Professional Documents
Culture Documents
(Pindaan)
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
Akta A1407
AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI
PEMBINAAN MALAYSIA (PINDAAN) 2011
Undang-Undang Malaysia
AKTA A1407
...
...
26 Ogos 2011
...
15 September 2011
Hakcipta Pencetak H
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk
yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau
sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik).
Akta A1407
Undang-Undang Malaysia
AKTA A1407
Undang-Undang Malaysia
AKTA A1407
Undang-Undang Malaysia
AKTA A1407
10
Undang-Undang Malaysia
AKTA A1407
11
12
Undang-Undang Malaysia
AKTA A1407
Pindaan seksyen 11
5. Seksyen 11 Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan
Pegawai di mana-mana jua terdapat.
Pindaan seksyen 15
6. Seksyen 15 Akta ibu dipinda
(a) dalam perenggan (2)(g), dengan menggantikan perkataan
kontraktor dan akreditasi, pemerakuan dan pendaftaran
pekerja binaan mahir dan penyelia tapak binaan dengan
perkataan , akreditasi, pemerakuan dan latihan kontraktor
dan personel binaan di bawah Akta ini;
(b) d e n g a n m e m o t o n g p e r k a t a a n d a n d i h u j u n g
perenggan (2)(h); dan
(c) dengan memasukkan selepas perenggan (2)(h) perenggan
yang berikut:
(ha) wang yang dipungut dan diterima di bawah
seksyen 38C; dan.
Pindaan seksyen 20
7. Seksyen 20 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas
perkataan Menteri di mana-mana jua terdapat perkataan dan
Menteri Kewangan.
Pindaan seksyen 21
8. Seksyen 21 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas
perkataan Menteri di mana-mana jua terdapat perkataan dan
Menteri Kewangan.
Pindaan seksyen 22
9. Seksyen 22 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas
perkataan Menteri di mana-mana jua terdapat perkataan dan
Menteri Kewangan.
13
Pindaan seksyen 23
10. Seksyen 23 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas
perkataan mengambil khidmat perkataan atau melantik.
Penggantian seksyen 24
11. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 24 dengan
seksyen yang berikut:
Pewakilan fungsi dan kuasa Lembaga
24. (1) Lembaga boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, had
atau sekatan yang difikirkannya patut dikenakan, mewakilkan
mana-mana fungsi dan kuasanya, kecuali kuasa untuk
meminjam wang, memberikan pinjaman, melabur, membuat
peraturan-peraturan, atau kuasa yang dinyatakan di bawah
perenggan 4(2)(c) kepada
(a) mana-mana anggota Lembaga;
(b) mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh
Lembaga; atau
(c) mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga,
dan mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian
boleh dilaksanakan, dijalankan atau ditunaikan oleh anggota,
jawatankuasa, pegawai atau pekhidmat itu, mengikut manamana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga.
(2) Sesuatu pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah
menghalang Lembaga sendiri daripada melaksanakan atau
menjalankan pada bila-bila masa mana-mana fungsi dan kuasa
yang diwakilkan..
Pindaan Bahagian VI
12. Bahagian VI Akta ibu dipinda dalam kepala, dengan
memasukkan selepas perkataan PENDAFTARAN perkataan
DAN AKREDITASI.
14
Undang-Undang Malaysia
AKTA A1407
Pindaan seksyen 25
13. Seksyen 25 Akta ibu dipinda
(a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen
yang berikut:
(1) Tiada seorang pun boleh menjalankan atau
menyiapkan, mengaku janji untuk menjalankan
atau menyiapkan mana-mana kerja pembinaan atau
mengaku dirinya sebagai kontraktor, melainkan jika
dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu
perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh
Lembaga di bawah Akta ini.; dan
(b) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen
yang berikut:
(3) Lembaga boleh, bagi maksud pendaftaran
kontraktor, mengenakan apa-apa syarat yang
difikirkannya patut.
(4) Lembaga boleh menggantung, membatalkan,
mengembalikan semula atau menolak mana-mana
pendaftaran mana-mana orang di bawah Akta ini.
(5) Seseorang yang terkilan dengan keputusan
Lembaga yang dibuat di bawah subseksyen (4)
boleh, dalam tempoh tiga puluh hari selepas tarikh
keputusan Lembaga dimaklumkan kepadanya, merayu
kepada Menteri secara bertulis terhadap keputusan
itu dan keputusan yang dibuat oleh Menteri adalah
muktamad..
