You are on page 1of 24

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBML2103
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
MEI 2013

Pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa bahasa Melayu di peringkat


sekolah perlu diajar secara tidak langsung.
a) Jelaskan prinsip prinsip pengajaran tatabahasa bahasa Melayu di peringkat
sekolah.
b)

Sebagai

seorang

guru

Bahasa

Melayu,

anda

bercadang

melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu menggunakan kaedah


secara

tidak

langsung.

Sediakan

sebuah

rancangan

pelajaran

yang

dapat

menunjukkan kaedah pengajaran tatabahasa secara tidak langsung diaplikasikan


dalam bilik darjah.
c) Pada pendapat anda, apakah masalah masalah yang dihadapi oleh murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa?

NAMA :SABARUDDIN BIN JALUMIN


NO MATRIKS : 700826125377001
NRIC : 700826125377
NO TELEFON : 01115217449
EMAIL : sabaruddinjalumin@gmail.com
NAMA PENSYARAH : EN ABDUL NASIR HJ. PAISAL
NAMA TUTOR : EN MANIYAMIN B IBRAHIM
PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA CAWANGAN TAWAU
SEMESTER : SMP PPG MEI 2013
1

ISI KANDUNGAN

MUKA
SURAT

1.0 Pengenalan

2.0 Prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa.

3.0 contoh rancangan pengajaran harian

4.0 Masalah dalam pembelajaran tatabahasa.

11

5.0 Penutup

20

Bibliograf

1.0

PENGENALAN
2

Bidang pendidikan pada masa kini perlu mengalami transformasi seiring dengan
perkembangan zaman. Hal ini disebabkan kerana, matlamat negara yang menginginkan mutu
pendidikan negara setanding dengan negara-negara maju dari semua aspek termasuklah
pengeluaran modal insan yang seimbang dalam semua aspek meliputi jasmani, rohani, intelek
dan emosi. Sistem pendidikan di Malaysia perlu diubah dari segenap ruang sehinggalah kepada
peringkat yang paling asas. Guru-guru merupakan sasaran utama bidang ini kerana guru adalah
komponen utama yang menggerakkan sistem pendidikan negara ini. Jika dahulu pendidikan
berorientasikan guru banyak diterapkan namun kini terdapat beberapa jenis pembelajaran yang
berorientasikan pelajar. Kini pengajaran dan pembelajaran telah mengalami perubahan dalam
berbagai bentuk seperti kaedah pengajaran, bahan bantu mengajar, pengetahuan guru tentang
model-model yang dapat diaplikasikan juga semakin bertambah.
Perkembangan bidang pendidikan di negara kita tetap memberikan penumpuan utama
terhadap perkembangan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam Pengajaran dan
Pembelajaran di peringkat Sekolah. Bahasa Melayu yang menjadi tunjang utama dalam proses
pembelajaran dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah
sememangnya mencerminkan kepentingan bahasa ini sebagai medium penyatu paduan penduduk
Malaysia yang berbilang kaum untuk hidup dalam satu negara bangsa yang merdeka. Atas sebab
itulah salah satu pendekatan pengajaran Bahasa Melayu sebagai daya penarik minat para pelajar
melalui pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa bahasa Melayu di peringkat sekolah
secara tidak langsung bagi mengukuhkan kemahiran dan penguasaan para pelajar dari pelbagai
latar belakang bangsa dan agama.
Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) menjelaskan bahawa, tatabahasa ialah
peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu
bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengan
kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur
ucapan menurut fungsinya. Mengikut konsep tradisional pula tatabahasa ialah satu cara mengkaji
bahasa berdasarkan hukum-hukum yang telah dibuat terhadap bahasa itu berdasarkan makna.
Keperluan, pertumbuhan dan perkembangan tatabahasa di dalam pengajian pendidikan dan
3

masyarakat umum telah mula sejak zaman berzaman lagi sehinggalah sekarang. Antara tokohtokoh penulis tatabahasa bahasa Melayu yang memberi sumbangan besar kepada perkembangan
dan pembinaan tatabahasa bahasa Melayu ialah Shellabear (1899) menulis "A practical Malay
Grammar", Adam & Butler (1948) menulis "Grammar of the Malay Language", Tandeloo (1901)
menulis "Malaisch Grammatica" dan R.O.Winstedt (1913) menulis buku tatabahasa "Malay
Grammar". Di Malaysia, "Pelita Bahasa Melayu" karangan Za'ba (1953) adalah buku tatabahasa
paling luas digunakan bagi memajukan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Sebelum ini beliau
juga menghasilkan Kitab Ilmu Bahasa Melayu (1926) dan Kitab Pelita Mengarang (1926) dan
Ilmu Mengarang Melayu (1950). Di Universiti Malaya, buku karangan Lufti Abas (1971)
"Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu" telah menjadi rujukan. Buku ini telah
membincangkan tentang linguistik dan bahasa, nahu, fonetik, fonologi, sintaksis dan nahu
tranformasi-generatif bahasa Melayu.
Hasil tulisan Abdullah Hassan (1980) dalam buku "Linguistik Am Untuk Guru Bahasa
Malaysia" telah juga menerangkan tentang konsep tatabahasa dan menghuraikan dengan jelas
kompenan-kompenan nahu tranformasi. Melalui penulisan-penulisan oleh tokoh-tokoh penulis
tatabahasa itu, berlakunya perkembangan variasi bahasa Melayu mengikut kesesuaian zaman dan
keadaan bagi mengindahkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama di
sekolah. Namun begitu, sub topik tatabahasa sering dianggap orang sebagai sub topik yang
kering, membosankan dan kadangkala menakutkan. Ini kerana kononnya tatabahasa hanya terdiri
daripada rumus-rumus bahasa, yang sama halnya dengan konsep pembelajaran Matematik.
Bercakap mengenai tatabahasa seolah-olah bererti bercakap mengenai soal salah betul
penggunaan bahasa semata-mata. Sekian lama pula telah tertancap pada benak kebanyakan orang
bahawa tatabahasa mengekang gaya bahasa dan kreativiti. Kata pepatah Tak kenal maka tak
cinta. Mudah-mudahan dengan mengenal hakikat tatabahasa, tumbuhlah rasa cinta kepadanya.
Hakikat bahasa pada asasnya ialah tatabahasa, dengan pengertian yang lebih dasar dan luas
daripada sekadar subsistem yang terdiri daripada morfologi dan sintaksis. Tatabahasa berbentuk
potensi akliah yang dikurniakan Tuhan kepada manusia. Potensi ini bukan sahaja dalam bentuk
lahiriah yang terdiri daripada fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat, dan wacana dalam bahasa
yang tertentu, tetapi merupakan satu kemampuan akal yang dapat membentuk unsur-unsur
bahasa yang disebut tadi dalam satu sistem semantik.
4

