You are on page 1of 9

Kesan Kedatangan Islam Terhadap Ekonomi

Pengenalan

Berdasarkan kajian sejarah mendapati Islam telah bertapak dan berkembang di Tanah
Melayu sejak sekian lama. Pelbagai teori dan hujah telah dikemukakan oleh sarjana-sarjana
tempatan dan Barat berhubung tarikh kedatangan awal Islam di Tanah Melayu. Namun yang
penting Islam telah bertapak di beberapa buah negeri dan diterima baik oleh masyarakat Melayu.
Islam dikatakan mula berkembang apabila kerajaan Melayu Melaka bertindak menyebarluas
pengaruh Islam di seluruh Tanah Melayu.

Kedatangan Islam telah membawa suatu pembaharuan kepada kehidupan masyarakat


Melayu yang sama sekali berbeza dengan sebelumnya iaitu terbentuknya suatu peradaban baru
berteraskan Islam.Antara pengaruh Islam yang jelas memberi kesan kepada perkembangan tanah
melayu adalah dari sudut ekonomi. Selepas kedatangan islam, banyak negara yang
memperluaskan barang dagangan mereka ke tanah melayu terutamanya daripada Negara Arab.
Faktor ini sekaligus telah memperkukuhkan struktur ekonomi tanah melayu pada ketika itu.
Antara perubahan yang boleh didapati adalah pengenalan mata wang, percukaian dan undangundang islam.

Pusat Perdagangan

Kedudukan strategik:
Pada pertengahan abad ke-15, Melaka muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
Kegemilangan Melaka dalam bidang perdagangan telah dinyatakan dalam buku Sejarah Melayu
melalui pernyataan yang berbunyi:

Maka segala dagang atasangin


dan bawah angin sekaliannya
datang ke Melaka; terlalu ramai
bandarMelaka pada zaman ini.

Lokasi Melaka di Selat Melaka menjadikannya tempat yang amat strategik, iaitu di
pertengahan laluan perdagangan antara Timur dengan Barat. Muara Sungai Melaka yang dalam
membolehkan kapal-kapal berlabuh dengan mudah untuk menurunkan barang dagangan dan
mendapatkan barang keperluan. Pelabuhan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin
monsun Barat Daya kerana Pulau Sumatera dapat menghalang tiupan angin tersebut. Banjaran
Titiwangsa pula dapat menghalang pelabuhan Melaka daripada tiupan angin monsun Timur Laut.
Keadaan ini membolehkan kapal dagang datang dan berlabuh di pelabuhan Melaka dengan
selamat.
Pedagang datang dan pulang mengikut musim angin monsun. Pedagang dari Timur
datang ketika angin monsun Timur Laut. Manakala pedagang dari Barat pula datang ke Melaka
ketika angin monsun Barat Daya. Keadaan ini menjadikan pelabuhan Melaka sebagai pusat
tumpuan pedagang dari Timur dan Barat. Ketika menunggu peralihan angin monsun, pedangan
akan menjalankan urusan jual beli di Melaka. sementara itu, pedagang Melaka pula berperanan
sebagai orang perantaraan dalam urusan jual beli barangan di antara pedagang dari Timur dan
Barat.

Bentuk muka bumi Melaka yang berbukit-bukau menjadi petunjuk kepada pedagang
untuk belayar. Kapal-kapal dagang yang belayar di perairan Selat Melaka boleh menjadikan
bukit-bukau tersebut sebagai panduan untuk menuju ke Melaka. Selain itu, bukit-bukau menjadi
tempat yang strategik untuk memerhatikan dan mengawasi keselamatan Selat Melaka.

Pemimpin yang Berwibawa :


Kehadiran pemimpin yang berwibawa telah menyemarakkan lagi Melaka sebagai pusat
perdagangan di Asia Tenggara. Parameswara, Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah serta
Bendahara Tun Perak telah Berjaya memajukan Melaka menjadi pusat perdagangan yang
terkenal di serata dunia. Para pemimpin tersebut menjadi tulang belakang yang membawa
kepada keagungan politik dan ekonomi Kesultanan Melayu Melaka.

Peranan Dan Pengaruh Agama :


Empayar Melaka merupakan empayar Islam. Pengislaman Parameswara telah
menyebabkan ramai pedagang Islam telah memindahkan kegiatan perdagangan mereka ke
Melaka dari Sumatera Utara. Pada masa itu saudagar-saudagar Islam meupakan pedagang utama
di Melaka. Kedatangan mereka menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting di
Asia Tenggara.

