You are on page 1of 12

Unsur-unsur bahasa dalam laras sastera adalah bersinonim dan berkait dengan

keindahan berbahasa. Kebijaksanaan pengarang menggunakan kreativiti dan


imaginasinya dalam berkarya akan dapat meninggalkan kesan kepada pembaca
apabila mereka menghayati karya sastera yang di baca. Hal ini disebabkan
pembaca kesusasteraan sentiasa sensitif dan merupakan pembaca yang sudah
terbekal dengan intuisi stilistik (Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz,
1998: 71). Terdapat beberapa elemen bahasa dalam laras sastera iaitu diksi, bahasa
ambiguiti,bahasa ,bahasa konotatif,bahasa perbandingan,dialog dan unsur monolog.
Berdasarkan cetera ini, Pengarang menggunakan pelbagai kata termasuk kata
pinjaman bahasa Inggeris dan bahasa Arab . Pembaca dapat memperkayakan
pengetahuan kosa katanya. Pengarang juga menggunakan pelbagai unsur gaya
bahasa seperti bahasa klasik, diksi, metafora,penggunaan kata pinjaman, ambiguiti

dan bahasa istana.Penggunaan Bahasa Asing dalam cetera ini dapat dilihat

daripada perkataan seperti, Wali, Radhi Allah anhu,Syeikh,waad dan

mangkat.Penggunaan pinjaman kata asing banyak diperolehi daripada Arab.Ini

kerana kebanyakan watak yang terdapat dalam cetera ini datang dari Mekah dan

kisah Sultan Malikul Saleh diislamkan oleh Fakir Muhammad.Terdapat juga

perkataan pinjaman daripada bahasa Sanskrit seperti raja yang diambil daripada

Kerajaan Hindu.Selain itu pengarang juga menggunakan pemilihan diksi yang sesuai

dengan latar cerita yang melibatkan pembinaan tempat atau kerajaan baru.Contoh

tanah tinggi, nama anjing-Pasai, mangkubumi, tambak dan seluas tempat istana.

Pengarang tidak melupakan untuk memasukkan unsur simile.Contoh seekor

semut besarnya seperti kucing .Penggunaan peribahasa juga digunakan iaitu ,anak

gahara dan anak gundik.Contoh ayat, m/s 42 ,anak gahara, dan seorang anak

gundik.Bagi menambahkan lagi keindahan kata-kata dalam cetera ini,unsur

hiperbola seperti gelang-gelang itu menjadi emas, dan buihnya menjadi perak

.contoh, darah memancut dengan banyaknya membasahi badannya ( untuk

menggambarkan kedahsyatan suasana perang )

6. Unsur personifikasi: contohnya, "api marak menjilat minyak tanah tadi", "matahari
sudah membenamkan GAYA BAHASA

1. Pemilihan diksi yang sesuai dengan latar cerita yang melibatkan peperangan

antara

anggota polis dengan komunis: contohnya rumah pasung, berek kelamin, karbain,

stengan , kubu, magazine, bom, peluru

2. Penggunaan Bahasa Asing: contohnya seperti:

-Bahasa Inggeris ( sebab Inggeris menjajah Tanah Melayu ) ; Good morning, sir,
cover, combat, wickom, holster, hammock, bugle, bush jacket, jungle squad, sur
render.
-Bahasa Arab ( sebab kebanyakan masyarakat berbangsa Melayu yang beragama
Islam); Allah, Allahuakbar, Fatihah.
-Bahasa pasar ( sebab penganas komunis berbangsa Cina kurang fasih berbahasa
Melayu) ; lu orang, kasi tolong, gua, aya.

3. Unsur simile: contoh "bunyi awal bersahut-sahutan seperti bertih goreng"

4. Penggunaan peribahasa: contoh, nyawa-nyawa ikan, buah mulut, anak buah

5. Unsur hiperbola: contoh, darah memancut dengan banyaknya membasahi badannya

( untuk menggambarkan kedahsyatan suasana perang )

