You are on page 1of 15

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
SEPTEMBER 2013

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan pelbagai


partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di
udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semulajadi ataupun kesan
sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud
dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ia boleh menyekat pancaran
cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian, keadaan ini akan
mengurangkan jarak pandangan mata kasar:
Anda dikehendaki :
(a) mendapatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi mengetahui tahap
jerebu dan huraikan punca-punca terjadinya jerebu tersebut.
(b) mendapatkan data indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan barubaru ini dan huraikan dengan ringkas bacaan (IPU) tersebut.
(c) Mencadangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mengatasi
masalah jerebu yang sering melanda negara kita.
(d) Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada
semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi. Huraikan kesan
Jerebu terhadap golongan seperti kanak-kanak, orang tua, perokok dan
mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paruparu, jantung dan yang menghadapi alahan.

NAMA :SABARUDDIN BIN JALUMIN


NO MATRIKS : 700826125377001
NRIC : 700826125377
NO TELEFON : 01115217449
EMAIL : sabaruddinjalumin@gmail.com
NAMA PENSYARAH : EN JOHN BIN TAN TUA
NAMA TUTOR : EN ROSLAN BIN KADIR
PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA CAWANGAN
TAWAU
SEMESTER : SMP PPG SEPTEMBER 2013
1

ISI KANDUNGAN

MUKA
SURAT

1.0 Pengenalan

01

2.0 Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi


mengetahui tahap jerebu dan huraikan
punca-punca terjadinya jerebu tersebut.

02

3.0 Data indeks Pencemaran Udara (IPU)


yang dilaporkan baru-baru ini dan
huraikan dengan ringkas bacaan (IPU)
tersebut.
4.0 Langkah-langkah yang perlu dilakukan
bagi mengatasi masalah jerebu yang
sering melanda negara kita.
5.0 Kesan Jerebu

04

6.0 Penutup

11

06
08

Bibliograf
Lampiran

1.0

PENGENALAN
Era pemodenan masa kini menjadikan sesebuah negara cuba untuk melakukan
kemodenan serta pembangunan yang pesat dan pantas bagi berdaya saing dengan negara2

negara moden diserata dunia. Langkah pemodenan ini turut menyentuh ke arah
pembangunan pelbagai sektor demi meningkatan pertumbuhan ekonomi negara,
termasuklah melakukan kegiatan seperti pembangunan infrastruktur, perindustrian,
perkilangan dan pertanian yang telah menjadi agenda bagi sesebuah negara.
Pembangunan yang pesat dalam kepelbagaian sektor ini telah mendatangkan impak
terhadap alam sekitar, kesihatan dan menyebabkan bumi kian tua dan terjejas. Seringkali
kita lihat dan saksikan di televisyen, di dada-dada akhbar juga di sekeliling kita sesuatu
pencemaran berlaku dan mendatangkan kemudaratan terhadap alam semulajadi dan
benda-benda hidup. Dunia teknologi dengan serba moden ini kita tidak dapat lari
daripada menjadi mangsa arus perubahan yang pesat sehingga kita lalai dan mengabaikan
tanggungjawab memelihara alam sekitar.
Pencemaran merupakan satu topik yang hangat dan tidak di ambil tindakan secara
serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat pelbagai kesan negatif yang terjadi kepada
alam sekitar yang dahulunya bersih daripada segala pencemaran atau sesuatu yang
mengganggu ekosistem manusia dan hidupan yang lain. Pencemaran boleh didefinisikan
sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam
persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Akta
Kualiti Alam Sekitar 1974 menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan
sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau
aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan
atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang
menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,
keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.
Pencemaran alam sekitar boleh dikategorikan kepada empat jenis utama iaitu pencemaran
udara pencemaran air, pencemaran tanah dan pencemaran bunyi

