You are on page 1of 28

Pengertian dan konsep lirik lagu.

Lirik Lagu merupakan ekspresi seseorang tentang sesuatu hal yang

sudah dilihat, didengar mahupun yang sudah dialaminya. Dalam

mengekspresikan pengalamamnya, penulis atau pencipta lirik lagu sering

melakukan permainan kata-kata dan bahasa untuk mencipta daya kretiviti

dan daya tarikan terhadap sesuatu lirik lagu. Permainan bahasa ini dapat

berupa permainan vokal, gaya bahasa mahupun penyimpangan makna kata

dan ianya diperkuatkan lagi dengan penggunaan melodi dan intonasi muzik

yang disesuaikan dengan lirik lagu sehingga pendengar semakin terbawa-

bawa dengan apa yang difikirkan oleh pengarangnya (Awe,2003. P.15)

Definisi lirik lagu atau syair lagu dapat dianggap sebagai puisi begitu

pula sebaliknya. Hal ini pernah dikatakan oleh Jan Van Luxemburg (1989)

iaitu definisi mengenai teks-teks puisi tidak hanya mencakupi jenis-jenis

sastera melainkan ianya juga merupakan ungkapan yang bersifat pepatah,

pesanan iklan, semboyan-semboyan politik, syair-syair lagu pop dan doa.

Sesebuah karya sastera merupakan karya yang penuh kreativiti yang

menggunakan bahasa sastera, maksudnya bahasa yang digunakan haruslah

dibezakan dengan bahasa sehari-hari atau bahasa ilmiah. Bahasa sastera

merupakan bahasa yang penuh ambiguitas dan memiliki sifat ekspresif yang

perlu dihindari oleh ragam bahasa ilmiah dan bahasa sehari-hari

(Awe,2003.p.49). Selain itu, sifatnya yang ambigu dan penuh ekspresi ini

1
memyebabkan bahasa sastera cenderung untuk mempengaruhi, memujuk

dan pada akhirnya mengubah sikap pembaca atau pendengar (Wellek &

Wareen, 1989.p.14-15).

Lagu yang terbentuk dari hubungan antara unsur muzik dengan unsur

syair atau lirik lagu merupakan salah satu bentuk komunikasi massa. Pada

tahap ini, lagu sekaligus merupakan media penyampaian pesanan kepada

pendengar dalam jumlah yang besar melalui media massa. Pesanan dapat

disampaikan dalam pelbagai bentuk, baik secara lisan mahupun secara

tulisan. Lirik lagu memiliki berbagai-bagai bentuk pesanan yang berupa

tulisan kata-kata dan kalimat yang dapat digunakan untuk menciptakan

suasana dan gambaran imaginasi tertentu kepada pendengarnya sehingga

dapat menghasilkan makna-makna yang beragam. Dalam fungsinya sebagai

media komunikasi, lagu juga sering digunakan sebagai saranan untuk

mengajak pendengar menghayati tentang realiti yang terjadi mahupun

cerita-cerita imaginasi. Selain itu, lagu juga dapat digunakan untuk

pelbagai-bagai tujuan misalnya, dapat menyuntik rasa cinta antara satu

sama lain, sebagai pembakar semangat dan juga lagu dapat digunakan

untuk memprovokasi atau memyampaikan saranan propaganda untuk

mendapatkan sanjungan serta menstabilkan emosi dan perasaan seseorang

dengan tujuan untuk menanam sikap atau nilai yang dapat dirasakan oleh

masyarakat sebagai hal yang wajar, benar dan tepat.

2
Pengertian dan konsep semantik

Definasi semantik

Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata

dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna.

Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan

dan keperibadian manusia.

Definisi dari segi istilah pula, semantik berasal daripada perkataan

yunani iaitu semantikos yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat

definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantik ialah cabang ilmu

linguistik yang akan membahaskan tentang erti dan makna (J.W.M Verhar,

1996). Selain itu, semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang

mana objek penelitianya adalah makna bahasa (Abdul Cbaer, 1994).

3
Menurut kamus dewan bahasa edisi keempat, semantik bermaksud

kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.

Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti

sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-

lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna

dengan makna lain serta pengaruh makna tersebut terhadap masyarakat.

