You are on page 1of 7

Panduan kertas 3 tingkatan 4.

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014

PANDUAN MENJAWAB KERTAS 3 SEJARAH 1249/3


TINGKATAN 4 TAHUN 2014

1. Kertas 3 mengandungi 8 atau 9 soalan.

2. Soalan pertama adalah pengenalan.

3. Pengenalan biasanya hanya mengandungi 5 markah. Pelajar hanya menulis dalam


lingkungan tiga perenggan sahaja. (2 isi satu perenggan - huraian contoh)

Cadangan Kajian: Guru sila bincangkan dengan murid bagaimana menulis esei dengan betul.
Arahan:
Pastikan menulis nombor soalan dengan betul.
Garis kata kunci dengan pensil warna atau high light.
Menulis 2 isi untuk satu perenggan.
Menulis dengan kemas dan cantik.
Soalan 1- 4 boleh didapati daripada buku teks.
Soalan 5-7 merupakan soalan secara analisis. Soalan ini mengkehendaki pelajar menganalisa
(membanding-beza atau persamaan) tamadun-tamadun lama dari segi kemajuan dan sebagainya dan
disesuaikan dengan negara kita.
Soalan 8 adalah rumusan.

4. Kemungkinan soalan yang akan ditanya: Disebabkan tema pilihan adalah Tema
Tamadun.

Mengapakah tamadun bermula di lembah sungai? Markah soalan pengenalan atau 1 hanyalah 5
markah sahaja. Pelajar dicadangkan hanya menjawab dalam 3 perenggan sahaja.

kesuburan tanah
terdapat bekalan air
bekalan makanan
kemudahan pengangkutan
kemudahan perhubungan
kemudahan pertanian
sesuai untuk pertanian
tanah rata untuk petempatan
kemudahan aktiviti perdagangan
untuk mengairi kawasan pertanian

Menggunakan contoh isi di atas, karang jawapan lengkap.

Contoh.

(Tulis nombor soalan dan garis dengan pensil warna.) Soalan 1.

Tamadun bermula di lembah sungai kerana terdapat tanah yang subur di lembah sungai.
Terdapat bekalan air yang akan membantu manusia untuk hidup. Contohnya Sungai Hwang Ho
menjadikan masyarakat tamadun Hwang Ho hidup dan bercucuk tanam dan mempunyai bekalan
protein seperti ikan.

Perenggan dua

5. Soalan kedua mungkin mengkehendaki murid menulis mengenai makna tamadun.


Markahnya berada dalam lingkungan 10 markah sahaja.

Pelajar boleh menggunakan isi di muka surat 4 dan 5 Tajuknya MAKNA TAMADUN) dan
mengolah semula isi dan huraian. ATAU BOLEH MENYALIN TERUS dari BUKU TEKS.
Cadangan penulisan hanya 5 perenggan sahaja.

Konsep terbahagi kepada 3: Makna tamadun, Pandangan Barat dan Pandangan Islam.

6. Soalan ketiga: mungkin mengkehendaki pelajar menjawab ciri-ciri tamadun.

Jawapan terdapat di muka surat 5-8. Pelajar hanya perlu mengambil satu isi penting
huraian contoh sahaja. Tidak perlu menyalin semua yang ada di muka surat tersebut
kerana markahnya 15 markah.

Mengandungi enam ciri-ciri tamadun.

Contoh:

Salah satu ciri tamadun awal manusia ialah petempatan kekal. Kehidupan secara menetap
membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik. Kawasan yang dipilih untuk petempatan
tetap amat penting untuk memastikan kelangsungan bekalan makanan. Contoh, Sungai Indus
menjadikan tamadun Mesir berkembang, Hasil inovasi manusia kemudiannya melahirkan
kemajuan dalam pertanian, iaitu dari segi penanaman dan penyimpanan makanan serta
penternakan binatang. Contohnya ialah penciptaan peralatan baru seperti cangkul dan
penggunaan teknologi seperti sistem pengairan yang baik dalam tamadun Hwang Ho.

