai
1960.
Usaha pihak British meredakan ketegangan yang
berlaku:
Meningkatkan keselamatan mereka yang terlibat
dalam rusuhan ditahan. Bintang Tiga diburu.
Perundingan etnik melalui Communities Liaison
Committee (CLC) pada 1949 bersama dalam
penggubalan perlembagaan menjadi asas
kepada kerangka tolak ansur etnik (ethnic
bargaining) di Tanah Melayu.
Pembangunan Lima Tahun 1950-1955
memperbaiki keadaan ekonomi dan
membangunkan negara.
B | ERA TEGANG TAPI STABIL (1961 70)

Pembentukan Malaysia 1963 Tanah Melayu bergabung dengan


Sabah dan Sarawak. Tidak disenangi oleh Soekarno, Presiden
Indonesia berlaku konfrontasi Malaysia-Indonesia.
Pada 21 Julai dan 3 September 1964 berlaku rusuhan kaum antara
etnik Cina dan Melayu di Singapura (yang masih anggota Malaysia
pada waktu itu). Singapura dan Malaysia berpisah pada 9 Ogos
1965.
13 Mei 1969 Rusuhan kaum di Kuala Lumpur, selepas pilihanraya.
Etnik Melayu tidak puas hati dengan keadaan ekonomi mereka.
Cara menangani oleh kerajaan Malaysia:
Majlis Perundingan Rakyat.
Jabatan Perpaduan, Rukun Negara.
Dasar Ekonomi Baru (DEB).
C | ERA KESEPADUAN SOSIAL (1971- kini)

40 tahun keamanan dan kestabilan, kecuali pada


2011 peristiwa Kg. Medan orang India & Melayu
lebih disebabkan faktor ekonomi dan bukan
etnik.
Harapan untuk perpaduan tetap ada.
Masyarakat Malaysia semakin matang:
Suka bertikam lidah tetapi tidak berparangan
Malaysians prefer tongue wagging to parang
wielding.
Konflik wujud, namun masih hidup dalam
kesepaduan.
HASIL PEMBELAJARAN 4:

Memahami bahawa hubungan antara etnik


bukan hanya dipengaruhi oleh unsur etnik
sahaja, tetapi juga unsur-unsur sosial lain.
MASYARAKAT PELBAGAI
ETNIK DI MALAYSIA

SEMENANJUNG SABAH SARAWAK

Jawa, Bugis, Melayu, Bajau, Bisaya, Cina, Bakaten, Balau,


Minangkabau, Acheh, Dusun, India, Berawan, Cina, Iban,
Baba Nyonya, Kadazan, Murut, India, Kelabit,
Hakka, Hokkien, Lundayeh, Suluk, Kedayan, Melanau,
Gujarati, Tamil, Sino-kadazan, Melayu, Penan,
Telegu, Siam, Serani, Tinagas, Tobiling, Kayan, Sino-
Mah Meri, Temiar, Kagayan, Kedayan, bumiputera
Jah Hut, dll. dll. Sarawak, dll.
Potret Hubungan Etnik di Malaysia
Malaysia dengan kerencaman demografinya terus
kukuh, maju dan membangun malah disegani
oleh jiran tetangga dalam konteks negara
berbilang etnik.
Keadaan yang aman damai telah melahirkan
suatu bentuk kestabilan politik, ekonomi dan
sosial yang baik.
Malaysia berjaya mencapai tahap negara
berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang
daripada 50 tahun.
Keunikan tadbir urus negara mengurus
perpaduan dalam kepelbagaian amat penting.
Potret hubungan etnik di Malaysia pada masa kini
boleh difahami dengan paradigma kesepaduan sosial
dan bukannya paradigma konflik.

Paradigma alternatif ini bukan bertujuan untuk


mengatakan tiada konflik tetapi sebagai satu cara
pandang yang memberi tempat yang lebih wajar
kepada sisi positif dalam menganalisis dan memahami
hubungan etnik.

Pemahaman terhadap situasi ini adalah wajar kerana


hakikatnya aspek yang lebih dominan dalam kehidupan
seharian dalam kalangan masyarakat awam di
Malaysia bukan berasaskan konflik tetapi didasari oleh
kesepaduan sosial.
Memahami Hubungan Etnik daripada Perspektif
Kesepaduan Sosial:
Masyarakat Malaysia terhasil daripada perkongsian
sejarah membina struktur sosial, ekonomi, politik dan
budaya.
Masyarakat Malaysia bersifat dinamik membina
kesepaduan sosial melalui interaksi dan amalan harian
secara langsung dan tidak langsung secara berterusan.
Kesepaduan sosial juga terbina menerusi proses
akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi
mekanisme untuk mengekalkan toleransi.
Pengalaman Harian
Hubungan saling terkait dan saling bergantungan
memerlukan satu sama lain untuk keterusan hidup
cth: Bila CNY, banyak kedai tutup. Orang Melayu dan
India sukar membeli barang keperluan.

Pencairan batas etnik (ethnic boundaries) Individu


yang tebal batas etniknya mengutamakan etnik dalam
perkiraan tingkahlakunya, manakala individu yang nipis
batas etniknya menggunakan kriteria lain misalnya
kepentingan peribadi berbentuk sosial, material atau
status. Cth: pergaulan antara rakan sekerja, mereka
dengan minat yang sama, gender, dll.
PENUTUP
Terdapat dinamik dalam corak hubungan etnik di Malaysia (dan
di mana-mana negara lain).

Adalah lebih tepat untuk kita mengungkapkan keadaan


hubungan etnik di Malaysia sebagai kesepaduan dalam
kepelbagaian (cohesion in diversity) dan bukan perpaduan
dalam kepelbagaian (unity in diversity).

Fenomena yang menghasilkan everyday-defined lebih memberi


erti kepada hubungan etnik berbanding authority-defined.

Pencairan batas etnik dan hubungan saling terkait dan


kebergantungan membantu menyuburkan kesepaduan etnik di
Malaysia.

You might also like