You are on page 1of 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN


AMBILAN SEPTEMBER 2012

HBIS4303_V2
ADAB & AKHLAK ISLAMIAH II

NAMA

JANIZAN BIN MOHD JANDI

NO. MATRIKULASI

820921126163001

NO. KAD PENGENALAN

820921-12-6163

NO. TELEFON

012-8650434

E-MEL

janizan@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

SABAH LEARNING CENTRE

BI
L

ISI KANDUNGAN

1.0

PENGENALAN

02

2.0

JENIS JIRAN

04

3.0

HAK- HAK JIRAN

MUKA SURAT

06

4.0

KEPENTINGAN JIRAN

11

5.0

CARA MENINGKATKAN PERSAUDARAAN DAN

14

PERPADUAN DI KALANGAN JIRAN

BIBLIOGRAFI

16

1.0 PENGENALAN
Dewasa ini kita menyaksikan masyarakat semakin rosak dan porak poranda. Antara
puncaya ialah institusi kekeluargaan dan kejiranan yg tidak diberikan perhatian sepenuhnya.
1

Kita berbicara tentang isu kejiranan. Seorang penduduk di sebuah kawasan perumahan
misalnya tidak merasakan dirinya bertanggungjawab untuk mengetahui keadaan sekitar
rumahnya. Rumah jiran dimasuki pencuri. Anak jiran ponteng sekolah, terlibat dengan gejala
sosial. Isteri jiran curang. Seolah-olah dia terlupa bahawa dia juga sedang terdedah kepada
perkara-perkara sedemikian jika terus bertindak tidak mempedulikan jiran tetangganya.
Bagi sesetengah orang, jiran tidak lebih sekadar mereka yang tinggal berhampiran rumah dan
tidak ada kaitan dengan hidupnya. Tidak perlu menghormati mereka, apatah lagi mengambil
berat dan beradab sesama jiran. Pandangan seperti ini sebenarnya jauh tersasar kerana Allah
SWT sendiri memerintahkan umat Islam saling berbuat baik kepada jiran tetangga.
1.1

Maksud Jiran
Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada perkataan bahasa Arab yang

membawa

pengertian

orang

yang

tinggal

bersebelahan

atau

tetangga.

Dari segi istilah pula, jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah,
bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan
dengan negara.
Berdasarkan kamus dewan, jiran ialah orang yang berada dekat dengan rumah kita
manakala mengikut tesarus bahasa dewan jiran ialah jiran: tetangga, orang sebelah, orang
sekampung, teman; berjiran: bertetangga, berhampiran, sebelah-menyebelah, berdekatan,
sekampung, sedesa, setempat; kejiranan: kemuafakatan, kerjasama, kesepakatan.
Dari segi hukum syarak pula, jiran bermaksud orang yang berdekatan dengan rumah
kita sama ada di kanan, kiri, di depan atau belakang mahupun di tingkat atas ataupun bawah
hingga 40 rumah dari setiap sudut. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah
bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga.
Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w itu menunjukkan bahawa walaupun jarak
daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga.
Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan
kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu
dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh
kita.
Menetapkan lingkungan jiran dan had jiran dalam sesuatu kawasan berbeza-beza
menurut keadaan tertentu dan suasana. Bahkan menurut Al-Alusi dalam Kitabnya Ruhul
Maani Fi tafsiril Quran Al-Azim Wa Sabul Masani bahawa penetapan jiran ini dan
2

