You are on page 1of 19

1.

0 PENGENALAN
Revolusi Perancis 1789 adalah titik permulaan dimana ia merupakan satu sejarah penting
dalam masyarakat Eropah. Revolusi ini mempengaruhi dengan dalamnya idea dan
tingkahlaku manusia bagi beberapa generasi. Ia dianggap sebagai garis pemisah antara
peraturan lama dengan peraturan baru. Prinsip-prinsip lama yang berhubungan dengan tradisi
dan hierarki monarki, aristokrat dan gereja katolik digulingkan dan digantikan dengan
prinsip-prinsip baru ; kebebasan, persamaan, dan persaudaraan. Revolusi ini telah
berlangsung selama enam tahun iaitu bermula pada tahun 1789 dan berakhir pada tahun 1799.
Revolusi Perancis ini adalah revolusi terpenting daripada revolusi-revolusi lain yang berlaku
seperti Revolusi Amerika 1776 dan Revolusi Inggeris 1688.

Melalui peristiwa ini juga sistem masyarakat yang lama iaitu feudalisme dikatakan telah
diganti dengan sistem masyarakat terbuka. Ini dapat dilihat dalam sistem feudalisme dimana
taraf atau kelas sosial kedudukan seseorang masyarakat itu dilihat berdasarkan hak, kuasa dan
keistimewaanya yang diwarisi turun temurun dalam masyarakatnya. 1 Namun melalui sistem
masyarakat terbuka yang telah diperjuangkan dalam Revolusi Perancis ini, ia secara tidak
langsung telah berjaya melumpuhkan sistem feudal tersebut dengan menjadikan seseorang itu
tidak lagi dilihat dari segi hak, kuasa dan keistimewaanya malahan status seseorang itu akan
dilihat berdasarkan pada bakat dan kemampuan yang ada pada dirinya sendiri. Dalam esei ini
penulis akan membincangkan tentang bagaimana revolusi Perancis itu menjadi pemisah
kepada peraturan baru dengan lama secara terperinci.

1 Mohamad Kamal Kamaruddin. 2009. Sejarah Eropah. Selangor : Prentice Hall.


Hlm. 49
1

2.0 PERATURAN LAMA SEBELUM REVOLUSI


2.1 SISTEM PEMERINTAHAN MONARKI
Corak pemerintahan yang diamalkan oleh Perancis adalah sistem monarki absolut.
Puncak absolutisme Perancis adalah pada saat pemerintahan Raja Louis XIV yang berpegang
pada semboyan letat cest moi (Negara adalah saya). 2 Sistem monarki ini dikenali sebagai
sistem beraja yang berkuasa mutlak. Dalam sistem ini, raja berkuasa penuh dalam segala hal
pemerintahan negara. Raja adalah sumber kekuasaan dan undan-undang di dalam sesebuah
negara dan hal ini dapat dilihat melalui peristiwa yang mana diperkukuhkan dengan apa
sahaja yang dimimpikan oleh Maharani Catherine di waktu malam akan menjadi undangundang keesokkan harinya. Kata-kata yang keluar dari mulut Raja Loixs XVI adalah undangundang yang harus dipatuhi oleh rakyat Perancis.

Seorang raja mempunyai doktrin kuasa yang mengukuhkan lagi kuasa raja. Sebagai
contoh pada zaman Louis XIV yang sememangnya masyhur adalah kerana disebabkan
dokterin kuasa mutlak diraja menjadi lebih jelas. Teori kerajaan yang dipegang dan
diamalkan oleh Louis adalah sangat luas huraianya yang mana diperincikan oleh paderi
Perancis iaitu Bossuet. Terdapat empat sifat yang telah dinyatakan oleh Bossuet iaitu raja
adalah seorang yang keramat yang mana dia telah disucikan pada petabalannya oleh paderi
gereja, yang kedua ialah raja umpama bapa kepada rakyatnya yang mana kewajipannya
adalah untuk memberi kebajikan kepada negara. Ketiga iaitu kuasa raja adalah mutlak dan
bersifat kuku besi. Doktrin tersebut yang mana jelas menaikkan taraf seseorang raja itu. Teori
Louis XIV mengenai hak ketuhanan diraja yang mutlak. Teori ini mula mendapat tempat dan
diterima secara beransur-ansur dalam abad ke 16 dan 17 di beberapa buah negeri di Eropah. 3

Louis XIV telah melaksanakan pemerintahannya berasaskan prinsip Une roi, une loi,
une foi yang bermaksud satu raja, satu perundangan, dan satu agama. Hal ini telah
2 Qasim Ahmad, 1985, Eropah Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. Halaman 5
3 Hayes, Eropah Moden Hingga 1870, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
(1971), hlm 296-297
2

memberi gambaran bahawa kedudukan beliau sebagai seorang pemerintah yang berdaulat dan
harus dihormati oleh rakyat dibawah pemerintahannya. Strategi yang digunakan oleh Louis
untuk mencapai matlamat une roi atau satu raja adalah dengan mengawal kuasa pembesar
dan golongan bangsawan. Dalam erti kata lain, kuasa para pembesar adalah dibawah
pengawasan raja. Louis XIV merupakan seorang Katolik yang salih dan mengabdikan dirinya
dalam aliran Catholicism. Oleh itu, beliau telah melaksanakan satu pembaharuan ke dalam
intitusi keagamaan Perancis dibawah prinsip une foi atau satu agama tersebut. 4Di sini kita
dapat melihat sejauh mana kemutlakan kuasa yang ada pada Louis XIV sehingga membuat
dasar prinsip satu agama.