7. Soalan 4 mungkin berkaitan dengan sumbangan awal manusia dalam pelbagai aspek.
Bahagikan sumbangan kepada tiga bahagian. Politik, ekonomi dan sosial. Mengandungi 3 markah.
Hanya perlu dua halaman betulis sahaja. (2 muka surat kertas kajang)
Contoh esei.
(dalam aspek politik seperti pemerintahan, undang-undang) Sumbangan yang paling ketara
adalah sumbangan dalam aspek politik. Ke tiga-tiga tamadun mempunyai pemeritahan beraja.
Seterusnya, bagi mengendalikan masyarakat yang lebih besar sistem pemerintahan mual
dibentuk untuk menjalankan pentadbiran. Seseorang pemimpin ataupun raja selalunya
menggunakan unsur magis dan mendakwa dirinya sebagai wakil tuhan demi mendapatkan
pengiktirafan sebagai ketua pemerintah. Kewujudan sistem pemerintahan memawa kepada
kelahiran sistem perundangan yang menjadi panduan kepada masyarakat demi menjaga
keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun.
Contohnya, Raja Mesir digelar Firaun. Pemerintahan Indus pula diperintah oleh golongan
pendeta. Dari segi politik, tamadun Hwang Ho amat mempengaruhi sistem pemerintahan China
kuno. Sistem pemerintahan monarki telah diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching. Hanya
sedikit perubahan dilakukan terutama gelaran raja ditukar kepada maharaja. Konsep anak syurga
dan mandat dari syurga yang dikaitkan dengan raja(maharaja) dan amalan putaran dinasti
diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke-20.
Antara sumbangan besar tamadun Mesopotamia dalam politik adalah Kod Undang-
Undang Hammurabi.Kod undang-undang ini digubal semasa Raja Hammurabi memerintah
kerajaan Babylon.
Undang-undang ini berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.Mengikut kod ini,hukuman
dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis
masyarakat.Kod ini mengandungi kira-kira 282 undang-undang yang dipahat pada tembok serta
tiang besar,oleh itu rakyat dapat membaca undang-undang tersebut.
Masukkan pula isi ekonomi (perdagangan, pertanian apa sahaja yang berkaitan kewangan)
Dalam aspek ekonomi pula, banyak sumbangan telah dicapai. Salah satu aspeknya ialah
pembinaan sistem pengairan.Sejak zaman awal dinasti China terutama zaman Shang, pemimpin
mereka amat prihatin terhadap pembangunan pertanian . Oleh itu, terusan-terusan dibina untuk
mengairkan kawasan pertanian selain mengelakkan berlakunya banjir. Sistem pemerintahan ini
telah diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China. Sebuah
terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut.
Selaian itu, bajak, batas, dan cangkul daripada besi juga dicipta bagi menggantikan alatan
daripada kayu.
Tambahan pula, pembentukan organisasi sosial dan politik membawa kepada pengkhususan
pekerjaan dalam tamadun awal. Peningkatan dalam produktiviti manusia boleh menghasilkan
kemakmuran dan kestabilan politik yang secara langsung akan membawa pula kepada
peningkatan dan perkembangan ekonomi. Barangan atau produk dihasilkan oleh kumpulan
tertentu melalui pengkhususan dan kepakaran kumpulan tersebut. Aktiviti ini merupakan titik
permulaan bagi aktiviti ekonomi yang dikenali sebagai perdagangan. Aktiviti pertukaran barang
dan perdagangan membolehkan Berlakunya pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi da budaya
antara sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain. (contoh teknologi)
Selain aspek pertanian, tamadun juga mementingkan perdagangan yang dijalankan di
kawasan lembah. Bahkan mereka akan belajar ke lautan untuk menjalankan perdaganagan.
Contohnya, Tamadun Mesopotamia berdagang dengan Tamadun Mesir.
Dalam aspek sosial pula, ama dan kepercayaan memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan tamadun. Dalam sesetengah masyarakat, alam sekitar seperti pokok, batu,
matahari dan laut dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanan
dan kemakmuran hidup. Manusia pada peringkat awal proses pembentukan tamadun percaya
bahawa terdapat kuasa ghaib yang menguasai alam sekelilignya. Kepercayaan ini dikenali
sebagai animisme. Secara evolusi kepercayaan ini bertukar menjadi agama. Agama tamadun
awal ini dikenali sebagai politisme yang bermakna penyembahan terhadap lebih daripada satu
tuhan.
Pnciptaan bahasa dan tulisan adalah sebahagian daripada perkembangan ilmu
pengetahuan dalam proses pembentukan tamadun yang hasilnya dapat dilihat sehingga hari ini.
Antara bahasa tertua termasuklah Yunani dan Sanskrit manakala contoh sistem tulisan awal ialah
hierogluf, cuneiform dan ideogram. Bahasa dan tulisan memainkan pernan yang sangat penting
dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan perhubungan di dalam sesebuah masyarakat dan juga
antara sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain. (dan tambahlah aspek lain dalam
sosial)
8. Soalan 5 akan berfokuskan Malaysia. Gunakan isi yang telah diberi dan tulis dalam
bentuk ayat.