Pengajaran tatabahasa yang dijalankan di dalam kelas selalunya kurang menarik dan
membosankan murid-murid, malahan ada juga guru yang kurang berminat untuk mengajar murid
dalam bahagian ini. Fenomena yang biasanya didapati di sekolah ialah pengajaran tatabahasa
diajarkan secara induktif. Hal ini bermakna aspek tatabahasa diajarkan secara langsung dengan
menerangkan hukum atau rumus tatabahasa iaitu sesuatu yang khusus terlebih dahulu, kemudian
barulah dibincangkan contoh-contohnya yang umum. Sepatutnya pengajaran tatabahasa boleh
dipelbagaikan bentuknya. Oleh itu, guru-guru perlu kreatif untuk memilih teknik pengajaran
yang menarik dan berkesan kepada murid-murid khususnya dalam bentuk pengajaran tatabahasa
termasuklah pengajaran prinsip-prinsip tatabahasa kepada para pelajar. Atas sebab itulah,
sebelum para guru memulakan pengajaran tatabahasa kepada para pelajar, guru perlu
menerangkan konsep atau perinsip-prinsip yang terkandung dalam pembelajaran tatabahasa bagi
memudahkan mereka memahami sub topik tersebut. Secara tidak langsung juga, keadaaan ini
dapat menarik minat murid yang kebiasaannya kurang berminat untuk belajar tatabahasa kerana
menganggap perkara itu menyusahkan tambahan pula teknik yang digunakan tidak menarik
perhatian murid. Oleh sebab itu, terdapat beberapa prinsip-prinsip tatabahasa yang terkandung
dalam pengajaran tatabahasa Melayu di sekolah.

2.0

PRINSIP PENGAJARAN TATABAHASA

Aspek tatabahasa yang merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam
pembentukkan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul
semasa membina ayat. Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta penggunaan
peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan. Pengajaran dan
pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam
pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran tatabahasa, terdapat beberapa prinsip
pengajaran aspek tatabahasa yang perlu diketahui. Prinsip-prinsip ini memudahkan para guru
untuk mengajar serta memudahkan para pelajar untuk memahami intipati tatabahasa itu
sepenuhnya.
Pertama, guru perlu membuat perancangan yang rapi terlebih dahulu sebelum
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam aspek tatabahasa yang hendak
disampaikan kepada murid. Perancangan yang rapi boleh menjamin keberkesanan penyampaian
pengajaran seseorang guru itu dengan lebih bermakna. Perancangan ini dimulakan dari aspek
sebelum memulakan pengajaran, semasa berlangsungnya pengajaran dan sesudah selesainya
pengajaran ke atas aspek tatabahasa itu. Para guru juga perlu bersedia dengan pelbagai bentuk
soalan yang timbul dari murid-murid ke atas bentuk pengajaran aspek tatabahasa tersebut. Atas
sebab itulah, prisnsip yang pertama ini membantu para guru memudahkan perjalanan pengajaran
prisnsip tatabahasa bahasa Melayu melalui segala bentuk perancangan yang rapi. Sebagai contoh
dalam pengajaran aspek tatabahasa menggunakan golongan kata nama am dengan betul
mengikut konteks keadaan atau situasi masa. Para pelajar dapat diuji pemahaman mereka melalui
konteks soalan berbentuk pantun bagi memudahkan pemahaman mereka seperti dalam rajah 1.
Langkah pengukuhan ini hanya akan hadir melalui teknik perancangan yang rapi khususnya
dalam prinsip pengajaran tatabahasa.

Rajah 1 : Contoh latihan golongan kata nama am dengan betul mengikut konteks
keadaan.
Selain itu, guru juga seharusnya memulakan proses pengajaran tatabahasa daripada yang
mudah kepada yang lebih kompleks. Ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dan kesukaran
murid untuk memahami isi pelajaran tatabahasa yang disampaikan oleh guru. Menurut Asmah
Haji Omar (1984) menjelaskan bahawa, tahap kecerdasan seseorang pelajar itu berbeza-beza
mengikut kemampuan dirinya. Fenomena ini jelas membuktikan bahawa, dalam sesuatu bilik
darjah, murid-muridnya terdiri daripada pelbagai tahap kecerdasannya, iaitu ada murid yang
dapat memahami pelajaran tatabahasa dengan cepat dan ada yang murid yang lambat atau slow
learner. Justeru, lebih baik guru menyampaikan isi pelajaran tatabahasa dengan perkara-perkara
asas dan yang mudah difahami oleh murid terlebih dahulu sebelum beranjak ke aras taksonomi
yang lebih tinggi.
Di samping itu, dalam pengajaran tatabahasa guru perlu menyediakan latih tubi yang
banyak. Latih tubi ini bertujuan latihan pengukuhan pemahaman kepada para pelajar sekali gus
mendidik diri mereka untuk terus mengaplikasikan ilmu tersebut sepanjang masa. Menurut Koh
Boh Boon (1990) menjelaskan bahawa, bentuk latih tubi yang berkesan ke atas para pelajar ialah
latih tubi yang disediakan dan diberikan kepada murid sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan
mampu mengekalkan ingatan aspek tatabahasa yang dipelajari dengan kukuh kerana melibatkan
kemahiran psikomotor dan intelektual para pelajar. Melalui latih tubi yang diberikan kepada
murid, guru akan dapat mengesan kesilapan-kesilapan yang mungkin dilakukan oleh muridmurid dan seterusnya membuat tindakan yang sewajarnya bagi membantu murid-murid tersebut.
Prinsip yang seterusnya ialah guru hendaklah mengajar secara konkrit dengan menggunakan alat
bantu mengajar dan bahan rangsangan yang menarik dan berkesan. Penggunaan bahan mengajar
dan bahan rangsangan dalam pengajaran tatabahasa mampu menarik minat murid untuk
mempelajari isi pelajaran atau aspek tatabahasa yang disampaikan. Selain itu, penggunaan bahan
bantu mengajar juga dapat membantu dan memudahkan penyampaian guru dalam bilik darjah.
Sebagai contoh dalam pengajaran tatabahasa Melayu menggunakan bahan bantu mengajar jenis
8