6. Unsur personifikasi: contohnya, "api marak menjilat minyak tanah tadi", "matahari sudah

membenamkan Diksi
Diksi ialah pemilihan dan penyusunan kata dalam puisi dan prosa. Ada penulis yang
menggunakan istilah "diksi" untuk merujuk kepada pemilihan kata semata-mata
sementara cara kata disusun menjadi baris dinamai "sintaks". Perkara yang
diutamakan dalam pemilihan dan penyusunan itu ialah ketepatan, tekanan, dan
keistimewaan..
Diksi dianggap penting kerana harus bersesuaian denga tema dan persoalan cerita
yang diutarakan oleh pengarang. Pemilihan kata-kata hendaklah selaras dengan
nada cerita serta watak-watak dalam cerita.
Contohnya dalam Cerpen Tina karya Aminhad , pengarang telah memasukkan kata-
kata yang bersesuaian dengan isi cerita yang bertemakan kasih sayang dan
kerinduan seorang abang kepada adiknya yang telah meninggal dunia . Antara kata
yang digunakan ialah teringatkan, kacaunya perasaan, terbujur, sakit jantung dan
mati.

Pemilihan diksi dalam cerpen Sekuntum Senyum di Sayap Jibril adalah puitis dan
menarik serta bersesuaian dengan temanya iaitu cinta kepada manusia, agama dan
Pencipta Nya. Perkataan laila,majnun,cinta,Tuhan,putih,manis,sufi syahid dan lain-
lain menggambarkan mesej cinta yang terpendam dan kesanggupan untuk mati
syahid kerana mempertahankan cinta kepada agama dan negara. Wujudnya puisi
Laila dan Majnun yang puitis menguatkan jalinan cerita cerpen ini dan memberi
kesan emosi yang romantis kepada pembaca.
Pemilihan diksi dalam Sajak Manusia dan Kesejahteraan ini adalah bersesuaian
dengan temanya iaitu kerosakan akhlak manusia pada zaman ini. Antara perkataan
yang digunakan ialah kekejaman mengatasi kedamaian (1:2),
tak siapa mau beralah (1:4), kejujuran mati di hati (2:4) menunjukkan pengarang
bijak memilih diksi yang dapat menggambarkan kesejahteraan kehidupan manusia
yang semakin terhakis di tengah-tengah perlumbaan mengejar kuasa dan kekayaan.
Rangkaikata daripada bahasa Inggeris juga digunakan iaitu Run through untuk
menunjukkan situasi latihan pementasan

Ambiguiti bermaksud kepelbagaian makna dan disebut juga sebagai ketaksaan.


Hasil penulisan yang berunsurkan ambiguiti mempunyai kemungkinan pelbagai
tafsiran iaitu lebih daripada satu tafsiran. Ambiguiti atau ketaksaan bermaksud unsur
kekaburan dan ketidakjelasan.Penggunaan imejan boleh menimbulkan

unsur ambiguiti. Melalui penggunaan unsur imejan, mesej disampaikan lebih jelas.
Unsur imejan kadang kala berbentuk imejan mental iaitu membicarakan tentang
perasaan dan perkaitannya dengan indera seseorang.
Contoh dalam Sajak Manusia dan Kesejahteraan unsur ambiguti dapat dilihat pada
ayat Kelelahan kita semakin parah tenatnya .( rangkap 1 baris 1 )

Langit berbau zaitun dalam cerpen Sekuntum Kembang Di Sayap Jibrilm/s 72


(perenggan 2 baris 4).
Pembaca boleh mentafsirkan baris ini mengikut andaian-andaian mereka sendiri
berdasarkan pemahaman masing-masing.

Bahasa Ekonomis
Bahasa ekonomis ialah bentuk gaya bahasa yang ringkas, padat, tepat dan pendek-
pendek. Pemilihan perkataan walaupun agak pendek tetapi masih berupaya
menjelaskan isi cerita atau peristiwa dengan tepat dan menarik. Bahasa ekonomis
dapat mengelakkan rasa bosan atau jemu pembaca jika dibandingkan
dengan bahasa yang meleret-leret. Dalam cerpen Tina pengarang menggunakan
ayat , Tina terlopong m/s 55,baris 3 dan Belajarlah bersabar
(m /s 57 baris 2).
Dalam cerpen Sekuntum Kembang di Sayap Jibril, contoh bahasa ekonomis ialah ,
Cintamu Nizami ?(m/s 71, perenggan 7 baris 1)

Bahasa Konotatif ialah bahasa yang mempunyai maksud perbandingan. Pengertian


dalam bahasa ini merupakan pengertian yang tersirat . Dalam cerpen Sekuntum
Kembang di Sayap Jibril ,bahasa konotatifnya ialah:
a)Langit kurasakan mati ketika redup matamu hilang (m/s 63 ,baris 2)
b) Di atas langit berjelaga. Di bawah bumi merah saljinya.(m/s 69,
perenggan 6 baris 1 ).
Keistimewaan penggunaan bahasa konotatif ialah ia dapat menimbulkan kesan
emosi kepada para pembaca.

