You are on page 1of 17

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

KES NO. 6(24)(22)(24)/4-831/13


DI ANTARA
ENCIK JAYASELAN A/L KRISHNAN
DENGAN
BERSATU INTEGRATED LOGISTICS SDN. BHD.
AWARD NO: 1309 TAHUN 2016
DI HADAPAN

Y.A. TUAN SAPINI BIN MAT SAMAN


Pengerusi (bersidang berseorangan)

TEMPAT

Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur

TARIKH RUJUKAN

27.3.2013

TARIKH SEBUTAN

29.5.2013,
2.7.2013,
19.8.2013, 19.9.2013,
18.10.2013, 11.11.2013, 16.12.2013, 23.1.2014,
18.2.2014, 4.3.2014, 19.4.2014, 5.5.2014, 4.9.2014,
26.9.2014, 10.10.2014, 30.10.2014, 26.11.2014,
24.4.2015, 5.5.2015 dan 3.9.2015.

TARIKH BICARA

9.7.2015, 10.7.2015 dan 30.11.2015.

PERWAKILAN

Encik A. Balasubramaniam
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
(Wakil Pihak Yang Menuntut)

Cik Ellen Goh


Tetuan Tai Hwa & Co.
(Peguam Pihak Syarikat)

Rujukan
[1]

Ini adalah satu rujukan di bawah seksyen

Perusahaan

1967,

20(3)

Akta

Perhubungan

terhadap pembuangan kerja Encik Jayaselan a/l Krishnan

(selepas ini dipanggil sebagai Pihak Yang Menuntut) oleh majikannya

Bersatu

Integrated Logistics Sdn. Bhd. (selepas ini dipanggil sebagai Pihak Responden)
pada 23.3.2012. YB Menteri Sumber Manusia telah merujuk kes ini pada 27.3.2013
dan diterima oleh Mahkamah ini pada 10.4.2013.
1

Fakta Kes
[2]

Pihak Yang Menuntut telah dilantik sebagai Pemandu Lori di Syarikat Pihak

Responden pada 6.12.2010. Pihak Yang Menuntut telah dibayar gaji asas sebanyak
RM420.00 sebulan dan juga dibayar insentif trip. Mengikut keterangan Pihak Yang
Menuntut purata gaji dan insentif trip boleh mencapai RM4,300.00 sebulan.

Pada

28.2.2012 Pihak Yang Menuntut telah diberi satu surat tunjuk sebab dengan tiga
pertuduhan (rujuk Enclosure 11 Kenyataan Kes) iaitu:

i)

Pada 10.2.2012 pukul 7.00 malam anda telah didapati pulang


awal dari kerja tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu
dari penyelia bertugas pada hari tersebut.

ii)

Pada 20.2.2012 anda tidak mematuhi arahan dari pengurus


operasi iaitu anda telah diarahkan untuk menarik kontena

laden

dari pelanggan Leblanc.

iii)

Pada 25.2.2012 lebih kurang jam 7.30 malam anda telah


mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap penyelia operasi iaitu
Encik Rusli bin Rashid sambil menunjukkan topi keledar dan
selipar untuk memukul beliau di kawasan pejabat Jabatan
Haulage.

Pihak Menuntut telah menjawab surat tunjuk sebab Pihak Responden pada 29.2.2012
dan menafikan segala pertuduhan di atas (rujuk Enclosure 13 dalam Kenyataan Kes).
2

[3]

Pada 17.3.2012 satu Siasatan Dalaman telah diadakan oleh Pihak Responden.

Berdasarkan laporan Siasatan Dalaman yang diadakan, Pihak Menuntut telah didapati
bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan di atas dan pada 23.3.2012 Pihak
Responden telah menamatkan perkhidmatan Pihak Yang Menuntut berkuatkuasa serta
merta. Pihak Yang Menuntut tidak berpuashati terhadap pembuangan kerja itu dan
telah membawa kes ini ke Mahkamah Perusahaan untuk mengadilinya atas alasan
pembuangan kerja itu tanpa sebab dan alasan yang adil.

