You are on page 1of 134

AMSS5303

MAHKAMAH SYARIAH
DAN UNDANG-UNDANG
ISLAM DI MALAYSIA
Prof Madya Datin Dr Siti Zalikha Md Nor

Copyright Open University Malaysia (OUM)

Pengarah Projek:

Prof Dato Dr Mansor Fadzil


Dr Rozeman Abu Hassan
Open University Malaysia

Penulis Modul:

Prof Madya Datin Dr Siti Zalikha Md Nor

Penyederhana:

Prof Madya Dr Mohamad Ismail Haji Mohamad Yunus


Universiti Islam Antarabangsa

Dibangunkan oleh:

Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Dicetak oleh:

Meteor Doc. Sdn. Bhd.


Lot 47-48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9,
Jalan Serdang Raya, Taman Serdang Raya,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Edisi Pertama, April 2012


Edisi Kedua, Ogos 2015 (rs)
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM), Ogos 2015, AMSS5303
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM)

Copyright Open University Malaysia (OUM)

Isi Kandungan
Panduan Kursus
Topik 1

Topik 2

Topik 3

ixxiv

Sejarah Sumber Perundangan Malaysia


1.1 Sejarah Perundangan Sebelum Kedatangan British
1.2 Sejarah Perkembangan Undang-undang Peribumi
Sebelum Penyerapan Undang-undang British
1.3 Sistem Perundangan pada Zaman Kesultanan Melayu
Melaka
Rumusan
Kata Kunci
Rujukan

9
11
12
12

Undang-undang Adat Melayu sebagai Sumber


Undang-undang Malaysia
2.1 Undang-undang Adat Melayu
2.2 Himpunan Undang-undang Adat Melayu Bertulis
2.3 Ciri-ciri Undang-undang Adat Melayu
2.3.1 Undang-undang Adat Melayu Purba
2.3.2 Undang-undang Hindu
2.3.3 Hukum Syarak atau Undang-undang Islam
Rumusan
Kata Kunci
Rujukan

14
15
16
18
19
22
24
24
25
26

Undang-undang Inggeris sebagai Sumber


Undang-undang Malaysia
3.1 Sejarah Penerimaan Undang-undang Inggeris
di Negeri-Negeri Selat
3.2 Sejarah Penerimaan Undang-undang Inggeris
di Negeri-Negeri Melayu
Rumusan
Kata Kunci
Rujukan

Copyright Open University Malaysia (OUM)

1
2
6

27
28
32
35
36
36

iv

ISI KANDUNGAN

Topik 4

Undang-undang Islam sebagai Sumber Undang-undang Malaysia


4.1 Sejarah Kedatangan Islam ke Tanah Melayu
4.1.1 Undang-undang Islam di Pahang
4.1.2 Undang-undang Islam di Johor
4.1.3 Undang-undang Islam di Terengganu
4.2 Kedudukan Islam di Bawah Perlembagaan
4.3 Enakmen Pentadbiran Agama Islam
4.4 Mahkamah Syariah
4.4.1 Penubuhan, Kadi dan Pegawai Mahkamah
4.4.2 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah
Rumusan
Kata Kunci
Rujukan

37
38
38
39
39
42
44
46
46
47
49
50
50

Topik 5

Perlembagaan Persekutuan Malaysia


5.1 Ciri-ciri Umum Perlembagaan Persekutuan Malaysia
5.2 Konsep Pengasingan Kuasa dalam Perlembagaan
5.3 Perhubungan antara Persekutuan dan Negeri-negeri
5.3.1 Pembahagian Kuasa Perundangan
dan Pemerintahan
5.3.2 Ketua Agama Islam Negeri
5.3.3 Mahkamah Syariah Negeri
Rumusan
Kata Kunci
Rujukan

51
52
53
54

Topik 6

Perlembagaan Negeri
6.1 Ciri-ciri Umum dan Pemakaian Peruntukan Perlu
6.2 Pihak Berkuasa Negeri
6.2.1 Raja dan Yang Dipertua Negeri
6.2.2 Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
6.2.3 Badan Perundangan Negeri
6.2.4 Keahlian dan Keistimewaan Ahli Dewan
Undangan Negeri
6.2.5 Kuasa Perundangan
Rumusan
Kata Kunci
Rujukan

Copyright Open University Malaysia (OUM)

54
56
57
58
59
59
60
61
64
64
66
66
67
68
70
71
71

ISI KANDUNGAN

Topik 7

Hak Kebebasan Asasi di Malaysia


7.1 Pengertian Kebebasan Asasi
7.2 Perundangan Lain Mengenai Kebebasan Seseorang
7.2.1 Kebebasan Bercakap dan Memberi Buah Fikiran
7.2.2 Kebebasan Bergerak dan Berkumpul
Rumusan
Kata Kunci
Rujukan

73
74
80
80
81
83
84
84

Topik 8

Undang-undang Jenayah Islam


8.1 Jenayah dalam Islam
8.2 Jenis-jenis Kesalahan dalam Enakmen Jenayah Syariah
8.2.1 Kesalahan mengenai Akidah
8.2.2 Kesalahan Berhubung dengan Kesucian Agama Islam
dan Institusinya
8.2.3 Kesalahan mengenai Kesusilaan
8.2.4 Kesalahan Pelbagai
8.2.5 Pengecualian Am
8.3 Persubahatan dan Percubaan
8.4 Hukuman Kesalahan Jenayah Syariah
Rumusan
Kata Kunci
Rujukan

85
86
88
88

Topik 9

Undang-undang Keterangan Islam


9.1 Bentuk-bentuk Keterangan dalam Islam
9.1.1 Al-Shahadah
9.1.2 Al-Yamin
9.1.3 Iqrar
9.1.4 Qarinah
9.1.5 Ra`yu al-Khibrah
9.1.6 Lain-lain
9.2 Beban dan Darjah Pembuktian
9.3 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah
9.3.1 Qarinah atau Fakta
9.3.2 Iqrar atau Pengakuan
9.3.3 Saksi
9.3.4 Sumpah
9.3.5 Pemeriksaan Saksi
9.3.6 Penolakan Saksi
9.3.7 Keterangan Dokumentari

Copyright Open University Malaysia (OUM)

89
90
91
91
92
93
95
96
96
97
98
98
99
99
99
100
100
100
102
102
102
103
103
103
104
104

vi

ISI KANDUNGAN

9.4

Perbezaan Keterangan di Mahkamah Syariah dan


Mahkamah Sivil
Rumusan
Kata Kunci
Rujukan
Topik 10

Mahkamah Syariah Malaysia


10.1 Sejarah Mahkamah Syariah
10.2 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah
10.2.1 Bidang Kuasa Mal (Sivil)
10.2.2 Bidang Kuasa Jenayah
10.3 Mahkamah Rayuan Syariah
10.4 Peranan Pendakwa Syarie, Penguatkuasa Agama
dan Peguam Syariah
10.5 Lain-lain Hal Mengenai Mahkamah Syariah
Rumusan
Kata Kunci
Rujukan

Copyright Open University Malaysia (OUM)

105
106
107
107
108
109
112
112
113
114
116
117
118
118
119

PANDUAN KURSUS

Copyright Open University Malaysia (OUM)

Copyright Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS

ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal hingga
akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan
komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
AMSS5303 Mahkamah Syariah dan Undang-undang Islam di Malaysia adalah
salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open
University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan tiga jam kredit dan harus
dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program sarjana.
Modul ini bertujuan memaklumkan mengenai sejarah dan perkembangan
pentadbiran hal ehwal dan perundangan Islam di Malaysia.
Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan
pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, pelajar perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran
bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai 3 jam
kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa
pembelajaran adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran


Jam
Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran
Mengambil bahagian dalam perbincangan awal dan memahami
secara ringkas kandungan kursus

Membaca modul

60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial

10

Perbincangan dalam talian

12

Ulang kaji

15

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan

20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN

120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menjelaskan sejarah undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah di


Malaysia;

2.

Menerangkan status
Perlembagaan;

3.

Membandingkan kuasa dan peranan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan


Negeri dalam pentadbiran hal ehwal Islam;

4.

Mengenal pasti bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di


Malaysia; dan

5.

Menghuraikan bentuk-bentuk undang-undang keterangan yang diguna


pakai di Mahkamah Syariah Malaysia.

agama

dan

undang-undang

Islam

dalam

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis bagi setiap topik dinyatakan
seperti yang berikut:
Topik 1 membincangkan sistem undang-undang masyarakat peribumi untuk
menunjukkan bahawa sebenarnya sebelum kedatangan pengaruh-pengaruh luar
telah wujud sistem keadilan di Tanah Melayu.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS

xi

Topik 2 membincangkan secara terperinci mengenai undang-undang adat


Melayu yang merupakan salah satu sumber undang-undang yang masih
dikuatkuasakan di Malaysia.
Topik 3 membincangkan secara terperinci mengenai sejarah penerimaan undangundang Inggeris di Singapura, Pulau Pinang dan Melaka yang pada satu ketika
dahulu dikenali sebagai Negeri-negeri Selat kerana ia merupakan sebahagian
daripada tanah jajahan British.
Topik 4 membincangkan mengenai undang-undang Islam yang merupakan
salah satu daripada sumber perundangan yang utama di Malaysia.
Topik 5 membincangkan mengenai Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dalam sesebuah negara.
Mana-mana undang-undang yang hendak dibuat pada peringkat negeri atau
persekutuan tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan.
Topik 6 membincangkan peruntukan-peruntukan penting dalam Perlembagaan
Negeri.
Topik 7 membincangkan hak kebebasan asasi manusia menurut perspektif
Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Topik 8 membincangkan mengenai undang-undang jenayah di Mahkamah
Syariah.
Topik 9 membincangkan mengenai undang-undang keterangan Islam di
Malaysia.
Topik 10 membincangkan mengenai sistem Mahkamah Syariah di Malaysia.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil
tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut:
Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik, anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
Copyright Open University Malaysia (OUM)

xii

PANDUAN KURSUS

seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan


sesuatu topik.
Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini
menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk
soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda
digalakkan menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan
sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya
menyediakan anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan
jawapan kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.
Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk
menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah
pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman
kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu
seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan
dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan
seumpamanya.
Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen
ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik.
Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang
disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.
Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.
Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan
berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam
beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan),
pada akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian
yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat
lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan untuk kursus ini.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

PANDUAN KURSUS

xiii

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myVLE.

RUJUKAN
Ahmad Ibrahim., & Mahmud Saedon Awang Othman. (1988). Ke arah Islamisasi
Undang-undang di Malaysia. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia.
Ahmad Ibrahim. (1988). Sistem Undang-undang Malaysia. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Ibrahim., & Ahilemah Joned. (2007). Sistem Undang-undang di
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Mohamed Ibrahim. (1997). Pentadbiran Undang-undang Islam di
Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Liaw Yock Fang. (1976). Undang-undang Melaka. The Hague. Fasal O. 1.
Maxwell, W. E. (1884). The law and custom of the malays with reference to the
tenure of land. JMBRAS 13: 75-220.
Mohd. Din bin Ali. (1963). Two forces in Malay society. Intisari 1963. Kuala
Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.
Muhammad Yusoff Hashim. (1989). Kesultanan Melayu Melaka. KualaLumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Yusoff Hashim. (1997). Undang-undang/ Hukum Kanun Melaka

dan Undang-undang Laut Melaka: Wacana mengenai Perundangan


Melayu-Islam, Seminar Warisan Persuratan Johor II 1997. Anjuran Kerajaan
Negeri Johor Darul Ta`zim, pada Jumaat-Ahad 31 Okt.-2 Nov. 1997.
Salleh Buang. (1993). Malaysian legal history. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Taylor, E. NC. (1929). The customary law of Rembau. JMBRAS 7: Part I, 14- 55.
Taylor, E. NC. (1948).

Aspect of customary inheritance in Negeri Sembilan.

JMBRAS 21. Part II. 41.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

xiv PANDUAN KURSUS

Wan Arfah Hamzah., & Ramy Bulan. (2003). The Malaysian legal system. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Wan Arfah. (2009). A first look at the Malaysian legal system. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR


ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada adalah EBSCOhost,
ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus
dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk
menggunakan sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

Topik

Sejarah
Sumber
Perundangan
Malaysia

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menghuraikan sejarah perundangan di Tanah Melayu;

2.

Menerangkan sumber perundangan di Tanah Melayu;

3.

Membezakan di antara Adat Temenggung dan Adat Perpatih;

4.

Mengenal pasti ciri-ciri undang-undang peribumi; dan

5.

Membincangkan sejarah perundangan semasa zaman Kesultanan


Melaka.

PENGENALAN

Rajah 1.1: Penunjuk perasaan merosakkan kereta pihak berkuasa


Sumber: http://www.dispatch.com/
Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

SEJARAH SUMBER PERUNDANGAN MALAYSIA

Cuba anda lihat Rajah 1.1, inilah akibat sekiranya undang-undang yang wujud
tidak dihormati. Hal ini akan menyebabkan banyak pihak menanggung kerugian
dari segi sosial, ekonomi dan juga keselamatan negara. Kewujudan dan
pematuhan undang-undang adalah sangat penting kerana ia dapat menjamin
keselamatan semua pihak dalam menjalani kehidupan seharian.
Mari kita mulakan Topik 1 dengan membincangkan mengenai sistem undangundang masyarakat peribumi untuk menunjukkan bahawa sebenarnya sebelum
kedatangan pengaruh-pengaruh luar telah wujud sistem keadilan di Tanah
Melayu. Dalam hal ini, konsep-konsep seperti undang-undang dan keadilan
pada zaman tersebut tidak boleh disamaertikan dengan konsep undangundang dan keadilan seperti yang difahami pada hari ini.

1.1

SEJARAH PERUNDANGAN SEBELUM


KEDATANGAN BRITISH

Dalam bahagian ini kita akan membincangkan mengenai kedudukan undangundang di Tanah Melayu sebelum kedatangan orang-orang British. Undangundang yang sedia ada pada ketika itu ialah undang-undang adat Melayu yang
berkuat kuasa di negeri-negeri Semenanjung, sementara pelbagai undangundang adat bumiputera pula berkuat kuasa di Sabah dan Sarawak. Undangundang adat Melayu yang dikuatkuasakan itu membuktikan terdapatnya
pengaruh agama, adat Hindu dan juga ajaran agama Islam. Kedatangan
pengaruh Hindu banyak mempengaruhi sistem undang-undang dan kerajaan
masyarakat Melayu yang sedia ada. Oleh sebab pengaruh Hindu, masyarakat
Melayu yang dikatakan telah terbahagi kepada masyarakat matrilineal
(mengikut Adat Perpatih) dan yang satu lagi masyarakat patrilineal (mengikut
Adat Temenggung).
Sistem masyarakat seperti ini telah melahirkan dua sistem perundangan yang
sangat berbeza iaitu undang-undang Adat Perpatih dan undang-undang Adat
Temenggung. Dengan kedatangan Islam, sistem patrilineal ini diperkukuh dan
dipopularkan lagi. Undang-undang Adat Temenggung menjadi matang pada
zaman kesultanan Melayu Melaka apabila undang-undang ini dikanunkan
dalam kanun-kanun seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut
Melaka. Dalam pada itu undang-undang Islam memperolehi kepentingannya
dalam bidang undang-undang keluarga dan warisan (Haji Mohd Din Ali, 1963).

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

SEJARAH SUMBER PERUNDANGAN MALAYSIA

Rajah 1.2: Dua jenis undang-undang adat

(a)

Adat Temenggung
Adat Temenggung diamalkan di Melaka, Perak, Pahang dan Johor. Adat
Temenggung lebih bercorak patriarchal, maksudnya menitikberatkan susur
galur keturunan sebelah bapa.

(b)

Adat Perpatih
Adat Perpatih diamalkan dikebanyakkan daerah di Negeri Sembilan.
Undang-undang Adat Perpatih telah dibawa dalam abad ke-16 oleh orang
Minangkabau ke Negeri Sembilan terutama di daerah Rembau, Kuala
Pilah, Tampin, Jelebu, Seremban dan di Melaka seperti di daerah Naning
dan Alor Gajah. Ia lebih berbentuk matriarchal, maksudnya mementingkan
susur galur sebelah ibu dan diperturunkan dalam bentuk perbilangan
(Ahmad Ibrahim, 2007).

Menurut Abdullah Siddik (1975), perbezaan yang jelas antara Adat Temenggung
dan Adat Perpatih adalah seperti dalam Jadual 1.1.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

SEJARAH SUMBER PERUNDANGAN MALAYSIA

Jadual 1.1: Perbezaan antara Adat Temenggung dan Adat Perpatih


Perbezaan

Adat Temenggung

Adat Perpatih

Pemerintahan

Ketua
negeri
berhak
mengambil
keputusan
terakhir.

Pemerintahan
pertama
sekali
terletak di tangan mamak (bapa
saudara
tertua
sebelah
ibu),
kemudian ketua perut (buapak),
ketua suku (lembaga), ketua luak
(undang) dan akhir sekali Yamtuan
(Yang Dipertuan Besar).

Garis
keturunan

Garis
keturunan
adalah
patrilineal
iaitu
secara
keturunan disusurgalurkan
kepada satu pihak sahaja
iaitu pihak bapa.

Hukuman

Hukuman
bagi
sesuatu
kesalahan biasanya dibunuh
atau denda.

Garis

keturunan adalah secara


iaitu
keturunan
disusurgalurkan kepada satu pihak
juga, tetapi di pihak ibu.

matrilineal

Hukuman bagi sesuatu kesalahan


tidak begitu keras.

Proses penyerapan nilai-nilai perundangan Islam telah memakan masa yang


begitu lama. Hasilnya apa yang difahami pada hari ini sebagai undang-undang
Islam pada masa dahulu sebenarnya ialah undang-undang Islam yang telah
diubah suai dan dipengaruhi oleh adat Melayu, bukanlah undang-undang Islam
yang berasaskan ajaran sebenar al-Quran dan sunnah.
Portugis dan Belanda merupakan dua kuasa Eropah yang terawal sampai ke
negara ini. Namun demikian dasar-dasar pentadbiran mereka menyebabkan
undang-undang mereka tidak dirasai oleh penduduk tempatan, apatah lagi
sekarang ini. Undang-undang Inggeris terpakai dengan meluasnya pada hari ini
oleh sebab faktor sejarah dan peruntukan Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang
Sivil, 1956.
Kita bukan sahaja telah menerima dan memakai common law, kita juga telah
menerima tradisinya. Teori dan sifat common law yang terawal di England ialah
hakim-hakim hanya mengisytiharkan kewujudan undang-undang yang biasa
dan telah ada dalam adat-adat tempatan. Bagi mengelakkan hakim-hakim
memberi keputusan yang bertelingkah dalam kalangan mereka, amalan memetik
keputusan hakim-hakim yang terdahulu digalakkan. Kemudian, menjelang
kurun ke-19 amalan ini menjadi amalan undang-undang yang mesti diikuti.
Dalam tahun 1833, ahli-ahli House of Lords diminta menghormati duluan keskes terdahulu dan mahkamah dikehendaki membuat analogi daripada
keputusan penghakiman duluan tersebut.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

SEJARAH SUMBER PERUNDANGAN MALAYSIA

Di England, penyusunan semua sistem mahkamah dan kemajuan teknologi


percetakan telah menggalakkan perkembangan doktrin duluan mengikat
keputusan mahkamah (maksudnya keputusan mahkamah tertentu mengikat
mahkamah-mahkamah di bawahnya dan dalam keadaan-keadaan tertentu
mengikat dirinya sendiri).
Kini sebahagian besar daripada undang-undang Malaysia berasal daripada
sumber-sumber bertulis. Malah sebahagian besar daripada perundangan atau
statut pada masa kini diluluskan oleh Parlimen dan Majlis-majlis Perundangan
Negeri. Banyak perundangan lama yang masih berkuat kuasa hingga ke hari ini;
kerumitan memahami asal usul perundangan-perundangan tersebut adalah
kesan daripada perbezaan sejarah negeri-negeri di Malaysia.
Oleh itu, kita ringkaskan yang sumber perundangan Malaysia boleh diperoleh
daripada lima sumber utama, iaitu:
(a)

Undang-undang bertulis iaitu Perlembagaan dan Perundangan


Persekutuan dan Negeri. Undang-undang ini juga termasuk perundanganperundangan lama yang telah diluaskan pemakaiannya dan masih berkuat
kuasa;

(b)

Keputusan-keputusan mahkamah;

(c)

Undang-undang Inggeris;

(d)

Undang-undang Islam; dan

(e)

Undang-undang adat.

SEMAK KENDIRI 1.1


1.

Apakah undang-undang adat?

2.

Apakah dua jenis undang-undang adat utama?

3.

Nyatakan lima jenis sumber perundangan Tanah Melayu?

AKTIVITI 1.1
1.

Bincangkan ciri-ciri utama perbezaan antara undang-undang Adat


Temenggung dan Pepatih.

2.

Terangkan mengapa Adat


berbanding Adat Pepatih.

Temenggung

lebih

Copyright Open University Malaysia (OUM)

digemari

TOPIK 1

1.2

SEJARAH SUMBER PERUNDANGAN MALAYSIA

SEJARAH PERKEMBANGAN
UNDANG-UNDANG PERIBUMI SEBELUM
PENYERAPAN UNDANG-UNDANG BRITISH

Dalam bahagian ini kita akan meneliti mengenai kedudukan undang-undang


masyarakat peribumi di semenanjung Tanah Melayu. Bahagian pedalaman dan
hutan-hutan berhampiran dengan pantai di Semenanjung Tanah Melayu didiami
oleh orang asli yang terbahagi kepada tiga golongan iaitu Negrito, Senoi dan
Melayu Asli. Cara mereka menjalankan undang-undang adalah sangat kuno dan
kesalahan yang dianggap berat sekali ialah kesalahan yang merosakkan
kepentingan suku bangsa atau golongan.
(a)

Negrito
Masyarakat Negrito, merupakan suku yang paling kurang teratur
kehidupannya, hidup berpuak-puak dan berpindah dari suatu tempat ke
suatu tempat. Tiap-tiap puak diketuai oleh seorang ketua yang lazimnya
terdiri daripada orang yang paling tua. Ketua mempunyai kuasa penuh
atas orang-orang yang dipimpinnya. Ketua juga merupakan tukang ubat
selain daripada menjalankan keadilan, dia juga turut mengubati orang
yang sakit. Sungguhpun dalam kehidupan harian ketua mempunyai taraf
yang sama dengan semua orang dalam puaknya, dia mempunyai kuasa
penuh semasa menjalankan tugas-tugasnya selaku Ketua.
Dalam masyarakat seperti itu tidak terdapat banyak undang-undang
kerana tidak berlaku banyak kesalahan malah hukuman pula dalam bentuk
denda. Denda dikenakan misalnya bagi kesalahan mencuri sumpit,
membawa lari perempuan yang telah bersuami atau kerana membunuh.
Kesalahan menipu orang lain dalam puaknya, membawa hukuman denda
sekiranya si pesalah mampu membayar denda, kalau tidak dia akan
dimarah habis-habisan oleh semua anggota puaknya. Jika dia enggan
membayar denda itu, dia akan disebat dengan rotan atau diikat di pokok
sehingga dia bersetuju membayar denda tersebut.
Jika terdapat sebarang perselisihan di antara puak dengan puak, ketuaketua puak yang berkenaan berkumpul bersama-sama beberapa orang
penasihat (biasanya orang-orang tua daripada suku-suku tersebut)
berusaha untuk menyelesaikan perselisihan tersebut.

(b)

Senoi
Suku Senoi hidup lebih teratur dan kurang berpindah randah jika
dibandingkan dengan suku Negrito. Tiap-tiap puak diketuai oleh seorang
penghulu. Sekiranya penghulu itu meninggal, jawatannya akan diambil
alih oleh anak lelakinya yang sulung dan jikalau dia tiada anak lelaki
Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

SEJARAH SUMBER PERUNDANGAN MALAYSIA

jawatannya itu akan diberi kepada seseorang yang dilantik olehnya. Tetapi
terdapat pengecualian dalam kesalahan jenayah yang berat, penghulu
mempunyai kuasa penuh dalam perkara sivil dan jenayah puaknya;
sungguhpun dalam kehidupan sehari-hari tarafnya tidak berbeza daripada
orang-orang lain dalam puaknya.
Sekiranya terdapat kesalahan besar seperti kesalahan membunuh, yang
jarang-jarang sekali berlaku, hukuman bunuh dikenakan oleh sebuah
jemaah pengadil yang terdiri daripada penghulu dibantu oleh orang-orang
tua daripada suku itu. Pelaksanaan hukuman itu diserahkan kepada sanak
saudara si pembunuh. Hukuman itu kalau boleh dijalankan dengan
menggunakan senjata pembunuhan yang digunakan oleh pembunuh
tersebut. Kesalahan mencuri, yang jarang-jarang berlaku, dihukum dengan
mengusir keluar orang yang melakukan daripada puaknya. Dalam
pertikaian mengenai perempuan, pihak yang bersalah dihukum denda dan
disuruh bayar ganti rugi yang secukupnya kepada mangsanya. Denda
boleh dibayar dengan wang atau barangan.
Orang-orang Senoi nampaknya mengetahui suatu jenis kontrak, misalnya
mereka akan memberikan suatu barang kepada seseorang yang berjanji
akan membekalkan makanan bagi suatu jangka masa yang ditetapkan
kepada keluarga yang memberi barang tersebut. Tempoh jangka masa
tersebut bergantung kepada benda yang diberikan, misalnya untuk
membekalkan makanan bagi satu minggu adalah sebatang sumpit dan
tabung damak sebagai balasan. Bagi membekalkan makanan untuk
sebulan, sehelai kain selampit diperbuat daripada kulit kayu akan diberi
sebagai balasan.
Adakalanya tanah dikatakan telah disewa. Sewa dibayar dalam bentuk
bekalan makanan bagi sesuatu jangka masa. Hutang biasanya disebabkan
barang yang dipinjam itu hilang atau kerana ketidakmampuan membayar
denda, dibayar dengan membuat kerja bagi si piutang dan semasa bekerja
itu orang yang berhutang serta keluarganya diberi makan. Masyarakat
Senoi percaya tiada harta perseorangan, maka tanah kepunyaan suku
bangsa akan dikerjakan beramai-ramai dan hasilnya dinikmati bersama.
Berhubung dengan pewarisan, keturunan si mati diutamakan, kemudian
turun-temurunnya, dan kemudian saudara-mara keluarga. Jika si mati
tidak mempunyai waris, rumah dan kebunnya ditinggalkan begitu sahaja.
Tanah seperti itu dan juga tanah yang belum dikerjakan, terletak di bawah
kuasa penghulu, yang menetapkan setiap bidang tanah yang boleh
diduduki seseorang.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

(c)

Melayu Asli
Puak Melayu Asli merupakan suku yang paling maju dalam bidang
pentadbiran jika dibandingkan dengan suku orang asli yang lain di Tanah
Melayu. Suku itu diketuai oleh Batin, dibantu oleh Jinang, Penghulu Balai,
Jukrah dan Panglima. Undang-undang ditadbir oleh Batin dengan bantuan
orang-orang tua yang tahu mengenai adat dan undang-undang.

SEJARAH SUMBER PERUNDANGAN MALAYSIA

Hukuman bagi kebanyakan kesalahan ialah denda sama ada dibayar


dengan wang atau barang (biasanya kain atau sejenis piring Cina). Dalam
suku Melayu Asli terdapat banyak puak yang mempunyai peraturan
sendiri yang berbeza daripada satu puak ke satu puak. Sesetengah puak
mengenakan hukuman mati ke atas orang yang melakukan kesalahan
membunuh. Sesetengah puak pula menghukum pembunuh dengan denda
60 biji piring (piring sebanyak itu tidak mungkin dimiliki oleh sesiapa pun).
Ada daerah-daerah yang mengenakan hukuman bunuh kepada orang yang
selalu sahaja mencuri atau berzina. Hukum bunuh dilakukan dengan
menyelar, menenggelamkan atau membiarkan pesalah itu berjemur di
tengah panas matahari.
Hukuman bunuh kerana berzina dan hukuman bunuh dengan menyelar
dan menenggelamkan menunjukkan pengaruh Islam dan Hindu yang
mungkin masuk akibat daripada hubungan dengan peradaban. Ini
barangkali juga telah mempengaruhi kaedah memiliki harta dan pewarisan
yang dalam sesetengah puak perkara ini didasarkan kepada nisbah 2:1,
iaitu dua bahagian bagi lelaki, satu bahagian bagi perempuan.
Sungguhpun orang asli kerap kali disebut dalam buku-buku dan rencana,
kajian khas mengenai struktur undang-undang kelaziman mereka tidak
pernah dibuat. Bagaimanapun menurut Yusoff Iskandar dan Abdul
Rahman (1978) seperti masyarakat primitif yang lain, semua undangundang adalah berdasarkan kepada prinsip memelihara kepentingan dan
keselamatan suku.

SEMAK KENDIRI 1.2


1.

Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat


peribumi?

2.

Nyatakan tiga puak utama yang terdapat di Tanah Melayu?

3.

Apakah prinsip utama yang terdapat pada adat setiap suku?

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

SEJARAH SUMBER PERUNDANGAN MALAYSIA

AKTIVITI 1.2
1.

Bincangkan ciri-ciri utama yang terdapat dalam masyarakat


primitif Negrito, Senoi dan Melayu Asli.

2.

Terangkan faktor-faktor utama yang mempergaruhi undangundang sesuatu puak.