ISI-ISI PENTING.
2.0

Indeks Pencemaran Udara (IPU) Bagi Mengetahui Tahap Jerebu Dan


Huraikan Punca-Punca Terjadinya Jerebu Tersebut.
3

Indeks pencemaran udara (IPU) ataupun Air Pollution Index (API) merupakan satu
kaedah umum dan mudah untuk mengetahui status kualiti udara. Ianya juga merupakan
kayu ukur kepada keadaan keselamatan udara semasa yang digunapakai di beberapa negara
besar seperti China, Hong Kong dan Malaysia. Ianya didapati daripada pengiraan beberapa
set data pencemaran udara. Di China, penggunaan indeks IPU telah ditukar kepada Indeks
Kualiti Udara yang sentiasa dikemas kini sejak awal tahun 2012.
Justeru itu, penggunaan IPU sebagai satu garis panduan untuk mengetahui tahap
kualiti udara merupakan salah satu inisiatif yang positif untuk mengenal pasti keadaan
udara. Menurut Ismail Hashim.(1991) menjelaskan bahawa, ianya melibatkan pengukuran
kuantiti zarah halus yang merbahaya seperti carbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen
dioksida dan karbon dioksida. Pengelasan kepada tahap kualiti udara mengikut IPU adalah
seperti dalam rajah 1.0 dibawah.
IPU
0-50
51-100
101-200
201-300
>300

Status
Baik / Good
Sederhana / Moderate
Tidak Sihat / Unhealthy
Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy
Berbahaya / Hazardous
Rajah 1.0 : Jadual IPU bagi pengelasan status persekitaran udara.

Secara umumnya, fenomena jerebu merupakan salah satu fenomena pencemaran udara.
Fenomena jerebu yang berlaku adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah :
1) Pembebasan asap daripada kilang yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon
monoksida, karbon dioksida, dan nitrogen oksida. Asap yang dikeluarkan juga berwarna
hitam dan berjelaga yang boleh mencemarkan udara dan persekitarannya. Fenomena
yang berlaku ini dapat kita lihat di beberapa bandar industri yang mempunyai kilangkilang pembuatan. Sebagai contoh kilang pembuatan kereta, kilang penapisan minyak
ataupun stesen janakuasa elektrik.
2) Pembebasan Asap kenderaan bermotor. Kenderaan awam seperti bas, teksi dan lori
majoritinya menggunakan minyak diesel kerana ianya murah. Namun begitu,
penggunaan minyak diesel ini menyebabkan asap yang terhasil dan dibebaskan berwarna
4

hitam dan lebih mencemarkan udara, disamping baunya yang menyakitkan hidung.
Fenomena ini dapat kita lihat terutamanya pada waktu puncak. Dimana pembebasan
asap daripada kenderaan bermotor ini membebaskan gas karbon monoksida yang
sememangnya menjadi penyumbang utama kepada gejala jerebu.
3) Pembakaran bahan fosil di stesen jana kuasa elektrik terma. Apabila bahan api fosil
yang terdiri daripada petroleum, gas asli, dan arang batu dibakar, asap yang terhasil akan
dilepaskan ke stesen janakuasa berkenaan, sebagai contoh pencemaran udara di Paka
dan Bintulu yang menjadi stesen jana kuasa terma gas asli di sana.
4) Pembakaran jerami di kawasan pertanian sawah padi. Perkara ini berlaku kerana
ingin menjimatkan kos setelah musim menuai. Ini menyebabkan pencemaran berlaku di
kawasan Dataran Kedah dan Kelantan suatu ketika dahulu.
5) Pembakaran ladang kelapa sawit bagi mendapatkan kawasan tanah yang sesuai untuk
pertumbuhan kegiatan pertanian. Kesannya bukan sekadar menyebabkan pencemaran
udara, tetapi jerebu yang sangat teruk. Sepertimana yang berlaku baru-baru ini di
sumatera yang akhirnya menyebabkan fenomena jerebu yang sangat teruk.
6) Pembakaran terbuka di kawasan perumahan. Walaupun bukan menjadi punca
utama, tetapi kegiatan yang tidak sihat ini juga menyumbang kepada berlakunya
pencemaran udara yang serius.

3.0

Indeks Pencemaran Udara (IPU) Yang Dilaporkan Baru-Baru Ini Dan


Huraikan Secara Ringkas Bacaan (IPU) Tersebut.
Fenomena jerebu yang berlaku pada pertengahan tahun 2013 baru-baru ini bukanlah

sesuatu yang asing di negara kita. Menurut Dr. Moha Asri Abdullah.(1997) menjelaskan
bahawa, jerebu berlaku melalui beberapa faktor antaranya pembakaran hutan secara
berleluasa. Proses pembakaran ini akan mengundang kepada peningkatan kadar IPU
diperingkat negara. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, fenomena jerebu sering kali
berlaku di negara kita, samada ianya berpunca daripada negara kita sendiri ataupun daripada
negara jiran. Namun, fenomena baru-baru ini merupakan fenomena yang terburuk sekali.