Kes Pihak Syarikat

[4]

Pihak Responden

telah memanggil

seramai 3 orang saksi untuk memberi

keterangan di Mahkamah iaitu:

[5]

a)

COW1

Encik Mohd Izhar bin Engah

b)

COW2

Encik Rusli bin Rashid

c)

COW3

Encik Shamsuddin bin Pilus

COW1 di dalam keterangan beliau di Mahkamah dan di dalam Kenyataan Saksi

(COWS-1) menyatakan beliau ialah bekas Pengawal Keselamatan di Syarikat


Responden.

Pada 25.2.2012 COW1 telah bertugas di hadapan pondok Pengawal

Keselamatan dari jam 3.00 petang hingga 11.00 malam. COW1 menyatakan beliau
nampak Pihak Yang Menuntut berada di atas motor dan sedang bertengkar dengan
Encik Rosli (COW2) di tempat cuci trailer.

COW1 nampak Pihak Yang Menuntut

menjerit-jerit sambil mengeluarkan selipar dan menunjukkan topi keledar serta

mencabar COW2.

Tetapi COW1 menyatakan beliau tidak tahu dan dengar

pertengkaran itu dan Pihak Yang Menuntut telah memberi amaran kepada beliau
supaya jangan masuk campur.

[6]

COW2 di dalam keterangan dan Pernyataan Saksi beliau (COWS-2)

menyatakan bahawa beliau ialah Penyelia di Syarikat Pihak Responden. Tugas beliau
untuk mengagihkan tugas-tugas kepada Pemandu Lori. Terdapat dua sesi kerja iaitu
(1) 8.00 pagi hingga 4.00 petang dan (2) 4.00 petang hingga 8.00 pagi.

COW2

menyatakan Pihak Yang Menuntut merupakan Pemandu Kontena dan tugas Pihak
Yang Menuntut ialah menghantar kontena ke Pelabuhan atau tapak pelanggan
Syarikat dan membawa kontena selepas muatan diisi. Pihak Yang Menuntut melapor
tugas kepada beliau dan COW2 akan mengatur tugas kepada Pihak Yang Menuntut.
Tugas Pihak Yang Menuntut bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 pagi keesokan
harinya. Mengikut keterangan COW2 bahawa pada 10.2.2012 Pihak Yang Menuntut
telah balik pada jam 7.00 petang tanpa mendapat apa-apa kebenaran daripada COW2.
Oleh kerana Pihak Yang Menuntut pulang awal pada hari itu telah menyebabkan kerjakerja operasi terganggu kerana hanya terdapat dua Pemandu 'side-loader' sahaja pada
hari itu dan COW2 terpaksa mengatur Pemandu lain untuk kerja lewat malam. COW2
telah membuat laporan seperti di mukasurat 9 COB bertarikh 27.2.2012 yang
menunjukkan Pihak Yang Menuntut pulang awal pada jam 6.35 petang pada hari
tersebut. COW2 menyatakan pada jam 6.00 petang 22.2.2012 beliau telah mendapat
arahan daripada Encik Shamsudin (COW3) untuk menarik 7 kontena iaitu daripada
pelanggan Leblanc dan telah meminta Pihak Yang Menuntut melaksanakan tugas itu.
Tetapi Pihak Yang Menuntut hanya menarik 2 kontena sahaja dan baki 5 kontena
masih tidak ditarik atas alasan telah lewat malam.

COW2 telah membuat aduan

kepada Bahagian Sumber Manusia (rujuk mukasurat 12 dan 13 COB) bertarikh


27.2.2012. Pada 25.2.2012 iaitu pada jam 7.00 petang COW2 menyatakan sewaktu
beliau bersama Encik Safri di tempat cuci trailer, Pihak Yang Menuntut telah menjeritmenjeri sambil mencabar beliau untuk bertengkar sambil menunjuk selipar dan topi
keledar dan mengugut beliau.

COW2 telah membuat laporan polis seperti di

mukasurat 15 COB.

[7]

COW3 Encik Shamsudin bin Pilus di dalam Kenyataan Saksinya dan

keterangan beliau di Mahkamah menyatakan beliau ialah Pengurus Operasi di Syarikat


Pihak Responden.

Tugas beliau ialah mengatur urusan operasi haulage.

