You are on page 1of 9

1.

PENGENALAN

Kepurbakalaan manusia adalah pembuktian kewujudan manusia. Hal ini


saling berkait rapat dengan dengan kepurbakalaan hominid secara menyeluruh
sama ada melalui teori keciptaan ataupun teori evolusi manusia. Sejarah mengenai
manusia wujud apabila golongan-golongan tertentu mula minat yang mendalam
mengenai masa lampau manusia. Bagi Glyn Daniel, usaha sedemikian adalah satu
penghargaan terhadap masa lampau sejarah mengenai kewujudan manusia dan
beberapa sistem kronologi relatif dalam pengukuran masa mengenai kewujudan
tersebut.
Dalam mengkaji mengenai kepurbakalaan manusia, terdapat perselisihan
pendapat antara golongan agama dan ahli geologi mengenai asal usul manusia.
Bagi golongan agama oleh Anglican Archbishop James Ussher melalui artikelnya
tahun 1650 yang bertajuk Ussher Chronology yang berpendapat bahawa pencipta
dunia dan kewujudan manusia bermula pada 23 Oktober 4004 sebelum Masihi.
Pandangan ini mendapat sokongan dari ahli geologi lama seperti William Buckland.
Bagi pandangan golongan geologi lama yang berpegang kepada teori
kemalapetakaan (Catastrophism) yang menyatakan bahawa lapisan tanah yang
wujud di permukaan bumi adalah akibat daripada bencana dan kebakaran.
Penemuan John Frere pada tahun 1797 di Suffolk, England penemuan peralatan
batu di lapisan tanah pada kedalaman lima meter yang tidak terganggu bersama
fosil haiwan yang telah pupus. Keadaan ini menyebabkan beliau berpendapat
bahawa usia bumi dan manusia adalah lebih tua daripada yang dipercayai oleh
golongan agama. Namun, pada peringkat awal pandangan John Frere diketepikan
disebabkan tiada sumber yang berlanjutan (missing link) mengenai pandangan ini.
Selepas 50 tahun kemudian, pandangan ini diteruskan lagi apabila ahli geologi
seperti Charles Lyell menemukan bukti yang sama dan mempunyai pandangan
yang sama dengan John Frere. Lyell telah mengutarakan teori baru yang
menyatakan perubahan yang berlaku dalam kehidupan secara berperingkatperingkat adalah dengan menggambarkan jenis fosil yang ditemui di lapisan bumi.
Dengan idea ini, Charles Darwin telah memberikan teori untuk melihat bagaimana
perubahan kehidupan berlaku melalui bukunya yang bertajuk The Origin of Species.
Melalui buku yang dihasilkan ini, beliau memegang kepada prinsip survival of the
fittest yang bermaksud pilihan semula jadi dalam jangka masa yang lama akan
menghasilkan spesies yang baru berevolusi. 1
Kajian terkini dalam bidang paleoantropologi telah membuktikan bahawa
perkembangan tersebut berlaku sejak 7 juta tahun lalu. Sebahagian besar bidang
sains sosial seperti arkeologi dan antropologi berpendapat bahawa hominid telah
berevolusi dari spesies Sahelanthropus Tchadensis kepada Homo Sapiens.
Pandangan ini merupakan kesinambungan Teori Evolusi Klasik yang di utarakan oleh
Charles Darwin melalui karyanya Origin of Species (1859) di mana menurut beliau,
1 Hamid Mohd Isa, pengenalan dan sejarah arkeologi, Universiti Sains Malaysia, diakses pada
April
2016https://www.google.com/url?
sa=t&source=web&rct=j&url=https://arkeologi.usmmy/image/nota/101/uaw1
0%2520pengenalan%2520dan%2520sejarah%2520arkeologi.docx&ved=0ahUKEwjicToz9MAhVCMY8kfXUX
g8UOvhtREQ.