Konsep semantik

Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa yunani

semantikos yang bermaksud penting atau beerti. Kata beerti ini membawa

maksud makna yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan

(Taringan, 1985:9). Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan

bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Chomsky

berpendapat bahawa semantik bermaksud ayat yang ditentukan oleh

struktur permukaan dan konteks apabila ayat tersebut digunakan. Namun,

semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada

perkembanganya yang disebut semantik sejarah (M.Breal,1893). Makna

boleh diberikan dengan bermacam-macam pengertian lain. Ogden dan

4
Richard (1956) memberikan 16 pengertian makna: antaranya ialah sesuatu

yang intrinsic, pokok, kemahuan dan pelbagai lagi yang dapat menjelaskan

bahawa makna mempunyai makna yang rumit.

Secara kesimpulanya ialah semantik dikatakan sebagai sebahagian

daripada lingustik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat

dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji makna perkataan dan ayat

dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat

dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan

makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna

daripada hubungan semantik. Kata dalam bahasa melayu yang mempunyai

pelbagai jenis makna dapat di kategorikan kepada beberapa golongan

seperti sinonim ( perkataan yang mempunyai makna yang sama dari segi

makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim

( perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim

( perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain),

homonim ( perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi

makna berbeza), polisemi ( perkataan yang mempunyai makna yang

banyak) dan peribahasa ( perkataan yang mempunyai satu makna).

Sejarah perkembangan semantik

Tiga komponen utama tatabahasa ialah fonologi, sintaksis dan

semantik. Fonologi ialah ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi bahasa.

5
Sintaksis ialah pengkajian tentang ayat dan semantik pula berkaitan dengan

pengkajian tentang makna.

Pengkajian makna pada peringkat semantik hanya terhad kepada

maklumat lingustik sahaja. Menurut Sperber dan Wilson, pengkajian makna

pada peringkat semantik belum dapat memberikan makna sepenuhnya

sebagaimana yang dihajati oleh penutur. Pengkajian makna seharusnya

melibatkan ilmu pragmatik, iaitu ilmu penginterpretasian makna yang

melibatkan faktor bukan linguistik. Kombinasi antara kedua-dua faktor

lingustik dan bukan linguistik ini benar-benar dapat membantu pengkajian

makna yang lebih berkesan.

a. Peringkat 1

Golongan semantik pada peringkat ini mengekalkan tradisi ahli

struktural. Semantik dianalisis sama sebagaimana ahli struktural

membuat penganalisian ilmu fonologi. Contohnya, jika /p,t,k/

mempunyai fitur [-suara] maka /b,d,g/ pula mempunyai fitur [+ suara].

Analisis seperti ini seterusnya diterapkan dalam ilmu semantik.

Dengan itu, setiap perkataan diberikan fitur distingtif untuk

memperlihat fitur khasnya dan hubungan antara fitur tersebut.

Contohnya :

Teruna [+ lelaki]

Gadis [- lelaki ]

6
Daripada fitur khas ini, ianya dapat menerangkan persamaan dan

perbezaan semantik bagi setiap kata. Oleh itu, tugas golongan ahli

semantik ini adalah untuk mencari satu set fitur semantik ini adalah

untuk mencari satu set fitur semantik yang dapat disebarluaskan bagi

seluruh perbendaharaan kata.

Jika perkataan yang mempunyai satu interpretasi yang serupa seperti

teruna dan bujang, maka kedua-dua perkataan ini dikatakan sinonim.

Jika perkataan mempunyai perbezaan, contohnya perempuan dan

lelaki [+/- lelaki], perkataan itu dianggap antonim. Semantik pada

peringkat ini mengalami kegagalan kerana ianya terhenti setakat

menyenaraikan bentuk makna ayat berdasarkan kata demi kata serta

mengenepikan hubungan stuktur dalaman dan luaran bagi ayat dan

tidak memberikan penjelasan lanjut bagi makna perkataan yang

disenaraikan.

b. Peringkat 2

Semantik pada peringkat ini juga dikenali sebagai semantik interpretif

dan generatif yang banyak melibatkan ilmu logik. Ahli logik

berpendapat mereka mempunyai sistem logic serupa bahasa bagi

memberikan representasi semantik dengan menggunakan predikat

kalkulus (predicate calculus).

