You are on page 1of 3

ANAK-anak hari ini berhadapan dengan stres yang membawa kepada kemurungan, pemberontakan

dan penyakit.

Remaja yang tertekan berasakan dirinya insan yang gagal lalu mengambil tindakan tidak belajar dan
membuang masa bersama rakan-rakan. Remaja tertekan boleh terlibat dengan pelbagai masalah
sosial.

Apakah yang mendorong kepada stres?

1. Masa belajar yang panjang.


Anak-anak bangun untuk ke sekolah seawal jam 6 pagi dan pulang ke rumah jam 2 petang. Kemudian,
ke kelas agama hingga jam 4 petang.

Sebelah malam perlu hadiri kelas tuisyen. Kekerapan kelas tuisyen ini pula bergantung kepada
bilangan subjek yang diambil.

Ada anak terpaksa hadiri tiga hingga empat kali kelas tuisyen seminggu.

Dalam masa yang sama mereka perlu siapkan kerja sekolah. Jika kerja sekolah tidak siap bermakna
mereka terpaksa berhadapan tindakan guru dan didenda. Ada ketikanya dimalukan. Disamping kerja
sekolah, mereka juga mungkin diberikan kerja oleh guru tuisyen. Ulang kaji perlu dilakukan
terutamanya apabila tahun ini mereka berhadapan dengan peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan
SPM.

Bayangkan apabila anak yang mengambil sembilan subjek diberikan kerja sekolah yang banyak oleh
guru. Mereka tidak sempat menyiapkannya dan tiada masa urusan lain. Hinggakan, waktu cuti pun
tidak dapat cuti. Waktu perayaan pun terpaksa bawa kerja sekolah. Hinggakan apabila balik kampung,
beg sekolah pun terpaksa dibawa sama.

Semua ini menuntut masa belajar yang panjang. Masa mana agaknya mereka punya masa untuk diri
mereka sendiri? Ada juga anak-anak seawal usia tujuh atau lapan tahun sudah dibebankan dengan
semua ini sedangkan itulah masanya mereka mahu meneroka zaman kanak-kanak mereka.

Tiga puluh tahun dahulu, anak-anak seusia mereka punya masa yang banyak bergaul dan bermain lalu
membina kemahiran sosial yang tinggi.
Hari ini, anak-anak banyak meluangkan masa membina kemahiran sosial melalui Internet dengan
melayari laman sosial seperti facebook dan twitter.

Kemahiran sosial yang diperolehi melalui Internet tidak sama dengan berjumpa dan bergaul secara
fizikal. Ini menimbulkan ketagihan laman sosial yang membawa kepada masalah baru.

2. Harapan yang tinggi daripada ibu bapa dan guru.

Hari ini ibu bapa dan guru berlumba-lumba mahukan anak-anak dan pelajar mendapat semua A dalam
peperiksaan.

Ibu bapa yang berkemampuan melakukan apa sahaja dan sanggup mengeluarkan perbelanjaan tinggi
bagi memastikan anak-anak mereka cemerlang. Bagi ramai ibu bapa malu jika anak mereka hanya
mendapat 3A 2B dalam UPSR. Mereka mahukan 5A.

Kasihan melihat anak-anak yang dikerah dan dipaksa belajar bagi memenuhi hasrat dan cita-cita ibu
bapa dan guru, bukan cita-citanya sendiri.

Ada beberapa sebab yang mendorong sikap obses semua ini.

keputusan anak apabila mereka tahu anak kita menduduki peperiksaan penting. Kegagalan anak
dilihat sebagai kegagalan ibu bapa itu sendiri.

Kedua, syarat kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP) yang memberikan laluan kepada pelajar
yang hanya mendapat semua A juga satu tekanan. Malah ada SBP yang langsung tidak memberikan
borang permohonan kepada pelajar yang tidak mendapat semua A.

Berbeza 30 tahun dulu, pelajar yang mendapat 2A atau 3A dalam peperiksaan masih punya harapan
memasuki SBP kerana turut mengambil kira faktor demografi dan latar belakang ekonomi keluarga.

Ketiga, guru-guru turut memberikan tekanan ke atas murid bagi mencapai sasaran sekolah dan
memenuhi tanda aras yang diletakkan oleh jabatan pendidikan.

Sudah sampai masanya ibu bapa dan guru memikirkan pembangunan diri pelajar yang lebih
seimbang. Mendapat semua A dalam peperiksaan bukan jaminan anak-anak ini boleh cemerlang
dalam kehidupan.

Ramai yang menjawat jawatan sebagai ketua, menjadi pemimpin masyarakat dan mencipta
kecemerlangan dalam kerjaya hari ini datangnya daripada golongan pelajar yang biasa sahaja ketika di
sekolah.

Tetapi mereka memiliki EQ (Emotional Quotient) yang baik dan kemahiran sosial yang tinggi. EQ dan
kemahiran sosial terbina sejak kecil melalui aktiviti, pergaulan, perhubungan, interaksi dan proses
komunikasi.

Apabila anak-anak hanya tertumpu kepada kecemerlangan akademik semata-mata, mereka tiada
peluang memantapkan EQ dan membina kemahiran sosial ini. Kesannya, mereka tidak pandai bergaul,
lemah jiwa, cepat mengalah dan putus asa, rendah diri, tidak tahu memimpin, tidak pandai
berkomunikasi dan tidak sensitif dengan perasaan orang lain. Estim diri mereka rendah.

Sebab itulah ibu bapa dan sekolah perlu babitkan anak-anak secara aktif dalam aktiviti kokurikulum
seperti sukan, pasukan beruniform dan berpersatuan.

3. Tekanan daripada rakan sebaya


Stres yang ketiga datangnya dari rakan sebaya. Ada ketikanya anak kita dipinggirkan hanya kerana
berbeza pendapat atau tidak bersetuju dengan cara dan tingkah laku mereka.

Pelajar yang bersekolah di sekolah harian mungkin tidak begitu tertekan berbanding dengan pelajar
SBP. Sebab di SBP, anak-anak jauh daripada keluarga maka rakan-rakanlah yang keluarga terdekat
mereka. Hingga ada di antara anak-anak terpaksa mengikut telunjuk rakan meski pun tahu ia satu
kesalahan kerana enggan dikatakan berbeza.

Sebab itulah anak-anak perlu dibekalkan dengan kemahiran bergaul dan


kebolehan mempengaruhi agar mereka dapat menyesuaikan diri secara positif dengan rakan-
rakannya. Malah, ada beberapa kes ponteng sekolah yang berlaku kesan daripada tekanan rakan
sebaya ini.

Ibu bapa dan guru perlu tingkatkan benteng diri pelajar dengan sentiasa menasihati dan mendorong
mereka secara positif. Mencuri masa hanya lima minit, setiap kali sebelum memulakan kelas, bagi
membuka minda dan mendorong pelajar boleh memberikan impak yang besar dalam hidup mereka.

Maklumkan kepada pelajar bagaimana menguruskan rakan-rakan yang negatif agar tidak memberikan
tekanan kepada mereka.

Sediakan jalan mudah bagi menyampaikan aduan dan rahsiakan siapa si pengadu demi kebaikan
mereka.

Ramai pelajar yang tidak berani tampil ke hadapan dan membuat sebarang aduan kerana mereka
tidak percaya kepada pengawas dan guru serta tidak yakin akan ketelusan sistem yang sedia ada.

Copy from:http://www.101.myetech9.com/2012/03/punca-stress-dalam-kalangan-pelajar.html

post by:Nurul Asyikin Soffian

You might also like