You are on page 1of 4

PERUNDANGAN

CABUTAN PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

SEKSYEN 1

AM

Askar Wataniah (AW) telah ditubuhkan di bawah The Territorial Army Ordinance 1958. Apabila Akta AT 72
dikuatkuasakan pada 1 Jun 76, semua Angkatan Sukarela yang wujud sekarang (termasuk AW) adalah
disifatkan sebagai telah ditubuhkan di bawah Akta AT 72, berlandaskan kepada peruntukan Seksyen 217 (1) (a)
Akta tersebut. Walau bagaimanapun, Seksyen 217 (2) Akta AT 72 menerangkan bahawa, semua kaedah dan
peruntukan (Rules and Regulations) yang dibuat di bawah enakmen dan ordinan sebelumnya adalah masih
berkuatkuasa sehingga satu kaedah dan peraturan yang baru dikeluarkan.

Sesuai dengan panduan di atas, kebanyakan perkara tertentu yang berkaitan dengan syarat-syarat
perkhidmatan dan syarat-syarat yang berkaitan dengan gaji, elaun, faedah-faedah tamat perkhidmatan serta
pembayaran/pemberian pampasan masih lagi tertakluk kepada kaedah dan peraturan berikut:

The Territorial Army (Terms of Service) Regulations, 1958.


The Territorial Army (Pay and Allowances) Rules, 1959 amended where applicable by The Territorial
Army (Pay and Allowances) (Amendment) Rules 1961, 1965 and 1967.
The Volunteer Force (Compensation) Rules, 1955 dan The Malay Regiment and Federation Regiment
(Retired Pay, Pensions, Gratuities and Other Grants) Regulations, 1952 Part I, V dan VI.

Seksyen 207 Akta AT 72 memberikan kuasa kepada Majlis Angkatan Tentera (MAT) untuk membuat
peraturan-peraturan perkhidmatan baru bagi pegawai dan anggota AW. Antara peraturan-peraturan yang telah
dikeluarkan oleh Majlis Angkatan Tentera adalah seperti berikut:

PMAT Bil 16 Tahun 1959 - Pegawai Pemilihan Rekrut Askar Wataniah.


PMAT Bil 98 Tahun 1959 - Kuasa Pegawai Memerintah unit Askar Wataniah
.PMAT Bil 122 Tahun 1959 - Penstrukturan Semula Askar Wataniah
PMAT Bil 3 Tahun 1961- Lembaga Pemilihan Tentera Darat (Askar Wataniah) PMAT Bil 45 Tahun
1961 - Pelantikan Pihak Berkuasa Yang Layak bagi maksud Seksyen 9 (5) Ordinan Askar Wataniah.
PMAT Bil 4 Tahun 1972 - Menentukan jangka masa perkhidmatan di dalam satu-satu pangkat yang
dipenuhi oleh seseorang pegawai, sebelum seseorang pegawai itu dapat dipertimbangkan untuk
dinaikkan pangkat dan kursus kerjaya Pegawai AW
PMAT Bil 2 Tahun 1986 - Pindaan kepada PMAT Bil 4 Tahun 1976. Menentukan syarat-syarat
kelayakan untuk mengikuti kursus peralihan bagi pegawai dan anggota Kerahan.
PMAT Bil 11 Tahun 1991 - Syarat-syarat penyerapan Lain-Lain Pangkat Kerahan ke dalam Angkatan
Tetap.
PMAT Bil 1 Tahun 1996 - Panduan penganugerahan tauliah kehormat dalam Angkatan Tentera
Malaysia.
PMAT Bil 3 Tahun 2000 - Rancangan Kursus Peralihan.
PMAT Bil 5 Tahun 2000 - Cuti Menunaikan Fardu Haji.
PMAT Bil 20 Tahun 2002 Jangka masa Perkhidmatan Pegawai dan Anggota Lain-lain Pangkat
Sukarela AW
PMAT Bil 1 Tahun 2004 Pentauliahan dan Syarat Perkhidmatan Pegawai Angkatan Tetap Angkatan
Tentera Malaysia.
SEKSYEN 2

PENTAULIAHAN

Pentauliahan pegawai-pegawai AW adalah tertakluk di bawah Seksyen 198 Akta AT 72 di mana antara lain:
Seksyen 198 (1) Akta AT 1972 menerangkan bahawa pegawai-pegawai di dalam Angkatan Sukarela
hendaklah ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Seksyen 198 (3) Akta AT 1972 membolehkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
melanjutkan sesuatu tauliah yang difikirkan mustahak.
Seksyen 198 (4) Akta AT 1972 membolehkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tanpa
menyiarkan apa-apa sebab membatalkan tauliah seseorang pegawai.
Seksyen 198 (5) Akta AT 1972 membolehkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
mengurniakan tauliah kehormat dalam Angkatan Sukarela kepada orang-orang yang difikirkan patut.
Seksyen 198 (6) Akta AT 1972 membolehkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menaikkan
pangkat seseorang pegawai mengikut budi bicaranya.