Sehinggakan ada kawasan yang diisytiharkan sebagai zon berbahaya seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 2.0 IPU yang diberikan dibawah

Rajah 2.0 : Jadual Indeks Pencemaran Udara pada 24 Jun 2013 bagi beberapa kawasankawasan utama.
IPU
0-50
51-100
101-200
201-300
>300

Status
Baik / Good
Sederhana / Moderate
Tidak Sihat / Unhealthy
Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy
Berbahaya / Hazardous

Sekiranya melihat kepada jadual dan juga IPU yang diperolehi pada 24 Jun 2013,
dapat dilihat bahawa indeks kualiti udara pada 24 Jun 2013 bukanlah berada pada tahap
yang baik dan memuaskan. Hanya beberapa kawasan seperti Tawau dengan bacaan 41 dan
Sandakan, Sabah sahaja dengan bacaan 50 yang berada pada indeks yang baik dan selamat
iaitu dibawah 50. Kemudian hampir 60 peratus kawasan berada pada tahap yang sederhana
seperti di Pulau Langkawi, Kedah dengan IPU sebanyak 55, Bintulu, Sarawak dengan IPU
sebanyak 75 dan Pasir Gudang Johor sebanyak 83 iaitu bacaan diantara 50 ke 100. Tetapi
6

pada masa yang sama terdapat beberapa buah kawasan yang berada pada tahap yang tidak
sihat seperti di kawasan Jerantut ,Pahang (111), Cheras, Kuala Lumpur(151), Putrajaya
(155) dan Kuala Selangor, Selangor (157) antara kawasan-kawasan yang berada dalam
keadaan yang tidak sihat dengan bacaaan IPU antara 101-200. Jarak penglihatan pada
kawasan ini berada dalam keadaan yang tidak sihat dan semakin kabur yang memungkinkan
kepada berlakunya kemalangan sekirannya tidak diambil perhatian yang serius.
Selain itu, terdapat juga kawasan-kawasan yang berada dalam keadaan yang sangat
tidak sihat dengan merujuk kepada Jadual IPU dengan bacaan antara 201-300. Sebagai
contoh, jika melihat kepada jadual yang diperoleh pada 24 Jun 2013 baru- baru ini, antara
kawasan yang terdedah kepada IPU yang sangat tidak sihat ini adalah Bukit Rambai,
Melaka, Banting, Pahang dan Kemaman, Pahang dengan bacaan IPU masing-masing 260,
209 dan 253 iaitu berada dalam julat IPU yang tidak sihat. Pada hari tersebut juga
mencatatkan dua buah kawasan yang berada pada tahap yang berbahaya iaitu IPU melebihi
300. Kawasan tersebut ialah Pelabuhan Klang, Selangor dan Port Dickson, Negeri Sembilan
dengan masing-masing bacaan IPU sebanyak 335 dan 319. Dengan bacaan IPU inilah, pihak
berwajib telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup beberapa sekolah dan
pusat perkhidmatan dan mengumumkan darurat bagi kawasan-kawasan tersebut kerana
dikhuatiri akan membahayakan keadaan penduduk sekaligus menjaga ketenteraman awam
secara khususnya. Secara kesimpulannya. Pada 23 Jun 2013 merupakan antara hari yang
paling teruk IPU sehingga menyebabkan beberapa kawasan diisytiharkan darurat.