Seksyen baru 25A
14. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 25
seksyen yang berikut:
Akreditasi kontraktor
25A. (1) Lembaga boleh mengakreditasi kontraktor mengikut
cara dan bentuk yang ditetapkan di bawah peraturan-peraturan
yang dibuat di bawah Akta ini.
15
16
Undang-Undang Malaysia
AKTA A1407
Penggantian seksyen 29
17. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 29 dengan
seksyen yang berikut:
Penalti bagi menjalankan kerja pembinaan tanpa
didaftarkan
29. Mana-mana orang yang melanggar subseksyen 25(1)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh
didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi
tidak melebihi satu ratus ribu ringgit..
Pindaan seksyen 30
18. Seksyen 30 Akta ibu dipinda
(a) dalam nota bahu, dengan memotong perkataan kepada
kontraktor tidak berdaftar;
(b) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen
yang berikut:
(1) Jika Lembaga mendapati bahawa kerja pembinaan
sedang dijalankan atau telah disiapkan, atau telah diaku
janji untuk dijalankan atau disiapkan oleh mana-mana
orang yang tidak berdaftar dengan Lembaga di bawah
Akta ini, Lembaga hendaklah melalui notis bertulis yang
disampaikan kepada orang itu menghendaki orang itu
untuk berhenti daripada memulakan atau meneruskan
kerja pembinaan atau daripada mengaku janji untuk
menjalankan atau menyiapkan kerja pembinaan itu,
dengan atau tanpa syarat.;
(c) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen
yang berikut:
(1 A ) Jika Lembaga mendapati bahawa kerja
pembinaan sedang dijalankan atau disiapkan, atau
telah diaku janji untuk dijalankan atau disiapkan oleh
seorang kontraktor berdaftar berlanggaran dengan
mana-mana peruntukan Akta ini, Lembaga boleh,
melalui notis bertulis yang disampaikan kepada orang
itu, menghendaki orang itu untuk berhenti daripada
memulakan atau meneruskan kerja pembinaan atau
17
Tafsiran
32. Bagi maksud Bahagian ini, tred ertinya tred atau
pekerjaan yang pada kebiasaannya dikaitkan dengan pekerja
binaan mahir.
18
Undang-Undang Malaysia
AKTA A1407
19
20
Undang-Undang Malaysia
AKTA A1407
21
22
Undang-Undang Malaysia
AKTA A1407
Pindaan seksyen 34
22. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 34 dengan
seksyen yang berikut:
Pengenaan levi
34. (1) Tiap-tiap kontraktor hendaklah mengisytiharkan dan
mengemukakan kepada Lembaga, mengikut cara yang ditetapkan
oleh Lembaga, apa-apa kontrak yang telah diawardkan
kepadanya mengenai apa-apa kerja pembinaan.
(2) Bagi tiap-tiap kontrak yang disebut dalam subseksyen
(1), sama ada disetemkan atau tidak, yang mempunyai jumlah
kontrak yang melebihi lima ratus ribu ringgit, kontraktor
hendaklah bertanggungan untuk membayar kepada Lembaga
suatu levi pada kadar suku peratus daripada jumlah kontrak
itu.
(3) Tiap-tiap kontraktor hendaklah menzahirkan sepenuhnya
kepada Lembaga semua fakta dan hal keadaan yang menyentuh
liabilitinya untuk membayar levi itu.
(4) Lembaga hendaklah memberitahu kontraktor amaun levi
yang kena dibayar dalam apa-apa tempoh yang ditetapkan
oleh Lembaga dan pemberitahuan oleh Lembaga itu hendaklah
menjadi keterangan prima facie tentang amaun levi yang
kena dibayar oleh kontraktor.
(5) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan
dalam Warta, mengubah kadar levi yang dinyatakan dalam
subseksyen (2).
(6) Dalam keadaan apabila terdapat lebih daripada seorang
kontraktor yang merupakan pihak kepada suatu kontrak yang
disebut dalam subseksyen (1), setiap dan tiap-tiap kontraktor
itu adalah bertanggungan bersesama dan berasingan untuk
membayar levi itu, melainkan jika dibuktikan sebaliknya
sehingga memuaskan hati Lembaga.
(7) Jika Lembaga mempunyai sebab untuk mempercayai
bahawa mana-mana syarat dalam mana-mana kontrak yang
23
24
Undang-Undang Malaysia
AKTA A1407
Kewajipan kontraktor
34B. (1) Seseorang kontraktor yang mengusahakan apa-apa
kerja pembinaan hendaklah
(a) memberitahu dan mengemukakan kepada Lembaga
apa-apa maklumat dan dokumen, termasuk
apa-apa dokumen sokongan yang berhubungan
dengan kerja pembinaan itu, sama ada baru atau
sebaliknya, mengikut Akta ini;
25
26
Undang-Undang Malaysia
AKTA A1407
(b) mengenakan ke atas kontraktor itu, semua atau manamana arahan dalam subseksyen (2);
(c) mengenakan penalti yang tidak melebihi lima ratus
ribu ringgit ke atas kontraktor itu.