Membina saliran yang baik


Memajukan kawasan pertanian
Memperluaskan kawasan pertanian
Mempelbagaikan kegiatan pertanian
Penggunaan teknologi moden
Meningkatkan mutu pengeluaran
Meningkatkan kegiatan perdagangan
Melahirkan pakar perubatan
Membina pusat perubatan
Melahirkan pakar perubatan dalam pelbagai bidang
Mencipta pelbagai jenis ubat-ubatan
Membina bandar secara terancang
Menyediakan kemudahan infrastruktur
Menyediakan tenaga kerja mahir
Menebusguna tanah
Membina bangunan pencakar langit
Meningkatkan mutu pendidikan
Menggalak rakyat menuntut ilmu
Menjalankan peperiksaan dalam pelbagai peringkat
Melahirkan jurutera yang berjaya
Menggalakan pelancongan
Penggunaan kelendar

Contoh:
Negara kita mestilah mengadakan kemajuan pertanian seperti yang berlaku dalam tamadun
awal. Pengairan mestilah diadakan supaya petani boleh mendapat manfaat. Kerajaan mestilah
memajukan kawasan pertanian dan memperluaskan kawasan pertanian. Kegiatan pertanian
mestilah dipergiatkan. Selain itu kerajaan juga mestilan menggalakkan petani menggunakan
kenderaan bermotor atau berteknologi supaya penghasilan pertanian berlipat kali ganda.
Contohnya menggunakan traktor yang boleh menuai padi.
9. Soalan ke 6 akan memfokus kepada negara kita. Kebiasaan soalan ini mengkehendaki
pelajar menjawab mengenai kejayaan Malaysia. (10 markah sahaja) 3 perenggan atau
enam isi sudah mencukupi.
CONTOH ESEI
Malaysia turut dapat dilihat melalui pembinaan bangunan yang menjadi kebanggaan
negara. Pembangunan negara yang bergerak pantas bagai belut diketil ekor dapat dilihat melalui
pembinan bangunan-bangunan yang tinggi terutamanya di ibu kota metropolitan, Kuala Lumpur.
Pembinaan bangunan pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur merupakan bangunan mercu
tanda kemajuan negara di Malaysia.
Malaysia juga melangkah maju ke era teknologi angkasa lepas apabila kita berjaya
melancarkan dua satelit Malaysia Asia Timur iaitu MEASAT I dan MEASAT II. Pelancaran
satelit ini menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara ASEAN yang mempunyai satelit
angkasanya sendiri. Bukan itu sahaja, program penghantaran angkasawan negara yang pertama
iaitu Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah berjaya mengharumkan nama
Malaysia di pentas dunia.
Kemajuan dalam bidang pengangkutan dan perhubungan juga menempa nama Malaysia
di seantero dunia. Di Malaysia, terdapat sistem pengangkutan yang terkenal seperti Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA 2, Sistem Transit Ringan (LRT), KTM,
PUTRA, monorel, Lebuh Raya Utara-Selatan dan Terowong SMART.
10. Nyatakan (a) cabaran-cabaran yang perlu dihadapi negara. Pelajar boleh
menceritakan tentang masalah yang dihadapi negara. (10 markah) Memadai memasukkan
5-7 isi sahaja. Bahagian b pula pelajar perlu memaksukan langkah mengatasinya bagi
masalah yang disebut dalam bahagian a.

a : Cabaran (cukup memasukkan lima isi contoh) untuk 5 markah.

Perpaduan kaum
kemiskinan rakyat
tiada kepakaran tinggi dalam teknologi
Kesedaran rakyat
Saingan dari negara luar
Harga tidak stabil
Masalah kemiskinan
Kurang berusaha
Teknologi sederhana
Malas
Kurang kreativiti
Tidak berani mencuba
Gejala social
Kesedaran kepentingan ilmu rendah
Tidak bersyukur
Perkauman

Langkah

Meningkatkan kesedaran rakyat


Memberi pelbagai insentif bagi mengatasai kemiskinan
membawa masuk pakar dari luar negara.
mempertingkatkan teknologi
memastikan wawasan 2020 dicapai
memperkukuhkan perpaduan kaum
meneroka pasaran baru
Menghantar pelajar meneroka ilmu di
Negara maju
Memberi kemudahan keewangan

Contoh: (tulis 3-4 perenggan sahaja)


Salah satu cabaran yang dihadapi oleh Malaysia ialah perpaduan rakyat. Keadaan ini
berlaku kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum seperti Melayu, Cina , India dan beratus
kaum lain. Selain itu, Malaysia menghadapi kadar kemiskinan yang tinggi.
Tambahan pula, negara kita menghadapi masalah kekurangan tenaga pakar terutamanya
dari segi teknologi tinggi.
(b ) Bagi mengatasi masalah perpaduan kaum, Pemupukan kebudayaan Kebangsaan dengan
menyerap elemen budaya bangsa lain sememangnya dapat menbentuk rasa saling menghormati
antara kaum di Malaysia.Persembahan kebudayaan pelbagai kaum wajar dimulakan di peringkat
sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi. (sambung 3-4 perenggan)
11 : rumusan. telah diberi panduan dalam edaran.
Pengetahuan yang diperolehi
Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara
Harapan untukmelahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang

You might also like