You are on page 1of 12

WALTER ELIAS DISNEY (WALT DISNEY)

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN TOKOH........................................................................................................2
Sejarah Tokoh Tersohor......................................................................................................2
GAYA KEPIMPINAN WALTER ELIAS DISNEY.....................................................................4
WALT DISNEY BERKEMBANG DI BAWAH KEPIMPINAN WALTER ELIAS DISNEY.........4
Hollywood........................................................................................................................... 4
Mickey Mouse..................................................................................................................... 4
Silly Symphonies................................................................................................................5
Filem Cetera Animasi Terulung...........................................................................................6
Zaman Keemasan Animasi.................................................................................................7
19411945 Perang Dunia Kedua........................................................................................7
19451955 Selepas Perang...............................................................................................8
19551966 Taman Tema Disneyland..................................................................................8
Menceburi Bidang Baru......................................................................................................9
Kejayaan Awal 1960-an......................................................................................................9
Rancangan Disney World Dan EPCOT...............................................................................9
EVOLUSI WALT DISNEY....................................................................................................10
1967 Hingga Kini Pusaka Meneruskan Wawasan.............................................................10
Empayar Hiburan Disney..................................................................................................10
Animasi Disney Terkini......................................................................................................10
SUMBER RUJUKAN........................................................................................................... 12
Buku / Journal................................................................................................................... 12
Laman Sesawang............................................................................................................. 12

WALTER ELIAS DISNEY (WALT DISNEY)

PENGENALAN TOKOH
Walter Disney adalah seorang pelopor terkenal karekter Mickey Mouse, yang mana telah
menjadikan satu fenomena hampir setiap Negara dan budaya didunia mencintai karekter
kartun tersebut. Beliau adalah pengasas kepada Walt Disney Productions dan salah
seorang Produser yang paling berpengaruh di dunia pada ketika itu.
Beliau juga seorang pencipta tersohor di dunia Disneyland yang dianggap sebagai
taman terbaik di dunia.
Sejarah Tokoh Tersohor
Walter Elias Disney lahir pada 5 Disember 1901 dari keluarga Elias Disney yang
berketurunan Ireland-Kanada, manakala ibunya pula Flora Call Disney yang berketurunan
Jerman-Amerika. Nenek moyang Walt Disney telah berhijrah ke Gowran, Kaunti Kilkenny di
Ireland. Arundel Elias Disney pula adalah moyang kepada Walt Disney lahir di Kilkenny,
Ireland pada 1801. Arundel ialah keturunan Hughes dan anaknya ialah Robert d'Isigny yang
berasal dari Perancis tetapi berlayar ke England bersama William I pada tahun 1066, maka
dari nama d'Isigny telah diinggeriskan menjadikan nama Disney. Elias Disney telah
berpindah ke California untuk mencari emas akan tetapi tidak Berjaya lalu telah menukar
bidang menjadi seorang petani.
Pada tahun 1906, ketika Walt berusia empat tahun, Elias sekeluarga telah berpindah
ke ladang di Marceline, Missouri, yang mana lading itu milik Roy iaitu kepada Elias yang
baru dibelinya. Sewaktu di Marceline, Walt mengembangkan minatnya terhadap seni
lukisan. Ada seorang jirannya iaitu seorang doktor yang telah bersara yang dipanggil dengan
gelaran "Doc" bernama Sherwood, dia telah mengupah Walt untuk melukis gambar kuda
belaannya yang bernama Rupert. Selain dari minat Walt melukis, beliau juga meminati
kereta api di Marceline yang diusahakan oleh perkhidmatan kereta api Atchison, Topeka dan
Santa Fe Railway. Walt sangat gemar mendekatkan telinganya ke landasan itu dan
menunggu kereta api datang, lebih-lebih lagi kereta api tersebut dipandu oleh bapa
saudaranya, iaitu jurutera Michael Martin.
Keluarga Disney telah menetap di Marceline selama empat tahun, sebelum mereka
berpindah ke Bandaraya Kansas pada tahun 1911. Pada satu hari, Walt dan adiknya Ruth
telah menghadiri Benton Grammar School, di mana di situ beliau bertemu dengan Walter
Pfeiffer. Walter Pfeiffer adalah merupakan seorang pelakon teater terkenal pada ketika itu,
beliau juga telah memperkenalkan Walt kepada persada seni anekarama dan perfileman.
Tidak lama kemudian, Walt telah banyak meluangkan masanya untuk bersama keluarga
2