lingkunganya secara zahir kembali kepada uruf (adat setempat). Ini pendapat yang agak tepat
kerana dalam kaedah syarak menyebutkan setiap yang datang dari perintah syarak ialah
mutlak dan sekiranya tidak ada penerangan jelas dari kaedah melaksanakannya juga tidak
dapat dijelaskan dari pemahaman zahir bahasa maka dikembalikan kepada adat kebiasaan
dalam melaksanakannya.
Para ulama berbeza pendapat dalam menetapkan had lingkungan jiran disebabkan dalil yang
wujud terlalu umum berdasarkan perkataan Khalifah Ali radiallahuanhu yang menyebut :
Barangsiapa yang mendengar azan maka dialah jiran . Bermaksud bahawa sesiapa yang dapat
mendengar azan yang sama dalam satu kawasan tanpa pembesar suara maka dialah jiran.
Ada juga yang menetapkan bahawa jiran itu ialah yang berada dalam satu lingkungan yang dapat
mendengar iqamah solat, sebahagian yang lain mengatakan pula jiran ialah mereka yang dapat besolat
Berjemaah
pada
waktu
subuh
dan
Jumaat
bersama-sama
Manakala berdasarkan pendapat yang masyhur dari riwayat Aisyah ra dan para tabien seperti Hasan
Al-Basri, Al-Auzaie dan Az-zuhri dan lain-lain ialah dalam lingkungan empat puluh buah rumah dari
seluruh sisi penjuru.
Kesimpulannya lingkungan kejiranan kembali kepada penakrifan umum dan adat setempat
yang terpakai dalam sesuatu masyarakat kerana setiap kawasan berbeza adat dan budaya. Sekurangkurang lingkungan dan jumlah bilangan jiran ialah 40 buah rumah dari segenap sisi penjuru dan
selebih-lebihnya ialah yang terpakai dan diamalkan oleh masyarakat setempat.

2.0 JENIS JIRAN


Islam membahagikan jiran kepada beberapa bahagian iaitu jiran beragama Islam yang
mempunyai pertalian darah, jiran beragama Islam yang tidak mempunyai pertalian darah dan
jiran bukan Islam. Hadith Rasulullah SAW juga ada menyebut bahawa terdapat beberapa
kategori jiran di dalam hadith Baginda SAW iaitu:

Maksudnya: Jiran itu ada tiga golongan, ada jiran yang hanya mempunyai satu hak dan ada
jiran yang mempunyai dua hak dan ada jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang
mempunyai tiga hak itu ialah jiran yang Muslim dan yang mempunyai hubungan
kekeluargaan. Maka ia mempunyai hak sebagai jiran, hak sebagai Muslim dan hak sebagai
keluarga. Jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran yang Muslim. Ia mempunyai hak sebagai
seorang Muslim. Jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik
Merujuk kepada hadith yang sama, berkata Syeikh Dr Abd Aziz Ibn Fauzan ibn Soleh AlFauzan dalam kitabnya Fiqh Taamul Maan Nas bahawa kedudukan jiran itu terbahagi 3
jenis iaitu:
a.
b.
c.

jiran yang muslim dan memiliki hubungan darah,


jiran yang muslim yang tidak ada hubungan darah; dan
jiran yang kafir.
Berdasarkan hadith di atas, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa kewajiban kita sebagai
anggota masyarakat untuk memberi hak-hak yang sewajarnya terhadap jiran. Malahan jika
jiran kita seorang yang bukan Islam sekalipun, kita wajib menghormati dan menjaga hak-hak
tersebut.
Dapat disimpulkan dari ayat surah An-Nisa dan pelbagai hadith mengenai keutamaan
jiran bahawa jiran itu memiliki kedudukan berbeza mengikut keadaannya antara satu sama
lain

seperti

yang

turut

disebut

oleh

Al-Hafidz

Imam

Ibn

Hajar

ra

Berikut ialah susunan kedudukan jiran yang utama dan yang diatur menurut kedudukan yang
lebih berhak diberi keutamaan berbanding yang selepasnya :
1) Jiran yang muslim yang paling dekat dengan pintu rumah
Berdasarkan hadith yang banyak menyebut perihal darjat jiran yang antaranya daripada
riwayat Aisyah radiallahuanha yang berkata : Wahai rasulullah, sesungguhnya aku ini
memiliki dua jiran dan kepada yang mana satukah hendak aku berikan hadiah ? Maka
baginda bersabda : Kepada yang lebih dekat dengan pintu rumah kamu
(hadith sahih riwayat Bukhari)
2) Jiran muslim yang memiliki hubungan kekeluargaan
Allah berfirman :

..jiran tetangga yang berhubungan dekat (An-Nisa: 36).


