You are on page 1of 2

5.

Dengan ini,saya membantah segala alasan-alasan tuntutan yang telah di


nyatakan oleh isteri saya,Oleh itu,saya nyatakan sebab-sebab tersebut.

1.Saya keluar dari rumah kerana telah dihalau dan sering dimarahi suami,bukan
hanya setakat satu atau dua kali tetapi berkali-kali dan si suami juga telah
menolong membukakan pintu untuk saya keluar dari rumah tersebut,si suami
juga tidak pernah memberi nafkah selama perkahwinan kami, alasan si suami
jika dia memberi nafkah kepada saya, maka anak-anak saya juga akan termakan
hasil pemberian nafkah tersebut. Selain itu, si suami juga seringkali meminta
sewa rumah, kerana saya tinggal di rumah tersebut,si suami sentiasa meminjam
wang saya, jika tidak di beri pinjaman wang ,si suami akan marah dan selalu
memberi kata-kata tomahan seperti perempuan penzina dan perempuan
pelacur,sedangkan saya tidak pernah keluar rumah.hal ini berlaku sebelum
penceraian kali pertama tetapi saya sabar sehingga saya tidak mempunyai
kesabaran dan keluar dari rumah tersebut kerana sering di perlaku seperti yang
saya nyatakan di atas.Selain daripada itu,si suami telah menukar nama kereta
secara diam-diam tanpa pengatahuan saya,kereta itu hasil pencarian kami
selama kami bersama-sama.Di awal penceraian kami yang pertama, pihak
mahkamah telah menyerahkan kereta itu kepada saya kerana saya yang telah
membayar bulanan kereta itu Rm340.00 sebulan , selama 3 tahun.Oleh itu,di sini
saya ingin menuntut pembayaran kereta tersebut selama mana saya
membayarnya dan saya juga ingin menuntut nafkah selama saya masih
bersamanya dan juga hutang si suami terhadap saya.

2.Telefon bimbit yang saya gunakan selama ini tamat laluan,dan tidak dapat
memanggil mahupun menerima telefon daripada sesiapa,dan saya telah
menggunakan nombor telefon baru bagi membolehkan saya berhubung dengan
anak-anak mahupun keluarga.

3.Satu alasan yang tidak munasabah,jika niat si suami baik untuk berjumpa
dengan saya secara damai mahupun baik si suami pasti akan datang dan
menemui saya.ianya adalah alasan semata-mata si suami kerana anak saya
tidak mungkin akan memarahi mahupun mengugut si suami jika si suami datang
untuk berdamai mahupun berbincang secara baik dan anak saya pernah
membawa si suami pergi ke hospital,ketika si suami sedang sakit.
6. Perintah yang dipohon/mohon disabitkan.
Saya berharap dan memohon agar tuntutan yang saya nyatakan dapat di
luluskan dan di sabitkan

Tarikh: _________________________

_______________________
(Tandatangan plaintif)

You might also like