You are on page 1of 9

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL

JABATAN SEJARAH
AEEA 3331 : PENGKAJIAN ARKEOLOGI ISLAM DI MALAYSIA
SOALAN 4 : BINCANGKAN KEPENTINGAN BATU BERSURAT TERENGGANU
DALAM KAJIAN ARKEOLOGI ISLAM DI MALAYSIA.

NAMA

: WAN LILY MARIANI BINTI OMAR

NO. MATRIK

: AEE130062

SEMESTER

:1

SESI

: 2015/2016

TUTORIAL

: KHAMIS (11-12 PAGI)

NAMA TUTOR

: DR. MOHD. SUPIAN BIN SABTU

NAMA PENSYARAH: DR. MOHD. SUPIAN BIN SABTU

Pengenalan
Arkeologi Islam merupakan arkeologi yang mempelajari masyarakat Islam melalui
arkifak, feature dan ekofak yang berasal dari masa sejarah di mana masyarakatnya sudah
mengenal tulisan. Batu bersurat Terengganu mempunyai kepentingan dalam kajian arkeologi
Islam di Malaysia. Kajian arkeologi Islam merangkumi mata wang, masjid, inskripsi, batu
bersurat, batu nisan dan sebagainya. Batu bersurat merupakan dokumen sejarah yang terdapat
dalam bentuk artifak contohnya Batu Bersurat Terengganu dan Batu Bersurat Pangkalan
Kempas. Batu Bersurat Terengganu dipercayai berusia lebih 700 tahun dengan catatan bukti
di batu tersebut sejak abad ke-12 Masihi. Hal ini telah membuktikan bahawa Islam sampai ke
Terengganu sejak abad ke-12 Masihi. Batu Bersurat Terengganu merupakan tugu yang terukir
di atasnya satu teks pendek kira 270 perkataan.1 Ia dijumpai di tebing Sungai Jara Tanah
Batu, Kampung Buluh, Kuala Berang, Terengganu pada tahun 1887 dan diusung oleh
penduduk kampung ke Surau Tok Rashid apabila mereka ternampak batu bersurat tersebut
timbul di tebing sungai akibat banjir. Pada tahun 1902, Syed Husin Ghulan Al-Bakri,
saudagar Arab telah ternampak batu tersebut. Beliau membawanya ke Kuala Terengganu dan
dipersembahkan kepada DYMM Al-Marhum Sultan Zainal Abidin dan baginda telah
menitahkan supaya ia diletakkan di atas Bukit Puteri. Pada Julai 1922, Penolong Penasihat
British, Mejar H.S Peterson telah memindahkan batu tersebut ke Pejabat Bandar. Pada tahun
1923, J.L. Humphreys telah mendapat persetujuan mesyuarat Kerajaan Terengganu untuk
membawa batu tersebut ke Muzium Raffles, Singapura. Pada tahun 1960, Dato Shahrum Yub
Berjaya telah membawa pulang batu tersebut ke Muzium Negara. Pada 6 Julai 1991, ia
dibawa ke Terengganu dan dipamerkan di Memorial Batu Bersurat. Usaha untuk membaca
tarikh yang terdapat pada batu bersurat tersebut pernah dibuat oleh C.O Blagden pada tahun
1 Asmah Haji Omar, "Batu Bersurat Terengganu : Gambaran Budaya Melayu Zamannya."

Kertas-kertas kerja Seminar Batu Bersurat yang berlangsung pada 18-19 April 2010 di Kuala
Terengganu : Universiti Malaya, 2010.