1.3

SISTEM PERUNDANGAN PADA ZAMAN


KESULTANAN MELAYU MELAKA

Apakah yang terlintas pada fikiran anda apabila perkataan sejarah undangundang Melaka pada abad ke-15 dan sekitar awal abad ke-16 disebut? Pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka terdapat dua jenis teks undang-undang tradisional di
Melaka. Pengetahuan dalam perkara ini sangat bernilai kerana kajian tersebut
bukan sahaja menyentuh sejarah terawal undang-undang bertulis, tetapi juga
berkait dengan penerimaan undang-undang Islam dan gambaran sistem undangundang pra-Islam. Dalam pada itu konsep dan pengertian undang-undang pada
zaman ini wajar ditinjau mengikut ukuran dan pandangan masyarakat pada
waktu itu.
Sejarah Melayu dikatakan mempunyai beberapa kenyataan bernilai iaitu unsurunsur undang-undang tidak bertulis yang wujud dalam tempoh kira-kira 18 abad.
Istilah-istilah seperti titah, daulat, murka, kurnia, anugerah dan beta misalnya
dikatakan mengandungi nilai-nilai undang-undang. Menurut Yusoff Iskandar dan
Abd. Rahman (1978) Sejarah Melayu menggambarkan bagaimana raja sebagai
sumber undang-undang dan puncak keadilan.
Hukuman bagi kesalahan-kesalahan seperti membunuh orang, menikam,
menetak, memukul, merampas, mencuri, menuduh, berdusta dan menyangkal
titah raja ditetapkan oleh raja. Dalam mentadbir undang-undang yang dibuat
olehnya sendiri, raja dilambangkan sebagai puncak kehakiman; pengampunan
yang diberi oleh raja akan membebaskan seseorang daripada sebarang hukuman.
Dalam pada itu, pelaksanaan hukuman-hukuman ini pula kerap kali tidak
seimbang. Sekiranya golongan bangsawan yang terlibat, hukuman ke atasnya
sama ada diringankan atau langsung tidak dikenakan.
Pembesar-pembesar memainkan peranan yang penting dalam pentadbiran
keadilan. Setakat mana atau sejauh mana kuasa mereka bergantung kepada
personaliti raja yang memerintah. Sejarah Melayu memberi beberapa contoh
kejadian yang menunjukkan pembesar lebih berkuasa daripada raja. Pentadbiran
keadilan merupakan tanggungjawab Bendahara, Temenggung dan Laksamana.
Copyright Open University Malaysia (OUM)

10

TOPIK 1

SEJARAH SUMBER PERUNDANGAN MALAYSIA

Kuasa Bendahara kerap kali digambarkan sebagai sangat kuat seperti kuasa
seorang Perdana Menteri hari ini, sementara Temenggung berkuasa sebagai Ketua
Polis yang bertanggungjawab untuk membina dan menjaga penjara serta
menangkap penjenayah-penjenayah. Laksamana pula digambarkan sebagai orang
yang melaksanakan hukuman selain daripada menjadi ketua perang. Pentadbiran
keadilan dikatakan kejam dan bertujuan untuk mencegah (Winstedt R.O., 1950).
Pada peringkat terakhir kegemilangan empayar ini terdapat dua sumber undangundang bertulis yang kaya dengan unsur-unsur undang-undang Islam dan
hukum adat Melayu kuno. Kedua-dua undang-undang tersebut ialah Hukum
Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
Hukum Kanun Melaka mempunyai 44 fasal dan mempunyai bidang kuasa yang
merangkumi pusat negeri Melaka, anak sungai, dusun dan juga takluk pada
negeri itu. Kanun ini menyebut juga tentang tanggungjawab raja serta pembesarpembesar, pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat, penghukuman
atas kesalahan jenayah dan awam, undang-undang keluarga dan lain-lain (Liaw
Yock Fang, 1976).
Kanun yang kedua ialah Undang-undang Laut Melaka. Kanun ini mempunyai 25
fasal mengenai peraturan tentang hal-hal yang bersabit dengan laut seperti
tanggungjawab pegawai kapal, atur cara pelayaran dan perniagaan, bidang kuasa
nakhoda kapal serta hukuman bagi kesalahan jenayah.
Kedua-dua undang-undang bertulis ini didasarkan kepada hukum Adat
Temenggung dan undang-undang Islam daripada mazhab Syafie, kecuali fasalfasal berhubung dengan undang-undang keluarga yang diterjemah daripada
undang-undang keluarga Islam. Hukum Kanun Melaka misalnya
memperuntukkan kedua-dua hukuman, di sisi Islam dan adat setempat bagi
sesuatu kesalahan. Lapan belas daripada fasal-fasal dalam Hukum Kanun Melaka
memberikan hukuman menurut hukum Islam. Jika dibandingkan dengan
Undang-undang Laut Melaka, yang hanya mempunyai satu sahaja fasal (yang
hukumannya berlandaskan undang-undang Islam), Hukum Kanun Melaka
menunjukkan ada pengaruh undang-undang Islam yang kuat (Liaw Yock Fang,
1976).
Fasal-fasal dan Hukum Kanun Melaka yang memperuntukkan kedua-dua jenis
hukuman, dari segi adat dan dari segi agama memberi alternatif yang bermanfaat
kepada pesalah-pesalah. Ketegasan hukuman jenayah Islam seperti hukuman
mencuri disertakan dengan peruntukan hukuman denda di bawah adat. Alternatif
ini memberi budi bicara yang luas kepada hakim yang membicarakan dalam
menjatuhkan hukuman yang sewajarnya kepada pesalah. Selain daripada itu,
Hukum Kanun Melaka mempunyai fasal-fasal yang adakalanya lebih ketat dan
keras daripada undang-undang Islam sendiri. Keadaan ini dikatakan sebagai
Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

SEJARAH SUMBER PERUNDANGAN MALAYSIA

11

akibat daripada pengambilan undang-undang Islam secara sewenang-wenang dan


tidak menyeluruh.
Pada keseluruhannya Hukum Kanun Melaka boleh dikatakan sebagai
pengumpulan undang-undang Melayu Kuno yang mempunyai unsur-unsur
undang-undang Hindu yang disadur pula dengan undang-undang Islam. Hukum
Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka dengan itu telah mengkanunkan
undang-undang patriachal yang dipanggil Adat Temenggung untuk pertama
kalinya. Walaupun peruntukan-peruntukan dikanunkan, kita tidak dapat
mengetahui sejauh mana atau setakat mana undang-undang yang disebut itu
dikuatkuasakan. Pengaruh kanun-kanun ini dapat dilihat juga dalam sejarah
undang-undang di beberapa buah negeri Melayu iaitu Undang-undang Pahang
tahun 1596, Undang-undang Kedah dari 1650 hingga 1784, Undang-undang Johor
1789 dan Undang-undang 99 Perak 1878 (Ahmad Ibrahim, 2007).

SEMAK KENDIRI 1.3


1.

Apakah peranan Bendahara, Temenggung dan Laksamana pada


zaman Kesultanan Melayu Melaka?

2.

Terangkan dua jenis undang-undang yang menjadi sumber


rujukan utama semasa Kesultanan Melayu Melaka?

3.

Apakah yang menjadi sumber undang-undang tersebut?

AKTIVITI 1.3
Bincangkan fasal-fasal yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka
dan Undang-undang Laut Melaka yang menggariskan prinsip-prinsip
ajaran agama Islam.

Terdapat dua jenis undang-undang adat yang menjadi sumber rujukan


utama dalam sejarah perundangan Tanah Melayu.

Adat Temenggung diamalkan di Melaka, Perak, Pahang dan Johor. Adat


Temenggung lebih bercorak patriarchal, maksudnya menitikberatkan susur
galur keturunan sebelah bapa.
Copyright Open University Malaysia (OUM)

12

TOPIK 1

SEJARAH SUMBER PERUNDANGAN MALAYSIA

Adat Perpatih diamalkan di kebanyakan daerah di Negeri Sembilan.


Undang-undang Adat Perpatih telah dibawa dalam abad ke-16 oleh orang
Minangkabau ke Negeri Sembilan terutama di daerah Rembau, Kuala Pilah,
Tampin, Jelebu dan Seremban manakala di Melaka seperti di daerah Naning
dan Alor Gajah. Ia lebih berbentuk matriarchal, maksudnya mementingkan
susur galur sebelah ibu dan diperturunkan dalam bentuk perbilangan.

Sumber perundangan Malaysia diperoleh daripada lima sumber utama.

Masyarakat peribumi di semenanjung Tanah Melayu, di bahagian


pedalaman dan hutan-hutan berhampiran dengan pantai di semenanjung
Tanah Melayu didiami oleh orang asli yang terbahagi kepada tiga golongan
iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli.

Semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat dua sumber utama


undang-undang iaitu Hukum Kanun Melaka atau undang-undang Melaka
dan undang-undang Laut Melaka.

Adat Perpatih

Negrito

Adat Temenggung

Patriarchal

Bendahara

Senoi

Hukum Kanun Melaka

Sumber perundangan

Laksamana

Temenggung

Matriarchal

Undang-undang Laut Melaka

Melayu Asli

Undang-undang Melaka

Abdullah Siddik. (1975). Pengantar undang-undang


Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

adat di Malaysia:

Ahmad Ibrahim. (2007). Sistem undang-undang Malaysia. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.
Haji Mohd. Din bin Ali. (1963). Two forces in Malay society. Intisari.
Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 1

SEJARAH SUMBER PERUNDANGAN MALAYSIA

13

Liaw Yock Fang. (1976). Undang-undang Melaka, The Hague. Fasal O. 1.


Muhammad Yusoff Hashim. (1989). Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Yusoff Hashim. (1997). Undang-undang/hukum kanun Melaka dan

undang-undang laut Melaka: Wacana mengenai perundangan MelayuIslam, Seminar Warisan Persuratan Johor II 1997. Anjuran Kerajaan Negeri
Johor Darul Ta`zim, pada Jumaat-Ahad 31 Okt.-2 Nov. 1997.
Winstedt R. O. (1966). Malay and its history. London.
Yusoff Iskandar dan Abd. Rahman. (1978). Sejarah Melayu, satu perbincangan
kritis dari pelbagai bidang. Kuala Lumpur: Heinemann.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

Topik Undang-undang

Adat Melayu
sebagai Sumber
Undang-undang
Malaysia

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menghuraikan sumber undang-undang Adat Melayu;

2.

Menerangkan ciri-ciri undang-undang Adat Melayu;

3.

Membezakan di antara Adat Temenggung dan Adat Perpatih secara


terperinci;

4.

Mengenal pasti unsur-unsur adat Hindu; dan

5.

Menjelaskan peranan dan pengaruh agama Islam dalam adat Melayu.

PENGENALAN

Dalam bahagian ini kita akan membincangkan secara terperinci mengenai


undang-undang adat Melayu yang merupakan salah satu sumber undangundang yang masih dikuatkuasakan di Malaysia. Adat-adat itu masih
dikuatkuasakan oleh mahkamah syariah sebagai sebahagian daripada undangundang Islam selagi undang-undang tersebut selari dengan ajaran agama Islam.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

2.1

UNDANG-UNDANG ADAT MELAYU SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

15

UNDANG-UNDANG ADAT MELAYU

Dalam bahagian ini kita akan mengkaji mengenai undang-undang adat yang
terdiri daripada adat dan tradisi bangsa Melayu yang memperoleh sifat undangundang secara beransur-ansur. Adat boleh dikuatkuasakan oleh ketua-ketua
daerah. Sebagai undang-undang yang hidup dalam suatu masa dan pada suatu
tempat, undang-undang adat boleh dipinda dan diubah suai mengikut kehendak
masyarakat. Oleh sebab sifat undang-undang adat mudah berubah, maka ia
tidak sesuai untuk dikanunkan. Oleh itu, apa yang dipanggil kumpulan undangundang adat Melayu itu tidak seharusnya dianggap sebagai undang-undang
adat yang berlaku di sesebuah negeri. Sebaliknya keputusan ketua-ketua suku
bangsa tempatan akan memberi gambaran yang lebih tepat tentang undangundang adat yang sedang dikuatkuasakan. Menurut Ahmad Ibrahim (2007)
dalam hal ini undang-undang adat itu menyerupai common law Inggeris, yang
juga bergantung kepada keputusan undang-undang. Sungguhpun undangundang adat Melayu boleh diubah suai, ini bukanlah bererti ketua-ketua suku
bangsa boleh membuat keputusan sesuka hati mereka. Ada banyak peraturan
adat yang membataskan kebebasan mereka.
Undang-undang adat masih hidup subur hingga sekarang ini sekurangkurangnya di Negeri Sembilan dan sedikit sebanyak di negeri lain juga. Undangundang adat yang dinamakan Adat Perpatih di Negeri Sembilan dimaktubkan
dalam perbilangan adat dan tertulis dalam buku Hukum Adat Sungai Ujong dan
Kuala Pilah. Banyak ikhtisar telah ditulis mengenai perkara ini tetapi ikhtisar
yang teratur sekali ialah ikhtisar bekas hakim E.N. Taylor. Maklumat mengenai
adat yang bernilai juga boleh didapati daripada ikhtisar-ikhtisar lain (Taylor,
1929).
Berkenaan dengan undang-undang adat di negeri-negeri yang tidak
mengamalkan Adat Perpatih, selain daripada beberapa rencana dengan ikhtisar
undang-undang, ikhtisar yang menyeluruh berkenaan dengan Adat
Temenggung belum lagi ditulis. Sedikit penerangan berkenaan dengan soal
warisan tanah di Perak, Pahang dan Selangor telah ditulis oleh W.E. Maxwell
(Maxwell, 1884).
Tidak ada penerangan lengkap didapati mengenai Adat Temenggung. Apa yang
tertulis berkenaan Adat Temenggung agak samar-samar. Tetapi dalam perkara
mengenai adat berhubung pembahagian harta dan warisan kepada balu dan
janda, prinsip matriarchal masih kelihatan. Suatu perkara yang aneh ialah
sungguhpun para penulis bersetuju negeri-negeri lain (selain daripada Negeri
Sembilan) tidak mempunyai susunan suku, penulis tetap menulis fasal sistem

Copyright Open University Malaysia (OUM)

16

TOPIK 2

UNDANG-UNDANG ADAT MELAYU SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

patriarchal mereka, suatu istilah yang menggambarkan rangka bentuk suku


yang menyebabkan seseorang termasuk di dalam suku menerusi bapanya.
Rangka bentuk sosial ini boleh dipanggil rangka bentuk dua pihak. Tetapi
tulisan-tulisan yang boleh didapati berkenaan perkara ini nampaknya membawa
kepada kesimpulan bahawa di bawah pengaruh peraturan-peraturan
Temenggung autokratik Hindu, susunan suku sedikit demi sedikit berubah
menjadi unit-unit keluarga yang terikat oleh pertalian daerah dan hukum
pertalian keturunan. Menurut Maxwell (1884) banyak contoh kaum yang terikat
oleh pertalian ini di seluruh Nusantara.

SEMAK KENDIRI 2.1


1.

Apakah undang-undang adat Melayu?

2.

Jelaskan persamaan undang-undang sesuatu adat?

3.

Mengapa undang-undang adat agak membingungkan?

AKTIVITI 2.1
Undang-undang Adat Melayu dikatakan memiliki ciri yang sama
dengan sistem common law. Setujukah anda dengan kenyataan ini?
Bincangkan.

2.2

HIMPUNAN UNDANG-UNDANG ADAT


MELAYU BERTULIS

Sebelum kedatangan penjajah ke Tanah Melayu, undang-undang adat Melayu


dipengaruhi oleh ajaran Islam dan juga amalan masyarakat tempatan.
Kebanyakan undang-undang adat yang wujud adalah tidak bertulis dan hanya
ketua-ketua bagi sesuatu daerah sahaja yang mengetahui adat itu secara umum.
Oleh itu dalam bahagian ini kita akan menganalisa mengenai bentuk undangundang adat Melayu bertulis atau unsur-unsurnya, yang boleh didapati dalam
buku undang-undang di serata Nusantara, dari Acheh (Sumatera) ke Makasar
(Sulawesi) dan Mindanao (Filipina).

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

UNDANG-UNDANG ADAT MELAYU SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

17

Kumpulan undang-undang yang berdasarkan Adat Perpatih tidak banyak


didapati.
Tiga kumpulan undang-undang yang diketahui ialah:
(a)

Kumpulan Hukum Adat dari Sungai Ujong;

(b)

Kumpulan Undang-undang Minangkabau dari Perak; dan

(c)

Kumpulan Undang-undang dari Kuala Pilah.

Manakala bagi kumpulan peraturan Adat Temenggung pula:


(a)

Undang-undang Melaka atau Hukum Kanun Melaka (Undang-undang


Kerajaan);

(b)

Undang-undang Pahang (disusun oleh seorang Sultan Pahang; Undangundang Pahang ini juga telah didakwa sebagai undang-undang Perak dan
Johor);

(c)

Kumpulan Undang-undang Kedah;

(d)

Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan Perak;

(e)

Kumpulan Undang-undang Selangor dan Kumpulan Undang-undang


Johor; dan

(f)

Kumpulan Undang-undang Melaka, ialah Undang-undang Laut Melaka


yang mengandungi peraturan-peraturan laut.

Kumpulan Adat Perpatih mengandungi peribahasa suku bangsa yang telah


diturunkan secara lisan daripada satu generasi ke satu generasi dalam kalangan
suku bangsa Minangkabau. Peribahasa ini mudah difahami dan diketahui
umum. Perlaksanaan adat ini tertakluk kepada kawalan ketat pentadbiran yang
bersifat demokrasi. Oleh sebab peraturannya begitu mudah, peraturan ini tidak
ditulis. Pengumpulan bahan bertulis mengenai adat-adat ini adalah hasil usaha
para sarjana yang ingin menyesuaikan undang-undang adat dengan undangundang Islam. Tetapi nyatalah bahawa ungkapan dalam kumpulan undangundang itu memberi gambaran yang tepat berkenaan Adat Perpatih pada zaman
itu. Walaupun secara teori hal yang sama boleh juga dikatakan berkenaan
dengan kumpulan-kumpulan Adat Temenggung (seperti yang terdapat dalam
Hukum Kanun Melaka), kita masih tidak dapat memastikan sejauh mana
kumpulan undang-undang itu mengandung undang-undang yang sebenarnya,
yang dikuatkuasakan di mahkamah. Namun begitu kumpulan undang-undang
itu sedikit sebanyak menunjukkan keadaan undang-undang sesebuah negeri
pada masa yang tertentu. Semua undang-undang itu merupakan undangundang campuran berdasarkan kepada undang-undang adat Melayu. Undang-

Copyright Open University Malaysia (OUM)

18

TOPIK 2

UNDANG-UNDANG ADAT MELAYU SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

undang itu menunjukkan masih wujud pengaruh undang-undang Hindu purba


dan sebahagian besar pengaruh Islam.
Pengaruh Hindu dapat dilihat dalam peraturan mengenai pemakaian senjata
diraja dan warna kuning, dalam peraturan mengenai perkahwinan dengan gadis
yang dilarikan, dalam sepuluh kesalahan jenayah berat yang dihukum dengan
hukuman bunuh, dalam hal mencari keterangan dan mengenai hukuman bunuh
dengan disula. Undang-undang itu juga menunjukkan saki-baki sistem kasta
Hindu iaitu dalam hal hukuman dan seksaan dikenakan menurut kasta
seseorang menjadi faktor pertimbangan. Banyak istilah undang-undang Sanskrit
telah diserap ke dalam bahasa Melayu (Ahmad Ibrahim, 1988).

SEMAK KENDIRI 2.2


1.

Gariskan himpunan undang-undang adat Melayu.

2.

Apakah pengaruh-pengaruh terhadap adat Melayu?

3.

Nyatakan kebaikan dan keburukan pengaruh tersebut.

AKTIVITI 2.2
Bincangkan mengenai pengaruh-pengaruh agama Hindu dan Islam
terhadap undang-undang adat Melayu. Sejauh manakah pengaruhpengaruh tersebut mengubah corak atau memberi kesan terhadap
undang-undang adat Melayu. Berikan beberapa contoh pengaruhpengaruh tersebut.

2.3

CIRI-CIRI UNDANG-UNDANG ADAT


MELAYU

Dalam subtopik ini kita akan mengkaji mengenai unsur-unsur yang terdapat
dalam undang-undang adat Melayu seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 2.1:

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

UNDANG-UNDANG ADAT MELAYU SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

19

Rajah 2.1: Unsur-unsur undang-undang adat Melayu

2.3.1

Undang-undang Adat Melayu Purba

Undang- undang adat Melayu purba terbahagi kepada dua, iaitu:


(a)

Adat Perpatih
Adat Perpatih terdapat dalam puisi tradisi dan perbilangan adat dalam
kalangan suku-suku di Negeri Sembilan. Kuasa sesuatu suku terletak
dalam tangan mamak - saudara lelaki yang tertua pihak ibu; kemudian
ketua perut, iaitu buapak; ketua suku, iaitu "lembaga"; ketua daerah,
iaitu undang; dan akhir sekali Ketua Negeri, iaitu "Yang Dipertuan
Besar" atau "Yamtuan". Susunan dan pembahagian kuasa ini jelas
digambarkan melalui perbilangan berikut:

Copyright Open University Malaysia (OUM)

20

TOPIK 2

UNDANG-UNDANG ADAT MELAYU SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Raja menobat di dalam alam,


Penghulu menobat di dalam luak,
Lembaga menobat di dalam lingkungannya,
Ibu bapa menobat pada anak buahnya,
Orang banyak menobat di dalam terataknya.

"Buapak" dilantik oleh "mamak", "lembaga" dilantik oleh "buapak", para


"undang" dilantik oleh "lembaga" dan "Yamtuan" dilantik oleh para
"undang". Tiap-tiap seorang daripada mereka mempunyai bidang kuasa
tertentu berkenaan dengan perkara-perkara awam dan jenayah, dan
"Yamtuan" mempunyai kuasa muktamad dalam perkara-perkara yang
diizinkan "lembaga". Pertikaian-pertikaian lebih besar diadili oleh
"lembaga", sementara kesalahan yang besar sekali diadili oleh undangundang, yang mempunyai kuasa penuh.
Di bawah Adat Perpatih, terdapat tiga kategori harta:

Rajah 2.2: Jenis harta menurut Adat Perpatih

Mari kita lihat setiap kategori harta dalam Adat Perpatih seperti yang telah
dijelaskan oleh Ahmad Ibrahim (2007).
(i)

Harta pusaka
Harta yang tetap dalam tangan perempuan. Apabila perempuan itu
mati, hartanya berpindah kepada keturunan perempuan si mati.
Penggantian bagi ibu yang telah meninggal dibenarkan, tetapi
warisan menurut perkaitan, bukan menurut diri. Apabila berlaku
perceraian, harta pusaka berpindah kepada perempuan.

(ii)

Harta pembawa
Adalah harta suami yang diperoleh sebelum berkahwin, dan harta
dapatan, iaitu harta isteri yang diperoleh sebelum berkahwin. Apabila
pemiliknya mati harta berpindah kepada keturunan perempuan si
Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

UNDANG-UNDANG ADAT MELAYU SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

21

mati, dan apabila berlaku perceraian harta berbalik kepada


pemiliknya.
(iii) Harta sepencarian
Merupakan harta yang diperoleh bersama oleh suami dan isteri.
Apabila mereka bercerai harta itu biasanya dibahagi sama rata. Jika
salah seorang daripada mereka mati, harta itu berpindah kepada
orang yang masih hidup (jika tiada anak), tetapi jika ada anak, maka
perwarisan harta itu mengikut negeri masing-masing.
(b)

Adat Temenggung
Adat Temenggung berasal daripada punca yang sama dengan Adat
Perpatih, tetapi adat ini berubah corak di bawah pengaruh Hindu. Adat ini
tersebar ke negeri-negeri di Semenanjung melalui kerajaan Palembang dan
Melaka. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kedua-dua adat ini
daripada punca yang sama, seperti yang dapat dilihat dalam undangundang mengenai harta dan perwarisan tanah di negeri Perak, Pahang dan
Selangor yang serupa dengan undang-undang di Negeri Sembilan.
Peraturan-peraturan dalam kumpulan undang-undang di Perak dan
Melaka mengenai pemilikan tanah juga sama dengan peraturan di Negeri
Sembilan.
Pemerintahan dalam masyarakat yang berasaskan Adat Perpatih seperti di
Negeri Sembilan bermula daripada ketua-ketua keluarga hingga kepada
Ketua Negeri. Dalam Adat Temenggung pemerintahan terletak di tangan
Ketua Negeri, dibantu oleh Bendahara, Temenggung dan beberapa orang
Menteri, sementara daerah-daerah luar ditadbir menerusi Mandulika.
Selain daripada tugas yang ditetapkan, tiap-tiap orang mempunyai kuasa
kehakiman yang luas dan hak mereka untuk mendapat khidmat
perseorangan daripada rakyat tidak terbatas. Pakatan dalam istana,
permusuhan di antara ketua-ketua juga kerap berlaku dan menyebabkan
perubahan politik, sehingga tiap-tiap orang terpaksa mencari perlindungan
sendiri.
Kumpulan undang-undang di Melaka, Pahang, Kedah, Perak dan Johor
semuanya membentangkan Adat Temenggung, yang merupakan hasil
campuran unsur undang-undang Hindu dan undang-undang Islam.
Kumpulan undang-undang itu yang kebanyakannya terdiri daripada
undang-undang berkenaan dengan perbuatan-perbuatan jenayah, juga
memberi peraturan-peraturan dalam hal-hal mengenai pengabdian, tanah,
hutang, pinjaman, sewa dan berbagai-bagai tugas pegawai. Kadangkala
peraturan pelabuhan diperuntukkan dalam kumpulan undang-undang,

Copyright Open University Malaysia (OUM)

22

TOPIK 2

UNDANG-UNDANG ADAT MELAYU SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

sedangkan Kumpulan Undang-undang Laut yang berasingan sudah pun


wujud.
Undang-undang jenayah dalam Adat Temenggung mengandung prinsip
pembalasan, tetapi selalunya hukuman yang lebih ringan dikenakan.
Seperti yang telah dinyatakan, hukuman menurut undang-undang Islam
kerap disebut di samping hukuman menurut adat. Malah sesetengah
kumpulan undang-undang menunjukkan bahawa undang-undang Islam
lebih diutamakan daripada undang-undang adat (sekiranya terdapat
pertentangan di antara kedua-duanya). Satu lagi punca pertentangan
terdapat dalam bidang keterangan. Undang-undang Islam menegaskan
soal bilangan dan kelayakan saksi-saksi yang dikehendaki; ini bertentangan
dengan kehendak undang-undang adat yang bergantung kepada
keterangan yang berdasarkan keadaan. Walau bagaimanapun, perkara ini
nampaknya tidak menjadi perbezaan kepada pentadbiran undang-undang
yang selalu sahaja dilanggar oleh para pentadbirnya sendiri.

2.3.2

Undang-undang Hindu

Unsur asing yang pertama diambil oleh undang-undang Melayu telah dibawa
oleh orang-orang India yang datang tinggal di sini pada awal tahun Masihi.
Undang-undang Hindu yang berpunca daripada Dhamasutra (buku undangundang berbentuk prosa), Dharmasastra (buku undang-undang berbentuk
puisi), ulasan dan ringkasan, dan akhir sekali undang-undang adat Hindu,
mengandung suatu sistem undang-undang yang luas dan teratur.
Sistem ini telah berkembang ke Burma, Siam dan Nusantara hingga ke Bali
dalam kurun ke-10. Undang-undang Hindu berkenaan keluarga, warisan, harta,
perjanjian, jenayah dan hukuman, acara kehakiman dan keterangan memainkan
peranan yang besar di rantau ini dalam kurun ke-8 hingga ke-14.
Masyarakat Hindu mengamalkan sistem patriarchal. Suami merupakan kepala
keluarga. Jika mati atau cacat anggota atau akal, anak lelaki yang tertua
mengambil tempatnya. Orang perempuan semasa kecil tertakluk kepada
bapanya; setelah berkahwin dia tertakluk kepada suaminya, manakala sudah tua
dia tertakluk kepada anak-anak lelakinya.
Harta pusaka terserah terutama sekali kepada anak lelaki, kemudian kepada
saudara sebelah bapa dengan syarat mereka memberi si ibu itu bahagian yang
sama dengan bahagian seorang anak lelaki sementara saudara perempuan diberi
bahagian yang sekadarnya daripada harta itu. Jika tiada waris lelaki, ibu atau
nenek sebelah bapa si mati berhak kepada harta itu; dan jika tiada waris, harta
Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

UNDANG-UNDANG ADAT MELAYU SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

23

itu terserah kepada raja. Ini telah membawa kepada teori feudal bahawa semua
tanah di negeri-negeri Melayu adalah kepunyaan Raja.
Antara semua jenis undang-undang Hindu, undang-undang negara dan undangundang jenayah telah meninggalkan tanda-tanda yang banyak sekali di negerinegeri Melayu yang tertua. Raja dan keluarganya telah mengambil alih
pentadbiran ketua-ketua adat. Di negeri-negeri Hindu keadilan terletak di
tangan Raja, dengan nasihat ahli undang-undang berkenaan undang-undang
yang wajar bagi tiap-tiap kasta, dan oleh Brahman yang menjalankan
perbicaraan di Dewan Keadilan setiap hari. Dalam kebanyakan perkara dia
menjatuhkan hukuman denda yang membawa banyak keuntungan kepadanya.
Mahkamah mempunyai sepuluh anggota iaitu raja, ketua hakim, pengapit,
emas, air dan api (untuk ujian), penulis dan hamba-hamba mahkamah. Angka
sepuluh memainkan peranan penting dalam undang-undang Hindu. Terdapat
sepuluh kesalahan jenayah yang besar dan sepuluh bahagian badan yang
menerima hukuman berat.
Seluruh undang-undang jenayah Hindu berunsur pembalasan. Orang yang
melakukan
kesalahan
akan
kehilangan
anggota
badannya
yang
bertanggungjawab melakukan kesalahan itu, kecuali jika dia berasal daripada
kasta yang lebih tinggi daripada orang yang menjadi mangsanya. Hukuman
berbeza mengikut kasta dan balasan hanya dikenakan jika seseorang daripada
kasta yang lebih rendah memukul atau memaki seorang lain daripada kasta
yang lebih tinggi daripada kastanya. Jika kedua-dua pihak daripada kasta yang
sama, biasanya pihak yang bersalah dihukum denda. Dalam hubungan ini
kalangan Brahman boleh dikatakan tidak pernah dihukum. Hukuman terbahagi
kepada empat bahagian iaitu diberi nasihat, dimarah, didenda (yang kerap
sekali) dan diseksa (dicacatkan, diseksa atau dibunuh). Hukuman bunuh
dijalankan dengan disula, digantung atau ditenggelamkan.
Berhubung dengan undang-undang mengenai keterangan, bukti yang cukup
tentang kesalahan adalah seperti berikut:
(a)

Keterangan oleh manusia (saksi, surat dan keterangan daripada keadaan);


dan

(b)

Keterangan keutuhan (keterangan sumpah, ujian dengan api dan air).

Bilik penjara atau kandang dibina di jalan-jalan raya untuk menakutkan orang
ramai supaya tidak melakukan kesalahan. Malah pada ketika itu juga, pentadbir
sering memperagakan penjenayah yang telah dicacatkan anggota badannya
dengan dahsyatnya itu, merupakan suatu amalan yang diikuti di Negeri-negeri
Melayu. Undang-undang Hindu juga mengenakan hukuman membayar wang
ganti nyawa, yang berasal daripada undang-undang kelaziman Hindu. Sebagai
Copyright Open University Malaysia (OUM)

24

TOPIK 2

UNDANG-UNDANG ADAT MELAYU SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

ganti bagi hukuman jiwa dibayar dengan jiwa, keluarga orang yang telah
dibunuh itu diberi ganti rugi beberapa ekor lembu. Bilangan lembu itu
bergantung kepada kasta orang yang terbunuh. Tidak dapat dipastikan sama ada
undang-undang ini yang dicontohi dalam undang-undang adat Melayu
mengenai pembayaran wang ganti nyawa. Prinsip ganti rugi memang
merupakan satu unsur dalam tiap-tiap masyarakat, malah orang asli di Tanah
Melayu yang tidak mempunyai masyarakat yang teratur turut tahu mengenai
peraturan membayar wang ganti nyawa.

2.3.3

Hukum Syarak atau Undang-undang Islam

Undang-undang Islam atau undang-undang Syariah merupakan undangundang yang berasaskan peruntukan ajaran al-Quran dan sunnah. Mengenai
pengaruh hukum syarak dalam adat Melayu, rujuk perbincangan mengenai
undang-undang Islam sebagai sumber undang-undang akan kita bincangkan
secara terperinci dalam Topik 4.