audio visual seperti power point. Melalui alat bantu ini, para pelajar akan tertarik untuk terus
mengikuti konsep pembelajaran tatabahasa kerana bentuk audio visual yang hadir dalam
pelbagai warna seperti dalam rajah 2. Jelaslah, konsep pengajaran tatabahasa bertajuk kata nama
am melalui bantuan bahan mengajar memudahkan para pelajar memahami dan mengingati aspek

tersebut.
Rajah 2 : Contoh bantuan audio visual melalui penggunaan power point.
Sebelum seseorang guru mengajar aspek tatabahasa, guru tersebut hendaklah mengenal
pasti struktur isi dengan jelas. Ini bermakna seseorang guru itu perlu mahir tentang selok-belok
tatabahasa yang hendak disampaikan. Prinsip ini amat penting bagi mengelakkan maklumat
berkaitan hukum-hukum dan peraturan tatabahasa yang disampaikan oleh guru di dalam bilik
darjah menepati kehendak sukatan dan mengelakkan kekeliruan dalam pemahaman murid
mempelajari tatabahasa. Menurut Abdullah Hassan & Ainon Mohd (1994) menjelaskan bahawa,
aspek tatabahasa mempunyai banyak rumus atau hukum bahasa yang perlu dipelajari dan
9

difahami supaya nahu bahasa itu tidak bersifat lewah dan lemah. Atas sebab itu, seseorang guru
seharusnya menyampaikan prinsip pengajaran tatabahasa dengan memberikan kefahaman dalam
bentuk yang mudah dan tidak menggalakkan murid atau pelajar untuk menghafalkan rumus atau
hukum bahasa tersebut. Hal ini kerana, sudah memadahi seandainya murid itu memahami
penggunaan tatabahasa dalam bahasa dengan betul kerana prinsip pengajaran tatabahasa juga
menekankan aspek tatabahasa diajar secara terancang dalam sesi pengajaran bahasa di samping
ia diajar dan digunakan dalam konteks mengikut kesesuaian. Selain itu juga, prinsip pengajaran
tatabahasa juga menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks berdasarkan
petikan yang digunakan. Ini kerana pemahaman dan penguasaan dalam aspek tatabahasa yang
terdiri daripada banyak hukum-hukum bahasa dan peraturannya akan dapat membantu seseorang
itu menguasai dengan lebih baik.

10

3.0

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Mata pelajaran
Tahun
Umur murid
Tarikh
Tema
Tajuk
Masa
Bilangan murid

:
:
:
:
:
:
:
:

Bahasa Melayu
3 Arif
9 Tahun
6 Ogos 2012
Amalan Hidup Sihat
Mari Berekreasi
9.00 pagi 10.00 pagi
25 orang

Kemahiran:
Fokus Utama:
Aras 1(i) Menyampaikan pendapat yang wajar tentang sesuatu topik dengan intonasi dan gaya
yang betul.
Aras 1(i) Menyatakan amalan-amalan dalam aktiviti berekreasi bagi penjagaan amalan hidup
sihat.
Fokus sampingan:
3.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan
bergabung.
Objektif:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:
Murid dapat menyatakan pendapat yang wajar berdasarkan puisi yang dibaca.
Murid dapat menulis perkataan yang mengandungi digraph menggunakan tulisan berangkai
dengan cantik dan kemas untuk setiap aspek tatabahasa.
Sistem Bahasa:
Tatabahasa: Kata Nama Khas, Kata Hubung, Kata Nama Am,Kata Kerja,Simpulan Bahasa.
Kosa Kata : Nyanyi, Rekreasi, jogging
Pengisian Kurikulum:
11

Ilmu : Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan


Nilai Murni: Tekun, tabah, kebersihan fizikal dan mental, kerjasama, kesantunan bahasa, hemah
tinggi.
Kemahiran Bernilai Tambah:
Kem. Berfikir: menjana idea
Kecerdasan Pelbagai: Verbal linguistik, kinestetik, intrapersonal

LANGKAH
SET INDUKSI
( 5 minit)

AKTIVITI
1. Murid melakukan beberapa pergerakan anggota
badan.
Contohnya: angkat kaki kanan, angkat kaki kiri dan lainlain.

CATATAN
VAK:
Kinestetik

2. Guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan isi pelajaran.


LANGKAH 1
( 10 minit)

1. Murid melihat papan gambar dan senikata lagu.


Murid dibimbing menyanyikan lagu mengikut melodi
lagu Ikan Kekek.

1. Murid menyatakan pendapat tentang aktiviti semasa


bersenam berdasarkan lagu dan gambar.

VAK:
Audiovisual, Verb
al, gambar
tunggal
BBM:
Powerpoint

2. Murid mengenalpasti perkataan yang mengandungi


perkataan digraph.

VAK:
Verbal

1. Murid-murid menulis perkataan yang mengandungi


digraph menggunakan tulisan berangkai yang kemas.