Seorang raja boleh melucutkan jawatan pemerintahnya. Kuasa raja tidak terbatas dan
boleh melantik atau melucutkan jawatan seorang pemerintah yang dikehendakinya. Ketika
zaman pemerintahan Raja Louis XIV, semasa pembinaan istana di Versailles, beliau telah
mengumpulkan pembesar-pembesar negeri, Perancis, menteri-menteri, pegawai pusat dan
sebagainya.5 Beliau bebas melucutkan jawatan dan kuasa politik mereka di daerah masingmasing, tetapi ganti rugi akan dibayar kepada mereka dan mereka diundang serta menjawat
jawatan penting di Versailles. Kerakusan Raja Louis yang menginginkan pemusatan kuasa
seperti mana yang diimpikanya adalah bererti pengambilan fungsi-fungsi politik sebenar dari
tangan golongan bangsawan dan mejadikan mereka satu golongan atau kelas tidak berguna
dari segi sosial. Tindakan-tindakan Raja Louis XIV menunjukkan absolutisme yang sangat
tinggi. Hal ini ditunjukkan dengan tindakan-tindakan raja yang cenderung bersifat sewenangwenang, seperti tidak adanya undang-undang yang mendasari kekuasaan raja, penggunaan
keuangan negara oleh raja dan keluarganya yang digunakan semaunya, tidak terdapatnya
kepastian hukum, tidak terbentuknya dewan legislatif, sehingga raja dapat menjalankan
kekuasaannya tanpa batas. Keadaan ini telah mencetuskan revolusi Perancis sehingga order
lama dihapuskan dan order baru diwujudkan dalam sistem pemerintahan.

4 John C. Rule, Louis XIV: King of France 1638-1715, Prentice Hall, Inc., London,
1974, hlm 124.
5 Hayes, Eropah Moden Hingga 1870, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
(1971), 298-315
3

2.2 HIERARKI SISTEM SOSIAL MASYARAKAT PERANCIS


Sebelum Revolusi Perancis berlaku, Perancis telah mengamalkan sistem feudal dalam
pentadbiran negaranya. Seperti mana yang kita tahu bahawa masyarakat feudal mempunyai
lapisan dan tingkat-tingkatnya yang tersendiri.. Sistem feudal adalah merupakan satu sistem
pemerintahan tradisional yang digunakan bagi menjalankan pemerintahan. Dalam sistem
feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut hierarki dan dipecahkan kepada dua
golongan iaitu golongan yang memerintah (raja, kerabat diraja dan golongan bangsawan) dan
golongan diperintah (rakyat biasa). Dalam hierarki tersebut, Raja berkuasa mutlak dan
mempunyai kedudukan tertinggi. Sistem feudal yang diamalkan berbeza mengikut negara
masing-masing. Dalam hierarki sosial masyarakat feudal Perancis, Raja tidak termasuk dalam
susun lapis tersebut. Susun lapis masyarakat feudal Perancis agak unik berbanding negara
Eropah yang lain kerana masyarakat Perancis dibahagikan mengikut estet-estet tertentu.

Estet pertama terdiri daripada golongan paderi Roman Katolik. Golongan paderi ini
memainkan peranan utama dan penting dalam kehidupan sosial masyarakat Perancis.
Golongan paderi dianggap sebagi perantara antara Tuhan dan manusia. Mereka tidak perlu
membayar sebarang cukai kerana perkhidmatan sosial yang diberikan. Di dalam gereja
Roman Katolik mempunyai hierarki tersendiri. Kedudukan tertinggi dalam gereja Roman
Katolik adalah diketuai oleh Pope yang merupakan golongan Bishop. Pelantikan Bishop
disahkan oleh Paus di Vatican dengan mengangkat sumpah untuk mempertahankan agama
Kristian dan golongan ini dikenali sebagai paderi atasan. Paderi bawahan dipanggil paderi
parisy yang bekerja kuat menjalankan tugas pentadbiran harian di luar bandar. Paderi atasan
diberikan keistimewaan dan gaji yang lumayan serta rumah mewah. Biasanya, paderi atasan
yang memegang jawatan dan diberikan gaji yang besar dan mereka berada dibawah
pengawalan Raja. Kehidupan Bishop begitu istimewa dan kaya raya sehingga mereka tinggal
di istana sendiri dan menikmati kehidupan yang sangat mewah. Ramai di antara paderi atasan
tidak hanya fokus di dalam gereja sahaja, mereka juga menghabiskan masa dengan
berseronok. Paderi bawahan yang miskin akan terasing kedudukannya daripada paderi yang
4

mempunyai status tinggi dan kaya raya. Peranan mereka adalah menjalankan ibadat yang
tertentu dan melupakan hal-hal keduniaan, hidup sederhana dan taat. Walaupun Paderi parisy
begitu taat dalam