(2) Lembaga boleh, bagi maksud keselamatan awam atau
mencegah apa-apa situasi yang disebut dalam subseksyen
34B(2), mengeluarkan suatu arahan bertulis kepada kontraktor
kerja pembinaan itu, supaya kontraktor itu
(a) serta-merta menghentikan kerja pembinaan itu;
(b) menjalankan atau menyebabkan supaya dijalankan
dengan kos kepada kontraktor apa-apa pemeriksaan
sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
(c) menjalankan atau menyebabkan supaya dijalankan
dengan kos kepada kontraktor apa-apa kerja pembinaan
sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
(d) memusnahkan atau menyebabkan supaya dimusnahkan
dengan kos kepada kontraktor bangunan yang cacat,
atau apa-apa kegagalan atau kejadian lain yang
berlaku yang berkenaan dengannya kerja pembinaan
itu sedang dijalankan atau telah dijalankan atau manamana bahagian daripadanya, dan mengalihkan apaapa sisa runtuhan akibat pemusnahan itu; atau
(e) membatalkan atau menggantung pendaftaran kontraktor
itu yang diberikan di bawah Akta ini.
(3) Jika mana-mana kontraktor tidak mematuhi arahan yang
dikeluarkan oleh Lembaga di bawah seksyen ini dalam masa
yang dinyatakan, Lembaga boleh menjalankan arahan itu
mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Lembaga
dan mendapatkan dalam mahkamah yang berbidang kuasa
berwibawa, sebagai hutang yang kena dibayar kepada Lembaga,
semua perbelanjaan yang dilakukan dengan munasabah oleh
Lembaga dalam berbuat demikian daripada kontraktor itu.
(4) Tanpa menjejaskan hak Lembaga untuk menjalankan
kuasanya di bawah subseksyen (3), mana-mana kontraktor
yang tanpa alasan yang munasabah, tidak mematuhi manamana arahan yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen
(2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan
27
28
Undang-Undang Malaysia
AKTA A1407
29
Kuasa penyiasatan
35A. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai
segala kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan di
bawah Akta ini.
(2) Apabila selesai penyiasatannya, pegawai diberi kuasa
hendaklah serta-merta memberikan segala maklumat yang
berhubungan dengan pelakuan mana-mana kesalahan kepada
seorang pegawai yang menjaga suatu balai polis dan seorang
pegawai polis boleh, dengan waran, menangkap mana-mana
orang yang mungkin telah melakukan suatu kesalahan di
bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di
bawahnya.
Kad kuasa
35B. (1) Pengerusi hendaklah mengeluarkan kepada setiap
pegawai diberi kuasa suatu kad kuasa yang hendaklah
ditandatangani oleh Pengerusi.
(2) Bilamana pegawai sedemikian menjalankan mana-mana
kuasa di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila diminta,
mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu
sedang dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di
bawah subseksyen (1).
Penggeledahan dan penyitaan dengan waran
35C. (1) Jika ternyata pada seorang Majistret, berdasarkan
maklumat bertulis secara bersumpah dan selepas apa-apa
siasatan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Majistret itu
bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai
bahawa
(a) mana-mana premis atau tapak pembinaan telah
digunakan atau akan digunakan bagi; atau
(b) terdapat dalam mana-mana premis atau tapak
pembinaan, keterangan yang perlu kepada pengendalian
penyiasatan terhadap,
30
Undang-Undang Malaysia
AKTA A1407
pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau manamana peraturan atau kaedah yang dibuat di bawah Akta ini,
Majisret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi
kuasa seorang pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalamnya,
pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau
malam dan dengan atau tanpa bantuan untuk memasuki premis
atau tapak pembinaan itu dan jika perlu dengan menggunakan
kekerasan.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran
yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa pegawai
diberi kuasa untuk
(a) menggeledah dan menyita apa-apa bahan binaan,
kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen
berkomputer, barang atau benda lain yang dengan
semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan
mengenai pelakuan kesalahan itu;
(b) mengambil sampel apa-apa bahan binaan atau benda
yang dijumpai di premis atau tapak pembinaan itu
bagi maksud menentukan, dengan ujian atau selainnya,
sama ada kesalahan itu telah dilakukan;
(c) membuat salinan atau mengambil cabutan daripada
mana-mana buku, rekod, dokumen, dokumen
berkomputer, barang atau benda lain yang dijumpai
di premis atau tapak pembinaan itu; dan
(d) mengarahkan bahawa premis atau tapak pembinaan
itu atau mana-mana bahagian daripadanya atau apaapa benda di dalamnya, hendaklah dibiarkan tanpa
disentuh, sama ada secara am atau khusus, dengan
melekatkan suatu lak.