SEMAK KENDIRI 2.3


1.

Bincangkan ciri-ciri undang-undang adat Melayu?

2.

Apakah sumber undang-undang Hindu dan undang-undang


Islam?

AKTIVITI 2.3
Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi undang-undang adat
Melayu. Nyatakan kesan pengaruh tersebut terhadap undang-undang
yang diguna pakai pada hari ini.

Undang-undang adat Melayu merupakan salah satu daripada sumber


undang-undang Malaysia.

Terdapat tiga ciri utama undang-undang adat Melayu yang terdiri daripada
undang-undang adat Melayu purba, undang-undang Hindu dan undangundang Islam.
Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

UNDANG-UNDANG ADAT MELAYU SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

25

Adat Perpatih merupakan adat dan tradisi yang berasal daripada pelbagai
adat dalam kalangan suku-suku di Negeri Sembilan.

Dalam Adat Perpatih, harta pewarisan terbahagi kepada tiga jenis iaitu harta
pusaka, harta pembawa dan harta sepencarian.

Adat Temenggung berasal daripada Adat Perpatih tetapi adat ini berubah
corak di bawah pengaruh agama Hindu.

Undang-undang Hindu dibawa ke Tanah Melayu oleh orang-orang India.

Undang-undang Hindu berasal daripada Dhamasutra (buku undang-undang


berbentuk prosa).

Hukum syarak atau undang-undang Islam juga merupakan salah satu


sumber undang-undang Malaysia yang terpenting.

Undang-undang Islam merupakan undang-undang yang berasaskan ajaran


al- Quran dan sunnah.

Undang-undang Islam banyak mempengaruhi undang-undang adat di


Malaysia.

Undang-undang adat yang selari dengan undang-undang Islam dikekalkan


sebagai sumber undang-undang.

Adat Hindu

Harta sepencarian

Adat Melayu purba

Hukum syarak

Adat Perpatih

Undang-undang adat Melayu

Adat Temenggung

Undang-undang Hindu

Harta pembawa

Undang-undang Islam

Harta pusaka

Undang-undang syariah

Copyright Open University Malaysia (OUM)

26

TOPIK 2

UNDANG-UNDANG ADAT MELAYU SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Ahmad Ibrahim. (1988). Sistem undang-undang Malaysia. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Ibrahim. (2007). Sistem undang-undang Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Maxwell, W. E. (1884). The law and custom of the Malays with reference to the
tenure of land. JMBRAS 13: 75- 220.
Taylor, E. NC. (1929). The customary law of Rembau. JMBRAS 7,Part I, 14- 55.
Taylor, E. NC. (1948). Aspect of customary inheritance in Negeri Sembilan.
JMBRAS 21, Part II. 41.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

Topik Undang-undang

Inggeris sebagai
Sumber
Undang-undang
Malaysia

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menghuraikan sumber undang-undang Inggeris;

2.

Menerangkan ciri-ciri undang-undang Inggeris;

3.

Membezakan kaedah penerimaan undang-undang Inggeris di


Negeri-negeri Selat dan Melayu;

4.

Mengenal pasti ubah suaian yang telah dilakukan British; dan

5.

Menjelaskan kebaikan dan keburukan penerimaan undang-undang


British di Tanah Melayu.

PENGENALAN

Dalam topik ini kita akan membincangkan secara terperinci mengenai sejarah
penerimaan undang-undang Inggeris di Singapura, Pulau Pinang dan Melaka
yang pada satu ketika dahulu dikenali sebagai Negeri-negeri Selat kerana
merupakan sebahagian daripada tanah jajahan British.
Sekarang Singapura telah menjadi sebuah republik berasingan, sedangkan Pulau
Pinang dan Melaka menganggotai Malaysia. Apabila Pulau Pinang dan Melaka
Copyright Open University Malaysia (OUM)

28

TOPIK 3

UNDANG-UNDANG INGGERIS SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

bersatu dengan Negeri-negeri Melayu untuk membentuk Malayan Union yang


kemudiannya bertukar menjadi Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya
Malaysia, Pulau Pinang dan Melaka terus mengekalkan undang-undangnya
sendiri sepertimana asalnya (Wan Arfah, 2003).

3.1

SEJARAH PENERIMAAN
UNDANG-UNDANG INGGERIS DI
NEGERI-NEGERI SELAT

Dalam bahagian ini kita akan mengkaji sejarah penerimaan undang-undang


Inggeris yang merupakan salah satu sumber perundangan Malaysia hingga ke
hari ini. Memang tidak boleh kita nafikan bahawa undang-undang Inggeris
dikuatkuasakan di negeri-negeri Selat, tetapi tidak dapat dipastikan bila undangundang Inggeris itu mula berkuat kuasa. Menurut Wan Arfah (2009) sekiranya
Pulau Pinang dan Singapura merupakan tanah jajahan yang diduduki (settled
colonies), undang-undang Inggeris telah dikuatkuasakan pada tarikh negeri itu
diduduki. Tetapi sekiranya diambil kira tarikh negeri itu diserahkan kepada
British, maka undang-undang Inggeris dikuatkuasakan pada 26 Oktober 1826.
Itulah tafsiran yang diperoleh daripada kebanyakan pendapat mengenai Piagam
Diraja (Royal Charter) yang diperkenalkan dalam tahun 1826.
Isu sama ada Melaka telah ditakluk atau diambil alih daripada Belanda dan soal
sama ada Pulau Pinang dan Singapura merupakan tanah jajahan yang diduduki
atau diserah kepada Britain tidak penting dari segi undang-undang. Setelah
begitu lama terdapat keraguan mengenai undang-undang yang terpakai (jika
ada) terutama sekali di Pulau Pinang, akhirnya undang-undang Inggeris
diperkenalkan atau disahkan melalui perundangan di bawah kuasa diraja. Sir
Montague E. Smith, semasa memberi pendapat kepada Jawatankuasa
Kehakiman Privy Council dalam kes Yeap Cheah Neo v. Ong Cheng Neo, (1875)

L.R.6.P.C. 381; 1 Ky. 326, Lihat Kamoo v. Bassett( 1808) 1 Ky. 1: In the goods of
Abdullah (1853) 2 Ky. Ec. 8; Reg. v. Willans (1856) 3 Ky. 6: Fatimah & Ors. v.
Logan & Ors (1871) 1 Ky. 255. berkata:

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

UNDANG-UNDANG INGGERIS SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

29

Piagam Pertama berkenaan dengan Pulau Pinang telah diberikan oleh


George III kepada Syarikat Hindia Timur dalam tahun 1807. Piagam itu
menyebut bahawa syarikat telah menerima dengan cara penyerahan
melalui seorang putera tempatan Pulau Prince of Wales dan sebuah
wilayah di semenanjung Melaka yang bertentang dengan pulau itu,
bahawa pada masa penyerahan itu pulau tersebut tidak didiami sesiapa
pun, tetapi syarikat sejak itu membina sebuah kubu dan sebuah pekan dan
ramai rakyat kita dan juga ramai orang Cina, Melayu, India, dan lain-lain
orang yang menganut agama-agama yang berlainan, menggunakan dan
mempunyai pelbagai tabiat, kelaziman, adat resam dan kepercayaan, telah
tinggal di tempat itu.

Piagam tersebut membuat peruntukan bagi pemerintahan pulau itu dan


pentadbiran keadilannya serta menubuhkan sebuah Mahkamah Keadilan yang
mempunyai semua kuasa mahkamah-mahkamah, undang-undang dan Chancery
Inggeris sejauh yang diizinkan oleh keadaan. Mahkamah itu juga berkuasa
sebagai mahkamah perkara-perkara agama sejauh yang diizinkan oleh pelbagai
agama, tabiat dan kelaziman penduduk di situ.
Sebuah piagam baru telah diberi oleh George IV dalam tahun 1826 iaitu apabila
Singapura dan Melaka dicantumkan dengan Pulau Prince of Wales. Piagam
memberi kuasa yang sama kepada Mahkamah Keadilan seperti yang diberikan
oleh piagam yang terdahulu daripadanya (Salleh Buang, 1993).
Piagam yang akhir sekali diberi kepada Syarikat Hindia Timur diterima sejauh
yang tidak merosakkan susunan masyarakat. Dalam kes Khoo Hooi Leong v.
Khoo Cheng Yeok (1930) A.g. 346, 345, Lord Russell of Killowen, semasa
memberi pendapat kepada Jawatankuasa Kehakiman Privy Council, berkata:
Ubahsuaian undang-undang England yang terdapat di tanah jajahan itu
dalam pelaksanaan undang-undang tersebut di atas pelbagai bangsa asing
yang tinggal di sana, timbul daripada keperluan mencegah kelaziman atau
penindasan daripada berlaku jika undang-undang itu dikuatkuasakan ke
atas bangsa-bangsa asing.

Jawatankuasa itu mengesahkan kes Choa Choon Neo v. Spottiswoode (1869) 1


Ky. 216, dan kes Yeap Cheah Neo v. Ong Cheng Neo (1875) 1 326, ubahsuaian
disebabkan oleh bangsa dan agama biasanya melibatkan undang-undang
keluarga, perkahwinan, perceraian, pengambilan anak angkat warisan dan juga
Copyright Open University Malaysia (OUM)

30

TOPIK 3

UNDANG-UNDANG INGGERIS SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

cabang undang-undang yang lain. Sikap para hakim jelas dalam kes Choa Choon
Neo v. Spottiswoode. Hakim Besar Maxwell berkata:
Undang-undang England di Tanah Jajahan ini sebanyak yang ada ketika
dibawa ke mari dan yang bersifat umum (dan bukan hanya tempatan) dan
yang disesuaikan dengan keadaan dan kehendak penduduk di sini adalah
undang-undang negeri ini. Dan dalam pelaksanaannya, undang-undang
itu tertakluk kepada ubahsuaian yang perlu untuk mencegahnya daripada
dilaksanakan dengan tidak adil dan menekan penduduk tempatan. Oleh
yang demikian, dalam soal-soal perkahwinan dan penceraian adalah tidak
mungkin memakai undang-undang kita ke atas orang-orang beragama
Islam, Hindu dan Buddha tanpa akibat-akibat yang bukan-bukan dan
buruk, dan yang demikian undang-undang kita itu tidaklah terpakai ke
atas mereka.

Dalam kes Isaac Penhas v. Tan Soo Eng (1953) MLJ 73, Lord Oaksey tatkala
memberi keputusan kepada Jawatankuasa Kehakiman Privy Council berkata:
Dalam tahun 1875, Jawatankuasa Kehakiman mengkaji sejarah
memutuskan bahawa common law Inggeris berjalan kuat kuasanya di
Singapura sejauh yang boleh terpakai, tetapi piagam tahun 1826
menetapkan bahawa Mahkamah Tanah Jajahan itu berkuasa sebagai
Mahkamah Keagamaan (Ecclesiastical Court) sejauh yang diizinkan oleh
agama dan undang-undang kelaziman penduduknya. Selaras dengan
keputusan ini, kami para hakim berpendapat bahawa common law
England berjalan kuat kuasanya di Singapura dalam tahun 1937 kecuali
mana-mana satu yang tidak mungkin terpakai dan kecuali pemakaiannya
dengan ubah suaian untuk mengelakkan penderitaan pada pihak
penduduk yang berhak menurut syarat-syarat dalam Piagam itu
mengamalkan agama, tabiat dan adat resam mereka.

Dalam kes Choa Choon Neo v. Spottiswoode (1869) 1 Ky. 216 Hakim Besar
Maxwell merujuk kepada hal agama. Tetapi ini bukanlah semata-mata
persoalannya. Seperti yang ditekankan oleh Hakim Thomson dalam kes Yee

Yeong Nam v. Lee Fah Kooi (1956) MLJ 257;

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

UNDANG-UNDANG INGGERIS SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

31

Di negeri-negeri Selat, walau apa pun kedudukannya mengenai bangsabangsa yang lain, berkenaan dengan orang-orang Cina soal undangundang diri adalah berdasarkan bangsa. Mahkamah pada hakikatnya telah
memberi pengiktirafan kehakiman kepada berbagai-bagai adat yang
terdapat dalam kalangan orang-orang Cina tanpa mengira di mana mereka
bermastautin dan apa juga agama yang mereka anuti. Dengan yang
demikian mereka telah mewujudkan apa yang boleh dikatakan undangundang am yang melibatkan orang-orang Cina, dan nampaknya
kedudukan ini sama dengan kedudukan di bahagian Persekutuan sekarang
ini yang pada masa dahulunya bukan merupakan sebahagian daripada
Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Nampaknya daripada kes In Re Chia Eng Say's Estate (1951) MLJ 119, jika
sesuatu statut Inggeris telah diputuskan sebagai terpakai, mahkamah tidak perlu
memikirkan sebarang undang-undang kelaziman yang bertentangan dengan
undang-undang Inggeris yang wujud dalam kalangan penduduk negeri ini.
Pengubahsuaian undang-undang Inggeris ini dibuat kerap kali, ianya
diperkatakan dalam kes Sahrip v. Mitchell (1870) Leic. 446, Hakim Besar
Maxwell berpendapat bahawa ubah suaian mungkin dilakukan oleh kerana
undang-undang Inggeris berkenaan dengan adat datang ke Tanah Melayu
bersama-sama dengan undang-undang Inggeris yang lain. Kerap kali piagam itu
sendiri dianggap membenarkan ubah suaian tersebut (Wan Arfah, 2009).
Tetapi piagam tersebut tidak memberi apa-apa panduan tentang ubah suaian
yang harus dibuat atau bagaimana ubah suai harus dibuat. Sebagai kesimpulan
menurut Ahmad Ibrahim (2007), negeri-negeri Selat ialah negeri-negeri jajahan
British. Oleh kerana itu, Piagam Keadilan yang diberi telah memasukkan secara
langsung undang-undang Inggeris. Dalam tahun 1956, Ordinan Undang-undang
Sivil diperluaskan ke Pulau Pinang dan Melaka. Ordinan ini merupakan asas
bagi pemakaian undang-undang Inggeris di kedua-dua negeri tersebut sehingga
ordinan ini diganti dengan Akta Undang-undang Sivil 1956 (disemak 1972).

SEMAK KENDIRI 3.1


1.

Terangkan apakah negeri-negeri Selat.

2.

Terangkan pengaruh British terhadap negeri-negeri


Nyatakan kebaikan dan keburukan pengaruh tersebut.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

Selat.

32

TOPIK 3

UNDANG-UNDANG INGGERIS SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTIVITI 3.1
Beberapa Piagam Diraja telah diperkenalkan oleh British terhadap
pemimpin-pemimpin negeri Selat. Bincangkan peruntukan piagampiagam tersebut serta kesannya dalam mengubah suai undang-undang
yang sedia ada kepada prinsip Common Law and Equiti.

3.2

SEJARAH PENERIMAAN UNDANGUNDANG INGGERIS DI NEGERI-NEGERI


MELAYU

Dalam bahagian ini kita akan membincangkan sejarah penerimaan undangundang Inggeris secara terperinci di negeri-negeri Melayu yang merupakan
bukan wilayah British sebelum hari merdeka pada 31 Ogos 1957. Oleh yang
demikian tidak timbul soal bahawa undang-undang Inggeris telah
dikuatkuasakan selain daripada perundangan. Sesungguhnya biarpun ada
beberapa enakmen yang telah membawa peraturan dan konsep-konsep serta
cabang-cabang undang-undang Inggeris yang tertentu dari semasa ke semasa,
negeri-negeri ini tidak dikuasai secara menyeluruh oleh undang-undang Inggeris
sehingga tahun 1951 apabila Enakmen Undang-undang Sivil (Negeri-negeri
Melayu Bersekutu) 1937 diperluaskan ke negeri lain. Bagaimanapun, ada
kaedah-kaedah Inggeris yang dimasukkan oleh hakim dalam kes-kes, tidak
melalui perundangan. Oleh kerana jawatan kehakiman yang tinggi
kebanyakannya diisi oleh peguam dari United Kingdom, mereka ini kerap
menggunakan common law apabila mereka tidak dapat mencari undang-undang
tempatan yang sesuai bagi menyelesaikan sesuatu perkara (Wan Arfah, 2003).
Undang-undang yang terpakai di sesebuah negeri Melayu pada masa diletakkan
di bawah perlindungan British terus-menerus kuat kuasanya meskipun ada
perjanjian yang ditandatangani. Undang-undang Inggeris yang dimasukkan
tanpa tindakan perundangan bertujuan untuk mengisi kekosongan dalam
undang-undang tempatan atau apabila undang-undang tempatan itu tidak
sesuai untuk menyelesaikan soal-soal baru (terutama dalam bidang perniagaan)
yang timbul daripada perlindungan dan pengaruh British itu.
Tidak boleh dikatakan bahawa semua negeri-negeri Melayu mempunyai
kedudukan yang sama. Di beberapa daerah agak sukar untuk menentukan
apakah undang-undang yang dipakai. Sehingga selepas Perang Dunia Kedua,
tidak terdapat laporan undang-undang di negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu, kecuali negeri Johor. Mungkin benar kalau dikatakan bahawa banyak
Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

UNDANG-UNDANG INGGERIS SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

33

pengaruh undang-undang Inggeris masuk ke dalam undang-undang Negerinegeri Melayu Bersekutu menerusi badan kehakiman. Pengaruh ini dirasai juga
di Johor. Negeri-negeri lain merasai pengaruh Negeri-negeri Melayu Bersekutu
apabila negeri-negeri ini menganggotai Persekutuan Tanah Melayu, yang
mempunyai sistem kehakiman yang tunggal (Ahmad Ibrahim, 1988).
Dalam tahun 1937, Ordinan Undang-undang Sivil Negeri-negeri Melayu
Bersekutu memasukkan sebahagian undang-undang Inggeris. Pemakaian
undang-undang ini diperluaskan ke negeri-negeri Melayu yang lain dalam tahun
1951. Tetapi sejak 7 April 1956, undang-undang Inggeris keseluruhannya (yang
sesuai dengan undang-undang tempatan) telah dikuatkuasakan di seluruh
Persekutuan Tanah Melayu. Ini dilakukan menerusi Ordinan Undang-undang
Sivil, 1956, Seksyen 3(1) dan 5(1).
Kadang-kadang oleh kerana pentadbiran keadilan banyak diselenggarakan oleh
orang-orang yang dilatih di England, para peguam terlupa bahawa mereka bukan
berada di England (Ahmad Ibrahim, 2007). Dalam kes Haji Abdul Rahman & Anor
v. Muhomed Hassan (1915) 1 FMSLR 290, 299, Lord Dunedin, semasa memberi
pendapat kepada Jawatankuasa Kehakiman Privy Council berkata:
Nampaknya para hakim terlalu dipengaruhi oleh doktrin ekuiti Inggeris
dan tidak memberi perhatian secukupnya kepada hakikat bahawa mereka
mengadili undang-undang tanah yang berlainan sama sekali, iaitu sistem
pendaftaran pemilikan yang terkandung dalam suatu enakmen yang
dikanunkan.

Undang-undang dan perundangan tempatan di negeri-negeri Melayu sebelum


Ordinan 1956 meninggalkan banyak kekosongan, sehingga para hakim terpaksa
menggunakan kebijaksanaan mereka sendiri untuk mengisi kekosongan itu.
Dalam kes Kandasamy v. Suppiah (1919) 1 F.M.S.L.R. 381-382, Hakim Besar
Innes berkata:
Saya mendapati bahawa Majistret itu tersilap kerana tidak memandang
lebih jauh daripada undang-undang bertulis yang berjalan di negeri-negeri
ini. Terdapat beberapa cabang jurisprudens yang tidak diluputi atau tidak
diliputi dengan secukupnya oleh undang-undang bertulis. Sebagai contoh
saya sebutkan undang-undang wasiat, amanah, tort dan perwarisan. Dalam
setengah-setengah perkara, mahkamah dan para peguam telah mengisi
kekosongan ini dan telah mencipta undang-undang yang dipanggil dalam
Mahkamah British sebagai common law.
Copyright Open University Malaysia (OUM)

34

TOPIK 3

UNDANG-UNDANG INGGERIS SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Dalam satu kes di Selangor iaitu kes Re Yap Kwan Seng's Will (1924) 4 FMSLR
381, 382, Hakim Sproule terpaksa menimbangkan sama ada Rules Against
Perpetuities atau kaedah menentang pemilikan secara kekalan terpakai di negeri
itu. Dalam memutuskan bahawa peraturan itu terpakai beliau berkata:
Dengan itu, telah dikemukakan kepada saya, bahawa satu sebab penting bagi
pengambilan kaedah itu di Tanah Jajahan itu tidak wujud di sini, berasaskan
hakikat bahawa negeri-negeri ini tidak diserahkan kepada British dan bukan
merupakan wilayah yang baru diduduki, tetapi adalah negeri-negeri yang
melalui perjanjian meminta sebanyak sedikit perlindungan dan pengawalan
British. Common law England tidak dibawa ke mari atau diambil pada bilabila masa jua pun. Apa yang dapat dikatakan ialah beberapa bahagian
daripada undang-undang itu telah dimasukan oleh perundangan yang
mengambil bukan undang-undang Inggeris, tetapi mengambil prinsipprinsip Inggeris sebagai model bagi undang-undang tempatan. Itu adalah
hujah yang munasabah dan satu-satunya hujah yang menimbulkan keraguan
di hati saya. Saya mengatasi masalah ini dengan kepercayaan yang kuat akan
kaedah menentang pemilikan secara berkekalan sebagai kaedah polisi awam
yang baik. Pada pendapat saya, soalan yang harus dikemukakan ialah
mengapa disingkirkan dasar yang baik semata-mata oleh kerana dasar itu
dasar Inggeris?

Sebagai rumusan, sebenarnya kita di Malaysia menggunakan banyak kaedah


undang-undang dan ekuiti Inggeris, undang-undang sivil dan undang-undang
jenayah Inggeris, acara sivil dan acara jenayah, sama ada secara langsung atau
secara tidak langsung. Demikian juga dengan peraturan pemilikan dan
pendaftaran tanah. Undang-undang perdagangan England disambut baik di
negara kita.
Pada tahun 1956, pemakaian common law dan kaedah-kaedah ekuiti bagi
seluruh Tanah Melayu diselaraskan oleh Ordinan Undang-undang Sivil 1956.
Ordinan ini disemak dan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak dalam tahun 1972.

SEMAK KENDIRI 3.2


1.

Bezakan Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri


Melayu Tidak Bersekutu.

2.

Apakah pengaruh-pengaruh British terhadap negeri-negeri


Melayu? Nyatakan kebaikan dan keburukan pengaruh tersebut.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 3

UNDANG-UNDANG INGGERIS SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

35

AKTIVITI 3.2
1.

Bincangkan status undang-undang di negeri-negeri Melayu


sebelum penerimaan undang-undang Inggeris.

2.

Jelaskan kesan aplikasi Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang


Sivil 1956.

3.

Nyatakan perubahan yang berlaku pada 7 April 1956.

Undang-undang Inggeris merupakan salah satu daripada sumber undangundang Malaysia.

Ciri-ciri undang-undang Inggeris terdiri daripada Undang-undang Inggeris


dari England, keputusan-keputusan mahkamah dari negara komenwel,
prinsip equiti dan kesaksamaan.

Undang-undang Inggeris telah dibawa ke Tanah Melayu oleh orang-orang


British.

Negeri-negeri Selat terdiri daripada Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

Negeri-negeri Melayu terbahagi kepada Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan


Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Pelbagai Piagam Diraja telah diperkenalkan British kepada negeri-negeri


Selat.

Keadilan yang diberi telah memasukkan secara langsung undang-undang


Inggeris.

Dalam tahun 1956, Ordinan Undang-undang Sivil diperluaskan ke Pulau


Pinang dan Melaka. Ordinan ini merupakan asas bagi pemakaian undangundang Inggeris di kedua-dua negeri tersebut sehingga ordinan ini diganti
dengan Akta Undang-undang Sivil 1956 (disemak 1972).

Pada tahun 1956, pemakaian common law dan kaedah-kaedah ekuiti bagi
seluruh Tanah Melayu diselaraskan oleh Ordinan Undang- undang Sivil
1956. Ordinan ini disemak dan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak dalam
tahun 1972.
Copyright Open University Malaysia (OUM)

36

TOPIK 3

UNDANG-UNDANG INGGERIS SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Pada 7 April 1956, undang-undang Inggeris keseluruhannya (yang sesuai


dengan undang-undang tempatan) telah dikuatkuasakan di seluruh
Persekutuan Tanah Melayu. Ini dilakukan menerusi Ordinan Undangundang Sivil, 1956, Seksyen 3(1) dan 5(1).

Malaysia menggunakan banyak kaedah undang-undang dan ekuiti Inggeris,


undang-undang sivil dan undang-undang jenayah Inggeris, acara sivil dan
acara jenayah, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.

Kerajaan British

Negeri Selat

Mahkamah Chanchery

Prince of Wales

Mahkamah Keagamaan

Privy Council

Malayan Union

Royal Charter (Piagam Diraja)

Negeri Melayu Bersekutu

Syarikat Hindia Timur

Negeri Melayu Tidak Bersekutu

Undang-undang Inggeris

Ahmad Ibrahim., & Ahilemah Joned. (2007). Sistem undang-undang di


Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Ibrahim. (1988). Sistem undang-undang Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Salleh Buang. (1993). Malaysian legal history. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Wan Arfah Hamzah., & Ramy Bulan. (2003). The Malaysian legal system. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Wan Arfah. (2009). A first look at the Malaysian legal system. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

Topik Undang-undang

Islam sebagai
Sumber
Undang-undang
Malaysia

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menghuraikan sejarah undang-undang Islam;

2.

Menerangkan ciri-ciri undang-undang Islam;

3.

Membezakan kaedah penerimaan undang-undang Islam di Johor,


Pahang dan Terengganu;

4.

Memperkenalkan Islam melalui Perlembagaan Persekutuan;

5.

Menjelaskan pengaruh undang-undang Islam di Tanah Melayu.

PENGENALAN

Dalam topik ini kita akan membincangkan mengenai undang-undang Islam


yang merupakan salah satu daripada sumber perundangan yang utama di
Malaysia. Walaupun mengikut penyelidikan ahli sejarah, agama Islam telah
berkembang di Asia Tenggara sejak kurun ke-13 dan telah sampai ke Tanah
Melayu kira-kira satu kurun selepas itu, Islam hanya bertapak kuat di Melaka
dalam kurun ke-15 (Salleh, 1993).

Copyright Open University Malaysia (OUM)

38

TOPIK 4

4.1

UNDANG-UNDANG ISLAM SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE


TANAH MELAYU

Sebelum kedatangan Islam, orang Melayu mengikut undang-undang adat yang


dipengaruhi sedikit sebanyak unsur-unsur Hindu. Setelah raja-raja dan orang
Melayu memeluk agama Islam, perubahan-perubahan telah dibuat untuk
mengubah suai adat Melayu supaya selaras dengan Islam dan seterusnya
menggunakan undang-undang Islam. Proses ini boleh dilihat dalam pelbagai
versi undang-undang Melaka Risalat Hukum Kanun atau Undang-undang
Melaka. Versi yang terawal mengandung hanya undang-undang adat, tetapi
versi-versi yang kemudian memperuntukkan kedua-duanya sekali iaitu undangundang adat dan undang-undang Islam.
Versi-versi kemudian, Risalah Hukum Kanun mengandung bahagian mengenai
perkahwinan dan perceraian dan ini dikatakan diterjemah daripada at-Taqrib
karya Abu Shuja. Fasal 25 hingga 28 Hukum Kanun menyebut hal-hal
berhubung dengan wali, saksi-saksi perkahwinan, peraturan-peraturan
mengenai khiyar dan talak. Ada juga fasal-fasal yang menyebut tentang undangundang dan acara mengenai urus niaga Islam, timbangan dan ukuran, larangan
riba, kaedah menjual tanah dan sebagainya. Bahagian ini dikatakan diambil
daripada teks Arab karangan Abu Shuja (at-Taqrib), Ibn al- Qasim al-Ghazzi
(Fath al-Qarib) dan Ibrahim al-Bajuri (Hashiya Ala'l Fath-al-Qarib). Versi-versi
yang kemudian ini juga mengandung fasal-fasal mengenai keterangan, acara dan
hukuman bagi membunuh, persetubuhan haram, sodomi dan bestialiti, fitnah
dan minuman yang memabukkan (Ahmad Ibrahim, 2007).

4.1.1

Undang-undang Islam di Pahang

Dalam undang-undang Pahang yang diusahakan semasa pemerintahan Sultan


Abdul Ghaffar (1592-1614M) dan mengikut Hukum Kanun didapati pengaruh
adat Melayu semakin berkurangan dan undang-undang Islam pada umumnya
diikuti. Terdapat peruntukan berdasarkan undang-undang Islam mengenai qisas
(s.46-47), denda (s.48), persetubuhan haram (s.49), sodomi (s.50), fitnah (s.51),
minum minuman yang memabukkan (s.52), mencuri (s.53), merompak (s.54),
murtad (s.54), tidak sembahyang (s.60), jihad (s.61), acara (s.62), saksi (s.63), dan
sumpah (s.64). Terdapat juga peruntukan mengenai perdagangan, jual beli,
jaminan, gerenti, pelaburan, amanah, pembayaran bagi buruh, tanah, pemberian
dan wakaf.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

4.1.2

UNDANG-UNDANG ISLAM SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

39

Undang-undang Islam di Johor

Undang-undang Johor juga mengikut Hukum Kanun dan sebagai tambahan


pada awal abad ke-20, pengkanunan undang-undang Islam yang dibuat di Turki
dan Mesir diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan digunakan. Majallat
al-Ahkam diterjemahkan kepada Majalah Ahkam Johor dan Kanun Qadri Pasha
(Mazhab Hanafi) diambil dan diterjemahkan sebagai Ahkam Shariyyah Johor.
Dalam tahun 1895, perlembagaan didraf bagi Johor dan ini biarpun
menunjukkan pengaruh penggubalan peguam-peguam Inggeris, sedikit
sebanyak terdapat pengaruh undang-undang Islam.

4.1.3

Undang-undang Islam di Terengganu

Di Terengganu, perlembagaan tahun 1911 menunjukkan ada pengaruh undangundang Islam. Sebagai tambahan, terdapat undang-undang mengenai
penubuhan mahkamah dikeluarkan pada tahun 1885 yang nampaknya membuat
peruntukan bagi pentadbiran undang-undang Islam di negeri itu. Contohcontoh di atas menunjukkan bahawa ada percubaan pada zaman sebelum
kedatangan British untuk mengubah suai undang-undang adat Melayu dan
mengambil undang-undang Islam. Proses ini terhenti apabila British datang ke
Tanah Melayu dan menggunakan pengaruhnya. R.J. Wilkinson berkata:
Tidak boleh diragukan lagi bahawa undang-undang Islam akan menjadi
undang-undang Tanah Melayu sekiranya undang-undang British tidak
masuk dan menahannya.