COW3

menyatakan beliau telah menerima laporan daripada COW2 bahawa Pihak Yang
Menuntut pulang awal (rujuk mukasurat 9 11 COB). COW3 menyatakan Pihak Yang
Menuntut tidak ada mendapat kebenaran secara lisan atau bertulis untuk pulang awal.
COW3 menyatakan sebelum ini kehadiran Pihak Yang Menuntut tidak begitu baik iaitu
pada 4.1.2012 Pihak Yang Menuntut tidak hadir bertugas selepas mendaftar anak ke
sekolah dan pada 26.1.2012 Pihak Yang Menuntut tidak hadir tanpa memberitahu
sesiapa.

COW3 juga menyatakan Pihak Yang Menuntut juga telah gagal untuk

menjalankan arahan untuk menarik 5 kontena pada 20.2.2012 atas alasan telah larut
malam dan COW2 telah membuat aduan kepada Bahagian Sumber Manusia.
Berhubung dengan ugutan Pihak Yang Menuntut terhadap COW2, COW3 telah
membuat laporan kepada Bahagian Sumber Manusia seperti di mukasurat 14 COB.

Kes Pihak Yang Menuntut

[8]

Pihak Yang Menuntut telah memberi keterangan melalui Kenyataan Saksi beliau

yang ditanda sebagai CLWS dan keterangan beliau di Mahkamah.

[9]

Pihak Yang Menuntut menyatakan beliau mula bekerja sebagai Pemandu Lori

pada 6.12.2010 dan telah disahkan dalam jawatan pada 1.6.2011. Jawatan terakhir
Pihak Yang Menuntut ialah sebagai Pemandu (Container Haulage cum, Prime Movers
Side Loader). Gaji akhir Pihak Yang Menuntut ialah RM420.00 sebulan di samping
bayaran insentif trip dan purata gaji setiap bulan mencecah sehingga RM4,300.00.
Pihak Yang Menuntut menyatakan beliau ada membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja
berkaitan pemotongan gaji Pihak Yang Menuntut tanpa kebenaran oleh Pihak
Responden sebanyak RM350.00 sebulan.

Setelah kes beliau dibicarakan, Pihak

Responden diarahkan untuk membayar semula potongan yang telah dibuat kepada
Pihak Yang Menuntut. Akibat dari tindakan beliau itu, Pihak Yang Menuntut mendakwa
Pihak Responden telah memberi tekanan kepada beliau dengan mengarahkan beliau
bekerja lebih 8 jam sehari dan bayaran kerja lebih masa beliau juga tidak dibayar.
Pada 28.2.2012 Pihak Responden telah mengeluarkan satu surat tunjuk sebab dengan
tiga pertuduhan (rujuk Enclosure 11 Kenyataan Kes) terhadap Pihak Yang Menuntut
dan Pihak Yang Menuntut telah menjawab surat tunjuk sebab seperti di Enclosure 13
Kenyataan Kes.

S.12. :
J.

Adakah anda setuju dengan pertuduhan oleh Syarikat?


Tidak setuju dan saya jawab melalui surat jawapan saya bertarikh
29hb Februari 2013 CL: 13 dan saya juga menafikan pertuduhan
syarikat dan keseluruhan kejadian pada 10hb Februari, 20hb
Februari dan 25hb Februari adalah sengaja diadakan atas niat
syarikat tidak berpuashati syarikat terhadap saya disebabkan

laporan yang saya kemukakan kepada Jabatan Tenaga Kerja. CL:


8 -CL:10.
Saya menjawab pertuduhan syarikat seperti berikut:Pertuduhan Pertama:
Pada 10hb Februari 2012 pukul 7 malam, bukanlah saya sengaja
untuk pulang awal dari kerja. Ini kerana pada 10hb Februari 2012
lebih kurang jam 8 pagi semasa saya punch in saya telah
berjumpa dengan Pengurus Operasi Encik Shamsudin dan
memberitahu beliau pada hari tersebut saya perlu pulang awal
disebabkan hari ulangtahun perkahwinan saya. Dalam pada itu
saya juga telah meminta kebenaran daripada Pengurus Operasi
dan Penyelia Syarikat, Encik Kamal.