WALTER ELIAS DISNEY (WALT DISNEY)

Pfeiffer berbanding keluarganya sendiri. Pada masa yang sama, beliau juga menghadiri
kursus kanak-kanak di Institut Seni Bandaraya Kansas pada setiap Sabtu.
Selepas Walt menamatkan sekolah tingginya, beliau telah menyertai Angkatan
Tentera walaubagaimanapun telah ditolak. Walt bersama salah seorang kawannya telah
menyertai pasukan Palang Merah. Setelah berjaya menyertai Palang Merah pada ketika itu
gencatan senjata baru sahaja ditandatangani pada 11 November 1918, lalu Walt telah
dihantarkan ke Perancis selama setahun sebagai pemandu ambulans disana.
Pada Januari 1920, bermula lah era baru dalam hidup Disney dimana beliau telah
menubuhkan sebuah syarikat komersial yang pertama dengan nama "Iwerks-Disney
Commercial Artists" yang mana penubuhan tersebut bersama-sama kawannya iaitu Iwerks.
Sungguhpun begitu, syarikat beliau itu mengalami kesulitan lalu telah memaksa Disney
untuk beralih arah ke Kansas City Film Ad Company, kemudian diikuti oleh kawannya Iwerks
yang tidak mampu mengendali perniagaannya secara berseorangan. Ketika bertugas di
Kansas City Film Ad Company, di mana beliau telah menghasilkan beberapa iklan-iklan
beranimasi pepotong. Di syarikat tersebut, Disney telah menyuburkan minatnya lagi dalam
bidang animasi, lantas ia telah mengembangkan lagi minatnya dengan menjadi juruanimasi.
Pada satu hari, Disney telah meminjam kamera dari tempat kerjanya yang mana telah
dibenarkan oleh pemilik Ad Company, iaitu A.V. Cauger, bertujuan untuk kegunaan
pengngujian animasinya sendiri di rumah beliau.
Dalam masa yang sama, Disney juga telah banyak membaca buku antaranya buku
Edwin G. Lutz yang berjudul Animated Cartoons: How They Are Made, Their Origin and
Development dan beliau mendapati bahawa animasi sel lebih berpotensi untuk berjaya dan
memiliki peluang yang cerah berbanding animasi pepotong yang dibuat di tempat ia bekerja.
Lalu Walt telah beralih arah kepada animasi sel dan beliau telah membuka perniagaan
animasinya sendiri. Beliau juga telah mengupah rakan kerja dari Kansas City Film Ad
Company iaitu Fred Harman sebagai pekerja yang pertama. Setelah syarikatnya semakin
berkembang, Walt dan Harman kemudian telah berjaya membuat perjanjian kerjasama
dengan pemilik pawagam tempatan iaitu Frank L. Newman yang mana ia merupakan
seorang tokoh yang dikenali sebagai pengusaha hiburan tersohor pada ketika itu di kawasan
Bandar Raya Kansas, bagi menyiarkan siri kartun yang berjudul "Laugh-O-Grams" di
pawagam tersebut.