Unsur laras bahasa seterusnya ialah bahasa perbandingan. Elemen dalam bahasa
perbandingan ialah metafora,simile,hiperbola,personifikasi, dan perlambangan.
Penggunaan unsur bahasa perbandingan ini dapat meninggalkan kesan dan jalan
cerita dalam sesebuah cerpen. Antara unsur bahasa perbandingan dalam cerpen ini
ialah metafora,personifikasi,hiperbola,peribahasa

Bahasa Perbandingan:
Metafora
Metafora merupakan bahasa kiasan dalam laras sastera yang tidak menggunakan
kata-kata bandingan seperti simile. Kiasan jenis metafora merupakan kiasan yang
menyebut terus kepada benda atau binatang yang hendak diumpamakannya.
Perbandingan metafora lebih ringkas dan padat.
Dalam cerpen Sekuntum Kembang di Sayang Jibril unsur metaforanya ialah bibirmu
menjadi darah kepada rinduku (m/s 63 perenggan 4:5)
Contoh metafora dalam cerpen Tina ialah:
Getar dan debar hatiku menggila pada kali pertama aku melihat dia, dalam cerpen
Tina ( m/s 52 Perenggan 1, baris 1)
Personifikasi
Unsur yang menggunakan kiasan untuk memberikan sifat manusia daripada segi
perasaan, perlakuan dan sebagainya kepada benda-benda mati, idea, binatang dan
lain-lain yang mujarad. Kata yang menjadikan benda atau binatang seolah-olah
manusia. Sifat-sifat manusia seperti perasaan dan keinginan diberikan kepada
benda, binatang dan seumpamanya menjadikannya seperti manusia.
Contoh unsur personifikasi dalam cerpen Tina ialah:
Dalam kesepian itu, seolah-olah aku melihat pokok-pokok yang longlai dipuput bayu
melihat kemurungan yang menyerang jiwaku( m/s 52,perenggan 4:1)

Hiperbola
Hiperbola menggambarkan karya sastera yang mempunyai unsur yang agak
keterlaluan atau berlebih-lebihan seoalah-olah tidak masuk akal.

Namun demikian, perbandingan atau cerita yang digambarkan itu masih menarik
dan indah. Tujuannya adalah untuk memperhebat serta meningkatkan kesan dan
pengaruh dalam kalangan pembaca. Gaya bahasa ini melibatkan kata-kata dan
kalimat. Unsur hiperbola dalam Cerpen Tina ialah :
Tina mungkin terfikir dengan cara itu sahaja layang-layang akan naik kembali.
Menegak dan akan mencapai awan. (m/s 55 perenggan 1,baris 3

Unsur Perlambangan
Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan
atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam.
Dalam cerpen Sekuntum Kembang di Sayang Jibril unsur perlambangannya ialah
dalam ayat apakah cinta juga seputih ini ? (m/s 63 p2:b 2 )
Perkataan putih (m/s 63 p2:b 2 ) melambangkan cinta yang rohani dan suci .
Langit nya yang putih dan buminya yang putih bertukar menjadi merah dan hitam.
(m/s 63 p3:b 5) Perkataan merah melambangkan darah dan perkataan hitam
melambangkan keadaan yang sengsara.

Peribahasa
Peribahasa adalah sejenis ungkapan yang membawa maksud kiasan ataupun
maksud yang berbunga-bunga. Ia sering digunakan oleh nenek moyang kita untuk
menyampaikan maksud dengan cara yang lebih terselindung atau untuk
menyindir dengan bicara yang lebih sopan. Kini, masyarakat moden menggunakan
peribahasa dalam pertuturan atau penulisan untuk mengindahkan lagi penggunaan
Bahasa Melayu.

