You are on page 1of 2

ADWAVE MEMBAWA ANDA KEAJAIBAN DUNIA PERIKLANAN KREATIF

AwarD Winning AdVertising Exhibition (ADWAVE) kembali lagi!


ADWAVE dianjurkan oleh pelajar tahun terakhir Komunikasi Pemujukan, Pusat
Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM). Ia merupakan projek tahunan
yang dimulakan pada tahun 1997 demi memberi peluang kepada pelajar-pelajar
institusi pengajian tinggi dari Malaysia dan Asia Tenggara untuk menunjukkan bakat
dan kreativiti mereka. Pada tahun ini, ADWAVE 2008 yang bermula pada bulan
Januari telah menganjurkan Pertandingan Pelan Kempen Periklanan sloggi.
Pemenang pertandingan ini berpeluang memenangi wang tunai RM 6000 dan
melaksanakan pelan tersebut dalam keadaan sebenar bersama pasukan
profesional sloggi.
Pameran Kreatif akan diadakan pada 11 Mac sehingga 14 Mac 2008 dari 9 pagi
hingga 5 petang di foyer Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), USM. Ia akan dirasmikan
oleh Timbalan Naib Cancelor, Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Profesor
Madya Omar Osman. Pameran ini akan mempamerkan iklan-iklan yang
memenangi Kancil Awards dan hasil penyertaan finalis Pertandingan Pelan Kempen
Periklanan sloggi. Objektif pamearan ini adalah untuk mempromosi kesedaran
dalam kalangan masyarakat tentang bakat-bakat kreatif dalam industri periklanan.
Para pengunjung akan didedahkan kepada banyak iklan yang kreatif dan juga
agensi yang bertanggungjawab mewarnai bidang periklanan kita. Terdapat juga
permainan dan baranganyang akan diberikan kepada pengunjung.
ADWAVE 2008 juga akan menganjurkan bengkel yang bertajuk: Word Power:
Copywriting pada 14 Mac 2008 dari 8.30 pagi sehingga 4.30 petang di Dewan
Kuliah A, USM. Bengkel ini akan dikendalikan oleh Encik Grenville Francis, Head of
Copy , dari agensi periklanan yang popular, NAGA DBB Sdn. Bhd. Encik Francis
mempunyai pengalaman luas melebihi 20 tahun dalam bidang periklanan
terutamanya dalam seni copywriting. Beliau pernah memenangi banyak anugerah,
antaranya Kancil Award, London International Award dan New York Festival Award.
Bengkel ini akan mendedahkan para peserta kepada bagaimana sesuatu
dianggap sebagai copywriting yang baik, bagaimana untuk menjadi seorang
copywriter yang baik. Bengkel ini terbuka kepada semua pelajar institusi pengajian
tinggi dan terhad kepada 90 peserta sahaja. Bayaran bengkel ini adalah RM 10.
Acara kemuncak ADWAVE 2008 ialah Hari Perasmian pada 15 Mac 2008 di DTSP,
USM. Majlis ini akan dimulakan pada10 pagi dan akan dirasmikan oleh Naib
Cancelor, Profesor Dato Dzulkifli Abdul Razak. Antara yang akan turut hadir ialah
Naib Pengerusi Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4As), Encik
Tony Savarimuthu, Pengurus Produk, Body Fashion (M) Sdn Bhd, Cik Doris Gwee dan
para wakil penaja ADWAVE 2008. Rancangan ini dijangka akan dihadiri oleh 1000
penonton untuk menyaksikan penyampaian idea oleh 10 finalis Pertandingan Pelan
Kempen Periklanan sloggi demi merebut tunai RM 6000 dan peluang untuk
bekerjasama dengan sloggi untuk melancarkan kempen itu. Penonton juga

berpeluang untuk mendekati Encik Ho Yuhang. Encik Ho adalah salah seorang


pengarah yang popular dengan iklan TV Petronas. Untuk menghangatkan lagi
suasana, En. Johnson Wee Chun Yen, pemenang pertandingan bakat melalui
program terkenal Malaysia-Project Superstar2006 juga akan memberikan
persembahan pada hari itu. Terdapat banyak barangan yang ditaja oleh Ribena,
majalah Female, Loreal sampel kosmetic, vaucer Skin Food dan penaja-penaja lain
yang akan diberikan kepada penonton dengan percuma. Para penonton juga
berpeluang memenangi iPod dan telefon bimbit dalam cabutan bertuah.
Makanan tengah hari akan disediakan kepada semua yang menghadiri perasmian
ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.usm.my/adwave2008 atau hubungi Ms Ng
Hooi Sun di 012-4139246 atau 012-3879532.

You might also like