BBM:
Kad imbasan
Lembaran kerja

2. Murid membaca senikata lagu.


LANGKAH 2
( 20 minit)

LANGKAH 3
( 20 minit)

BBM:
Powerpoint

2. Murid murid menyebut dan membaca perkataan


yang mengandungi digraph berdasarkan kad imbasan.

VAK:
Visual

3. Murid-murid menjawab soalan berdasarkan serikata


lagu.
4. Murid-murid menyalin perkataan digraph dalam buku
latihan.
Penutup

1. Murid menyanyikan semula lagu mengikut melodi


12

BBM:

( 5 minit)

Ikan Kekek dengan gaya sendiri.

Powerpoint

2. Penerangan nilai murni.

VAK:
Visual, audiotori,
Kinestetik

3. Rumusan.
Impak:

25 orang murid dapat menyampaikan pendapat yang wajar tentang sesuatu topik dengan intonasi
dan gaya yang betul.
25 orang murid juga dapat menyatakan amalan-amalan dalam aktiviti berekreasi bagi penjagaan
amalan hidup sihat.
25 orang murid dapat menyebut, membaca dan memahami perkataan yang mengandungi digraf
dan konsonan bergabung khususnya dalam aspek tatabahasa kata nama am, kata hubung, kata
nama khas dan simpulan bahasa.

4.0

MASALAH DALAM PENGAJARAN TATABAHASA BAHASA MELAYU


Pembelajaran dan penguasaan bahasa Malaysia yang sempurna adalah penting bagi para

pelajar. Tanpa penguasaan bahasa yang sempurna, seluruh proses pembelajaran yang
menggunakan bahasa Malaysia akan menjadi hambar. Perkara ini perlu ditinjau dari pelbagai
sudut masalah, walaupun pengajaran bahasa Malaysia pada hari ini dapat dikatakan baik pada
keseluruhannya, tetapi masih ada kelemahan-kelemahan yang boleh dibaiki.
4.0.1 Pembelajaran Bahasa Malaysia oleh Orang Melayu
Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berlainan sekiranya pelajar mempelajari
bahasa kandung atau bahasa kedua. Secara umum dapat dikatakan bahawa pelajar-pelajar
Melayu telah pun menguasai sebutan, tatabahasa, dan makna kosa kata bahasa Malaysia semasa
mereka masuk ke sekolah. Jadi, apa yang mereka perlukan bukannya pengajaran tentang perkaraperkara asas dalam bahasa itu, tetapi tumpuan harus diberikan kepada pengukuhan bahasanya
dan pengayaan kosa katanya. Tatabahasa yang diajarkan bukanlah bertujuan mengajarkan bahasa
kepada mereka, tetapi bertujuan memperkukuh dan memperkaya bahasa yang sudah dikuasai
mereka. Di samping itu, pembelajaran peribahasa yang betul adalah penting bagi membolehkan
mereka memahami kemampuan atau potensi bahasa itu dalam membuat ungkapan. Di samping

13

itu juga, mereka memerlukan bimbingan dalam mempelajari dan menguasai bahasa Melayu yang
digunakan dalam bidang ilmu, iaitu mereka perlu menguasai bahasa Malaysia baku dan rasmi.
4.0.2 Pembelajaran Bahasa Malaysia oleh Orang Bukan Melayu
Pelajar bukan Melayu yang tidak menuturkan bahasa Melayu di rumah, perlu
mempelajari segala-galanya. Mereka perlu mempelajari sebutan, tatabahasa, dan kosa kata
bahasa Malaysia. Sama ada apa yang dilakukan sekarang ini sesuai dengan keadaan ini, adalah
suatu yang harus dapat kita amati bersama. Pengajaran bunyi, sebutan, dan intonasi bahasa
Malaysia hampir-hampir tidak wujud langsung dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah
rendah hari ini. Pengajaran tatabahasa pula adalah sesuatu yang masih boleh diperkemas lagi.
Sebahagian daripada akibat yang berlaku dapat dilihat apabila terdapat kesan langsung dalam
kepincangan sebutan, tatabahasa, dan pemakaian kata bahasa Malaysia tersebut.
Atas sebab itulah, menurut Abdullah Hassan (2007) menyatakan bahawa, antara masalah
utama dalam pembelajaran tatabahasa Melayu melalui aspek latar belakang murid yang mudah
bagi mereka sekiranya bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa penghantar utama sehingga
diperingkat rumah yang hanya perlu diperkukuhkan lagi kemahiran tatabahasa mereka.
Manakala bagi pelajar yang mempunyai latar belakang tidak mengamalkan penggunaan bahasa
Melayu di dalam rumah, kesukaran untuk mempelajari aspek tatabahasa secara menyeluruh
kerana perlu bermula dari peringkat asas mengenal sebutan, tatabahasa, dan kosa kata bahasa
Melayu. Sebagai contoh dalam sebutan tatabahasa, kesalahan sebutan di kalangan penutur bukan
Melayu untuk kata-kata seperti rume (rumah), datu (datuk), kulang (kurang), ba-niak (banyak),
dan sebagainya. Daerah morfologi juga menimbulkan masalah bagi mereka, umpamanya dalam
menyebut kata-kata seperti: peng-arah (pengarah), meletak-an (meletakkan), pakai-an (pakaiyan), dan sebagainya. Oleh sebab latar belakang dan keperluan pelajar Melayu dan pelajar bukan
Melayu ternyata berlainan, maka jelaslah bahawa keadaan pengajaran bahasa Melayu kepada
mereka seharusnya juga berbeza. Mengajar dan menguji kedua-dua golongan pelajar dengan
kaedah yang sama akan hanya menyulitkan mereka dan kurangnya kesan penerimaan pelajaran.
Keadaan ini berlanjutan seolah-olah hakikat ini tidak penting sama sekali.
4.0.3

Dorongan dalam Pembelajaran

14

Dorongan diketahui bahawa untuk membolehkan pembelajaran berlaku dengan berkesan,


maka pelajar-pelajar memerlukan dorongan. Dorongan untuk belajar ini timbul daripada
beberapa tujuan. Misalnya, ada orang belajar bahasa untuk melancong, ada untuk mendapatkan
kerakyatan, dan ada pula yang ingin melanjutkan pelajaran. Jadi, apakah tujuan murid
mempelajari tatabahasa bahasa Melayu itu di samping memenuhi keperluannya sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah atau bagi mendapatkan syarat mencari
pekerjaan serta simbol status bahasa dalam masyarakat.