7
Ahli logik lebih cenderung menggunakan rumus logik yang

dilambangkan oleh huruf P dan Q. Lambang ini merupakan lambang

yang arbitrary sahaja. Tujuanya adalah untuk menunjukkan bahawa

makna sesuatu ayat dapat diterangkan dengan jelas, mudah dan

ringkas.

Semantik pada peringkat ini hanya memperuntukkan bentuk-bentuk

logik kepada ayat. Ianya banyak melibatkan ilmu logik yang

menggunakan predikat kalkulus.

Contohnya :

a. P Q
Kalau Lina mendapat biasiswa Lina dapat
meneruskan pengajianya di

universiti

Namun begitu, analisis semantik pada peringkat 2 juga mengalami

kegagalan kerana golongan logik hanya mampu memberikan

keterangan setakat ini sahaja tanpa memberikan penjelasan sebab

musabab perkara tersebut terjadi.

c. Peringkat 3

8
Semantik peringkat 3 dikenali sebagai semantik syarat benar.

Penyokong pendekatan semantik syarat benar tidak menyenangi

definisi semantik peringkat 1 dan 2. Antara ahli semantik syarat benar

ialah Kempson, Fodor, Sperber dan Wilson. Bagi ahli logik tujuan

utama mereka adalah untuk membezakan argumen yang sah daripada

yang tidak sah, kemudian memastikan yang cadangan yang benar

sahaja kesimpulan sebenar dapat dihasilkan.

Contohnya :

I. Ali berkulit cerah,- P


II. Ali berambut lurus. Q

Daripada dua bentuk premis di atas, kesimpulanya : Ali mempunyai

kulit yang cerah dan rambut yang lurus. P & Q. kelemahan semantik

pada peringkat ini ialah ianya tidak dapat menerangkan kebenaran dan

ketidakbenaran ayat bukan penyata.

d. Peringkat 4

9
Kajian semantik pada peringkat ini dipelopori oleh Sperber dan Wilson.

Sperber dan Wilson tidak bersetuju dengan idea yang dikemukakan

oleh golongan semantik syarat benar dalam memberikan makna

sebenar bagi sesuatu ayat/ ujaran. Sperber dan Wilson memulakan

argument mereka dengan member seberkas ayat :

I. Saya merasa gembira.


II. Ali membeli ketam.
III. Dia juga.

Bagi ketiga-tiga ayat di atas, kita tidak dapat memberikan syarat

benarnya tanpa sebarang maklumat tambahan. Sperber dan Wilson

menafsirkan ayat-ayat diatas dengan menggunakan model semantik

sistem penuh. Daripada bahasa semula jadi, ayat ini diterjemahkan ke

dalam bentuk logik.

a) Saya gembira (bentuk logik)

______________ gembira pada________________

[penutur] [waktu ujaran]

b) Ali ___________ membeli ___________ ketam(bentuk logik )

[individu bernama ali] [sejenis alat/makanan

laut]

10
c) Saya___________ juga (bentuk logik)

[seorang individu] [ciri-cirinya]

Teori imejan

Teori ini merupakan pendekatan saintifik dalam penghuraian makna

yang digunakan secara meluas oleh pengkaji-pengkaji linguistik trradisional.

Mereka bersetuju bahawa setiap perkataan yang disebut, didengar dan

dibaca akan dapat ditafsirkan secara automatik oleh fikiran masing-masing.

Teori ini juga dikenali sebagai teori imej. Makna ini didefinasikan sebagai

imej makna yang tergambar dalam minda penutur atau pendengar apabila

sesuatu benda atau perkara disebut. Dalam erti kata yang lain, makna kata

dihuraikan berdasarkan gambaran yang ada dalam fikiran seseorang.

11
Sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan disebut tergambar dalam fikiran

dan ditafsir sehingga member makna yang abstrak.

Imej yang dimaksudkan ini bagaimanapun tidak bersifat visual kerana

ianya tidak menepati gambaran sebenar yang dimaksudkan secara tepat.

