You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT

GENTING
06720 PENDANG , KEDAH DARUL AMAN.
EMEL : skbktgenting@gmail.com

KERTAS CADANGAN
CERAMAH MOTIVASI
SINAR UPSR
TAHUN 2016

TARIKH : 29 DISEMBER 2015


HARI : SELASA
MASA : 07.30 PAGI HINGGA 12.30
TENGAHARI
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SK BUKIT

SELANGKAH KE HADAPAN
1.0 PENGENALAN

Program Motivasi Sinar UPSR Achieve Your Target ini merupakan sebuah
program yang dilaksanakan khusus untuk pelajar Tahun 4 dan 5 yang
bakal menduduki UPSR pada tahun 2016 dan 2017 . Program yang
dijalankan ini digunakan sebagai pemangkin dan kesediaan untuk
berubah ke arah kebaikan dan kemajuan. Program ini akan melibatkan
penceramah yang terdiri daripada ketua-ketua panitia subjek teras yang
berpengalaman dalam menyampaikan ceramah berkaitan mata pelajaran
serta ceramah motivasi oleh guru bimbingan dan kaunseling SK Bukit
Genting. Diharapkan agar matlamat sekolah dan pelajar untuk mencapai
sasaran cemerlang dalam UPSR akan dapat direalisasikan melalui usaha
yang dijalankan dalam program ini demi mencapai impian untuk
menjulangi SK.Bukit Genting, Pendang.

2.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk :

1. Memberi pendedahan awal tentang subjek yang perlu diberi fokus dan
yang betul kepada pelajar.

2. Memberi motivasi agar diri pelajar lebih berkeyakinan dalam sesi


pengajaran dan pembelajaran.

3. Mencungkil kelebihan dan kelemahan diri individu untuk maju dalam


pelajaran.

4. Memberi kesedaran kepada para pelajar tentang peranan dan


tanggungjawab yang seharusnya dipikul sebagai pelajar.

5. Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang.


3.0 PELAKSANAAN PROGRAM

3.1 Jawatankuasa Program Motivasi Sinar UPSR

Ahli Jawatankuasa Induk

Penasihat : En. Md Saleh Bin Man

Pengerusi : Tn. Hj. Che Husin bin Ahmad

Penyelaras Program : En. Johari bin Awang

Setiausaha : Pn. Nurfaezah binti Peson

Bendahari : Pn. Hjh. Fadzillah bt Hj Mahamud

Ahli-ahli : Semua Guru Tahun 4 & 5

Ahli Jawatankuasa Kecil

i. Pengacara Majlis : Encik Ghazali bin Hussin

ii. Bacaan Doa : Ustaz Hussain bin Shafie

iii. P.A Sistem : Encik Mohd Kamarulsaini bin Saidin

iv. Buku Program : Pn. Nurfaezah binti Peson


v. Persiapan Dewan : Encik Mohamad bin Ghazali

vi. Pendaftaran : Guru Kelas Tahun 5

3.2 Senarai Perasmi Program Dan Penceramah

Perasmian : En. Md. Saleh bin Man (Guru Besar SK Bukit


Genting)

Penceramah : (1) Bahasa Inggeris :

Puan Zaidah bt Hj Yusof

(Ketua Panitia Bahasa Inggeris)

(2) Bahasa Malaysia :

En. Johari bin Awang

( Ketua Panitia Bahasa Malaysia)

(3) Sains :

Pn. Hjh. Fadzillah bt Hj Mahamud

(Ketua Panitia Sains )

(4) Matematik :

Puan Saidatun Atikah bt Said


( Ketua Panitia Matematik )

3.3. Ketetapan Program

Tarikh : 29 Disember 2015

Hari : Selasa

Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari

Tempat : Makmal Komputer SK Bukit Genting

3.4. Aturcara Program ( Hari Isnin )

0715 0730 : Pendaftaran


Peserta

Bacaan Doa

Upacara Perasmian

0800 0900 : Ceramah 1 Bahasa Inggeris

0900 1000 : Ceramah 2 Bahasa Malaysia

1000 1030 : Rehat


1030 1130 : Ceramah 3 Matematik

1130 1230 : Ceramah 4 Sains

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid tahun 4 & 5 seramai 54 orang.

5.0 ANGGARAN BELANJAWAN MENGURUS

A. Anggaran Perbelanjaan

Bil Butiran Jumlah Jumlah


Besar

1. Makan & Minum RM 5.00 x 54 RM 270.00


pelajar

Jumlah Besar RM 270.00

6.0 PENUTUP

Diharap agar program ini dapat mencapai objektif seperti yang diharapkan.
Dalam pada itu, diharap program ini akan memberikan input yang berguna
kepada para pelajar yang menyertai program ini bagi menghadapi
peperiksaan UPSR serta menjadi pelajar yang cemerlang. Semoga segala
program dan aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan nilai positif dan
amalan terbaik kepada pelajar. Justeru itu, diharapkan segala perancangan
dan pelaksanaan nanti akan memberikan hasil dan mencapai objektif yang
dikehendaki khususnya kepada para pelajar yang akan menghadapi UPSR
2016 & 2017.

Disediakan oleh : Diluluskan oleh :


......................................................... ............................................................
... ( MD. SALEH BIN MAN )
( GHAZALI BIN HUSSIN ) Guru Besar
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK. Bukit Genting
SK. Bukit Genting

You might also like