You are on page 1of 8

Soalan 2

Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini


memasuki satu lagi era baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu
sebagai penyampai ilmu. Berbanding system pendidikan kini, guru lebih banyak
berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia
dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara
cekap dan berkesan. Selaras dengan perubahan peranan pendidik, guru harus lebih
inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan
pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan mereka dengan kehendak
pelajar sebagai knowledge worker dalam era evolusi maklumat abad ke -21.

Dalam kerancakan Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan


transformasi, perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah sejauh mana
kepimpinan guru dalam menyediakan pendidikan abad ke-21 agar transformasi
pendidikan negara dapat dicapai dengan jayanya. Dalam menuju ke arah matlamat
negara maju, Masyarakat kini mulai sedar bahawa kemajuan negara baik dari segi
pembangunan sosial, politik dan agama amat bergantung kepada kecekapan dan
keberkesanan sistem pendidikan negara. Perkembangan pendidikan yang
menyeluruh dan pesat pula memerlukan pemimpin dan penampilan ciri-ciri
kepemimpinan yang berkesan ke arah pencapaian aspirasi negara.

8
Mahir
dan
ketera
mpilan
dalam Memah
Mengu
pedago ami
asai
gi perkem
subjek
bangan
iaitu
murid
kandun
dan
gan
menya
kurikulu
Ciri-ciri yangi
m
guru mereka
abad 21
Memah
Mengg
ami
unakan
psikolo
teknolo
gi
gi
pembel
terkini Memilik ajaran
i
kemahi
ran
kaunsel
ing

Rajah 1 : Ciri Kepimpinan Guru

Pada amnya, kepemimpinan adalah satu proses yang melibatkan keupayaan


dan kekuatan menyakinkan orang lain. Kepemimpinan adalah satu proses
mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah
pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Kepemimpinan akan saling

9
berkaitan dengan pemimpin. Bagi mengekalkan kepemimpinan orang lain terhadap
guru, seseorang guru perlulah sentiasa meningkatkan kebolehannya dalam bidang
yang dipertanggungjawabkan. Dengan itu, perlaksanaan tugasan melalui
kepemimpinan guru memerlukan kriteria-kriteria seperti keperibadian yang perlu
disemai dan dapat melahirkan rasa hormat, personaliti yang perlu diperkembangkan,
kedudukan yang perlu dihormati dan kebolehan yang mewujudkan kepercayaan dan
amanah. Justeru itu, banyak yang perlu dihuraikan dan difahami daripada konsep
kepemimpinan ini kerana konsep kepemimpinan guru itu sendiri adalah amat rumit.

Kepimpinan merupakan proses yang mempengaruhi kegiatan manusia yang


berkaitan dengan tugas. Kepemimpinan saling berkaitan dengan pemimpin iaitu
individu yang beri pengaruh. Kualiti kepimpinan ini merupakan ciri penting dalam
menentukan kejayaan sesebuah sekolah seperti yang dinyatakan oleh Beare et al.
(1993). Sehubungan dengan itu juga, Kimmball Young sosiolog terkenal dari Amerika
mendefinisikan kepemimpinan adalah satu bentuk dominasi yang didasari dengan
kemampuan pribadi, yang sanggup mendorong dan mengajak orang lain berbuat
sesuatu, dan memiliki keahlian khusus pada situasi khusus.