4

Baginda rasulullah salallahualaihiwasalam juga bersabda : Sedekah ke atas orang


yang miskin itu pahalanya sedekah tetapi sedekah ke atas kaum kerabat baginya dua iaitu
pahala

sedekah

dan

dapat

mengeratkan

hubungan

(hadith sahih riwayat Nasaie dan Tirmidzi)

3) Jiran muslim yang berilmu dan alim serta memiliki fadhilat


Allah berfirman :

Dan Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan yang memiliki ilmu beberapa
darjat

dan

Sesungguhnya

Allah

Maha

Mengetahui.

(Al-Mujadalah

:11).

Juga dari riwayat yang dibawa oleh Imam Khatib Al-Baghdadi yang menyebut bahawa
telah berkata Muhammad Al-Basri Diluaskan majlis (diberi penghormatan dalam
majlis) kepada penghafaz Al-quran, ulama dan golongan tua dalam agama.

4) Jiran muslim yang soleh dan beribadah


Allah swt berfirman :


Apakah keadaan orang yang beriman itu sama halnya seperti orang yang fasiq ?
Sungguh mereka tidak sama (As-Sajadah : 18).
5) Jiran yang fasiq dan ahli maksiat
Sabda rasulullah salallahualaihiwasalam : Seorang muslim itu ialah saudara kepada
muslim yang lain, tidaklah boleh dia menzaliminya dan menyerahkannya kepada
musuh (untuk dianiayai)..
(hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
6) Jiran yang kafir
Allah swt berfirman :

Dan Jiran tetangga yang berhubungan jauh (An-Nisa : 36).


5

Ini disebabkan daripada riwayat Abdullah ibn Amru ibn As ra yang menyebut bahawa
baginda rasulullah pernah menyembelih kambing lalu bersabda : Apakah kamu sudah
memberikan hadiah sebahagian dari daging tadi kepada jiran kita yang merupakan
si yahudi itu ? diulang sebanyak tiga kali oleh baginda.
(hadith sahih riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

3.0 HAK- HAK JIRAN


Sebagai jiran kita, masing-masing ada kewajipan dan ada hak. Antaranya ialah:
3.1 Jangan menyakiti jiran
Sebahagian umat Islam zaman kini mengabaikan hak-hak jiran tetangga sehingga
menimbulkan rasa kurang selesa jiran tetangga. Contohnya tidak menjaga kebersihan
sehingga menyebabkan jiran terganggu dengan bau busuk atau terlalu bising di rumah
sehingga mengganggu ketenteraman jiran terdekat. Hal ini juga bererti kita tidak boleh sama
sekali melakukan zina, mencuri, mengutuk dan mencampakkan sampah sarap ke rumah jiran
atau membuang perut ikan di dalam longkang ketika proses memasak sehingga bau busuk
melepasi hingga ke rumah jiran, lalat dan langau yang datang menghurung sampah sarap dan
perut ikan juga boleh menggangu ketenteraman jiran . Jadi perbuatan buruk terhadap jiran
anda itu amatlah salah. Lebih dasyat lagi apabilan terdapat jiran yang sanggup melakukan
zina atau melakukan pencurian terhadap jiran adalah sepuluh kali ganda lebih buruk daripada
melakukannya kepada pihak lain. Hingga terdapat sebuah hadith Rasulullah SAW dalam
riwayat Muslim r.a. mengatakan bahawa:

Maksudnya: Di dalam riwayat Muslim dikatakan : Tidaklah masuk syurga orang yang
tetangganya tidak aman kerana gangguannya.
3.2 Memelihara jiran
6

Setiap daripada kita wajib memelihara kepentingan jiran. Sikap ini menandakan hati
yang bersih. Sekali lagi Nabi SAW mengingatkan umatnya agar sentiasa

