You are on page 1of 4

Artikel oleh Nor Hashimah Jalaluddin, Mariati Mokhtar dan Zaharani Ahmad

membincangkan kedudukan wanita dalam undang-undang tradisional yang


terkandung dalam Undang-undang Melaka(UUM) 2013. Kedudukan wanita ini
dianalisis menggunakan tipologi wanita pembuktian linguistik iaitu pendekatan
semantik kognitif dan tipologi wanita sumber al-Quran dan Hadis dan tipologi
kesaksian wanita tidak menyamai lelaki. Selain itu, artikel ini juga lebih
memfokuskan kepada huraian tentang hubungan lelaki dan wanita dalam hal
perkahwinan iaitu pembatalan atau pengekalan perkahwinan akibat musibah
penyakit serta status kesaksian lelaki dan wanita. Hal ini kerana status lelaki
dilihat lebih dominan dalam hal kesaksian berbanding wanita.
Secara umumnya wanita merupakan asas kepada perkembangan di dalam
masyarakat.

Wanita

memainkan

peranan

penting

dalam

melahirkan,

membesarkan serta mendidik anak-anak untuk menjadi penyumbang kepada


pembangunan negara. Bukan itu sahaja, malah jika dilihat pada dunia masa kini,
wanita telah menyumbang kepada pelbagai aspek pembangunan negara
termasuklah ekonomi, pentadbiran dan sebagainya. Kamus

Dewan Edisi

Keempat 2007 mentakrif undang-undang sebagai sesuatu peraturan umum yang


mesti dipatuhi oleh setiap anggota dalam masyarakat. Undang-undang pada
kaum wanita pula, mula diperkuatkan pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar
Syah yang dikatakan amat bijaksana, dengan dikeliling pula oleh barisan
pentadbir-pentadbir yang cekap seperti bendahara Tun Perak dan Laksamana
Hang Tuah, namun demikian masalah kecelaruan sosial juga masih wujud.
Misalnya wanita pada zaman itu diperlakukan seperti hamba seks dan
menyebabkan

baginda

menitahkan

penggubalan

undang-undang

bagi

melindungi kaum wanita. Penglibatan wanita dalam teks tradisional ini turut
dapat dilihat dalam hal-hal perkahwinan, pertunangan dan kekeluargaan. Hal ini
jelas membuktikan kedudukan wanita sejak zaman dahulu lagi tidak terkecuali
daripada dibincangkan, walaupun di dalam undang- undang.
Kajian ini lebih menjurus kepada aspek kedudukan wanita yang tergambar
dalam UUM melalui kajian linguistik. Artikel ini mencungkil salah satu daripada
imej wanita dan metafora konsepsi yang terpapar di dalamnya melalui semantik
kognitif.

Teks ini dianalisis kerana melambangkan kebijaksanaan pemikiran

bangsa Melayu pada ketika itu biarpun kehidupan mereka serba kekurangan .
Sebagai pembuktian linguistik, kajian ini menerapkan pendekatan semantik
kognitif. Semantik kognitif ialah pendekatan yang berasaskan pengalaman
1

tentang alam sekeliling. Menurut Norsimah dan Nor Hashimah (2006), makna
dalam semantik kognitif adalah berdasarkan struktur konseptual yang lazim.
Oleh itu, struktur semantik mencerminkan kategori mental yang sedia ada pada
manusia berdasarkan pengalaman dan pergaulan di sekitarnya (Norsimah,
2003). Manusia menggunakan pengalaman hidup yang sedia ada untuk
mencerminkan bentuk konseptual yang lazim. Misalnya seperti pembentukan
metafora. Metafora adalah elemen penting dalam pengkategorian terhadap
dunia dalam proses pemikiran manusia(Lakoff dan Johnson, dalam Saeed, 1997).
Metafora

biasanya

disampaikan

dalam

bentuk

figuratif

iaitu

melalui

perlambangan sesuatu yang abstrak sifatnya bagi memudahkan pemahaman


para

pembaca.

Menurut

Gibbs

dan

Matlocks

dalam

Norsimah

dan

Norhashimah(2006) skema imej pula adalah pengalaman yang muncul melalui


aktiviti sensori motor semasa kita memanipulasi objek, mengorientasikan diri
kita dalam ruang dan waktu serta ketika kita mengarahkan fokus persepsi kita
untuk

pelbagai

tujuan.

