You are on page 1of 2

Apa itu Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah


penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut
standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP
2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025.

PBPPP merupakan penilaian baru bagi menggantikan PTK yang lebih memfokus kepada
elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira
keunikan pelbagai skim perkhidmatan bagaimanapun tertakluk kepada garis panduan JPA.

ITEM DAN ISI KANDUNGAN PROFIL PPB INDIVIDU GURU

Bahagian Kulit Depan Fail Profil PPB Individu

Nama:
Jawatan:
Tempat Bertugas:
Bahagian Isi Fail

A. Peranan Dan Tanggungjawab


1. Vitae Kurikulum
2. Falsafah Pendidikan Negara
3. Skop Kerja
4. Sasaran Kerja Tahunan

B. Pelan Pembangunan Profesional


1. Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan
2. Cadangan Aktiviti Untuk Penambahbaikan
3. Penyertaan Dalam Aktiviti PPB

C. Sumbangan Kepada Organisasi


1. Senarai Tugas Dan Tanggungjawab
2. Sumbangan Kepada Kpm/Jpn/Ppd
3. Penulisan/Penerbitan

D. Bahan Bukti Dalam PdP/Kepimpinan


1. Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar Dan Penilaian/Perancangan Strategik
2. Contoh Hasil Kerja

E. Anugerah /Pencapaian
1. Anugerah Perkhidmatan
2. Anugerah Dalam Pdp/Kepimpinan/Lain-Lain
3. Jemputan Untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan Dan Lain-Lain
F. Penilaian PdP/Kepimpinan
1. Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan
2. Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan
3. Maklum Balas Dan Penilaian Daripada Murid/Ketua Jabatan

You might also like