Hal ini bergantung kepada keluasan pengalaman dan ilmu yang dimiliki oleh

individu itu sendiri. Justeru itu, kekurangan teori ini adalah imej yang

tergambar dalam fikiran seseorang itu tidak dapat ditentukan sama ada

ianya betul atau salah. Individu itu mungkin mempunyai beberapa imej bagi

sesuatu ungkapan atau pun dalam situasi yang lain mungkin wujud pula

beberapa ungkapan yang berkongsi imej yang sama. Pada hakikatnya, satu

nama boleh mempunyai lebih daripada satu pengertian dan juga sebaliknya.

Contohnya: frasa bunga ada yang memahami frasa ini sebagai beberapa

kuntum bunga sebaliknya ada juga yang mungkin memahami bahawa frasa

ini mempunyai dua maksud, iaitu beberapa kuntum bunga dan anak gadis

yang diibaratkan seperti bunga dalam masyarakat Melayu.

Isi dan perbincangan

Kajian terhadap lirik lagu asli yang dipilih menggunakan teori imejan.

Teori imejan merupakan satu kajian makna yang berupa imej atau gambaran

seseorang tentang perkataan melalui proses pemahaman yang berbeza-beza

12
mengikut status sosial, iaitu tahap pengetahuan terhadap sesuatu benda

atau makna ungkapan yang didengar apabila ianya diujarkan oleh seseorang

untuk tafsiran melalui pengamatan pemahaman tersendiri. Dalam

perbincangan ini, beberapa lirik lagu melayu asli seperti cenderawasih,

patah hati dan sayang musalmah telah dipilh untuk mengunkapkan imej atau

gambaran sesuatu kata yang mungkin mempunyai makna yang tertentu

mengikut tahap kefahaman seseorang dalam melahirkan atau menzahirkan

maksud tentang sesuatu lirik lagu melayu asli yang difahami.

Antara berikut merupakan baris-baris lagu melayu asli yang telah

dipilih untuk dikaji dari sudut kajian makna atau semantik dengan

menggunakan teori imejan.

Tuanku putih kilau keemasan

(cenderawasih, rangkap1. Baris 2)

Imej yang ingin ditonjolkan oleh pencipta lagu tersebut berkemungkinan

seekor burung yang mempunyai bulu yang putih bersih dan berkilau-kilauan

dan tidak ada burung lain yang dapat menandingi kecantikan burung

tersebut. Manakala maksud yang ingin disampaikan oleh pencipta lagu

tersebut adalah mengenai seseorang yang mempunyai darjat yang tinggi

berbanding dengan orang lain atau pun rupa paras yang elok dan dipandang

mulia oleh masyarakat sekitarnya.

13
pandanglah hamba si gagak hutan

(cenderawasih, rangkap1. Baris 3)

Baris ayat seterusnya mungkin membawa maksud yang banyak dan bersifat

kefahaman individu. Imej yang ditonjolkan dalam baris lirik lagu berikutnya

ialah seekor burung gagak hutan yang tinggal di kawasan terpencil di dalam

hutan. Gagak digambarkan seekor burung yang sering dilihat berkeliaran di

tempat-tempat yang kotor. Maksud yang ingin disampaikan oleh pencipta

lirik lagu adalah mengenai golongan masyarakat bawahan yang sering

diabaikan oleh sesetengah pihak. Selain itu, maksud lain yang ingin

disampaikan ialah gambaran seseorang yang daif atau miskin yang serba

kekurangan juga mengambarkan seseorang yang tidak memiliki wajah yang

tampan atau kacak.

Adumu bercadarkan pintalan gemawan

(cenderawasih, rangkap2.

Baris 3)

Baris ayat yang seterusnya memaparkan imej gemawan atau awan yang

bermacam-macam rupa. Imej awan yang dionjolkan untuk memperlihatkan

jenis awan yang sangat halus, lembut dan mempunyai pelbagai-bagai

bentuk. Maksud yang ingin disampaikan ialah tentang keselesaan hidup

14
seseorang yang digambarkan dengan tidurnya yang beralaskan pintalan

awan yang bermacam-macam bentuk. Selain itu, ianya juga mengambarkan

seseorang yang tinggi darjatnya serta mempunyai tempat tinggal yang elok

dan selesa.