Maksudnya: Barang siapa memberikan kegembiraan kepada seorang mukmin, maka Allah
akan memberikan kegembiraan kepadanya pada hari kiamat.
Jika kita menjaga kepentingan mereka umpamanya memantau rumahnya ketika jiran
tetangga pulang ke kampung halaman semasa musim perayaan atau cuti panjang daripada
diceroboh oleh pencuri dengan memaklumkan jiran tersebut lalu terus melaporkan kejadian
tersebut kepada pihak polis, kita sebenarnya telah berbuat baik kepada jiran dengan menjaga
kepentingan mereka. Bayangkan situasi ketika hari kiamat, tiada siapa yang boleh membantu
kita kecuali Allah SWT. Dunia menjadi kelam kabut, manusia dan alam seluruhnya menjadi
seperti debu-debu yang berterbangan. Pada saat itulah kita mengharapkan pertolongan Allah.
Penulis sangat yakin dan percaya bahawa Allah SWT tidak pernah memungkiri janjiNya
3.3 Berbuat baik kepada jiran
Sebagai jiran yang baik kita seharusnya sentiasa berbuat baik sesama jiran. Apabila
jiran bergembira seperti dapat menantu, anak-anak lulus dengan baik dalam peperiksaan atau
pelajaran, maka ikutlah sama memberikan tahniah dan jika mereka berduka kerana kematian
keluarganya, berilah takziah, walaupun bukan seagama. Malah jika mereka ditimpai sakit
ziarahilah mereka. Jika anda bertemu berilah salam atau sapalah mereka. Ertinya, jika ada
keperluan mereka kepada pertolongan, mereka hendaklah dibantu. Dalam hal ini nabi
Muhammad s.a.w. meletakkan mereka yang menghormati jiran itu sebagai tanda orang yang
beriman.sabdanya: Barang siapa yang melapangkan seorang Mukmin yang dalam kesusahan
atau menolong orang yang dianiaya, maka dosanya akan diampunkan Allah.
Nabi Muhammad SAW mengingatkan umat Islam supaya memulia dan menghormati
jiran termasuk memualiakan mereka sebagaimana layanan kita terhadap kaum kerabat kita
sendiri. Ini selaras dengan sabda Baginda SAW:


Maksudnya: Jibril sentiasa mewasiatkan kepadaku supaya berbuat baik kepada jiran
sehinggalah aku merasakan jiran itu kerabatku.

Oleh itu, adalah satu kerugian besar kepada umat Islam dan masyarakat jika kita
mengabaikan dan tidak mempedulikan jiran yang di anggap sebagai harta yang bernilai tinggi
itu.
Berbuat baik kepada jiran tidak terhad dengan hanya perkara-perkara yang disebutkan di atas.
Malahan hak jiran ke atas kita juga ialah mengurus dan mengiringi jiran kita yang meninggal
dunia hingga ke tanah perkuburan. Ini selari dengan hadith Rasulullah SAW:





Maksudnya: sesungguhnya Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: sesiapa yang
menyaksikan jenazah sehinggalah jenazah disembahyangkan maka baginya qirat dan sesiapa
yang menyaksikan sehingga dikebumikan maka baginya 2 qirat. Dikatakan apakah yang
dimaksudkan dengan dua qirat. Rasulullah menjawab seumpama dua buah bukit yang besar.

Sesungguhnya, Allah meletakkan beberapa hak lain setelah hak Allah sepertimana termaktub
menerusi firmanNya, Sembahlah Allah dan jangan kamu menyekutukan Allah. Ini
bermakna wajib sembah Allah dan tidak menyekutukanNya. Seterusnya, Allah suruh berbuat
ehsan iaitu melakukan kebaikan lebih daripada sepatutnya kepada 7 golongan lainnya iaitu
ibu bapa, keluarga / kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran yang dekat dan jauh serta
musafir yang memerlukan bantuan.
Secara jelas menunjukkan peripentingnya keharmonian dalam kejiranan sehingga
meletakkannya sebagai salah satu daripada perkara-perkara yang perlu kita berbuat baik
kepadanya betul-betul selepas perintah tuntutan agama yang paling besar iaitu tidak
menyekutukan Allah SWT. Ia memberi gambaran betapa berbuat baik dengan jiran itu bukan
perkara yang boleh dipandang remeh dan diperlekeh.

