You are on page 1of 8

p~~

Wawasan 2020 dan Peranan Pendidikan: Suatu Penghayatan


Harun Hassan
ABSTRAK
Artikel ini membincangkan perkaitan antara peranan
pendidikan dan matlamat Wawasan 2020, iaitu
perancangan Malaysia untuk menjadi negara maju
menjelang tahun tersebut. Matlamat yang dihasratkan
itu meliputi kemajuan dalam bidang ekonomi dan
masyarakat.
Berdasarkan perkembangan ekonomi
semasa, matlamat maju ekonomi diyakini lebih mudah
untuk dicapai berbanding dengan matlamat maju
masyarakat. Ke arah pencapaian matlamat berkenaan,
sembilan cabaran strategik dikemukakan untuk
ditangani dan diatasi. Perbincangan artikel ini turut
tertumpu pada peranan pendidikan untuk merealisasikan
matlamat Wawasan 2020.
Pendahuluan
Tarikh 28 Februari, 1991 merupakan detik keramat kerana pada
tarikh tersebut tercetuslah suatu wawasan yang menentukan hala tuju negara ini
bagi tiga dekad akan datang. Hala tuju ini sangat penting bagi menentukan
masa depan negara yang menghadapi gelombang globalisasi. Jika matlamat ini
tidak ditetapkan, Malaysia akan hanyut dalam aliran mega (Naisbitt & Aburdene,
1990) dan tenggelam
dalam gelombang ketiga (Alvin & Tofler, 1980)
yang akan melanda negara ini. Wawasan tiga dekad ini bukan sahaja
bertujuan untuk membawa Malaysia keluar daripada kongkongan blokblok
ekonorni tetapi juga menuju matlamat ekonomi yang bebas
daripada kongkongan, maju, berdaya saing, tangkas dan mapan atau resilient
CAliAbul Hassan Sulaiman, 1991) melalui pendekatan ekonorni yang berasaskan
ilmu pengetahuan untuk bersaing dan meraih manfaat dalam era globalisasi.
Matlamat Wawasan 2020
Wawasan 2020 mempunyai satu matlamat iaitu untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020. Taraf negara maju yang
hendak dicapai oleh Malaysia bukanlah mengikut contoh negara-negara yang
telah maju di dunia. Taraf maju yang hendak dicapai itu adalah mengikut acuan
Malaysia sendiri. Demikian itu, tiada suatu model negara maju pun dapat
dicontohi. Justeru, Malaysia akan mencipta model majunya sendiri.
Apakah sebenamya model negara maju baru yang hendak dicapai
itu? Sesungguhnya, maju yang dimaksudkan itu ialah kesempumaan dan
15

keselesaan serta kesejahteraan hidup rakyat yang rneliputi kehidupan dunia dan
akhirat.
Dengan
kata lain, apabila tercapai rnatlarnat Wawasan 2020,
sernua rakyat Malaysia akan hidup dalarn keadaan arnan, selesa, sernpurna
dan sejahtera.

Dua Bidang Maju


Taraf rnaju yang Malaysia hendak capai rnelalui gagasan Wasasan 2020
rneliputi dua bidang yang dorninan. Pertarnanya, ialah maju ekonomi dan
keduanya, ialah maju masyarakat.