1924 dan S.Q. Fatimi pada tahun 1963. Tarikh yang diterima pakai ialah 1303 Masihi yang
dikaji oleh Syed Mohammad Naquib al-Attas. 2
Kepentingan Batu Bersurat Terengganu :
Undang-undang terawal Islam
Batu Bersurat Terengganu merupakan undang-undang Melayu-Islam yang tertua. Ia
menunjukkan bagaimana bijaknya sarjana yang mengandungi undang-undang Islam dengan
undang-undang setempat. Ia mempunyai kaitan dengan Undang-Undang Melaka 3 dan
merupakan catatan penting tentang kedatangan agama Islam ke Alam Melayu. Pertama, ia
sebagai

sumber

asas

untuk

mengetahui tentang bagaimana bentuk pengamalan

undang-undang Islam dalam institusi Melayu tradisi yang telah dilaksanakan dalam
konteks zaman silam. Batu Bersurat Terengganu ini merupakan karya perundangan
pertama yang pernah dihasilkan oleh masyarakat Melayu Islam yang kemudiannya telah
ditiru oleh negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Keduanya, ia sebagai sumber untuk
mengetahui tahap kesarjanaan ulama

Melayu

di

dalam

usaha

mereka

mengajar,

menyusun dan menerapkan undang-undang Islam ke dalam masyarakat. Ketiga, dapat


memperincikan lagi kajian terhadap Batu Bersurat Terengganu dengan mengunakan ilmu
bantu ala Islam, ilmu usul al-fiqh. 4 Melalui tinggalan Batu Bersurat Terengganu ini, agama
Islam dikenalpasti sebagai agama rasmi dan masyarakat ketika itu telah mengamalkan
pelaksanaan undang-undang Islam. Undang-undang Islam diperincikan dengan teliti selaras
2 Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, Batu Bersurat sebagai sumber sejarah, Institut

Alam dan Tamadun Melayu ; Universiti Kebnagsaan Malaysia,


3 Dr. Mohammad Alinor Bin Abdul Kadir. " Batu Bersurat Terengganu Dan Kaitan Undang-

Undang Sezamannya." In Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu 2012 (25-26 Mac
2012 : Kuala Terengganu). Kuala Terengganu, 2012.
4 Abdul Rahim, Rahimin Affandi and Ismail, Paizah and Abd Majid, Mohd Kamil and Md.

Dahlal, Nor Hayati, Batu Bersurat Terengganu: Satu Tafsiran Terhadap Pelaksanaan Syariah
Islam. 2010, Jurnal Fiqh, 7.

dengan peruntukan syarak. Pelaksanaaan undang-undang atau hukum-hukum yang berkaitan


dengan perlakuan zina dan hutang piutang. Kesalahan dan hukuman yang dinyatakan digubal
dengan teliti. Selain itu, pengaruh undang-undang adat turut digunapakai. Ia membabitkan 9
atau 10 hukum dalam bidang (a) muamalattentang hutang puitang, undang-undang
keterangan, hukuman kerana enggan membayar denda atau melarikan diri daripada
hukuman dan (b) hukuman bagi kesalahan zina. Namun begitu, sebahagian besar keterangan
ini kurang lengkap dan agak kabur kerana kehilangan sebahagian besar serpihan batunya.
Perlaksanaan hukum Islam jelas wujud zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III pada
tahun 1881 sehingga 1918. Terengganu menjadi negeri pertama di Alam Melayu yang
mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi sebuah negeri dan melaksanakan hukum-hukum
Islam.5 Batu Bersurat Terengganu tidak langsung dipengaruhi oleh mana-mana undangundang Hindu-Buddha, walaupun daripada Undang-undang Majapahit. 6
Warisan Intelektual Bangsa
Batu Bersurat Terengganu merupakan salah satu senarai dibawah Memory of the
World oleh UNESCO. Ia mengandungi tulisan jawi terawal dan ia juga melambangkan
perdagangan global. Ia telah membuktikan satu bentuk tulisan baru telah mula dicipta dan
digunakan di dunia iaitu sistem tulisan jawi teratur dan berbahasa Melayu. Masyarakat
Melayu telah mencipta tulisan yang berasaskan huruf Arab untuk mengeja bahasa Melayu.
Tulisan jawi juga telah menjadi alat perakaman, penyebaran dan pendidikan Islam di seluruh
Alam Melayu. Orang Melayu juga dikenali sebagai Orang Jawi, Tanah Jawi begitu juga
dengan tulisan Melayu dikenali sebagai tulisan Jawi. Orang Melayu mahir dalam kaedah
5 Mohd. Yusof Bin Abdullah, Batu Bersurat Piagam Terengganu Warisan Intelektual