Mendapatkan Pekerjaan
Tujuan untuk mendapatkan pekerjaan khususnya di sektor-sektor awam memang wajar

menetapkan kelulusan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Sejak kelulusan dalam
bahasa Melayu dengan kepujian pada peringkat Sijil Persekolahan Malaysia dijadikan syarat
lulus peperiksaan dan mendapatkan pekerjaan dalam perkhidmatan kerajaan, maka satu nilai
yang tinggi telah ada pada bahasa Melayu. Para pelajar telah berlumba-lumba untuk lulus
peperiksaan bahasa Malaysia yang turut meliputi aspek pembelajaran tatabahasa walaupun
berbeza latar belakang bangsa semata-mata untuk tujuan ini. Walaupun demikian, syarat ini tidak
dikehendaki di badan-badan swasta menyebabkan mereka yang tidak lulus juga terus boleh
mendapatkan pekerjaan. Jadi, walaupun bahasa Malaysia diberi nilai tinggi pada satu pihak,
tetapi oleh sebab ada jalan keluar bagi mereka yang tidak mendapat kelayakan tersebut maka,
pencapaian tujuan tersebut tidaklah mendapat tujuan mutlak untuk semua orang. Atas sebab
itulah yang membawa kepada kekangan dalam menguasai tatabahasa bahasa Melayu kerana
mentaliti masyarakat mendapat jalan lain untuk mencari pekerjaaan khususnya dalam sektor
swasta yang tidak menitik beratkan kepujian bahasa Melayu dalam syarat mendapatkan
pekerjaan. Keadaan ini membawa kepada kekangan atau masalah dalam penguasaan dan
pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu khususnya kepada para pelajar.

Status Bahasa dalam Masyarakat


Masyarakat memang sentiasa memberi taraf tertentu kepada sesuatu bahasa. Tidak sukar

untuk kita memahami hal ini. Kita tahu bahawa bahasa Inggeris itu bertaraf tinggi maka kita
boleh melihat sikap ahli-ahli masyarakat dalam menggunakannya. Kita mengasosiasikan diri
dengan bahasa itu, sekurang-kurangnya sebahagian daripada bahasa itu. Misalnya, seseorang
15

yang baru pulang dari negara Inggeris atau Amerika. Bahkan ada pula yang bertutur bahasa
Inggeris pelat Inggeris untuk menunjukkan asosiasinya dengan imej bahasa negara tersebut.
Dengan berbuat begitu, di menganggap akan disamatarafkan dengan orang Inggeris atau
Amerika. Begitu juga dengan bahasa Arab, ada taraf yang diberikan oleh masyarakat Melayu
kepada bahasa Arab. Jadi memang orang Melayu yang belajar di Makkah atau di Mesir dianggap
akan mengasosiasikan dirinya dengan dunia dan bahasa Arab. Mungkin mereka tidak menyebut
kata-kata bahasa Malaysia pelat Arab, tetapi mereka akan melafazkan kata-kata bahasa Arab
yang telah lama dipinjam oleh orang Melayu sebagai lafaz orang Arab. Misalnya, orang kelantan
tidak akan berkata hari isnin, tetapi mereka akan menyebut Ithnin, dan Zuhur untuk loho, Asar
untuk asa, dan sebagainya. Yang anehnya pula, kalau orang itu pulang setelah belajar di India
selama beberapa tahun, mereka tidak pernah menunjukkan pelat India itu dalam bahasa Inggeris
atau bahasa Malaysia mereka. Ini mungkin kerana India tidak diberi taraf atau imej yang sama.
Keadaan ini berlaku akibat sikap orang bukan Melayu pula agak berlainan. Ada juga
antara mereka yang memandang senang terhadap pembelajaran bahasa Malaysia. Menurut Puteri
Roslina Abdul Wahid (2005) menjelaskan bahawa, kedudukan bahasa Melayu ini juga kadangkadang dirasakan lebih rendah dari bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama dunia dan
dianggap lebih penting. Bahasa Inggeris mempunyai nilai ekonomi yang lebih tinggi, lebih-lebih
lagi dalam bidang swasta. Nilai ekonomi yang rendah yang diberikan kepada bahasa Malaysia
mungkin menyebabkan sikap ini berlaku. Bahasa Inggeris memang menduduki tempat istimewa
sebagai bahasa hubungan antarabangsa, dan justeru itu, bahasa Inggeris perlu dikekalkan. Tetapi
hubungan psikologi kita yang amat rapat dengan bahasa tersebut menyebabkan sanjungan kita
agak luar biasa tingginya terhadap bahasa itu.
Jadi, apa yang penting di sini ialah, apakah bahasa Malaysia itu dapat memberi mereka
taraf yang tinggi kepada diri mereka untuk menguasai sepenuhnya aspek tatabahasa bahasa
Melayu itu. Bermegahkah para pelajar yang dapat menguasai sepenuhnya kemahiran bahasa
Melayu seandainya dapat dilihat atau didengar menuturkan bahasa Melayu dengan fasih dan
lancar seperti mereka yang menguasai bahasa Inggeris dan Arab. Atas faktor wujudnya sifat
double standard dalam penggunaan bahasa yang dituturkan menyebabkan ramai para pelajar
kurang berminat untuk menguasai pembelajaran tatabahasa Melayu yang dianggap tidak
setanding dengan penggunaan bahasa Inggeris dan Arab yang dilihat lebih cenderung mendapat
16

tempat dihati masyarakat. Jelaslah status penggunaan bahasa yang turut menjadi dorongan
pembelajaran membawa kepada kekangan pengguasaan tatabahasa Melayu diperingkat sekolah.
4.0.4