Tidur hamba beralas reranting hutan

(cenderawasih, rangkap2. Baris 4)

Imej yang ingin digambarkan ialah reranting hutan yang tidak selesa

dijadikan alas untuk tidur. Maksud yang ingin disampaikan ialah mengenai

kemiskinan, kedaifan serta ketidakselesaan hidup. Selain itu, ianya

mengambarkan golongan masyarakat bawahan yang terlalu daif

sehinggakan sanggup beralaskan apa sahaja untuk dijadikan tempat untuk

melelapkan mata. Ianya juga menunjukkan perbezaan antara golongan

orang atasan yang hidup dalam kemewahan dan juga golongan orang

bawahan yang daif dan miskin.

kau pinta didodoikan rintikan hujan

(cenderawasih, rangkap 4. Baris 3)

Imej yang ditonjolkan ialah rintikan hujan, yang mengambarkan keadaan

yang selesa, suasana yang dingin dan redup. Maksud yang tersirat yang

15
ingin disampaikan ialah seseorang yang ingin hidupnya di limpahi

kemewahan dan keselesaan. Selain itu, turut mengambarkan seseorang

individu yang sentiasa ingin hidup dalam kesenangan tanpa memikirkan

kesusahan orang lain.

Ku mampu rintih senandung kedukaan

(Cenderawasih, rangkap 4. Baris 4)

Mengambarkan seseorang yang tidak mampu untuk membahagiakan

pasangannya dan hanya mampu melahirkan keluhan, kesedihan dan

kesusahan hati kerana tidak dapat memenuhi kemahuan pasanganya yang

inginkan keselesaan dalam hidup namun hanya mampu mengundang

kesedihan dan kekecewaan dalam diri pasanganya.

Hancur hatiku

(Patah hati, rangkap 5. Baris 1)

Imej yang dapat dibayangkan pada baris pertama lagu tersebut ialah

tentang keadaan hati yang hancur. Hancur menurut Kamus Dewan edisi

keempat ialah pecah menjadi kecil-kecil iaitu keadaan hati yang remuk dan

berkecai-kecai. Maksud yang ingin disampaikan ialah mengenai seseorang

yang kecewa akibat daripada dikhianati atau sesuatu keinginan diri yang

16
tidak kesampaian juga mengambarkan seseorang yang sudah hilang

keberanian dalam diri serta terlalu sedih kerana mengenangkan nasib dirinya

dan tidak mahu berusaha lagi akibat daripada kekecewaan yang dialaminya.

Diriku miskin

(Patah hati, rangkap 6. Baris 6)

Imej yang dapat digambarkan ialah sesorang individu yang miskin.

Kemiskinan mungkin disebabkan dirinya yang tidak mempunyai harta benda,

tidak berpelajaran dan juga serba kekurangan dalam hidup. Imej lain yang

dapat digambarkan melalui baris lirik lagu diatas dapat mengambarkan

kemiskinan seseorang individu tersebut mungkin berpunca kerana tidak

memiliki pelajaran yang sempurna, hidup dalam keadaan terumbang-ambing

serta tidak terurus.

Mengenang nasib diriku malang

(Patah hati, rangkap 5. Baris 4)

Baris lirik lagu diatas mengambarkan imej seseorang yang sedang

memikirkan atau membayangkan dengan perasaan yang tertentu seperti

kesedihan, kesayuan, belas kasihan dan kerinduan. Maksud lain yang ingin

diuangkapkan dalam baris lirik lagu diatas ialah seseorang yang sedang

17
memikirkan sesuatu yang sedang menimpa dirinya atau sedang

mengharungi takdir yang telah ditentukan oleh Allah.

Ingin ku petik bintang yang tinggi

(Patah hati, rangkap 7. Baris 1)

Mengambarkan seseorang individu yang mempuyai hasrat atau cita-cita

yang tinggi seperti bintang yang tinggi di langit. Menunjukkan seseorang

individu yang berrhasrat untuk mencapai impian atau kejayaan dalam hidup.

Selain itu, ianya turut mengambarkan impian yang ingin dicapai mungkin

agak mustahil untuk dilaksanakan dan mungkin akan ada halangan-halangan

tertentu yang harus ditempuhi dalam merealisasikan impian dan cita-

citanya.