manusia merupakan makhluk yang berevolusi, iaitu makhluk yang hanya


mempunyai satu gel dan berkembang menjadi berjenis-jenis makhluk yang hidup. 2
Namun, pandangan ini telah mencetus pelbagai isu dan penolakan khususnya dari
golongan agama sama ada agama Islam mahupun agama Kristian. Namun
penemuan-penemuan terkini mengenai kemunculan manusia pertama atau
kepurbakalaan telah menimbulkan pelbagai teori mengenai kewujudan manusia.
2.0 PENEMUAN FOSIL
Dalam mengkaji mengenai kewujudan manusia pada zaman lampau, pelbagai
kaedah yang digunakan untuk membuktikan teori-teori tertentu. Dengan
perkembangan arkeologi dan minat mendalam bagi mengetahui mengenai
kewujudan manusia telah menyebabkan ahli arkeologi lebih mementingkan aspek
saintifik bagi membuktikan kebenaran sesuatu penemuan. Kaedah penggalian dan
ekskavasi adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk mencari bahan-bahan
yang berkaitan dengan kewujudan manusia. Selepas itu, menggunakan kaedah
saintifik untuk membuktikan penemuan dan seterusnya membuat dokumentasi
melalui penemuan tersebut. Perkembangan dalam kajian arkeologi ini, telah
melahirkan ahli arkeologi terus menerokai sumber-sumber yang berada di daratan
mahupun maritim. Terdapat beberapa penemuan terkini yang telah dijalankan
melalui kaedah-kaedah penggalian dan ekskavasi. Penemuan fosil termasuklah di
Indonesia, China, Afrika dan banyak lagi.
Di Indonesia merupakan salah satu tempat di mana fosil manusia purba
banyak ditemukan seperti di Mojokerto, Solo dan Ngandong dan Sangiran. Antara
jenis fosil purba yang ditemui di Indonesia seperti Meganthropus Paleojavanicus,
Pithecantropus, dan Homo. Nama fosil purba Meganthropus Paleojavanicus berasal
dari Megan yang bermaksud besar, Anthropus bermaksud manusia, Paleo
bermaksud tua dan Javanicus bermaksud dari Jawa. Oleh itu, Maganthropus
Paleojavanicus bermaksud manusia purba bertubuh besar tertua di Indonesia. Fosil
purba ini ditemukan di daerah Sangiran, Jawa tengah Indonesia sekitar tahun 19361941 oleh seorang arkeologi Belanda yang bernama Von Koeningswald. Fosil purba
yang ditemui berada dalam keadaan yang tidak lengkap dan hanya sebahagian
sahaja iaitu bahagian tengkorak, rahang bawah dan gigi. Fosil Meganthripus
Paleojavanicus yang ditemui di Sangiran dikirakan berusia satu hingga dua juta
tahun. Ciri-ciri fosil ini adalah mempunyai tonjolan tajam di bahagian kepala,
mempunyai tulang pipi yang tebal,tidak mempunyai dagu seakan-akan menyerupai
kera, gigi dan rahang yang kuat serta memakan berupa tumbuh-tumbuhan. 3
Fosil purba Pithecanthropus adalah fosil manusia purba yang banyak ditemui
di Indonesia. Fosil jenis ini ditemui dan diberi konsep sebagai kera yang berjalan
tegak. Usia fosil pithecanthropus yang ditemukan adalah sekitar tahun 30,000
2 Cherles Darwin,(1859), The Origin of Species, diakses pada
online.org.uk/content/frameset?itemID=F373&viewtype=text&pageseq=1

3 Ibnoe Soewarso, Sejarah Manusia Purba di Indonesia, diakses pada April

2016

http://darwin-

2016,http://www.artikelsiana.com/2014/09/sejarah-manusia-purba-indonesia-Asal-Usulnya.html#