Ejaan
Sebelum ejaan baharu diumumkan, Ejaan Sekolah yang didasarkan kepada Ejaan

Wilkinson (1904) dan dibaiki oleh Zaba (1938) telah digunakan. Sistem ini cukup untuk
keperluan bahasa Melayu untuk beberapa lama, tetapi menjelang tahun 60-an, kekurangannya
mula ketara (S.T. Alisjahbana 1965). Hal ini bukan sahaja menjadi masalah kepada penutur
bahasa Melayu, tetapi juga kepada proses pembelajarannya. Ejaan Sekolah tidak konsisten pada
beberapa tempat.
Ejaan memang banyak masalahnya. Masalah ini tidaklah harus dikatakan timbul daripada ejaan
baharu. Ejaan bahru itu terlalu mudah untuk dianggap sebagai suatu masalah. Lagipun, sudah ada
Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981). Seharusnya sudah tidak ada masalah ejaan lagi.
Ejaan itu telah digunakan selama lebih sepuluh tahun, maka sepatutnya perkara ini tidak lagi
menjadi masalah. Ada kata yang selalu salah dieja seperti bolih (untuk boleh), goring (untuk
goreng), ke- dalam (untuk ke dalam), dibawah (untuk di bawah), dan sebagainya. Kesalahan
ejaan ini timbul hanya kerana kejahilan sahaja, dan orang tidak mahu membaiki keadaan ini.
Aspek kedua kesalahan ejaan ialah bahawa ada ejaan-ejaan yang berubah untuk penyelarasan
seperti teladan menjadi teladan, aneh menjadi aneh, dan sebagainya. Sebenarnya tindakan
seperti ini tidak perlu dibuat sebab ejaan yang sudah mantap tidak harus diubah lagi. Walau
bagaimanapun, demi keseragaman ejaan yang dicadangkan itu perlulah diikuti.
Ejaan kata-kata pinjaman merupakan satu masalah lain. Dasar yang dikuatkuasakan ialah untuk
memudahkan pembelajaran, huruf yang tertentu sahaja ditukar, iaitu bunyi yang tidak berfungsi,
atau bunyi-bunyi yang tidak konsisten dalam bahasa Inggeris. Misalnya, huruf eo dalam
homogeneous boleh digugurkan. Huruf ch dalam cholera sebenarnya berbunyi k dan bukan c
seperti dalam cent dan chalk. Ini tidak konsisten. Oleh sebab ejaannya diutamakan, maka ia
disesuaikan menjadi kolera. Inilah yang sering dikatakan menjadi masalah dalam ejaan apabila
pengguna bahasa Malaysia mengelirukan sistem bahasa Malaysia dengan sistem bahasa Inggeris.
Memang sukar mengubah kebiasaan 14 juta manusia dalam menggunakan ejaan ini. Lebih rumit
lagi jadinya masalah ini apabila hal-hal agam terlibat. Penulisan kata-kata istilah Arab boleh
17

menimbulkan kerumitan. Misalnya, ejaan baharu bagi nimat ialah nikmat, dan dengan itu
mengubah makna kata itu daripada sesuatu yang baik kepada yang buruk. Memang hal ini harus
diberi perhatian yang agak serius supaya kekacauan tersebut tidak mengganggu perkembangan
bahasa Malaysia umumnya.
4.0.5

Imbuhan
Penggunaan imbuhan juga sering menjadi kesalahan, lebih-lebih lagi dalam pemakaian

-kan, me-, di-, dan ber-. Misalnya, -kan dipakai pada tempat yang tidak perlu seperti Saya
membelikan buku (-kan tidak perlu kerana beli sudah transitif), atau sebaliknya -kan tidak
dipakai seperti dalam mengguna dan membenar (-kan diperlukan supaya kata kerja tersebut
menjadi transitif).
Dalam peringkat kata, kesalahan tatabahasa kerap dilakukan dalam penggunaan imbuhan. Kalau
diperhatikan pula betul-betul, maka akan didapati satu perkara yang betul-betul sukar kita
fahami, iaitu jumlah imbuhan yang ada dalam bahasa Malaysia adalah amat sedikit bilangannya.
Ada tujuh bilangan imbuhan yang sedikit ini sangat sukar dipelajari dan digunakan dengan tepat,
manakala, kita mungkin berpendapat bahawa bilangan yang sedikit harus memudahkan
pembelajaran.
Kerap pula terjadi kisah kanak-kanak penutur kandung bahasa Malaysia yang telah
menguasai pemakaian imbuhan dengan biak di rumah atau dalam lingkungan keluarganya, tetapi
telah dikelirukan oleh guru yang tidak mahir apabila dia mula bersekolah. Fungsi guru yang
sepatutnya memperkukuh penguasaan tatabahasa kanak-kanak itu telah bertukar menjadi
pengacauan. Bagi kanak-kanak yang tidak menuturkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kandung
akan terus terpesong dalam memakai imbuhan. Setiap satu imbuhan kata kerja dalam bahasa
Malaysia itu mempunyai masalah masing-masing. Pengacauan imbuhan yang terdapat bagi
kanak-kanak penutur kandung bahasa Malaysia ialah kesalahan-kesalahan tertentu.
Pada hakikatnya, seseorang guru itu mungkin tidak memahami bahawa fungsi tatabahasa
sesuatu imbuhan itu sudah sedia ada dalam setengah-setengah kata. Oleh itu kata-kata tersebut
tidak perlu diberi imbuhan lagi untuk menunjukkan fungsi tatabahasa tersebut. Kesalahan yang
sering berlaku ialah dalam penggunaan imbuhan ber- atau me- pada kata dasar yang tidak
memerlukannya; seperti ber- duduk (untuk duduk), bertimbul (untuk timbul), berbangun (untuk
18