SEKSYEN 3

LATIHAN DAN PENUGASAN

Seksyen 201 Akta AT 72 telah memberi peruntukan-peruntukan untuk latihan dan penugasan bagi pegawai dan
anggota Sukarela. Peruntukan-peruntukan tersebut adalah:

Seksyen 201 (1) - Menjalani Latihan. Tiap-tiap ahli sesuatu Angkatan Sukarela hendaklah menjalani
latihan sebagaimana yang ditetapkan di bawah peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh MAT di
bawah Seksyen 207 Akta AT 1972.
Seksyen 201 (2) - Permohonan Untuk Ditugaskan. Tiap-tiap ahli sesuatu Angkatan Sukarela boleh, atas
permintaannya dan kelulusan Pihak Berkuasa Yang Layak, ditugaskan kepada sesuatu unit atau
pasukan Angkatan Tetap. Seksyen ini juga memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa yang Layak untuk
menerima permohonan kerahan sepenuh masa pegawai atau anggota sukarela AW.
Seksyen 201 (3) - Tempoh Penugasan. Penugasan yang dibuat di bawah Seksyen 201 (2) hendaklah
diteruskan dalam mana-mana tempoh yang dipersetujui oleh anggota itu dan dinyatakan dalam perintah
penugasan anggota berkenaan. Tempoh penugasan atau Kerahan sepenuh masa di bawah seksyen ini
hendaklah dipakai seolah-olah anggota berkenaan telah dikerah di bawah Seksyen 202 Akta AT 1972.
Seksyen 201B - Tiap-tiap majikan hendaklah, jika mana-mana orang yang bekerja dengannya
yang merupakan seorang anggota sukarela dipanggil untuk latihan atau penugasan di bawah
Akta ini,memberi orang itu cuti selama tempoh latihan atau penugasan itu bagi
membolehkannya menjalani latihan atau penugasan itu. Mana-mana majikan yang enggan
melepaskan pekerjanya mengikuti latihan atau penugasan adalah melakukan kesalahan dan
boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi enam ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.
Seksyen 201C - Tiap-tiap majikan yang menamatkan pekerjaan mana-mana orang yang bekerja
dengannya, yang merupakan anggota sesuatu angkatan sukarela, tanpa keizinan orang itu
semata-mata atau terutamanya kerana orang itu dipanggil untuk latihan dan pertugasan di
bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
enam ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

SEKSYEN 4
MENGERAH UNTUK BERKHIDMAT DENGAN PENGISYTIHARAN

Di bawah Seksyen 202 (1) Akta AT 1972 Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong boleh melalui
pengisytiharan mengerah untuk berkhidmat sepenuh masa kesemua atau mana-mana bahagian daripada mana-
mana Angkatan Sukarela. Tiap-tiap pegawai dan anggota sesuatu Angkatan Sukarela yang dikerah hendaklah
melapor diri untuk berkhidmat pada masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Yang Layak
dengan pemberitahuan melalui warta atau dengan cara lain. Pengistiharan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong bagi mengerahkan untuk berkhidmat sepenuh masa anggota Angkatan Sukarela telah
dilaksanakan.
SEKSYEN 5

ANGGOTA-ANGGOTA ANGKATAN SUKARELA YANG TERTAKLUK KEPADA UNDANG-UNDANG


PERKHIDMATAN

Di bawah peruntukan Seksyen 209 (1) (f) Akta AT 72 seseorang pegawai dan anggota Angkatan Sukarela adalah
tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan apabila:
Bertugas tetap atau menjalankan latihan terus menerus sebagaimana yang ditakrifkan dalam kaedah-
kaedah atau peraturan yang dibuat di Bahagian IX Akta AT 1972; atau.
Dipertugaskan kepada Angkatan Tetap di bawah peraturan-peraturan Seksyen 201 (2) Akta AT 1972;
atau.
Dikerah untuk berkhidmat melalui pengisytiharan di bawah Seksyen 202 (1) Akta AT 1972.

