You are on page 1of 10

HUKUM JENAYAH ISLAM

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa Islam adalah agama yang paling
lengkap meliputi soal yang berhubung kait dengan ibadah, muamalat,
munakahat dan jenayah. Para Fuqaha telah menyusun secara terperinci
berdasarkan dalil dan hujjah mengikut 4 bahagian sebagaimana yang telah
dinyatakan di atas.

UNDANG-UNDANG JENAYAH SYAR'IYAH

Undang-undang jenayah syar'iyah atau Kanun Jinayah Syar'iyah ialah undang-


undang syarak yang bersabit dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh
seseorang yang boleh didakwa di bawah kes jinayah syar'iyah.

PENGERTIAN JENAYAH

Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T atau meninggalkan
sesuatu perkara yang disuruh olehnya.

PENGERTIAN JENAYAH MENURUT FUQAHA

Jenayah menurut fuqaha ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang
dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa
atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.

HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM

Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada tiga bahagian:

a. Hukum Qisas

b. Hukum Hudud

c. Hukum Ta'zir
PENGERTIAN QISAS

Qisas dari sudut bahasa bermaksud memotong. Manakala dari sudut syara' ialah
hukuman balas bagi kesalahan membunuh dibalas dengan bunuh,
menghilangkan salah satu dari anggota orang lain atau melukakannya atau
mencederakannya dibalas dengan hukuman mengikut jenis kesalahan yang
dilakukannya.

Firman Allah S.W.T:

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman


qisas(balasan yang seimbang) dalam perkara orang mati dibunuh" ( Surah al-
Baqarah :178)

"Dan di dalam hukuman qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu wahai orang-
orang yang berakal fikiran supaya kamu bertakwa" ( Surah al-Baqarah:179)

JENIS JENAYAH QISAS

Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah:

1. Membunuh dengan sengaja (Dengan niat membunuh dan dengan senjata


yang boleh membunuh pada adatnya).

2. Menghilangkan atau mencederakan anggota tubuh badan dengan sengaja


seperti mata, hidung, telinga dan sebagainya.

3. Melukakan orang lain dengan sengaja.

HUKUMAN TERHADAP KESALAHAN QISAS.


Mengikut Hukum Islam, qisas hendaklah dilakukan terhadap penjenayah dengan
hukuman yang sama seperti mana dia melakukan kepada mangsanya.
Membunuh dibalas dengan dibunuh, melukakan dibalas dengan dilukakan dan
mencederakan dibalas dengan mencederakannya.

DIYAT

Diyat ialah denda yang wajib dibayar oleh orang yang melakukan jenayah kerana
kesalahan jenayahnya sebagai ganti qisas.

Apabila keluarga orang yang dibunuh ( Pembunuhan sengaja) atau orang yang
dihilangkan atau dicederakan anggota atau yang dicederakan memaafkan, maka
diganti dengan diat. Hanya waris sahaja yang boleh memaafkan tetapi bukan
pemerintah ).

KADAR DIYAT

Diyat terbahagi kepada 2 jenis:

1. Diyat Mughallazah ( ganti kerugian yang berat )

2. Diyat Mukhaffafah ( ganti kerugian yang ringan )

Diyat Mughallazah adalah satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar
secara terus (tanpa tangguh) sebagaimana yang berikut:

1. 30 ekor unta berumur 4 tahun

2. 30 ekor unta berumur 3 tahun

3. 40 ekor unta yang sedang bunting

Diyat Mughallazah juga boleh dibayar dengan bayaran-bayaran berikut:

1. 33 ekor unta berumur 4 tahun


2. 33 ekor unta berumur 3 tahun

3. 34 ekor unta yang sedang bunting.

Diyat Mukhaffafh juga adalah satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar
secara beransur-ansur (tangguh)selama 3 tahun dan setiap tempoh masa satu
tahun dibayar 1/3 diyat sebagaimana yang berikut:

1. 20 ekor unta umur 4 tahun

2. 20 ekor unta umur 3 tahun

3. 20 ekor unta betina umur 2 tahun

4. 20 ekor unta jantan umur 2 tahun

5. 20 ekor unta betina umur 1 tahun

Kadar diyat adalah dikira mengikut bilangan unta dengan harga semasa iaitu
harta yang paling bernilai ketika itu. Kadar penuh untuk satu diyat penuh ialah
100 ekor unta. Walau bagaimanapun , para ulama' berpendapat boleh
menggantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa
tersebut. Diantaranya ialah:

a. Wang Emas - 1,000 dinar

b. Wang Perak - 10,000 dirham

c. Lembu - 200 ekor

d. Kambing - 2,000 ekor

e. Persalinan - 200 persalinan lengkap.

Kadar seekor unta misalnya RM4,000 maka jumlah satu diyat penuh ialah RM
400,000. Manakala jika seekor lembu RM2,000 maka satu diyat penuh ialah
RM400,000. Begitulah nilai semasa satu diyat penuh.

Bagi pesalah perempuan diyat mereka adalah separuh dari diat lelaki dan diat
hamba adalah separuh dari diyat orang merdeka.
Diyat Mughallazah dikenakan kepada orang yang membunuh secara sengaja
(niat membunuh dan dengan senjata yang boleh membunuh ) dengan syarat
dimaafkan dan dipersetujui oleh waris orang yang dibunuh. Diyat tersebut
hendaklah dibayar secara tunai tanpa bertangguh atau beransur.

Diyat Mukhaffafah pula ialah bagi pembunuhan tidak sengaja ( seperti


tertembak rakan yang disangkanya binatang buruan ) atau pembunuhan yang
seperti sengaja ( tidak niat membunuh dan dengan benda yang lazimnya tidak
boleh membunuh ). Boleh dibayar secara beransur-ansur selama 3 tahun.