menjalankan tugas pentadbiran diluar bandar tetapi mereka tidak

dibenarkan sedikit pun untuk mendapat bahagian daripada cukai gereja. 6 Terdapat perbezaan
gaji yang ketara antara apabila golongan paderi Parisy Perancis hanya mendapat gaji purata
30 pound hingga 70 pound setahun manakala golongan atasan pula menerima gaji kira-kira
25 000 pound setahun.7 Bukan itu sahaja, gaji golongan paderi atasan akan ditambah dengan
bayaran yang diberi oleh gereja-gereja dan institut-institut dalam pentadbiran negara. Hanya
sesetengah paderi bawahan yang mendapat gaji yang agak besar.8 Jurang perbezaan yang
ketara di antara paderi atasan dan paderi bawahan telah menyebabkan berlaku
ketidakseimbangan dalam peranan gereja. Keistimewaan golongan paderi atasan yang tidak
dimiliki oleh paderi bawahan telah menimbulkan rasa ketidakpuasan hati yang membawa
kepada ambang revolusi.

Estet kedua pula terdiri daripada golongan bangsawan yang menjawat jawatan kanan
dalam pemerintahan pusat, orang penting,dalam ketenteraan dan institusi gereja. Pendapatan
mereka banyak bergantung kepada cukai dan sewaan yang dikenakan kepada para petani
yang menggunakan tanah mereka. Golongan bangsawan ini memiliki pelbagai hak
keistimewaan dan status yang tinggi di kalangan masyarakat dan keadaan ini telah
menimbulkan perasan cemburu dan benci di kalangan bourjuis. Golongan yang kaya dengan
golongan yang memiliki hak keistimewaan sentiasa bertelingkah sesama mereka. 9 Golongan
bangsawan di Perancis ini dibahagikan kepada dua iaitu Noblesse depee dan Noblesse de
Robe. Kedua dua kumpulan bangsawan tersebut bertentang satu sama lain bagi kepentingan
masing-masing.Golongan Noble de Rope adalah golongan bangsawan yang mana mereka
6 Herbert L.Peacock, Sejarah Eropah Moden(terj Amri Hasbullah & Zaidah
Othman),Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (1976),hlm 12
7 John Lough, An Introduction to Eighteenth Century France, Longmans, London,
1960, hlm 98.
8 Ibid, hlm 102.
9 Herbert L.Peacock, Sejarah Eropah Moden(terj Amri Hasbullah & Zaidah
Othman),Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (1976)hlmn 10-11
5

adalah golongan yang total bangsawan.10 Mereka adalah asal daripada jurai keturunan
bangsawan. Golongan ini adalah golongan yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan
kerana mereka lahir dalam keluarga bangsawan. Pangkat bangsawan ini boleh diwariskan
kepada keturunan mereka.

Golongan kedua dalam golongan ini adalah golongan bangsawan Noble de Epee.
Golongan ini mempunyai kelainan daripada golongan bangsawan yang pertama. Ini kerana
mereka mempunyai cerita yang tersendiri. Golongan ini tidak lahir dalam keluarga
bangsawan seperti golongan Noble de Robe. Mereka adalah ketua puak yang telah dilantik
oleh raja menjadi bangsawan atau ketua daerah. Ini adalah bagi memujuk dan mengurangkan
pesaing kepada raja dan mengekalkan kedudukan mereka. Golongan ini telah diberi hak dan
keistimewaan seperti pengecualian daripada sebarang bentuk cukai, berhak membuat pajakan
ke atas pungutan cukai, menjadi hakim daerah dan ketua tentera dan secara tidak langsung
telah memonopoli jawatan tinggi dalam kerajaan. Ini di sebabkan mereka mempunyai banyak
sumbangan kepada raja Perancis. Mereka telah diberikan hak membawa pedang. Oleh sebab
itu mereka telah diberikan gelaran tersebut yang membawa maksud Bangsawan Pedang.
Golongan Noble de Rope tidak berapa senang akan kemunculan golongan Noble de Epee
yang telah diberikan keistimewaan oleh raja.

Estet ketiga adalah kedudukan paling rendah dalam susun lapis masyarakat Perancis.
Rakyat biasa yang tidak tergolong dalam kedua-dua golongan atas akan tergolong dalam estet
ini seperti petani dan saudagar kaya yang dikenali sebagai Borjuis. Borjuis adalah orang yang
paling berpengaruh dalam estet ini kerana kerana mereka mempunyai aset yang banyak
melalui perdagangan.11 Golongan Borjuis ini mengumpul kekayaan bagi mempertingkatkan
status mereka dalam kalangan rakyat. Walaupun golongan Borjuis ini mempunyai kekayaan,
mereka tidak tergolong kepada estet dua. Golongan borjuis ini tidak mempunyai hak dalam
politik dan tidak dibenarkan mengambil tempat dalam proses pengundian. Tetapi
10 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (1985),hlm 6
11 Alfred Cobban, The Social Interpretation of the French Revolution, Cambridge
University Press, London, 1964, hlm 54.