hingga satu juta tahun melalui pengukuran lapisan tanah. Terdapat tiga jenis
pithecanthropus di Indonesia yang dikenali sebagai Pithecanthropus Erectus,
Pithecanthopus Mojokertensis dan pithecanthropus Soloensis. Fosil pithecanthropus
Erectus (Homo Erectus) telah ditemui oleh Eugebe Dubois pada tahun 1891 di
kawasan lembah sungai Bengawan Solo, Trinil di Jawa Tengah. Fosil yang ditemui
adalah berupa tulang rahang atas, tengkorak dan tulang kaki. Fosil purba
Pithecathropus Mojokertensis atau Pithecantropus Robustus telah ditemui oleh pula
Von Keoningswald pada tahun 1963 di Mojokerto Jawa Timur. Fosil yang ditemui
merupakan tulang tengkorak kanak-kanak.
Manakala, fosil purba jenis
Pithecanthroups Soloensis ditemui di tempat dua kawasan iaitu Ngandong dan
Sangiran pada tahun 1931 hingga 1933 oleh Von Koeningswald dan Oppernoorth.
Penemuan fosil adalah berupa tengkorak dan tulang kering. Ciri-ciri bagi
Pithecanthropus adalah memiliki tubuh badan antara 165 hingga 180 Cm,
mempunyai badan yang tegap tetapi tidak sekuat Meganthropus, hidung lebar dan
tidak berdagu dan makanan mereka adalah berupa tumbuh-tumbuhan dan daging
haiwan buruan mereka.
Fosil purba manusia jenis Homo Sapiens adalah manusia purba yang berusia
muda iaitu berumur sekitar tahun 15,000 hingga 40, 000 sebelum Masihi. Fosil
manusia purba ini mempunyai volum otak yang menyerupai manusia moden.
Dalam hal ini, dapat disimpulkan bahawa manusia purba ini sudah berupa manusia
(Homo) dan bukan manusia kera (Pithecantropus). Di Indonesia, telah ditemui
beberapa fosil purba manusia jenis ini iaitu Homo Soloensis, Homo Wajakensis dan
Homo Floresienis (Penemuan Terkini). Homo Soloensis telah ditemui oleh Von
Koeningswald dan Weidenrich pada tahun 1931-1934 di kawasan sekitar Bengawan
Solo. Fosil manusia yang ditemui hanya berupa tengkorak dan mempunyai ciri-ciri
seperti volum otak antara 1000-1300 cc, tinggi badan antara 130-210 cm, muka
tidak menonjol ke hadapan dan berjalan tegak menggunakan sepasang kaki. Homo
Soloensis di anggarkan hidup sekitar 900,000 hingga 300,000 tahun yang lalu.
Homo Wajakensis pula telah ditemukan oleh Engune Dudois pada tahun 1889 di
Wajak, Jawa timur. Antara fosil yang ditemukan adalah rahang bawah, tulang
tengorak, dan beberapa ruas tulang leher. Ciri-ciri fosil jenis ini adalah mempunyai
muka yang lebar dan mendatar, memiliki hidung yang lebar dan mulut menonjol,
tulang tengkorak yang membulat dan memiliki tonjolan di dahi.
Sekelompok ilmuwan yang dipimpin oleh Profesor Tim White telah melakukan
proses ekskavasi dan penggalian di mana mereka telah menemukan sejumlah
tengkorak iaitu dua daripadanya adalah orang dewasa dan seorang kanak-kanak.
Tengkorak tersebut dianggarkan berusia 160,000 tahun. Di Desa Herto di wilayah
Afar iaitu sebelah timur Ethiopia didapati fosil manusia moden iaitu Homo sapiens
yang tertua di dunia. Penemuan ini serasi dengan teori Out of Africa yang
menyatakan manusia moden berasal dari satu keturunan di Afrika dan berkembang
dan kemudiannya menyebar ke seluruh dunia. Selain itu, umur fosil yang ditemui
juga bersesuaian dengan pengiraan ilmuwan tentang kemunculan manusia moden
pertama sekali. Tengkorak yang ditemui tersebut mempunyai tidak mempunyai
persamaan dengan tengkorak zaman sekarang. Ukuran tengkorak Herto lebih besar,
panjang dan tebal. Terdapat perbezaan sedikit dengan manusia kini, namun
kelompok ilmuwan memasukkan tengkorak ini sebagai subspesies baru manusia
yang disebut sebagai Homo Sapiens Idaltu yang bermaksud manusia moden lebih
tua.
3