Maju Ekonomi
Mengikut
perencanaan
ekonorni
Malaysia,
taraf maju ekonomi
tidaklah begitu sukar untuk dicapai, bahkan kalau didasarkan pada prestasi
ekonorni Malaysia sejak Rancangan
Malaysia Pertarna (1965-70) hingga ke
Rancangan
Malaysia
Kelirna
(1986-90) yang berkernbang secara purata
sebanyak 6.5 peratus, rnaka pencapaian
rnatlarnat
maju ekonomi ini akan
rnenjadi suatu kenyataan pada tahun 2020.
Pengunjuran yang dibuat rnenunjukkan ekonorni Malaysia berkernbang
sebanyak 7 peratus dari tahun 1991 hingga tahun 2020. Sekiranya tidak
berlaku peristiwa-peristiwa
yang
boleh
rnenjejaskan
perturnbuhan
ekonorninya, Malaysia rnungkin rnencapai taraf maju ekonominya
sebelurn
tahun 2020. Jika dilihat aliran prestasi ekonorni Malaysia hingga ke Rancangan
Malaysia
Kelirna,
Malaysia
hanya
rnernerlukan tarnbahan perturnbuhan
prestasi ekonorni sebanyak 0.5 peratus sahaja rnulai
Rancangan
Malaysia
Keenarn (1991-95) hingga Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020) (Unit
Perancang Ekonorni, 1991). Hasrat ini bukanlah suatu perkara yang rnustahil
untuk dicapai rnernandangkan kadar perturnbuhan
ekonorni sebelurn tahun
1997 yang agak tinggi, iaitu berada dalarn lingkungan
antara 8 hingga 9
peratus.
Walau bagairnanapun,
kerancakan
dan pengekalan
perturnbuhan
ekonorni terjejas teruk disebabkan oleh kegawatan ekonorni yang rnenirnpa
negara daripada
tahun
1997 hinggalah
ke tahun 1999. Perturnbuhan
ekonorni dijangka
berada pada tahap rnelebihi 7 peratus rnulai tahun
2001 seperti. yang diunjurkan dalarn Anggaran Belanjawan 2001. Sekiranya
jangkaan ini tepat, negara akan kernbali pada landasan jangkaan perturnbuhan
ekonorni yang rnernungkinkan tercapainya taraf maju ekonomi.
Narnun, terbantutnya perturnbuhan ekonorni selarna harnpir tiga tahun
(1997-1999) ketika negara rnengalarni kegawatan ekonorni telah rnenjejaskan
purata perturnbuhan
ekonorni yang dirancangkan,
seterusnya rnenjejaskan
pencapaian rnatlamat maju ekonomi. Sekiranya perturnbuhan ekonorni rneningkat

16

semula

melebihi

7 peratus mulai tahun 2001 hingga 2020, kesan kejutan


1977-99 akan dapat dibaiki
dan negara akan berada semula pada landasan
yang dirancangkan
untuk
mencapai matlamat maju ekonomi.

(setback) pertumbuhan yang berlaku pada tahun

Maju Masyarakat
Maju masyarakat merupakan matlamat yang agak sukar dicapai, malah
lebih sukar daripada pencapaian maju ekonomi. Sebanyak sembilan cabaran
strategik
(Mahathir Mohamad, 1991) telah dikenal pasti dan dikemukakan
kepada rakyat Malaysia. Sembilan
cabaran ini merupakan prasyarat untuk
mencapai matlamat maju masyarakat dan maju ekonomi. Ini bermakna,
sekiranya sembilan cabaran ini tidak dapat diatasi menjelang tahun 2020,
maka matlamat maju masyarakat seperti yang dihasratkan di dalam Wawasan
2020 tidak akan tercapai.
Sembilan cabaran strategik yang dimaksudkan ialah seperti berikut:
I) Mewujudkan
sebuah
negara
yang
bersatu padu
yang
mempunyai matlamat yang dikongsi bersama;
2) Mewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas, tenteram, dan
maju dengan keyakinan
terhadap diri sendiri dan gagah ketika
menghadapi masalah;
3) Mewujudkan
dan
membangunkan
sebuah
masyarakat
demokratik
dan mengamalkan
satu bentuk
persefahaman
matang iaitu demokrasi masyarakat Malaysia;
4) Mewujudkan
masyarakat yang bermoral dan beretika, kukuh
dalam nilai agama dan didorong oleh tahap etika yang tinggi;
5) Mewujudkan
masyarakat
yang liberal dan bertolak ansur,
dengan masyarakat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat,
kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan setia pada negara;
6) Mewujudkan
masyarakat yang saintifik dan progresif,
dan
mempunyai daya perubahan yang tinggi dan menjadi penyumbang
kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan;
7) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi
dengan kebajikan insan berkisar di sekeliling system kekeluargaan
yangkukuh;
8) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu
masyarakat yang melaksanakan
pengagihan kekayaan negara
secara 'adil dan saksama; dan
9) Mewujudkan masyarakat
makmur yang mempunyai ekonomi
yang boleh bersaing, dinamik, giat dan berdaya tahan.