Peribahasa yang terdapat dalam Cerpen Tina ialah:


Masuk bakul angkat sendiri (m/s 57,perenggan 4 baris 1)
Kan sabar itu separuh daripada iman ! (m/s 57,perenggan 2, baris 2)

Dalam sajak Manusia dan Kesejahteraan terdapat peribahasa seperti:


.......... bermuka dua (3:4)
.......... titik pertemuan ((1:3)

Tujuan pengarang memasukkan unsur bahasa perbandingan untuk menjelaskan lagi


maksud yang hendak disampaikannya dan seterusnya dapat menarik minat
pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka. Jelasnya bahasa perbandingan ini
dapat memperlembutkan makna percakapan dan mengindahkan bahasa.
(Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz,1998 : 74)
Unsur Penegasan
Unsur penegasan boleh didefinisikan sebagai unsur yang dapat menjelaskan makna
sesuatu agar menjadi lebih nyata hasil daripada pemikiran pengarang. Jelasnya
unsur penegasan dalam sesebuah karya kesusasteraan merujuk kepada
penjelasan, penentuan atau penerangan yang nyata untuk menjelaskan sesuatu hal.
Unsur-unsur perulangan,anafora dan epifora termasuk dalam unsur penegasan
ini.Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998: 79, ketiga-tiga unsur
ini mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk menegaskan sesuatu maksud.

Unsur penegasan dalam kesusasteraan selalunya digarap oleh pengarang dalam


bentuk puisi. Penulisan kata (atau bahagian kata), ungkapan, baris (atau bahagian
baris), atau rangkap secara lebih daripada sekali. Tujuannya ialah untuk
menegaskan maksud atau menimbulkan pengucapan yang berirama dan
indah.Unsur perulangan bentuk anafora dalam Sajak Manusia dan Kesejahteraan
ialah :
tambah mengimbau sorotan kitab .... (5 : 1 )
tambah mengimbau sorotan kitab..... (5 : 2)

Tujuan penggunaan unsur perulangan adalah untuk menegaskan maksud dan


menimbulkan nilai estetik melalui bunyi yang berirama dan indah.
Dialog
Dialog boleh didefinisikan sebagai kata-kata yang dituturkan oleh watak-watak
dalam drama atau fiksyen. (Kamus Dewan,1994:302). Dialog adalah kata-kata
perbualan antara dua watak atau lebih sama ada berbentuk lisan ataupun bertulis
dalam karya-karya sastera dalam sesebuah drama atau fiksyen.Contoh dialog dalam
cerpen Sekuntum Kembang di Sayap Jibril ialah, pada halaman 66, perenggan 7
baris 1 dan 2 iaitu :
Najwa. Penjiwaanmu sungguh hebat.
Semuanya kerana puisimu, Farith.

Dalam cerpen Tina dialognya pada muka surat 58, perenggan 6:


Nak beri apa kalau saya dapat jadi johan?
Lima ringgitt, aku mencabar.
Betul lima ringgit?

Monolog
Unsur monolog adalah salah satu unsur yang biasa digunakan dalam karya
kesusasteraan. Umar Junus dalam bukunya Stilistik, Satu Pengantar
mendefinisikan monolog adalah lawan kepada dialog iaitu hanya seorang yang
bercakap. Daripada definisi ini dapatlah dirumuskan bahawa monolog bermakna
hanya seorang watak yang bercakap seorang diiri, biasanya watak utama dalam
karya tersebut tanpa ada tindak balas daripada orang lain. Percakapannya itu
diluahkan dan didengari oleh watak tersebut dan mungkin juga watak-watak di
sekelilingnya (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998: 88)
Umumnya monolog boleh dibahagi kepad dua jenis iaitu monolog luaran dan
monolog dalaman . Monolog luaran bermaksud monolog yang dilafazkan sementara
monolog dalaman adalah monolog di dalam hati.( Kamarudin Husin dan Siti Hajar
Abdul Aziz, 1998:90).
Unsur monolog dalam cerpen Tina ialah :
a) Tinaaa! Abang rindu! m/s 57 (perenggan 8 baris 2)
b) Aku tak mahu, dia yang kukenal akan melalui peristiwa yang sama.
Oh, Tuhanku.Jangan! ( m/s 61 perenggan 6 baris 2 )

Dalam cerpen Sekuntum Kembang di Sayap Jibril unsur monolognya ialah:


Cintamu Nizami? m/s 71 perenggan 7 baris 1

Rumusannya, laras bahasa adalah variasi bahasa yang berlainan berdasarkan


fungsinya.Laras bahasa sastera atau disebut juga sebagai laras kreatif yang
bermutu memerlukan kejelasan, perpautan, kesatuan serta bentuk stailistik yang
dipelbagaikan. Huraian di atas menunjukkan beberapa contoh unsur dalam laras
bahasa yang menjadi aksesori dalam sesebuah penulisan.