Bangsa.
6 Dr. Mohammad Alinor Bin Abdul Kadir. " Batu Bersurat Terengganu Dan Kaitan Undang-

Undang Sezamannya." In Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu 2012 (25-26 Mac
2012 : Kuala Terengganu). Kuala Terengganu, 2012.

menulis. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat tidak menyamai mana bentuk tulisan khat
yang ada pada hari ini. Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa orang yang menulis
mungkin orang Melayu kerana mereka menggunakan bahasa Melayu dan orang yang
mengukir atau memahat kemungkinan orang Cina kerana orang Melayu tidak mempunyai
kemahiran dalam mengukir pada batu. Selain itu, cara penulisan pada batu ini agak unik
kerana dua muka ditulis melintang dan dua muka ditulis menegak. Ia menunjukkan
kebijaksanaan penulisnya menyussun ayat-ayat dan menghubungkaitkan di antara satu sama
lain selain bentuk bahan yang dipilih. Satu lagi keintelektualan yang dapat dilihat ialah dari
segi pemilihan bahan. Pemilihan batu sebagai bahan tulisan disebabkan ketahanannya. Jenis
batu yang digunakan ialah batu dolorite (batu sungai). Terdapat juga para pengkaji
berpendapat batu yang dimaksudkan ialah batu jenis granit. Disokong pula dengan daerah
Hulu Terengganu sehingga kini banyak terdapat simpanan batu granit dan dolorite. Tulisan
Jawi mempunyai pelbagai gaya seperti gaya kufi dan lain-lain. Tulisan Jawi sebagai warisan
dan jati diri bangsa Melayu kerana tulisan Jawi sinonim dengan agama orang Melayu iaitu
Islam. Kata-kata dalam bahasa Arab seperti Rasul Allah, Islam, Fardhu, Rejab, ingkar dan
lain-lain. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dikatakan telah menerima agama Islam ratusan
tahun lebih awal dari Melaka pada tahun 1414. Manakala dari segi bahasa, terdapat kata-kata
arkais, kata Sanskrit, kata dialek (setempat), kata Melayu asli dan kata-kata pinjaman Arab.
Bahasa yang digunakan telah mendahului zaman klasik. Sistem tulisan jawinya teratur dan
huruf Arabnya digunakan dalam Bahasa Melayu. Ia menggambarkan kebijaksanaan
penulisnya semasa menyusun perkataan dalam ayat-ayat pada Batu Bersurat Terengganu. 7
Perkembangan Ilmu astronomi

Mohd. Yusof Bin Abdullah, Batu Bersurat Piagam Terengganu Warisan Intelektual
Bangsa.
7

Perkembangan ilmu astronomi di Alam Melayu adalah seiring dengan perkembangan


penyebaran agama Islam. Batu Bersurat Terengganu telah dijadikan bahan archaeoastronomy.
Ia telah menunjukkan bahawa masyarakat Melayu-Islam ketika itu telah mempunyai ilmu
pengetahuan dalam sistem kalendar yang berasaskan Hijri dan memahami kepentingan
kedudukan jasad cakerawala untuk kegunaan kiraan waktu. Selepas kedatangan Islam,
aplikasi ilmu falak dalam takwim menjadi lebih jelas. Catatan tarikh menunjukkan tarikh
Hijrah lebih sarat dengan unsur-unsur ilmu falak sebagai contoh ..adi pertama ada Jumaat di
bulan Rejab di tahun Saratan si sasanakala Baginda Rasul Allah telah lalu tujuh ratus dua..
bersamaan dengan hari Jumaat, 22 Februari 1303M (4 Rejab 702 H)

