You are on page 1of 4

ASPEK SEMANTIK DALAM CERPEN

Pengenalan
Cerpen dikenali sebagai cerita pendek yang berbentuk naratif dan bersifat cereka.
Lazimnya, cerpen hanya mengandungi satu hingga empat watak dengan satu tema
dan plot yang tidak kompleks. Cerpen berasal daripada cerita yang lucu berprosa,
keadaan yang dikisahkan dengan cepat sampai kemuncaknya, selari dengan tradisi
penceritaan lisan.

Terdapat pelbagai definisi yang berbeza tentang cerpen oleh para ahli sastera.
Antaranya, Hashim Awang (1998) mengatakan cerpen ialah cereka pendek yang
membawa persoalan bagi menghasilkan kesan yang indah dan juga memusatkan
diri kepada watak dalam situasi, di tempat dan waktu yang sesuai. Othman Puteh
(1993), cerpen ialah cerita pendek yang direka, berbentuk prosa, relatif pendek dan
mengutamakan kekuatan daya imaginasi, kreativiti, kecerdasan akal bagi mengusik
kepekaan pembaca.

Biasanya, cerpen mempunyai satu tema, satu plot, watak yang terhad dan latar
belakang serta budayanya yang singkat. Cerpen mengandungi beberapa ciri yang
mustahak bagi memberikan kesan yang mendalam kepada pembaca. Terdapat
ukuran asas dalam menentukan sesuatu cerpen itu bagus, antaranya termasuklah
cerpen mesti mempunyai kesatuan yang utuh.

Seterusnya, cerpen ada jalinan plot yang tunggal, menyingkirkan bahagian cerita
yang tidak penting. Selain itu, cerpen harus mengisahkan cerita yang tidak berlebih-
lebihan dengan bahasa yang terkawal. Selain itu, cerpen perlu mempunyai bilangan
watak yang sedikit, tidak terlalu ramai supaya jalan cerita yang ingin disampaikan
lebih lancar. Akhir sekali, cerpen wajar ada latar yang bersesuaian, indah dan
menarik.

Cerpen pilihan saya bertajuk Bayang-bayang, terbitan Dewan Sastera bulan


November pada tahun 2010. Cerpen tersebut bertemakan isu-isu membabitkan
negara Israel dan masyarakat Yahudi. Plot cerpen mengisahkan tiga orang sahabat
yakni Diana, Yael dan Barbara mengimbas kembali suatu peristiwa yang pernah
berlaku pada tahun 1947. Latar tempat dan waktu ialah Bandar Tel Aviv, Israel pada
zaman kini.

Pengertian dan Konsep Semantik


Siti Hajar Abdul Aziz (2009), semantik berasal daripada perkataan Greek, iaitu
semantikos yang membawa maksud memberikan tanda, sesuatu gejala atau
sesuatu yang bermakna. Semantik bermula daripada perkataan sema yang merujuk
kepada aspek makna atau maksud.

Secara khususnya, semantik ialah sebahagian daripada bidang kajian tatabahasa,


yakni merujuk kepada kajian yang membabitkan struktur dalam sesuatu bahasa,
misalnya aspek kajian fonologi, morfologi dan sintaksis. Semantik ialah komponen
tatabahasa yang susah difahami kerana berkait dengan perkara abstrak yang
memerlukan penaakulan yang tinggi.

Selain itu, Akmajian (1995) berpendapat bahawa dalam bidang linguistik, semantik
bermaksud kajian tentang makna dan bahasa. Semantik berkaitan rapat dengan
kajian mengenai unit linguistik dan prinsip gabungannya. Dalam bidang logik,
semantik dilihat sebagai kajian berkenaan rujukan linguistik atau denotasi dan
syarat kebenaran.

Kajian semantik dapat dilihat dari aras kata atau pada aras yang paling tinggi , iaitu
kalimat yang terhasil daripada frasa dan ayat. Fakta semantik ialah maklumat
penting dalam tatabahasa kerana tatabahasa digunakan untuk menghuraikan
sesuatu bahasa.

Menurut Sperber dan Wilson (1980), menyatakan bahawa pengertian semantik


sebagai kajian mengenai makna yang digunakan dalam aspek makna ayat dari segi
logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk logik.

Pengertian semantik, berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1433


ditakrifkan sebagai kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna
sesuatu kata. Makna akan terhasil melalui kata kerana ianya merupakan satu unit
ujaran yang bebas. Definisi semantik dari segi istilah pula bermaksud penting atau
beerti.

J.W.M Verhar (1996) mengatakan bahawa semantik merukakan cabang linguistik


yang akan membahas tentang erti dan makna. Semantik juga merupakan bidang
pengkajian linguistik yang objek pengkajiannya adalah mengenai makna bahasa
(Abdul Chaer, 1994).

Abdullah Hassan (1989) mentakrifkan semantik sebagai istilah yang merujuk kepada
kajian makna dan makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik
menjadi sebahagian daripada linguistik. Semantik bertindak sebagai komponen atau
satu peringkat dalam linguistik sehingga ianya dilihat sama taraf dengan fonetik dan
tatabahasa.

Secara keseluruhannya, ahli bahasa mengakui dan menerima bahawa semantik


terletak pada satu hujung kajian, fonetik di hujung yang lain manakala tatabahasa
lebih selesa berada di pertengahan.

Menurut Ullmann (1962), semantik mempunyai dua pengertian iaitu yang


pertamanya, bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan ungkapan
dan juga struktur makna sesuatu peraturan. Keduanya, satu sistem dan penyelidikan
makna sesuatu bahasa.

Konsep semantik, menurut Choamsky ialah makna ayat yang ditentukan oleh
struktur permukaan dan konteks ayat yang digunakan. De Saussure pula
berpendapat bahawa semantik ialah bahasa yang diungkapkanuntuk menyampaikan
makna. Namun, berlaku perbezaan pandangan dalam pernyataan M. Breal yang
mengatakan bahawa semantik bukan hanya merujuk kepada makna tetapi turut
berdasarkan perkembangannya yang dikenali semantik sejarah.

Tidak dapat dinafikan bahawa pelbagai pengertian yang boleh disetujui dan diterima
melalui makna dan definisi semantik. Namun, apa yang pasti ia adalah berkaitan
dengan makna dan bahasa yang teliti. Aspek donotasi, konotasi, konteks makna,
bentuk makna, konsep makna, perubahan makna semuanya termasuk dalam kajian
semantik.
Pelbagai jenis makna dalam Bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada beberapa
golongan seperti sinonim ( perkataan yang mempunyai makna yang sama dari segi
makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim (perkataan yang
mempunyai makna yang berlawanan),hiponim(perkataan yang maknanya
sebahagian daripada makna perkataan lain),homonim ( perkataan yang mempunyai
bentuk dan bunyi yang sama tetapi makna berbeza), polisemi ( perkataan yang
mempunyai makna yang banyak) dan peribahasa ( perkataan yang mempunyai
satu makna).

Perbincangan

Bibliografi
Othman Puteh. (1988). Persediaan Menulis Cerpen. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Abdulah Hussain. (1980). Penulisan Cerpen: Kaedah dan Pengalaman. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like