Seorang ahli bio-arkeologi iaitu Saskatchewan telah mengemukakan bahawa


beliau telah menemukan fosil manusia kembar tertua di sesebuah pemakaman
Siberia. Angela Lieverse iaitu seorang ahli arkeologi mengatakan bahawa kerangka
yang ditemui tersebut adalah berusia 7,700 tahun iaitu seorang ibu dan anak
kembarnya. Hasil penyelidikan tersebut, dinyatakan bahawa fosil wanita tersebut
meninggal dalam keadaan hamil dalam usia yang tua.
Keadaan ini adalah
disebabkan pendarahan dan keletihan ketika sedang sarat menjelang kelahiran.
Hasil yang ditemukan juga menyatakan bahawa bayi pertama berada dalam posisi
yang songsang sehingga menyebabkan kesukaran untuk melahirkan bayi kedua.
Penemuan fosil wanita ini telah membuktikan bahawa, bayi kembar juga wujud
pada zaman purba. Sebelum menemukan fosil wanita ini, para ilmuwan pernah
menyatakan bahawa anak kembar hanya ada dalam pasangan moden iaitu masa
kini dan meragukan bahawa pasangan masa silam tidak mempunyai bayi kembar. 4
Sekumpulan arkeologi telah menjalankan penggalian dan telah menemukan
tulang rahang manusia di Ethiopia. Penemuan tulang rahang tersebut dikaitkan
dengan milik salah seorang manusia pertama di dunia. Tulang rahang tersebut telah
dijumpai di Ledi-Geraru, Aftar Ethiopia oleh seorang mahasiswa tempatan yang
bernama Chalachew Seyoum. Beliau berkata bahawa ketika menjumpai tulang
rahang tersebut, beliau yakin fosil tersebut adalah penting kerana fosil tersebut
adalah sejenis dengan tulang rahang manusia pada zaman dahulu yang hidup di
Afrika Timur. Rahang yang ditemui tersebut merupakan rahang bawah dengan lima
gigi dan mempunyai ukuran gigi yang lebih kecil jika dibandingkan dengan fosil
terdahulu yang dianggap sebagai sepuh. Ahli arkeologi menganggarkan tulang
rahang tersebut berasal dari manusia yang hidup 2.8 juta tahun lampau. Penemuan
ini bertentangan dengan penyelidikan sebelumnya yang menyatakan bahawa
manusia tertua yang hidup pada 400 ribu tahun lalu yang berasal dari jenis homo
yang rahangnya ditemukan di Hador, Ethiopia sekitar dua tahun lalu. Penemuan ini
telah menimbulkan persoalan adakah manusia pertama yang hidup sekitar 400
tahun lalu atau ada manusia yang lebih tua? 5

3.0 PENEMUAN TERKINI


3.1 Homo Floresiensis
Homo Florensiensis merupakan salah satu fosil yang memiliki keistimewaan
tersendiri kerana
memiliki tubuh yang kecil dan kerdil. Fosil ini diberikan
kod LB1 sehingga LB9 kerana fosil telah ditemui sebanyak sembilan fosil
dan serial fosil yang belum membatu. Fosil ini ditemui oleh sekelompok
penyelidik Australia dan Indonesia pada tahun 2003 di Gua Liang Bua
4 Elizabeth Swanti,(2015), Ditemukan fosil manusia tertua di dunia, diakses pada April
2016global.liputan6.com/read/2175314/ditemukan-fosil-manusia kembar-tertua-di-dunia

5 Rizki Gunawan, (2015), Ilmuan menemukan fosil manusia pertama di dunia, diakses pada
Mac 2016global.liputan6.com/read/2186212/ilmuan-temukan-fosil-manusia-pertama-di-dunia.

