You are on page 1of 5

Surah al-Kahfi DiHayati Kekuatan Ummah DiMiliki

! ... . .
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama
meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan
menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian


Firman Allah dalam ayat 54-55 surah al-Kahfi :


Maksudnya : Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam
Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya
manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya. Dan tiada yang menghalang
manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka, dan daripada
memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana
mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu,
atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi.
Keberadaan kita pada hari Jumaat yang merupakan Penghulu segala hari yang memiliki
kelebihan yang besar di mana kita mesti menggunakan sebaik mungkin kehadiran hari Jumaat
untukm menambahkan amal ibadat disamping memohon keampunan daripada Allah atas
ketelanjuran. Antara amalan terbaik pada hari Jumaat yang mulia ini ialah memperbanyakkan
selawat ke atas nabi s.a.w, istighfar, berdoa dan membaca al-Quran terutama surah al-Kahfi

:

Maksudnya : Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya Allah menerangi
baginya dengan cahaya di antara dua Jumaat.




Maksudnya : Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti
terlindung daripada fitnah Dajjal.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Firman Allah dalam ayat 104-105 surah al-Kahfi:



Maksudnya : (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini,
sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka
lakukan. Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan
pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan
memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.
Sebagaimana maklum bahawa turunnya al-Quran bukan semata-mata untuk mendapat pahala
daripada bacaannya sahaja sebaliknya ia lebih besar daripada itu iaitu dengan menghidupkan
sistem al-Quran dalam seluruh aspek kehidupan samada ibadat khusus, ekonomi, sosial, politik
dan sebagainya. Begitulah juga dengan galakan membaca surah al-Kahfi adalah bagi menghayati
pengajaran berharga daripadanya. Surah al-Kahfi banyak merakamkan amaran Allah kepada
orang yang kufur terhadap nikmat-Nya, di samping memberikan khabar gembira kepada hambahamba-Nya yang soleh, menghuraikan dengan jelas pertentangan antara iman dan madiyyah
(materialisme) serta menggariskan makna kebahagiaan yang sebenar menurut Islam. Kisah-kisah
yang terkandung di dalam surah al-Kahfi menjadi bahan renungan dan peringatan kepada umat
beriman sepanjang zaman khususnya di era tamadun kedajjalan bermaharajalela. Ini kerana,
pertarungan materialisme dan iman berterusan sepanjang zaman.
Di zaman mengaku tuhan umpamanya, penganut materialisme diwakili Firaun dan menterimenterinya termasuk Haman dan Qarun. Sementara golongan beriman diwakili Nabi Musa dan
para pengikut setianya yang beriman kepada Allah. Di zaman kini, golongan materialisme
diwakili negara-negara superpower yang memiliki peralatan perang canggih, media putar-belit,
empayar hiburan dan sebagainya untuk menyesatkan umat manusia agar perang-memerangi dan
terkeluar dari jalan kebenaran. Islam tidak menolak keperluan material (kebendaan), tetapi
memerangi materialisme, suatu fahaman yang menjadikan kekayaan, pengaruh dan kuasa
sebagai matlamat utama dan tuhan-tuhan baru yang dipuja dan disembah. Materialisme adalah
suatu bentuk kezaliman yang disebut di dalam surah al-Kahfi. Tamadun kebendaan di akhir
zaman ini telahpun memperlihatkan ciri-ciri untuk memperdajjalkan umat manusia dalam semua
perkara. Antara cirinya ialah mengaburkan kefahaman orang ramai, melabelkan sesuatu dengan
nama yang tidak sepatutnya, memalsukan kebenaran, mengubah perkara yang baik kepada keji
dan keji kepada baik, serta mengatakan sesuatu perkara sedangkan dirinya tidak mempunyai
kearifan dalam isu yang ditimbulkannya itu. Hal itu yang paling banyak terjadi sekarang ini sama

ada kita sedar atau tidak sedari. Ia juga mengingatkan tentang Fitnah Dajjal yang merupakan
fitnah yang terakhir dan paling besar sekali.
- :
Maksudnya : Di antara penciptaan nabi Adam a.s sampai ke hari kiamat itu, tidak ada perkara
yang lebih besar dari Dajjal

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Firman Allah dalam ayat 13-14 surah al-Kahfi:
.