keistimewaan golongan ini adalah mereka diberi perlepasan cukai dan mereka tidak
berkhidmat dalam pasukan tentera Perancis.12 Perkara ini telah menimbulkan perasaan tidak
puas hati golongan ini kerana mereka merasakan bahawa mereka telah diperendah-rendahkan
walaupun mereka merupakan golongan yang mempunyai kekayaan yang jauh lebih kaya
berbeza dengan golongan lain yang ada di Perancis pada ketika itu. Hal ini telah
menyebabkan mereka telah melakukan satu revolusi yang merubah landskap pemerintahan
negara Perancis.
Selain daripada golongan Borjuis estet ini juga terdiri daripada golongan professional
seperti doktor, peguam,saudagar dan pedagang.13 Nasib golongan ini adalah sama dengan
golongan petani. Walaupun golongan professional ini bernasib lebih baik daripada golongan
petani tersebut tetapi mereka tidak mempunyai peluang bagi menaik taraf kedudukan mereka
ke tahap yang lebih baik. Golongan profesional ini mempunyai pelbagai kemahiran yang
membolehkan mereka untuk membezakan taraf mereka daripada rakyat biasa namun hal ini
tidak memberi kesan di Perancis. Keadaan ini timbul kerana kedudukan mahupun taraf
seseorang telah ditetapkan dan sekiranya dia lahir dalam golongan ini maka mereka selamalamanya berada dalam estet tersebut. Mereka tiada hak untuk menaik taraf kedudukan
mereka. Golongan professional juga tidak mempunyai hak untuk mengundi.

Manakala kehidupan rakyat biasa yang tergolong dalam estet ketiga ini agak susah.
Mereka merupakan golongan yang bekerja keras untuk mendapatkan makanan dan oleh
kerana mereka datang dari golongan rendah, mereka dianggap paling rendah dalam sistem
sosial. Mereka adalah golongan majoriti yang menduduki negara Perancis tetapi mereka tidak
mempunyai sebarang hak dan telah ditindas oleh golongan atasan. Kehidupan para rakyat
miskin amat teruk dan susah. Para petani dan rakyat yang miskin juga tidak mempunyai hak
politik seperti mengundi. Mereka juga tidak mempunyai tanah dan mereka terpaksa menyewa
tanah untuk mengerjakan kegiatan ekonomi. Para petani juga telah terbeban dengan cukai
yang begitu banyak seperti cukai tanah, cukai feudal, cukai garam, cukai gereja, dan cukai
harta. Bagi golongan estet yang ketiga ini mustahil bagi mereka untuk menaikkan taraf sosial
12 Ibid,55
13 Georges Lefebvre, Terj. R. R. Palmer, The Coming of the French Revolution, Princeton
University Press, New Jersey, 1967, hlm 42-45.

mereka dalam kalangan masyarakat feudal Perancis. Mereka juga tidak mempunyai hak
dalam politik dan tidak di benarkan mengambil tempat dalam proses pengundian. Hal ini
telah menimbulkan perasaan tidak puas hati golongan ini kerana mereka merasakan bahawa
mereka telah diperendahkan dan telah mencetuskan revolusi.

2.3 SISTEM EKONOMI PERANCIS


Sebelum revolusi tercetus, sistem ekonomi Perancis adalah berasaskan kepada prinsip
feudalisme yang bergantung sepenuhnya kepada aspek tanah. Prinsip feudalisme yang
menekankan soal pemilikan tanah telah memberikan tekanan kepada golongan estet ketiga
kerana mereka diwajibkan untuk membayar cukai-cukai yang membebankan. Manakala
dalam satu sisi yang lain, golongan estet pertama dan kedua iaitu terdiri daripada paderi
gereja dan golongan bangsawan telah dikecualikan untuk membayar cukai tersebut. Keadaan
ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan borjouis kerana mereka
merupakan individu yang bertanggungjawab untuk membayar cukai-cukai tersebut
berdasarkan pentaksiran jumlah pendapatan mereka. Lebih mengecewakan lagi apabila
golongan kaum tani yang hidup miskin terpaksa membayar cukai tersebut walaupun hasil
pendapatan mereka yang hanya sekadar cukup makan sahaja. Keadaan ini menunujukkan
ketidakseimbangan dalam jurang ekonomi masyarakat feudal pada ketika itu.

Sebelum menjelang abad ke-18, situasi kewangan di Perancis sememangnya berada


dalam keadaan kritikal berikutan dengan kesan kepimpinan para pemerintah terdahulu.
Penderitaan hidup estet ketiga terutamanya golongan kaum tani dibebani dengan sistem cukai
yang melampau seperti cukai langsung dan cukai tidak langsung. Cukai langsung merupakan
beban yang paling berat kepada golongan petani yang harus dibayar kepada pejabat
perbendaharaan negara dan dipungut oleh pegawai-pegawai kerajaan. Cukai yang lazim
dikenakan kepada petani feudal adalah taille, iaitu cukai tanah yang dikenakan kepada
tanah di beberapa daerah dan kebanyakannya mengikut taksiran jumlah pendapatan dan harta