Hubungan Persahabatan Antara Melaka dengan China :


Melaka mendapat pengiktirafan dan perlindunganChina daripada ancaman musuh.
Melaka telah diselamatkan daripada ancaman Siam. Suasana yang aman dan damai yang wujud
membolehkan perdagangan berjalan lancar. China juga telah menggalakkan kedatangan ramai
pedagangnya yang membolehkan wujudnya perkembangan perdagangan dua hala.

Melaka Berperanan Sebagai Pusat Entrepot :


Perkembangan ekonomi perdagangan di Melaka bergantung kepada peranan yang
dimainkan oleh pelabuhan Melaka sebagai pusat entrepot. Pelabuhan Melaka terletak di kawasan
yang mempunyai hasil dagangan penting iaitu rempah ratus yang sangat diperlukan oleh
saudagar dari timur dan barat. Ini telah menggalakkan kedatangan mereka untuk mengunjungi
pelabuhan Melaka.

Dasar Imperialisme Kerajaan Melaka :


Kerajaan Melaka Berjaya menguasai kawasan yang luas sekaligus menguasai ekonomi
dan hasil pengeluaran tempatan. Hasil-hasil tempatan dibawa ke pelabuhan untuk diniagakan.
Penguasaan Melaka ke atas pinggir laut Sumatera telah menyebabkan Melaka memperoleh emas
dari Siak dan lada hitam dari Kampar dan Rokan.

Pengurusan Perdagangan yang Cekap :


Ramai pedagang asing berdagang di Melaka kerana tertari dengan pengurusan
perdagangan yang cekap. Terdapat beberapa golongan penting menguruskan perdagangan seperti
Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi. Syahbandar menjadi orang tengah antara saudagar asing dengan
kerajaan mengenai hokum dan sistem percukaian. Nakhoda dan Kiwi bertanggungjawab dalam
hal perdagangan,perkapalan dan pelayaran.

Kemudahan di Pelabuhan Melaka :


Terdapat pelbagai kemudahan seperti tempat penginapan, tempat perniagaan, gudang,
sistem sukatan dan timbangan dan kemudahan membaiki kapal telah menggalakkan kedatangan
pedagang ke Melaka. Gudang bawah tanah dibina untuk membolehkan para saudagar
menyimpan barang dagangan mereka dengan jaminan perlindungan daripada api, kerosakan dan

kecurian. Gudanggudang dikelilingi oleh pagar kayu dan mempunyai pintu berkunci serta
dikawal oleh penjaga.

Sistem Cukai yang Berkeutamaan :


Sistem cukai berkeutamaan telah menarik perhatian pedagang untuk berdagang di
Melaka. Kerajaan Melaka telah menggunakan sistem cukai berkeutamaan iaitu cukai rasmi
sebanyak 6% untuk orang India, Sri Lanka dan Burma. 3% bagi saudagar Barat yang menetap di
gugusan Kepulauan Melayu dan bayaran tidak rasmi bagi saudagar yang datang dari China dan
negara sahabat seperti Jawa, Maluku dan Sumatera.

Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai Lingua Franca :


Kerajaan Melaka galakan penggunaan Bahasa Melayu kepada pedagang dalam urusan
komunikasi dalam urusan perdagangan.

Peranan Orang Laut :


Orang Laut dilantik menjadi tentera untuk mengawal laluan perdagagnan di Selat Melaka
daripada ancaman lanun. Orang Laut mengetahui selok belok ilmu kelautan khususnya di
sepanjang perairan Selat Melaka.

Perlaksanaan Undang-undang :
Undang Laut Melaka telah dilaksanakan dalam system pentadbiran Kesultanan Melayu
Melaka. Perlaksanaan undang-undang ini membolehkan pedagangpedagang mendapat jaminan
keselamatan barang-barang, kapal dan diri mereka sendiri daripada unsur jenayah dan
pencemaran lanun.