WALTER ELIAS DISNEY (WALT DISNEY)

GAYA KEPIMPINAN WALTER ELIAS DISNEY


Disney memulakan kerjayanya dalam bidang animasi dengan menghadiri ke kelas animasi
di Chicago Institut of Art pada waktu malam dan sebelah siang pula beliau telah pergi ke
sekolah (Langer, 2000). Disney telah berjaya menemui sesuatu bidang yang beliau sangat
meminati lalu pada tahun 1923, Disney bersama-sama dengan saudaranya memulakan
Studio Disney Bros. (Langer, 2000).
Walt Disney mempunyai wawasan yang tinggi dan melakukan segala-galanya
dengan kuasa yang ada untuk menjadikan visi dan misinya menjadi satu kenyataandan
tercapai. Perjalanan karier beliau dalam membina empayarnya sendiri telah menjadikan diri
beliau berubah dan bertukar sebagai salah seorang pemimpin yang sangat berwibawa.
Impian beliau menjadi kenyataan dengan usaha gigih beliau, serta ciri-ciri utama kepimpinan
beliau yang telah beliau berjaya tonjolkan disepanjang karier beliau. Terdapat empat ciri-ciri
utama kepemimpin beliau iaitu seperti visi beliau yang jitu, kemahiran retorik, imej gaya dan
amanah (Northouse, 2013).

WALT DISNEY BERKEMBANG DI BAWAH KEPIMPINAN WALTER ELIAS DISNEY


Hollywood
Disney dan abangnya telah mengumpul duit untuk menubuhkan studio kartun di Hollywood.
Beliau juga telah mencari seorang pengedar untuk filem-filem terbarunya iaitu Alice
Comedies yang mula diusahakannya ketika beliau menetap di Bandar Raya Kansas, akan
tetapi tidak berjaya. Disney telah melamar Margaret Winkler di New York untuk menjadikan
ia sebagai pengedar cetakan Disney yang belum siap. Winkler telah bersetuju untuk
mengedarkannya serta bersetuju juga untuk mengedarkan filem-filem gabungan aksi
sebenar dan animasi karya Disney yang berkisah cerita dongeng iaitu Alice's Wonderland.
Siri terbaru Alice Comedies yang dibintangi oleh Dawn O'Day, Margie Gay dan Lois
Hardwick dan telah bersilih ganti untuk melakonkan watak Alice telah berjaya mendapat
sambutan penonton. Menjelang penghujung siri itu pada tahun 1927, tumpuan penonton
telah lebih diberikan kepada watak-watak animasi, terutamanya watak animasi kucing yang
bernama Julius yang menyerupai Felix the Cat pada ketika itu.
Mickey Mouse
Setelah kehilangan hak milik ke atas watak animasi Oswald iaitu watak animasi arnab,
Disney merasakan perlunya membangunkan watak-watak baru animasi untuk menggantikan
arnab tersebut. Beliau telah mendapat ilham dari seekor tikus yang pernah dibelanya ketika

WALTER ELIAS DISNEY (WALT DISNEY)