Pertuduhan Kedua:
Pada 20hb Februari 2012, saya menafikan pertuduhan syarikat dan
tuduhan itu juga tidak benar. Saya telah mematuhi arahan syarikat
yang mana pada 20hb Februari 2012 lebih kurang jam 10 malam
saya telah menarik laden dari pelanggan Leblanc selepas
mendapat arahan daripada Encik Shamsudin.

Kontena laden

tersebut telah diambil pada jam 10.45 malam dan telah diladenkan
di WestPort.

Pertuduhan Ketiga:
Pada 25hb Februari 2012, lebih kurang jam 7.30 malam dan saya
tidak ada mengeluarkan kata-kata ugutan langsung kepada Encik

Rusli Penyelia Operasi. Saya juga tidak ada menunjukkan topi


keledar dan selipar untuk memukul Penyelia di kawasan Pejabat.
Dalam isu ini Penyelia Operasi sendiri yang telah menahan saya
dari tempat kerja selepas saya punchout dan telah menunjukkan
kasut dan mengeluarkan bahasa kurang sopan iaitu U hero
Bersatu dan menyatakan Keling bangsa tidak guna terhadap
saya. Rujuk CL : 10 Laporan polis.

[10]

Pihak Yang Menuntut juga menyatakan mulai 21.2.2012 beliau tidak dibenarkan

bekerja seperti biasa dan hanya diletakkan sebagai standby sahaja di Pelabuhan.
Pihak

Responden juga telah mengambil ID akses Pihak Yang Menuntut pada

12.3.2012 dan Pihak Yang Menuntut diminta mencatit kedatangan dalam buku
kedatangan. Sepanjang tempoh itu Pihak Yang Menuntut mendakwa beliau hanya
dibayar gaji asas sebanyak RM420.00 sahaja tanpa diberi sebarang tugas rutin yang
biasa dilakukan oleh Pihak Responden.

Pihak Yang Menuntut mendakwa bahawa

Siasatan Dalaman yang diadakan pada 17.3.2012 terhadap beliau semata-mata untuk
membuang kerja beliau.

Pada 23.3.2012 Pihak Responden telah menamatkan

perkhidmatan Pihak Yang Menuntut serta merta seperti terkandung dalam surat di
Enclosure 18, Kenyataan Kes.

Pihak Yang Menuntut tidak berpuashati dengan

tindakan Pihak Responden dan mendakwa pembuangan kerja beliau tanpa sebab dan
alasan yang adil.

Undang-Undang

[11].

Fungsi Mahkamah Perusahaan diadakan adalah untuk kes-kes pembuangan

pekerja di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan telah dijelaskan dengan


nyata di dalam kes Wong Yuen Hock v Syarikat Hong Leong Assurance Sdn. Bhd.
& Another Appeal (1995) 3 CLJ 344 seperti berikut:

On the authorities, we were of the view that the main and only function
of the Industrial Court in dealing with a reference under Section 20 of the
Act (unless otherwise lawfully provided by the terms of the reference) is
to determine whether the misconduct or irregularities complained of by
the management as the grounds of dismissal were in fact committed by
the workman, and if so, whether such grounds constitute just cause or
excuse for the dismissal.

Beban Pembuktian

[12]

Pihak Responden/Majikan mempunyai tanggungjawab untuk membuktikan

bahawa segala tuduhan yang dikenakan terhadap pekerja dibuktikan dan darjah
pembuktian berdasarkan atas imbangan kebarangkalian.

Rujuk kes Telekom

Malaysia Kawasan Utara v Krishnan Kutty Sanguni Nair & Anor (2002) 3 CLJ 314.

Penilaian, Keterangan dan Dapatan

[13]

Pihak Responden dan Pihak Yang Menuntut telah mengemukakan keterangan

melalui saksi-saksi dan keterangan Pihak Yang Menuntut sendiri di Mahkamah.


Kedua-dua pihak juga telah mengemukakan hujahan bertulis untuk membantu
Mahkamah dalam mencapai satu keputusan yang adil.

Isu

[14]

Isu-isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini adalah:


(i)

Samada Pihak Responden berjaya membuktikan salahlaku Pihak


Yang Menuntut; dan

(ii)

Samada pembuktian salahlaku itu mewajarkan Pihak Responden


untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Yang Menuntut secara adil
dan bersebab.

