You are on page 1of 3

KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan merupakan satu kaedah untuk guru merefleksi masalah mereka hadapi,
memungut dan menganalisis data dan melaksanakan perubahan terhadap amalan mereka
berdasarkan dapatan-dapatan yang diperolehi.

Kajian tindakan menjurus kepada matlamat menjalankan penyelidikan tindakan, iaitu asas
keinginan dan kecenderungan guru untuk membaiki kualiti amalan atau pengajaran
pembelajaran serta situasi kerja. Ini secara tidak langsung guru dapat mengatasi masalah yang
dihadapinya dalam konteks amalan mereka sendiri.

Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga (2008). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan KPM, Putrajaya
Creswell. J. W. (2009). Research Design Qualitative, Quantitative and Mixed Methods
Approaches Third Edition. SAGE Publications: USA.

Creswell (2009) membahagikan kajian tindakan kepada dua jenis seperti yang ditunjukkan
pada Rajah xx:

Kajian Tindakan

Amalan

Penyertaan

Mengkaji amalan setempat Mengkaji isu-isu sosial yang menghalang kehidupan individu
Melibatkan inkuiri berasaskan Menekankan
individu ataukesaksamaan
pasukan
kolaborasi
Menfokuskan kepada pembangunan
guru
dan
pembelajaran
murid
Memfokuskan kepada perubahan-perubahan
yang meningkatkan ku
Melaksanakan pelan tindakan Melahirkan penyelidik yang bebas (emancipated researcher)
Melahirkan guru sebagai penyelidik

Rajah ____ : Jenis-jenis Kajian Tindakan (Creswell, 2008)

Dalam klasifikasi kajian tindakan tersebut, kajian tindakan amalan melibatkan peninjauan
tentang amalan guru dalam bilik darjah di mana guru itu mengajar. Ini boleh dijalankan sama
ada melalui dirinya sendiri atau melibatkan rakan sejawat yang mengajar mata pelajaran yang
sama (team-based inquiry) dengan memberi fokus terhadap perkembangan guru dan
pembelajaran pelajar. Guru yang menjalankan kajian tindakan amalan ini mesti melaksanakan
satu pelan tindakan bagi mencapai matlamat beliau sebagai guru penyelidik (teacher as
researcher).
Sebaliknya, kajian tindakan penyertaan melibatkan kajian tentang isu-isu sosial yang
menghalang perkembangan pelajar. Untuk melihat isu seperti ini, guru perlu meninjau latar
belakang sosial pelajar dan persekitaran sekolah. Guru perlu mengadakan kolaborasi dengan
komuniti atau pihak berkepentingan bagi mencari sebab musabab kenapa seseorang pelajar
itu tidak menguasai ilmu.

Kajian ini, penyelidik memberi fokus kepada kajian tindakan amalan yang mana penyelidik
sendiri yang akan menjalankan intervensi dalam konteks penyelidik sebenar bertujuan untuk
mendapatkan dapatan secara terus dan telus.

You might also like