(3 Seseorang pegawai diberi kuasa yang memasuki manamana premis atau tapak pembinaan di bawah seksyen ini boleh
membawa bersamanya mana-mana orang dan kelengkapan
lain sebagaimana yang difikirkannya perlu.
(4) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, pada menjalankan
kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu
(a) memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis
atau tapak pembinaan itu atau apa-apa halangan ke
premis atau tapak pembinaan itu untuk masuk ke
dalam premis atau tapak pembinaan itu;
31
32
Undang-Undang Malaysia
AKTA A1407
33
(2) Jika Lembaga berhasrat untuk memberikan apaapa perakuan yang disebut dalam subseksyen (1) sebagai
keterangan, Lembaga hendaklah menyerahkan suatu salinan
perakuan itu kepada tertuduh tidak kurang daripada sepuluh
hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu.
Kuasa untuk memasuki premis, dsb.
35H. Walau apa pun seksyen 35C dan 35D, seorang pegawai
diberi kuasa boleh pada bila-bila masa memasuki mana-mana
premis atau tapak pembinaan bagi maksud
(a) memeriksa apa-apa bahan binaan, kelengkapan, alatan,
buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang
atau benda lain sebagaimana yang difikirkan perlu
oleh pegawai diberi kuasa itu;
(b) menentusahkan ketepatan rekod atau pernyataan
maklumat yang diberikan kepada pegawai diberi
kuasa atau kepada Lembaga; atau
(c) memungut sampel yang dikehendaki di bawah Akta
ini.
Pemeriksaan orang
35I. Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang
yang lain yang sama jantinanya dengannya, dan pemeriksaan
itu hendaklah dijalankan dengan penuh kesopanan.
Capaian kepada data berkomputer
35J. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan
penggeledahan di bawah Akta ini hendaklah diberi capaian
kepada data berkomputer sama ada yang disimpan dalam
suatu komputer atau selainnya.
(2) Bagi maksud seksyen ini, capaian hendaklah diberikan
dengan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan,
perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain
yang dikehendaki untuk membolehkan pemahaman data
berkomputer itu.
34
Undang-Undang Malaysia
AKTA A1407
35
36
Undang-Undang Malaysia
AKTA A1407
37
38
Undang-Undang Malaysia
AKTA A1407
39
40
Undang-Undang Malaysia
AKTA A1407
41
Pindaan seksyen 37
26. Seksyen 37 Akta ibu dipinda
(a) dalam subseksyen (2)
(i) dengan menggantikan perenggan (a) dengan
perenggan yang berikut:
(a) menetapkan syarat, cara, bentuk, jenis,
gred dan tatacara bagi pendaftaran,
akreditasi atau pemerakuan kontraktor
dan personel binaan dan penggantungan,
pembatalan, pengembalian semula atau
penolakan pendaftaran, akreditasi atau
pemerakuan kontraktor dan personel
binaan;;
(ii) dengan menggantikan perenggan (b) dengan
perenggan yang berikut:
(b) menetapkan cara, bentuk dan tatacara bagi
pungutan levi;;
(iii) dalam perenggan (e), dengan menggantikan perkataan
cara dan bentuk akreditasi dan pemerakuan pekerja
binaan mahir dan penyelia tapak binaan dengan
perkataan syarat, cara, bentuk, jenis, gred dan
penentuan standard kemahiran dan kecekapan
personel binaan;
(iv) dalam perenggan (f), dengan memasukkan selepas
perkataan kawalan perkataan anggota,;
(v) dengan memotong perkataan dan di hujung
perenggan (h);
(vi) dengan menggantikan perenggan (i) dengan perenggan
yang berikut:
(i) menetapkan bentuk, kaedah dan tatacara
bagi pengkompaunan kesalahan;; dan
42
Undang-Undang Malaysia
AKTA A1407
43
Pindaan seksyen 38
27. Subseksyen 38(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan
perkataan secara bertulis oleh Pengerusi Lembaga dengan
perkataan oleh Pendakwa Raya.
