You are on page 1of 1

Ramadhan datang telah mengubah nasib Umat Islam di Mekah yang dahulunya

ditindas dan dihina ke arah yang lebih baik.


Ramadhan datang telah mengangkat kedudukan Islam setelah 13 tahun melalui
pelbagai dugaan dan cabaran ke tempat yang sepatutnya.
Ramadhan datang telah menjadikan Umat Islam lebih kuat, berani, bangga, dan
tidak mudah tunduk kepada sistem dan prinsip Jahiliyyah.
Ramadhan datang sebagai permulaan kepada kehancuran sistem, prinsip dan
neraca Jahiliyyah yang dipakai oleh kaum musyrikin Mekah dan digantikan dengan
sistem, prinsip dan neraca yang dibawa oleh Islam
Beginilah sepatutnya yang berlaku bilamana datangnya bulan Ramadhan. Taqwa
yang merupakan matlamat utama di dalam bulan Ramadhan inilah yang
mengangkat nasib dan kedudukan Umat Islam di muka bumi ini.

You might also like