Professional Documents
Culture Documents
(Subseksyen 43(1))
KADAR CARUMAN BULANAN
BAHAGIAN A
(1) Kadar caruman bulanan yang dinyatakan dalam Bahagian ini hendaklah terpakai bagi:-
(b) pekerja yang bukan warganegara Malaysia tetapi merupakan pemastautin tetap di
Malaysia; dan
(c) pekerja yang bukan warganegara Malaysia yang memilih untuk mencarum sebelum 1
Ogos 1998.
[Nota : Jika majikan membayar bonus kepada pekerja yang menerima Upah bulanan
RM5,000.00 dan ke bawah dan dengan pembayaran bonus tersebut menjadikan Upah yang
diterima pada bulan berkenaan melebihi RM5,000.00, pengiraan kadar caruman majikan
hendaklah dikira pada kadar 13%, dan jumlah caruman yang melibatkan wang sen hendaklah
digenapkan kepada ringgit berikutnya]
dan bagi bulan-bulan apabila upahnya melebihi RM20,000.00, kadar caruman oleh pekerja
hendaklah dikira pada 11% daripada amaun upah bagi bulan itu, dan kadar caruman oleh majikan
ialah 12% daripada amaun upah bagi bulan itu. Jumlah caruman yang termasuk wang sen
hendaklah digenapkan kepada ringgit berikutnya.
(a) amaun upah bagi bulan itu yang hendaklah dicarumkan kepada Kumpulan Wang
oleh setiap majikan bagi setiap pekerja hendaklah mengikut apa-apa had amaun
upah dan caruman yang ditentukan oleh Lembaga; dan
(b) amaun caruman bagi bulan itu bagi maksud subsksyen 43(3) dan seksyen 44A
adalah terhad kepada apa-apa had jumlah caruman yang ditentukan oleh Lembaga.
BAHAGIAN B
(1) Kadar caruman bulanan yang dinyatakan dalam Bahagian ini hendaklah terpakai bagi
pekerja yang bukan warganegara Malaysia:-
(a) yang memilih untuk mencarum pada atau selepas 1 Ogos 1998;
(b) yang memilih untuk mencarum di bawah perenggan 3 Jadual Pertama pada atau
selepas 1 Ogos 1998; dan
(c) yang memilih untuk mencarum di bawah perenggan 6 Jadual Pertama pada atau
selepas 1 Ogos 2001.
dan bagi bulan-bulan apabila upah melebihi RM20,000.00 kadar caruman oleh pekerja
hendaklah dikira pada 11% daripada amaun upah bagi bulan itu, dan jumlah caruman yang
termasuk wang sen hendaklah digenapkan kepada ringgit berikutnya. Kadar caruman oleh
majikan ialah RM5.00.
(a) amaun upah bagi bulan itu yang hendaklah dicarumkan kepada Kumpulan Wang oleh
setiap majikan bagi setiap pekerja hendaklah mengikut apa-apa had amaun upah dan
caruman yang ditetapkan oleh Lembaga; dan
(b) amaun caruman bagi bulan itu bagi maksud subseksyen 43(3) adalah terhad
kepada apa-apa had jumlah caruman yang ditetapkan oleh Lembaga.
BAHAGIAN C
(1) Kadar caruman bulanan yang dinyatakan dalam Bahagian ini hendaklah
terpakai bagi:-
[Nota : Jika majikan membayar bonus kepada pekerja yang menerima Upah bulanan
RM5,000.00 dan ke bawah dan dengan pembayaran bonus tersebut menjadikan Upah yang
diterima pada bulan berkenaan melebihi RM5,000.00, pengiraan kadar caruman majikan
hendaklah dikira pada kadar 6.5%, dan jumlah caruman yang melibatkan wang sen hendaklah
digenapkan kepada ringgit berikutnya]
dan bagi bulan-bulan apabila upah melebihi RM20,000.00 kadar caruman oleh pekerja
hendaklah dikira 5.5% daripada upah bagi bulan itu, dan kadar caruman oleh majikan ialah 6%
daripada upah bagi bulan itu. Jumlah caruman yang melibatkan wang sen hendaklah digenapkan
kepada ringgit berikutnya.
(a) Amaun upah bagi bulan itu yang kena dicarumkan ke Kumpulan Wang oleh setiap
majikan bagi setiap pekerja hendaklah mengikut apa-apa had amaun upah dan
caruman yang ditentukan oleh Lembaga.
(b) Jumlah caruman bagi bulan itu bagi maksud seksyen 43(3) adalah terhad kepada
apa-apa had jumlah caruman yang ditentukan oleh Lembaga.
BAHAGIAN D
(1) Kadar caruman bulanan yang dinyatakan dalam Bahagian ini hendaklah
terpakai bagi pekerja bukan warganegara Malaysia:-
(a) yang memilih untuk mencarum pada atau selepas 1 Ogos 1998;
dan bagi bulan-bulan apabila upah melebihi RM20,000.00 kadar caruman oleh pekerja
hendaklah dikira 5.5% daripada upah bagi bulan itu, dan jumlah caruman yang melibatkan wang
sen hendaklah digenapkan kepada ringgit berikutnya. Kadar caruman oleh majikan ialah
RM5.00.
(a) Amaun upah bagi bulan itu yang kena dicarumkan ke Kumpulan Wang oleh
setiap majikan bagi setiap pekerja hendaklah mengikut apa-apa had amaun upah
dan caruman yang ditentukan oleh Lembaga.
(b) Jumlah caruman bagi bulan itu bagi maksud seksyen 43(3) adalah terhad
kepada apa-apa had jumlah caruman yang ditentukan oleh Lembaga.