(1)

Pembuktian Pertuduhan
Tuduhan 1
Balik awal tanpa kebenaran pada 10.2.2012.
Mengikut keterangan Pihak Responden melalui COW3 menyatakan
waktu bekerja Pihak Yang Menuntut bermula jam 8.00 pagi sehingga
8.00 pagi esok dengan merujuk kepada Letter of Employment clause 6
(mukasurat 1 6 COB) yang berbunyi;

You are required to work at least fifteen (15) days per month base on
alternate basis and your working hour shall be from 8.00 am to 8.00 am
the next day.

Daripada keterangan COW3 di Mahkamah berhubung pertuduhan


pertama, beliau menyatakan bahawa pada 10.2.2012 Pihak Yang
Menuntut telah datang bekerja pada jam 8.00 pagi dan balik jam 7.00

10

petang tanpa mendapat kebenaran daripada beliau dengan merujuk


kepada mukasurat 9, 10, & 11 COB. COW3 menyatakan prosedur untuk
pulang awal waktu bekerja perlu mengisi borang permohonan dengan
mengisi borang cuti. COW3 menyatakan sebelum kejadian ini Pihak
Yang Menuntut pernah juga pulang awal dan beliau hanya memberi
kaunseling dan menasihati Pihak Yang Menuntut sahaja. COW3 telah
disoalbalas oleh wakil MTUC;

(S) : Saya katakan selepas bekerja 8.00 pagi hingga 7.00 malam,
Pihak Yang Menuntut ada pohon kebenaran daripada awak untuk
pulang awal kerana hari ulangtahun perkahwinan beliau?

(J) :

Ada tapi pada jam 5.00 petang Pihak Yang Menuntut ada pohon
pada saya dan pulang pada jam 7.00 petang balik ke rumah pada
10.2.2012.

(S) : Adakah Pihak Yang Menuntut menyerahkan kunci kepada


Penyelia sebelum keluar meninggalkan Syarikat?

(J) : Ada.

Keterangan Pihak Yang Menuntut di Mahkamah dan di dalam surat


jawapan beliau terhadap surat tunjuk sebab menyatakan bahawa pada
10.2.2012 beliau ada berjumpa dengan COW3 selaku Pengurus Operasi
dan Pihak Yang Menuntut meminta kebenaran untuk pulang awal untuk

11

meraikan hari ulangtahun perkahwinan Pihak Yang Menuntut dan COW3


telah beri kebenaran untuk balik awal dan Pihak Yang Menuntut juga
telah memaklumkan kepada Encik Kamal iaitu Penyelia beliau berhubung
perkara ini.

Setelah

meneliti

keterangan COW3 dan Pihak Yang Menuntut,

Mahkamah memutuskan bahawa keterangan Pihak Yang Menuntut lebih


menyakinkan dan boleh dipercayai kerana COW3 sendiri sewaktu
disoalbalas mengaku bahawa Pihak Yang Menuntut ada memohon
kepada beliau untuk pulang awal kerana untuk meraikan hari ulangtahun
perkahwinan beliau.

Keterangan Pihak Yang Menuntut disokong oleh

dokumen punchcard beliau yang masuk kerja jam 8.00 pagi dan balik
pada jam 8.00 malam. Fakta ini tidak dinafikan oleh Pihak Responden.

Oleh itu Mahkamah memutuskan pertuduhan pertama terhadap Pihak


Yang Menuntut gagal dibuktikan oleh Pihak Responden kerana COW3
sendiri mengaku Pihak Yang Menuntut ada memohon kebenaran
sewaktu disoalbalas di Mahkamah dan tindakan Pihak Responden
lambat mengambil tindakan tersebut dan aduan hanya dibuat pada
27.2.2012 selepas kejadian menunjukkan tindakan Pihak Responden
dibuat afterthough.

Pertuduhan Kedua
Pada 20.2.2012 anda tidak mematuhi arahan daripada Pengurus Operasi
iaitu

anda telah diarahkan untuk menarik kontena laden dari


12

pelanggan Leblanc.