Sebelum kedatangan British, undang-undang Islam adalah undang-undang


negara di Malaysia. Mazhab yang diikuti ialah Mazhab Syafie. Dalam kes Shaik
Abdul Latif dll. v. Shaik Elias Bux, Braddel C.J.C. dalam penghakimannya
berkata:
Sebelum triti-triti pertama, penduduk negeri-negeri ini hampir semuanya
terdiri daripada orang Melayu (Islam) bersama-sama pelombong dan
pengusaha Cina. Satu-satunya undang-undang yang terpakai kepada
orang-orang Melayu ialah undang-undang Islam yang diubah suai oleh
adat-adat tempatan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

40

TOPIK 4

UNDANG-UNDANG ISLAM SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Mahkamah Rayuan Negeri-negeri Melayu Bersekutu memutuskan dalam Ramah


v. Laton bahawa undang-undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi
undang-undang tempatan dan undang-undang negara. Mahkamah hendaklah
mengambil perhatian dari segi kehakiman dan mesti mengisytiharkan undangundang tersebut. Dalam pelbagai triti antara Raja-raja Melayu dengan pihak
British dinyatakan dengan jelas bahawa Raja-raja Melayu bersetuju menerima
semua nasihat British kecuali dalam hal-ehwal mengenai agama Islam dan adat
istiadat Melayu. Walaupun ada fasal sedemikian, British sama ada secara
langsung atau tidak langsung telah campur tangan dalam hal ehwal agama dan
pentadbiran di semua Negeri-negeri Melayu. Secara tidak langsung
perkembangan pengaruh British menyebabkan kemasukan undang-undang
Inggeris. Dengan nasihat Residen, Sultan-sultan di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu telah menggubal beberapa undang-undang yang diambil dari India
yang telah mengambil prinsip-prinsip undang-undang Inggeris. Dengan itu,
dalam perkara-perkara seperti undang-undang jenayah, keterangan, acara
jenayah, kontrak dan tanah perundangan berdasarkan prinsip undang-undang
Inggeris menggantikan undang-undang Islam dan adat Melayu. Akhirnya
undang-undang Islam yang telah mengubah suai adat Melayu hanya terpakai
dalam undang-undang keluarga, warisan dan beberapa aspek undang-undang
jenayah.
Dalam sudut amalan pentadbiran, perkara-perkara tersebut juga telah dicampur
tangan oleh British. Akibatnya kuasa-kuasa mahkamah syariah dihadkan dan
menjadi rendah tarafnya daripada mahkamah sivil. Sehingga tahun 1948
Mahkamah-mahkamah Kadi dan Naib Kadi di negeri-negeri Melayu menjadi
sebahagian daripada struktur mahkamah. Dalam tahun 1948, Ordinan
Mahkamah-mahkamah telah menubuhkan sistem kehakiman bagi Persekutuan
dan telah meninggalkan mahkamah syariah daripada hierarki mahkamah yang
ada pada masa itu (Ahmad Ibrahim, 1988).
Di negeri-negeri yang dahulunya Negeri-negeri Selat, undang-undang Inggeris
telah dijadikan undang-undang asas dengan berbagai-bagai alasan. Piagam
Diraja Kedua 1826 yang dikenakan ke atas semua Negeri-negeri Selat
menetapkan pemerintahan dan pentadbiran keadilan di negeri-negeri tersebut.
Piagam tersebut diputuskan dalam kes Regina v. Willans memperkenalkan
undang-undang Inggeris tahun 1826 kepada Melaka (Pulau Pinang dan
Singapura). Ini disokong oleh Yeap Cheah Neo v. Ong Cheng Neo dan Issac

Penhas v. Tan Soo Eng.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

UNDANG-UNDANG ISLAM SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

41

Keputusan-keputusan tersebut menunjukkan bagaimana undang-undang Islam


hilang kepentingannya, bahkan Sir Benson Maxwell antara lain berkata:
Jika perkahwinan secara Islam dilangsungkan mengikut upacara agama
pihak-pihak itu sah, itu bukan kerana Piagam menjadikannya begitu (sah) kerana piagam tidak memberi pengecualian untuk kontrak anak negeri
seperti itu tetapi kerana undang-undang Inggeris mengiktirafnya.

Dengan hal yang demikian, akhirnya hanya undang-undang keluarga Islam


dipakai di Negeri-negeri Selat.
Di Negeri-negeri Selat minat Inggeris dalam hal-ehwal agama Islam hanya dapat
dikesan dari tahun 1880 apabila Ordinan Perkahwinan Mohamedan 1880, No. 5
tahun 1880 digubal untuk mengatur pentadbiran undang-undang perkahwinan
Islam. Ordinan dan pindaan kecil yang dibuat selepas itu pada dasarnya
mengatur hal-hal perkahwinan dan cerai sehingga tiap-tiap negeri yang
dahulunya Negeri-negeri Selat mendapat Enakmen Pentadbiran Undangundang Islam selepas Merdeka.
Menurut Wan Arfah (2003) sejak tahun 1952, iaitu tarikh penguatkuasaan
Enakmen Pentadbiran Undang-undang Selangor, yang merupakan enakmen
yang pertama diluluskan untuk mengatur pentadbiran undang-undang Islam di
Malaysia, pemakaian undang-undang Islam terhad seperti yang dapat anda lihat
dalam Rajah 4.1.

Rajah 4.1: Pemakaian undangundang Islam sejak tahun 1952

Copyright Open University Malaysia (OUM)

42

TOPIK 4

UNDANG-UNDANG ISLAM SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

SEMAK KENDIRI 4.1


1.

Apakah yang dimaksudkan dengan undang-undang Islam?

2.

Bagaimanakah undang-undang Islam diperkenalkan di Johor,


Pahang dan Terengganu?

AKTIVITI 4.1
Bincangkan mengenai isi kandungan Risalat Hukum Kanun serta
pengaruhnya dalam perkembangan undang-undang Islam di Tanah
Melayu.

4.2

KEDUDUKAN ISLAM DI BAWAH


PERLEMBAGAAN

Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan kedudukan agama Islam dalam
Perlembagaan Malaysia. Perkara 3 Perlembagaan memperuntukkan bahawa
Islam ialah agama Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman
dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkara 11 pula
memperuntukkan bahawa tiap-tiap orang berhak menganut dan mengamalkan
agamanya; tertakluk kepada syarat Perkara 11, mengembangkan agamanya.
Syaratnya ialah undang-undang boleh mengawal atau menyekat pengembangan
apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganut
agama Islam. Namun demikian Perkara 160 tidak memasukkan dengan nyata
undang-undang Islam dalam definisi undang-undang (Wan Arfah, 2009.)
Jadual Kesembilan Senarai 2 Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan sebagai pecahan dalam kuasa negeri:
(a)

Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang
menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak berhubung dengan
mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan,
perceraian, mas kahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak,
penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan
khairat;

(b)

Wakaf dan ta'arif serta mengenai amanah dan khairat agama, perlantikan
pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai
pemberian agama Islam dan khairat, yayasan amanah, khairat dan yayasan
khairat yang dijalankan kesemuanya sekali dalam negeri;
Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

UNDANG-UNDANG ISLAM SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

43

(c)

Adat istiadat Melayu;

(d)

Zakat, fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya;
masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam;
mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh
orang-orang yang menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam,
kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai
Persekutuan;

(e)

Perlembagaan, organisasi dan prosedur mahkamah-mahkamah Syariah,


mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut
agama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk
dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenai
kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang
persekutuan; mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara
orang-orang yang menganut agama Islam, menentukan perkara-perkara
Hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu (Ahmad Ibrahim,
1988).

Kuasa Badan Perundangan Negeri untuk menggubal perkara-perkara mengenai


undang-undang Islam termasuklah kuasa menubuhkan mahkamah yang
mempunyai bidang kuasa ke atas orang Islam. Tetapi diperuntukkan juga yang
mahkamah-mahkamah tersebut tidak boleh mempunyai bidang kuasa mengenai
kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang
Persekutuan. Walaupun peruntukan itu menyatakan bahawa perkara-perkara
telah dimasukkan dalam Senarai Negeri, ada banyak undang-undang
Persekutuan yang mengehadkan bidang dan pemakaian undang-undang negeri.
Sebagai contoh dalam bidang warisan, mati berwasiat dan tak berwasiat,
pertimbangan-pertimbangan harus diberi kepada Akta Probet dan Pentadbiran
dan Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) yang mengakibatkan kadi-kadi
sebenarnya hanya diberi fungsi untuk mengesahkan bahagian-bahagian yang
harus diberi kepada waris-waris di bawah undang-undang Islam (Salleh, 1993).
Dalam bidang undang-undang jenayah khasnya, bidang kuasa Mahkamah
Syariah terhad kepada orang Islam dan mahkamah ini hanya mempunyai bidang
kuasa berhubung dengan kesalahan-kesalahan seperti yang diperuntukkan oleh
undang-undang Persekutuan. Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)
1965 hingga tahun 1985 memperuntukkan bahawa bidang kuasa Mahkamah
Syariah tidak boleh dijalankan berhubung dengan apa-apa kesalahan yang boleh
dihukum dengan penjara untuk suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau
apa-apa denda melebihi RM 1000 atau kedua-duanya. Ini telah dipinda dalam
tahun 1984, bidang kuasa Mahkamah Syariah diluaskan dengan membenarkan
mahkamah tersebut menjatuhkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau

Copyright Open University Malaysia (OUM)

44

TOPIK 4

UNDANG-UNDANG ISLAM SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

apa-apa denda sehingga RM 5000 atau enam sebatan rotan atau gabungan
kedua-dua hukuman tersebut (Ahmad Ibrahim, 2007).

SEMAK KENDIRI 4.2


1.

Mengapa agama Islam perlu dinyatakan dalam Perlembagaan?

2.

Apakah fungsi Mahkamah Syariah?

AKTIVITI 4.2
Bidang kuasa Mahkamah Syariah telah diperluaskan dengan
membenarkan mahkamah tersebut menjatuhkan hukuman penjara
sehingga tiga tahun, atau apa-apa denda sehingga RM 5000 atau enam
sebatan rotan atau gabungan kedua-dua hukuman tersebut. Setujukah
anda? Bincangkan.

4.3

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM

Dalam subtopik ini kita akan mengkaji peruntukan-peruntukan yang terdapat


dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam. Di setiap negeri di Malaysia,
undang-undang Islam ditadbir menurut Enakmen atau Ordinan Pentadbiran
Agama Islam masing-masing. Enakmen-enakmen ini dari segi kandungannya
tidak banyak berbeza antara satu sama lain. Bagi maksud perbincangan di sini,
kita gunakan Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Negeri Melaka
sebagai model. Enakmen tersebut dibahagikan kepada sepuluh bahagian iaitu:
(a)

Bahagian I: Permulaan;

(b)

Bahagian II: Majlis Agama Islam penubuhan dan acara mesyuarat;

(c)

Bahagian III: Mahkamah syariah, acaranya dalam perkara-perkara jenayah


dan sivil;

(d)

Bahagian IV: Peruntukan kewangan;

(e)

Bahagian V: Pentadbiran majlis dalam negeri;

(f)

Bahagian VI: Perkahwinan dan perceraian, semua hak-hak yang timbul


akibat perkahwinan dan perceraian;

(g)

Bahagian VII: Nafkah tanggungan;

(h)

Bahagian VIII: Mualaf;


Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

UNDANG-UNDANG ISLAM SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

(i)

Bahagian IX: Kesalahan-kesalahan; dan

(j)

Bahagian X: Peruntukan-peruntukan am.

45

Pada umumnya setiap Enakmen menubuhkan Majlis Agama Islam sebagai


badan perundangan yang sebenarnya diberi fungsi untuk membuat peraturan
berhubung hal-hal pentadbiran seperti pungutan, pentadbiran dan pembahagian
zakat fitrah; melantik jawatankuasa-jawatankuasa kecil seperti Jawatankuasa
Syariah, Kariah dan Maulud Nabi. Majlis juga mempunyai fungsi untuk
membuat keputusan terakhir mengenai fatwa-fatwa yang tidak diluluskan oleh
Jawatankuasa Syariah iaitu jawatankuasa yang bertanggungjawab mengeluarkan
fatwa.
Bagi membantu Majlis Agama Islam menjalankan tugas eksekutif, Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam ditubuhkan. Majlis dengan bantuan jabatan ini mentadbir
undang-undang harta, memungut zakat dan fitrah, menguruskan baitulmal,
wakaf dan nazar. Selain daripada itu, Majlis juga mentadbir masjid, sekolahsekolah agama dan mendaftar orang-orang yang memeluk agama Islam.
Penubuhan, bidang kuasa dan acara Mahkamah-mahkamah Syariah
diperuntukkan di bawah enakmen-enakmen ini (Wan Arfah, 2009). Rajah 4.2
menunjukkan carta aliran pentadbiran agama Islam negeri-negeri berdasarkan
enakmen pentadbiran agama Islam/akta pentadbiran hukum syarak.

Rajah 4.2: Carta aliran pentadbiran agama Islam negeri-negeri berdasarkan Enakmen
Pentadbiran Agama Islam/Akta Pentadbiran Hukum Syarak

Copyright Open University Malaysia (OUM)

46

TOPIK 4

UNDANG-UNDANG ISLAM SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

SEMAK KENDIRI 4.3


1.

Apakah fungsi Enakmen Pentadbiran Agama Islam?

2.

Nyatakan fungsi Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Mufti


Negeri?

AKTIVITI 4.3
Dengan merujuk carta aliran Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri
berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam/Akta Pentadbiran
Hukum Syarak, bincangkan mengenai peranan Sultan sesebuah negeri
sebagai Ketua Agama Islam.

4.4

MAHKAMAH SYARIAH

Mahkamah Syariah merupakan satu badan yang terpisah daripada Majlis dan
berfungsi untuk membicarakan atau memutuskan kes-kes yang diperuntukkan
oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam. Hierarki Mahkamah Syariah dapat
dilihat dalam Rajah 4.3.

Rajah 4.3: Hierarki Mahkamah Syariah

4.4.1

Penubuhan, Kadi dan Pegawai Mahkamah

Kes-kes di Mahkamah Syariah diadili oleh kadi. Beliau dilantik oleh Sultan atau
Raja negeri yang berkenaan atau Yang di-Pertuan Agong bagi Pulau Pinang,
Melaka, Sabah dan Sarawak. Ada dua jenis kadi iaitu Kadi Daerah atau Kadi
Litar dan Kadi Besar. Perbezaan di antara mereka ini timbul daripada had-had
bidang kuasa dalam membicarakan kes. Walau bagaimanapun, enakmenCopyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

UNDANG-UNDANG ISLAM SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

47

enakmen tidak menyatakan asas atau syarat perlantikan kadi. Enakmen hanya
menyatakan bahawa Sultan atau Yang di-Pertuan Agong boleh melantik manamana orang yang berkelayakan untuk menjadi Kadi Besar dan seterusnya boleh
melantik mana-mana orang yang berkelayakan untuk menjadi kadi untuk
daerah-daerah yang ditetapkan.
Selain daripada kadi, personel Mahkamah Syariah termasuk pendakwa agama,
yang bertindak sebagai pihak pendakwa dalam kes jenayah. Beliau juga dilantik
oleh sultan negeri-negeri yang berkenaan ataupun Yang di-Pertuan Agong bagi
Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri yang tidak beraja. Biasanya ada seorang
sahaja pendakwa dalam sesebuah negeri. Beliau biasanya menerima aduan
daripada pemeriksa hal ehwal agama yang juga dikenali sebagai Pegawai
Maksiat. Pemeriksa hal ehwal agama ini juga merupakan personel Mahkamah
Syariah yang bertugas untuk menerima aduan, menyiasat, memberi nasihat
kepada mana-mana pihak membuat aduan, menolong kadi menyiasat kes-kes
yang dilaporkan dan sebagainya (Ahmad Ibrahim, 2007).

4.4.2

Bidang Kuasa Mahkamah Syariah

Bidang kuasa Mahkamah Syariah terbahagi kepada dua iaitu:


(a)

Bidang Kuasa Sivil


Enakmen-enakmen menentukan bidang kuasa sivil Mahkamah Syariah
dalam hal-hal seperti berikut:
(i)

Pertunangan, nikah, cerai, membatalkan nikah atau perceraian atau


perpisahan kehakiman;

(ii)

Memberi harta benda atau tuntutan di atas harta yang berbangkit


daripada perkara yang tersebut dalam pecahan di atas;

(iii) Nafkah orang di bawah tanggungan, anak yang sah, penjagaan


kanak-kanak atau pemeliharaan kanak-kanak;
(iv) Pemberian inter-vivos, harta sepencarian, wakaf atau nazar; dan
(v)

Perkara lain yang diberi kuasa tadbir kepadanya oleh mana-mana


undang-undang yang berkanun.

Pada praktiknya Mahkamah Syariah hanya membicarakan dan


menguruskan kes-kes yang tertentu seperti perkahwinan, perceraian,
nafkah anak dan isteri, warisan dan harta sepencarian.
Berhubung undang-undang keluarga, kecenderungan yang nyata barubaru ini ialah penggubalan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam yang
telah membuat beberapa pembaharuan undang-undang dan menghuraikan
Copyright Open University Malaysia (OUM)

48

TOPIK 4

UNDANG-UNDANG ISLAM SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

dengan jelas kedudukan undang-undang dalam aspek-aspek yang


berkenaan. Negeri yang telah meluluskan dan menguatkuasa undangundang keluarga Islam setakat ini ialah Kelantan. Di Wilayah Persekutuan,
Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan, Enakmen yang sama telah diluluskan
tetapi belum dikuatkuasakan. Tajuk panjang Enakmen Kelantan
menyatakan bahawa Enakmen tersebut digubal untuk menjelaskan,
memperbaharui dan mengkanun peruntukan-peruntukan Undang-undang
Keluarga Islam. Langkah ini bertujuan menjadikan peruntukan-peruntukan
mengenai perkahwinan, perceraian, nafkah, penjagaan anak dan lain-lain
perkara berhubung dengan kehidupan keluarga Islam di negeri Kelantan
lebih berkesan.
Di kebanyakan negeri-negeri yang belum mempunyai Enakmen Undangundang Keluarga, hal-hal kahwin dan cerai diperuntukkan sama ada dalam
kaedah-kaedah pentadbiran atau diserahkan kepada kadi untuk
memutuskannya berdasarkan undang-undang Islam. Berhubung dengan
warisan, sebenarnya kuasa mahkamah hanyalah mengeluarkan sijil yang
dipanggil akuan faraid kepada orang yang berhak mengikut kenyataan dan
keputusan yang dibuat oleh pemegang amanah, pegawai daerah atau
peguam (Ahmad Ibrahim, 1988).
(b)

Bidang Kuasa Jenayah


Enakmen-enakmen menyenaraikan pelbagai kesalahan yang diletakkan di
bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Secara umumnya kesalahankesalahan tersebut boleh dibahagikan kepada enam kategori:
(i)

Kesalahan-kesalahan matrimoni seperti menganiaya isteri dan tidak


taat kepada suami;

(ii)

Kesalahan-kesalahan berhubung dengan seks seperti persetubuhan


haram, khalwat, sumbang mahram dan melacur;

(iii) Kesalahan-kesalahan berhubung dengan minuman keras seperti


menjual dan membeli minuman tersebut;
(iv) Kesalahan-kesalahan daripada aspek keimanan seperti tidak
sembahyang Jumaat, tidak membayar zakat dan fitrah serta tidak
berpuasa;
(v)

Kesalahan-kesalahan berhubung dengan menukar agama seperti


tidak melaporkan dan mendaftar masuk atau keluar daripada agama
Islam dan kesalahan mengenai pengambilan anak angkat; dan

(vi) Pelbagai kesalahan lain yang tidak termasuk dalam kategori di atas
(Wan Arfah, 2009).

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

UNDANG-UNDANG ISLAM SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

49

SEMAK KENDIRI 4.4


1.

Apakah fungsi Mahkamah Syariah?

2.

Apakah bezanya Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil?

3.

Bolehkah orang bukan Islam dibicara di Mahkamah Syariah?

4.

Bincangkan bidang kuasa sivil dan jenayah yang terdapat di


Mahkamah Syariah Malaysia. Berikan komen anda.

Menurut kajian ahli sejarah, agama Islam telah berkembang di Asia Tenggara
sejak kurun ke-13 dan telah sampai ke Tanah Melayu kira-kira satu kurun
selepas itu, Islam hanya bertapak kuat di Melaka dalam kurun ke-15.

Unsur-unsur penerimaan undang-undang Islam telah terbukti wujud pada


masa pentadbiran dan perlaksanaan undang-undang di negeri-negeri Johor,
Pahang dan Terengganu berkat pengaruh Mesir dan Turki.

Peruntukkan undang-undang mengenai agama Islam dan status undangundang Islam terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Syariah telah ditubuhkan untuk mengendali kes-kes mengenai


orang Islam.

Bidang kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia dibahagikan kepada bidang


kuasa sivil dan jenayah.

Bidang kuasa Mahkamah Syariah Malaysia ditadbir oleh Enakmen


Pentadbiran Agama Islam.

Mahkamah Rayuan Syariah merupakan mahkamah yang tertinggi untuk


mendengar rayuan dari mahkamah-mahkamah bawahan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

50

TOPIK 4

UNDANG-UNDANG ISLAM SEBAGAI SUMBER


UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Bidang kuasa Jenayah

Mahkamah Tinggi

Bidang kuasa Sivil

Risalat Hukum Kanun

Enakmen Pentadbiran Agama Islam

Undang-undang Islam

Mahkamah Rayuan

Undang-undang Islam Johor

Mahkamah Rendah

Undang-undang Islam Pahang

Mahkamah Syariah

Undang-undang Islam Terengganu

Ahmad Ibrahim., & Ahilemah Joned. (2007). Sistem undang-undang di


Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Ibrahim., & Mahmud Saedon Awang Othman. (1988). Ke arah Islamisasi
undang-undang di Malaysia. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia.
Ahmad Mohamed Ibrahim. (1997). Pentadbiran undang-undang Islam di
Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor). 2003. Bahagian IVMahkamah Syariah.
Salleh Buang. (1993). Malaysian legal history. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Wan Arfah Hamzah., & Ramy Bulan. (2003). The Malaysian legal system. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Wan Arfah. (2009). A first look at the Malaysian legal system. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

Topik

Perlembagaan
Persekutuan
Malaysia

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menghuraikan ciri-ciri umum Perlembagaan Persekutuan;

2.

Menerangkan
Persekutuan;

3.

Membezakan kuasa Kerajaan Persekutuan dan Negeri;

4.

Menjelaskan konsep
perundangan; dan

5.

Membandingkan isi kandungan Senarai Persekutuan, Senarai


Bersama dan Senarai Negeri.

peruntukan-peruntukan

pengasingan

utama

kuasa

Perlembagaan

pemerintahan

dan

PENGENALAN

Dalam bahagian ini kita akan membincangkan mengenai Perlembagaan


Persekutuan Malaysia. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi
dalam sesebuah negara. Mana-mana undang-undang yang hendak dibuat pada
peringkat negeri atau persekutuan tidak boleh bertentangan dengan
Perlembagaan. Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan
Perlembagaan adalah terbatal dengan sendirinya.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

52

TOPIK 5

5.1

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

CIRI-CIRI UMUM PERLEMBAGAAN


PERSEKUTUAN MALAYSIA

Dalam subtopik ini kita akan melihat ciri-ciri umum Perlembagaan Persekutuan.
Bolehkah Perlembagaan dipinda? Seperti juga Perlembagaan Persekutuan yang
bertulis di negara lain, ia boleh dipinda tetapi dengan cara yang berbeza
menurut cara pindaan yang diperuntukkan kepada Akta-akta Parlimen masingmasing. Perlembagaan Malaysia, jika dibandingkan dengan perlembagaan
persekutuan yang lain boleh dipinda dengan mudah, oleh sebab pada amnya
Perlembagaan Malaysia boleh dipinda oleh Parlimen, dengan kuasanya sendiri.
Perkara 4 menyatakan Perlembagaan ialah undang-undang utama dalam
Persekutuan, memperuntukkan bahawa undang-undang yang dibuat selepas
Hari Merdeka yang berlawanan dengan Perlembagaan ini, setakat mana yang
bertentang, adalah terbatal (Wan Arfah, 2003).
Ada beberapa perkara yang boleh dipinda dengan undang-undang Persekutuan
yang biasa, ada pula perkara yang hanya boleh dipinda dengan cara khas iaitu
oleh Parlimen dan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu. Tetapi,
kebanyakan perkara di dalam Perlembagaan boleh dipinda dengan cara
diluluskan satu rang undang-undang mengenai pindaan itu oleh Parlimen
dengan mendapat sokongan suara yang tidak kurang daripada dua pertiga
daripada jumlah ahli bagi tiap-tiap Dewan.
Pindaan terhadap perkara yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja
termasuklah perkara yang menyentuh hak kedaulatan raja-raja Melayu,
kedudukan orang Melayu dan Agama Islam serta beberapa perkara yang
dianggap sensitif dalam Perlembagaan (Wan Arfah, 2009).

SEMAK KENDIRI 5.1


1.

Apakah Perlembagaan Persekutuan?

2.

Adakah semua negara memiliki Perlembagaan?

3.

Bolehkah Perlembagaan dipinda? Bagaimana?

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

53

AKTIVITI 5.1
Undang-undang yang dibuat selepas Hari
berlawanan dengan Perlembagaan adalah terbatal.

Merdeka

yang

Bincangkan kenyataan ini.

5.2

KONSEP PENGASINGAN KUASA DALAM


PERLEMBAGAAN

Kita akan melihat konsep pengasingan kuasa yang terdapat dalam Perlembagaan
Persekutuan. Di England, doktrin pengasingan kuasa ini telah diikuti.
Peruntukan untuk menjamin kebebasan kehakiman yang dimasukkan dalam
Perlembagaan yang asal menyebabkan kuasa perlantikan hakim-hakim selain
daripada hakim besar tidak diserahkan kepada kerajaan, tetapi diserahkan
kepada Perdana Menteri oleh Akta Perlembagaan (Pindaan), 1960.
Di England perkhidmatan awam dikeluarkan daripada pengaruh politik dan
perhubungan antara badan yang memerintah dan badan yang membuat
undang-undang, dipandu oleh konvensyen perlembagaan iaitu berhubung
dengan tanggungjawab menteri-menteri (Salleh Buang, 1993).
Selain daripada menubuhkan badan-badan pemerintah Persekutuan dan
mengatur perhubungan antara Persekutuan dan negeri yang menganggotainya,
Perlembagaan juga menubuhkan suatu pemerintahan yang (setakat mana yang
ditentukan) hak-hak asasi dan juga peruntukan yang panjang lebar berkenaan
kewarganegaraan Persekutuan. Selain daripada kerakyatan negeri yang boleh
didapati mengikut undang-undang di negeri-negeri Melayu, kewarganegaraan
Persekutuan juga telah diperkenalkan pada zaman sebelum merdeka. Selepas
merdeka syarat-syarat yang baharu yang memudahkan perolehan kemajuan
Persekutuan telah dikemukakan untuk mereka yang dilahirkan dalam
Persekutuan. Kewarganegaraan Persekutuan diisytiharkan menjadi satu
daripada cabang-cabang kewarganegaraan Komanwel (Salleh Buang, 1993).

Copyright Open University Malaysia (OUM)

54

TOPIK 5

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

SEMAK KENDIRI 5.2


1.

Apakah Konsep Pengasingan Kuasa?

2.

Kenapakah perlu dinyatakan peruntukan pengasingan kuasa


dalam Perlembagaan?

3.

Apakah model pengasingan kuasa di Malaysia?

AKTIVITI 5.2
Kuasa perlantikan hakim-hakim selain daripada hakim besar tidak
diserahkan kepada kerajaan.
Bincangkan kenyataan di atas.

5.3

PERHUBUNGAN ANTARA PERSEKUTUAN


DAN NEGERI-NEGERI

Dalam bahagian ini kita akan membincangkan mengenai perhubungan antara


Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

5.3.1

Pembahagian Kuasa Perundangan dan


Pemerintahan

Terdapat satu sahaja kehakiman Persekutuan yang mentadbirkan undang-undang


Persekutuan dan undang-undang negeri bagi semua negeri Persekutuan. Oleh
sebab ketiadaan mahkamah awam negeri, maka tidak timbul masalah bidang
kuasa mahkamah Persekutuan tetapi kita dapati ada badan-badan perundangan
Persekutuan dan negeri-negeri serta badan-badan pemerintah Persekutuan dan
negeri-negeri. Dengan demikian Perlembagaan menyatakan pembahagian
perundangan dan kuasa pemerintahan yang berkaitan dengannya (Ahmad
Ibrahim, 1988).
(a)

Senarai Persekutuan
Selain daripada kuasa-kuasa khas yang disebutkan dalam beberapa Perkara
dalam Perlembagaan, seperti kuasa memasukkan negeri-negeri lain dalam
Persekutuan dan kuasa meminda Perlembagaan, kuasa-kuasa Parlimen
Persekutuan disebutkan dalam Senarai 1 Jadual Kesembilan. Senarai ini
Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

55

adalah meluas, mengandungi beberapa bahagian yang besar yang terbahagi


kepada butiran-butiran kecil. Bahagian-bahagian yang besar dalam kuasa
perundangan termasuk hal ehwal luar negeri, pertahanan, keselamatan
dalam negeri, undang-undang, acara sivil dan jenayah, pentadbiran
keadilan, kewarganegaraan Persekutuan dan masukan kewarganegaraan,
orang-orang negara asing, jentera kerajaan, tred, perdagangan dan
perusahaan, perkapalan, pelayaran dan perikanan, perhubungan dan
pengangkutan, kerja-kerja Persekutuan dan kuasa, tinjauan, siasatan dan
penyelidikan, pelajaran, ubat dan kesihatan termasuk kebersihan di ibu kota,
buruh dan keselamatan sosial, kebajikan orang asli, pekerjaan profesional
lain daripada yang disebutkan dengan tertentu, hari kelepasan lain daripada
hari kelepasan negeri, piawai waktu, pertubuhan yang tidak diperbadankan,
kawalan mengenai musuh tanaman, perlindungan daripada musuh itu dan
mencegah penyakit-penyakit pokok, akhbar, penerbitan, penerbit,
percetakan dan alat cetak-mencetak, penapisan, panggung wayang, wayang
gambar, filem wayang gambar, tempat hiburan awam, amanah perumahan
dan kemajuan Persekutuan dan syarikat kerjasama (Ahmad Ibrahim, 1997).
(b)

Senarai Bersama
Senarai Bersama (Senarai III) menyenaraikan perkara-perkara yang
membolehkan Parlimen atau Badan Perundangan Negeri membuat undangundang tetapi jika ada pertentangan antara undang-undang negeri dengan
undang-undang Persekutuan, undang-undang Persekutuan itu hendaklah
dipakai. Senarai Bersama ini termasuk kebajikan masyarakat (tertakluk
kepada Senarai I), perlindungan bagi perempuan, kanak-kanak dan orang
muda, biasiswa, perlindungan bagi binatang-binatang liar dan burung liar,
taman negara, ternakan binatang, mencegah perbuatan aniaya kepada
haiwan, perkhidmatan haiwan, kuarantin haiwan, perancangan bandar dan
kampung, kutu rayau dan penjaja-penjaja beredar, kesihatan awam,
kebersihan dan mencegah penyakit, pemparitan dan pengairan, dan
pemulihan tanah lombong dan tanah yang binasa oleh hakisan tanah
(Ahmad Ibrahim, 1997).