SEKSYEN 6

DISIPLIN

Di bawah Seksyen 204 Akta AT 1972 Mana-mana anggota AW yang apabila tidak tertakluk kepada undang-
undang perkhidmatan, melakukan kesalahan berikut:
Gagal menghadiri latihan. eksesais atau arahan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Yang Layak.
Mabuk atau melakukan kesalahan berkelakuan ingkar perintah.
Melanggar perintah tetap atau engkar perintah pegawai atasannya.
Cuai untuk mematuhi arahan.

Melakukan apa-apa tindakan, kelakuan, kekacauan. dan kecuaian yang memudaratkan ketenteraman dan
tatatertib perkhidmatan.

Apabila disabitkan kesalahan dihadapan Pegawai Memerintahnya dikenakan denda tidak lebih daripada RM
100.00.
Di bawah Seksyen 204 (2) (a) dan 204 (b) Akta AT 1972 mana-mana anggota sesuatu Angkatan Sukarela yang
tidak tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan yang melakukan kesalahan berikut:
Tanpa kebenaran telah memberi, menjual, menggadai, meminjamkan, melepaskan, menghilangkan
dengan cuai atau merosakkan senjata, peluru, kelengkapan, pakaian dan bekalan.
Menyebabkan kerugian, kecuaian atau kerosakan kepada harta awam.

Boleh apabila disabitkan di hadapan Pegawai Memerintahnya, dikenakan denda tidak lebih daripada RM 300.00.

Sebagai tambahan kepada mana-mana hukuman denda, mana-mana anggota sukarela boleh dikenakan
bayaran pampasan, sejumlah wang yang tidak melebihi RM 500.00 atau kos mengganti atau membaiki barang-
barang yang telah dihilangkan, dirosak atau diserahkan kembali.

Seksyen 204 (5) Akta AT 1972 pula menjelaskan apa-apa bayaran atau denda yang dikenakan oleh Pegawai
Memerintah hendaklah dimajukan kepada Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa jenayah di tempat
di mana denda itu dijatuhkan bagi mendapatkan semula denda tersebut seolah-olah denda itu telah diberikan
oleh mahkamah berkenaan.

Sesiapa sahaja yang dituduh di bawah Seksyen 204 Akta AT 1972 boleh diletakkan di dalam tangkapan
tangkapan terbuka atau tangkapan rapi.

The Territorial Army (Terms of Service) Regulations, 1958 juga memperuntukkan seseorang pegawai yang
menjawat jawatan Ketua Kompeni atau setaraf dengannya boleh menjatuhkan hukuman di atas kesalahan kecil.

Seorang anggota dianggap melakukan kesalahan kecil apabila melakukan perkara-perkara berikut:
Lewat menghadiri perbarisan.
Bersikap tidak ambil berat semasa perbarisan.
Berpakaian tidak kemas semasa perbarisan.

Manakala, 1958, hukuman yang boleh dijatuhkan oleh seorang Ketua Kompeni adalah seperti berikut:
Teguran.
Amaran.
Amaran Keras.
Seorang Ketua Kompeni, jika tidak menjatuhkan apa-apa hukuman yang diperuntukkan di bawah Regulations 17
(1), The Territorial Army (Terms of Service) Regulations, 1958 boleh memberi hukuman tugas tambahan (fatique)
kepada anggota berkenaan (`Regulations 17 (2) The Territorial Army (Terms of Service) Regulations 1958).

SEKSYEN 8

PEMBERHENTIAN

Pemberhentian pegawai dan anggota Sukarela (termasuk anggota kerahan sepenuh masa) adalah tertakluk di
bawah The Territorial Army (Terms of Service) Regulations, 1958. Secara khususnya, seseorang pegawai itu
boleh diberhentikan dari perkhidmatan dan ditamatkan tauliahnya di bawah Seksyen 198 (4) Akta AT 72.
Manakala seseorang anggota LLP Angkatan Sukarela boleh diberhentikan di bawah Seksyen 200 Akta AT 72
dan Peraturan 48 kepada Peraturan AW (Syarat-syarat Perkhidmatan) 1958

You might also like