4.0

Langkah-Langkah Yang Perlu Dilakukan Bagi Mengatasi Masalah Jerebu Yang


Sering Melanda Kita.
Melihat kepada senario semasa yang mengalami pelbagai bencana alam yang berlaku

sekaligus mengetahui perkara dasar kepada permasalahan tersebut, adalah perlu untuk kita
mengambil langkah drastik ataupun langkah proaktif bagi mengatasi masalah jerebu yang
sangat membimbangkan pada masa kini.
Setelah kita mengetahui faktor utama kepada gejala jerebu ini, kita akan dapat
melihat kesan yang terjadi akibat daripada masalah ini, antara kesan yang terjadi daripada
aktiviti jerebu ini termasuklah menjejaskan kesihatan manusia dan membantutkan
7

pertumbuhan haiwan dan tumbuhan. Menurut Mohd. Talib Latif, Mohamed Rozali Othman
& Zaharizam Johnny.(2006) menjelaskan bahawa, ianya boleh membawa kepada penyakitpenyakit yang berbahaya seperti asma yang teruk, nemonia dan penyakit yang berkaitan
dengan jantung. Manakala bagi tumbuhan dan haiwan yang menjadi sumber makanan
manusia juga terkesan dengan jerebu yang menyebabkan ianya menjadi kesan kepada
keracunan makanan. Maka langkah mengatasi yang boleh diambil bagi mengurangkan
masalah ini adalah dengan menguatkuasakan undang-undang dengan lebih efisyen. Hal ini
boleh membantu kepada tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara
besar-besaran diperlukan. Tambahan pula, tindakan kolektif dengan penggunaan alat
pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu.
Dengan undang-undang seperti akta alam sekitar yang diguna pakai dalam negara kta yang
ketat dikenakan, maka pihak itu perlu mengambil perhatian yang serius bagi mengatasi
masalah mereka.
Selain itu, menurut Hashim Dzakiria dan Azilah Kassim.(1994) menjelaskan
bahawa, pembebasan bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan
masalah jerebu di negara kita. Pembebasan bahan pencemaran seperti gas karbon
monoksida, karbon dioksida, kloroflorokarbon yang dibebaskan dari kilang-kilang
pemprosesan dan kereta-kereta menambahkan keadaan berjerebu terutamanya apabila
kesesakan lalu lintas yang teruk. Maka bilangan kenderaan dan penggunaan lalulintas juga
perlu dikawal. Selain itu usaha untuk mengurangkan jerebu juga perlu diambil sebagai satu
langkah proaktif. Sebagai contoh, dengan proses pembenihan awan. Hujan adalah
pembersih udara semula jadi yang terbaik. Usaha untuk membuat proses pembenihan hujan
telah dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Puncak Niaga Sdn Bhd telah
melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya disekitar Lembah Klang dan negeri
Selangor.
Seterusnya, untuk mengatasi masalah ini juga boleh dilakukan melalui sistem
pendidikan alam sekitar samada secara formal ataupun tidak formal. Program pendidikan ini
boleh dijalankan oleh JAS dan lain-lain agensi kerajaan serat badan bukan kerajaan dan
ditujukan kepada seluruh lapisan masyarakat bermula daripada pentadbir, orang ramai dan
juga kanak-kanak sekolah. Aktiviti ini dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap
alam sekitar sekaligus dapat memperbaiki dan menjaganya dengan lebih baik. Wong Khek
Seng.(1991) turut menjelaskan bahawa, ianya juga merupakan proses pencegahan dan
8

pengurusan alam sekitar dengan lebih baik. Selain itu, melalui pendidikan juga kita dapat
memperluaskan tahap kesedaran orang ramai kerana pengetahuan terhadap isu alam sekitar
dari segi pemuliharaan alam sekitar terhadap implikasi sosial dan ekonomi dalam
mempengaruhi keputusan mengenai soal alam sekitar.
Masalah jerebu juga dapat dikurangkan dengan menggunakan pemantauan Indeks
Pencemaran Udara (IPU) terhadap beberapa kawasan tumpuan yang bermasalah dan
mengambil tindakan susulan bagi mengatasi msalah tersebut. Sebagai contoh, kawasankawasan tumpuan tersebut adalah di bandar-bandar industri seperti Klang yang mempunyai
banyak kilang-kilang dan kereta yang mengeluarkan bahan pencemaran yang banyak. Maka
pembacaan indeks haruslah dilakukan secara berterusan agar usaha menghadkan kilangkilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat diatasi. Tajulddin
Muhammad.(1997) menyatakan bahawa, langkah yang boleh diambil juga melalui
kesepakatan dan kerjasama antara negara-negara jiran bagi menangani masalah alam sekitar.
Sebagai contoh, kerjasama yang diambil oleh Negara Malaysia dan Indonesia bagi
menangani masalah jerebu yang melanda negara masing-masing baru-baru ini. Sekaligus
membolehkan masalah jerebu dapat diatasi dengan baik dan berkesan.