(c)

Senarai Negeri
Senarai perkara yang diserahkan kepada negeri-negeri semata-mata
bertujuan untuk membuat undang-undang. Senarai itu antara lain
mengandungi juga perkara-perkara seperti hukum syarak dan undangundang diri dan keluarga bagi orang Islam, tanah pertanian dan perhutanan,
kerajaan tempatan di luar Wilayah Persekutuan, perkhidmatan dalam
kawasan pihak berkuasa tempatan, kerja-kerja negeri dan kerja-kerja air,
jentera Kerajaan Negeri, hari kelepasan negeri, siasatan bagi maksudmaksud negeri, lepas tanggungan mengenai apa-apa perkara yang ada

Copyright Open University Malaysia (OUM)

56

TOPIK 5

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

dalam Senarai Negeri, penyu dan penangkapan ikan di sungai (Ahmad


Ibrahim, 1997).

5.3.2

Ketua Agama Islam Negeri

Dalam semua negeri, Raja atau Sultan merupakan ketua agama Islam negeri, dan
agama negeri ialah agama Islam. Perkara-perkara itu biasanya disebut dalam
perlembagaan negeri dan adakala disebutkan tentang agama Islam seperti mana ia
telah dianuti dan diamalkan di negeri tersebut. Perkara ini diperakukan oleh
Perlembagaan Persekutuan yang mana menyebut bahawa kedudukan Raja
sebagai ketua agama Islam dalam negerinya secara dan setakat mana yang diakui
dan diisytiharkan oleh perlembagaan negeri itu, dan juga, tertakluk kepada
perlembagaan negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa
yang dinikmati olehnya sebagai ketua agama Islam tidak tersentuh dan tercacat.
Kecuali dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui
oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap Raja
lain hendaklah atas sifatnya sebagai ketua agama Islam membenarkan Yang diPertuan Agong mewakilinya. Di Melaka dan Pulau Pinang boleh dikatakan) juga
agama Islam agama rasmi negeri (sungguhpun hal ini tidak disebut dengan nyata)
mengikut Perkara 3(3) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 5 perlembagaan
negeri masing-masing, Yang di-Pertuan Agong menjadi Ketua Agama Islam
dalam negeri-negeri itu, kedudukan yang dimiliki olehnya di negerinya sendiri
(Ahmad Ibrahim, 1988).
Sungguhpun Islam agama Persekutuan dan di beberapa negeri dalam
Persekutuan, kuasa membuat undang-undang berkenaan undang-undang Islam,
undang-undang diri dan keluarga orang Islam terserah kepada badan-badan
perundangan negeri. Kerajaan Negeri perlu diminta fikirannya sebelum undangundang dibuat oleh Parlimen di bawah Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan
"mengenai apa-apa perkara berhubung dengan hukum Syarak atau adat istiadat
orang Melayu" bagi maksud melaksanakan apa-apa triti, perjanjian atau
konvensyen antara Persekutuan dengan mana-mana negeri lain atau apa-apa
keputusan pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Persekutuan.
Kuasa untuk membuat undang-undang itu termasuk kuasa menubuhkan
mahkamah-mahkamah yang mempunyai bidang kuasa ke atas orang-orang yang
menganut agama Islam, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenai
kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang
Persekutuan. Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 memberi
bidang kuasa kepada mahkamah-mahkamah syariah menghukumkan kesalahankesalahan terhadap hukum Islam yang dilakukan oleh orang-orang yang
menganut agama Islam, tetapi telah diperuntukkan bahawa bidang kuasa itu tidak
boleh dijalankan terhadap kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara untuk
Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

57

masa lebih daripada tiga tahun atau dengan denda lebih daripada lima ribu
ringgit atau sebat lebih daripada enam rotan atau mana-mana gabungan hukuman
tersebut (Ahmad Ibrahim, 1988).

5.3.3

Mahkamah Syariah Negeri

Dalam semua negeri Mahkamah Syariah ditubuhkan mengikut undang-undang


negeri. Undang-undang negeri menubuhkan Mahkamah Rendah Syariah dan
Mahkamah Tinggi Syariah dan mensyaratkan bahawa peguam tidak berhak hadir
dalam mahkamah bagi pihak mana-mana bahagian dalam mana-mana
pembicaraan jika kehadirannya itu melanggar syarat-syarat hukum Islam.
Undang-undang negeri itu juga membuat peruntukan untuk nafkah isteri dan
anak-anak seseorang yang menganut agama Islam dan dengan itu mengenepikan
Ordinan Nafkah (Isteri-isteri dan Anak-anak) 1950; dan membuat peruntukan
untuk kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam termasuk kesalahan
tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dan membuat pendaftaran bagi
orang yang memeluk agama Islam.
Di bawah Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, undang-undang negeri boleh
mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan
agama atau orang-orang yang menganuti agama Islam (Ahmad Ibrahim, 2007).

SEMAK KENDIRI 5.3


1.

Apakah kandungan Senarai Persekutuan?

2.

Apakah kandungan Senarai Bersama?

3.

Apakah kandungan Senarai Negeri?

AKTIVITI 5.3
Dalam semua negeri, Raja atau Sultan merupakan ketua agama Islam
negeri, dan agama negeri ialah agama Islam.
Bincangkan mengapa pentadbiran hal ehwal agama Islam diletakkan di
bawah Senarai Negeri.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

58

TOPIK 5

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi sesebuah


negara.

Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda dengan cara yang berbeza


menurut cara pindaan yang diperuntukkan oleh Perlembagaan itu sendiri.

Senarai Persekutuan adalah meluas, mengandungi beberapa bahagian yang


besar yang terbahagi kepada butiran-butiran kecil dalam kuasa
perundangan.

Senarai Bersama menyenaraikan perkara-perkara yang membolehkan


Parlimen atau Badan Perundangan Negeri membuat undang-undang.

Sekiranya ada pertentangan antara undang-undang negeri dengan undangundang


Persekutuan,
maka
undang-undang
Persekutuan
akan
mengatasinya.

Senarai Negeri mengandungi kuasa-kuasa yang diserahkan kepada negerinegeri bertujuan untuk membuat undang-undang negeri.

Agama rasmi setiap negeri ialah Agama Islam.

Raja atau Sultan merupakan ketua agama Islam di setiap negeri.

Yang Dipertuan Agong merupakan ketua agama Islam bagi negeri yang
tidak mempunyai Sultan atau Raja.

Mahkamah Syariah ditubuhkan mengikut undang-undang negeri.

Undang-undang negeri menubuhkan Mahkamah Rendah Syariah dan


Mahkamah Tinggi Syariah.

Bidang kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dijalankan terhadap kesalahan


yang boleh dihukum dengan penjara untuk masa lebih daripada tiga tahun
atau dengan denda lebih daripada RM 5000 atau sebatan lebih daripada
enam rotan atau mana-mana gabungan hukuman tersebut.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Ketua Agama Islam

Pengasingan Kuasa

Kuasa Pemerintahan

Perlembagaan Persekutuan

Kuasa Perundangan

Senarai Bersama

Mahkamah Syariah

Senarai Negeri

Peguam Syarie

Senarai Persekutuan

59

Ahmad Ibrahim., & Ahilemah Joned. (2007). Sistem undang-undang di Malaysia.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Ibrahim., & Mahmud Saedon Awang Othman. (1988). Ke arah Islamisasi
undang-undang di Malaysia. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia.
Ahmad Mohamed Ibrahim. (1997). Pentadbiran undang-undang Islam di
Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor). (2003). Bahagian IVMahkamah Syariah.
Salleh Buang. (1993). Malaysian legal history. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Wan Arfah Hamzah., & Ramy Bulan. (2003). The Malaysian legal system. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Wan Arfah. (2009). A first look at the Malaysian legal system. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

Topik

Perlembagaan
Negeri

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menghuraikan ciri-ciri umum Perlembagaan Negeri;

2.

Menerangkan peruntukan-peruntukan utama Perlembagaan Negeri;

3.

Membezakan kuasa Perlembagaan Persekutuan dan Negeri;

4.

Menyatakan kelayakan dan keistimewaan Ahli Dewan Undangan


Negeri; dan

5.

Membandingkan peranan Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat


dan Dewan Negara.

PENGENALAN

Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan apakah Perlembagaan Negeri. Di


bawah Fasal (4) Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan, perlembagaan semua
negeri dikehendaki mengandungi peruntukan-peruntukan perlu yang
dinyatakan dalam jadual kelapan dan jika pada bila-bila masa perlembagaan
sesebuah negeri tidak mengandungi peruntukan-peruntukan itu dan
peruntukan-peruntukan yang pada isinya mempunyai maksud yang sama atau
mengandungi peruntukan-peruntukan yang berlawanan dengan peruntukanperuntukan perlu itu, maka Parlimen boleh dengan berdasarkan undang-undang
membuat peruntukan bagi menguatkuasakan dalam negeri itu peruntukanperuntukan perlu atau bagi maksud memansuhkan peruntukan-peruntukan
yang berlawanan tersebut.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

6.1

PERLEMBAGAAN NEGERI

61

CIRI-CIRI UMUM DAN PEMAKAIAN


PERUNTUKAN PERLU

Kita akan menilai ciri-ciri umum yang ada pada Perlembagaan Negeri
berdasarkan peruntukan-peruntukan yang diserahkan oleh Perlembagaan
Persekutuan. Menurut Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan, peruntukanperuntukan telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
(a)

Bahagian I mengandungi peruntukan tetap dan peruntukan kewangan;


dan

(b)

Bahagian II mengandungi peruntukan sementara sebagai alternatif kepada


peruntukan Bahagian I.

Semua negeri-negeri Melayu telah mengikut peruntukan-peruntukan tetap.


Sungguhpun Perlembagaan-perlembagaan Negeri Melaka dan Pulau Pinang
mengikut peruntukan tetap pada umumnya, perlembagaan negeri-negeri
tersebut mempunyai beberapa keistimewaan. Ini disebabkan negeri-negeri itu
tidak beraja dan jawatan Yang Dipertua Negeri telah diwujudkan sebagai ganti.
Negeri-negeri Malaysia Timur mendapat perlembagaan daripada perlembagaan
yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia dan yang telah dimaktubkan dalam
Jadual Perjanjian itu. Perlembagaan-perlembagaan itu boleh dikatakan pada
amnya mengikut Perlembagaan-perlembagaan Negeri Melaka dan Pulau Pinang.
Di bawah Perkara 69, Perlembagaan Persekutuan mempunyai kuasa bagi
mengambil dan melepaskan apa-apa jenis harta, membuat kontrak, mendakwa
dan didakwa. Akta Perbicaraan Kerajaan, 1956 boleh dianggap bersifat acara dan
sebagai tambahan kepada peruntukan-peruntukan Perkara 69. Oleh sebab itu
menurut Ahmad Ibrahim dan Mahmud Saedon Awang Othman (1988),
Peruntukan 69 ini tetap penting meskipun terdapat Akta Perbicaraan Kerajaan
1956.
Dalam Perlembagaan Negeri terdapat peruntukan yang menyerupai Perkara 69.
Biasanya peruntukan-peruntukan sedemikian berbunyi:
Negeri mempunyai kuasa bagi mengambil, memegang dan melepaskan
apa-apa jenis harta dan bagi membuat kontrak, dan negeri boleh mendakwa
dan didakwa.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

62

TOPIK 6

PERLEMBAGAAN NEGERI

Peruntukan ini ialah pernyataan prinsip yang disebutkan pada peringkat


acaranya dalam Akta Perbicaraan Kerajaan 1965, tetapi peruntukan (seperti juga
Perkara 69 dalam Perlembagaan Persekutuan) berguna untuk menunjukkan
bahawa kuasa-kuasa negeri (sama seperti kuasa-kuasa Persekutuan) tidak terhad
oleh batasan kuasa pemerintahan yang mengikut kuasa perundangannya di
bawah Perlembagaan. Boleh dikatakan bahawa maksud Perkara itu ialah untuk
menjelaskan bahawa negeri itu merupakan sebuah perbadanan yang berasingan
di sisi undang-undang, mempunyai kuasa-kuasa yang sama dengan kuasa
seseorang individu biasa, tidak sama dengan kuasa sebuah syarikat yang terhad
oleh memorandum persatuan atau tertib persatuan. Oleh sebab itu, sesebuah
negeri boleh, umpamanya membuat kontrak berkenaan latihan guru-guru atau
kedai-kedai ubat, sungguhpun perkara-perkara itu termasuk dalam senarai
kuasa perundangan Persekutuan dan bukan kuasa perundangan negeri.
Perkara 128 dan 130 Perlembagaan Persekutuan telah memperluaskan bidang
kuasa Mahkamah Persekutuan dengan:
(a)

Memberi bidang kuasa kepadanya untuk memutuskan sesuatu soal yang


timbul dalam perbicaraan di sesebuah mahkamah lain tentang kuat
kuasanya mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan; dan

(b)

Membolehkan Yang di-Pertuan Agong merujuk kepada mahkamah itu


untuk mendapat pendapatnya mengenai apa saja soal tentang kuat kuasa
mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang timbul.

Adalah wajar sekiranya syarat-syarat itu dimasukkan dalam perlembagaan


negeri-negeri. Oleh yang demikian perlembagaan semua negeri (kecuali Melaka
dan Pulau Pinang) mempunyai peruntukan yang selaras dengan Perkara 128 dan
130 Perlembagaan Persekutuan.
Di bawah peruntukan-peruntukan itu, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah
Persekutuan diberi bidang kuasa memutuskan, atas permintaan mana-mana
pihak dalam mana-mana perbicaraan, apa-apa soal yang timbul dalam
perbicaraan dalam suatu mahkamah lain tentang kuat kuasa mana-mana
peruntukan Perlembagaan Negeri itu dan menyelesaikan perkara itu atau
menghantarkan balik kes itu kepada mahkamah yang lain untuk diselesaikan
mengikut keputusan. Raja telah diberi kuasa merujuk kepada Mahkamah
Persekutuan untuk mendapat pendapatnya mengenai apa-apa soal tentang kuat
kuasa mana-mana peruntukan Perlembagaan Negeri yang telah timbul atau
yang pada pendapatnya akan timbul. Mahkamah Persekutuan akan
mengisytiharkan di mahkamah pendapatnya mengenai mana-mana soalan yang
telah dirujuk itu.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

PERLEMBAGAAN NEGERI

63

Oleh sebab Mahkamah Sivil dalam kuasa Persekutuan telah dipandang tidak
sewajarnya bidang kuasa mahkamah-mahkamah itu diperluaskan oleh
perlembagaan negeri. Perkara ini telah diubah suai oleh pindaan yang dibuat
kepada Ordinan Mahkamah 1948, dalam tahun 1958, yang memperluaskan
bidang kuasa sivil Mahkamah Tinggi untuk meliputi bidang kuasa yang diberi
oleh perlembagaan negeri.
Peruntukan itu telah dimansuhkan oleh Akta Mahkamah Keadilan, 1964.
Seksyen 23(2) Akta itu memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi hendaklah
mempunyai bidang kuasa yang telah diletakkan kepadanya sebelum Hari
Malaysia dan mana-mana undang-undang bertulis yang berjalan kuat kuasa di
kawasan bidang kuasanya. Setakat ini belum ada lagi apa-apa peruntukan untuk
memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Persekutuan.
Hal-hal berhubung dengan jentera kerajaan dalam Perlembagaan Negeri boleh
dipinda oleh Rang Undang-undang yang disokong pada bacaan kali kedua dan
bacaan kali ketiga dengan undi sebanyak tidak kurang daripada dua pertiga
daripada jumlah bilangan ahlinya.
Peruntukan-peruntukan Perlembagaan Negeri mengenai perwarisan takhta
kerajaan dan kedudukan pembesar-pembesar pemerintah dan pembesarpembesar adat Melayu tidak boleh dipinda oleh Badan Perundangan Negeri. Ini
disebabkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Negeri mengenai perkaraperkara itu telah dikecualikan daripada pemakaian peruntukan umum mengenai
pindaan. Biasanya pindaan-pindaan kepada perkara-perkara itu boleh dibuat
oleh Raja dengan perisytiharan, yang dikeluarkan ada kalanya oleh Raja
menurut budi bicaranya, ada kalanya oleh Raja bertindak mengikut nasihat dan
persetujuan pembesar-pembesar pemerintah dan pembesar-pembesar adat
Melayu yang seumpamanya. Mengenai perkara yang melibatkan pembesarpembesar adat Melayu biasanya diperuntukkan bahawa perkara-perkara itu
boleh dipinda dengan Rang Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan
Negeri, yang disokong oleh pembesar-pembesar pemerintah dan pembesarpembesar adat Melayu yang seumpamanya dan yang dipersetujui oleh Raja
(Ahmad Ibrahim, 1997).

SEMAK KENDIRI 6.1


1.

Apakah Perlembagaan Negeri?

2.

Kenapakah perlu diwujudkan Perlembagaan Negeri?

3.

Nyatakan ciri-ciri umum Perlembagaan Negeri.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

64

TOPIK 6

PERLEMBAGAAN NEGERI

AKTIVITI 6.1
Setiap negeri mempunyai kuasa bagi mengambil, memegang dan
melepaskan apa-apa jenis harta dan bagi membuat kontrak, dan negeri
boleh mendakwa dan didakwa.
Bincangkan mengenai Perkara 69 Perlembagaan Persekutuan.

6.2

PIHAK BERKUASA NEGERI

Apakah kuasa yang diberi oleh Perlembagaan Persekutuan kepada Pihak


Berkuasa Negeri dalam urusan pentadbiran negeri? Dalam subtopik ini kita akan
membincangkan pihak yang diberi kuasa oleh Perlembagaan Persekutuan dalam
mentadbir sesebuah negeri. Tiap-tiap negeri dalam Persekutuan (kecuali Melaka,
Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak) mempunyai Raja yang hanya mewarisi dan
memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak Perlembagaan dan
keistimewaan-keistimewaan Raja negeri masing-masing mengikut Perlembagaan
Negeri telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Semua Perlembagaan
Negeri telah memperuntukkan dengan jelas siapa yang berhak menjadi Raja dan
siapa yang menjadi waris-waris takhta kerajaan negeri (Ahmad Ibrahim dan
Mahmud Saedon Awang Othman, 1988).

6.2.1

Raja dan Yang Dipertua Negeri

Kedaulatan dan warisan Raja telah dijamin dan kedudukan Raja sebagai ketua
agama Islam telah diperakukan, semenjak 1957 iaitu seorang Raja
Berperlembagaan. Dengan yang demikian seorang Raja, seperti juga seorang
Yang Dipertua Negeri, dalam menjalankan tugas-tugasnya, dikehendaki
mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan atau nasihat seorang ahlinya yang
bertindak di bawah kuasa am Majlis itu, kecuali sebagaimana selainnya
diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri.
Semua Perlembagaan Negeri mengandungi syarat Seksyen 1(2) dalam
peruntukan perlu Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Raja bertindak
menurut budi bicaranya dalam menjalankan tugas-tugas yang berikut:
(a)

Melantik seorang Menteri Besar;

(b)

Tidak mempersetujui permintaan membubar Dewan Negeri;

(c)

Meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang sematamata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran DuliCopyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

PERLEMBAGAAN NEGERI

65

duli Yang Maha Mulia Raja-Raja atau perbuatan, amalan atau upacara
agama;
(d)

Apa-apa tugas sebagai ketua agama Islam atau mengenai adat istiadat
Melayu;

(e)

Melantik waris atau waris-waris, permaisuri, Pemangku Raja atau Jemaah


Pemangku Raja;

(f)

Melantik orang memegang pangkat, gelaran, kemuliaan dan kebesaran di


sisi adat Melayu dan menetapkan tugas-tugas berkenaan dengannya; dan

(g)

Membuat peraturan-peraturan mengenai hal-hal diraja dan istana.

Selain daripada berfungsi mengikut budi bicaranya, Raja atau Yang Dipertua
Negeri ialah puncak kuasa pemerintahan dalam negeri; mohor besar negeri
digunakan menurut yang dititahkan oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri dan
semua pentadbir negeri dijalankan atas nama Raja atau Yang Dipertua Negeri.
Raja atau Yang Dipertua Negeri berkuasa memanggil Dewan Negeri dan tidak
boleh membiarkan jarak enam bulan antara tarikh persidangan yang akhir dalam
satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam
penggal yang kemudiannya.
Raja atau Yang Dipertua Negeri berkuasa memberhentikan Dewan Negeri
setahun sekali untuk menetapkan tahun kewangan negeri (iaitu tahun kalendar)
dan memberi peluang memberi titah atau ucapan membentangkan dasar
kerajaan untuk tahun yang akan datang.
Raja atau Yang Dipertua Negeri boleh memberi titah atau ucapan kepada Dewan
Negeri dan memberi perutusan kepadanya mengikut perlembagaan negeri.
Tugas-tugas Raja yang lain ialah tugas mengarah dibentangkan dalam Dewan
Negeri suatu penyata anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi negeri untuk
tahun yang akan datang; dan tanggungjawab memelihara kedudukan istimewa
orang Melayu dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain.
Tanggungjawab ini timbul daripada peruntukan Perkara 153, Perlembagaan
Persekutuan yang sekarang terdapat dalam semua Perlembagaan Negeri, kecuali
Melaka dan Pulau Pinang.
Di Sabah dan Sarawak, tanggungjawab diberi kepada Yang Dipertua Negeri
yang memelihara kedudukan istimewa bumiputera negeri itu. Raja atau Yang
Dipertua Negeri berhak memberi persetujuan kepada semua Rang Undangundang yang telah diluluskan oleh Dewan Negeri; Raja dan Yang Dipertua
Negeri juga menjadi puncak kehormatan dan mengurniakan semua kehormatan
di dalam negeri termasuk perlantikan Jaksa Pendamai, dan semua tanah yang
belum diberi milik diletakkan hak pada Raja atau Yang Dipertua Negeri.
Copyright Open University Malaysia (OUM)

66

TOPIK 6

PERLEMBAGAAN NEGERI

Tiap-tiap orang Yang Dipertua Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atau
budi bicaranya, tetapi perlantikan itu hendaklah dibuat selepas berunding
dengan Ketua Menteri negeri masing-masing. Perlantikan ini untuk tempoh
empat tahun, tetapi sebelum cukup tempoh itu seseorang Yang Dipertua Negeri
boleh meletak jawatan atau dilucutkan daripada jawatannya. Untuk melucutkan
dia daripada jawatannya, terlebih dahulu keputusan daripada Dewan Negeri
perlu didapatkan; keputusan itu mestilah disokong oleh suara banyak yang tidak
kurang daripada dua per tiga jumlah ahli-ahli Dewan Negeri itu (Ahmad
Ibrahim, 2007).

6.2.2

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

Dalam semua negeri terdapat Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk memberi nasihat
kepada Raja atau Yang Dipertuan Negeri dalam menjalankan tugas-tugas
pemerintahannya. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan itu terdiri daripada:
(a)

Menteri Besar atau Ketua Menteri (sebagai Ketua Majlis). Menteri Besar
atau Ketua Menteri ini dilantik oleh Raja daripada kalangan ahli Dewan
Negeri yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan majoriti ahliahli Dewan itu; dan

(b)

Tidak lebih daripada lapan atau tidak kurang daripada empat orang ahli
lain dalam kalangan ahli-ahli Dewan Negeri. Mereka ini dilantik oleh Raja
atas nasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Selain daripada ahli-ahli yang dipilih itu, tiga orang pegawai kerajaan iaitu
Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang dan Pegawai Kewangan
Negeri, semua negeri (selain daripada Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan
Sarawak) boleh mengambil bahagian dalam perjalanan Majlis Mesyuarat
Kerajaan, tetapi mereka tidak ada hak mengundi.

6.2.3

Badan Perundangan Negeri

Kuasa membuat undang-undang dalam tiap-tiap negeri terletak di bawah Raja


atau Yang Dipertua Negeri dan satu badan perundangan yang dinamakan
Dewan Undangan Negeri. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Dewan
Negeri hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat
pertamanya dan selepas Dewan Undangan Negeri terbubar. Apabila Dewan
Undangan Negeri dibubarkan, suatu pilihanraya umum hendaklah diadakan
dalam tempoh enam puluh hari di negeri Tanah Melayu dan sembilan puluh
hari di negeri-negeri Malaysia Timur dari tarikh pembubaran itu. Dewan
Undangan Negeri yang baharu itu hendaklah dipanggil bermesyuarat pada satu
tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh itu (Ahmad Ibrahim, 1997).
Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

6.2.4

PERLEMBAGAAN NEGERI

67

Keahlian dan Keistimewaan Ahli Dewan


Undangan Negeri

Semua ahli Dewan Negeri dipilih, kecuali pegawai-pegawai kerajaan, yang


menjadi ahli di beberapa negeri.
Di negeri-negeri Melayu, tiga orang pegawai kerajaan, iaitu Setiausaha Kerajaan
Negeri, Penasihat Undang-undang dan Pegawai Kewangan Negeri diberi hak
mengambil bahagian dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Undangan
Negeri dan boleh dilantik menjadi ahli jawatankuasa, tetapi mereka tidak berhak
mengundi. Di Melaka dan Pulau Pinang, Penasihat Undang-undang boleh
mengambil bahagian dalam Dewan Undangan Negeri dan dilantik menjadi ahli
jawatankuasa tetapi dia tidak berhak mengundi. Di Sabah selepas tahun 1964
dan di Sarawak selepas tahun 1968, ketiga-tiga pegawai kerajaan itu tidak berhak
lagi menjadi ahli atau mengambil bahagian dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan
atau Dewan Negeri.
Penetapan bilangan ahli yang dipilih bagi tiap-tiap Dewan Negeri itu diserahkan
kepada Perlembagaan Negeri masing-masing, tetapi bilangan ahli Dewan Negeri
yang dipilih mesti sama banyak atau beberapa kali ganda bilangan bahagianbahagian pilihanraya Persekutuan dalam negeri itu. Bagi semua negeri, bilangan
ahli Dewan Negeri telah ditetapkan oleh undang-undang, tetapi pindaan kepada
peruntukan itu tidak memerlukan sokongan undi tidak kurang daripada dua
pertiga daripada jumlah bilangan ahli Dewan Negeri, seperti yang dilakukan
bagi kebanyakan pindaan lain.
Kelayakan dan hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Negeri sama dengan
kelayakan dan hilang kelayakan bagi ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Peruntukan seakan-akan peruntukan Dewan Rakyat dan Dewan Negeri yang
terdapat dalam Perkara 47 hingga 67 Perlembagaan Persekutuan telah
dimasukkan dalam Perlembagaan Negeri. Tetapi, dalam beberapa perkara,
amalan Persekutuan tidak diikuti. Tidak semua perlembagaan memperuntukkan
saraan untuk Speaker Dewan Negeri atau saraannya dipertanggungjawabkan
kepada Kumpulan Wang Disatukan. Cukup bilangan ahli Dewan Negara dan
Dewan Rakyat ditetapkan dalam peraturan mesyuaratnya, manakala
Perlembagaan Negeri sendiri menetapkan cukup bilangan Dewan Negeri.
Keistimewaan ahli Dewan Negeri telah dijamin oleh Perkara 72 Perlembagaan
Persekutuan, yang memberi kekebalan daripada perbicaraan di mahkamah
mengenai apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberi apabila
mengambil bahagian dalam perjalanan mana-mana Dewan Negeri atau manamana jawatankuasanya; dan juga memperuntukkan bahawa tidak seorang pun
boleh dikenakan dakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana
Copyright Open University Malaysia (OUM)

68

TOPIK 6

PERLEMBAGAAN NEGERI

mahkamah mengenai apa-apa jua yang disiarkan dengan atau di bawah kuasa
mana-mana Dewan Negeri. Keistimewaan-keistimewaan itu telah diperluaskan
dalam perlembagaan Johor, Selangor, Pahang, Kelantan dan Terengganu; yang
sedikit sebanyak mengikut contoh Ordinan Dewan-dewan Parlimen (Kuasa dan
Keistimewaan) 1952 (Salleh Buang, 1993).

6.2.5

Kuasa Perundangan

Tiada suatu Perlembagaan Negeri pun menyebut tentang kuasa perundangan


Dewan Negeri, tetapi kuasa itu disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan
sendiri. Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan membolehkan Dewan Negeri
membuat undang-undang mengenai mana-mana perkara yang disebutkan
dalam Senarai Negeri atau Senarai Bersama yang dinyatakan dalam Jadual
Kesembilan.
Senarai Negeri sebenarnya telah memberi kuasa perundangan yang lebih luas
daripada kuasa perundangan sebelum merdeka. Negeri-negeri boleh membuat
undang-undang mengenai perkara-perkara yang mustahak seperti tanah,
kerajaan tempatan, pertanian dan perhutanan; dan perkara-perkara yang
berhubung dengan perkara-perkara kewangan negeri yang dijamin oleh
Bahagian III Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan. Akan tetapi terdapat
kecenderungan untuk memberi kuasa yang lebih kepada kerajaan pusat. Dalam
hal ini nyatalah Persekutuan akan menggunakan peruntukan-peruntukan
Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan keadaan-keadaan yang
membolehkan Parlimen membuat undang-undang untuk negeri khususnya
memberi kuasa membuat undang-undang bagi maksud memastikan persamaan
undang-undang dan dasar mengenai pemegangan tanah, perhubungan antara
tuan tanah dengan penyewa, pendaftaran hak milik dan surat ikatan berhubung
dengan tanah, pindah milik, tanah, gadai janji, pajakan dan gadaian mengenai
tanah, isemen dan lain hak-hak dan kepentingan mengenai tanah, mengambil
tanah dengan paksa, mengenai kadar dan penilaian tanah, dan kerajaan
tempatan (Salleh, Buang 1993).
Kecenderungan untuk mengarahkan pandangan itu ke pusat boleh dikatakan
bertujuan untuk membolehkan Kerajaan Persekutuan mendapat bantuan dan
nasihat pakar untuk membuat undang-undang di bawah Perkara 76. Walau
bagaimanapun sebab yang penting ialah berhubung dengan adanya badanbadan penasihat di bawah kuasa dan pengaruh Kerajaan Persekutuan sendiri.
Menurut Wan Arfah (2003) sebagai contoh, Majlis Tanah Negara yang
ditubuhkan di bawah Perkara 91 Perlembagaan Persekutuan, diberi tugas
membentuk dari semasa ke semasa dengan berunding dengan kerajaan
Persekutuan, kerajaan negeri dan Majlis Kewangan Negara satu dasar negara
Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

PERLEMBAGAAN NEGERI

69

untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh Persekutuan.