Manggarai, Pulau Flores Indonesia. Homo Floresiensis dianggarkan hidup


sekitar 94,000 hingga 13,000 tahun yang lampau dan menyatakan bahawa
homo ini telah mampu membuat peralatan batu, pemburu dan memasak
menggunakan api.6 Hal ini kerana,dalam penemuan tersebut, penyelidik
yang terlibat juga menemui kerangka mamalia yang hampir serupa dengan
gajah, Stegodon, biawak dan tikus. Kemungkinan kerangka mamalia ini
adalah menjadi sumber makanan spesis ini. Bukan itu saja, alat-alat seperti
pisau, mata panah, arang dan tulang yang terbakar menunjukkan bahawa
spesies mempunyai peradaban yang tinggi pada ketika itu. Ciri-ciri Homo
Floresiensis, ukuran tangan homo ini masih panjang. Dikatakan ia adalah
manusia yang kerdil dan memiliki tinggi tubuh sekitar 1 meter, ukuran
tengkoraknya seperti kanak-kanak, berjalan bipedal, volum otak sekitar
417cc dan tidak memiliki dagu.7 Universiti Medis Stony Brook, New York,
Amerika Syarikat dalam penelitiannya, menyatakan bahawa Homo
Floresiensis merupakan spesies baru manusia kuno (hobbit) yang bertubuh
kecil dan bukan manusia moden dan mengalami penyakit sehingga
tubuhnya menjadi kerdil.8
3.2 Ardipithecus Ramidus Ardi
Fosil Ardi telah di temui di Ethiopia, Afrika. Penemuan fosil ini dinyatakan
hidup di dalam hutan sekitar satu juta tahun yang lalu iaitu lebih tua
daripada Lucy iaitu manusia purba yang selama ini dikenali sebagai nenek
pertama manusia di dunia. Penemuan Ardi ini lebih menguatkan fakta
bahawa simpanse dan manusia berevolusi
dari nenek moyang yang
pertama tetapi sepanjang berevolusi, masing-masing berubah secara
terpisah. Fosil Ardi memiliki ciri-ciri umum yang tidak ada pada kera Afrika
dan ianya diteliti sejak penemuan tulang pertama pada tahun1994.
Dikatakan bahawa Ardi tidak mampu untuk berdiri tegak disebabkan spesies
ini hidup di hutan dan menggunakan tangan dan kaki untuk memanjat
pokok. Ciri-ciri fosil Ardi dikatakan tidak sama dengan ciri-ciri kera yang
hidup di Afrika. Penyelidikan terhadap Ardi sejak tulang pertama yang
ditemukan pada tahun 1994 yang menyatakan bahawa spesies ini hidup di
hutan dan memanjat menggunakan kaki dan tangannya dan mampu untuk
berdiri tegak.9 Penemuan ini dikatakan satu penelitian evolusi manusia yang
6 Roni Kuncoro, Manusia Purba, diakses pada April
2016,https://www.academia.edu/9337268/manusia_purba.

7 Syarif Stiven, https://www.youtube.com/watch?v=V-629cM-6BQ, diakses pada April 2016

8 Homo Florensiesis, Manusia purba kerdil dari Flores, diakses pada April 2016
https://history1978.wordpress.com/2011/08/26/homo-florensiesis-manusia-purba-kerdil-dari-flores/

9 Kompas.Com, (2009),
http://bisniskeuangan.kompas.com/read/2009/10/04/15530710/ardi.mungkin.nenek.moyang
%20pertam

sangat penting kerana ciri-cirinya berkemungkinan menjadi nenek moyang


manusia moden.