Daripada keterangan saksi Syarikat, COW2 dan COW3 di Mahkamah dan


di dalam Pertanyaan Saksi mereka menyatakan bahawa Pihak Yang
Menuntut enggan untuk mematuhi arahan Pengurus Operasi (COW3)
untuk menarik kontena.

Mengikut keterangan COW3 pada 20.2.2012 jam 6.00 petang beliau


telah mengarahkan COW2 untuk membuat tugasan menarik 7 kontena
pada hari yang sama. Pada jam 11.30 malam COW2 menyatakan beliau
berada di pejabat dan Pihak Yang Menuntut hanya telah menarik 2
kontena sahaja dan mengarahkan Pihak Yang Menuntut menarik 5
kontena lagi tetapi Pihak Yang Menuntut menyatakan hari telah lewat
malam dan merasa letih. COW2 sebagai Penyelia kepada Pihak Yang
Menuntut telah membuat aduan bertulis di atas keengganan Pihak Yang
Menuntut menarik baki kontena itu pada 27.2.2012 (rujuk mukasurat 12
COB).

Keterangan Pihak Yang Menuntut di Mahkamah dan Kenyataan Saksi


beliau menyatakan bahawa pada 20.2.2012 beliau masuk kerja jam 8.00
pagi dan melakukan kerja seperti biasa. Pada jam 10.00 malam beliau
telah diminta menarik kontena laden dari pelanggan leblanc dan telah
diletakkan di West Port. Pihak Yang Menuntut menyatakan beliau telah
bekerja hampir 12 jam berterusan dan perlu rehat serta letih. Pihak Yang
Menuntut tidak menafikan arahan COW3 menyuruh beliau menarik 5

13

kontena lagi pada hari tersebut.

Daripada fakta di atas jelas menunjukkan bahawa pada malam itu Pihak
Yang Menuntut ada melaksanakan tugas untuk menarik kontena seperti
diarahkan oleh COW3 tetapi Pihak Yang Menuntut tidak menyelesaikan
segala tugas menarik kontena itu atas alasan beliau telah bekerja mulai
8.00 pagi sehingga jam 12.00 malam pada 21.2.2012. Di sini Pihak Yang
Menuntut ada memberitahu COW2 bahawa beliau letih dan perlu berehat
dan hanya berjaya menarik 2 kontena sahaja.

Oleh itu Mahkamah

memutuskan Pihak Responden gagal untuk membuktikan bahawa Pihak


Yang Menuntut tidak mematuhi arahan sepenuhnya daripada COW3
kerana Pihak Yang Menuntut pada hari itu telah melaksanakan tugastugas yang diarahkan oleh COW3 tetapi beliau hanya menarik 2 kontena
dan tidak berupaya untuk menarik 5 kontena lagi atas alasan beliau letih
dan perlu rehat dan telah bekerja hampir 12 jam.

Jika Pihak Yang

Menuntut langsung tidak melaksanakan tugas tersebut dan tanpa


memberi apa-apa alasan kepada COW3 atau COW2 barulah wajar Pihak
Yang Menuntut tidak mematuhi perintah tersebut sepenuhnya.

Berdasarkan fakta di atas, Mahkamah memutuskan Pihak Responden


telah gagal untuk membuktikan Pertuduhan Kedua dengan lebih
menyakinkan kerana COW2 hanya membuat laporan tersebut selepas 7
hari selepas kejadian berlaku iaitu pada 27.2.2012.

14

Pertuduhan Ketiga.

Pada 25.2.2012 lebih kurang jam 7.30 malam Pihak Yang Menuntut telah
mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap Encik Rusli bin Rashid.

Daripada keterangan saksi, Pihak Responden iaitu Rusli bin Rashid


(COW2) menyatakan pada 25.2.2012 beliau bersama Encik Safri berada
di tempat cuci trailer dan Pihak Yang Menuntut tiba-tiba menjerit-jerit
terhadap beliau dan Pihak Yang Menuntut nampak ganas dan mencabar
untuk bertengkar dan menunjukkan topi keledar dan selipar. Berikutan
kejadian itu COW2 telah membuat laporan polis seperti di mukasurat 15
COB

pada 25.2.2012 dan laporan kepada HR Department pada

27.2.2012 seperti di mukasurat 14 COB. Pihak Yang Menuntut di dalam


keterangan beliau menafikan ada mengeluarkan kata-kata ugutan dan
menunjuk selipar dan topi keledar kepada COW2 dan sebaliknya
mendakwa COW2 yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap beliau.