Majlis itu diberi kuasa menasihati, dan kerajaan Persekutuan atau kerajaan
mana-mana negeri boleh berunding dengan Majlis itu mengenai apa-apa perkara
lain berhubung dengan penggunaan tanah atau mengenai apa-apa undangundang yang dicadangkan mengenai tanah atau mengenai pentadbiran manamana undang-undang itu.
Mengenai apa-apa perkara yang menyentuh kedudukan kewangan negeri,
kerajaan mana-mana negeri boleh berunding dengan Majlis Kewangan Negara
yang ditubuhkan di bawah Perkara 108. Apa-apa undang-undang yang
dicadangkan mengenai kerajaan tempatan hendaklah dirunding dengan Majlis
Negara bagi kerajaan tempatan, yang ditubuhkan di bawah Perkara 95A
Perlembagaan Persekutuan. Berasaskan sebab-sebab itu kerajaan negeri tidak
mungkin mengambil langkah mencadangkan undang-undang mengenai tanah,
kewangan atau kerajaan tempatan tanpa merundingkan perkara itu terlebih
dahulu dengan kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan akan menggunakan
kuasanya di bawah Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan, seperti yang ternyata
dengan adanya Akta Pilihanraya Kerajaan Tempatan 1960, Akta Tanah (Kawasan
Penempatan Beramai-ramai) 1960 dan Kanun Tanah Negara, 1965.
Kuasa Perundangan Persekutuan, sama ada melanggar kuasa perundangan biasa
negeri atau tidak, memerlukan persetujuan kedua-dua Dewan Dewan Negara
dan Dewan Rakyat. Sungguhpun kuasa Dewan Negara mengenai Rang Undangundang Kewangan tersekat, dan sungguhpun tidak mungkin ahli Dewan Rakyat
dianggap sebagai wakil kerajaan negeri (yang mungkin daripada parti politik
yang lain), boleh dikatakan suara Dewan Negeri dapat didengar di Dewan
Negara.
Menurut Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan jika undang-undang negeri
berlawanan dengan undang-undang Persekutuan, maka undang-undang
Persekutuan itu hendaklah dipakai, manakala undang-undang negeri terbatal,
setakat mana undang-undang itu berlawanan dengan undang-undang
Persekutuan (Wan Arfah, 2009).

SEMAK KENDIRI 6.2


1.

Apakah perbezaan Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan


Dewan Negara?

2.

Apakah kelayakan seorang Menteri Besar?

3.

Apakah hak keistiwewaan ahli Dewan Undangan Negeri?

Copyright Open University Malaysia (OUM)

70

TOPIK 6

PERLEMBAGAAN NEGERI

AKTIVITI 6.2
Menurut Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan jika undang-undang
negeri berlawanan dengan undang-undang Persekutuan, maka undangundang Persekutuan itu hendaklah dipakai, manakala undang-undang
negeri terbatal, setakat mana undang-undang itu berlawanan dengan
undang-undang Persekutuan.

Menurut Fasal (4) Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan, perlembagaan


semua negeri dikehendaki mengandungi peruntukan-peruntukan perlu yang
dinyatakan dalam jadual kelapan.

Jika pada bila-bila masa perlembagaan sesebuah negeri tidak mengandungi


peruntukan-peruntukan itu dan peruntukan-peruntukan yang pada isinya
mempunyai maksud yang sama atau mengandungi peruntukan-peruntukan
yang berlawanan dengan peruntukan-peruntukan perlu itu, maka Parlimen
boleh dengan berdasarkan undang-undang membuat peruntukan bagi
menguatkuasakan dalam negeri itu peruntukan-peruntukan perlu atau bagi
maksud memansuhkan peruntukan-peruntukan yang berlawanan tersebut.

Negeri mempunyai kuasa bagi mengambil, memegang dan melepaskan apaapa jenis harta dan bagi membuat kontrak, dan negeri boleh mendakwa dan
didakwa.

Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan diberi bidang kuasa


memutuskan, atas permintaan mana-mana pihak dalam mana-mana
perbicaraan, apa-apa soal yang timbul dalam perbicaraan dalam suatu
mahkamah lain tentang kuat kuasa mana-mana peruntukan perlembagaan
negeri.

Tiap-tiap negeri dalam Persekutuan (kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah


dan Sarawak) mempunyai Raja yang hanya untuk mewarisi dan memegang,
menikmati dan menjalankan hak-hak Perlembagaan dan keistimewaankeistimewaan Raja negeri masing-masing mengikut Perlembagaan Negeri
telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Tiada suatu Perlembagaan Negeri pun menyebut tentang kuasa


perundangan Dewan Negeri, tetapi kuasa itu disebutkan dalam
Perlembagaan Persekutuan sendiri. Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan
Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6

PERLEMBAGAAN NEGERI

71

membolehkan Dewan Negeri membuat undang-undang mengenai manamana perkara yang disebutkan dalam Senarai Negeri atau Senarai Bersama
yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan.

Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan jika undang-undang negeri


berlawanan dengan undang-undang Persekutuan, maka undang-undang
Persekutuan itu hendaklah dipakai, manakala undang-undang negeri
terbatal, setakat mana undang-undang itu berlawanan dengan undangundang Persekutuan.

Dewan Negara

Majlis Kerajaan Negeri

Dewan Rakyat

Menteri besar

Dewan Undangan Negeri

Perlembagaan Negeri

Kuasa perlantikan

Perlembagaan Persekutuan

Kuasa perundangan

Pertindihan bidang kuasa

Ahmad Ibrahim., & Ahilemah Joned. (2007). Sistem undang-undang di


Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Ibrahim., & Mahmud Saedon Awang Othman. (1988). Ke arah Islamisasi
undang-undang di Malaysia. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia.
Ahmad Mohamed Ibrahim. (1997). Pentadbiran undang-undang Islam di
Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor). (2003). Bahagian IVMahkamah Syariah.
Salleh Buang. (1993). Malaysian legal history. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

72

TOPIK 6

PERLEMBAGAAN NEGERI

Wan Arfah Hamzah., & Ramy Bulan. (2003). The Malaysian legal system. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Wan Arfah. (2009). A first look at the Malaysian legal system. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

Topik

Hak
Kebebasan
Asasi di
Malaysia

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menghuraikan pengertian hak kebebasan asasi;

2.

Menerangkan hak-hak kebebasan asasi menurut Perlembagaan;

3.

Menggariskan sumber perundangan undang-undang kebebasan


asasi;

4.

Mengenal pasti sekatan-sekatan undang-undang kebebasan asasi;


dan

5.

Menjelaskan kesan kebaikan perlaksanaan hak kebebasan asasi.

PENGENALAN

Dalam topik ini kita akan membincangkan hak kebebasan asasi manusia
menurut perspektif Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Bahagian 2
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan mengenai kebebasan asasi
manusia di Malaysia.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

74

TOPIK 7

7.1

HAK KEBEBASAN ASASI DI MALAYSIA

PENGERTIAN KEBEBASAN ASASI

Kebebasan asasi seperti yang dinyatakan itu secara umumnya boleh


disenaraikan seperti berikut:
(a)

Adanya habeas corpus apabila seseorang dipenjara menyalahi undangundang;

(b)

Hak seseorang yang ditangkap untuk diberitahu seberapa segera yang


boleh sebab-sebab dia ditangkap, hak untuk dibenarkan berunding dengan
seorang peguam yang dipilih olehnya dan dibela oleh peguam itu dan hak
untuk dibawa ke hadapan seorang Majistret dengan segera tanpa
kelewatan yang tidak sepatutnya yang walau bagaimanapun mestilah
dalam tempoh dua puluh empat jam.

(c)

Tegahan keabdian dan kerja paksa;

(d)

Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa


kebelakangan, perlindungan daripada perbicaraan berulang kecuali apabila
perbicaraan semula diperintah oleh suatu mahkamah yang lebih tinggi;
sama rata di sisi undang-undang dan hak mendapat perlindungan yang
sama rata di sisi undang-undang;

(e)

Hak bergerak dengan bebas di seluruh Persekutuan dan bermastautin di


mana-mana bahagian Persekutuan;

(f)

Kebebasan seorang warganegara bercakap, berhimpun dan menubuh


persatuan;

(g)

Kebebasan menganuti, mengamal dan mengembangkan agamanya; dan

(h)

Hak tidak diambil harta kecuali mengikut undang-undang dan hak tidak
diambil harta dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Daripada kebebasan-kebebasan asasi ini terdapat peruntukan yang berbunyi


tiada sesiapa pun boleh ditahan sebagai abdi [Perkara 6 (1)] dan Tiada sesuatu
undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau
menggunakan harta-benda dengan paksa dengan tiada pampasan yang
mencukupi [Perkara 13 (2)] dinyata dengan perkataan yang mutlak.
Peruntukan-peruntukan seperti ini tidak boleh diatasi melainkan dengan
pindaan Perlembagaan atau undang-undang yang diluluskan dengan kuasa khas
dalam masa darurat. Sebarang Akta biasa Parlimen atau enakmen biasa Majlis
Negeri boleh dipersoalkan dalam perbicaraan dan didapati tidak sah oleh
mahkamah setakat yang berlawanan dengan peruntukan kebebasan asasi seperti
itu (Ahmad Ibrahim, 2007).

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

HAK KEBEBASAN ASASI DI MALAYSIA

75

Suatu lagi jenis kebebasan asasi ialah kebebasan yang mendapat perlindungan
sebahagian sahaja daripada akta biasa Parlimen. Contoh-contohnya ialah:
Di bawah Perkara 10 (1), tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4):
(a)

Tiap-tiap warganegara berhak bebas bercakap dan mengeluarkan buah


fikiran.

Di bawah Perkara 10 (2), Parlimen boleh dengan undang-undang mengenakan:


(a)

Ke atas hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1) apa-apa sekatan yang
didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan
Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perkembangan persahabatan
dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam atau akhlak dan sekatansekatan yang dimaksudkan untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan
Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan
penghinaan terhadap mahkamah, fitnah atau perbuatan mengapi-api
supaya dilakukan sesuatu kesalahan.

Mengikut Perkara 4 (2) sahnya sesuatu undang-undang tidak boleh dipersoalkan


atas alasan bahawa (b) undang-undang itu mengenakan sekatan-sekatan
sebagaimana yang tersebut dalam Perkara 10 (2) tetapi sekatan itu tidak
disifatkan sebagai perlu atau mustahak oleh Parlimen bagi maksud-maksud
yang tersebut dalam Perkara itu.
Nyatalah bahawa Akta Parlimen yang mengenakan sekatan ke atas hak
seseorang warganegara bercakap dan mengeluarkan fikiran demi kepentingan
yang disebutkan dalam Perkara 10 (2), tidak boleh dipersoalkan, walaupun
sekatan itu tidak atau tidak disifatkan sebagai perlu atau mustahak. Sebaliknya,
akta yang mengenakan sekatan ke atas hak seseorang warganegara bercakap dan
mengeluarkan fikiran boleh dipersoalkan atas alasan sekatan-sekatan itu tidak
dibuat untuk mana-mana kepentingan yang disebutkan dalam Perkara 10 (2) (a).
Boleh juga dihujahkan bahawa kesan kedua-dua Perkara 10 (2) (a) dan Perkara 4
(2) dibaca bersama ialah mengenepikan apa-apa halangan juga di atas kuasa
Parlimen mengenakan sekatan ke atas hak bercakap dan mengeluarkan fikiran
dan mengurangkan pengakuan hak dalam Perkara 10 (1) kepada sejenis
peruntukan yang pada pendapat para penggubal Perlembagaan yang tidak
harus dibuat oleh Parlimen. Ini merupakan taraf yang diberi kepada hak-hak
kebebasan bergerak dan pilihan permastautinnya. Perkara 9 (2)
memperuntukkan tertakluk kepada mana undang-undang mengenai
keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam,
kesihatan awam atau hukuman bagi pesalah-pesalah, tiap-tiap warganegara

Copyright Open University Malaysia (OUM)

76

TOPIK 7

HAK KEBEBASAN ASASI DI MALAYSIA

adalah berhak bergerak dengan bebasnya dan bermastautin di mana-mana


bahagiannya.
Mengikut Perkara 4 (2), Sahnya sesuatu undang-undang tidak boleh
dipersoalkan atas alasan bahawa undang-undang itu mengenakan sekatansekatan ke atas hak yang tersebut dalam Perkara 9 (2) tetapi tidak berkaitan
dengan perkara-perkara yang tersebut dalam Perkara itu.
Kebebasan asasi yang lain telah disebutkan dengan syarat-syarat yang
menunjukkan bahawa tidak ada sekatan untuk membuat undang-undang
mengenainya. Sebagai contoh Perkara 5(1) memperuntukkan, Tiada seseorang
boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut
undang-undang.
Kecuali menurut undang-undang 'bermakna' kecuali menyalahi undangundang. Perkataan itu tidak bermakna kecuali menurut proses-proses undangundang(due process of law) sebagaimana perkataan itu difahami di Amerika
Syarikat. Undang-undang dalam Perlembagaan Malaysia, termasuk undangundang bertulis, common law setakat mana ia berkuasa dalam Persekutuan atau
mana-mana bahagiannya dan apa-apa adat atau kelaziman yang mempunyai
kuat kuasa undang-undang dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya.
Kenyataan dalam Perkara 8 bahawa semua orang sama rata di sisi undangundang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undangundang mempunyai beberapa kekecualian. Fasal (5) Perkara 8 menyebut bahawa
Perkara itu tidak membatal atau melarang:
(a)

Apa-apa peruntukan yang membuat peraturan-peraturan mengenai


undang-undang diri;

(b)

Apa-apa peruntukan atau amalan yang mengehadkan jawatan atau


pekerjaan berhubung hal-ehwal sesuatu agama, atau sesuatu yayasan yang
diurus oleh sesuatu kumpulan yang menganuti apa-apa agama kepada
orang-orang yang menganuti agama itu;

(c)

Apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau kemajuan


orang-orang asli Persekutuan (termasuk merezabkan tanah) atau
merezabkan bagi orang-orang asli jawatan-jawatan yang sesuai dalam
perkhidmatan awam mengikut kadar yang berpatutan;

(d)

Apa-apa peruntukan yang menetapkan kemastautinan di sesuatu negeri


sebagai satu kelayakan untuk pilihanraya atau perlantikan bagi manamana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa hanya di negeri atau
bahagian itu sahaja atau tidak untuk mengundi dalam pilihanraya itu;

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

HAK KEBEBASAN ASASI DI MALAYSIA

77

(e)

Apa-apa peruntukan Perlembagaan sesuatu negeri, yang berkuat kuasa


atau yang bersamaan dengan peruntukan yang berkuat kuasa sebelum
Hari Merdeka; dan

(f)

Apa-apa peruntukan yang mengehadkan kemasukan berkhidmat dalam


pasukan Askar Melayu kepada orang Melayu.

Perkara 89 dan 90 juga membuat peruntukan untuk mengesahkan undangundang negeri yang ada yang merezabkan tanah untuk orang Melayu dan
mengesahkan sekatan-sekatan yang dikenakan oleh undang-undang ke atas
pemindahan milik atau pemajakan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka
dan tanah pegangan orang Melayu di Terengganu (Ahmad Ibrahim, 1988).
Perkara 153 (1) memperuntukkan:
Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan
keistimewaan orang-orang Melayu dan bumiputera negeri Malaysia Timur dan
kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara
ini.
Fasal (2) Perkara pula memperuntukkan: Walau apa pun yang terkandung
dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 (yang
memerlukan Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat). Yang diPertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan
ini dan di bawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa cara
sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu
dan bumiputera mana-mana negeri Sabah dan Sarawak dan juga untuk
menentukan perezaban bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri
Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan
Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada
perkhidmatan awam sesebuah negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lainlain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain
kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh kerajaan Persekutuan dan
suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai permit
dan lesen bagi menjalankan apa-apa perdagangan perniagaan; dan perezaban
permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu
dan Perkara ini (Ahmad Ibrahim,2007).
Mengikut Fasal 3 bagi menentukan perezaban bagi orang Melayu dan
bumiputera di mana-mana negeri Malaysia Timur daripada segi jawatan dalam
perkhidmatan awam dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain
keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas, Yang diPertuan Agong boleh memberi apa-apa arahan am sebagaimana yang
dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya berkenaan
Copyright Open University Malaysia (OUM)

78

TOPIK 7

HAK KEBEBASAN ASASI DI MALAYSIA

perkhidmatan awam atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang


dimaksudkan oleh Bahagian 10 atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang
bertanggungjawab atas pemberian biasiswa, bantuan atau lain-lain keistimewaan
pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas itu; dan Suruhanjaya
atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan-arahan dengan sempurna.
Dalam menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan dan di bawah
undang-undang Persekutuan mengikut fasal-fasal dalam Perkara itu, Yang diPertuan Agong tidak boleh melucutkan jawatan awam yang dipegang oleh
seseorang atau melucutkan biasiswa, bantuan atau lain-lain keistimewaan
pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas yang dinikmati oleh
orang itu. Perkara itu juga tidak mengurangkan kuasa peruntukan Perkara 136
yang mengatakan bahawa semua orang daripada mana-mana kaum sekalipun
dalam tingkat yang sama dalam perkhidmatan Persekutuan hendaklah diberi
layanan yang sama rata.
Jika sesuatu permit atau lesen untuk menjalankan apa-apa perdagangan atau
perniagaan dikehendaki oleh undang-undang Persekutuan yang ada, maka Yang
di-Pertuan Agong boleh menjalankan tugasnya di bawah undang-undang itu
mengikut apa jua cara atau memberi apa-apa arahan am kepada mana-mana
pihak berkuasa yang bertanggungjawab di bawah undang-undang itu atas
pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki bagi
menentukan perezaban apa-apa kadar mengenai permit atau lesen itu untuk
orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri Malaysia Timur sebagaimana
yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu
hendaklah mematuhi arahan dengan sempurna.
Tiada apa-apa jua dalam Perkara itu boleh berkuat kuasa untuk membuat atau
memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen
seseorang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang
oleh orang itu ataupun memberi kuasa supaya ditolak permintaan daripada
seseorang untuk membaharui sesuatu permit atau lesen atau memberi kuasa
supaya enggan memberi sesuatu permit atau lesen kepada waris, pengganti atau
penerimaan hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu dijangka
munasabah pada asasnya (Wan Arfah, 2003).
Walau apa pun yang terkandung dalam Perlembagaan jika untuk menjalankan
sesuatu perdagangan atau perniagaan sesuatu permit atau lesen dikehendaki
oleh undang-undang Persekutuan, maka peruntukan boleh dibuat oleh undangundang itu bagi merezabkan suatu kadar mengenai permit atau lesen itu untuk
orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri Malaysia Timur tetapi tidak
suatu undang-undang itu boleh bagi maksud menentukan perezaban itu:

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

HAK KEBEBASAN ASASI DI MALAYSIA

79

(a)

Melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak,


keistimewaan, permit atau lesen seseorang yang terakru kepada orang
itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu;

(b)

Memberi kuasa supaya ditolak permintaan daripada seseorang untuk


membaharui sesuatu permit atau lesen itu atau memberi kuasa supaya
enggan memberi suatu permit atau lesen kepada waris, pengganti atau
penerima hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu,
mengikut peruntukan-peruntukan yang lain dalam undang-undang itu,
dijangka munasabah pada asasnya, ataupun menahan seseorang
daripada memindah milik bersama dengan perniagaannya sesuatu
lesen yang boleh dipindah milik bagi menjalankan perniagaan itu; atau

(c)

Jika dahulu tiada dikehendaki apa-apa permit atau lesen bagi


menjalankan perdagangan atau perniagaan, memberi kuasa supaya
enggan memberi sesuatu permit atau lesen kepada seseorang bagi
menjalankan sesuatu perdagangan atau perniagaan yang telah
dijalankan olehnya secara bona fide (jujur) sebelum sahaja mula berkuat
kuasa undang-undang itu ataupun memberi kuasa supaya ditolak
kemudiannya permintaan daripada mana-mana orang itu untuk
membaharui sesuatu permit atau lesen atau memberi kuasa supaya
enggan memberi sesuatu permit atau lesen itu kepada waris, pengganti,
atau penerima serahak mana-mana orang itu jika mengikut peruntukan
yang lain dalam undang-undang itu pembaharuan atau pemberian itu
dijangka munasabah pada asasnya.

Walau apa pun yang terkandung dalam Perlembagaan, jika dalam sesebuah
universiti, maktab atau yayasan pelajaran lain yang memberi pelajaran selepas
daripada Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya, bilangan tempattempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab atas
pengelolaan universiti, maktab atau yayasan pelajaran itu kepada calon-calon
untuk sesuatu kursus pengajian kurang daripada bilangan calon-calon yang
berkelayakan bagi tempat-tempat itu, maka sahlah bagi Yang di-Pertuan Agong
memberi apa-apa arahan sebagaimana yang dikehendaki kepada pihak
berkenaan bagi menentukan perezaban sesuatu kadar daripada tempat itu bagi
orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri Malaysia Timur sebagaimana
yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong dan pihak berkuasa itu
hendaklah mematuhi arahan dengan sempurna.
Perkara 153 tidak memberi kuasa kepada Parlimen menyekat perniagaan atau
perdagangan semata-mata bagi maksud perezaban untuk orang Melayu dan
bumiputera negeri-negeri Malaysia Timur. Perlembagaan bagi negeri yang beraja
boleh membuat peruntukan yang bersamaan dengan Perkara 153, dengan
pengubahsuaian yang perlu (Ahmad Ibrahim,2007).
Copyright Open University Malaysia (OUM)

80

TOPIK 7

HAK KEBEBASAN ASASI DI MALAYSIA

SEMAK KENDIRI 7.1


1.

Apakah pengertian hak kebebasan asasi?

2.

Apakah hak-hak kebebasan asasi?

3.

Apakah peruntukan-peruntukan hak kebebasan asasi manusia


yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan?

AKTIVITI 7.1
Bincangkan mengenai hak-hak kebebasan asasi manusia yang
terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Adakah peruntukanperuntukan tersebut memadai?

7.2

PERUNDANGAN LAIN MENGENAI


KEBEBASAN SESEORANG

Dalam bahagian ini kita akan menganalisa beberapa peruntukan undangundang yang menyekat kebebasan asasi manusia. Kebanyakan sekatan-sekatan
itu didapati dalam Kanun Keseksaan dan di sini akan disebut beberapa undangundang khas yang lain.

7.2.1

Kebebasan Bercakap dan Memberi Buah Fikiran

Peruntukan berkenaan fitnah dan torts perkataan dibuat berasaskan prinsipprinsip undang-undang Inggeris. Dalam hal ini, Kanun Keseksaan
memperuntukkan bahawa kesalahan jenayah dalam percakapan dan pemberian
buah fikiran juga mengikut undang-undang di England. Perkara mengenai
hasutan disebut dalam undang-undang khas iaitu Akta Hasutan 1948 (disemak
1969) (Akta 15).
Hal ehwal penerbitan dikawal oleh Akta Cetak Mencetak, 1948 (disemak 1971)
yang memperuntukkan bahawa tiada sesiapa boleh menjalankan kerja-kerja
cetak-mencetak tanpa lesen daripada kerajaan. Surat khabar yang hendak
disiarkan memerlukan permit. Surat khabar yang dikeluarkan di Malaysia tidak
boleh diedarkan kecuali setelah tuan punya atau wakilnya mendapat permit.
Selain daripada syarat itu, ada pula Akta Kawalan Penerbitan yang Diimport,
1959 (disemak 1972) yang memperuntukkan dalam tajuk panjangnya bahawa
akta ini bertujuan untuk mengawal penerbitan dari luar negeri yang
Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

HAK KEBEBASAN ASASI DI MALAYSIA

81

memudaratkan ketenteraman awam, maruah dan keselamatan. Seksyen 4 (1)


memperuntukkan 'Jikalau Menteri (Hal Ehwal Dalam Negeri) berpuas hati
bahawa import mana-mana penerbitan akan memudaratkan ketenteraman
awam, maruah atau keselamatan, maka Menteri boleh, mengikut budi bicaranya
yang mutlak dengan perintah yang disiarkan dalam Warta Kerajaan, melarang
import masuk ke Malaysia Barat penerbitan itu.
Perbuatan subversif atau indoktrinasi kanak-kanak dan orang lain dicegah oleh
Akta (Kawalan Pertunjukan) Lambang Kebangsaan, 1949 (disemak 1977).
Dengan beberapa kekecualian untuk diplomat, kapal-kapal laut dan kapal-kapal
terbang, akta ini melarang pertunjukan bendera-bendera asing atau lambang
politik asing kepada awam atau di sekolah.
Perintah dalam Majlis Perayaan Agama 1881 memperuntukkan, Benderabendera tidak dibenarkan digunakan di masjid atau dalam perayaan agama atau
perayaan lain kecuali dengan izin kerajaan atau pegawai yang berkuasa, dan
boleh dikenakan hukuman denda atau penjara atau sesiapa yang membuat
demikian(Salleh Buang, 1993).

7.2.2

Kebebasan Bergerak dan Berkumpul

Langkah-langkah untuk mengawal aktiviti orang ramai dikenakan melalui Akta


Pendaftaran Negara, 1959 yang memerlukan semua orang di Malaysia
mendaftarkan diri dan yang memberi kuasa kepada Menteri membuat peraturan
(termasuk peraturan membolehkan cap jari diambil dan memerlukan kad
pengenalan dibawa); Ordinan Perkhidmatan Negara, 1952 yang membolehkan
pemerintah mengadakan kerahan tenaga untuk angkatan tentera, polis atau
pertahanan sivil; dan Akta Buang Negeri, 1959, yang dikenakan kepada orangorang bukan warganegara (Salleh Buang, 1993).
Kawalan bergerak diperuntukkan oleh Enakmen Sekatan Kediaman. Enakmen
ini membolehkan Menteri Besar apabila pada pandangannya daripada
kenyataan yang bertulis dan selepas siasatan yang dipandang perlu bahawa ada
alasan-alasan yang munasabah untuk mempercayai seseorang hendaklah tinggal
di daerah yang tertentu atau dilarang memasuki daerah yang tertentu,
memerintah orang itu ditangkap dan ditahan. Selepas membuat siasatan lanjut
yang dipandang perlu, Menteri Besar menyerahkan perkara itu kepada Raja atau
Yang Dipertua Negeri boleh membuat peruntukan sekatan kediaman, seumur
hidup atau untuk tempoh yang tertentu, tertakluk kepada kuasa untuk
membatalkan atau meminda perintah itu.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

82

TOPIK 7

HAK KEBEBASAN ASASI DI MALAYSIA

Sekatan-sekatan terhadap hak berkumpul telah diperuntukkan oleh Akta


Pertubuhan, 1966 dan undang-undang berkenaan kesatuan sekerja. Di samping
itu, tiap-tiap pertubuhan tempatan yang mengandung tujuh orang atau lebih
hendaklah didaftarkan. Syarat yang ditentukan oleh akta itu hendaklah dipatuhi
sebelum pertubuhan didaftar. Pendaftar tidak boleh, sekiranya Menteri tidak
memberi persetujuannya, mendaftarkan mana-mana pertubuhan tempatan (a)
yang pada pendapat Menteri, mungkin menyentuh kepentingan keselamatan
Persekutuan atau mana-mana tempat dalam Persekutuan, ketenteraman awam
atau akhlak; atau (b) ia adalah suatu pertubuhan atau perkumpulan yang bersifat
politik yang ditubuhkan atau yang ada mempunyai pergabungan atau
perhubungan di luar Persekutuan. Maklumat mengenai pertubuhan hendaklah
diberi daripada semasa ke semasa kepada Pendaftar.
Ordinan (Menjaga) Ketenteraman Awam, 1958 memberi kuasa kepada Menteri
mengisytiharkan keadaan berbahaya dalam mana-mana kawasan jika pada
fikirannya keamanan dan ketenteraman awam sangat terganggu atau sangat
terancam. Pengisytiharan itu berjalan kuatkuasa dalam masa sebelum tarikh
pengisytiharan atau sehingga pengisytiharan dibatalkan. Pengisytiharan boleh
dibaharui oleh Menteri dari semasa ke semasa tidak lebih daripada sebulan.
Pengisytiharan itu memberi kuasa khas terhadap kawasan itu. Pihak polis boleh
mengenakan peraturan-peraturan mengarah, mengehad, mengawal atau
melarang orang awam daripada menggunakan mana-mana jalan raya, jalan,
lorong, perairan atau tempat bebas atau menutup mana-mana jalan raya, jalan,
lorong, perairan atau tempat bebas; melarang akan meletakkan syarat untuk
perjumpaan atau perhimpunan; mengeluarkan orang daripada kawasan itu atau
menyekat perjalanan orang-orang dalam kawasan itu; mengambil harta dengan
membayar imbuhan yang munasabah; menahan dan memeriksa kereta dan
tempat-tempat dengan tidak perlu mengadakan waran.
Ordinan itu menjadikan kesalahan beberapa perkara berkenaan senjata untuk
menyerang, bahan-bahan yang berbahaya dan mengganggu keamanan. Menteri
atau pihak polis boleh memberi perintah supaya berkurung dan Menteri boleh
memberi kuasa memotong perkhidmatan telefon (Wan Arfah, 2009).

SEMAK KENDIRI 7.2


1.

Apakah hak kebebasan bergerak dan berkumpul?

2.

Apakah hak kebebasan bercakap?

3.

Nyatakan sekatan-sekatan kebebasan asasi di Malaysia.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7

HAK KEBEBASAN ASASI DI MALAYSIA

83

AKTIVITI 7.2
Bincangkan mengenai peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam
pelbagai akta yang mengawal selia undang-undang kebebasan asasi di
Malaysia.

Hak kebebasan asasi merupakan hak-hak asas terhadap diri seseorang yang
dijamin oleh undang-undang negara.

Di Malaysia Perlembagaan Persekutuan dan Akta Parlimen menjamin hak


kebebasan asasi manusia.

Hak habeas corpus apabila seseorang dipenjara menyalahi undang-undang;


hak seseorang yang ditangkap untuk diberitahu seberapa segera yang boleh
sebab-sebab dia ditangkap.

Hak untuk dibenarkan berunding dengan seorang peguam yang dipilih


olehnya dan dibela oleh peguam itu dan hak untuk dibawa ke hadapan
seorang Majistret dengan segera tanpa kelewatan yang tidak sepatutnya
yang walau bagaimanapun mestilah dalam tempoh dua puluh empat jam.

Tegahan keabdian dan kerja paksa; perlindungan daripada undang-undang


jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan ini, perlindungan daripada
perbicaraan berulang kecuali apabila perbicaraan semula diperintah oleh
sesuatu mahkamah yang lebih tinggi.

Kesamarataan di mata undang-undang dan hak mendapat perlindungan


yang sama rata di sisi undang-undang.

Hak bergerak dengan bebas di seluruh Persekutuan dan bermastautin di


mana-mana bahagian Persekutuan.

Hak kebebasan seseorang warganegara bercakap, berhimpun dan menubuh


persatuan; kebebasan menganuti, mengamal dan mengembangkan
agamanya.

