You are on page 1of 54

Persoalan Mazhab

_________________________________________________________________________________________________________________________________

PERSOALAN
MAZHAB
Kenapa Perlu Mengikut Mazhab?

Persoalan Mazhab

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Tajuk
PERSOALAN MAZHAB
Kenapa Perlu Mengikut Mazhab?
Haji Jainal Sakiban al-Jauhari\

Cetakan Pertama: 2009M/1430H


Cetakan Kedua: 2010M / 1431H
Hakcipta terpelihara.

ISBN 978-983-43884-5-4

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan buku ini
dalam apa bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin daripada pihak
penerbit iaitu
Sekretariat Menangani Isu-Isu Akidah Dan Syariah,
Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Disungint oleh
Ustaz Mohd. Hafiz Bin Mansor

Disemak oleh
Lujnah Pemyemak Dan Pentashih Penerbitan Agama Johor
Majlis Agama Islam Negeri Johor

Diterbitkan oleh:
Sekretariat Menangani Isu-Isu Akidah Dan Syariah,
Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725,
80990 Johor Bahru.

Dicetak oleh:
Master Gifts Sdn Bhd
019-7777662

Persoalan Mazhab

_________________________________________________________________________________________________________________________________

PERSOALAN
MAZHAB
Kenapa Perlu Mengikut Mazhab?

Haji Jainal Sakiban AlAl-Jauhari

Persoalan Mazhab

_________________________________________________________________________________________________________________________________

INTISARI
Kandungan
Keperluan mazhab
Kenapa perlu mengikut mazhab? .................................................
Pengertian mazhab ..............................................................................
Sejarah Mazhab
- Di Madinah .....................................................................................
- Makkah dan Kufah ........................................................................
Imam mujtahid
Mazhab Hanafi ............................................................................
Dasar mazhab Hanafi ..................................................................
Kawasan penganut mazhab Hanafi ............................................
Mazhab Maliki
Dasar-dasar mazhab Maliki ........................................................
Sahabat Imam Malik dan pengembang mazhabnya ..................
Kawasan yang menganut mazhab Maliki ...................................
Mazhab Syafie
Dasar-dasar mazhab Syafie .......................................................
Sahabatnya di Irak .......................................................................
Sahabatnya di Mesir ...................................................................
Sejarah perkembangan mazhabnya ...........................................
Qaul qadim dan qaul jadid ..........................................................
Penyebaran ................................................................................
Keistimewaan .............................................................................
Kawasan yang menganut mazhab Syafie .................................
Mazhab Hambali
Dasar-dasar mazhabnya .............................................................
Pengembang mazhabnya ...........................................................
Kawasan yang menganut mazhab Hanbali ................................
Persoalan Mazhab: Kenapa perlu mengikut mazhab ........................
Golongan menolak mazhab ................................................................
Golongan mengharuskan mazhab ......................................................
Berpegang kepada satu mazhab ........................................................
Orang awam wajib mengikut mazhab .................................................
Pentingnya bermazhab .......................................................................
Bolehkan membuat mazhab sendiri ....................................................
Bahan rujukan ......................................................................................

Halaman

5
6
9
10
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
30
35
39
42
48
50
53

Persoalan Mazhab

_________________________________________________________________________________________________________________________________

@ @ya@ya@a@i

KEPERLUAN MAZHAB

erdapat setengah golongan yang kononnya terlalu progresif


dalam ilmu agama berpendapat bahawa masyarakat awam
hari ini tidak perlu mengikut mana-mana mazhab dan ulama,
cuma perlu mengikut al-Quran dan sunah secara terus.
Ada setengah golongan yang menganggap segulung ijazah sarjana
atau PhD yang dimiliki oleh seseorang individu itu sudah cukup
untuk melayakkan mereka tidak mengikuti mana-mana mazhab.
Tidak cukup dengan itu, ada juga setengah golongan yang
mendakwa mazhab adalah rekaan ulama silam yang mempunyai
pemikiran yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan
Sunnah sebagaimana dakwaan
Scacht, seorang orientalis
Jerman yang terkenal sebagai seorang yang amat anti Islam.
Makai a tidak perlu dijadikan sebagai satu ikutan, kerana Allah
SWT dan RasulNya tidak mewajibkan berbuat demikian.
Sesiapa saja yang mengikut mazhab termasuk di kalangan
pelaku bidaah mungkar, bahkan ada yang lebih dangkal
mengatakan seseorang itu sesat dan kafir. Adakah kenyataan ini
benar-benar ilmiah?
Apabila kenyataan seperti itu keluar daripada mulut
seseorang, maka terbukti kecetekannya dalam memahami
perbahasan ulama muktabar. Mereka membayangkan ulama

