You are on page 1of 3

Kisah Nabi Yunus Ditelan Ikan Nun

KISAH NABI YUNUS DI DALAM PERUT IKAN NUN.

Bismillahhirrahmanirrahim pembuka bicara,


Pohon Rahmat dari yang Esa,
Terima kasih tuan pengacara,
Izinkan hamba mula cerita.

Tuan hakim , hadirin yang ada,


Dengarkanlah cerita hamba,
Kisah Nabi Yunus yang berwibawa,
Ditelan ikan Nun tajuk cerita.

Nabi Yunus ialah anak kepada Matta bin Matan, Rajam bin Malik Itasyan bin
Sulaiman bin Daud. Baginda berketurunan Bani Israil dan dikenali dengan nama
Matan bin Amtai. Nabi Yunus adalah seorang pemuda yang soleh dan beriman
kepada Allah. Ketika berumur 30 tahun baginda diutus menjadi rasul untuk
menyeru penduduk negeri bernama Ninawa yang menyembah berhala.Tetapi
mereka tetap engkar dan tidak beriman kepada Allah.

Yunus menyeru pada kaumnya,


Beriman kepada Allah yang Esa,
Kaumnya engkar dan juga alpa,
Baginda tidak berputus asa.

Wahai kaumku... kembalilah kamu kepada Allah yang benar. Sesungguhnya


kemewahan itu melalaikan kamu. Namun mereka tetap menolak lalu berkata
Ini adalah tuhan kami dan kami tetap tidak akan berganjak dari meninggalkan
agama kami. Nabi Yunus berdakwah kepada mereka selama 23 tahun. Hanya
dua orang sahaja yang menerima dakwahnya. Sebab kecewa dengan kaumnya,
baginda berdoa kepada Allah agar dakwahnya diterima oleh kaumnya. Allah
mewahyukan kepada baginda agar terus berdakwah selama 40 hari lagi, dan
selepas itu Allah akan menurunkan azab kepada mereka. Oleh kerana tidak
tahan dengan kerenah kaumnya ,Nabi Yunus hanya berdakwah selama 33 hari
sahaja.

Pilunya hati tidak terkira,


Membawa diri dalam derita,
Kerana ajaran tidak diterima,
Tinggallah kaumnya dalam sengsara.

Firman Allah dalam surah Al-Anbiyak ayat 87 :

Maksudnya : Ketika dia pergi dalam keadaan marah


Pengajarannya ialah seseorang yang berdakwah ke jalan Allah tidak boleh
kecewa dan berputus asa bila dakwahnya tidak diterima. kita perlu tabah dan
sabar walaupun menghadapi pelbagai cemuhan dan dugaan. Contohnya para
ulama kita yang sentiasa terus berdakwah walaupun ada tentangan dan
halangan.

Nabi Yunus berjalan tanpa arah dan tujuan. Baginda berjalan siang dan malam.
Akhirnya baginda sampai di tepi pantai dan menumpang sebuah kapal yang
telah sarat dengan penumpang. Seperti firman Allah dalam surah Ash-Shaffat
ayat 140 :

Maksudnya : Ketika dia lari ke kapal yang penuh dengan muatan

Setibanya ditengah lautan, kapal tersebut dipukul ombak yang besar dan angin
kencang menyebabkan ia hampir karam. Untuk mengelakkan kapal tengelam,
pemilik kapal terpaksa membuang salah seorang penumpang dengan
mengadakan pengundian.Termasuk dalam undian itu ialah Nabi Yunus. Seperti
dalam firman Allah dalam surah Ash-Shaffat ayat 141 :

Maksudnya : Lalu dia termasuk orang-orang yang kalah.

Nabi Yunus tahu itu, adalah balasan dari Allah kepadanya kerana meninggalkan
kaumnya tanpa izin dari Allah. Dengan berserah diri kepada Allah baginda terjun
ke dalam laut. Pengajarannya, Allah akan memberi balasan kepada siapa saja
tidak mengira pangkat ataupun keturunan. Sesiapa yang bersalah akan
mendapat balasan di dunia dan di akhirat.

Nabi Yunus ditengah Lautan,


Datang sesalan demi sesalan,
Kepada Allah pohon keampunan,
Semoga selamat dalam kegelapan.

Ketika Nabi Yunus berlawan dengan arus ombak, Allah mewahyukan seekor ikan
Nun untuk menelan Nabi Yunus hidup-hidup. Maka ikan Nun itu pun menelan
Nabi Yunus dan menyimpannya dalam perut tanpa cacat celanya. Nabi Yunus
berada di dalam tiga kegelapan. Kegelapan malam, kegelapan di dasar lautan
dan kegelapan di dalam perut ikan. Lalu baginda pun berdoa seperti firman Allah
dalam Surah Al- Anbiyak ayat 87 :

Maksudnya : Tiada Tuhan yang berhak disembah hanyalah Engkau Ya Allah,


Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.

Nabi Yunus nabi yang mulia,


Siang dan malam tetap berdoa,
Pohon keampunan pada yang Esa,
Allah mendengar segala rayuannya.

Akhirnya Allah memakbulkan doa Nabi Yunus dan mengilhamkan kepada ikan itu
supaya memuntahkan baginda ditepi pantai. Dengan itu , baginda telah
terkeluar dari perut ikan dan terdampar ditepi pantai dalam keadaan lemah dan
uzur setelah tiga hari tiga malam di dalam perut ikan. Seperti Firman Allah dalam
surah Al-Anbiyak ayat 88 :



Maksudnya : Dan demikianlah kami selamatkan orang-orang yang beriman.
Allah akan sentiasa menolong orang yang beriman dan sentiasa mengingati Nya.
Di tempat Nabi Yunus dilemparkan, Allah telah menghidupkan pokok labu yang
membolehkan baginda bernaung dan buahnya boleh dimakan. Akhirnya Nabi
Yunus kembali segar dan bertenaga. Setelah itu, Allah memerintahkan Nabi
Yunus untuk kembali kepada penduduk Ninawa yang telah beriman kepada Allah
SWT. Bersama merekalah Nabi Yunus hidup aman dan sejahtera.

Sekian dulu ceritaku,


Kisah Nabi pilihan yang satu,
Di lain lkembaran bertemu daku,
Ku mohon undur diri dahulu.....

You might also like