Sewaktu COW2 disoalbalas oleh Wakil Pihak Yang Menuntut, beliau


menyatakan jarak antara beliau dan Pihak Yang Menuntut pada masa itu
lebih kurang 100 kaki atau 50 meter dan wakil Pihak Yang Menuntut
menghujah bahawa dalam keadaan jarak dan tempat itu bising sudah
tentu COW2 tidak mendengar apa-apa yang dikatakan oleh Pihak Yang
Menuntut.

Dalam keterangan COW1 Pengawal Keselamatan yang

berada di tempat itu mengesahkan beliau tidak mendengar apa yang


diucapkan oleh Pihak Yang Menuntut.

15

Walaupun ada CCTV dan

dikemukakan pada masa Siasatan Dalaman dijalankan tetapi sewaktu


perbicaraan di Mahkamah, CCTV tidak ditunjukkan untuk menunjukkan
keadaan sebenar kejadian itu berlaku.

Setelah Mahkamah meneliti keadaan kes ini dan COW2 setuju bahawa
jarak antara beliau dengan Pihak Yang Menuntut lebih kurang 100 kaki
adalah mustahil untuk Pihak Yang Menuntut memukul beliau pada masa
itu dan COW2 juga gagal untuk memperincikan apakah kata-kata ugutan
yang dikatakan oleh Pihak Yang Menuntut kepada beliau jika benar apa
yang dikatakan oleh COW2 itu bahawa Pihak Yang Menuntut ada
mengugut beliau. Berdasarkan keterangan ini Mahkamah memutuskan
Pihak Responden telah gagal untuk membuktikan Pertuduhan Ketiga
terhadap Pihak Yang Menuntut.

[15]

Setelah meneliti segala keterangan dan hujah kedua-dua pihak, Mahkamah

memutuskan bahawa Pihak Responden telah gagal membuktikan segala pertuduhanpertuduhan terhadap Pihak Yang Menuntut.

Oleh itu tindakan Pihak Responden

menamatkan perkhidmatan Pihak Yang Menuntut pada 21.3.2012 adalah tanpa alasan
yang adil dan bersebab. Oleh itu tuntutan Pihak Yang Menuntut dbenarkan.

Remedi

[16]

Pihak Yang Menuntut telah bekerja sebagai Pemandu Lori di Syarikat Pihak

Responden pada 6.12.2010 dan Pihak Yang Menuntut telah ditamatkan perkhidmatan

16

pada 23.3.2012. Gaji asas Pihak Yang Menuntut ialah RM420.00 sebulan dan dibayar
insentif trip dan purata sebulan mencapai RM4,200.00 (rujuk A5 A6 dan A7
Kenyataan Kes).

Pihak Yang Menuntut telah bekerja hampir satu tahun 3 bulan

sebelum beliau ditamatkan perkhidmatan. Perhubungan antara Pihak Yang Menuntut


dan Pihak Respondan tidak begitu baik selepas tindakan Pihak Yang Menuntut
membuat laporan ke Jabatan Tenaga Kerja berhubung pemotongan gaji beliau oleh
Pihak Responden sebanyak RM350.00 sebulan.

[17]

Berdasarkan perkara di atas dan bertindak di atas hati nuraini dan ekuiti di

bawah seksyen 30(5) Akta Perhubungan Perusahaan remedi yang sesuai ialah:

1.

Upah Gaji Kebelakang


RM4,200.00 x 12

2.

RM50,400.00

RM 4,200.00

RM54,600.00

Galang ganti diambil semula bekerja


RM4,200 x 1
JUMLAH

Bayaran hendaklah dibayar kepada Pihak Yang Menuntut selepas potongan


statutori jika ada dalam tempoh 40 hari.

DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH PADA 18 NOVEMBER 2016

tt
( SAPINI BIN MAT SAMAN )
PENGERUSI
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
17

You might also like