Maksudnya : Sesungguhnya mereka itu para pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan
Kami tambah lagi bagi mereka petunjuk. Dan Kami kuatkan hati-hati mereka dengan kesabaran,
tatkala mereka berdiri lalu berkata; Tuhan kami, Pengurus bagi langit-langit di bumi, kami tidak
akan seru Tuhan selain Allah kerana kalau begitu, bererti kami berkata sesuatu yang melewati
batas.
Imam Jalaluddin as-Suyuti menceritakan bahawa kaum Yahudi bertanya kepada Nabi
Muhammad s.a.w tentang 3 soalan berkisar masalah ruh, Ashabul Kahfi dan Zulqarnain
bertujuan untuk mengejek Nabi s.a.w. Lalu Allah menurunkan wahyu kepada Rasul-Nya, bagi
menjawab soalan tentang ruh di dalam surah al-Isra ayat 85, manakala soalan-soalan berbaki
dijawab di dalam surah al-Kahfi. Segelintir kaum Yahudi memang suka merendah-rendahkan
Nabi s.a.w dengan soalan bersifat supernatural seolah-olah merekalah jaguh segala maklumat.
Namun, Allah Taala tidak menilai berapa banyak ilmu pengetahuan yang dimiliki tetapi berapa
banyak ia diamalkan dalam kehidupan.

Ketika menyoroti kisah Ashabul Kahfi dan kembara ilmu nabi Musa bersama nabi Khidir a.s
maka kita dapati bagaimana perlu setiap individu muslim memiliki peribadi yang hebat
antaranya : [1] Sentiasa mencari dan menyebarkan Ilmu agama agar setiap tindakan dan amalan
selari dengan kehendak agama [2] Berdakwah kepada Allah dan memberikan kefahaman yang
baik tentang system Islam kepada masyarakat [3] Bersabar atas gangguan masyarakat [4]
Mentaati perintah dan menjauhi larangan Allah [5] Sentiasa berusaha dalam menyucikan jiwa
daripada sifat mazmumah atau tercela [6] Suka berkumpul dengan para ulama dan orang soleh
yang boleh menegur dan membaiki kekurangan yang ada [7] Menjadi teladan yang baik bagi
masyarakat dengan menghiasi diri dengan segala sifat mahmudah atau terpuji [8] Bangga dengan
agamanya dan tidak mengikuti orang-orang kafir samada dari sudut pakaian, bersosial, berfikir
dan bertindak [9] Berjihad dan mengorbankan jiwa di jalan Allah Taala.

Ciri pemuda yang unggul telah diungkapkan oleh Imam Hassan al-Banna, : Asas keimanan
adalah hati yang bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asas semangat ialah keinginan yang
kuat, asas usaha ialah keazaman yang membara dan semua sifat ini tidak wujud kecuali pada diri
seorang pemuda.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Firman Allah dalam ayat 83-84 surah al-Kahfi:



Maksudnya : Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain.
Katakanlah: Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit
tentang perihalnya. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah
di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya
Seterusnya kisah Zulqarnain, seorang raja yang memiliki keimanan, kebaikan dan kekuatan yang
luar biasa. Baginda memiliki semua jenis sumber kekuatan material serta menguasai semua
kemudahan dan perkakasan yang ada pada zamannya. Sungguhpun demikian, Zulqarnain
menggunakannya untuk kemanfaatan manusia, berkhidmat kepada insan dan membangunkan
sebuah kota yang berkebajikan. Meskipun Zulqarnain berada di kemuncak kegemilangan dan
kekuasaan, namun beliau tetap tunduk kepada Allah Yang Maha Mencipta dan Menjadikan.
Beliau tidak mudah dikaburi dengan harta yang menjadi perhiasan duniawi walaupun
dilimpahkan seluas dataran bumi kepadanya. Ini antara contoh pemimpin terbaik yang
mendatangkan kebaikan kepada rakyat.
Bukannya menjadi pemimpin yang suka melihat bantuan subsidi ditarik, cukai GST diambil
untuk kemewahan pemerintah sedangkan rakyat terus dihimpit dengan keperitan hidup dengan
kos barangan terus naik seiring dengan kenaikan harga minyak. Sewajarnya dalam keadaan
rakyat yang terpaksa berjimat cermat maka kerajaan lebih wajib berhemah dan amanah dalam
membelanjakan hasi Negara. Antara cadangan dalam menjimatkan wang Negara ialah mengkaji
semula saiz kabinet yang terlalu besar, setiap menteri boleh menunjukkan teladan dengan
pemotongan peratusan gaji bulanan serta memulangkan elaun minyak, tol, percutian dan keraian
untuk memastikan pemimpin turut merasai penderitaan rakyat. Penjimatan daripada perbelanjaan
protokol menteri, projek mewah yang tidak bemanfaat kepada rakyat terbanyak serta cegah
kawal sepanjang masa terhadap ketirisan akibat pecah amanah dan rasuah.
Sebagaimana pesanan Khalifah Umar bin Abdul Aziz : Pemimpin kaya menyebabkan rakyat
menderita papa kerana dia tidak merasai susah jerih rakyat, sedangkan bila pemimpin miskin
maka rakyat akan merasai nikmat kekayaan Negara yang dirasai secara bersama melalui agihan
yang saksama

Berhati-hatilah dalam memilih pemimpin agar kita dipimpin oleh orang yang amanah, dedikasi
yang bukan sahaja mampu menguruskan dunia berdasarkan agama malah mampu memandu kita
kepada kebahagian akhirat yang kekal selamanya.

You might also like