5.0

Kesan Jerebu terhadap golongan seperti kanak-kanak, orang tua, perokok dan
mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru,
jantung dan yang menghadapi alahan.
Fenomena jerebu yang melanda negara kita baru-baru ini telah banyak memberikan

impak yang negatif kepada negara kita secara amnya dan kepada penduduk secara khusus.
Seperti yang kita ketahui, partikel-partikel yang terdapat dalam jerebu itu merupakan punca
sebenar kepada masalah kesihatan manusia terganggu.

Menurut Rohaini Haris.(1994)

menyatakan bahawa, antara kompenen utama jerebu yang menyebabkan berlakunya


masalah kesihatan yang serius adalah karbon monoksida (CO), sulfur dioksida (SO 2),
nitrogen dioksida (NO2), plumbum (Pb) dan partikulat terampai. Kompenen inilah yang
akan menyebabkan manusia berasa sesak nafas akibat kekurangan oksigen, tekak dan
kerongkong menjadi gatal, batuk-batuk yang teruk dan berpanjangan, selsema, bersin,
hidung berair akibat jangkitan kuman, gatal pada mata, asma, sakit kepala dan dada akibat

menghidu udara yang tercemar. Kesan ini berlaku adalah disebabkan oleh partikel tersebut
dan kita dapat kenal pasti proses tersebut melalui rajah berikut.

Rajah 3.0 : Proses yang menghalang jarak penglihatan.


Daripada gambarajah di atas, kita dapat melihat dengan jelas bagaimana partikelpartikel dalam jerebu tersebut memberikan impak kepada deria manusia. Selain memberikan
kesan yang kurang baik kepada manusia, partikel-partikel ini juga memberikan impak yang
berbeza-beza melihat kepada manusia, terutamanya kepada golongan-golongan yang
berisiko tinggi seperti orang tua, kanak-kanak, dan orang-orang yang mempunyai penyakit
kronik seperti asma, lelah, bronkitis, sakit jantung, radang peparu, penyakit kulit, rabun
mata dan alahan. Setiap kompenen dalam jerebu tersebut memberikan kesan yang berbeza
kepada individu yang berisiko ini, sebagai contoh karbon monoksida akan melemahkan
pengecutan jantung serta merendahkan jumlah oksigen yang dibawa oleh darah. Hal ini akan
mengurangkan keupayaan beriadah kepada individu sekaligus merbahaya bagi pengidap
penyakit jantung yang kronik. Manakala partikel sulfur dioksida pula akan menambahkan
masalah penyakit bronkitis, ini akan menganggu saluran pernafasan kepada pengidap
penyakit asma dan batuk sekaligus boleh membawa kepada peringkat kronik jika tidak
dikekang terlebih dahulu.
Selain itu, menurut Shaharuddin Ahmad dan Noorazwan Md Hashim.(2006)
menjelaskan bahawa, kompenen nitrogen dioksida pula akan merangsang hidung dan tekak
terutamanya bagi pengidap asma untuk sentiasa bersin. Kesan ini akan meningkatkan
jangkitan penyakit melalui udara seklaigus membawa kepada keadaan yang kurang
terkawal. Manakala kompenen plumbum yang terbebas melalui asap kenderaan akan
merosakkan sistem saraf dan otak terutama bagi mereka yang menghidap penyakit kritikal.
Dan yang terakhir sekali partikulat yang terampai yang terdapat dalam jerebu tersebut akan
meruncingkan penyakit paru-paru dan jantung, dimana ianya akan mengubah ketahanan
badan melawan bahan yang disedut dan seterusnya merosakkan tisu paru-paru terutamanya
10

bagi mereka yang berpenyakit jantung dan paru-paru yang kronik. Rajah 4.0 dibawah
menunjukkan kesan partikel jerebu kepada setiap anggota badan manusia.

Rajah 4.0 : Komponen gas


jerebu yang boleh
membahayakan kesihatan manusia.