Seksyen baru 38A, 38B dan 38C
28. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 38
seksyen yang berikut:
Kehadiran bagi Lembaga dalam prosiding sivil
38A. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang
bertulis, dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap
Lembaga
(a) mana-mana pegawai Lembaga atau mana-mana pegawai
awam yang diberi kuasa oleh Pengerusi; atau
(b) mana-mana anggota Bar Malaysia,
boleh bagi pihak Lembaga, menjalankan prosiding itu dan
boleh membuat dan melakukan semua kehadiran, perbuatan
dan permohonan berkenaan dengan prosiding itu.
Perlindungan kepada Lembaga, dsb.
38 B . (1) Tiada tindakan boleh dibawa, dimulakan atau
dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Lembaga
atau anggotanya, pegawainya, pekhidmatnya atau ejennya
bagi apa-apa benda yang dilakukan atau ditinggalkan daripada
dilakukan oleh Lembaga atau anggotanya, pegawainya,
pekhidmatnya atau ejennya secara suci hati tanpa kecuaian dan
dibuat bagi menjalankan mana-mana kuasa atau pelaksanaan
mana-mana kewajipan di bawah Akta ini.
(2) Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan
atau prosiding terhadap Lembaga atau anggotanya, pegawainya,
pekhidmatnya atau ejennya berkenaan dengan apa-apa
44
Undang-Undang Malaysia
AKTA A1407
45
46
Undang-Undang Malaysia
AKTA A1407
47
No.
1.
MS 147:2001, MS 1522:2007
dan MS 795:2002
MS 147:2001
MS 147:2001
MS 795:2002
2.
Jubin seramik
MS ISO 13006:2003
3.
MS 1462:1999
4.
MS 1061:Bahagian 2:2008
48
Undang-Undang Malaysia
No.
5.
MS 144:2006
6.
MS 145:2006
7.
Simen Portland:
8.
AKTA A1407
MS 888:1991
MS 522:Bahagian 1:2007
(c) S i m e n P o r t l a n d t a h a n
sulfat
MS 1037:1986
MS 1227:2003
(e) S i m e n P o r t l a n d r e l a u
bagas
MS 1389:1995
Simen hidraulik:
(a) Simen abu bahan api hancur
pozzolana
MS 1520:2001
MS 1388:1995
MS 794:2010
9.
MS 146:2006
10.
CIS 5
11.
MS 1490:2001
12.
MS 1314:Bahagian 1-6:2004
13.
MS ISO 4344:2004
14.
MS 1462:1999
15.
16.
17.
MS 1092:1987
MS 1093:1987
MS 1137:2009
MS 1138:Bahagian 1-4:2007
MS 1239-1:2009
Bahan penebatan:
(a) Spesifikasi bagi bahan
penebatan terma gentian
mineral
MS 1020:2010
Kaca apung:
(a) S p e s i f i k a s i b a g i k a c a
apung dan kaca apung
plat digilap
49
MS 1138:Bahagian 1-4:2007
50
Undang-Undang Malaysia
No.
18.
AKTA A1407
MS 1064:Bahagian 3:2001
MS 1064:Bahagian 4:2001
MS 1064:Bahagian 5:2001
MS 1064:Bahagian 6:2001
(e) Jubin
MS 1064:Bahagian 7:2001
(f) B a t u , b a t a
bongkah
dan
MS 1064:Bahagian 8:2001
(g) Kabinet
MS 1064:Bahagian 9:2001
(h) K o m p o n e n k o n k r i t
tetulang
MS 1064:Bahagian 10:2001 ..
Peruntukan peralihan
33. (1) Mana-mana personel binaan yang, sebaik sebelum tarikh
permulaan kuat kuasa Akta ini, telah terlibat atau diambil atau
mengaku janji untuk terlibat atau diambil sebagai personel binaan
termasuk mana-mana penyelia tapak binaan atau pekerja binaan
mahir, boleh terus berbuat demikian selama tempoh dua belas
bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
(2) Semasa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1),
personel binaan termasuk penyelia tapak binaan dan pekerja
binaan mahir itu hendaklah, dengan seberapa cepat yang dapat
dilaksanakan membuat permohonan bagi pendaftaran, akreditasi
atau pemerakuan, mengikut mana-mana yang terpakai baginya,
mengikut Akta ini.
(3) Mana-mana orang yang sebaik sebelum tarikh permulaan
kuat kuasa Akta ini, telah berurusan atau mengaku janji untuk
diambil dalam berurusan dengan bahan binaan yang dinyatakan
di bawah Jadual Keempat tanpa pemerakuan oleh Lembaga, boleh
terus berbuat demikian selama tempoh enam bulan dari tarikh
permulaan kuat kuasa Akta ini.