iaitu kajian yang

dilakukan oleh Syed Muhammmad Naquib At-Attas. Terdapat beberapa elemen penting yang
berkaitan ilmu astronomi iaitu penggunaan takwim Hijri, kemampuan sarjana ketika itu
menghitung bilangan tahun dan mengenal sistem buruj dan berkemungkinan adanya cerapan
astronomi kerana adanya pengetahuan terhadap buruj Saratan. Perkembangan ilmu astronomi
di Alam Melayu pada awalnya dipengaruhi oleh Buddha dan Hindu menerusi candi
Borobudur di Jawa dan Angkor Wat di Kampuchea. Setelah kedatangan Islam, ilmu ini
bertukar kepada keperluan untuk memenuhi tuntutan ibadah namun tidak mengetepikan
bahawa ilmu digunakan bagi tujuan pelayaran, pengukuran penentuan waktu (jam) serta
kalendar yang lebih sistematik. Di samping itu, terdapat tiga faktor yang mendorong
perkembangan ilmu astronomi iaitu naungan pemerintah, kedudukan geografi dan keperluan
aktiviti masyarakat.
Sumber Sejarah
Batu Bersurat Terengganu merupakan sumber sejarah yang penting. Pelbagai aspek
yang dapat dikaji antaranya sejarah Islamisasi, sejarah politik dan sosial, perundangan Islam
yang diamalkan, sejarah tulisan Jawi, sejarah pentadbiran dan lain-lain. Sumber adalah bahan
8 Syed Muhammad Naquib al-Attas, The correct date of the Terengganu inscription,

Muzium Negara : Kuala Lumpur, 1984.

bukti. Sumber adalah bahan utama untuk membina semula peristiwa sejarah yang berlaku
pada masa lalu tidak berapa lama masa tersebut. Terdapat tiga kategori sumber yang utama
iaitu dokumen, arkeologi dan sejarah lisan. Terdapat sejarawan tidak mahu menerima sejarah
yang tidak berasaskan kepada dokumen, bidang prasejarah dianggap oleh arkeologis Amerika
sebagai bidang antropologi dan arkeologi prasejarah adalah antropologi dalam Arkeologi
Baru. Data arkeologi juga adalah data sejarah. Ia terdiri daripada data artifak, non-artifak
dan eko-fak termasuklah dalamnya inskripsi di atas batu, logam, dan lain-lain. Batu Bersurat
Terengganu kepada arkeologis adalah data arkeologi untuk membina balik sejarah. Kesahihan
satu sumber dikaitkan dengan konteks arkeologi (Archeological Context) yang bermaksud
arkeologis mestilah tahu asal usulnya yang boleh diterimanya sebagai sah iaitu bukan produk
tiruan. Ia seharusnya dijumpai secara tidak sengaja tetapi diketahui setelah diteliti bukan
tiruan. Selain itu, rujukan dari sumber lain dilakukan untuk mencungkil data daripada sumber
batu bersurat yang tujuannya adalah untuk mendapatkan gambaran yang lebih luas tentang
perkembangan perdagangan Islam contohnya sumber yang didapati dari China yang ada
menyebut tentang sebuah kerajaan Melayu Fo-lo-an yang dipercayai sebagai Kuala Berang.
Berdasarkan sumber China tersebut, pantai timur Semenanjung Tanah Melayu lebih awal
terdedah kepada perdagangan dan pedagang Islam mulai abad ke-9 Masihi. Batu Bersurat
Terengganu sebagai sumber rekod perkembangan Bahasa Melayu, sukatan timbang dan
catatan peristiwa.
Penggambaran Budaya Melayu Islam
Teks inskripsi ini telah menggambarkan kehidupan dalam peradaban Islam yang sudah
mencapai taraf yang tinggi. Masyarakat ketika itu mengenal Allah dengan penyampaian
konsep Tuhan dalam agama Islam. Terdapat teks yang menunjukkan bahawa Allah Yang
Maha Besar yang sudah dikenal baik. Ia jelas menunjukkan penggunaan ungkapan tersebut
tidak menunjukkan bahawa Allah tidak dipersekutukan dengan unsur-unsur yang lain. Di sisi