Jika dilihat dari pengertian kepemimpinan diatas, maka kepemimpinan itu


merupakan kegiatan yang berusaha untuk mempengaruhi seseorang agar bekerja
sama ada untuk mencapai sesuatu tujuan. Ini bermaksud, kepemimpinan juga
merupakan keupayaan untuk mempengaruhi ahl-ahli kumpulan untuk mencapai
sesuatu matlamat dan untuk mempengaruhi sistem kepercayaan, tindakan dan nilai
ahli-ahli dalam kumpuannya. Konsep asas kepemimpinan yang seterusnya adalah
merujuk kepada kepimpinan diantara pemimpin dengan pengikut. Walaupun
pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada
pujukan daripada paksaan. Proses ini selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang
bersifat dua arah dan tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat bersama. Jadi
kepimpinan bukan hanya tanggungjawab pemimpin, tetapi memerlukan usaha
daripada pengikut-pengikutnya. Guru sebagai seorang yang pemimpin di kelas maka
guru harus berusaha untuk mengajak peserta didik agar berbuat dan menjalankan
semua proses kegiatan belajar supaya peserta didik dapat mencapai tujuan
pembelajaran. Guru sebagai seorang yang pemimpin di kelas maka guru harus
berusaha untuk mengajak peserta didik iaitu murid agar berbuat dan menjalankan
semua proses kegiatan belajar supaya murid dapat mencapai tujuan pembelajaran.

10
Jika dilihat dalam konteks guru di sekolah, peranan seorang guru adalah
menyampaikan ilmu dan pengetahuan. Seorang guru itu haruslah mempunyai
kepimpinan dalam bilik darjah. Kepimpinan dalam bilik darjah merupakan satu set
kemahiran di mana guru menggunakan kepimpinannya untuk mengurus dirinya
sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain. Transformasi pendidikan harus
bermula dengan guru menerusi kesedaran diri, sifat positif dan kemahuan membina
ilmu dan kemahiran diri. Kepimpinan guru dalam bilik darjah memerlukan
tanggungjawab guru untuk mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang kondusif
untuk menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan kepada
murid. Penasihat Tutor Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain (16 Oktober 2016) berkata,
guru perlu menterjemahkan konsep dan elemen yang terdapat dalam kerangka
pembelajaran abad ke-21 bagi membentuk strategi pembelajaran dan pengajaran
(PdP) yang berkesan di dalam bilik darjah.

Guru pada zaman sekarang memang menekankan aspek membina pedagogi


pembelajaran abad ke-21 dalam proses mereka bentuk pengajaran dan bukan
hanya menumpukan aspek prasarana fizikal sahaja malah mengambilkira faktor
sosial dan faktor emosi.. Ia mentransformasikan bili darjah dengan ruang
pembelajaran kreatif hasil usaha murid supaya menarik dan bermakna. Antara fizikal
bilik darjah abad ke-21 yang dicadangkan adalah sudut parking lot, murid duduk
dalam kumpulan (4-6 orang), sudut hasil kerja murid dan kad trafik light yang
memaparkan isi kefahaman murid dalam kelas. Ini membolehkan murid boleh
menyuarakan maklum balas mereka dengan menampal sebarang soalan, idea,
masalah, kebimbangan, keperluan atau apa sahaja yang dirasakan perlu untuk
memajukan diri mereka. Bagi mewujudkan budaya bilik darjah yang efektif, guru-
guru perlu mampu membangkitkan minat murid untuk sentiasa seronok, ceria dan
tidak mempunyai tekanan dalam menuntut ilmu.

Selain itu, cara penyampaian dan stail kepimpinan guru dalam bilik darjah
merupakan aspek utama bagi menghasilkan iklim pembelajaran yang berkesan.
Perkara ini termasuklah suara guru yang sesuai, lantang dan jelas menyampaikan
pengajaran. Di samping itu, sikap positif dan berekspektasi tinggi yang dipaparkan
oleh seorang guru akan membawa kepada kecemerlangan murid. Cara kepimpinan
guru yang demokratik yang menekankan kerjasama, berinisiatif dan penggunaan

11
pujian juga mampu membimbing murid ke arah nilai positf. Contoh Kepemimpinan
guru dapat dilihat melalui keadaan seperti ketika suasana kelas sedang bising, dan
apabila guru mengangkat tangan semua murid yang bising dalam kelas menjadi
senyap dan kembali fokus kepada pengajaran guru.

