You are on page 1of 2

Praveen Naidu A/L Kalai Selvem

No. 68, Jalan Bunga Teratai,


Taman Aman,
81400 Senai, Johor.

Pengarah IPGM KPM


IPGM KPM Aras 1-3,
Blok 2250,
Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya, Selangor. 7 Februari 2017

Tuan/Puan,

Permohonan Sijil Tamat & Transkrip Akademik Kursus Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PPISMP)

Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian tuan tentang perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan, sijil dan transkrip tersebut telah pun diberi oleh pihak IPG Kampus
Raja Melewar kepada saya pada tahun 2014. Namun begitu, di atas kecuaian diri sendiri, saya gagal
menemui sijil dan transkrip tersebut. Oleh kerana dokumen tersebut sangat penting bagi kegunaan
interview SPP yang bakal saya hadiri kelak, saya berharap agar permohonan ini dipertimbangkan
oleh pihak tuan. Keterangan mengenai maklumat diri saya adalah seperti di bawah:

Nama : Praveen Naidu A/L Kalai Selvem


No. KP : 911110-01-6319
Program : Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Major : Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
Tempoh Latihan : Jun 2011 sehingga November 2012
IPG Kampus : Raja Melewar, Seremban

3. Di sini, saya sertakan sekali salinan kad pengenalan, report polis, contoh sijil dan transkrip
berkenaan di bahagian lampiran untuk rujukan pihak tuan.

Saya berharap agar permohonan ini dipertimbangkan dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang Benar,

.
(Praveen Naidu A/L Kalai Selvem)
Mantan Guru Pelatih,
IPG Kampus Raja Melewar.
H ]
TO
O N
[C

You might also like