You are on page 1of 3

SAINS SEKOLAH RENDAH

MENGIMBAS KEMBALI
Dalam sejarah perkembangan pendidikan sains sekolah rendah di Malaysia,
ia boleh disimpulkan bahawa perubahan kurikulum adalah satu inovasi
(Kementerian Pelajaran dan UNESCO, 1988; SEAMEO-RECSAM, 1983; SEAMEORECSAM, 1973). Perubahan ini juga merupakan multidimensi dalam erti kata lain
ia melibatkan sekurang-kurangnya tiga dimensi dalam pelaksanaannya (Fullan,
1991). Komponen-komponennya adalah seperti berikut:
(i) penggunaan bahan-bahan kurikulum yang disemak semula atau
baharu atau berteknologi;
(ii) penggunaan pendekatan baharu;
(iii) pengubahsuaian kepercayaan, contohnya, andaian pedagogi dan teori
berkenaan polisi baharu atau inovasi.
Pada pandangan kita semua perkembangan kurikulum di Malaysia setiap
perubahan kurikulum yang berlaku akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan
dan akan disebarkan kepada semua sekolah-sekolah di negara ini.
KAJIAN ALAM SEMULAJADI
Pada akhir abad kesembilan belas hingga pertengahan abad kedua puluh,
sains diajar di sekolah rendah sebagai Kajian Alam Semulajadi, melibatkan
pengetahuan tentang fakta- fakta dan hukum-hukum alam semulajadi sebagai asas
penyiasatan saintifik.
Pengajaran sains di peringkat sekolah rendah telah
dilaksanakan dalam semua bidang bermakna semua matapelajaran digabungkan
secara beransur-ansur dan dihubungkaitkan dengan persekitaran dan pengalaman
seharian murid.
Dalam mencapai negara yang sedang membangun, perkembangan kurikulum
harus berubah . Satu kajian telah dilakukan dengan memperkenalkan Projek Khas.
PROJEK KHAS
KajianAlam
Semulajadi
telahdigantikan
dengan
sukatan
pelajaranSainsRenda hpada tahun 1965. Inovasi ini telah diadaptasikandari Nuffield
Junior Science project,UK (1964 ),tetapi disesuaikan dengan keperluan tempatan.
Kurikulumberasaskan subjek, di mana tumpuan adalah pada penguasaan peng
etahuan saintifik dan bukannya ciri-ciri murid.
Kebanyakan guru-guru sains disekolah rendah, terutamanyadi kawasan luar
bandar mempunyai latar belakang pendidikan yang rendah tetapi juga telah
menerima latihan profesional yang tidak mencukupi dalam metodologi sains dan
kandungan dalam mata pelajaran itusendiri. Mereka juga dilatih sebagai guru untuk
mengajar semua mata pelajaran sekolahrendah. Banyak amalan dalam bilik darjah
berpusatkan buku teks dan penghafalan nota.

Pencapaian prestasi murid-murid didapati lemah di sekolah-sekolah rendah


luar bandar, terutamanya dalam bidang sains, maka Kementerian Pelajaran telah
memperkenalkan Projek Sains Rendah Khas (Projek Khas) pada tahun 1968. Projek
ini menggunakan pendekatan baru untuk pengajaran sains bagi sukatan pelajaran
yang sedia ada. Rasional memperkenalkan pendekatan pengajaran yang baharu
dan bukannya perubahan kurikulum adalah kerana Kementerian Pelajaran
mendapati bahawa guru-guru sudah biasa dengan sukatan pelajaran yang sedia
ada.
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi;
Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini
menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus
kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Pada peringkat ini, murid-murid lebih
diberi pendedahan yang bersifat orientasi peperiksaan semata-mata.
Walaubagaimapun dalam menuju negara maju dan berinovasi, perubahan kurikulum
harus dilakukan bagi memantapkan sistem pendidikan negara.
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
Pada tahun 2010 negara mengalami perubahan kurikulum pendidikan yang
begitu hebat. Pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR)
diperkenalkan. KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu
Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan
Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri. Pada peringkat iniKSSR
menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M
(Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).
Kepentingan pendidikan Sains dan Teknologi di Malaysia sememangnya telah
diakui dan diterima oleh semua pihak. Ini terbukti dalam kesemua Rancangan
Malaysia di mana pendidikan Sains dan Teknologi telah diberi penekanan penting.
Pendidikan Sains sekolah rendah juga tidak terlepas daripada mengalami
perubahan untuk disesuaikan dengan rancangan masa depan negara terutamanya
bagi mencapai Wawasan 2020.
Sebagai sebuah Negara yang sedang pesat membangun, Malaysia telah
melalui pelbagai perubahan atau reformasi dalam bidang pendidikan. Tujuan
kurikulum ini direformasikan adalah semata-mata membuat penambahbaikkan bagi
mewujudkan pelajar-pelajar yang boleh membawa kejayaan kepada Negara.
Sekiranya kita melihat dalam konteks mata pelajaran sains, ia amat jelas
merupakan matlamat kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
industri yang sebaris dengan negara-negara maju yang lain. Semakan demi
semakan telah dilakukan di dalam kurikulum sains. Contohnya mulai tahun 2002
kurikulum sains telah disemak semula untuk memberi penekanan kepada

pemerolehan pengetahuan dan penguasan proses sains melalui pendekatan


pembelajaran berfikrah.

You might also like