bertugas di Bandar Raya Kansas dahulu, lalu dilakarkan animasi seekor tikus tersebut. Ub
Iwerks salah seorang pekerja Disney telah memperhalusi lakaran tersebut agar mudah
untuk dianimasikan serta mudah diterima penonton. Suara dan perwatakan animasinya itu
pula disumbangkan oleh Disney. Menurut kata seorang pekerja Disney, "Ub melukis telah
melakar wajah Mickey, tetapi Walt yang telah memberikan jiwanya." Pada mulanya, watak
animasi tikus itu diberi nama "Mortimer", kemudian telah digantikan oleh "Mickey Mouse"
oleh Lillian Disney yang merasa nama Mortimer tidak sesuai. Tidak lama kemudian, nama
Mortimer telah digantikan untuk seekor lagi watak tikus yang lebih tinggi daripada Mickey
dan telah menjadi musuh ketat Mickey untuk merebutkan hati Minnie iaitu watak animasi
tikus betina yang sering digandingkan dengan Mickey.
Filem animasi pendek pertama yang menampilkan watak animasi Mickey ialah
merupakan filem senyap berjudul Plane Crazy. Filem berkenaan telah gagal untuk
mendapatkan pengedar serta susulan filem itu iaitu The Gallopin' Gaucho, lalu Disney
akhirnya telah menghasilkan kartun Mickey yang bersuara pula berjudul Steamboat Willie.
Seorang ahli perniagaan yang bernama Pat Powers telah menyalurkan khidmatnya untuk
menjadi pengedaran dan proses penyegerakan bunyi Cinephone kepada Disney. Akhirnya
Steamboat Willie iaitu filem kartun Mickey yang bersuara itu membawa kejayaan dan diikuti
dengan filem-filem sebelum ini iaitu Plane Crazy, The Galloping Gaucho, dan semua kartun
Mickey yang seterusnya yang dihasilkan dengan runut bunyi. Disney sendiri menyediakan
kesan suara untuk kartun-kartunnya yang terawal serta meminjamkan suaranya kepada
Mickey Mouse sehingga ke tahun 1946. Selepas keluarnya Steamboat Willie, Walt Disney
terus berjaya dalam menggunakan kesan bunyi untuk kesemua kartun-kartun yang
dihasilkan selanjutnya, manakala Cinephone turut menjadi pengedar baru bagi karya-karya
kartun bersuara Disney yang terawal. Lama kelamaan, watak kartun Mickey telah berjaya
mengatasi watak kartun Felix the Cat sebagai watak kartun yang paling popular pada ketika
itu. Pada tahun 1930, kartun Felix yang pada asalnya tidak bersuara telah mengikuti watak
kartun Mickey dengan mengenakan kesan suara juga. Walaubagaimanapun, filem kartun
Felix yang bersuara itu gagal untuk menarik perhatian penonton, lantas membuka peluang
untuk kartun Mickey mengungguli carta populariti pada awal 1930-an.
Silly Symphonies
Pada tahun 1929, telah munculnya siri terbaru watak kartun muzikal iaitu Silly Symphonies
yang mana telah mengikut jejak langkah siri kartun Mickey Mouse. Carl Stalling yang telah
dipertanggungjawabkan dalam menggubah skor muzik untuk kartun-kartun Silly Symphony
yang terawal. Judul pertama dalam siri itu berjudul The Skeleton Dance yang mana telah

WALTER ELIAS DISNEY (WALT DISNEY)

dilukis dan dianimasikan sepenuhnya oleh Iwerks, yang mana pada ketika itu kebanyakan
kartun keluaran Disney dari tahun 1928 dan 1929 telah dipertanggungjawabkan beliau untuk
melukis. Walaupun kedua-dua siri tersebut disambut dengan baik, namun studio Disney
berasa bahawa perkongsian keuntungan dengan Pat Powers tidak adil bagi pihak Disney,
lalu pada tahun 1930, Disney telah mengorak langkah dan telah berurusan dengan
Columbia Pictures.
Menjelang tahun 1932, Mickey Mouse telah menjadi watak wayang gambar yang
amat popular pada ketika itu dan kartun Silly Symphonies tidak berjaya menandinginya.
Walau bagaimanapun, pada tahun yang sama, Disney mendambai hasil persaingan dari
Max Fleischer iaitu kartun Betty Boop yang semakin meningkat naik popularitinya di
kalangan penonton. Fleischer dianggapkan sebagai pesaing utama Disney pada 1930-an,
dan juga bapa kepada Richard Fleischer yang telah diupah oleh Disney untuk mengarah
filem 20,000 Leagues Under the Sea pada tahun 1954.
Filem Cetera Animasi Terulung
Setelah terhasilnya dua siri kartun tersebut, Disney terus mengorak langkahnya dengan
memulakan perancangan untuk filem cetera yang panjang pada tahun 1934. Pada 1935,
tinjauan pendapat mendapati bahawa siri Popeye the Sailor hasil Max Fleischer telah
berjaya mengatasi populariti Mickey Mouse.
Walaubagaimanapun, Disney berjaya meletakkan Mickey di hadapan semula dengan
mewarnaikan dan memperbaharui semula penampilan watak tikus tersebut kepada apa
yang disifatkan sebagai wajah Mickey yang paling menawan sehingga kini. Setelah para
penggiat industri perfileman telah mengetahui rancangan Disney untuk mengadaptasikan
cerita dongeng Snow White dalam filem cetera animasi beliau, mereka semua telah
mentertawakan rancangannya itu dan menggelarkan Disney sebagai "Disney's Folly" iaitu
Kebodohan Disney kerana terlalu yakin bahawa projeknya itu akan meranapkan
perniagaannya. Lillian dan Roy juga telah memujuk Disney agar melupakan hasratnya itu,
namun Disney tetap dengan pendiriannya yang ingin mengusahakan filem cetera animasi
tersebut. Beliau telah mengambil khidmat Profesor Don Graham dari Institut Seni Chouinard
untuk memulakan latihan untuk kakitangan studionya, berlandaskan filem Silly Symphonies
sebagai platform untuk menguji animasi manusia realistik, animasi watak tersendiri, kesan
khas, dan penggunaan proses-proses dan peralatan khusus seperti kamera berbilang satah.
Pertama kali Disney menggunakan teknik kamera berbilang satah adalah untuk filem
pendek dalam siri Silly Symphonies yang berjudul The Old Mill (1937).

