You are on page 1of 2

HASAN YANG NAKAL

Hasan memang suka mengunjungi kedai buku. Dia suka melihat bukubuku yang tersusun rapi. Dia juga suka melihat buku yang berbagai-bagai jenis.
Malah si nakal Hasan suka melihat juru jual di kedai buku yang cantik- cantik
orangnya.
Cuma satu sahaja yang si nakal Hasan tidak suka lakukan bila memasuki
kedai buku, dia tidak suka membeli buku. Si nakal Hasan lebih suka
menggunakan wangnya untuk membeli mainan atau gula-gula daripada membeli
buku.
Setiap kali Hasan pulang dari sekolah, dia pasti akan singgah di kedai buku.Dia
akan berada di kedai buku itu dalam tempoh yang panjang. Lepas sebuah,
sebuah lagi buku dibelek dan dibacanya .Hasan rasa gembira kerana dapat
membaca buku dengan percuma tanpa perlu membeli.
Kelakuan Hasan itu menimbulkan kemarahan dan rasa tidak senang kepada
pemilik kedai buku berkenaan.
Kalau ada sepulu orang pelanggan seperti budak ini, tak lama lagi tentu kedai
buku saya akan tutup kerana semua orang membaca buku secara percuma
tanpa perlu membeli, rungut wanita tuan punya kedai buku itu kepada para
pekerjanya setiap kali melihat Hasan masuk ke dalam kedai.
Habis apa kita nak buat?jurujual yang bekerja di kedai itu bertanya. Dia
seorang gadis yang cantik bernama Soraya. Rambutnya panjang dan sentiasa
tersenyum manis.
Halau saja budak itu kalau dia datang lagi. Arah pemilik kedai.
Kita tak boleh berkasar dengan pelanggan. Nanti semua orang takut nak masuk
kedai kita.gadis jurujual itu tidak setuju dengan cadangan majikannya.
Lakukan apa saja cara asal budak itu tidak dapat baca buku dengan percuma
lagi.pemilik kedai itu memberi arahan.
Jurujual itu termenung. Dia cuba memikirkan bagaimana caranya supaya Hasan
tidak lagi dapat membaca buku dengan percuma.
Tengah hari itu seperti biasa sebelum pulang ke rumah Hasan singgah dulu
untuk membaca buku di kedai tersebut.
Hai kakak manis Hasan menegur gadis jurujual dengan ramah.
Jurujual itu tersenyum.Adik nak beli buku? Dia bertanya.
Nak juga, tapi sebelum beli mesti lihat dulu isi kandungannya, Hasan
menjawab dengan petah .
Jurujual itu tidak berkata apa-apa lagi. Dalam hatinya meragui bahawa Hasan
akan membeli buku hari itu.

Hasan mengambil sebuah buku bergambar tentang binatang. Buku itu sungguh
cantik. Dia leka membelek halaman buku itu dari satu muka surat ke satu muka
surat yang lain.
Jurujual itu teringat pesanan majikannya supaya jangan membenarkan Hasan
membaca buku dengan percumalagi.Dia menghampiri Hasan.
Maaf ya,dik. Buku yang adik baca itu sudah ada pelanggan yang tempah untuk
dijadikan hadiah. Kakak nak bungkus buku itu sekarang,katanya.
Ooo macam tu! Baiklah, Hasan menyerahkan buku yang belum habis
dibacanya kepada jurujual.
Dia mengambil buku bergambar yang lain pula. Ada banyak buku lagi boleh
tengok,katanya tanpa melihat jurujual yang masih berdiri disebelahnya.
Jurujual itu mengetap bibir dengan geram.helah pertamanya tidak menjadi. Dia
memerhatikan Hasan yang tersenyum-senyum membaca sebuah buku komik.
Jurujual itu menghampiri Hasan , dia pura-pura sibuk mengemas rak buku di
tempat itu. Kakak nak susun semula buku di rak ini. Adik boleh letakkan semula
buku yang adik pegang itu? Katanya dengan lembut.
Hasan memandang gadis jurujual itu dengan hairan. Kemudian dia
memerhatikan rak buku yang sudah tersusun kemas.Tapi rak buku ini kan dah
kemas?
Majikan kakak suruh susun dalam bentuk yang lain, kenalah kakak buat, kata
jurujual.

You might also like