hadapan Batu Bersurat Terengganu juga disebut tujuan mendirikan batu bersurat tersebut iaitu
untuk meneguhkan agama Islam. Masyarakat di Terengganu itu telah mengamalkan rukunrukun Islam dan memeluk agama Islam. Terdapat hukum hudud dan ajaran mengenai sopan
santun atau akhlak dalam melayan tetamu dan kaum keluarga yang datang dari jauh, perilaku
dalam memberi derma serta dalam soal berhutang. Boleh difahami bahawa masyarakat
Terengganu ketika itu telah mengenali peraturan hokum syarak dan peraturan akhlak dan
sopan santun menurut Islam. Dalam menetapkan hukum syarak terdapat juga dikenakan
denda bagi kesalahan yang dilakukan oleh seseorang individu. Terdapat juga gambaran
mengenai masyarakat Terengganu yang mengamalkan urusniaga yang ringkas. Mereka
menggunakan emas. Logam yang berharga ini ditimbang berdasarkan sistem sukatan tahil
dan paha. Hal ini telah menunjukkan masyarakat Islam Terengganu telah mengamalkan
budaya menyukat barangan mungkin bagi menggelakkan berlakunya penipuam dalam
perniagaan. 9
Kesimpulan
Batu bersurat Terengganu adalah sumber sejarah yang sangat penting. Batu bersurat
Terengganu mempunyai banyak kepentingan dalam kajian arkeologi Islam di Malaysia.
Masyarakat pada hari ini haruslah menghargai peninggalan sejarah seperti berikut. Terdapat
banyak persoalan yang belum dapat dijawab berkenaan jumpaan batu bersurat tersebut
meskipun sering kali kajian dilakukan oleh para sarjana. Walaubagaimanapun usaha untuk
mengkaji dan mempersoalkan batu bersurat tersebut perlulah diteruskan dan diletakkan di
tempat yang sewajarnya dalam memartabatkan tamadun Islam di mata dunia.

Asmah Haji Omar, "Batu Bersurat Terengganu : Gambaran Budaya Melayu Zamannya."
Kertas-kertas kerja Seminar Batu Bersurat yang berlangsung pada 18-19 April 2010 di Kuala
Terengganu : Universiti Malaya, 2010.
9

Rujukan
1. Asmah Haji Omar, "Batu Bersurat Terengganu : Gambaran Budaya Melayu Zamannya."
Kertas-kertas kerja Seminar Batu Bersurat yang berlangsung pada 18-19 April 2010 di Kuala
Terengganu : Universiti Malaya, 2010.
2. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, Batu Bersurat sebagai sumber sejarah,
Institut Alam dan Tamadun Melayu : Universiti Kebangsaan Malaysia.
3. Dr. Mohammad Alinor Bin Abdul Kadir. " Batu Bersurat Terengganu Dan Kaitan UndangUndang Sezamannya." In Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu 2012 (25-26 Mac
2012 : Kuala Terengganu). Kuala Terengganu, 2012.
4. Abdul Rahim, Rahimin Affandi and Ismail, Paizah and Abd Majid, Mohd Kamil and Md.
Dahlal, Nor Hayati, Batu Bersurat Terengganu: Satu Tafsiran Terhadap Pelaksanaan
Syariah Islam. 2010, Jurnal Fiqh, 7.
5. Mohd. Yusof Bin Abdullah, Batu Bersurat Piagam Terengganu Warisan Intelektual
Bangsa.
6. Syed Muhammad Naquib al-Attas, The correct date of the Terengganu inscription,
Muzium Negara : Kuala Lumpur, 1984.

You might also like