17

Strategi Pencapaian Maju Ekonomi


Matlamat maju ekonomi ini telah dirancangkan pencapaiannya oleh
Unit Perancang Ekonomi, labatan Perdana Menteri melalui strategi Rangka
Rancangan langka Panjang 2 atau RRJP 2 mencakupi tahun 1991-2000. Ini
akan diikuti dengan RRJP 3 dari tahun 2001-2010 dan RRJP 4 iaitu dari
tahun 2011-2020. RRJP ini pula dibahagi-bahagikan perancangannya
kepada beberapa Rancangan Malaysia(RM) iaitu mulai daripada RM6 (19911995) hingga ke RMII (2011-2020) seperti di-gambarkan dalam Rajah 1.

Rajah 1: Strategi Perancangan Pencapaian


Matlamat Maju Ekonomi

RRJP 1

RM2
RM3
RM4
RM5

1971-1975
1976-1980
1981-1985
1986-1990

RRJP2

RM6
RM7

1991-1995
1996-2000

RRJP 3

RM8 2001-2005
RM9 2006-2010

Dasar Pembangunan
Wawasan I(DPWI

RRJP4

RMI0 2011 -2015


RMII 2016-2020

Dasar Pembangunan
Wawasan 2 (DPW2)

Dasar Ekonomi
Baru (DEB)

Dasar Pembangunan
Nasional (DPN)

(Sumber: Unit Perancang Ekonomi, 1991, Mohd. Sheriff


Mohd Kassim, 1991 dan Anggaran Belanjawan 2001)

Penunjuk-penunjuk

Asas Maju Ekonomi

Beberapa asas pencapaian matlamat maju ekonomi telah ditentukan.


Penunjuk-penunjuk ini merupakan bukti pencapaian matlamat maju ekonomi
dalam tahun 2020 seperti yang tertera dalam Rajah 2.

18

Rajah 2: Asas Pencapaian Matlamat Maju Ekonomi Tahun 2020

Pertumbuhan Ekonomi
Pendapatan Perkapita
lumlah Penduduk
Kadar Pertumbuhan Penduduk
Kadar Inflasi
Kadar Pengangguran

1991

2020

7%
RM6,180
18juta
1.9%

7%
RM26,100
32 juta
1.9%
Rendah
Rendah

4%
4%

(Sumber: Unit Perancang Ekonomi, 1991)


Strategi Pencapaian Maju Masyarakat
Analisis terhadap sembilan cabaran yang telah dikenal pasti untuk
mencapai matlamat maju masyarakat menunjukkan cabaran 1 hingga 7
mempunyai hubungan secara langsung dengan pendidikan. Manakala
cabaran 8 dan 9 pula mempunyai perkaitan secara tidak langsung. Namun,
semua sembilan cabaran yang diajukan itu berkait rapat dengan pendidikan
(Harun Hassan, 1993a).
Pendidikan Sebagai Wahana Untuk Mencapai Matlamat Maju Masyarakat
dan Matlamat Wawasan 2020
Pendidikan merupakan suatu alat yang sangat penting dan dominan
dalam proses pencapaian taraf maju masyarakat ke arah matlamat Wawasan
2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Demikian itu, wajarlah
pendidikan dan prosesnya disesuaikan, diselaraskan dan diselarikan dengan
proses pencapaian matlamat Wawasan 2020 itu sendiri. Pendidikan telah pun
mempunyai wawasan dan misi sendiri (Wan Mohd Zahid Mohd Noordin,1993).
Wawasan dan misi pendidikan ini menjadi paksi segala kegiatan pendidikan
yang dirancang. Wawasan dan misi pendidikan ini bermatlamat untuk
menjadikan institusi pendidikan sebagai tempat penyuburan masyarakat
penyayang dan sebagai pusat pembinaan semangat cintakan negara. Ke arah
itu, semua aktiviti pendidikan perlu dijuruskan untuk membangun manusia
yang cemerlang dan juga untuk memantapkan nilai-nilai mumi bangsa.
Jenis Manusia dan Masyarakat yang Hendak Dilahirkan
Wawasan dan misi pendidikan menjadi alat terpenting (front runner)
Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis
yang percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu dan berketrampilan, berakhlak
muIia, bertanggungjawab dan mampu mencapai kesejahteraan diri dan
memakmurkan masyarakat dan negara (Akta Pendidikan, 1996).
Apakah insan yang akan lahir daripada sistem pendidikan yang
berteraskan Falsafah Pendidikan Negara itu akan memenuhi ciri-ciri dan
19