bangun), menjalan (untuk berjalan), menurun (untuk turun), dan memindah (untuk berpindah).
Jadi kerap terdapat ayat seperti: Dia berduduk di atas kerusi, Dia telah memindah rumah, Dia
menurun bas. Pada pihak yang lain pula, selalu terdapat masalah yang berhubungan dengan
imbuhan -kan. Hal ini berlaku kepada penutur kandung bahasa Malaysia. Maka terdapatlah ayat
seperti Guru mengguna kapur (untuk Guru menggunakan kapur), Ibu memakai seluar untuk
Fadil (untuk Ibu memakaikan seluar untuk Fadil), dan Air hujan itu membasah kainnya (untuk
Air hujan itu membasahi kainnya). Dalam hal ini, apa yang berlaku ialah imbuhan per-, -kan dan
-i digugurkan. Ini adalah tabiat pelajar-pelajar dan guru-guru yang terdiri daripada penutur
bahasa Malaysia. Dalam bahasa pertuturan, ada unsur-unsur tertentu yang boleh digugurkan
(sebab ketiadaannya ditampung oleh unsur lain) atau telah jelas dari konteks itu sendiri. Dalam
bahasa tulisan per-, -kan, dan -i itu perlu ada. Ini menjelaskan bahawa mereka mungkin tidak
memahami bahawa imbuhan per, -kan, dan -i itu sebenarnya mempunyai fungsi tatabahasa yang
tidak boleh ditampung oleh me- sahaja.
Satu lagi kesalahan imbuhan yang agak lebih rumit ialah dari segi pemakaian per-, kan, dan -i.
Perkara yang selalu berlaku di sini ialah ketiga-tiga imbuhan ini dipakai dengan tidak
mengetahui perbezaan makna dan fungsi tatabahasanya. Jadi terdapatlah kesalahan seperti
Ahmad menuruni bas (untuk Ahmad turun dari bas), Ahmad menaikan motokar (untuk Ahmad
menaiki motokar), dan Sila masuki perkara ini dalam perbincangan (untuk Sila masukkan
perkara ini ke dalam perbincangan).
Satu lagi imbuhan yang kerap salah digunakan, ialah -kan. Hal ini berlaku kerana pelajar tidak
mengenali perbezaan antara imbuhan -kan dengan -an. Akibatnya, mereka selalu menggunakan
-an untuk -kan. Kesalahan ini terlalu besar untuk dimaafkan, contohnya: meletakan (untuk
meletakkan), dan membetulan (untuk membetulkan). Kebalikannya juga benar, lebih-lebih lagi
apabila dasarnya berakhir dengan k seperti dalam masakkan (untuk masakan) dan kerosakkan
(untuk kerosakan). Perkara seperti ini patutlah diambil berat dan dibetulkan.
Dalam contoh lain, terdapat pula pelajar Melayu yang tidak mengenali perbezaan antara pe(pesakit orang sakit), peny (penyakit perkara yang menyakitkan), dan per- (persakit
perbuatan menyakitkan). Pernah saya temui guru berkelulusan universiti yang tidak
mengetahui bahawa ketiga-tiga imbuhan ini berlainan. Mungkin asalnya satu, tetapi sekarang
jelas bahawa ada perbezaan bentuk dan fungsi antara pe-, penye-, dan per-. Ini perlu difahami.
19

Menurut Nik Safiah Karim (2007) menyatakan bahawa, perkara yang lebih merunsingkan ialah
apabila terdapat kata-kata pendekan daripada akhbar menular masuk ke dalam kelas. Dalam
akhbar, imbuhan ke-...-an, peN-...-an sering menjadi -an sahaja. Kerap terdapat putusan STPM,
libatan dan ini semakin banyak digunakan dalam bahasa Malaysia di kalangan pelajar sekolah.
Dari satu segi lain terdapat juga -an digunakan oleh pelajar bukan Melayu seperti: di kalang
(untuk di kalangan).
Unsur gandaan juga kerap menjadi kekeliruan. Sebenarnya sebarang kata nama bahasa Malaysia
itu boleh difahamkan sebagai satu atau lebih. Biasanya bilangan ini ditandai oleh penjodoh
bilangan berserta angka dan bukan dengan gandaan seperti yang selalu dilakukan. Misalnya, dua
orang pelajar, bukan dua (orang) pelajar-pelajar, (kerap pula penjodoh bilangan itu
digugurkan). Pemakaian ganda ini telah kusut jadinya sehingga digunakan di tempat yang tidak
perlu seperti buku-buku sekolah, rumah-rumah murah, padahal buku sekolah dan rumah murah
sudah cukup lengkap menunjukkan banyak.
4.0.6

Cadangan Penambah baikan pengajaran tatabahasa Melayu


Dengan keadaan masalah yang dinyatakan di atas ternyata ada banyak masalah yang

mencabar guru bahasa Malaysia. Pertama, ketiadaan model pembelajaran, kedua, aspek-aspek
bahasa, dan aspek-aspek bukan bahasa. dalam keadaan begini guru terpaksalah menjadi model
kepada pelajar-pelajar.

Model dan Buku Teks

Suatu masalah besar yang dihadapi oleh guru ialah dari segi model yang dapat dicontohi dan
buku-buku teks yang boleh digunakan untuk pembelajaran. Bahasa yang digunakan dalam buku
teks itu adalah bahasa rasmi. Jadi model juga adalah satu masalah. Model itu bermaksud bahasa
yang dituturkan oleh mana-mana orang atau kelompok orang yang boleh dijadikan contoh. Tidak
ramai orang yang boleh dijadikan contoh demikian. Jadi dalam ketiadaan contoh, maka sukarlah
pelajar-pelajar tersebut memahami dan menuturkan apa yang dipelajari. Atas sebab itulah,
menurut Azman Wan Chik (1985) menjelaskan bahawa, bagi mengatasi masalah ini, langkah
kerajaan melalui kepelbagaian kursus bagi memperkasakan para guru yang menjadi medium
penyampaian dan pengajaran perlu diperkasakan supaya boleh bertindak sebagai model dan buku
teks kepada para pelajar.
20