benda individu itu sendiri.14 Dalam konteks ekonomi, cukai ini menghalang pembangunan
dalam bidang pertanian di Perancis kerana apabila sahaja seorang petani mendapat hasil
pertanian yang lebih, cukai tanah ini akan dinaikkan dengan serta merta. Keadaan ini menjadi
faktor penolak kepada golongan petani untuk memajukan pertanian disamping teknologi
pertanian yang masih primitif. Selain daripada cukai tanah, golongan kaum tani juga dibebani
dengan cukai keluarga yang dikenakan berdasarkan taksiran pendapatan sesebuah isi rumah.
Cukai harta atau vingtieme juga dikenakan kepada golongan kaum tani yang merupakan
cukai satu per dua puluh daripada hasil pendapatan. 15 Rakyat terpaksa akur dengan sistem
cukai yang sedia ada kerana mereka tidak mempunyai pilihan untuk menentang. Hukuman
dan denda akan dikenakan kepada rakyat yang mengelak atau enggan untuk membayar
cukai.16 Pada tahun 1783, seramai 30 000 orang telah ditangkap kerana gagal membayar
cukai gabelle dan 500 orang daripada jumlah tersebut telah dihukum gantung. Dalam hal ini
kita dapat melihat kesan daripada pemerintahan berkuasa mutlak tersebut yang sewenangwenangnya menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang tidak bersalah. Seterusnya, keadaan
ekonomi Perancis semakin teruk pada awal abad ke-18 kerana faktor pemerintahan Raja
Louis XVI dan Permaisuri Marie Antoinette yang hidup mewah dengan membelanjakan
wang yang sepatutnya diperuntukkan untuk kebajikan rakyat.17

Status ekonomi negara

Perancis pada ketika itu adalah disifatkan jatuh muflis kerana menanggung hutang yang
banyak dan Louis terpaksa mencari ikhtiar untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.
Kemuncak kepada kegawatan ekonomi Perancis pada ketika itu adalah berpunca daripada
penggunaan perbendaharaan negara untuk membantu dalam Revolusi Amerika yang
merupakan musuh ketat Britain. Tindakan yang diambil Louis tersebut adalah tidak berasas
dan tidak wajar kerana negara sendiri menghadapi kekangan dari segi kewangan dan
kemerosotan ekonomi. Oleh itu, Louis XVI yang merupakan pemerintah monarki terakhir
boleh disifatkan sebagai seorang yang tidak bijak, tiada pendirian yang teguh, dan tidak
14 W. H Lewis, The Splendid Century: Life In The France of Louis XIV, Morrow
Paperback Editions, New York, 1953, hlm 66.
15 Ibid,hlmn 67
16 Georges Lefebvre, The French Revolution: From its Origins to 1793, Routledge
Classics, United Kingdom, 1962, hlm 163.
17 Vincent Cronin, Louis and Antoinette, St. Jamess Place, London, 1974, hlm 124.

berkarisma. Kejatuhan dinasti raja berkuasa mutlak di Perancis adalah berpunca daripada
pemerintahan Louis XVI yang telah menjadi titik tolak kepada negara Perancis berubah
menjadi negara Republik.

Aspek ekonomi ini merupakan faktor jangka masa panjang yang menjadi pendorong
kepada rasa tidak puas hati dalam golongan estet ketiga yang membawa kepada revolusi.
Oleh itu, ramai di antara sejarawan yang cenderung menggunakan istilah borjouis untuk
merujuk kepada golongan pelopor kepada revolusi 1789. Golongan Borjouis inilah yang
merupakan aktor utama yang menggerakkan perkembangan ekonomi negara Perancis kerana
mereka merupakan para pemodal, pedagang, dan golongan yang kaya raya dengan membayar
cukai daripada hasil pendapatan mereka. Oleh hal yang demikian, gerakan penentangan yang
dicetuskan oleh mereka adalah bersifat wajar dan rasional kerana didorong oleh objektif
untuk mengadakan pembaharuan dalam sistem ekonomi untuk kepentingan mereka sendiri.

2.4 INSTITUSI GEREJA


Sebelum revolusi berlaku, Institusi agama di Perancis amat kaya dan kukuh
kedudukannya. Gereja secara realitinya dikawal oleh pemerintah negara iaitu raja. Raja
menggunakan gereja sebagai alat untuk memanipulasikan golongan rakyat bagi mengaut
keuntungan. Gereja ialah sebuah badan bebas dan mempunyai kuasa yang luas. Hilang
ketaatan kepada gereja atau mempersoalkan arahan atau ajaran dianggap sebagai
pengkhianatan terhadap gereja dan boleh dihukum mati. Gereja mengendalikan rumah anak
yatim, universiti, harta ( berupa tanah) serta lain-lain lagi. Dari sumber kekayaan iaitu yang
tidak dicukai, institusi gereja ini membayar gaji kepada pekerja agamanya. Kekayaan yang
dimiliki gereja menimbulkan rasa iri hati golongan petani dan borjuis. Gereja dikatakan
memiliki tanah yang banyak di Perancis dan menerima pendapatan sebanyak 500 000 000
francs setahun.18 Namun begitu daripada jumlah keseluruhan tersebut, sebanyak 30 000 000
francs digunakan untuk perbelanjaan mengurus rumah sakit, sekolah dan institut. Jelaslah
kepada kita, sepatutnya golongan gereja dikecam oleh ahli-ahli fikir Perancis dan tidak
memeranjatkan jika paderi-paderi bawahan tidak menghormati ketua-ketua mereka. Oleh
18 G.Lefebvre (terj.R.R. Palmer), The Coming of the French Revolution 1789,
Princeton Univ. Press, N. Jersey (1971), hlm 7
10

sebab insititusi ini begitu kaya maka pada tercetusnya Revolusi Perancis, institusi ini telah
menjadi sasaran hebat para pemberontak. Jumlah penduduk Perancis sebelum tercetusnya
revolusi tidak diketahui dengan tepat. Anggaran yang dibuat ke atas jumlah penduduk
Perancis pada masa itu ialah di sekitar 23 000 000. Dari jumlah ini, Estet Pertama iaitu para
paderi dan rahib, tidak melebihi 100 000 orang.