Dalam konsep kepimpinan guru dan budaya sekolah, guru merupakan


pemimpin yang berperanan sebagai agen perubahan. Perubahan yang dimaksudkan
adalah melibatkan perubahan ke atas sekolah dan pengajaran dalam bilik darjah.
Guru juga adalah individu yang menggariskan hala tuju dan membentuk murid ke
arah merealisasikannya dengan nilai-nilai kepimpinan yang positif. Guru sebagai
pengajar perlu berusaha untuk memahamkan murid berkaitan konsep dengan
mudah, sistematik, seronok dan bermakna.

Di samping itu, guru turut sama berperanan sebagai individu yang menjadi
jambatan rujukan pengetahuan dan maklumat para murid. Justeru, guru perlulah
menunjakkan kepimpinannya dengan sentiasa bersedia dan boleh menyesuaikan
diri dengan keadaan iaitu mempamerkan corak atau gelagat kepimpinan yang
sesuai. Sehubungan itu, Anjakan Transformasi Ketujuh iaitu memanfaatkan ICT bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah harus disambut dengan minda positif
oleh guru. Oleh itu, semua guru di bilik darjah mencapai standard iaitu memudah
dan mencetus inspirasi pembelajaran serta kreativiti murid. Selain itu, guru juga
perlu mereka bentuk dan membangunkan pengalaman pembelajaran serta
pentaksiran era digital. Oleh yang demikian, guru perlu mampu mempamerkan cara
bekerja dan mengajar era digital. Dalam situasi sama, guru juga perlu
mempromosikan serta menjadi model masyarakat digital yang bertanggungjawab.
Selanjutnya, guru perlu membabitkan diri dalam pembangunan dan kepemimpinan
serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

Konsep kepemimpinan guru ini juga turut meliputi ruang lingkup yang lebih
luas dengan melibatkan masyarakat umum. Guru yang mengamalkan kepimpinan
yang berkesan dapat menarik kepercayaan masyarakat untuk bekerjasama dengan
pihak sekolah. Ahli masyarakat yang dimaksudkan di sini adalah golongan ibu bapa
yang menjadi tulang belakang kepada kehidupan sosial murid. Guru yang

12
berwibawa memiliki keupayaan untuk melibatkan ibu bapa dalam proses
memberikan pendidikan formal kepada anak-anak mereka. Hubungan ibu bapa dan
guru yang tidak hanya terbatas di atas meja mesyuarat PIBG akan membuka ruang
kolaborasi yang lebih dinamik serta mengikis kebimbangan ibu bapa terhadap
kreadibiliti guru dalam aspek pembentukan disiplin dan jati diri anak mereka.
Kepemimpinan guru yang berkesan juga mengurangkan beban individu kerana
kerjasama kumpulan lebih dititikberatkan. Sebagai contoh, pengagihan tugas dalam
mesyuarat agung PIBG antara pihak guru dan pihak ibu bapa akan mengurangkan
beban tugas sesama ahli dan pada masa yang sama memupuk kerjasama dua hala
melalui kepimpinan guru.

Kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada pendekatan dan


kesungguhan guru-guru di sekolah bekerjasama dalam mendukung hasrat misi dan
visi sekolah. Kerjasama dalam kalangan guru bukan sahaja menyerlahkan
profesionalisme keguruan malah turut menjulang kepimpinan guru. Seorang guru
yang berkarisma dalam memimpin sesuatu organisasi juga berupaya untuk
memupuk nilai kepimpinan dalam diri rakan sejawatanya dan seterusnya
mewujudkan suasana yang fleksibel untuk sebarang bentuk kerjasama antara
mereka. Sekolah yang berjaya dan berkesan biasanya dibantu oleh penglibatan aktif
guru-guru dalam tugas berkumpulan dan lazimnya wujud kerjasama harmoni dalam
kalangan komuniti tersebut. Ini dapat disedari apabila lima buah sekolah di negara
ini memperoleh pengiktirafan IB world school daripada badan pengiktirafan
antarabangsa terkemuka dunia, International Baccalaurreate Organization (IBO),
(Utusan Online, 2016). Kejayaan ini pasti dapai dikecapi apabila daya kepimpinan
sesama guru di sekolah seperti keupayaan seseorang guru untuk bekerjasama,
berinteraksi serta mendorong rakan sejawatanya dengan menggunakan kuasa
pujukan daripada paksaan.