keperluan masyarakat yang akan dilahirkan melalui Wawasan 2020? Inilah


perkara yang perlu mendapat perhatian semua warga negara yang prihatin.
Sekiranya insan yang hendak dilahirkan melalui Falsafah Pendidikan
Negara itu mempunyai ciri-ciri yang dihasratkan, adalah dijangkakan bahawa
insan ini akan dapat memenuhi ciri-ciri manusia wawasan seperti-mana yang
tergambar dalam Rajah 3. Jika ini tercapai akan terbinalah apa yang dipanggil
sebagai masyarakat Wawasan 2020.
Pendidikan Bersepadu dan Masyarakat Wawasan
Pendidikan
bersepadu
merupakan
suatu
pendekatan untuk
menterjemahkan hasrat Falsafah Pendidikan Negara kepada amalan melalui
kurikulum bersepadu. Perkara yang penting dalam pendekatan ini ialah
kesepaduan ilmu dan penerapan nilai-nilai murni menerusi proses pengajaran
dan pembelajaran melalui strategi nilai-nilai murni merentas kurikulum.
Melalui pendekatan ini, diharap insan harmonis yang dihasratkan itu
akan dapat dilahirkan. Insan harmonis inilah yang menjadi harapan untuk
menjadi manusia wawasan dan seterusnya membina masyarakat wawasan
yang akhirnya mempunyai sembilan ciri yang menjadi cabaran strategik dalam
proses pembinaannya.
Ciri-ciri masyarakat wawasan dan strategi pencapaiannya dapat dilihat
seperti dalam Rajah 3.
Rajah

3: Ciri-Ciri Masyarakat Wawasan dan


Pencapaiannya Melalui Pendidikan

Strategi

Ciri-Ciri Masyarakat
Wawasam
bersatu padu

Strategi Pencapaiannya
bahasa, nilai, kurikulum, kokurikulum

yakin diri

kurikulum, kokurikulum, nilai

demokratik

kurikulum, kokurikulum, nilai

bermoral, beretika

pendidikan Islam, pendidikan moral, nilai

liberal, matang, toleransi

kurikulum, kokurikulum, nilai

saintifik, progresif

pendidikan sains, matematik, teknologi

penyayang

sekolah dan budaya penyayang

adil ekonomi

ilmu, ketrampilan, nilai

makmur

ilmu, ketrampilan, nilai

(Sumber: Harun Hassan, 1993a)


20

Rajah 3 menunjukkan
bahawa pembinaan
em-em
masyarakat
wawasan dijangka
dapat dilakukan
melalui
proses pendidikan atau attarbiah. Proses pelaksanaannya dirancang melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah dan Kurikulum
Bersepadu
Sekolah Menengah.
Pendekatan
ini
memberi penekanan
pada kesepaduan ilmu dan penerapan nilai-nilai mumi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui bahasa pengantar yang sama,
iaitu bahasa Melayu.
Jelaslah pendidikan dikenal pasti sebagai
wahana yang penting
untuk mencapai hasrat wawasan 2020. Sudah tentulah para
guru mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sangat besar dan berat
untuk dilaksanakan. Kaum guru yang akan berada di barisan hadapan untuk
merealisasikan
hasrat dan cita-cita ini. Mereka merupakan jurutera
sosial
dalam proses pembinaan masyarakat Wawasan 2020 dengan ciri-ciri yang
telah ditetapkan.