4.0 SUMBANGAN PENEMUAN DALAM KAJIAN ASAL USUL (KEPURBAKALAAN)


MANUSIA

Penemuan fosil manusia dan haiwan sememangnya memberi sumbangan yang


besar kepada pengkajian asal usul manusia sama ada dari segi teori dan bidang
ilmu dengan lebih mendalam. Dalam penemuan-penemuan fosil tersebut, terdapat
pelbagai bidang ilmu yang perlu dikaji secara mendalam mengenai asal usul
manusia. Sebagai contoh teori evolusi menerusi Charles Darwin yang menyatakan
bahawa manusia adalah berasal daripada kera, namun penemuan-penemuan fosil
semada fosil manusia mahupun haiwan juga membuktikan bahawa manusia lebih
tua daripada kera. Hal ini menyebabkan teori ini mengalami missing link. Namun,
kemunculan ahli New Darwisme yang menyatakan bahawa manusia dan era adalah
bernenek moyangkan spesies yang sama tetapi berevolusi secara berasingan. Teori
ini dibuktikan lagi dengan penemuan fosil Ardi di Ethiopia, Afrika. Tim White iaitu
pengarah Pusat Penelitian Evolusi Manusia di University of California melalui laman
Rasmi Kompas.Com menyatakan hubungan manusia moden dan simpanse
berevolusi daripada nenek moyang yang sama tetapi berevolusi dengan cara yang
berbeza.10 Oleh itu, penemuan ini memberi sumbangan terhadap teori Charles
Darwin dan New Darwinsme mengenai evolusi Manusia.
Bukan itu sahaja, penemuan fosil seperti Homo Floresiensis dan Ardi memberi
sumbangan terhadap ilmu arkeologi dan antropologi yang mengkaji asal usul dan
kebudayaan manusia lampau. Sebagai contoh penemuan Homo Floresiensis ini
dikatakan spesies manusia kerana berdasarkan penemuannya, fosil ini berasal dari
sekelompok orang katai Flores di mana sehingga sekarang spesies manusia seperti
ini masih dapat diamati populasinya di kawasan Liang Bua. Menerusi peneliti
penyelidik fosil ini merupakan nenek moyang katai Homo sapiens yang mengalami
penyakit dan sekarang masih hidup di Flores iaitu termasuklah kelompok
Australomelanesoid. Namun demikian, dalam penyelidikan dan penemuan fosil yang
lain juga telah membuktikan bahawa Homo Floresiensis memiliki ciri-ciri yang
berbeza dengan manusia moden dan lebih dekat dengan ciri-ciri hominin purba.
Walaupun terdapat pendapat yang berbeza, namun sedikit demi sedikit dapat
membantu para arkeologi dan antropologi untuk mendapat maklumat mengenai
asal usul manusia dalam bidangnya.
Penemuan-penemuan fosil seperti Homo Erectus dan Homo Sapiens juga
turut memberi sumbangan yang besar sehingga menimbulkan pelbagai teori.
Sebagai contoh teori of Afrika yang menyatakan bahawa manusia moden berasal
dari satu keturunan di Afrika, di mana Tim White telah menemui tengkorak yang
a.manusia

10 Ibid
6

dipercayai Homo Sapiens yang tertua di dunia di Herto, Afrika. Umur Homo Sapiens
di Afrika dikatakan umurnya amat tepat dengan pengiran manusia muncul di dunia.
Walau bagaimanapun, saiz ukuran tengkorak yang ditemui tidak sama dengan saiz
tengkorak pada masa kini. Oleh itu, dikatakan bahawa penemuan ini adalah
subspesies baru manusia moden yang disebut sebagi Homo Sapiens lebih tua.
Manakala penemuan Homo Erectus yang ditemui di Indonesia juga turut
menyumbang kepada hasil penyelidikan mengenai kepurbakalaan manusia.
Misalnya, penemuan rahang, geraham dan tengkorak atas oleh E.Dubois yang
membuktikan bahawa fosil ini memiliki ciri-ciri manusia dan era dan beliau
menamakan sebagai Pithecanthropus Erectus yang bermaksud kera manusia berdiri
tegak atau dikenali sebagai Homo Erectus. Oleh itu, pelbagai teori yang timbul yang
boleh digunakan untuk penyelidikan asal usul manusia.

5.0

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, penemuan fosil-fosil terkini sememangnya banyak