WALTER ELIAS DISNEY (WALT DISNEY)

Zaman Keemasan Animasi


Kejayaan terbesar buat kali pertama, yang mana Disney telah dikurniakan lapan anugerah
Oscar iaitu satu patung besar dan selebihnya patung kecil Oscar dengan hasil filem cetera
terulung iaitu Snow White, yang mana telah berjaya menarik minat penonton. Kejayaan itu
telah memangkinkan lagi semangat Disney untuk membina kampus baru Walt Disney
Studios di Burbank pada 24 Disember 1939. Snow White bukan sahaja menjadi tanda arah
kemuncak kejayaan Disney, bahkan juga memulakan zaman yang dikenali sebagai Zaman
Keemasan Animasi bagi Disney dan seluruh kakitangan animasi cetera secara amnya. Siri
animasi cetera diteruskan lagi dangan filem Pinocchio dan menyambungkan usahanya lagi
dengan membuat filem Fantasia dan Bambi serta cetera peringkat awal penerbitan Alice in
Wonderland dan Peter Pan pada ketika itu. Bagi kakitangan filem pendek pula meneruskan
usahanya denga siri kartun Mickey Mouse, Donald Duck, Goofy, dan Pluto, sambil
mengakhiri siri Silly Symphonies ketika itu. Juruanimasi Fred Moore melakar semula wajah
Mickey Mouse pada akhir 1930-an, ketika Donald Duck semakin popular di kalangan
penonton wayang berbanding Mickey Mouse.
Filem-filem Pinocchio dan Fantasia mengikut telah mengikuti jejak Snow White and
the Seven Dwarfs ke pawagam pada tahun 1940, tetapi kedua-duanya kurang sambutan
ketika itu. Filem Dumbo yang tidak seberapa mahal pula dirancangkan sebagai penjana
pendapatan, tetapi ketika filem ini dihasilkan, kebanyakan juruanimasi studio bermogok,
lantas menegangkan hubungan antara Disney dan para artisnya untuk jangka masa yang
agak lama.
19411945 Perang Dunia Kedua
Disney bersama sekumpulan juruanimasi dihantar ke Amerika Selatan oleh Jabatan Negara
Amerika Syarikat pada tahun 1941 sebagai salah satu langkah dalam Dasar Jiran Baik, di
samping dijamin kewangan untuk filem Saludos Amigos yang dirakam di benua itu.
Tidak lama selepas keluarnya filem Dumbo pada Oktober 1941, Amerika Syarikat
terjebak dalam Perang Dunia Kedua. Tentera Amerika Syarikat mengkontrakkan
kebanyakan

kemudahan

studio

Disney

dan

mengarahkan

kakitangannya

untuk

menghasilkan filem-filem latihan dan arahan untuk bala tenteranya, filem-filem yang
bertujuan menaikkan semangat rakyat.
Pada tahun 1944, William Benton, penerbit Encyclopdia Britannica, gagal dalam
rundingan dengan Disney untuk menghasilkan sebanyak enam hingga 12 filem berunsur