Persoalan Mazhab

_________________________________________________________________________________________________________________________________

mazhab terdahulu mengeluarkan fatwa tanpa sandaran atau


semberono sahaja terhadap nas al-Quran dan sunah.
Penyakit seperti itu berpunca daripada pemikiran alLamazhabiyyah (antimazhab) yang menggesa masyarakat awam
supaya tidak bermazhab, sedangkan mengikuti kefahaman dan
penjelasan dengan bertanyakan sesuatu masalah tidak diketahui
kepada ulama digalakkan agama Islam.
Persoalannya, adakah mengikut mazhab seperti mengikut
mazhab Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali sebagaimana yang
diamalkan oleh umat Islam hingga ke hari ini dihukumkan syirikkafir seperti dakwan setengah golongan yang mendakwa dirinya
tidak bermazhab dan kita perlu menolak mazhab.
Dalam masa yang sama, persoalan sebaliknya pula
dikemukan, kenapa fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang
mengamalkan mazhab Syafie perlu dijadikan pegangan dan
dipertahankan di Malaysia dan di rantau ini secara umum?
Sebelum kita menjawab persoalan di atas, ada baiknya
dijelaskan terlebih dahulu pengertian mazhab, sejarah dan imam
mujtahid yang menjadi ikutan mazhab supaya kita dapat
memahami apakahkah perkara-perkara yang dipertikaikan itu.
Pengertian Mazhab
Kata-kata mazhab (
    ) adalah merupakan sighah isim
makandari kata/fiil madhi zahaba (
). Zahaba ertinya pergi; oleh
kerana itu mazhab ertinnya: tempat pergi atau jalan. Kata-kata
lain yang semakna dengan mazhab ialah: maslak ( 

  ) , thariqah

Persoalan Mazhab

_________________________________________________________________________________________________________________________________

( 
 
)dan sabil ( ) yang kesemuanya bererti jalan atau cara.
Demikian pengertian mazhab dari segi bahasa.1
Adapun pengertian mazhab menurut K.H. Sirajuddin
Abbas, mazhab adalah fatwa atau pendapat seorang imam
mujtahid.2
Manakala Menurut Kamus Dewan3 mazhab ialah:
1.

2.
3.

Cabang ajaran Islam yang diikuti oleh umat Islam (iaitu


mazhab Syafie, Hanafi, Hambali dan Maliki): Di Mesir
umpamanya pada masa dahulu, mahkamah Syariah
semata-mata berpegang pada Hanafi;
Aliran fahaman, atau ajaran (seperti dalam bidang
ekonomi dan lain-lain);
Ajaran Kristian yang telah menyimpang daripada yang asli:
- Protestan.

Dalam buku Alla Mazhabiyyah Akhtar Bidah Tuhaddid alSyariatal al-Islamiyyah disebutkan: Adapun pengertian mazhab
menurut istilah ialah: jalam fikiran (faham / pendapat) yang
ditempuh oleh seorang imam mujtahid ddi dalam menetapkan
sesuatu hukum Islam dari Al-Quran dan hadis.4
Pngertian mazhab menurut Huzaimah dalam Pengantar
Perbandingan Mazhab, ialah asas pemikiran atau dasar yang
1

3
4

Dr. Said Ramadhan al-Buthi, Alaa Mazhabiyyatu Akhtaru Bidatin Tuhaddidus


Syariatal Islamiyyata (H. Anas Thahir Syamsuddin), P.T. Bina Ilmu, Surabaya, 1981,
hal. 17.
Sirajuddin Abbas, Sejarah dan keagungan Imam SyafiI, Pustaka Tarbiyah, Jakarta,
1972, hal. 52.
Kamus Dewan edisi ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1997, hal.
871.
Dr. Said Ramadhan al-Buthi, Loc. sit.