clan strategik

Kesimpulan
Matlamat maju ekonomi mungkin dapat dicapai mungkin lebih awal
sebelum tahun 2020 sekiranya setback pertumbuhan ekonomi akibat kegawatan
dapat diatasi supaya selari dengan pelunjuran purata kadar pertumbuhan
yang telah ditetapkan.
Mengikut Y AB Perdana Menteri yang berucap pada
Majlis Penghayatan Wawasan Pendidikan 2020 Peringkat Negeri Johor pada
11 Oktober,1993 (Harun Hassan, 1993a), negeri-negeri seperti negeri Johor
dijangka mencapai taraf negeri maju antara tahun 2010 dan 2015. Manakala
maju masyarakat pula
bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.
Sekiranya rnatlamat wawasan dan misi pendidikan serta Falsafah Pendidikan
Negara dicapai sepenuhnya, matlarnat maju masyarakat juga boleh dicapai
sepertimana
tercapainya matlamat
maju ekonomi. Hasilnya
ialah
pencapaian matlamat wawasan negara. Sebaliknya, jika mana-mana taraf
maju, sarna ada maju ekonomi atau maju masyarakat gagal dicapai,
gagallah rnatlamat wawasan tersebut. Di sinilah letaknya peranan pendidikan
sebagai wahana utama untuk mencapai matlamat Wawasan 2020.
Rujukan
Ali Abul Hassan Sulaiman. (1991). "Towards Attaining a Competitive Resilient
Economy by the Year 2020 - The External Dimension." Paper presented at
the National Seminar on "Towards a Developed and Industrialized Society:

Understandingthe Concept, Implications and Challenges of Vision 2020",


Genting Highlands, 5-7 December, 1991.
Alvin & Toffier. (1980), The Third Wave, New York: Bantam Books.
Harun Hassan. (1993a). "Merealisasi Wawasan 2020 Demi Mengangkat Martabat
Bangsa". Kertas Kerja Seminar Penghayatan Wawasan Pendidikan, anjuran
Urusetia Program Bina Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia di Air
Keroh Country Resort, Melaka pada 19 Oktober, 1993.

21

Harun Hassan. (1993b). "Pengisian Wawasan: Peranan Pelajar-Pelajar Malaysia


di Luar Negara". Kertas Kerja Persidangan Tahunan Persatuan Kebangsaan
Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) kali ke 23, di Dewan
Serbaguna, Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta, Indonesia pada 26 November,
1993.
Kementerian Kewangan Malaysia. (2000). Anggaran Belanjawan 2001. Kuala
Lumpur: Pencetak Kerajaan.
Kerajaan Malaysia. (1996). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Kuala Lumpur:
PNMB.
Mahathir Mohamad. (1991). Malaysia Melangkah ke Hadapan., Kuala Lumpur:
DBP & ISIS.
Mohd Sheriff Mohd Kassim. (1991). "Vision 2020: Its Linkages with the Sixth
Malaysia Plan and The Second Outline Perspective Plan." Paper presented at
the National Seminar on "Towards a Developed and Industrialized Society:
Understanding the Concept. Implications and Challenges of Vision 2020",
Genting Highlands, 5-7 December, 1991
Naisbitt, 1., & Aburdene, P. (1990). Megatrends 2000 - The Next Ten
Years...Major Changes in Your Life and World. London: Sidgwick &
Jackson.
Unit Perancang Ekonomi. (1991). Nota Taklimat Wawasan 2020 Rangka
Rancangan Jangka Panjang Kedua dan Rancangan Malaysia Keenam.
Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri,
Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. (1993). Wawasan Pendidikan: Agenda
Pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

22

You might also like