WALTER ELIAS DISNEY (WALT DISNEY)

pendidikan setiap tahun. Disney diminta oleh Penyelaras Hal Ehwal Antara Amerika untuk
membikin filem pendidikan mengenai Lembangan Amazon, maka terhasilnya filem pendek
The Amazon Awakens (1944).
19451955 Selepas Perang
Studio Disney turut menghasilkan pakej filem murah yang mengandungi koleksi filem-filem
kartun pendek, lalu mengeluarkannya di pawagam sepanjang akhir 1940-an. Pakej ini
merangkumi Make Mine Music (1946), Fun and Fancy Free (1947), Melody Time (1948),
dan The Adventures of Ichabod and Mr. Toad(1949). Pada masa yang sama, Disney turut
menceburi filem cetera dramatis yang mengadun babak-babak animasi dan aksi sebenar,
termasuk Song of the South dan So Dear to My Heart. Selepas berakhirnya perang,
Populariti sudah mula berkurangan.
Pada akhir 1940-an, studionya telah dipulihkan secukupnya untuk meneruskan
penerbitan filem-filem cetera Alice in Wonderland dan Peter Pan yang tertangguh akibat
peperangan, lalu memulakan pembikinan filem Cinderella, yang menjadikan filem Disney
paling berjaya sejak Snow White and the Seven Dwarfs. Studio ini turut memulakan siri filem
aksi sebenar bertema alam semula jadi yang berjudul True-Life Adventures pada tahun
1948, bermula dengan On Seal Island. Walaupun dijayakan oleh filem cetera, namun filemfilem animasi pendek Disney tidak selaris dahulu, kerana orang ramai mula memberi
perhatian kepada Warner Bros. dan bintang animasinya Bugs Bunny. Pada tahun 1942,
studio Termite Terrace Warner Bros. menjadi studio animasi paling popular. Bugs Bunny
semakin popular pada 1940-an, begitu juga dengan Donald Duck, hinggakan Donald
mengambil tempat Mickey Mouse sebagai bintang utama animasi Disney pada tahun 1949.
Pada pertengahan 1950-an, Disney menghasilkan sebilangan filem pendidikan
mengenai program angkasa dengan kerjasama pereka roket NASAWernher von Braun,Man
in Space dan Man and the Moon (1955), dan Mars and Beyond (1957).
19551966 Taman Tema Disneyland
Pandangan udara Disneyland dari barat laut ke tenggara, Ogos 1963. New Melodyland
Theater di atas. The Santa Ana Freeway di sudut kiri atas.
Ketika menjelaskan salah satu rancangan terawalnya kepada Herbert Ryman
(pereka lukisan pandangan udara pertama Disneyland yang dibentangkan kepada Bank of
America ketika memohon pembiayaan), Disney berkata, "Herbie, saya cuma mahu
menampakkannya seolah-olah tiada yang seumpamanya di dunia, dikelilingi oleh kereta api

WALTER ELIAS DISNEY (WALT DISNEY)