Persoalan Mazhab

_________________________________________________________________________________________________________________________________

digunakan oleh imam Mujtahid dalam memecahkan masalah, atau


mengistinbatkan (mengeluarkan sesuatu) hukum
Islam.
Selanjutnya Imam Mazhab dan mazhab itu berkembang
pengertiannya menjadi kelompok umat Islam yang mengikuti cara
istinbath Imam Mujtahid tertentu atau mengikuti pendapat Imam
Mujtahid tentang masalah hukum Islam.5
Daripada huraian di atas dapat disimpulkan bahawa yang
dimaksud dengan mazhab itu meliputi dua pengertian, iaitu:
a. Mazhab adalah cara berfikir atau metode ilmiah yang
digunakan oleh seseorang Imam Mujtahid dalam
mengambil kesimpulan hukum mengenai sesuatu peristiwa
berdasarkan kepada Al-Quran dan hadis.
b. Mazhab adalah fatwa atau pendapat seseorang Imam
Mujtahid tentang hukum sesuatu peristiwa yang diambil
dari Al-Quran dan hadis.
Jadi, kalau dikatakan mazhab Syafie maka ertinya ialah
jalan pemikiran atau cara berijtihad atau metode ilmiah yang
digunakan oleh Imam Syafie dalam menetapkan hukum sesuatu
perkara; atau fatwa / pendapat beliau tentang hukum sesuatu
masalah yang diambil dari Al-Quran dan sunnah. Demikian juga
halnya, jika dikatakan mazhab Maliki, mazhab Hanafi dan mazhab
Hanbali dan sebagainya.

Huzaemah, Pengantar Perbandingan Mazhab, Jakarta: Logos, Cet. III, 2003, hal. 71.

Persoalan Mazhab

_________________________________________________________________________________________________________________________________

MAZHAB
Sejarah
Mazhab

Soal:
Bagaimana
Islam?

timbulnya

mazhab

dalam

Jawab:
Setelah Rasulullah SAW wafat ramai para sahabat yang
berpindah dari satu negeri ke negeri lain, terutama pada masa
pemerintahan Bani Umaiyah.
Di setiap negeri yang mereka diami, mereka mengajarkan
apa yang mereka peroleh dari Rasulullah SAW kepada penduduk
di mana mereka tinggal. Di antara kota-kota tempat tinggal para
sahabat tersebut akhirnya ada yang berkembang menjadi pusat
perkembangan ilmu-ilmu keislaman yang di antaranya adalah ilmu
fikah Islam. Kota-kota tersebut antara lain ialah:
Di kota ini menetapnya semua khalifah yang
empat (khulafa al-Rasyidin) dan sejumlah
besar ulama dari kalangan para sahabat.
Di antaranya ialah Abdullah bin Abbas (wafat 68H), Abdullah bin
Umar (wafat 73H) sebelum keduanya pindah ke Makkah, Zaid Bin
Thabit (wafat 45H), dan lain-lain. Dari merekalah para ulama
tabiin (generasi sesudah sahabat) - seperti Said bin Musayyab,

MADINAH

Persoalan Mazhab

10

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Urwah bin Zubair, Abu Bakar bin Abdulrahman, Sulaiman bin


Yasar dan lain-lain - yang tinggal di Madinah menimba ilmu.
Imam Malik adalah seorang ulama Madinah yang hidup
setelah generasi tabiin tersebut. Beliau adalah seorang mujtahid
dan ulama besar yang diikuti oleh ramai orang, yang kepada
beliaulah mazhab Maliki di nisbahkan. Mazhab Maliki ini juga
dikenal dengan mazhab ahlul hadis. Sebab mereka lebih banyak
mendasarkan ijtihad mereka pada hadis-hadis Nabi yang banyak
mereka terima dari para tabiin yang meriwayatkannya dari
Rasulullah SAW.
Di antara sahabat besar yang tinggal di
Makkah ialah Abdullah bin Abbas dan
Abdullah bin Umar.
Murid-murid beliau dari kalangan tabiin di antaranya adalah Atha'
bin Rabah (wafat 114H), Thawus bin Kaisan (wafat 124H), Sufyan
bin Uyainah (wafat 198H), Muslim bin Khalid al-Jauzi dan lain-lain.
Muslim bin Khalid ini adalah guru Imam Syafie sebelum beliau
pergi berguru kepada Imam Malik di Madinah. Sedangkan Sufyan
bin Uyainah adalah salah satu guru Imam Ahmad bin Hambal.

