You are on page 1of 15

Jika pada permulaan adanya internet di

Malaysia, Yahoo merupakan salah satu


enjin carian yang sering digunakan oleh
semua orang, ianya salah satu cara yang
mudah dalam mencari maklumat yang
diperlukan, dengan hanya memasukkan
kata kunci untuk sesuatu perkara.

Namun begitu, semakin era membangun,


kita mula didedahkan dengan enjin
carian yang lain seperti Google.
Kebanyakan daari kita pada masa kini
akan menggunakan aplikasi web Google
dari mencari apa sahaja, dan jika
menggunakan telefon pintar sekali pun,
kita turut menggunakan enjin carian
Google.

Tetapi, tahukah anda, terdapat beberapa


langkah yang anda boleh gunakan untuk
mencari maklumat dengan enjin carian
Google ini. Admin kongsikan 10 cara
yang anda boleh gunakan, dan hanya
4% sahaja yang mengetahui cara ini.
Jom kita tengok, perkongsian dari
laman Bright Side.

10 Cara Untuk Mencari Maklumat


Menggunakan Enjin Carian Google,
Yang Mana 96% Orang Tidak
Mengetahui Cara Ini

Pada zaman kini, di mana teknologi


canggih dan sambungan Internet
kelajuan tinggi sudah menembusi hampir
ke seluruh dunia, anda sudah boleh
mencari tentang apa sahaja. Dalam
tempoh hanya beberapa minit, kita boleh
mencari resepi pai yang lazat, atau
belajar mengenai teori fizik.

Namun, anda akan mendapat terlalu


banyak maklumat melalui carian yang
dibuat, dan ianya bukan mengambil
masa beberapa minit untuk mencari yang
sebaiknya, tetapi akan memakan masa
sehingga berja-jam lamanya. Jadi, bagi
memudahkan proses pencarian, Bright
Side senaraikan kaedah paling berkesan
untuk carian Google.
1. Sama Ada Ini Atau Itu

Kadang kala kita tidak pasti carian


yang spesifik mengenai apa yang kita
perlukan, tetapi, ianya tidak memberi
masalah. Anda boleh
sahaja memasukkan beberapa
pemboleh ubah yang berpotensi
untuk menjadi carian anda, masukkan
simbol "|", atau anda boleh juga
menggunakan "atau" / "or". Anda sudah
boleh mengetahui, apa yang anda
inginkan selepas itu.
2. Mencari Menggunakan Sinonim

Bahasa kita kaya dengan sinonim.


Kadang-kadang ia boleh menjadi sangat
mudah apabila membuat penyelidikan di
atas talian. Jika anda perlu mencari
laman web mengenai subjek tertentu
dan bukannya frasa mengenai
perkataan tersebut, tambah simbol
"~" dalam carian anda.

Sebagai contoh, jika anda mencari


istilah "healthy~food" anda
akan mendapat hasil kira-kira prinsip-
prinsip pemakanan sihat, resipi
memasak, serta pilihan tempat makan
yang sihat.
3. Mencari Laman Web

Kadang-kadang anda membaca satu


artikel yang menarik di laman web dan
anda ingin kongsikan bersama rakan
anda, atau ingin membacanya
semula. Cara paling mudah untuk
mencari maklumat yang anda inginkan,
adalah dengan mencari laman web
tersebut. Untuk melakukannya,taip
alamat laman web tersebut,
kemudian masukkan perkataan utama
atau keseluruhan ayat daripada artikel
itu, dan apa yang anda inginkan akan
terus ditemui.

4. Kuasa Asterisk

Sudah semestinya kita sukar untuk


mencari maklumat yang ada, jika
ingatan kita mengenai sesuatu
perkara itu hanya samar-samar
sahaja. Jika ini menjadi penghalang,
anda boleh gunakan simbol yang agak
berkuasa ini, iaitu "*". Hanya
dengan menggunakan simbol di akhir
perkataanatau ayat yang anda tidak
boleh ingat, anda sudah mampu untuk
mencari maklumat yang anda inginkan.
5. Apabila Banyak Perkataan Yang
Lupa

Jika perkataan yang anda lupa adalah


melebihi separuh dari keseluruhan
ayat, anda boleh mencuba
dengan menulis perkataan yang
pertama dan terakhir untuk ayat
tersebut, masukkan "AROUND +
(anggaran perkataan yang hilang)" di
antara mereka. Sebagai contoh, "kera di
AROUND(4) kelaparan".
6. Carian Menggunakan Tempoh Masa

Ada ketikanya kita


memerlukan pencarian segera akan
sesuatu peristiwa yang berlaku di
antara tempoh masa tertentu. Untuk
berbuat demikian, anda
boleh menambah tempoh masa
dengan menggunkan tiga titik di
antara tarik tersebut. Sebagai contoh,
jika ingin mengetahui mengenai sejarah
Kuala Lumpur dari tahun tertentu.

7. Mencari Tajuk Atau URL

Untuk membantu mencari kata kuci,


dan tajuk bagi sesuatu artikel,
taipkan "intitle:" sebelum perkataan
berkaitan apa yang diingini, tanpa
anda ruang antara perkataan tersebut.
Jika ingin mencari URL pula, gunakan
"inurl:"
8. Mencari Laman Web Yang Sama

Jika anda telah menemui sesuatu yang


anda benar-benar suka di atas talian,
dan ingin mencari laman web yang
sama, taip "related:" dan alamat web
tersebut, sekali lagi tanpa ruang di
antara mereka.
9. Ayat Penuh

Dengan menggunakan pembuka dan


penutup kata bagi ayat, ianya adalah
cara yang mudah dan berkesan bagi
mencari sesuatu yang spesifik dan
mengikut carian seperti susunan
perkataan tersebut.

Sebagai contoh, jika anda membuat


carian, dengan tidak menggunakan
pembuka dan penutup kata, carian
anda akan meliputi keseluruhan
perkataan tersebut, dan ianya tidak
seperti yang anda inginkan.

Tetapi, jika, anda menaip "Jam Di


Dinding Terus Berdetak" dalam tanda
petikan, anda akan menjumpai carian
yang di dalam petikan itu sahaja. Ia
adalah cara terbaik untuk mencari lirik
lagu, apabila anda hanya mengingati
sebaris lirik sahaja.

10. Perkataan Carian Yang Tidak Perlu


Untuk meengeluarkan perkataan yang
anda tidak inginkan dari carian
anda, hanya tambah simbol 'tolak'
sebelum setiap perkataan. Contohnya,
jika anda ingin mencari buku yang
menarik, tetapi tidak ingin
membelinya, anda boleh tulis seperti:
interesting books -buy

Jadi, anda sudah boleh untuk mencari


maklumat dengan mudah selepas ini,
dengan adanya 10 cara ini. Sudah pasti
anda akan tergolong di antara 4%
manusia yang mengetahui cara ini. Jom
kita mulakan carian dengan lebih mudah
dan sistematik.

You might also like