Pelabuhan Melaka merupakan sebuah pelabuhan entrepot. Ini berbeza daripada


pelabuhan lain di rantau Asia Tenggara yang hanya memperdagangkan hasil tempatan. Sebagai
sebuah pelabuhan entrepot, Melaka memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan barangan
dari Kepulauan Melayu dan pusat pengedaran barangan dari Timur dan Barat ke Kepulauan
Melayu.
Pencapaian tinggi dalam bidang ekonomi masyarakat Melayu dibuktikan dari
catatanyang diperoleh dari China, India, Arab, Parsi, Yunani dan Eropa adalah tentang
terwujudnya tradisi maritim yang sangat hebat di alam Melayu. Tradisi maritim yang dimaksud
adalah aktivitas utama kerajaan Melayu dalam bidang perdagangan dan perniagaan yang
bertumpu di kawasan bandar atau bandar pelabuhan.31 Bukti-bukti tertua tentang kedatangan
Islam terdapat dalam dua bentuk sumber: catatan tertulis dari pengembara asing dan peninggalan
arkeologi Islam di Asia Tenggara. Berita Cina dan India sudah menyebutkan ada perkampungan
minoritas pedagang Islam di Sriwijaya. Pada abad ke-9-11 ada semacam gilde (organisasi dagang
orang Islam dari Gujarat (India) yang beroperasi di kawasan pantai barat Sumatera (cataan
sejarawan India, Nilakantasastri). Bukti arkeologi Islam mencatat setidaknya ada tiga makam
Muslim yang berangka tahun sekitar akhir abad ke-5 H/11M di Padurangga (sekarang Panrang di
Vietnam), Lamri, Ace dan Leran (Gresik Jawa Timur). Dan bukti sejarah juga mengatakan bahwa
perkenalan Asia Tenggara dengan Islam diduga sudah dimulai sejak abad ke-7-8M atau awal
abad pertama Hijrah (tahun 600-an M). Ini dimungkinkan karena para pedagang Muslim yang
berlayar di kawasan ini singgah dan menetap untuk beberapa waktu di palabuhan utama.32
Perdagangan merupakan aktivitas utama masyarakat Melayu tradisional. Majunya
perdagangan di alam Melayu dapat dilihat dengan banyaknya pelabuhan-pelabuhan. Sebagian
besar pelabuhan yang berjaya berkembang menjadi kerajaan pelabuhan dapat membentuk negara
baru negara kota, pelabuhan juga sampai dapat membentuk negara maritim bahkan sebuah
kerajaan maritim yang besar dan memperluas kekuasaan dengan menguasai pelabuhan lain.
Kemunculan pedagang Melayu sendiri yang aktif melakukan perdagangan sampai ke India dan
China. Dengan

masuknya Islam di wilayah Melayu, cara berdagangnya penduduk Melayu lebih


menerapkan syariat Islam.

Sistem Mata Wang

Penggunaan mata wang memudahkan urusan perdagangan dan jual beli. Mata wang
bertindak sebagai perantaraan nilai barangan dan alternatif kepada sistem pertukaran barang atau
sistem barter. Negeri Melayu menggunakan mata wang diperbuat daripada logam timah. Mata
wang timah di Melaka berbentuk bulat serta beratnya satu kati lapan tahil. Nama sultan yang
memerintah serta tarikh Islam tercatat pada mata wang. Mata wang dari Pasai, Hormuz, dan
Cambay juga digunakan di Melaka dan boleh ditukarkan dengan mata wang tempatan Melaka.
Mata wang di Johor diperbuat daripada timah yang dikenali sebagai wang katun yang berbentuk
bulat atau segi enam.

Wang katun tiada tarikh, tetapi ada tulisan Jawi atau Arab seperti Malik atau Sultan alAdil. Sejak abad ke-17, Kedah mengeluarkan mata wangnya sendiri untuk kegunaan tempatan.
Mata wang ini berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa bentuk cincin yang
boleh dipatahkan dan digunakan secara berasingan. Terdapat juga mata wang yang diperbuat
daripada emas. Mata wang emas digunakan di Kelantan dan Johor secara meluas pada abad ke16. Mata wang emas tertua di Johor bertarikh tahun 1527M., yang wujud pada zaman
pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah.

Mata wang emas Kelantan dikenali sebagai kijang kerana terdapat gambar kijang pada
mata wang tersebut. Mata wang emas Johor digelar kupang, mengandungi emas seberat 10
grains (0.65 gram) dan ada juga emas seberat 40 grains (2.6 gram). Setiap mata wang emas
tertera nama dan pangkat sultan yang memerintah dan mengeluarkan wang emas tersebut. Di
belakang mata wang pula tertera gelaran Islam sultan berkenaan, contohnya gelaran Khalifatul
Muslimin dan sebagainya. Pada masa itu, pedagang Eropah telah menggunakan wnag perak,
sementara pedagang China, Arab, dan India menggunakan mata wang emas atau emas.

You might also like