4.0

KEPENTINGAN JIRAN
Islam menitik beratkan hubungan harmoni dan persaudaraan di antara satu sama lain

dan agama Islam ialah sebaik-baik agama yang menghubungkan pertalian dan kebaikan di
antara sesama manusia.
Disebut di dalam hadith dari riwayat Ismail ibn Muhammad ibn Saad ibn Abi Waqas daripada
bapanya daripada datuknya yang berkata telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam :

,

Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat
tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat
tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri
yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk .
(hadith sahih riwayat Ibn Hibban)
Manusia secara fitrah hidup bermasyarakat dan berkelompok kerana setiap orang
harus saling memerlukan di antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan. Tidak
mungkin seorang manusia boleh hidup seorang diri tanpa perlu berurusan dengan orang lain
selama dia tinggal dalam sebuah masyarakat. Memiliki tempat tinggal termasuk di antara
salah satu rezeki dan nikmat kerana padanya manusia tinggal dan huni serta menetap untuk
melindungi diri dan meneruskan kehidupan dengan teratur dan selesa.
Muslim yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama,
adalah merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka
akan sentiasa menghormati dan menimbulkan perasan ihsan apabila berinterasi sesama jiran.
Islam banyak menggariskan agar umatnya sentiasa menjaga dan memelihara hubungan
dengan jiran.
Jiran mendapat tempat yang tinggi di dalam strata kedudukan bermasyarakat di dalam
ajaran Islam. Islam mengangkat peranan jiran dan sumbangan bakti mereka adalah sangat
penting dalam kehidupan kemanusiaan sebagaimana firman Allah SWT di dalam al-Quran;

Maksudnya; Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu


pun dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orangorang miskin yang terdekat dan tatangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat
dan ibnu as-sabil.[11]
Allah menghimpunkan sekali dalam ayat di atas perintah untuk beribadah kepada Allah
dengan perintah untuk berlaku baik kepada hamba-hamba-Nya sebagai tanda Islam ini bukan
sahaja menjalin hubungan dengan pencipta sebaliknya juga menyatukan manusia di dalam
satu kewajipan untuk berlaku baik sesama manusia sebagai termasuk menunaikan ketaatan
kepada Allah SWT.

5.0

CARA

MENINGKATKAN

PERSAUDARAAN

DAN

PERPADUAN

DI

KALANGAN JIRAN
Cara utama dalam merealisasikan persaudaraan dan perpaduan dikalangan jiran ialah
dengan cara mengamalkan adab - adab berjiran. Kepentingan adab berjiran amat penting dan
dititik beratkan di dalam agama Islam. Adab semasa pergaulan sesama jiran bermaksud
segala sikap, percakapan di dalam perbualan, senyuman, budi, pekerti, perangai, tingkahlaku
dan tabiat mestilah ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan ianya mestilah bersendikan AlQuran dan Al-Sunnah. Islam telah menggariskan beberapa adab yang perlu dipatuhi di dalam
kehidupan berjiran. Antara yang paling ditekankan ialah ketika berbicara sesama jiran. Hal ini
10

kerana, setiap apa yang dibicarakan oleh seseorang, ia menggambarkan apa yang ada didalam
kotak fikirannya serta perangainya. Bagi setiap muslim, semasa bersosial perlu mengelak
membicarakan sesuatu yang tidak berfaedah.
Imam Al-Ghazali menukilkan kisah di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin bahawa hak
jiran bukanlah sekadar mencegah diri kita daripada menyakiti atau perbuatan yang tidak
menyenangkan hati jiran sahaja, tetapi hendaklah bersabar menahan perasaan jika disakiti
bahkan lebih daripada itu. Hendaklah kita memberi pertolongan kepada jiran dan
menunjukkan rasa kasih sayang.
Diceritakan bahawa Ibnu Muqaffa pada suatu hari mendengar bahawa jirannya akan menjual
rumah yang didiaminya kerana hendak membayar hutang yang sudah banyak ditanggungnya.
Pada waktu itu, Ibnu Muqaffa berkata Sekiranya dijual, tentu saya tidak memperolehi
kerhormatan bernaung di bawah rumahnya. Tidak lama kemudian, dia menemui jirannya itu
dan memberikan wang mengikut kadar rumah itu sebagai sedekah dan berkata, Janganlah
saudara menjual rumah saudara ini.
Imam Al-Ghazali juga telah turut menyenaraikan hak-hak seseorang muslim terhadap
jirannya untuk kita sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran yang berguna sebagai
panduan bersama ketika berinteraksi dengan jiran tetangga iaitu:
I.
II.
III.
IV.