Tanganku hangus disambar petir

(Patah hati, rangkap 7. Baris 4)

Imej yang cuba digambarkan dapat menyampaikan maksud tentang

seseorang yang mengalami kegagalan dalam hidup kerana tidak dapat

memenuhi impian yang dihajati oleh dirinya. Kegagalan dirinya mungkin

disebabkan oleh halangan-halangan tertentu yang tidak dapat ditempuhi

olehnya. Selain itu, ianya juga dapat menyampaikan maksud atau gambaran

18
tentang hajat yang dikehendaki oleh seseorang individu itu tidak mampu

ditunaikan.

Aku tak sanggup menanggung budi

(Sayang Musalmah, rangkap 2.

Baris 2)

Ayat diatas mengambarkan seseorang yang tidak sanggup mengalas beban

atau menahan derita akibat daripada perbuatan baik seseorang yang tidak

dapat dibalas. Maksud yang ingin disampaikan ialah seseorang yang tidak

mahu menyusahkan orang lain kerana tidak dapat memastikan sama ada

dirinya dapat untuk membalas balik jasa dan pertolongan daripada individu

lain.

Implikasi

I. Pemilihan diksi yang tepat.

19
Dalam hal ini, panciptaan lirik lagu dengan jelas memperlihatkan

bahawa pemilihan kata yang baik dan tepat mampu untuk membantu

lagu tersebut agar ianya terus diminati oleh pendengar. Penulis lirik lagu

tidak hanya mementingkan pulangan material sahaja semasa mencipta

sesebuah lirik lagu. Ada kalangan penulis lirik yang tidak suka membuat

rujukan memyebabkan lirik lagu yang ciptaan mereka agak merapu dan

lari daripada maksud judul serta mesej yang ingin disampaikan kelihatan

kurang jelas dan kabur. Pemilihan kata yang tidak tepat penggunaanya

menyebabkan ianya menjadi perosak kepada keindahan bahasa Melayu

itu sendiri. Disebabkan kesan daripada penggunaan seni kata yang

sedemikian akan memberikan kesan terhadap minda, budaya, akhlak dan

kesopanan masyarakat Melayu, apatah lagi terhadap bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan. Namun, ada penulis lirik yang

menggunakan kata-kata yang indah dan dalam masa yang ianya

mengambil kira faktor ketepatan pemilihan kata dalam lagu-lagu mereka.

Kata-kata indah yang disulami dengan rentak tradisional dan moden

dapat menceriakan dan mewarnai persada seni tanah air, di samping

memperluaskan lagi penggunaan bahasa Melayu.

II. Bertujuan untuk memberi nasihat.

Kecenderungan masyarakat pada hari ini yang gemarkan kepada

hiburan perlu dipandu dengan pengisian yang betul dan tepat dalam

20
mengharungi arus modenisasi yang semakin berkembang maju. Selain

daripada menghibur lirik lagu juga sering di selitkan dengan unsur-unsur

nasihat yang mampu mendidik jiwa masyarakat pendengar. Penciptaan

lirik lagu sememangnya tidak semudah menyusun ayat biasa, namun

ianya dapat diperolehi dari berbagai-bagai inspirasi. Inspirasi itu sendiri

dapat diperolehi dari pengalaman dalam kehidupan seharian. Lagu bukan

sahaja bertujuan untuk menghibur semata-mata, malah ianya dapat

membentuk keindahan rohani dan jasmani. Unsur-unsur nasihat mampu

disampaikan dengan menggunakan bahasa yang baik, sopan dan indah

agar ianya dapat menyentuh hati dan perasaan pendengar disamping

menyampaikan nasihat-nasihat yang berguna dan bermanfaat kepada

pendengar.

Kesimpulan

Semantik merupakan satu cabang kajian linguistik yang membahaskan

tentang makna, kajian semantik juga dikatakan sebahagian daripada

linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan

sebagai sesuatu bidang yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam

bahasa secara ringkasnya. Menurut Siti hajar Abdul Aziz (2009), semantik

membekalkan kajian makna ayat untuk bahasa dengan cara menghuraikan

makna secara spesifik, iaitu berlandaskan situasi ayat-ayat dalam bahasa.