Semasa kemerosotan moral gereja berlaku, telah wujud rasa tidak puashati yang
menyeluruh terhadap kekayaan dan keistimewaan yang dipunyai oleh rahib dan golongan
paderi atasan. Dan kecenderungan ini jelas disuarakan dalam syair seperti Piers Plowman
oleh Langland dan Canterbury Tales oleh Chaucer.19 Mereka melahirkan penyataan
penderitaan kelas yang tertindas dan kelihatan putus asa mengharapkan belas kasihan bishop
kaya dan paderi yang menerima rasuah. Beliau mendapati semua kelas dalam kalangan
golongan paderi bersedia menipu orang ramai untuk kepentingan diri mereka sendiri. Bishop
membenarkan cap mohor mereka digunakan dalam surat Pengampunan yang dijualkan
kepada orang yang jahil yang menganggap mereka boleh membeli pengampunan dosa yang
mereka lakukan.

19 W. N. Weech, terjemahan Abdullah Karim Abdullahet al.1981.Sejarah Dunia


Jilid 2. Hlm 25.
11

3.0 PERATURAN BARU SELEPAS REVOLUSI


3.1 PEMERINTAHAN REPUBLIK
Revolusi Prancis membawa perubahan dalam sistem pemerintahan yang semula berupa
monarki absolut menjadi pemerintahan yang demokratik. Kuasa monarki Raja Louis tidak
dilucutkan serta-merta. Beliau hanya kehilangan kuasa monarki absolute dan digantikan
dengan raja berpelembagaan dan seterusnya terus kepada sistem republik. Sambungan
daripada pemansuhan kuasa monarki absolute tersebut, adalah dengan wujudnya
pertumbuhan kelab-kelab politik secara kecil-kecilan. Sehingga pada satu ketika kelab-kelab
politik kecil ini bergabung dan membentuk satu persatuan politik yang lebih besar yang
memperjuangkan idea revolusioner. Perkara ini jika dianalisis semasa pemerintahan Raja
Louis memang langsung tiada peluang rakyat menubuhkan kelab politik menyuarakan nasib
mereka.

Pada

zaman

ini,

boleh

dikatakan

rakyat

Perancis

memberi

kepercayaan kepada Kelab Jacobin yang ditunjangi oleh Robespiere dan beberapa tokoh lagi
untuk memperjuangkanya. Konstitusi atau undang-undang dasar merupakan kekuasaan yang
tertinggi dalam pemerintahan baru. Satu badan legislatif telah diwujudkan yang menyatukan
undang-undang di mana semua berhak dikenakan hukuman sekiranya melakukan kesalahan
dan mengelakkan pemusatan kuasa oleh raja . Kewujudan undang-undang seolah-olah
mewujudkan kehidupan masyarakat Perancis yang lebih baik berbanding sebelumnya.
Undang-undang ini juga telah merangkumi pihak bawahan sehingga pihak yang tinggi.

12

3.2 DEKLARASI HAK ASASI DAN WARGANEGARA


Deklarasi hak asasi dan warganegara dijadikan sebagai perlembagaan. Deklarasi ini
secara rasminya diisytiharkan pada 4 Ogos 1789. 20 Deklarasi Hak Asasi Manusia ini dirangka
oleh Perhimpunan Kebangsaan bagi menjamin hak setiap golongan di Perancis tanpa mengira
jantina, status, umur dan bangsa terjamin. Deklarasi Hak Manusia dan Warganegara ini
diilhamkan oleh Lafayette. Terdapat 16 fasal atau perkara yang telah dimasukkan di dalam
deklarasi ini yang mana ianya dapat difokuskan kepada tiga prinsip utama iaitu kebebasan,
persamaan dan persaudaraan. Prinsip Revolusi yang wujud ini sememangnya sangat berbeza
dengan prinsip yang sebelumnya yang mana setiap rakyat Perancis adalah tertakluk kepada
undang-undang dan adat namun berbeza mengikut klasifikasi sosial mereka. Terdapat lima
jenis hak asasi manusia yang digariskan dalam deklarasi ini iaitu aspek kebebasan. Antara
kebebasan tersebut adalah merangkumi kebebasan berucap, bersuara, berfikir dan beragama.
Hak asasi yang kedua, iaitu tiada sesiapa pun dapat dinafikan hak kebebasan atau hak
memiliki harta benda melainkan dia dituduh melanggar undang-undang.Hak asasi yang
ketiga adalah, undang-undang harus dibuat oleh perwakilan yang mewakili semua
warganegara.Keempat cukai dikenakan apabila mendapat persetujuan daripada majoriti
rakyat dan hak asasi yang kelima adalah negara adalah negara menjadi hak milik bersama dan
bukan hak milik raja seorang sahaja. Melalui deklarasi ini, semua aspirasi gerakan
penyerahan yang merangkumi hak semula jadi, kontrak sosial, persamaan dan kedaulatan
popular dipindahkan pada abad ke-19. Perkara pokok yang rakyat Perancis mahukan pada
ketika itu sudah semestinya sebuah kerajaan yang kuat dan jitu yang dipilih oleh suara
20 Ford L. Franklin,1970, Europe 1780-1830, London: Longmans, Green And Co
Ltd. hlm 109.
13