Di samping itu, guru berperanan melonjakkan kualiti pendidikan negara ke


tahap global. Bagi merealisasikan PPPM, guru memainkan peranan untuk
melonjakkan kualiti pendidikan negara ke tahap bertaraf dunia. Dalam konteks
merealisasikan hasrat PPPM ini, guru perlu memiliki satu wawasan yang unggul
untuk mentransformasikan pelbagai aspek pendidikan, berpemikiran aras tinggi dan
mampu berinovasi supaya mampu meningkatkan keberhasilan sekolah dan
kemenjadian murid. Hal ini jelas sekali menunjukkan bahawa guru memikul amanah

13
yang cukup mencabar untuk menjadikan anak murid mampu bersaing di peringkat
global. Lantas, sekiranya anak didik ini mampu berdiri dan duduk sama rendah
dengan rakannya di negara lain di arena antarabangsa, maka guru terlebih dulu
perlu mencapai standard ke tahap global supaya ilmu yang dicurahkan mengikut
acuan dihasratkan dalam PPPM. Oleh demikian, guru perlu melihat keberhasilan diri
sendiri dalam konteks global kerana anak murid yang dididik pada hari ini adalah
kejayaan atau kegagalan modal insan yang akan dibentuk dalam PPPM nanti.

Guru perlu memastikan diri mereka dilengkapi dengan kemahiran pedagogi


bersifat holistik, meneroka penggunaan model pembelajaran pelbagai mod yang
memanfaatkan teknologi supaya dapat mencungkil kemahiran berfikir aras tinggi
serta mengukuhkan pembelajaran murid. Ia merupakan satu tanggungjawab
kepimpinan guru pada abad ke-21 ini. Ini dapat di buktikan apabila Dua guru wanita
tempatan berpeluang membawa pulang US$1 juta (RM4.3 juta) selepas
disenaraikan antara 50 guru dari seluruh dunia untuk Anugerah Guru Global 2016
anjuran yayasan berpangkalan di Dubai, Yayasan Varkey GEMS. Ini menunujukkan
keperluan untuk seseorang guru menjadi lebih berinovasi dan kreatif melahirkan
guru berkualiti tinggi dan berkepimpinan. Penyumbangan dua guru tersebut
mecetuskan perkembangan pendidikan ke arah mencapai matlamat bersama. Hasil
inovasi guru dapat memberi impak dan manfaat secara langsung kepada dunia
pendidikan.

Kesimpulannya, sekolah menjadi institusi penting untuk penghayatan nilai dan


pemupukan perpaduan. Guru bukan saja harus berperanan sebagai suri teladan
kepada murid dalam apa juga tindakan dan tingkah laku mereka, malah turut
bersama memikul hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghasilkan murid yang
dibangunkan dengan identiti nasional yang kukuh melalui pengajaran dan
pembelajaran, aktiviti kokurikulum serta aspek pembangunan sahsiah murid. Oleh
yang demikian, guru perlu melihat peranan ini bukan saja sebagai amanah untuk
aset pembangunan negara, malah juga turut disemai sebagai satu tanggungjawab
kepada penciptaNya. Oleh itu, proses kepimpinan peringkat sekolah berlaku
bermula daripada guru. Hal ini, memberikan gambaran betapa pentingnya nilai
kepimpinan seseorang guru yang juga digelar arkitek pembinaan insan salam
melaksanakan tugas yang tiada penghujungnya.

14
15

You might also like