memberi sumbangan yang besar terhadap penyelidikan mengenai asal usul
kepurbakalaan manusia. Hal ini kerana kemunculan minat yang semakin mendalam
mengenai kepurbakalaan Manusia dalam kalangan ahli arkeologi dan ahli
antropologi. Fosil yang di temui dari masa ke semasa melalui proses ekskavasi dan
ujikaji telah banyak membantu dalam mengkaji dan mendokumentasikan asal usul
manusia. Sebagai contoh, fosil-fosil yang ditemui perlu diuji dengan penyelidikan
secara saintifik sebelum di dokumentasi. Bukan itu saja, timbulnya teori-teori
seperti teori out of Afrika, teori keciptaan, teori nusantara dan teori Evolusi adalah
salah satu panduan untuk mengkaji semula dengan lebih mendalam mengenai
kepurbakalaan manusia. Sama ada teori itu diterima atau tidak, pembuktian perlu
dilakukan bagi menyokong teori tersebut. Dalam teori Charles Darwin juga misalnya
yang mengalami missing link, telah banyak menimbulkan percanggahan pendapat.
Namun, penemuan fosil Ardi telah menghidupkan semula teori tersebut yang mana
mereka menyatakan bahawa manusia dan kera bernenek moyangkan yang sama
tetapi berevolusi secara berasingan. Sememangnya, penemuan-penemuan seperti
ini amat menarik minat para penyelidik untuk mengetahui asal usul manusia.
Walaupun terdapat percanggahan antara golongan agama dengan golongan
sekular, namun penyelidikan ini akan terus dijalankan oleh golongan tertentu
sebagai satu bidang ilmu pengetahuan mengenai asal usul manusia. Dengan
adanya penyelidikan dan penemuan seperti ini, maka penyelidik akan dapat
mengkaji dengan lebih mendalam lagi mengenai kebudayaan manusia melalui
penyelidikan seterusnya. Walaupun terdapat percanggahan pendapat mengenai
penemuan-penemuan ini, tetapi ianya banyak membantu dalam bidang kajian
mengenai kepurbakalaan manusia. Oleh yang demikian, penemuan fosil adalah
amat penting dalam penyelidikan purba manusia dan memberi sumbangan yang
besar dalam teori-teori sebelum ianya didokumentasikan.
RUJUKAN

Buku

Roger M. Keesing. (1999).

Antropologi Budaya edisi kedua. Jakarta: Jl. H. Baping

Raya No.100
Ciragas.
William A. Haviland. (1994). Human Evolution and Prehistory third Edition. United
State of
America: University of Vermont.
Roger Lewin.(1993). The Origin of Modern Humans. New York: Scientific American
Library

Internet
Cherles Darwin. (1859). The Origin of Species., Diakses pada April 2016
http://darwin-online.org.uk/content/frameset?
itemID=F373&viewtype=text&pageseq=1
Elizabeth Swanti. (2015). Ditemukan fosil manusia kembar tertua di dunia. Diakses
pada April 2016
global.liputan6.com/read/2175314/ditemukan-fosil-manusia kembar-tertuadi-dunia
Hamid Mohd Isa, pengenalan dan sejarah arkeologi, USM diakses pada April 2016

https://www.google.com/url?
sa=t&source=web&rct=j&url=https://arkeologi.usmmy/image/nota/101/uaw1
0%2520pengenalan%2520dan%2520sejarah
%2520arkeologi.docx&ved=0ahUKEwj-icToz9MAhVCMY8kfXUX
g8UOvhtREQ.
Ibnoe Soewarso, Sejarah Manusia Purba di Indonesia, diakses pada April 2016,
http://www.artikelsiana.com/2014/09/sejarah-manusia-purba-indonesia-AsalUsulnya.html#
Kompas.Com.( 2009).Ardi Mungkin Nenek Moyang Manusia. Diakses pada April 2016
http://bisniskeuangan.kompas.com/read/2009/10/04/15530710/ardi.mu
ngkin.nenek.moyang%20pertama.manusia
Pak RM. (2011). Homo Florensiesis Manusia purba kerdil dari Flores, Diakses pada
April 2016
8

https://history1978.wordpress.com/2011/08/26/homo-florensiesis-manusiapurba-kerdildari-flores/
Rizki Gunawan, (2015) Fosil manusia pertama di dunia. Diakses pada Mac 2016
global.liputan6.com/read/2186212/ilmuan-temukan-fosil-manusia-pertama-didunia
Roni Kuncoro, Manusia Purba. Diakses pada April 2016
https://www.academia.edu/9337268/manusia_purba
Syarif Stiven, diakses pada April 2016
https://www.youtube.com/watch?v=V-629cM-6BQ

You might also like