4.0 BAHASA PERBANDINGAN


Salah satu gaya bahasa yang sering digunakan di dalam penulisan mahu pun
pertuturan seharian ialah bahasa perbandingan. Bahasa perbandingan boleh
dibahagikan kepada dua, iaitu bahasa perbandingan yang menunjukkan persamaan
dan pertentangan. Menurut Kamus Dewan, bahasa boleh ditakrifkan sebagai suatu
sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan di dalam
sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran. Bahasa juga
bermaksud kata-kata yang disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh
seseorang di dalam percakapan atau tulisan.

Kamus Pelajar mendefinisikan , perbandingan sebagai persamaan. Oleh itu,


bahasa perbandingan boleh ditafsirkan sebagai satu bentuk bahasa yang digunakan
untuk memerihalkan sesuatu perkara atau kejadian tanpa memberitahu secara
terus. Penyampaian sesuatu maklumat dan perasaan serta mesej yang hendak
disampaikan. diungkap melalui beberapa rangkai kata atau pun perkataan. Elemen-
elemen yang terkandung di dalam bahasa perbandingan
ialah gaya bahasa personifikasi, metafora, simile dan banyak lagi.

Fungsi Bahasa Perbandingan


Bahasa perbandingan berfungsi untuk menerangkan sesuatu secara berkias. Secara
tidak langsung ia akan dapat menjaga perasaan terhadap sesuatu yang ingin
disampaikan. Ini bersesuaian sekali dengan situasi masyarakat kita yang tidak suka
berterus-terang dalam berbicara.
Selain itu, bahasa perbandingan digunakan untuk menyamakan sesuatu benda
dengan sesuatu keadaan atau peristiwa yang lain. Unsur metafora misalnya,
digunakan untuk membandingkan sesuatu benda dengan keadaan atau pun
peristiwa yang lain dengan cara menyatukan sesuatu perkataan yang maujud
dengan keadaan yang abstrak. Di sini secara tidak langsung, pembaca akan
mengetahui maksud perkataan tersebut dengan melihat unsur yang telah
digabungkan. Bahasa perbandingan juga dapat membangkitkan jalan cerita atau plot
dan huraian sesebuah karya dan sebagai penyeri terhadap sesuatu hasil karya
tersebut. Ia juga adalah sebagai penyeri jalan terhadap isi cerita. Seterusnya bahasa
perbandingan ini dapat menjadi penambah daya tarikan
kepada cerita supaya ceritanya tidak kering atau hambar dan menjemukan
pembaca.
Bahasa perbandingan juga digunakan untuk menggambarkan atau melukiskan
watak dalam sesuatu karya dan memberi pengajaran kepada pembaca tentang
akibat daripada sesuatu perbuatan yang tidak baik. Contoh bahasa perbandingan
ialah bagaikan harimau kehilangan belangnya boleh membawa maksud seseorang
yang berkuasa dalam sesuatu hal, tetapi telah kehilangan kuasa akibat daripada
tindakannya yang tidak baik.

Terdapat beberapa contoh bahasa yang menunjukkan perbandingan yang sering


digunakan di dalam sesebuah penulisan karya. Antaranya ialah seperti berikut:
(a) Simile
Unsur simile dalam cerpen Tina ialah :
bagai kuntum bunga yang mulai mekar (m/s 54 p8 b1)
Unsur similie dalam cerpen Sekuntum Kembang di Sayap Jibril ialah ,
Kata-kata itu membakar tubuhnya seperti api yang membakar Ibrahim a.s
(m/s 63, 5:2)
(b) Personifikasi
Personifikasi ialah perlambangan sifat-sifat manusia yang diberikan kepada
benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak. Contoh dalam Sajak Manusia dan
Kesejahteraan ialah ketuaan dunia akan tenggelam juga (3:2) dan
kejujuran mati di hati (1: 4)
Dalam cerpen Tina .....pokok-pokok yang longlai (m/s 1 perenggan 4: baris 2)
Sifat tua, jujur dan longlai adalah sifat manusia, Namun sifat tersebut dipadankan
dengan objek bukan manusia iaitu dunia , hati dan pokok-pokok.

Kesannya pembaca dapat merasai elemen-elemen tersebut hidup seperti manusia.


