You are on page 1of 2

Search Karangan

Name:
Title:

SIVABALAN BALAMURAGAN
AKU SEBUAH JAM TANGAN
2012-04-10 18:06

Aku sebuah jam tangan

Aku sebuah jam tangan. Namaku ialah Puma. Aku dilahirkan di sebuah kilang di
Jerman. Warna keseluruhan diriku ialah kuning keemasan. Dimukaku ada angka satu
hingga dua belas. Mukaku juga dipenuhi dengan batu permata yang cantik. Aku
digunakan oleh manusia untuk menunjukkan waktu.
Sebaik sahaja aku dilahirkan, aku diisi ke dalam sebuah kotak kecil. Aku kemudian
dihimpunkan bersama rakanku lalu dihantar ke negara yang ku kenali sebagai
Singapura. Di negara itu, aku telah ditempatkan di sebuah kedai jam yang berada di
dalam sebuah pusat membeli-belah. Aku dipamerkan ke dalam sebuah almari kaca yang
cantik.
Setelah berada di dalam almari kaca itu selama sebulan, aku mula berasa bosan. Pada
suatu hari, kedai tuanku telah didatangi seorang pemuda kacak. Dia hendak membeli
sebuah jam tangan. Aku berdoa agar dia membeli diriku.
Nasibku memang baik, pemuda itu berminat dengan diriku dengan harga seribu lima
puluh lima dolar. Kini aku telah mempunyai tuan baru.
Aku sungguh bertuah kerana tuan baruku mengambil berat tentang diriku.
Beliau membawa aku ke mana sahaja dia pergi. Dia juga memuji aku di hadapan rakanrakannya kerana ketepatan masaku.
Pada suatu hari, tuanku terbangun lambat. Dengan keadaan tergesa-gesa, dia mencapai
aku. Malang tidak berbau, aku terlepas daripada genggaman tangannya. Aku terhempas
ke lantai. Kaca di mukaku berderai di lantai. Aku menjerit kesakitan. Tetapi tidak
sesiapa pun yang mendengar jeritanku. Tuanku mengangkat aku dengan tangan yang
terketar-ketar. Dia berasa menyesal atas perbuatannya.
Pada keesokan harinya, aku dibawa ke kedai membaiki jam. Cerminku diganti dengan

cermin yang baru. Aku menjadi seperti sediakala. Aku berharap tuanku akan berhatihati di masa yang akan datang.

You might also like