Hendaklah mendahulukan ucapan salam kepadanya setiap kali bertemu


Jangan terlalu banyak bertanya kepadanya tentang keadaannya sehari-hari
Menziarahi dirinya atau kaum keluarganya apabila sakit ataupun ditimpa musibah
Tunjukkan bahawa kita turut berdukacita dan bersimpati jika mereka ditimpa musibah

V.

dan bersegera memberikan pertolongan jika perlu sekalipun tanpa diminta


Menyatakan perasaan gembira apabila mereka memperoleh kesenangan atau kurniaan

VI.

Allah SWT
Ampunilah segala kesalahan-kesalahan atau keburukkannya, baik dengan apa-apa cara

VII.

sekalipun
Jangan membuat sesuatu yang tidak menyenangkan jiran kita umpamanya meletakkan

VIII.
IX.
X.

batang kayu di dinding rumahnya


Jangan menyempitkan jalan menuju ke rumahnya
Jangan mengintai-ngintai apa yang dibawa olehnya ke dalam rumahnya
Tutuplah kecacatan atau kekurangan yang nampak di matamu dan jangan hebohkan

XI.

kepada sesiapapun
Berikanlah dia semangat untuk terus berusaha menghadapi kesukaran apabila kesukaran

XII.
XIII.

menimpanya
Jangan lalai menjaga rumahnya pada waktu dia tiada atau sedang bermusafir
Jangan mendengar kata-kata orang lain yang mengeji dirinya, yang berupa umpatan atau
berita-berita yang tidak menyenangkan
11

XIV.
XV.
XVI.
XVII.

Tundukkan matamu sewaktu melihat isteri/suaminya


Jangan selalu memandang hamba/pembantu rumahnya
Bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya baik dalam percakapan atau lain-lain
Tunjukkan sesuatu yang tidak diketahui oleh saudaranya, baik yang dalam urusan
keduniaan atau keakhiratan.
Tuntasnya hendaklah kita sedar bahawa jiran tetangga itu mempunyai hak-hak yang

tertentu sesuai dengan status mereka di dalam strata masyarakat. Ini termasuklah dengan
berlemah-lembut dengan mereka iaitu menegur sapa dengan ucapan salam, senyum, tidak
berlebih-lebihan ketika bertanya khabar mereka sehingga boleh menimbulkan rasa tidak
senang jiran terhadap soalan yang kita ajukan, tidak meninggikan suara sehingga menyakiti
hati jiran, menerima teguran jiran terhadap kesilapan kita dengan bersikap berlapang dada,
sentiasa berfikiran positif dengan sentiasa bersangka baik terhadap jiran, memberi buah
tangan atau hadiah dengan tujuan untuk mengeratkan perhubungan sesama jiran tetangga.

Kesedaran seseorang individu untuk menjadi individu muslim yg sejati akan


melahirkan keluarga muslim yg sejati. Gabungan keluarga-keluarga ini pula akan
mewujudkan masyarakat Islam yg sejati. Akan tetapi gabungan ini tidak akan berjaya
sekiranya konsep kejiranan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah tidak diterapkan. Kejiranan
yg harmonilah yg akan menjayakan kewujudan masyarakat Islam yg seterusnya membawa
kepada penubuhan sebuah daulah Islam yg dicita-citakan. Formula ini tidak akan berjaya
melainkan unsur-unsur dalam formula tersebut dipenuhi. Dan kejiranan merupakan unsur
penting formula ini! Jika dahagakan Khilafah, maka kejiranan jangan diabaikan! Jangan
terlalu gopoh inginkan kemenangan Islam sedangkan kejiranan masih dalam porak poranda