21
Dalam situasi pertuturan pula, penutur menggunakan bahasa yang

bermakna apabila mereka menuturkan sesuatu bunyi bahasa atau ujaran.

Teori imejan yang digunakan dalam perbincangan ini bersesuaian

dengan lirik lagu yang dikaji. Teori imej makna yang didefinasikan sebagai

imej makna yang tergambar dalam minda penutur atau pendengar apabila

sesuatu benda atau perkataan disebut. Seseorang individu mungkin akan

membayangkan imej yang didengar berlainan dengan imej yang

digambarkan oleh individu yang lain. Seseorang individu itu mungkin

mempunyai beberapa imej bagi sesuatu ungkapan yang yang didengar atau

pun mungkin juga akan wujud pula beberapa ungkapan yang boleh

berkongsi imej yang sama.

Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi

manusia. Bahasa merupakan alat komunikasi manusia yang tidak terlepas

dari erti atau makna pada setiap perkataan yang diucapkan. Sebagai suatu

unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan dikaji dengan

menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan

lain yang dapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna

yang amat bersesuai dengan kajian semantik.

22
Bibliografi

Nor Hashimah Jalaluddin (1992). Semantik dan Pragmatik (Satu Pengenalan).


Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Ahmad (1964). Pelita Bahasa Melayu Penggal 1. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim (1981). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu.


Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-cenderawasih-
2d.htm1#ixzz281gpUEMO

(Dilayari pada 16 Oktober, 10.30 pm)

http://liriksemualagu.blogsport.com (Dilayari pada 16 Oktober, 10.30 pm)

23
Cenderawasih -2D@Lirikami

Cenderawasih burung kayangan

Tuanku putih kilau keemasan

Pandanglah hamba si gagak hutan

Sebelah mata pun hamba tak terkilan

Cenderawasih burung kayangan

Tuanku putih kilau keemasan

Adumu bercadarkan pintalan gemawan

Tidur hamba beralas reranting hutan

Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan

Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan

Hamba akur dengan suratan

24
Hamba akur dengan kehendak tuhan

Hamba akur berketurunan bermandi hinaan

Cenderawasih burung kayangan

Tuanku putih kilau keemasan

Kau pinta didodoikan rintikan hujan

Ku mampu rintih senandung kedukaan

Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan


Kau inginkan hamba kalungkan bulan

Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan

Kau dambakan rantai untaian buih lautan

Patah Hati- Siti Nurhaliza

Patah hatiku

Membawa derita

Merajuklah diri

Merajuk diri tak tentu haluan

Patah hatiku

Membawa derita

Merajuklah diri

Merajuklah diri tak tentu haluan

Ku harap janjimu

Bahagia selalu

Sayang

25
Rupanya patah

Rupanya patah di tangah jalan

Hendak diulangHendak diulang

Resah menanggung

Sayang

Kenanglah jangan

Kenanglah jangan disebut pun jangan

Hancur hatiku

Di dalam nestapa

Mengenangkan nasib

Mengenang nasib diriku malang (2X)

Maksud hatiku

Maksud hatiku

Bahagia bersama

Sayang

Apakan daya

Diriku miskin

Harta tak punya

Ingin ku petik bintang yang tinggi

Sayang

Tanganku hangus

Tanganku hangus disambar petir

26
Sayang Musalmah

Sayang Musalmah

Sayang Musalmah memakai sanggul

Ahaii turun ke sawah

Turun ke sawah menanam padi

Emas berkayan dapatku pikul

Aku tak sanggup menanggung budi

Turun ke sawah

Turun ke sawah menanam padi

Ahaiii hendak dijual

Hendak dijual ke pekan lama

27
Jangan selalu menanggung budi

Keraplah kali jadi bencana

Sayang Musalmah

Sayang Musalmah memakai tudung

Ahaiii tudung dibeli

Aduhai Musalmah di kedai cina

Rindu hati dendamlah menanggung


Mengenangkan nasib diri merana ahaiiilah sayang

Mengenangkan nasib aduhaii Musalmah

Diri merana

28

You might also like