Unsur personifikasi ialah yang kedua ialah menjadikan benda atau binatang seolah-
olah manusia. Sifat-sifat manusia seperti perasaan dan keinginan diberikan kepada
benda, binatang dan seumpamanya menjadikannya seperti manusia. Contohnya
ialah seperti di bawah ini :
Dalam cerpen Tina contoh personifikasi ialah pada ayat basikal yang sudah
terbaring (m/s 55 : 7) dan tersambar oleh cuping telingaku suara ambulans (m/s
61:4) dan layang-layang kematian angin ( m/s 54: )

Daripada contoh di atas basikal terbaring, ambulans bersuara dan layang-layang


mati menjadikan benda itu seolah-olah seperti manusia.

Dalam cerpen Sekuntum Kembang di Sayap Jibril unsur personifikasinya


ialah :
i)......rebah di kolam cinta ( m/s 65 p5: b7 )

ii) Puisinya bukan sahaja membakar seluruh manusia di sangkar cintanya


(m/s 66 p7:3)
Dua contoh unsur personifikasi di atas menggunakan kiasan untuk memberikan sifat
manusia daripada segi perasaan, perlakuan dan sebagainya kepada benda-benda
mati.

(c) Metafora
Gaya bahasa metafora adalah perbandingan secara langsung, iaitu ia memberi sifat
sesuatu objek itu secara perbandingan terus. Terdapat dua jenis metafora
iaitu:
(i) Metafora yang tidak memerlukan kata-kata perbandingan seperti
bagaikan,laksana dan bagai. Contohnya dalam Cerpen Sekuntum Kembang di
Sayap Jibril ialah Cinta Majnun adalah sekuntum kembang yang tersisip di Sayap
Jibril (m/s 71 p7:b 5)
Dalam sajak Manusia dan Kesejahteraan metaforanya ialah :
kelelahan kita semakin parah tenatnya (1 : 1)
(ii) Metafora yang menggabungkan unsur konkrit dan abstrak. Contohnya serpihan
harapan (m/s p b )dalam Cerpen Sekuntum Kembang di Sayap Jibril dan neraka
kecintaan (4:3)dalam sajak Manusia
dan Kesejahteraan

d) Eufemisme
Bahasa yang digunakan untuk tujuan memperhaluskan kata atau ucapan disebut
sebagai eufemisme. Ia juga dikenali sebagai ucapan atau ungkapan lembut.
Misalnya, perkataan merogol akan lebih indah dan sopan digantikan dengan
memperkosa. Contoh dalam cerpen Tina bahasa eufemise ialah :
Tapi sekarang, Tina dah tak ada lagi. m/s 61 Perkataan dah tak ada lagi digunakan
bagi menggantikan perkataan mati yang bersifat bahasa kasar.

e)Alegori
Alegori adalah cerita yang digunakan sebagai lambang yang digunakan
untuk pendidikan. Watak binatang dijadikan sebagai objek untuk menonjolkan gaya
bahasa ini. Contohnya, . watak Sang kancil selalu digunakan untuk melambangkan
seseorang yang bijaksana. Elemen alegori ini menggunakan watak binatang sebagai
pelakon utama di dalam sesebuah cerita. Antara watak yang biasa digunakan ialah
seperti monyet, kura-kura, ular, kucing dan anjing. Tidak ada contoh alegori dalam
petikan pengkaji dalam kajian ini.

(f) Antilesis
Gaya bahasa ini adalah bahasa yang membandingkan dua perkara yang
berlainan di dalam masa yang sama. Setiap ayat yang dibina mesti terdiri
daripada dua frasa ayat yang mempunyai makna yang bertentangan. Gaya
bahasa ini banyak digunakan di dalam sesebuah penulisan karya sastera
mahu pun di dalam perbualan seharian.
Dalam Sajak Manusia dan Kesejahteraan, unsur antilesisnya ialah hanya
kesejahteraan membunga api (5:3)

Kesimpulannya, bahasa perbandingan terdiri daripada unsur gaya bahasa


yang membandingkan sesuatu perkara yang mempunyai pertalian yang
sama dan berbeza. Sebagai contoh, gaya bahasa simile digunakan untuk
membandingkan dua perkara yang mempunyai persamaan. Gaya bahasa ini amat
penting dalam membentuk ayat yang gramatis di dalam penulisan sesebuah karya.
Di samping itu, ia juga digunakan di dalam kehidupan kita seharian.
Sesebuah penulisan itu tidak akan menarik pembaca untuk menghayatinya secara
efektif sekiranya tidak ada unsur-unsur perbandingan di dalamnya

You might also like