5.0

KESIMPULAN

Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita.
Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar kacir dan masyarakat tidak lagi
dapat hidup dalam aman damai. Bagi mempastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal
ianya perlu dimulai dengan hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik adalah jiran yang
berjaya memupuk semangat tolenrasi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak antara
mereka. Sekiranya ini diabaikan maka lambat-laun ia akan mencetuskan bibit-bibit
permusuhan dan perkauman yang akhirnya merebak kepada huru-hara, perpecahan dan
12

perbalahan. Ajaran Islam menuntut kita bercampur gaul dan bermesra dengan masyarakat.
Salah satu kumpulan manusia yang memainkan peranan besar meningkatkan kebahagiaan
keluarga ialah jiran. Jiran yang tinggal dalam lingkungan rumah kita adalah orang yang
paling hampir dan yang paling layak untuk memberi bantuan dan pertolongan. Berdasarkan
besar peranan jiran ini, maka suka penulis cadangkan agar kita kembali kepada Al-Quran dan
Al-Sunnah dalam menjaga silaturarahim dan adab-adab terhadap jiran tetangga. Dalam hal ini
Islam memberi penghargaan yang tinggi kepada jiran. Tidak dapat dinafikan, terkadang
berlakunya bermacam masalah dan percanggahan tetapi itu tidak menjadi alasan untuk
melakukan keburukan terhadap jiran. Dalam kehidupan, kita akan berjiran dalam pelbagai
situasi. Jika berhajat punya jiran yang baik perlu kepada usaha menjadi jiran yang terbaik
terlebih dahulu. Moga dengan usaha berlaku baik dengan jiran di atas muka bumi ini Allah
balas dengan direzkikan untuk berjiran dengan orang yang baik di alam barzakh nanti. Dan
semoga Allah gantikan juga dengan jiran yang baik di hari akhirat di dalam syurga
Allah.Justeru, pekalah wujudnya jiran dalam hidup kita. Samaada jiran jauh, jiran dekat
apatah lagi jiran yang terlalu hampir dengan diri iaitu malaikat Allah. Pasti ada hikmat jiran
itu menjadi jiran kita dan kita menjadi jiran kepadanya. Mungkin bermula sebagai jiran
menjadi asbab pintu hidayah buat jiran tersebut kenal dan memeluk Islam. Jadikan kejiranan
medan dakwah dan ibadah menerusi apa jua cara yang termampu dilakukan dengan baik dan
penuh hikmah.

13

BIBLIOGRAFI
Al-Quran & Terjemahan
Kamus Dewan. 1994. Edisi Ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka
Ibnu Hajar al-Asqalani (Penterjermah: Abu Ihsan al-Atsari). 2010. Fathul Bahri Syarah
Shahih al-Bukhari. Yogyakarta, Indonesia. Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafti.
Imam Al-Ghazali. 2009. Ihya Ulumuddin. Shah Alam, Selangor. Penerbit: Illuison Network
Sdn Bhd
Imam Al-Nawawi. 1981. Riyadhus Salihin. Kuala Lumpur. Penerbit: Hizi Print Sdn Bhd
Imam Asy-Syaukani (Tahqiq & Tkahrij: Sayyid Ibrahim). Tafsir Fathul Qadir. Penerbit:
Pustaka Azzam
Syeikh Muhammad al-Khudari Bik Tahkik & Komentar: Samir Ahmad al-Athor
Terjemahan Ustaz Hj Mohd Asri Hj. Hashim). Kitab Sirah Rasulullah SAW. 2009.
Kuala Lumpur : Prospecta Printer Sdn Bhd
Ustaz Ishak Din, Prof. Dato Dr Haron Din & Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz. 1992. Soal
Jawab Fiqh Harian. Shah Alam. Penerbit : Hizbi Sdn Bhd

14

You might also like