Hak tidak diambil harta kecuali mengikut undang-undang.

Hak tidak diambil harta dengan tiada pampasan yang mencukupi.


Copyright Open University Malaysia (OUM)

84

TOPIK 7

HAK KEBEBASAN ASASI DI MALAYSIA

Kegagalan memenuhi sesuatu hak, membolehkan tuntutan tersebut dibuat di


Mahkamah.

Akta Cetak Mencetak 1948

Hak untuk bergerak

Akta Hasutan 1948

Hak untuk berkumpul

Habeas corpus

Hak untuk bersuara

Hak kebebasan asasi

Kanun Keseksaan

Hak memberi pendapat

Perlembagaan Persekutuan

Ahmad Ibrahim., & Ahilemah Joned. (2007). Sistem undang-undang di


Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Ibrahim. (1988). Sistem undang-undang Malaysia. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Akta Hasutan 1948. (2015). Kuala Lumpur: International Law Book Store (ILBS).
Akta Kanun Keseksaan. (2015). Kuala Lumpur: International Law Book Store
(ILBS).

Perlembagaan Persekutuan Malaysia. (2015). Kuala Lumpur: International Law


Book Store (ILBS).
Salleh Buang. (1993). Malaysian legal history. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Wan Arfah Hamzah., & Ramy Bulan. (2003). The Malaysian legal system. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Wan Arfah. (2009). A first look at the Malaysian legal system. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

Topik Undang-undang

Jenayah Islam

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menghuraikan jenis-jenis jenayah dalam Islam;

2.

Menjelaskan kesalahan-kesalahan jenayah Syariah di Malaysia;

3.

Membezakan antara kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa


Mahkamah Syariah dan kesalahan-kesalahan yang menjadi bidang
kuasa Mahkamah Sivil;

4.

Menghuraikan hukuman bagi kesalahan jenayah Syariah; dan

5.

Mentafsir perbuatan persubahatan dan percubaan bagi sesuatu


kesalahan jenayah syariah.

PENGENALAN

Dalam topik ini kita akan membincangkan undang-undang jenayah di


Mahkamah Syariah. Dalam topik ini anda akan memahami dengan lebih
terperinci mengenai kes-kes jenayah yang berada dalam bidang kuasa
Mahkamah Syariah. Adakah Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa ke
atas semua jenis jenayah seperti mana dinyatakan dalam fiqh al-jinayat?

Copyright Open University Malaysia (OUM)

86

TOPIK 8

8.1

UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

JENAYAH DALAM ISLAM

Dalam bahagian ini kita akan membincangkan definisi dan skop jenayah
menurut perspektif Islam. Menurut fiqh al-Jinayat, jenis-jenis jenayah
berdasarkan hukumannya terbahagi kepada hudud, qisas dan diyah, dan takzir.
Hudud ialah jenayah yang dikenakan hukuman yang ditetapkan (hadd).
Hadd bermaksud hukuman yang ditentukan sebagai hak Allah SWT.

Ditentukan bermaksud tidak terdapat hukuman maksima atau hukuman


minima. Hukuman tersebut tidak boleh digugurkan daripada individu atau
jamaah kerana ia adalah hak Allah SWT serta bertujuan mencegah kerosakan ke
atas manusia serta menjamin kesejahteraan bagi mereka (Abd al-Qadir `Awdah,
1987).
Jenayah-jenayah yang termasuk di bawah hudud ialah persetubuhan haram
(zina), menuduh zina terhadap wanita suci (qazaf), meminum minuman yang
memabukkan (khamar), mencuri (sariqah), rompakan bersenjata (hirabah),
keluar agama Islam (murtad) dan memerangi pemerintah (al-Baghi). Hukuman
bagi zina ialah, jika sudah berkahwin (muhsan) hendaklah direjam dengan batu.
Sebaliknya jika belum berkahwin (ghayr muhsan), hendaklah disebat dengan 100
sebatan. Hukuman bagi qazaf ialah 80 sebatan. Hukuman bagi meminum
minuman keras ialah 80 sebatan. Hukuman mencuri ialah dipotong tangan.
Hukuman bagi rompakan ialah bunuh atau dipotong tangan dan kakinya secara
bersilang. Hukuman bagi murtad dan baghi ialah bunuh.
Jenayah qisas dan diyah ialah jenayah yang dihukum dengan qisas dan
diyah sebagai hukuman yang ditetapkan sebagai hak individu.

Hukuman qisas dan diyah (100 ekor unta) juga tidak mempunyai hukuman
minima dan maksima. Tetapi mangsa (atau keluarganya) boleh mengampunkan
(jika diampunkan maka dikenakan diyah sahaja) jika dia hendak berbuat
sedemikian. Jenayah yang termasuk dalam qisas dan diyah merupakan
membunuh dengan niat (sengaja), membunuh tanpa niat (tidak sengaja),
membunuh secara salah, jenayah terhadap bukan nyawa dengan sengaja dan
jenayah terhadap bukan nyawa secara salah.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

87

Maksud bukan nyawa ialah serangan yang tidak menyebabkan kematian seperti
mencederakan, melukakan dan memukul. Hukuman bagi kesalahan
mencederakan secara sengaja ialah diyah. Diyah kerana dengan niat
mencederakan atau merosakkan anggota tubuh badan yang tunggal seperti
hidung dan lidah adalah diyah yang penuh (100 ekor unta). Manakala bagi
anggota yang berpasangan seperti tangan, kaki dan telinga maka dikenakan
separuh diyah bagi satu anggota. Bagi kecederaan yang menjejaskan deria
pendengaran, penglihatan dan akal juga dikenakan diyah. Kecederaan sehingga
menampakkan tulang dikenakan lima ekor unta dan kecederaan sehingga
menghancurkan tulang dikenakan 10 ekor unta. Kecederaan yang menjejaskan
otak atau selaput otak dan kecederaan hingga ke dalam dada dan perut
dikenakan sepertiga daripada diyah (`Abd al-Qadir `Awdah; J. 1, 118-124).

Takzir ialah jenayah yang boleh dihukum dengan satu hukuman atau lebih.
Takzir bermaksud ta`dib (mengajar).

Hukuman takzir tidak ditetapkan. Malahan ia sudah memadai jika ditentukan


beberapa hukuman yang bermula dengan yang lebih ringan dan diakhiri dengan
yang lebih berat. Maka terpulanglah kepada hakim untuk memilih hukuman
yang setimpal dengan kesalahan (`Abd Qadir `Awdah, 1987).

SEMAK KENDIRI 8.1


1.
2.

Apakah pengertian jenayah menurut Islam?


Terangkan maksud kesalahan dan hukuman hudud, qisas dan

takzir.
3.

Apakah bentuk kesalahan yang dikenakan diyah?

AKTIVITI 8.1
Bincangkan persamaan dan perbezaan antara undang-undang jenayah
sivil dengan undang-undang jenayah Islam.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

88

TOPIK 8

8.2

UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

JENIS-JENIS KESALAHAN DALAM


ENAKMEN JENAYAH SYARIAH

Dalam subtopik ini kita akan mengkaji jenis-jenis kesalahan jenayah dalam
Enakmen Jenayah Syariah. Akta Jenayah Syariah atau Enakmen Jenayah Syariah
merupakan undang-undang yang menyatakan kesalahan-kesalahan jenayah
yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Syariah. Negeri Melaka mempunyai
Enakmen Kesalahan Syariah 1991, negeri Selangor mempunyai Enakmen
Jenayah Syariah (Selangor) 1995, Wilayah-wilayah Persekutuan mempunyai
Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 dan Johor
mempunyai Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 dan Terengganu
mempunyai Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001
dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423
H/2002M. Manakala negeri-negeri lain hanya mempunyai kanun jenayah
mengenai hukuman takzir sahaja. Undang-undang yang akan digunakan sebagai
rujukan dalam topik ini ialah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

8.2.1

Kesalahan mengenai Akidah

Kesalahan mengenai akidah merangkumi pemujaan salah, mendakwa bukan


orang Islam untuk mengelakkan tindakan, takfir dan dakwaan palsu,
mengembangkan doktrin agama dan sebagainya (Enakmen Jenayah Syariah
(Negeri Selangor), 1995, seksyen 4-8). Bagi kesalahan pemujaan salah ialah
perbuatan memuja ala perbuatan yang menunjukkan pemujaan atau rasa hormat
kepada mana-mana orang, binatang, tempat atau benda dengan cara yang
menyalahi hukum syarak. (Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995,
sek. 4(1) dan (2)). Mahkamah boleh memerintahkan benda yang digunakan
dalam perlakuan atau yang ada kaitan dengan kesalahan yang disebutkan dalam
subseksyen (1) dilucut hak dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah
disabitkan atas kesalahan itu.
Mana-mana orang yang mendakwa dirinya bukan Islam bagi mengelakkan apaapa tindakan diambil terhadap dirinya di bawah Enakmen Jenayah Syariah atau
mana-mana enakmen lain yang berkuat kuasa di negeri ini adalah melakukan
suatu kesalahan (Seksyen 5). Seseorang yang mengatakan atau mengaitkan
melalui kata-kata, sama ada secara lisan atau tulisan, atau dengan isyarat atau
dengan gambaran tampak atau dengan apa-apa perbuatan, kegiatan atau
kelakuan, atau dengan mengelolakan, menganjur atau mengaturkan apa-apa
kegiatan, atau selainnya dengan apa-apa jua cara, bahawa mana-mana orang
yang tergolong dalam mana-mana kumpulan, kelas atau perihal orang yang
menganut agama Islam (Seksyen 6(1)).

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

89

(a)

Adalah orang kafir;

(b)

Telah berhenti menganuti agama Islam;

(c)

Tidak patut diterima, atau tidak dapat diterima, sebagai menganuti agama;
atau

(d)

Tidak mempercayai, mengikuti, menganuti atau tergolong dalam agama


Islam, selain mengetahui peristiwa atau perkara di luar pemahaman atau
pengetahuan manusia.

Mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara


atau perbuatan yang berhubung dengan agama Islam di mana-mana tempat,
sama ada tempat persendirian atau tempat awam merupakan kesalahan jika
doktrin atau upacara atau perbuatan itu bertentangan dengan hukum syarak
atau mana-mana fatwa yang sedang berkuat kuasa (Enakmen Jenayah Syariah
(Negeri Selangor) 199, Seksyen 7(1)).
Perbuatan mengisytiharkan diri atau mana-mana orang lain sebagai Rasul atau
Nabi, Imam Mahadi atau wali atau menyatakan, mendakwa diri atau manamana orang lain mengetahui peristiwa atau perkara di luar pemahaman atau
pengetahuan manusia, adalah suatu kesalahan di bawah Enakmen Jenayah
Syariah (Seksyen 8).

8.2.2

Kesalahan Berhubung dengan Kesucian Agama


Islam dan Institusinya

Kesalahan-kesalahan di bawah kategori ini adalah seperti yang berikut


(Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sek. 9-21):
(a)

Mempersendakan ayat al-Quran atau hadis;

(b)

Menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam;

(c)

Memusnahkan atau mencemar tempat beribadat;

(d)

Menghina pihak berkuasa agama seperti Duli Yang Maha Mulia Sultan atas
sifat Baginda sebagai Ketua Agama Islam, Majlis dan Mufti;

(e)

Memberikan, mengembang atau menyebarkan pendapat tentang ajaran


Islam atau hukum syarak yang bertentangan dengan fatwa;

(f)

Mengajar agama tanpa tauliah;

(g)

Mengingkari perintah mahkamah;

Copyright Open University Malaysia (OUM)

90

TOPIK 8

(h)

Mencetak, menyiar, menerbit, merakam, menyebarkan atau dengan apaapa cara lain buku, risalah, dokumen atau apa-apa bentuk rakaman yang
mengandung sesuatu yang bertentangan dengan hukum syarak; atau ada
dalam pemilikan apa-apa buku, risalah, dokumen atau rakaman perkara
yang sedemikian;

(i)

Berjudi;

(j)

Meminum minuman yang memabukkan;

(k)

Tidak menghormati bulan Ramadan;

(l)

Tidak menunaikan Solat Jumaat; dan

UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

(m) Tidak membayar zakat atau fitrah.

8.2.3

Kesalahan mengenai Kesusilaan

Kesalahan-kesalahan mengenai kesusilaan adalah seperti yang berikut (Enakmen


Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1955 Seksyen 22-31):
(a)

Perbuatan sumbang mahram;

(b)

Pelacuran:
(i)

Mana-mana perempuan yang melacurkan dirinya;

(ii)

Mana-mana orang yang:

Melacurkan isteri
peliharaannya; atau

atau

kanak-kanak

perempuan

dalam

Menyebabkan atau membenarkan isterinya atau kanak-kanak


perempuan dalam peliharaannya melacurkan diri;

(c)

Mana-mana orang yang bertindak sebagai muncikari;

(d)

Persetubuhan luar nikah;

(e)

Perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah;

(f)

Hubungan jenis antara yang sama jantina;

(g)

Persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii;

(h)

Khalwat;
Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

(i)

Lelaki berlagak seperti perempuan; dan

(j)

Perbuatan tidak sopan di tempat awam.

8.2.4

91

Kesalahan Pelbagai

Kesalahan pelbagai bermaksud kesalahan yang tidak boleh dikategorikan di


bawah kategori-kategori yang telah dinyatakan sebelum ini. Kesalahan pelbagai
dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 bermula
daripada Seksyen 32-38 adalah seperti yang berikut:
(a)

Memujuk lari perempuan bersuami;

(b)

Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami


isteri;

(c)

Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan;

(d)

Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam;

(e)

Qazaf iaitu menuduh seseorang berzina tanpa mendatangkan empat orang


saksi; dan

(f)

Penyalahgunaan tanda halal.

8.2.5

Pengecualian Am

Pengecualian Am bermaksud perkara-perkara atau tindakan yang tidak


dianggap sebagai suatu kesalahan. Pengecualian Am di bawah Enakmen Jenayah
Syariah (Negeri Selangor) 1995 adalah seperti yang berikut:
(a)

Perbuatan hakim apabila bertindak secara kehakiman;

(b)

Perbuatan yang
mahkamah;

(c)

Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai justifikasi di


sisi undang-undang;

(d)

Perbuatan kanak-kanak yang belum baligh;

(e)

Perbuatan seseorang yang tidak sempurna akal; dan

(f)

Perbuatan orang yang terpaksa oleh sebab ugutan.

dilakukan

menurut

penghakiman

atau

Copyright Open University Malaysia (OUM)

perintah

92

TOPIK 8

UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

SEMAK KENDIRI 8.2


1.

Apakah jenis-jenis kesalahan dalam Enakmen Jenayah Syariah?

2.

Huraikan kesalahan-kesalahan mengenai kesusilaan.

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan Pengecualian Am dalam


undang-undang jenayah?

AKTIVITI 8.2
Bandingkan peruntukan-peruntukan Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah dengan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

8.3

PERSUBAHATAN DAN PERCUBAAN

Kita akan melihat kesalahan persubahatan dan percubaan melakukan jenayah


menurut Islam.
Persubahatan ialah perbuatan bersubahat melakukan sesuatu tindakan
jenayah.

Persubahatan boleh berlaku apabila seseorang melakukan tindakan-tindakan


seperti yang berikut:
(a)

Menghasut mana-mana orang supaya melakukan perkara jenayah;

(b)

Mengambil bahagian bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang


lain dalam apa-apa pakatan jahat untuk melakukan perkara itu dan dengan
tujuan melakukan perkara itu serta ekoran daripada pakatan jahat itu
berlaku perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang; atau

(c)

Dengan sengaja membantu, dengan apa-apa perbuatan atau ketinggalan


yang menyalahi undang-undang.

Percubaan ialah melakukan apa-apa perbuatan ke arah perlakuan sesuatu


kesalahan atau untuk menyebabkan suatu kesalahan dilakukan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

93

Jika tidak terdapat peruntukan yang nyata mengenainya dalam Enakmen


Jenayah Syariah atau undang-undang bertulis lain maka dihukum mengikut
kesalahan yang diperuntukkan kesalahan itu. Tempoh hukuman pemenjaraan
yang dikenakan sebagai hukuman kesalahan percubaan tidak boleh melebihi
dari tempoh maksimum pemenjaraan yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

SEMAK KENDIRI 8.3


1.

Berikan satu contoh kesalahan tindakan persubahatan.

2.

Apakah maksud percubaan melakukan jenayah?

3.

Apakah hukuman terhadap kesalahan persubahatan


percubaan melakukan jenayah dalam Islam?

dan

AKTIVITI 8.3
Bincangkan mengenai tindakan-tindakan persubahatan dan percubaan
yang boleh dianggap sebagai satu kesalahan jenayah. Berikan beberapa
contoh terhadap tindakan-tindakan tersebut.

8.4

HUKUMAN KESALAHAN JENAYAH


SYARIAH

Dalam bahagian ini kita akan mengkaji hukuman yang dikenakan bagi kesalahan
jenayah yang boleh dijatuhkan hukuman oleh mahkamah syariah setelah
disabitkan dengan tuduhan iaitu penjara, denda dan sebatan, atau gabungan
mana-mana hukuman tersebut.
Mahkamah syariah tidak boleh mengenakan hukuman hudud dan qisas. Bidang
kuasa jenayahnya lebih sempit daripada bidang kuasa mahkamah sivil.
Hukuman maksima bagi penjara yang boleh dikenakan tidak melebihi tiga
tahun. Jika tertuduh dijatuhi hukuman penjara, mahkamah yang menjatuhkan
hukuman itu hendaklah dengan segera menghantar satu waran kepada penjara
di mana dia akan dikurung dan hendaklah menghantarnya dalam jagaan polis
atau Pegawai Penguatkuasa Agama ke penjara itu berserta dengan waran. Tiaptiap hukuman penjara hendaklah berkuat kuasa mulai dari tarikh hukuman itu
dijatuhkan melainkan jika mahkamah yang menjatuhkan hukuman itu
mengarahkan selainnya (Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Selangor
2003, Seksyen 121).
Copyright Open University Malaysia (OUM)

94

TOPIK 8

UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

Hukuman denda maksimum yang boleh dikenakan bagi sesuatu kesalahan


jenayah ialah sebanyak RM5,000. Jika tidak terdapat peruntukan yang
memperuntukkan pengenaan denda tetapi hakim telah memutuskan hukuman
denda maka peruntukan yang berikut hendaklah terpakai: (Enakmen Tatacara
Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Seksyen 122).
(a)

Membenarkan masa untuk membayar denda itu;

(b)

Mengarahkan pembayaran denda itu dibuat secara ansuran;

(c)

Mengeluarkan satu waran untuk melevikan (mengenakan) jumlah itu


melalui distres (menahan harta untuk pembayaran denda) dan penjualan
apa-apa harta kepunyaan pesalah itu;

(d)

Mengarahkan bahawa sekiranya terdapat keingkaran membayar denda,


pesalah itu hendaklah menjalani hukuman pemenjaraan sebagai tambahan
kepada apa-apa hukuman pemenjaraan yang lain yang mungkin
dikenakan ke atasnya.

Seterusnya hukuman sebatan. Hukuman sebatan tidak boleh dikenakan


melainkan setelah diperakui oleh Pegawai Perubatan Kerajaan, bahawa pesalah
oleh sebab umur tua (50 tahun atau lebih), keuzuran atau apa-apa sebab lain
tiada dapat menjalani hukuman sebat keseluruhannya atau sebahagiannya.
Kemudian kes tersebut hendaklah dirujuk ke mahkamah yang boleh
memerintahkan hukuman itu dilaksanakan mengikut cara yang difikirkan
munasabah. Jika semasa perlaksanaan hukum sebat itu Pegawai Perubatan
Kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan,
sebatan itu hendaklah ditangguhkan sehingga Pegawai Perubatan itu
memperakui bahawa pesalah itu sihat tubuhnya untuk menjalani baki hukuman
itu (Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Seksyen 125 dan
126). Seorang yang adil dan matang hendaklah dilantik bagi melaksanakan
hukuman sebat. Alat sebatan hendaklah daripada rotan atau ranting pokok kecil
yang tidak beruas atau berbuku, panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan
tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter. Sebatan hendaklah dengan kekuatan
yang sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala serta tidak
melukakan kulit pesalah. Selepas setiap sebatan, penyebat hendaklah diangkat
ke atas bukan ditarik. Sebatan bolehlah dikenakan ke seluruh bahagian tubuh
kecuali muka, perut, kepala, dada atau bahagian-bahagian sulit. Pesalah
hendaklah memakai pakaian mengikut hukum syarak. Pesalah lelaki hendaklah
disebat dalam keadaan dia berdiri, manakala pesalah wanita hendaklah disebat
dalam keadaan dia duduk.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8

UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

95

SEMAK KENDIRI 8.4


1.

Apakah bentuk-bentuk hukuman yang boleh dikenakan ke atas


kesalahan jenayah oleh mahkamah syariah?

2.

Bagaimanakah hukuman sebatan yang boleh dilaksanakan di


mahkamah syariah?

3.

Apakah bidang kuasa mahkamah jenayah syariah?

AKTIVITI 8.4
Terangkan tatacara perlaksanaan hukuman sebat menurut syarak.
Sejauh manakah tatacara tersebut diikuti di Malaysia?

Bidang kuasa mahkamah syariah dalam jenayah hanya ke atas kesalahankesalahan takzir sahaja.

Enakmen Jenayah Syariah tidak mengandungi kesalahan-kesalahan jenayah


menurut hukum syarak sepenuhnya, sebaliknya ia merupakan beberapa
kesalahan terhadap ajaran Islam.

Kesalahan-kesalahan tersebut boleh dikategorikan kepada kesalahan


mengenai akidah, kesalahan berhubung dengan kesucian agama Islam dan
institusinya, kesusilaan dan kesalahan pelbagai.

Bentuk hukuman yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah syariah ialah


penjara, denda dan sebatan.

Persubahatan dalam melakukan sesuatu tindakan jenayah ialah membantu,


mengambil bahagian dan menghasut.

Setakat ini hukuman bagi kesalahan jenayah syariah tidak boleh melebihi apa
yang diperuntukkan kepada had bidang kuasa mahkamah syariah.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

96

TOPIK 8

UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

Al-Baghi

Percubaan

Diyat

Persubahatan

Hirabah

Qazaf

Hudud

Qisas

Khamar

Sariqah

Murtad

Sebatan

Penjara

Zina

`Abd al-Qadir `Awdah. (1987). Al-Tashri` al-Jina`iy al-Islamiy, J. 1. Beirut;


Muassasah al-Risalah. Bab 2: Anwa` al-jarimah.
Ahmad Mohamed Ibrahim. (1997). Pentadbiran undang-undang Islam di
Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Akta
Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
Siti Zalikhah. (2008). Al-Syariah, Jilid 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

Topik Undang-undang

Keterangan
Islam

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menerangkan jenis-jenis keterangan dalam Islam;

2.

Menghuraikan cara-cara keterangan dalam Islam;

3.

Menerangkan jenis-jenis keterangan yang terdapat dalam Enakmen


Keterangan Mahkamah Syariah; dan

4.

Membandingkan jenis-jenis dan cara-cara keterangan di Mahkamah


Sivil dan Mahkamah Syariah.

PENGENALAN

Dalam topik ini kita akan membincangkan mengenai undang-undang


keterangan Islam di Malaysia. Undang-undang keterangan dalam Islam
bermaksud petunjuk yang jelas atau secara logik atau melalui pancaindera.
Undang-undang keterangan ialah sesuatu yang memperjelaskan atau
menerangkan perkara yang sebenar serta menzahirkannya.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

98

TOPIK 9

9.1

UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM

BENTUK-BENTUK KETERANGAN DALAM


ISLAM

Kita akan mengkaji bentuk-bentuk undang-undang keterangan yang boleh


diterima pakai di mahkamah. Jenis-jenis keterangan yang akan dibincangkan
ialah al-Shahadah, Iqrar, al-Yamin, Qarinah, Rayu al-Kabir dan al-Kitabah.

9.1.1

Al-Shahadah

Kita akan membincangkan bentuk undang-undang keterangan yang pertama


iaitu Al-Shahadah. Al-shahadah bermaksud kesaksian. Kesaksian merupakan
cara-cara pensabitan yang paling kukuh kerana ia lebih jelas dan kuat daripada
cara pensabitan yang lain. Kesaksian bermaksud berita benar yang diperkatakan,
atau seseorang yang mengetahui dan memperjelaskan apa yang diketahui. Dari
segi syarak kesaksian bermaksud perkhabaran seseorang mengenai apa yang
diketahui dengan lafaz tertentu (ashhadu). Kelayakan saksi adalah seperti yang
berikut:
(a)

Saksi mestilah baligh dan berakal. Kesaksian


diterima menurut pendapat jumhur fuqaha;

kanak-kanak

tidak

(b)

Mengetahui apa yang dipersaksikan;

(c)

Beragama Islam;

(d)

Saksi mestilah bersifat adil, maksudnya tidak melakukan dosa-dosa


besar;

(e)

Tidak terdapat tohmah, iaitu keraguan terhadap persaksiannya seperti


permusuhan, berkepentingan dan perkongsian, kerabat terdekat dan suami
atau isteri, dengan yang dipersaksikan ke atasnya; dan

(f)

Tidak buta atau bisu.

Manakala syarat-syarat kebolehterimaan saksi adalah seperti yang berikut:


(a)

Saksi hendaklah mempunyai kelayakan sepertimana yang dinyatakan di


atas;

(b)

Memulakan pendakwaan;

(c)

Atas permintaan pihak menuntut;

(d)

Izin hakim bagi saksi memberi keterangan;

(e)

Saksi hendaklah menggunakan lafaz, Aku menyaksikan (ashhadu).


Maksudnya saksi melihat dan mendengar sendiri;

(f)

Saksi menumpukan kesaksiannya ke atas apa yang didakwa atau dituntut;


Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM

99

(g)

Saksi menyatakan kesaksiannya dengan jelas berdasarkan pengamatannya


bukan melalui percakapan orang lain;

(h)

Saksi hendaklah memindahkan apa yang didengar atau lihat kepada


hakim, bukannya menyatakan kesimpulan daripada apa yang berlaku; dan

(i)

Saksi hendaklah dipisahkan dan dikehendaki bersumpah bahawa dia


memberi keterangan yang benar.

Kes-kes hudud dan qisas memerlukan keterangan saksi.

9.1.2

Al-Yamin

Al-Yamin atau sumpah bermaksud salah satu pihak yang bertikai


memperkukuhkan pemberitahuan (al-Khabar) dengan menyebut nama Allah
SWT atau sifat-sifat-Nya. Al-Yamin ada kalanya dilakukan pihak menuntut dan
ada kalanya dilakukan oleh pihak kena tuntut. Sumpah tidak boleh ditarik balik,
ia mengikat pihak yang bersumpah.

9.1.3

Iqrar

Iqrar bermaksud perkhabaran seseorang tentang hak orang lain yang


tertanggung ke atasnya walaupun pada masa akan datang. Iqrar boleh dilakukan
dalam bentuk lisan, tulisan dan isyarat. Iqrar tidak mengikat jika ada paksaan
atau ugutan.

9.1.4

Qarinah

Qarinah ialah kesimpulan (istinbat) fakta-fakta kejadian yang tidak diketahui


yang diperoleh daripada kejadian lain yang sabit dan diketahui. Kesimpulan
tersebut sama ada ditentukan oleh undang-undang atau dibuat oleh hakim.
Kesimpulan yang ditentukan oleh undang-undang (qarinah qanuniyyah) adalah
tetap dan tidak boleh disabitkan sebaliknya walau sedikitpun. Misalnya seorang
kanak-kanak yang belum mencapai usia tujuh tahun Hijriyyah (qamariyyah)
adalah qarinah bahawa dia tidak mumayyiz. Manakala qarinah yang dibuat oleh
hakim ialah jika terdapat tompokan darah pada pakaian orang yang dituduh
sama jenisnya dengan darah mangsa dan tertuduh orang yang terakhir bersama
mangsa, maka tertuduh boleh disabitkan menyerang mangsa.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

100 TOPIK 9 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM

9.1.5

Ra`yu al-Khibrah

Dalam bahagian ini kita akan membincangkan pendapat pakar. Pendapat pakar
bermaksud keterangan yang diberi oleh orang yang berkemahiran dalam bidang
khusus seperti doktor pakar, ahli kimia, pakar psikologi, dan sebagainya. Pada
zaman dahulu keterangan pakar membaca urut tapak kaki bagi mengesan sulur
galur nasab (al-qafi) telah diterima pakai.

9.1.6

Lain-lain

Keterangan-keterangan lain adalah seperti qasamah (adalah sumpah oleh 50


orang penduduk di tempat jasad mangsa dijumpai mati bagi menafikan bahawa
pembunuhan dilakukan oleh penduduk-penduduk sekitar tempat tersebut jika
pembunuh tidak dapat dikesan), keterangan dokumentari dan seumpamanya
diterima pakai. Manakala `ilm al-qadi (pengetahuan hakim sendiri) dan firasat
hakim terdapat khilaf mengenainya (Mahmud Saedon, 1990).

SEMAK KENDIRI 9.1


1.

Apakah undang-undang keterangan?

2.

Terangkan lima jenis keterangan dalam Islam.

3.

Apakah kelayakan-kelayakan seorang saksi?

AKTIVITI 9.1
Bincangkan
kepentingan
menegakkan keadilan.

9.2

undang-undang

keterangan

dalam

BEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIAN

Dalam bahagian ini kita akan membincangkan mengenai beban dan darjah
pembuktian dalam undang-undang keterangan Islam. Darjah pembuktian
keterangan yang diperlukan dalam kes hudud dan qisas ialah sampai ke
peringkat yakin. Manakala dalam kes selainnya ialah setakat ghalabah al-zan
(zan yang tinggi).

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM 101

Beban membuktikan dalam kes jenayah terletak ke atas yang mendakwa.


Manakala beban membukti dalam kes mal terletak ke atas pihak yang
mengemukakan sesuatu hak.

Dalam keadaan yang lain mana-mana pihak yang mengatakan sesuatu fakta
maka beban membukti terletak ke atasnya.
Menurut perundangan Islam, pemberatan keterangan perlu diberi perhatian
apabila terdapat percanggahan antara keterangan yang dikemukakan oleh
pihak-pihak yang terlibat. Kaedah tersebut dikenali sebagai tarjih al-Bayyinat
(pemberatan keterangan). Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti yang berikut
(Siti Zalikha, 2006):
(a)

Menerima pakai kedua-dua keterangan


Jika kedua-dua keterangan boleh diterima dan tidak terdapat salah satu
yang lebih kuat (rajih), maka hakim hendaklah menerima kedua-duanya
dan memutuskan bagi kedua-dua pihak.

(b)

Menerima pakai bayyinah yang kuat


Jika terdapat beberapa bayyinah maka hendaklah diterima pakai bayyinah
yang lebih kuat (rajih).

(c)

Digugurkan kesemua keterangan


Jika tidak boleh diterima pakai keterangan-keterangan yang dikemukakan
kerana tidak boleh ditarjih, maksudnya kesemuanya lemah maka
keterangan-keterangan tersebut hendaklah digugurkan.