lagi." Disney mendapat idea landasan kereta api mengelilingi Disneyland, daripada
menghiburkan anak-anaknya dan kawan-kawan mereka di halaman rumah serta membawa
mereka menaiki Carolwood Pacific Railroad.
Menceburi Bidang Baru
Sambil memulakan pembinaan Disneyland, Walt Disney Productions turut menceburi
bidang-bidang hiburan yang lain. Pada tahun 1950, Treasure Island menjadi filem cetera
aksi sebenar sepenuhnya yang pertama terbitan studionya, diikuti 20,000 Leagues Under
the Sea (dalam format CinemaScope, 1954), Old Yeller (1957), The Shaggy Dog (1959),
Pollyanna (1960), Swiss Family Robinson (1960), The Absent-Minded Professor (1961), dan
The Parent Trap (1961).
Ketika studionya diluaskan dan dipelbagaikan ke media-media lain, Disney kurang
memberi perhatian kepada jabatan animasi, sebaliknya mengamanahkan sebahagian besar
pengendalian jabatan tersebut kepada sembilan orang juruanimasi terpentingnya yang
digelar Nine Old Men. Sepanjang hayat Walt Disney, jabatan animasi menjayakan filem
Lady and the Tramp (dalam format CinemaScope, 1955), Sleeping Beauty (dalam format
Super Technirama70mm, 1959), One Hundred and One Dalmatians (1961), dan The Sword
in the Stone (1963).
Kejayaan Awal 1960-an
Menjelang awal 1960-an, terbuktinya kejayaan besar empayar Disney, apabila Walt Disney
Productions menempa nama sebagai peneraju penerbitan hiburan seisi keluarga di dunia.
Setelah berpuluh-puluh tahun mengejarnya, Disney akhirnya memperoleh hak milik
buku-buku P. L. Travers yang menceritakan seorang pengasuh ajaib. Filem Mary Poppins
yang keluar pada tahun 1964 merupakan filem Disney paling berjaya sepanjang 1960-an,
menampilkan skor lagu malar hijau yang digubah oleh Sherman Bersaudara. Pada tahun
yang sama, Disney memperkenalkan koleksi pameran di 1964 New York World's Fair,
termasuk figura Audio-Animatronic, yang semuanya disepadukan dalam tarikan-tarikan di
Disneyland dan sebuah lagi projek taman tema di Pantai Timur.
Rancangan Disney World Dan EPCOT
Disney World dijangka merangkumi sebuah lagi Disneyland yang lebih besar dan teliti iaitu
Magic Kingdom, disamping sebilangan padang golf dan resort penginapan. Di pusat Disney
World pula, bakal didirikan Kota (atau Komuniti) Prototaip Bereksperimen Masa Akan

WALTER ELIAS DISNEY (WALT DISNEY)

10

Datang (Experimental Prototype City (or Community) of Tomorrow), atau singkatannya


EPCOT.

EVOLUSI WALT DISNEY


1967 Hingga Kini Pusaka Meneruskan Wawasan
Plak di pintu masuk yang memaktubkan semangat Disneyland yang diingini oleh Walt
Disney, meninggalkan alam realitidan memasuki alam fantasi.
Selepas pemergian Walt Disney, Roy Disney menguasai sepenuhnya Walt Disney
Productions dan WED Enterprises. Pada bulan Oktober 1967, keluarga Disney bertemu di
Cinderella Castle di Magic Kingdom untuk merasmikan Walt Disney World Resort.
Empayar Hiburan Disney
Kini, perniagaan studio filem dan animasi serta taman-taman tema Walt Disney telah
berkembang menjadi sebuah perbadanan televisyen, perfileman, destinasi pelancongan dan
media berbilion-bilion dolar yang telah membawa namanya. The Walt Disney Company kini
memiliki antaranya lima resort percutian, sebelas taman tema, dua taman air, 39 hotel, lapan
studio filem, enam label rakaman, sebelas rangkaian televisyen kabel, dan sebuah
rangkaian televisyen terestrial. Pada tahun 2007, syarikat Walt Disney meraih pendapatan
tahunan melebihi AS$ 35 bilion.
Animasi Disney Terkini
Walt Disney merupakan seorang pelopor dalam bidang animasi watak. Beliau merupakan
antara tokoh-tokoh terawal yang berganjak dari kartun-kartun ringkas yang menampilkan
"jenaka pelik-pelik yang mustahil" dan watak-watak yang dilukis secara kasar, ke suatu
bentuk seni dengan kisah-kisah yang menyayat hati dan watak-watak yang boleh didekati
penonton dengan penuh perasaan. Keperibadian yang dipamerkan dalam watak-watak
filemnya serta kemajuan teknologi masih berpengaruh dalam animasi zaman sekarang.
Beliau juga dianggap oleh ramai rakan sekerjanya sebagai tukang cerita yang berkepakaran
tetapi bahagian animasinya ligat dengan kematiannya sehingga pada akhir 1980-an ketika
bermulanya zaman Disney Renaissance. Antara filem-filem yang paling lumayan dan
disambut hangat ketika ini ialah Who Framed Roger Rabbit (1988), The Little Mermaid
(1989), Beauty and the Beast (1991), Aladdin (1992) dan The Lion King (1994). Pada tahun
1995, Walt Disney Pictures mengedar filem Toy Story buatan Pixar, iaitu filem cetera
animasi komputer yang tersulung. Anak saudara Walt Disney, Roy E. Disney berpendapat
bahawa Walt pasti menyukai Toy Story kerana filem itu menepati citarasanya.
10