11

6.0

KESIMPULAN
Kesimpulannya, faktor-faktor alam sekitar adalah penting dalam menilai kualiti

hidup memandangkan alam sekitar memberi kesan secara langsung ke atas kehidupan
manusia sejagat. Alam sekitar merupakan satu pemberian yang amat istimewa kepada umat
manusia. Manusia sebagai khalifah yang berakal diberi peranan untuk menjaga dan
memelihara alam sekitar tetapi peranan yang istimewa ini acapkali diperlekehkan dalam
perlumbaan untuk mencapai kemajuan. Atas sebab itulah, sikap rakus dengan pembangunan,
perkembangan teknologi dan penerokaan di pelbagai bidang, manusia kini lupa akan
kepentingan alam sekitar kepada kehidupan sejagat. Sejak kebelakangan ini dunia
digemparkan dengan berita dahsyat seperti jerebu, tsunami dan banjir besar yang melanda
dengan skala yang besar. Bahang kemarahan alam sekitar turut dirasai oleh Malaysia yang
selama ini selesa di zon selamat. Kita lihat bagaimana jerebu besar melanda negeri Johor.
Paling menyedihkan bencana seperti ini boleh dielakkan sekiranya langkah pencegahan
diambil. Masyarakat perlu peka kepada kemusnahan yang bakal terjadi jika alam sekitar
terus menerus dicemari dengan aktiviti manusia.
Justeru itu, manusia haruslah menjalankan pemuliharaan dan pemeliharaan alam
sekitar iaitu dengan mengawal dan mencegah pencemaran, mengambilkira faktor alam
sekitar dalam perancangan pembangunan, perindustrian dan pengurusan sumber semulajadi
secara berkekalan. Program seperti program pemantauan, pendidikan, penyebaran
maklumat, latihan, penyelidikan dan pembangunan mengenai alam sekitar serta kerjasama
dan penyelarasan di antara agensi yang berkaitan amat diperlukan bagi membendung
masalah pencemaran yang kian berleluasa ini. Diharap agar tindakan dapat diambil dengan
drastik dan mengikut piawai yang telah ditetapkan agar generasi manusia akan datang dapat
menikmati alam sekitar yang berkualiti.

12

(2706 patah perkataan)


BIBLIOGRAFI
Dr. Moha Asri Abdullah, 1997. Industri Pembalakan Negara: Antara Garis Panduan dan
Permasalahan. Dewan Ekonomi, April 1997. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala
Lumpur
Hashim Dzakiria dan Azilah Kassim, 1994. Kesan Negatif Kenderaan Bermotor Terhadap
Alam Sekitar. Dewan Kosmik, Disember 1994. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala
Lumpur
Ismail Hashim, 1991. Krisis Alam Sekitar : Tanggungjawab Manusia Sejagat. Akademik
Khas, 1991. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.
Mohd. Talib Latif, Mohamed Rozali Othman & Zaharizam Johnny. (2006). The Malaysian
Journal of Analytical Sciences, Vol 10, No 2: Kajian Kualiti Udara Di Bandar
Kajang, Selangor. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rohaini Haris, 1994. Jabatan Alam Sekitar. Dewan Kosmik, Mei 1994. Dewan Bahasa dan
Pustaka : Kuala Lumpur.
Shaharuddin Ahmad, Noorazwan Md Hashim.(2006). Journal Jilid 1 Bil 1:Julai-Disember
2006. Kebakaran Hutan Dan Isu Pencemaran Di Malaysia: Kes Jerebu Pada Ogos
2005. Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tajulddin Muhammad, 1997. Pemuliharaan Alam Sekitar. Dewan Ekonomi, Jun 1997.
Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.
Wong Khek Seng, 1991. Hutan dan Permusnahan. Akademik Khas, 1991. Dewan Bahasa
dan Pustaka : Kuala Lumpur.
INTERNET
http://www.bumigemilang.com/?p=25560
http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/dewasa/kesihatan-alam-sekitar/jerebu-a-kesihatan
http://rossacalla.blogspot.com/2013/06/panduan-dan-tips-kesihatan-ketika-jerebu.html
http://www.moh.gov.my/v/penjagaan
http://www.sensasi2020.com/2013/06/kesihatan-kita-semakin-terjejas-akibat.html
7.0

LAMPIRAN
13

Contoh Pamplet Sekolah

14

15

You might also like