SEMAK KENDIRI 9.2


1.

Jika kedua-dua keterangan sama kuat, apakah yang mesti


diputuskan oleh hakim?

2.

Bagaimanakah menentukan bayyinnah yang kuat?

3.

Apakah yang
pembuktian?

dimaksudkan

dengan

beban

dan

Copyright Open University Malaysia (OUM)

darjah

102 TOPIK 9 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM

AKTIVITI 9.2
Bincangkan mengenai bentuk-bentuk pembuktian yang diterima pakai
di Mahkamah Syariah Malaysia.

9.3

ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH


SYARIAH

Mari kita lihat Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah di Malaysia, sebelum


dikanunkan undang-undang keterangan syariah, undang-undang keterangan
sivil diterima pakai di Mahkamah Syariah tetapi dalam keadaan yang tidak
terlalu mengikat. Negeri Selangor mempunyai Enakmen Keterangan Syariah
1996. Kemudian terdapat Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri
Selangor) 2003. Di Wilayah-wilayah Persekutuan terdapat Akta Keterangan
Mahkamah Syariah 1997, di Terengganu terdapat Enakmen Keterangan
Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001. Tetapi selepas tahun 2000, negeri-negeri
di Malaysia menerima pakai draf yang seragam. Keterangan merangkumi
bayyinah dan shahadah. Keterangan terbahagi kepada dua jenis, iaitu
keterangan lisan dan keterangan dokumentari (Ahmad Ibrahim, 1997).

9.3.1

Qarinah atau Fakta

Perkara yang pertama sekali dibincangkan dalam undang-undang keterangan


Syariah ialah Qarinah. Qarinah ialah fakta yang mempunyai kaitan dengan fakta
persoalan dan fakta yang satu lagi dengan apa-apa cara yang disebut dalam
Enakmen Keterangan Syariah.

9.3.2

Iqrar atau Pengakuan

Iqrar ialah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang secara lisan atau bertulis
atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau
tanggungan terhadap seseorang lain berkenaan sesuatu hak. Sesuatu iqrar yang
dibuat dalam mahkamah hendaklah di hadapan hakim. Atau jika di luar
mahkamah, hendaklah di hadapan dua orang saksi lelaki yang akil baligh dan
adil. Iqrar yang berikut tidak boleh diterima:
(a)

Iqrar seseorang yang tidak akil baligh;

(b)

Iqrar orang yang belum dewasa;

(c)

Iqrar orang gila atau orang terencat akal (ma`tuh);


Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

(d)

UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM 103

Iqrar wali atau penjaga yang dibuat bagi pihak seseorang di bawah jagaan
atau tanggungjawabnya;

(e)

Iqrar yang tidak dibuat secara sukarela; atau

(f)

Iqrar seseorang yang dihalang di bawah mana-mana undang-undang


bertulis untuk mentadbir hartanya (mahjur `alaih).

Iqrar yang dibuat oleh seseorang kanak-kanak mumayyiz yang telah diberi
kebenaran oleh wali atau penjaganya untuk menjalankan apa-apa perniagaan
atau urusan boleh diterima setakat yang iqrar itu berkaitan dengan perniagaan
atau urusan itu. Iqrar yang dibuat oleh seseorang yang berada dalam keadaan
marad al-mawt berhubung dengan tanggungan atau obligasinya terhadap
seseorang lain boleh diterima.

9.3.3

Saksi

Semua orang Islam adalah kompeten memberi syahadah atau bayyinah sebagai
saksi dengan syarat mereka hendaklah akil baligh, adil, mempunyai ingatan
yang baik dan tidak menimbulkan tohmah. Seseorang yang bukan Islam adalah
kompeten memberi bayyinah untuk seseorang Islam jika keterangannya boleh
diterima mengikut hukum syarak. Seseorang saksi yang tidak dapat bercakap
boleh memberi bayyinah dengan apa-apa cara yang boleh difahami seperti
melalui tulisan atau isyarat. Tetapi bayyinah tersebut hendaklah dilakukan di
mahkamah terbuka. Keterangan seorang suami terhadap isterinya dan
keterangan isteri terhadap suaminya boleh diterima sebagai syahadah dan
bayyinah.

9.3.4

Sumpah

Peruntukan mengenai sumpah tidak terdapat dengan jelas dalam yang


dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

9.3.5

Pemeriksaan Saksi

Pemeriksaan seseorang saksi dibuat melalui pemeriksaan utama, pemeriksaan


balas dan pemeriksaan semula. Pemeriksaan seseorang saksi oleh pihak yang
memanggilnya disebut pemeriksaan utama. Manakala pemeriksaan saksi oleh
pihak menentang disebut pemeriksaan balas. Saksi-saksi pada mulanya mestilah
diperiksa secara utama, kemudian diperiksa balas dan akhir sekali diperiksa
semula. Apa-apa soalan yang menyarankan jawapan yang hendak atau yang
dijangka akan didapati oleh orang yang mengemukakannya atau yang
menyarankan fakta-fakta yang dipertikaikan disebut soalan memimpin. SoalanCopyright Open University Malaysia (OUM)

104 TOPIK 9 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM

soalan memimpin tidak boleh ditanya dalam pemeriksaan utama atau dalam
pemeriksaan semula kecuali dengan kebenaran mahkamah.
Jika seorang saksi telah memberikan keterangannya melalui syahadah dan
hakim mempunyai alasan bagi mempercayai bahawa dia tidak adil, hakim
hendaklah memerintahkan saksi tersebut diperiksa sebagaimana yang
diperuntukkan, iaitu sama ada pemeriksaan rahsia atau pemeriksaan terbuka.

9.3.6

Penolakan Saksi

Apabila mana-mana pihak kepada sesuatu prosiding mengisytiharkan manamana saksi pihak menentang sebagai tidak adil, sama ada sebelum atau selepas
pemeriksaan saksi dengan mengemukakan apa-apa keterangan yang boleh
menghalang penerimaannya, hakim mesti mengkehendaki pihak itu
membuktikan fakta tersebut.

9.3.7

Keterangan Dokumentari

Kandungan dokumen boleh dibuktikan sama ada dengan keterangan primer


atau melalui keterangan sekunder. Keterangan primer ertinya dokumen itu
sendiri yang dikemukakan untuk pemeriksaan mahkamah. Manakala
keterangan sekunder termasuklah:
(a)

Salinan diperakui yang diberikan menurut peruntukan-peruntukan yang


terkandung kemudian daripada itu;

(b)

Salinan yang dibuat daripada naskhah asal melalui proses mekanikal, yang
sendirinya memastikan ketepatan salinan itu, dan juga salinan yang
dibandingkan dengan salinan itu; dan

(c)

Salinan yang dibuat daripada atau yang dibandingkan dengan naskhah


asal (Ibnu Qayim, 1953).

SEMAK KENDIRI 9.3


1.

Bagaimanakah pemeriksaan saksi oleh pihak mahkamah?

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan soalan memimpin?

3.

Apakah kelayakan saksi adil?

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM 105

AKTIVITI 9.3
Bincangkan mengenai kandungan Enakmen Keterangan Syariah
Malaysia yang berkaitan dengan tatacara memberi keterangan di
mahkamah.

9.4

PERBEZAAN KETERANGAN DI
MAHKAMAH SYARIAH DAN MAHKAMAH
SIVIL

Mari kita lihat perbezaan antara tatacara keterangan di Mahkamah Syariah dan
Mahkamah Sivil.
Jadual 9.1 menunjukkan perbezaan keterangan antara
Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.
Jadual 9.1: Perbezaan Keterangan antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil
Mahkamah Syariah

Mahkamah Sivil

Tertuduh tidak boleh diterima sebagai


saksi dalam kes jenayah dan mal.

Tertuduh boleh menjadi saksi.

Oleh kerana Mahkamah Syariah tidak ada


bidang
kuasa
untuk
melaksanakan
hukuman hudud dan qisas maka bilangan
saksi yang lazim dipakai memadai dua
atau paling minima ialah seorang saksi dan
sumpah pihak menuntut.

Di Mahkamah Sivil, hukuman hudud dan


qisas tidak dilaksanakan. Kesalahan
jenayah disabitkan tanpa menentukan
kuantiti dan kualiti saksi. Ia bergantung
kepada
kebolehterimaan
dan
kebolehpercayaan seseorang saksi sahaja.

Pemeriksaan saksi boleh dilakukan secara


terbuka dan secara rahsia.

Saksi hanya diperiksa melalui soalansoalan dalam perbicaraan.

Kualiti saksi sepertimana ditetapkan oleh


Islam tetap dijaga.

Tidak ada penetapan yang rapi mengenai


kualiti dan bilangan saksi

Sumber: Abdul Muin (1999)

Copyright Open University Malaysia (OUM)

106 TOPIK 9 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM

SEMAK KENDIRI 9.4


1.

Sebutkan tiga perbezaan antara saksi di Mahkamah Syariah dan


Mahkamah Sivil.

2.

Apakah jenis keterangan yang lazim dipakai di Mahkamah


Syariah?

3.

Apakah kualiti seorang saksi menurut Islam?

AKTIVITI 9.4
Bincangkan mengenai perbezaan antara kaedah memberi keterangan di
Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Kaedah manakah yang lebih
hampir ke arah menegakkan keadilan?

Dengan adanya Undang-undang Keterangan Syariah, perjalanan kes di


Mahkamah Syariah bertambah lancar, mantap dan teratur.

Undang-undang Keterangan Syariah lebih rapi dan kukuh kedudukannya


kerana terdapat pemberatan keterangan dan kualiti serta kuantiti saksi.

Dalam Islam kelayakan dan kebolehterimaan saksi menjadi keutamaan.

Keterangan-keterangan yang banyak diterima pakai di Mahkamah Syariah


ialah kesaksian, iqrar, sumpah dan qarinah.

Perbezaan antara keterangan di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah


ialah dari segi pemberatan keterangan, kualiti saksi dan kuantiti saksi.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9

UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM 107

Al-Shahadah

Pensabitan

Bayyinah

Qarinah

Dokumen awam

Qasamah

Ghalabah al-zan

Ra`yu al-khibrah

Iqrar

Saksi

Pemeriksaan saksi

Sumpah

Abdul Muin Abdul Rahman. (1999). Witness in Islamic law of evidence. Kuala
Lumpur: Pelanduk Publications.
Ahmad Mohamed Ibrahim. (1997). Pentadbiran undang-undang Islam di
Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (1953). Al-Turuq al-Hukmiyyah. Kaherah: Dar alMadaniy.
Mahmud Saedon. (1990). Undang-undang keterangan Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
Siti Zalikhah. (2006). Al-Syariah, Jilid 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

Topik

10

Mahkamah
Syariah
Malaysia

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menghuraikan sejarah penubuhan mahkamah syariah di Malaysia;

2.

Menjelaskan hierarki mahkamah syariah sebelum dan selepas tahun


1980-an;

3.

Mengenal pasti bidang kuasa jenayah dan sivil mahkamah syariah;

4.

Menghuraikan bidang kuasa mahkamah rayuan syariah; dan

5.

Menerangkan peranan dan perlantikan Peguam Syarie, Pegawai


Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie.

PENGENALAN

Dalam topik sebelum ini, kita telah mempelajari pemakaian undang-undang


keterangan Islam dan bagaimana ia berbeza dengan pemakaian undang-undang
keterangan dalam sistem pentadbiran mahkamah sivil. Kita perlu tahu apakah
bidang kuasa mahkamah syariah dan apakah kes-kes yang boleh dikemukakan
di hadapannya. Selain itu, sejarah dan perkembangan yang dilalui oleh
mahkamah syariah juga perlu dikaji supaya mendapat gambaran jelas mengenai
halatuju mahkamah syariah di Malaysia.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

10.1

MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA 109

SEJARAH MAHKAMAH SYARIAH

Mari kita lihat sejarah penubuhan mahkamah syariah di Malaysia. Sebelum


tahun 1980-an, Mahkamah syariah dikenali sebagai Mahkamah Kadi. Pada masa
itu hierarki Mahkamah Kadi adalah seperti Rajah 10.1.

Rajah 10.1: Hierarki Mahkamah Kadi

Selepas tahun 1980-an, Mahkamah Kadi telah diwujudkan berdasarkan Enakmen


Pentadbiran Agama Islam. Mahkamah Kadi diketuai oleh seorang Kadi yang
dilantik oleh Sultan bagi negeri-negeri Melayu. Manakala sebelum tahun 1980an, di Negeri-Negeri Selat, Kadi dan Naib Kadi dilantik oleh Gabenor.
Sebelum tahun 1984,
Mahkamah Kadi telah diletakkan dalam struktur
kehakiman. Tetapi selepas itu ia dikeluarkan daripada struktur kehakiman dan
wujud secara bersendirian. Di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, mahkamahmahkamah untuk pentadbiran undang-undang mal dan jenayah adalah seperti
yang berikut (Ahmad Mohamed Ibrahim, 1997):
(a)

Mahkamah Agung, mengandungi Mahkamah Rayuan dan mahkamahmahkamah Hakim.

(b)

Mahkamah-mahkamah Majistret Kelas Pertama.

(c)

Mahkamah-mahkamah Majistret Kelas Kedua.

(d)

Mahkamah-mahkamah Kadi dan Naib Kadi.

(e)

Mahkamah-mahkamah Penghulu.

Selepas merdeka, Mahkamah Kadi telah diubah menjadi Mahkamah Negeri.


Selepas tahun 1980-an, terdapat dua jenis kadi iaitu Kadi Daerah atau Kadi Litar
(kadi yang bergerak) dan Kadi Besar. Pada mulanya Akta Mahkamah Kadi
(Bidang Kuasa Jenayah) 1984, hanya mempunyai bidang kuasa ke atas
Copyright Open University Malaysia (OUM)

110 TOPIK 10 MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA

kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara tidak melebihi enam


bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya. Kedudukan
pentadbiran undang-undang di Mahkamah Kadi yang tidak memuaskan telah
disedari oleh kerajaan dan orang-orang Islam di Malaysia. Maka satu
jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tan Sri Syed Nasir Ismail
telah ditubuhkan bagi menimbang kedudukan, kuasa dan status mahkamah
syariah dan hakim-hakim mahkamah syariah. Jawatankuasa itu dalam
laporannya kepada kerajaan telah mengesyorkan seperti yang berikut (Ahmad
Mohamed Ibrahim, 1997):
(a)

Pentadbiran mahkamah syariah hendaklah


pentadbiran Majlis Agama Islam di negeri-negeri;

dipisahkan

daripada

(b)

Status dan bidang kuasa mahkamah syariah hendaklah diperbaiki dan


ditambah; dan

(c)

Status dan kedudukan hakim-hakim mahkamah syariah hendaklah


dinaiktarafkan dan suatu perkhidmatan kehakiman dan perundangan
ditubuhkan bagi hakim-hakim dan pegawai-pegawai mahkamah syariah
dan pendakwa-pendakwa.

Setelah negeri-negeri bersetuju dengan pemisahan antara Majlis dan Mahkamah


Kadi, maka, bermulalah era pembaharuan. Akta Mahkamah Kadi (Bidang Kuasa
Jenayah) 1984 telah dipinda dalam tahun 1988 bagi membolehkan mahkamah
syariah membicarakan kes-kes jenayah yang boleh dihukum dengan penjara
sehingga 3 tahun, denda sehingga RM5,000 dan enam sebatan atau gabungan
kesemua hukuman itu. Selepas itu negeri-negeri mula mengadakan Enakmen
Kesalahan Syariah bagi memenuhi pertambahan bidang kuasa tersebut.
Pada masa dahulu terdapat beberapa kes di mana keputusan mahkamah syariah
boleh diganggu oleh mahkamah sivil kerana ada kalanya mahkamah sivil
mempunyai bidang kuasa dalam perkara yang termasuk dalam bidang kuasa
mahkamah syariah. Jika terdapat pertentangan antara keputusan mahkamah
syariah dan mahkamah sivil, keputusan mahkamah sivil mengatasi keputusan
mahkamah syariah. Percanggahan antara keputusan-keputusan mahkamah
syariah dan mahkamah sivil telah dielakkan melalui pindaan kepada Perkara 121
Perlembagaan
Persekutuan
dengan
menambah
Fasal
(1A)
yang
memperuntukkan bahawa mahkamah-mahkamah tinggi sivil dan mahkamahmahkamah di bawahnya tidak boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan apaapa perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah (Ahmad Mohamed Ibrahim,
1997).

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA 111

Berkuat kuasa 10 Jun 1988, Fasal Kesingkiran (1A) telah diperkenalkan oleh Akta
Perlembagaan (Pindaan) 1988 (Akta 704) yang dengan nyata menyingkirkan
bidang kuasa Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo
mengenai apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah syariah.
Rajah 10.2 menunjukkan hierarki Mahkamah syariah selepas tahun 1980-an.

Rajah 10.2: Hierarki Mahkamah syariah selepas tahun 1980-an

Terdapat dalam kalangan negeri-negeri yang mempunyai Enakmen


Pentadbiran Mahkamah syariah secara berasingan, maksudnya di negeri- negeri
tersebut peruntukan-peruntukan mengenai mahkamah syariah tidak terdapat
dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam. Antara negeri-negeri yang
mempunyai undang-undang sedemikian ialah di Kedah terdapat Enakmen
Pentadbiran Mahkamah syariah Bilangan 1 tahun 1983, di Perlis terdapat
Enakmen Pentadbiran Mahkamah syariah 1991 (Pindaan) 1996, di Kelantan
terdapat Enakmen Pentadbiran Mahkamah syariah 1982, di Melaka terdapat
Enakmen Mahkamah syariah tahun 1993, di Sarawak terdapat Ordinan
Mahkamah syariah No. 4/91 dan di Sabah terdapat Enakmen Mahkamah syariah
2004 (Ahmad Ibrahim, 2007).

SEMAK KENDIRI 10.1


1.

Bandingkan hierarki Mahkamah Kadi dalam tahun 1950-an


dengan hierarki Mahkamah syariah pada masa kini.

2.

Apakah kesan pindaan Akta Mahkamah Kadi (Bidang Kuasa


Jenayah) 1965 dalam tahun 1984?

3.

Apakah peruntukan
mahkamah syariah?

Perlembagaan

Persekutuan

Copyright Open University Malaysia (OUM)

mengenai

112 TOPIK 10 MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA

AKTIVITI 10.1
Bincangkan mengenai sejarah penubuhan dan halatuju mahkamah
syariah di Malaysia.

10.2

BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH

Bidang kuasa Mahkamah syariah Malaysia yang terbahagi kepada dua iaitu
bidang kuasa mal dan bidang kuasa jenayah. Walau bagaimanapun bidang
kuasa tersebut ditentukan berdasarkan hierarki mahkamah.

10.2.1

Bidang Kuasa Mal (Sivil)

Mahkamah tinggi syariah dalam bidang kuasa malnya hendaklah mendengar


dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam
tindakan dan prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu
adalah mengenai perkara-perkara seperti yang berikut (Enakmen Pentadbiran
Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, Seksyen 61(3) (b)):
(a)

Pertunangan, perkahwinan, rujuk, perceraian, pembubaran perkahwinan


(fasakh), nusyuz atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara
yang berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri;

(b)

Apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada


mana-mana perkara yang dinyatakan dalam perkara (a);

(c)

Nafkah orang-orang yang dibawah tanggungan, kesahtarafan atau


penjagaan atau jagaan (hadanah) budak-budak;

(d)

Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;

(e)

Wasiat atau alang semasa marid al-maut;

(f)

Alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang
memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh seorang Islam;

(g)

Wakaf atau nazar;

(h)

Pembahagian dan perwarisan harta berwasiat atau tak berwasiat;

(i)

Penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka


seseorang Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing
orang itu berhak;

(j)

Pengisytiharan bahawa seorang itu bukan lagi seorang Islam;

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA 113

(k)

Pengisytiharan bahawa seorang yang telah mati itu ialah seorang Islam
atau sebaliknya pada masa kematiannya;

(l)

Pentadbiran masjid-masjid; dan

(m) Perkara-perkara lain yang berkenaan dengan bidang kuasa diberikan oleh
mana-mana undang-undang bertulis.
Dalam apa-apa rayuan Mahkamah Tinggi Syariah boleh mengesahkan,
mengakaskan (membalikkan) atau mengubah keputusan mahkamah yang
membicarakan. Ia juga boleh menjalankan mana-mana kuasa yang boleh
dijalankan oleh mahkamah yang membicarakan, apa-apa perintah yang
sepatutnya dibuat oleh mahkamah yang membicarakan, atau memerintahkan
perbicaraan semula seperti yang telah dinyatakan dalam Enakmen Pentadbiran
Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, Seksyen 63(2)(b). Rayuan kepada
Mahkamah Tinggi Syariah daripada apa-apa keputusan sesuatu Mahkamah
Rendah Syariah dalam bidang kuasa malnya boleh dibuat seperti yang berikut
(Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, Seksyen 63(1)(b)):
(a)

Oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu, jika amaun
yang dituntut tidak kurang daripada RM1,000;

(b)

Dalam semua kes yang melibatkan apa-apa keputusan mengenai taraf diri,
oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu; dan

(c)

Dalam semua kes yang berhubung dengan nafkah orang-orang


tanggungan, oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu,
dengan syarat tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan yang telah
dibuat dengan persetujuan.

Manakala bidang kuasa mal Mahkamah Rendah Syariah ialah mendengar dan
memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah
diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal
perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi RM100,000 atau tidak dapat
dianggar dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadanah atau harta sepencarian
seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 62(2)(b) (Ahmad Ibrahim, 2007).

10.2.2

Bidang Kuasa Jenayah

Mahkamah tinggi syariah dalam bidang kuasa jenayahnya hendaklah


membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seorang Islam dan boleh
dihukum di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 atau di bawah
mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa
menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap ajaran Islam dan boleh mengenakan
apa-apa hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu dalam Seksyen
61(3)(a).
Copyright Open University Malaysia (OUM)

114 TOPIK 10 MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA

Menurut Seksyen 63(2)(a) dalam mana-mana rayuan perkara jenayah,


Mahkamah syariah boleh menolak rayuan, mensabitkan dan menghukum pihak
yang merayu, memerintahkan mahkamah yang membicarakan memanggil
pembelaan atau membuat siasatan lanjut, menambah atau meminda hukuman,
memerintahkan perbicaraan semula, atau meminda, atau mengakaskan
(membalikkan) apa-apa perintah mahkamah yang membicarakan.
Manakala bidang kuasa jenayah Mahkamah rendah syariah pula hendaklah
membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seorang Islam di bawah
Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 atau mana-mana undang-undang
bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap ajaran agama Islam
yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh enakmen atau
mana-mana undang-undang bertulis tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya
dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan bagi
kesalahan itu. Mahkamah tinggi syariah mempunyai bidang kuasa pengawasan
dan penyemakan ke atas semua Mahkamah rendah syariah (Ahmad Ibrahim,
2007).

SEMAK KENDIRI 10.2


1.

Apakah pengertian bidang kuasa?

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan bidang kuasa sivil dan bidang


kuasa jenayah?

AKTIVITI 10.2
Bandingkan bersama rakan-rakan anda perbezaan bidang kuasa sivil
dan jenayah di mahkamah syariah dan mahkamah sivil.

10.3

MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH

Dalam bahagian ini kita akan membincangkan mengenai peranan atau fungsi
mahkamah rayuan syariah. Mahkamah rayuan syariah mempunyai bidang
kuasa untuk memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang
dibuat oleh mahkamah tinggi syariah dalam menjalankan bidang kuasa asalnya.
mahkamah rayuan syariah juga boleh atas permohonan mana-mana pihak
memberikan kebenaran untuk diputuskan olehnya sendiri apa-apa persoalan
undang-undang berkepentingan awam yang telah timbul dalam perjalanan
Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA 115

rayuan yang keputusannya oleh mahkamah tinggi syariah telah menyentuh


keputusan rayuan itu seperti yang telah termaktub dalam Seksyen 67.
Mahkamah rayuan syariah juga mempunyai bidang kuasa pengawasan dan
penyemakan ke atas Mahkamah tinggi syariah dan boleh, jika didapati perlu
demi kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas
kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana
peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah,
dalam Mahkamah tinggi syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod
tentang perkara atau prosiding itu dan boleh memberikan apa-apa arahan yang
dikehendaki demi keadilan (Seksyen 68 (1)). Sesuatu rayuan dalam Mahkamah
rayuan syariah hendaklah didengar oleh seorang pengerusi dan dua orang lain
yang ditentukan oleh Ketua Hakim Syarie daripada kalangan anggota panel
tetap hakim mahkamah rayuan syariah yang dilantik. Rayuan hendaklah
diputuskan mengikut pendapat majoriti (Ahmad Ibrahim, 1997).

SEMAK KENDIRI 10.3


1.

Apakah fungsi mahkamah rayuan syariah?

2.

Nyatakan bidang kuasa mahkamah rayuan syariah?

3.

Apakah kekangan yang dihadapi oleh mahkamah rayuan syariah?

AKTIVITI 10.3
Lakarkan serta bincangkan struktur status hieraki bidang kuasa
mahkamah rayuan syariah.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

116 TOPIK 10 MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA

10.4

PERANAN PENDAKWA SYARIE,


PENGUATKUASA AGAMA DAN PEGUAM
SYARIAH

Dalam bahagian ini kita akan membincangkan peranan Pendakwa Syarie,


Penguatkuasa Agama dan Peguam Syariah. Setiap negeri mesti mempunyai
seorang Ketua Pendakwa Syarie yang dilantik oleh Sultan. Kelayakan seorang
Ketua Pendakwa Syarie adalah setara dengan kelayakan seorang Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah. Ketua Pendakwa Syarie mempunyai kuasa bagi
memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu
kesalahan di hadapan mana-mana mahkamah syariah. Di samping itu, terdapat
pendakwa-pendakwa Syarie yang boleh dilantik daripada kalangan anggota
perkhidmatan awam negeri atau perkhidmatan bersama. Pendakwa-pendakwa
Syarie hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendakwa
Syarie. Majlis Agama Islam negeri boleh dilantik daripada kalangan anggota
perkhidmatan awam negeri atau perkhidmatan bersama seorang Ketua Pegawai
Penguatkuasa Agama dan Pegawai-pegawai Pengkuatkuasa Agama untuk
menjalankan penyiasatan kesalahan-kesalahan di bawah bidang kuasa
mahkamah syariah atau kesalahan-kesalahan terhadap ajaran Islam.
Untuk tujuan perwakilan, Majlis boleh menerima mana-mana orang yang
mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang hukum syarak menjadi
Peguam Syarie. Setiap negeri mempunyai kaedah-kaedah Peguam Syarie bagi
memenuhi tujuan kelayakan dan tatacara permohonan untuk menjadi seorang
Peguam Syarie. Di Sarawak, terdapat Kaedah-kaedah Peguam Syarie 1992. Di
Kedah, terdapat Peraturan-peraturan Peguam Syarie tahun 1988 (Ahmad
Ibrahim, 1997).

SEMAK KENDIRI 10.4


1.

Apakah tugas Penguatkuasa Syariah?

2.

Terangkan peranan Pendakwa Syarie.

3.

Berikan ulasan mengenai tanggungjawab Peguam Syarie.

AKTIVITI 10.4
Bincangkan kelayakan-kelayakan yang diperlukan untuk menjadi
seorang Pendakwa dan Peguam Syarie.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

10.5

MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA 117

LAIN-LAIN HAL MENGENAI


MAHKAMAH SYARIAH

Mari kita lihat lain-lain hal yang berkaitan dengan mahkamah syariah. Pada
umumnya, perbicaraan dalam mahkamah syariah adalah terbuka kepada orang
ramai. Walau bagaimanapun Mahkamah boleh memerintahkan agar
keseluruhan atau mana-mana bahagian sesuatu perbicaraan diadakan dalam
mahkamah tertutup jika perlu seperti yang disebut dalam Seksyen 72.
Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa bagi semua prosiding mahkamah
syariah dan semua dokumen serta nota prosiding boleh menggunakan tulisan
rumi atau jawi.
Walaupun mahkamah syariah merupakan mahkamah negeri tetapi ia boleh
melaksanakan tindakan bersaling. Maksudnya jika mahkamah syariah dalam
mana-mana negeri di Malaysia mengeluarkan waran atau saman untuk
dilaksanakan ke atas atau disampaikan kepada seseorang yang berada atau
dipercayai berada dalam negeri Selangor, maka mana-mana Hakim Syarie boleh
mengesahkan waran atau saman itu dengan menandatanganinya dan waran
atau saman itu boleh dilaksanakan atau disampaikan kepada orang itu seolaholeh waran atau saman itu telah dikeluarkan oleh mahkamah syariah dalam
negeri Selangor (Ahmad Ibrahim, 2007).

SEMAK KENDIRI 10.5


1.

Bilakah proses perbicaraan di mahkamah syariah dibuat secara


tertutup?

2.

Apakah bahasa penghantar yang digunakan di mahkamah


syariah?

Copyright Open University Malaysia (OUM)

118 TOPIK 10 MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA

Terdapat perubahan besar mengenai sistem dan hierarki mahkamah syariah


antara tahun 1950-an dan tahun 1980-an.

Bidang kuasa mahkamah syariah terbahagi kepada bidang kuasa jenayah


dan bidang kuasa sivil.

Mahkamah rayuan syariah hendaklah mendengar keputusan kes-kes


mahkamah tinggi syariah yang dirayukan kepadanya, memutuskan apa-apa
persoalan undang-undang berkepentingan awam yang telah timbul dan
mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas mahkamah
tinggi syariah.

Di mahkamah syariah terdapat sistem perwakilan melalui Peguam Syarie.


Manakala dalam bidang penguatkuasaan dan siasatan terdapat Pegawai
Penguatkuasa Agama dan pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwa Syarie.

Keputusan mahkamah syariah tidak boleh dirayu ke mahkamah sivil dengan


adanya pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 121 (1A), keputusan
mahkamah syariah sebuah negeri boleh dikuatkuasakan di negeri lain
melalui tindakan bersaling.

Bidang kuasa jenayah

Mahkamah rendah syariah

Bidang kuasa mal (Sivil)

Mahkamah tinggi syariah

Enakmen mahkamah syariah

Pendakwa syarie

Ketua hakim syarie

Penguatkuasa agama

Mahkamah rayuan syariah

Tindakan bersaling

Copyright Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10

MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA 119

Ahmad Ibrahim., & Ahilemah Joned. (2007). Sistem undang-undang di


Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Ibrahim., & Mahmud Saedon Awang Othman. (1988). Ke arah Islamisasi
undang-undang di Malaysia. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia.
Ahmad Mohamed Ibrahim. (1997). Pentadbiran undang-undang Islam di
Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor). (2003). Bahagian IVMahkamah syariah.

Copyright Open University Malaysia (OUM)

MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:


1.

E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR
2.

Fill in the Print Module online evaluation form available on myVLE.

Thank you.
Centre for Instructional Design and Technology
(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi)
Tel No.:

03-27732578

Fax No.:

03-26978702

Copyright Open University Malaysia (OUM)

You might also like