mereka sendiri. Sebuah kerajaan yang berjiwakan rakyat, yang selalu membantu menaikkan
ekonomi rakyat tanpa mengira status. Revolusi ini juga mempunyai slogan perjuanganya
tersendiri iaitu Liberty, Equality and Fraternity dan diterjemahkan melalui deklarasi hak
kebebasan ini.

3.3 SISTEM EKONOMI


Revolusi Perancis telah berjaya mempertahankan keselesaan hidup puak sans-culottes.
Buktinya, golongan petani yang memiliki tanah di Perancis pada masa itu telah bertambah
berbanding zaman sebelum terjadinya revolusi yang mana hak pemilikan tanah hanya
diberikan oleh golongan raja kepada tuan tanah yang berharta.21 Dalam memastikan
kesamaan yang menjadi prinsip Revolusi 1789 terus dicapai, cara menurunkan harga tanah
yang mana tanah dijual terus kepada golongan rakyat telah diwujudkan. Kemudian,
pengwujudan Undang-undang berkaitan tanah yang mana mewajibkan tanah pusaka
dibahagikan kepada waris yang berhak telah diperkenalkan.

Kerajaan Perancis baru juga dianggap lebih licin dan berkesan berbanding kerajaan
Perancis yang telah berada di bawah pimpinan Raja Louis XVI. Hal ini berikutan, pelbagai
jenis cukai yang sebelum ini sangat membebankan para petani telah dihapuskan. Seperti yang
kita sedia maklum, sebelum terjadinya revolusi 1789, ketidakadilan dalam pembayaran cukai
telah berlaku yang mana ianya telah menunjukkan anti kesamaan dalam kalangan rakyat
Perancis. Hal ini demikian kerana, semua pemilik tanah yang terdiri daripada golongan estet
pertama iaitu golongan gereja dan golongan estet kedua iaitu golongan bangsawan tidak
dikenakan sebarang cukai tanah atau Taille sebaliknya mereka mempunyai hak untuk
mengutip cukai daripada golongan petani yang dikenali sebagai tithe atau tenth tax. Selain
cukai tanah, cukai keluarga dan cukai garam juga turut dikenakan oleh estet pertama dan
21 Helbert L. Peacock, 1980, A History of Modern Europe 1789-1978, London:
Heinemann Educational Books, hlm. 59
14

kedua ini. Penghapusan cukai yang dilakukan menunjukkan bahawa prinsip pentadbiran
Negara Perancis yang baru dalam bidang ekonomi berlandaskan kepada prinsip-prinsip
kebebasan yang telah dituntut oleh rakyat Perancis dalam revolusi. Namun, beberapa cukai
baru bagi mengimbangi pendapatan negara yang terdiri daripada cukai tembakau, arak dan
judi telah diwujudkan. Bagi memastikan kelicinan dan kelangsungan dalam bidang kutipan
cukai ini,

satu badan khas ditugaskan untuk mengumpul semua cukai tersebut dan

memasukkannya ke dalam Wang Simpanan Negara.22

3.4 PEMISAHAN AGAMA DARIPADA PENTADBIRAN


Selepas revolusi berlaku, unsur agama telah dipisahkan daripada pentadbiran untuk
mengelakkan pemberontakan berterusan dalam kalangan institusi gereja khatolik sepertimana
berlaku sebelum revolusi Perancis. Concordat merupakan satu perjanjian yang telah dibuat
bagi golongan Paus. Penyatuan semula dalam masyarakat dapat diwujudkan setelah
perpecahan berlaku berikutan penggubalan Perlembagaan Sivil Gereja. Concordat telah
disahkan oleh Paus dan juga telah disahkan oleh Dewan Perundangan pada bulan Disember
1801. Hal ini menunjukkan kejayaan yang dapat menenangkan konflik agama yang berlaku
di Perancis. Concordat secara umumnya mengesahkan mazhab katolik sebagai mazhab
anutan bagi ketiga-tiga orang konsul dan majoriti rakyat Perancis. Dalam hal perlantikan
Biskop pula, Konsul 1 adalah bertanggungjawab untuk melantik Biskop dan pihak Paus akan
merasmikan perlantikan tersebut. Dasar ini telah menunjukkan bahawa wujudnya imbangan
kuasa antara kerajaan dan juga golongan agama yang mana agama adalah tertakluk di bawah
pentadbiran negara.