Aspek-Aspek Bahasa

Ada aspek-aspek bahasa yang masih merupakan masalah bagi guru. Yang jelas merupakan
masalah ialah ketiadaan sebuah buku tatabahasa pegangan. Tatabahasa yang ada sekarang, jelas
menunjukkan bahawa ada unsur-unsur yang masih kacau atau penjelasan yang berlainan antara
pengarang-pengarang tatabahasa. Kedua, buku-buku tatabahasa yang ada sekarang berdasarkan
bahasa Melayu dahulu jadi suatu usaha pengemaskinian perlu dilakukan. Suatu tatabahasa
pegangan perlu disediakan segera untuk menampung keperluan ini. Buku, Nahu Melayu
Mutakhir (Asmah 1980) dan Tatabahasa Dewan, Jld. I, Ayat (Nik Safiah et al., 1986) telah
diterbitkan dan harus dapat membantu menghapuskan masalah ini sekali gus berjaya mengatasi
masalah dalam sebutan dan ejaan serta penggunaan imbuhan tatabahasa Melayu.

Aspek Bukan Bahasa

Masalah bukan bahasa yang terlibat sering melibatkan masalah ganti nama, sopan atau tidak
sopan seperti aku, saya, kamu/ engkau, taun/ saudara, dan sebagainya. Kalau penutur tidak
memahami kesensitifan budaya dalam hal ini, maka akibatnya mungkin tidak baik. Misalnya,
ada seorang pelajar Amerika yang belajar bahasa Malaysia, telah dimarahi oleh seorang
penghulu kerana menggunakan kata engkau terhadapnya. Ini adalah masalah budaya. Ada tandatanda yang guru bahasa Malaysia juga tidak mengetahui hal ini dengan lancar. Di samping itu,
satu kesalahan lain ialah gerak laku yang menyertai pertuturan tersebut. Sambil berkata itu kita
mungkin mahu menunjukkan sesuatu, tetapi dalam budaya Melayu, ibu jari digunakan untuk
menunjuk sebagai tanda hormat. Jadi, masalah ini selalunya merupakan satu aspek yang kerap
dilanggar dalam pengajaran. Ada gerak laku yang dibuat dalam bertutur itu harus dibuat dengan
betul.

Para guru perlu lebih mengetahui mengenai teknik ini supaya prinsip penguasaan

tatabahasa itu menjadi lebih mudah sekali gus memudahkan para pelajar untuk memperkasakan
dan memperkukuhkan penggunaan bahasa Melayu.

5.0

RUMUSAN

21

Dalam suasana yang penuh masalah dan kritikan ini, tugas guru menjadi seakan-akan
mustahil. Tetapi, sebenarnya hal ini memang tidak seburuk itu, keadaannya jelas semakin
bertambah baik kalau berbanding dengan keadaan dahulu. Dalam mencuba menyelesaikan
masalah ini, kita haruslah terlebih dahulu mengenali masalah tersebut, dan seterusnya mencari
penyelesaiannya. Tugas para guru itu tidaklah ringan. Masalah yang wajib diatasi bukan masalah
bahasa sahaja, bahkan juga masalah sosial, budaya, psikologi, dan pedagogi. Penggunaan
tatabahasa yang tidak betul menyukarkan pelajar berkomunikasi atau menulis dengan baik.
Dalam pembelajaran tatabahasa, pelajar harus mempelajari tatabahasa dengan memikirkan
bahawa pembelajaran paradigma, pola, rajah-rajah tertentu sebagai tujuan pembelajaran itu
sendiri, maka itulah yang dikuasai oleh pelajar. Sekiranya mereka mempelajari segala rumusan
tatabahasa, pola dan paradigm-paradigma tersebut dengan maksud untuk menyampaikan
pemikiran dan mesej dengan memilih kata nama, kata kerja atau kata sifat tertentu, maka pelajar
akan dapat mempelajari dan menggunakan tatabahasa dengan betul. Pembelajaran bahasa
perlulah mencari satu sistem tatabahasa yang dapat menjelaskan struktur bahasa supaya pelajar
dapat menggunakan tatabahasa untuk menghasilkan ujaran sendiri. Selain daripada itu,
pengetahuan mengenai tatabahasa biasanya menjadi asas di dalam logik. Pelajar yang dapat
mengetahui tatabahasa akan dapat menyusun hujah-hujah di dalam bahasa yang rapi. Kefahaman
tatabahasa juga membolehkan pelajar bertutur dengan lancar, terang dan mudah difahami. Oleh
itu, pengguasaan ke atas kefahaman tatabahasa juga membolehkan pelajar dapat memahami
dengan lebih jelas akan pengertian sesuatu perkataan atau ayat dengan menganalisis
kedudukannya dan membolahkan pelajar menentukan sama ada sesuatu ayat itu betul atau tidak
mengikut rumus tatabahasa.
(3045 patah perkataan)
BIBLIOGRAFI.

Abdullah Hassan (2007). Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I-VI (1952- 2002). Kuala
Lumpur : Persatuan Penterjemah Malaysia.

22

Abdullah Hassan & Ainon Mohd (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Amat Juhari Moain (2010). Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (1984). Pengajaran bahasa Malaysia Dalam Konteks Perancangan Bahasa
Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Wan Chik (1985). Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Dewan Bahasa dan Pustaka (1992). Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur.

Koh, Boh Boon (1990). Pengajaran tatabahasa bahasa Malaysia : prinsip dan teknik. Petaling
Jaya : Penerbit Fajar Bakti.

Nik Safiah Karim (2007). Bahasa Melayu dan Pemerkasaannya. Kertas Kerja dibentangkan di
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu V, Dewan Tun Syed Nasir, Kuala Lumpur :
anjuran Dewan Bahawa dan Pustaka, pada 2-3 Mei 1998.

Puteri Roslina Abdul Wahid (2005). Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan
Undang Undang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

23

Teuku Iskandar (2008). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

24

You might also like