Secara

umumnya

makna

berkait

rapat

dengan

pengalaman dan ia boleh diperkembangkan melalui pengalaman individu. Jadi


jika seseorang individu itu, memiliki pengalaman yang luas, maka makna bagi
sesuatu istilah juga akan dilihat secara meluas oleh individu tersebut sesuai
dengan konteksnya.
Dua tipologi wanita daripada sumber al-Quran dan Hadis yakni wanita
terdiri daripada tulang rusuk lelaki dan kesaksian wanita tidak menyamai lelaki
dipilih sebagai skema imej dan metafora konsepsi wanita dalam UUM. Pengkaji
mendapati skema imej SEBAHAGIAN-KESELURUHAN merupakan skema imej
yang dapat dikaitkan dengan kedua-dua tipologi wanita ini. Tipologi wanita
daripada tulang rusuk lelaki dapat dikaitkan dengan skema imej SEBAHAGIAN
KESELURUHAN. Lelaki memegang tanggungjawab yang besar dalam menjaga,
memimpin dan memelihara kaum wanita. Mereka turut menjadi tempat wanita
untuk bergantung hidup. Hal ini sejajar dengan kejadian Hawa yang tercipta dari
tulang rusuk Adam. a.s. Secara tidak langsung kejadian ini memperlihatkan
kedudukan wanita yang sebahagian daripada keseluruhan kuasa yang ada pada
lelaki. Misalnya dalam perkahwinan, wanita turut diberi kuasa untuk membuat
keputusan di samping kuasa dominan yang ada pada lelaki. Antaranya ialah
kuasa talak. Keredaan wanita turut diambil kira jika ia melibatkan kes masalah
penyakit. Jika ada pasangan tersebut mengetahui tentang penyakit tersebut
maka perkahwinan itu akan terurai (Fasal 27). Akan tetapi jika pasangan tersebut
redha dan menerima penyakit masing-masing maka fasakh tidak berlaku.
2

Data

kedua dalam

tripologi

wanita

dari

tulang

rusuk

lelaki

pula

menekankan aspek talak. Umum mengetahui bahawa talak merupakan kuasa


mutlak lelaki. Fasal 28 menjelaskan talak hanya boleh dilakukan sebanyak tiga
kali. Talak pertama dan kedua si isteri masih boleh dirujuk. Akan tetapi setelah
jatuhnya talak ketiga si isteri tidak lagi boleh dirujuk, melainkan si isteri
berkahwin dengan lelaki lain seterusnya bercerai, barulah isterinya boleh dirujuk
semula. Namun jika rujuk tidak berlaku sepanjang tempoh idahnya, si suami
masih perlu menanggung isterinya sehingga tamat idahnya atau erti kata yang
lain Islam sebenarnya menegaskan seseorang wanita itu perlulah dipelihara
sehingga dia boleh berdikari semula. Data ini jelas menekankan bahawa
perkahwinan ini merupakan satu perjanjian sama seperti data yang sebelumnya.
Kedua-dua data ini masih mengambil kira pihak lelaki dan wanita untuk samasama bersetuju dalam membuat keputusan atau dalam erti kata yang lain,
wanita merupakan SEBAHAGIAN daripada unsur yang harus dipertimbangkan
sebelum

si

lelaki

membuat

keputusan.

Oleh

itu,

metafora

konsepsi

PERKAHWINAN ADALAH SATU PERJANJIAN dapat dihasilkan. Hubungan suami


isteri merupakan satu perjanjian yang boleh terus kukuh atau hancur akibat
salah faham atau masalah.
Skema-imej

SEBAHAGIAN-KESELURUHAN

seterusnya

ialah

kesaksian

wanita tidak menyamai lelaki. Skema imej ini menjelaskan sudut kesaksian
wanita yang dikatakan sebahagian dari keseluruhan lelaki ialah wanita tidak
menyamai kesaksian lelaki. Hal ini dijelaskan melalui data yang ada pada UUM.
Misalnya perbandingan status kesaksian wanita dan kesaksian lelaki yang
menampakkan peranan wanita tidak sama berbanding dengan kaum lelaki bagi
menjadi saksi dalam sesuatu kes, sehinggakan dua orang saksi wanita
menyamai seorang saksi lelaki. Lelaki diutamakan dalam hakl kesaksian kerana
kuasa kepimpinan yang ada pada mereka manakala wanita pula tidak setaraf
kerana dalam Fasal 26 menekankan saksi wanita hanya diperlukan jika tiada
saksi lelaki yang boleh menjadi saksi pada ketika itu. Wanita juga dikatakan tidak
sah menjadi saksi kerana mampu mengandung anak luar nikah dan mengalami
haid. Kelemahan yang dialami kaum wanita ini, membuatkan kesucian mereka
dipertimbangkan kerana tidak mampu untuk beribadat dan beramal kepada
Allah. Berbeza pula dengan kaum lelaki yang sentiasa boleh beramal dan
beribadat kerana tidak mengalami haid. Selain itu, syarat-syarat lain yang
diperuntukkan dalam menjadi saksi adalah mursyid, adil dan merdeka. Syarat ini
lebih bersesuaian pada kaum lelaki berbanding wanita. Hal ini menjelaskan
3

bahawa peranan wanita dalam kesaksian wanita yang tidak sebesar peranan
seorang lelaki. Oleh itu, situasi ini melahirkan metafora konsepsi KESAKSIAN
WANITA IALAH KESUCIAN. Leksikal kesucian ini dipilih kerana suci adalah kata
nama abstrak yang selalu dipakai dan menghampiri makna konkrit berdasarkan
kelaziman pemakaiannya.
Kesimpulannya, pendekatan semantik kognitif menjelaskan kedudukan
wanita di dalam UUM. Kedudukan wanita dapat diperhalusi lagi dengan
penggunaan skema imej dan metafora konsepsi kedudukan wanita yang merupa
tulang rusuk lelaki dan sebahagian daripada kesaksian lelaki. Imej wanita dalam
UUM ini jelas berlaku berdasarkan pengalaman individu pada sekeliling. Selain
itu penggunaan UUM juga masih relevan untuk dikaji kerana UUM dibina
berdasarkan al-Quran dan Hadis serta menyamai dengan undang-undang
perdagangan Malaysia pada hari ini.

You might also like