Dalam Concordat ini juga, kakitangan rendah Gereja adalah dipilih oleh Biskop dan
tidak lagi menerusi pilihanraya umum seperti pada masa revolusi. Selain itu, rakyat yang
membeli tanah Gereja yang dimiliknegarakan tidak disuruh untuk menyerahkan tanah
tersebut kepada golongan Gereja serta pembayaran cukai agama juga turut dimansuhkan dan
kerajaan juga terus bertanggungjawab untuk menggaji para pegawai Gereja. Asas yang paling
22 Leonard W. Cowie,1966, Eighteenth-Century Europe, London: G.Bell and Son,
Ltd, hlm 351.
15

penting dalam Concordat ini juga adalah apabila kebebasan beragama oleh penganut
protestan dan kepercayaan lain adalah dijamin di Perancis. Dasar tolenrasi yang diamalkan
oleh kerajaan baru Perancis telah berjaya mengekang kuasa gereja daripada melakukan
pemberontakan terhadap kerajaan Perancis yang mana penentuan cara pengamalan agama
adalah terletak di bawah polis.

3.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, melihat kepada perbincangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa
sistem feudal dan monarki yang diamalkan semasa awal pemerintahan Perancis
memperlihatkan ketidakadilan dan ketidakseragaman pentadbiran. Hal ini kerana perbezaan
jelas ketara di antara ketiga-tiga golongan Estet sama ada dari segi kuasa, kelas, pangkat
mahupun hak-hak keistimewaan. Jurang antara satu Estet dengan Estet yang lain sangat jauh.
Seringkali mereka yang datang dari golongan Estet Pertama dan Kedua mendapat
keistimewaan dan hak Estet ketiga sering diketepikan.

Kelemahan pemerintah dalam pentadbiran yang mana memperlihatkan kealpaan


pemerintah dalam menjalankan tanggungjawab dan kebajikan terhadap rakyat. Mereka hanya
mementingkan kepuasan dan matlamat yang harus dipenuhi dalam diri mereka sehingga
mengabaikan tuntutan dan keperluan sehingga menyebabkan rakyat hidup menderita.
Perbelanjaan yang melebihi pendapatan, pengenalan cukai yang tidak adil dan sikap boros
pemerintah menyebabkan rakyat bangkit menentang. Sistem sosial dan politik lama Perancis
telah dirombak oleh rakyat yang memberontak. Rakyat enggan hidup dalam kongkongan raja
yang bersifat mutlak. Revolusi Perancis telah dicetuskan atas prinsip menuntut keadilan dan
mencari kesempurnaan kehidupan manusia. Kepercayaan agama yang dianggap karut dan
pemerintahan yng zalim dilihat sebagai batu penghalang kepada pencapaian matlamat
16

kesejahteraan manusia. Rousseau melahirkan sentiment manusia dilahirkan bebas tetapi


terantai dimana-mana. Revolusi Perancis itu sendiri mempunyai banyak liku-likunya
sebelum berjalan sebuah revolusi itu, kita memerlukan satu keadaaan di mana ekonomi
berada di peringkat yang sangat runcing sehingga menggugat rakyat jelata kebanyakan.
Kemuncak kepada era keamanan dalam negara Perancis selepas revolusi adalah setelah
Napoleon Bonaparte mengambil alih tampuk pemerintahan yang membawa kepada
pemerintahan Republik pertama menggantikan pemerintahan monarki lama.

5.0 RUJUKAN

Burke, P. 1973. A New Kind of History. Terj. K. Folca. Routledge & Kegan Paul. London.
Cobban, A. 1964. The Social Interpretation of the French Revolution. Cambridge University
Press. London.
Crawford, K. 1966. Perilous Performance: Gender and Regency in Early Modern France.
Harvard University Press. London.
Cronin, V. 1974. Louis and Antoinette. St. Jamess Place. London.
Ferrero, G. 1968. The Two French Revolutions 1789-1796. Terj. Samuel J. Hurwitz. Basic
Books Inc. New York.
Hampson, N. 1963. A Social History of The Revolutions. Routledge and Kegal Paul. London.
Herlily, David. 1970. The History of Feudalism. Walker and Company. New York. United
State of America
Higgins, E. L. 1975. The French Revolution As Told by Contemporaries. Cooper Square
Publishers Inc. New York.
17

Lefebvre, G. 1962. The French Revolution: From its Origins to 1793. Routledge Classics.
United Kingdom.
Lefebvre, G. 1967. The Coming of the French Revolution. Terj. R. R. Palmer. Princeton
University Press. New Jersey.
Lewis, W. H. 1953. The Splendid Century: Life In The France of Louis XIV. Morrow
Paperback Editions. New York. 1953..
Lough, J. 1960. An Introduction to Eighteenth Century France. Longmans. London.
Maurois, A. 1969. A History of France. Lowe and Brydone (Printers) Limited. London.
Mettam, R & Johnson, D. 1972. French History and Society: The Wars of Religion to the
Fifth Republic. Methuen & co Ltd. London.
Qasim Ahmad, 1985, Eropah Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran
Malaysia, Kuala Lumpur.
Ranke, L. 1972. Civil Wars and Monarchy in France in the Sixteenth and Seventeenth
Centuries. Terj M.A Garvey. Books for Libraries Press Freeport New York.
Romier, L. 1966. A History of France. Terj. A. L. Rowse. St Martins Press Inc. New York.
Rule J. C. 1974. Louis XIV: King of France 1638-1715. Prentice Hall. Inc. London.
W. N. Weech, terjemahan Abdullah Karim Abdullah et al. 1981. Sejarah Dunia Jilid 2.
Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001.Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

18

19

You might also like