WALTER ELIAS DISNEY (WALT DISNEY)

11

Kesan kebangkitan filem animasi komputer, filem-filem animasi tradisional lukisan


insani semakin kurang mendapat sambutan pada awal 2000-an, menyebabkan syarikat
Disney mengambil keputusan yang gempar untuk menutup bahagian animasi tradisional,
menyebabkan ratusan kakitangan kehilangan pekerjaan. Dua studio satelit di Paris dan
Orlando ditutup, sementara studio utama di Burbank ditukar kepada kemudahan penerbitan
animasi komputer. Pada tahun 2004, Disney mengeluarkan filem yang diwawarkan sebagai
filem cetera "animasi tradisional" yang terakhir, iaitu Home on the Range. Walau
bagaimanapun, semenjak Disney membeli Pixar pada tahun 2006 sementara John Lasseter
dilantik sebagai Ketua Pegawai Kreatif, pendirian tersebut telah diubah dengan keluarnya
filem The Princess and the Frog yang disambut baik pada tahun 2009, sekaligus
menandakan kembalinya Disney kepada animasi tradisional dan pengambilan semula
khidmat kakitangan yang dilucutkan terdahulu. Kini, Disney menghasilkan animasi
tradisional dan komputer sekali gus.

11

WALTER ELIAS DISNEY (WALT DISNEY)

12

SUMBER RUJUKAN
Buku / Journal
Disneyland Paris. Michelin. 2002-08-07. p. 38.
Neal Gabler, "Walt Disney: The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 9-10.
Neal Gabler, "Walt Disney: The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 15.
Neal Gabler, "Walt Disney: The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 30.
Neal Gabler, "Walt Disney: The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 128.
Neal Gabler, "Walt Disney: The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 129.
Thomas 1994, halaman 3341
"Walt Disney Hometown Museum". Walt Disney Museum. Dicapai pada 2008-05-21.
Laman Sesawang
"Walt Disney biography". Just Disney. Dicapai pada 2016-11-10.
Gordon, Ian. "Felix the Cat". St. James Encyclopedia of Pop Culture. Diarkibkan daripada
originalDicapai pada 2016-11-10
Neal Gabler, "Walt Disney: The Triumph of the American Imagination" (2006), p. 142.
Merritt, Russell. "THE BIRTH OF THE SILLY SYMPHONIES". Disney. Dicapai pada 201611-10.
"Chronology of the Walt Disney Company". Island Net. Dicapai pada 2016-11-10
Langer, Mark (July 1997). "Popeye From Strip To Screen" (PDF) 2 (4). Animation Magazine:
1719. Dicapai pada 2016-11-10
"Fleischer brothers". Encyclopdia Britannica. Dicapai pada 2016-11-10.
"Chronology of the Walt Disney Company". Island Net. Dicapai pada 2016-11-10
"System 4". Widescreen Museum. Dicapai pada 2016-11-10

12

You might also like