DIYAT MENGHILANG ATAU MENCEDERAKAN ANGGOTA

Menghilangkan atau mencederakan anggota tubuh badan dengan sengaja


seperti mata, hidung, telinga dan lain-lain dikenakan qisas sebagaimana
kehilangan dan kadar kecederaan anggota. Tetapi jika orang yang terkena
dengan jenayah tersebut memilih untuk mengganti dengan diyat maka kadarnya
adalah seperti berikut:

1. 100 ekor unta untuk anggota tunggal sepert terputusnya lidah, hilang
akal, menyebabkan lumpuh seluruh badan dan hilang keupayaan
bersetubuh.

2. 50 ekor unta untuk anggota berpasangan seperti dua mata dan lain-lain.
Jika kedua-duanya maka diyatnya 100 ekor unta.

3. 33 ekor unta untuk luka yang sampai ke dalam bahagian otak.

4. 33 ekor unta untuk luka yang sampai keselaput kepala.

5. 25 ekor unta untuk anggota yang berpasang yang mempunyai kelopak


seperti 4 kelopak mata.

6. 15 ekor unta untuk luka yang sampai ketulang dan mematahkannya


sehingga tergeser dari tempatnya.
7. 10 ekor unta bagi luka yang memecah atau mematah tulang.

8. 10 ekor unta untuk anggota yang mempunyai 10 sendi atau bahagian


seperti jari tangan dan kaki.

9. 5 ekor unta untuk luka yang menampakkan tulang

PENGERTIAN HUDUD

Hudud dari sudut bahasa membawa maksud menahan atau mencegah.


Manakala dari segi istilah ialah keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas al-
Quran dan as-Sunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T atau
merosakan kepentingan masyarakat umum dan ketenteraman orang ramai iaitu
berzina, menuduh orang berzina, minum arak, memcuri, murtad, merompak dan
memberontak . Kadar hukumannya adalah mandatori dan tidak boleh dipinda
samaada dikurang atau ditambah.

Firman Allah S.W.T:

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim"(Surah al-Baqarah:229)

JENIS-JENIS JENAYAH HUDUD DAN HUKUMANNYA

Kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam hukuman hudud ialah sebagaimana


berikut:

a. Zina

Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dan perempuan.
Hukumannya ialah direjam sampai mati jika telah berkahwin dan sebat 100 kali
jika pesalah belum pernah berkahwin.

b. Qazaf ( Menuduh berzina )


Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik. Hukumannya
ialah 80 kali sebatan.

c. Minum Arak

Minum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan


akal. Hukumannya ialah 40 kali sebatan.

d. Mencuri

Mengambil harta orang lain secara senyap atau bersembunyi. Hukumannya


adalah potong tangan.

e. Merompak

Mengambil hatra orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan


dan ancaman. Hukumannya ialah:

1. Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh.

2. Sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tanga dan kaki


secara bersilang seperti tangan kanan dengan kaki kiri dan seterusnya
kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan yang seterusnya.

3. Sekiranya hanya mengganggu ketenteraman awam dendaklah di ta'zir


seperti dipenjara dan lain-lain lagi.

f. Murtad

Keluar dari agama Islam samaada dengan perkataan atau perbuatan.


Hukumannya ialah bunuh ( setelah diberi tempoh untuk bertaubat )

PENGERTIAN TA'ZIR

Ta'zir dari segi bahasa bererti menolak atau menghalang. Dari segi istilah ialah
hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat
atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman
keseksaannya di dalam al-quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke
atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaaannya tetapi
tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.

KESALAHAN YANG TERMASUK DI BAWAH KATEGORI TA'ZIR.

Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta'zir ialah sebagaimana


berikut:

1. Kesalahan-kesalahan hudud dan qisas yang tidak cukup bukti untuk


dikenakan hukuman hudud dan qisas.

2. Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab, lesbian


dan sebagainya.

3. Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam


seperti mengumpat,berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan
dadah.

HUKUMAN BAGI KESALAHAN TA'ZIR

Hukuman ta'zir diserahkan kepada budi bicara hakim supaya hukuman tersebut
memberi pengajaran supaya penjenayah serik untuk melakukan semula. Antara
hukuman-hukuman yang boleh dikenakan kepada pesalah adalah sebagaimana
berikut:

a. Nasihat

Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak
mengulangi lagi pada masa akan datang.

b. Teguran

Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan


atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan
kesalahan akan berusaha memperbaiki dirinya.

c. Ancaman
Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas
sebab takut dikenakan hukuman.

d. Pemulauan

Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersepit


sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat
bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.

e. Pengisytiharan Umum

Membuat pengistiharan kepada umum terhadap kesalahan penjenayah supaya


penjenayah berasa malu dan tertekan.

f. Denda dan merampas harta

Mengenakan denda dalam bentuk wang dan sebagainya atau merampas harta
bendanya.

g. Penjara

Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut realiti semasa.

h. Sebat

Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang


tertentu.

i. Buang daerah

Mengenakan hukuman buang daerah supaya pesalah rasa tertekan, mengalami


kesukaran, kesusahan dan terpisah dari kaum keluarga

j. Bunuh
Dibenarkan oleh syara' bagi menjaga kemaslahatan awam jika difikirkan sesuai

HIKMAH PERLAKSANAAN HUKUMAN JENAYAH ISLAM

1. Melindungi masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum


berlaku

2. Memperbaiki penjenayah dan memperbetulkan penyelewengan.

3. Membersihkan dosa penjenayah, mendidiknya dan menyelamatkannya


daripada azab akhirat.

You might also like