MAKKAH

Di antara sahabat yang terkenal di kota ini


ialah Abdullah bin Mas'ud (wafat 32H) dan
Ali bin Abi Thalib (wafat 40H).
Di antara para murid mereka adalah: Alqomah bin Qais al-Nakha'i
(wafat 60H) dan Qadhi Syuraih (wafat 78 H).

KUFAH

Kepada merekalah para fuqaha (ahli-ahli fikah) Kufah


seperti Ibrahim al-Nakha'i, Sufyan al-Thauri, Abdullah bin
Syubrumah dan Imam Abu Hanifah belajar ilmu fikah. Namun

Persoalan Mazhab

11

_________________________________________________________________________________________________________________________________

hanya Abu Hanifahlah yang kemudian mempunyai pengikut


hingga sekarang. Mazhab beliau dikenal dengan mazhab Hanafi
atau mazhab ahlu al-ra'yi. Sebab beliau dalam ijtihadnya banyak
menggunakan ra'yu atau qiyas dan mengembangkan
madzhabnya yang sampai sekarang banyak dianuti oleh
kebanyakan bangsa Mesir, Turki dan India. Ulama Kufah terkenal
dengan mazhab qiyasnya kerana mereka dalam memahami fikah
banyak menggunakan qiyas.
Hasil-hasil ijtihad dan pendapat Imam Malik, Imam Abu
Hanifah, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hambal tersebut
akhirnya dikembangkan dan dibukukan oleh pengikutpengikutnya. Lantaran itu pengikut-pengikut mereka masih aktif
hingga ke hari ini. Hasil-hasil ijtihad dan pendapat para imam
itulah yang kemudian kita kenal dengan nama mazhab.
Sebenarnya selain daripada mereka (mazhab empat) ada
juga mazhab lain, tapi sayangnya mazhab mereka kurang dikenali
ramai kerana pendapat-pendapatnya tidak dibukukan seperti
mazhab yang empat.
Mazhab yang emapt ini berkembang bukanlah kerana
sumber hukum atau pendapatnya yang agak ringan yang
memang dimiliki oleh semua mazhab. Akan tetapi ketahanannya
adalah disebabkan kehebatan dan keunggulan peribadi pengasas
mazhab itu sendiri, jelasnya penerangan dan metod ilmiah yang
digunakan sehingga mampu menarik ramai peminat, adanya
murid dan pengikut yang bijak dan berinovasi tinggi yang
berusaha membukukan pendapat-pendapat tok gurunya serta
sokongan secara langsung atau tidak langsung dari pemerintah
dalam mendokong mazhab tersebut. Jadi, dapat disimpulkan

Persoalan Mazhab

12

_________________________________________________________________________________________________________________________________

mengenai faktor-faktor berkembangnya mazhhab yang empat


adalah seperti berikut:
1.

Pendapat-pendapat imamnya itu dikumpulkan dan


dibukukan. Hal ini tidak terdapat pada mereka atau
mazhab-mazhab lain yang hilang ditelan zaman.

2.

Adanya murid-murid mereka yang berusaha menyebar


luaskan pendapat-pendapatnnya, mempertahankan dan
mendokongnya. Dalam organisasi sosial pula mereka
mempunyai
kedudukan
yang
tinggi
sehingga
menyebabkan pendapatnya begitu berharga dan dipatuhi.

3.

Adanya kecenderungan jumhur muslimin (pemerintah dan


masyarakat umum) agar keputusan yang diberikan oleh
hakim berasal dari mazhab tertentu, sehingga dalam
berhujjah / menentukan hukuman tidak wujud tanggapan
negatif kerana mengikuti sentimen atau hawa nafsu di
mana hal sedemikian hanya mungkin berlaku bila mana
mazhab itu tidak membukukan pendapat-pendapatnya
mengenai masalah tersebut yang boleh dirujuk.6

Khudhairi Bek, op. cit, hal. 229.

Persoalan Mazhab

13

_________________________________________________________________________________________________________________________________

IMAM MUJTAHID

Mazhab
Hanafi

Soal:
Sila jelaskan mengenai pengasas mazhab
Hanafi, dasar-dasar, pengembang mazhab
dan
kawasan
yang
mengamalkan
mazhabnya?

Jawab:
Pengasas mazhab Hanafi ialah: Numan bin Thabit bin Zautha.
Dilahirkan pada masa sahabat, iaitu pada tahun 80H bersamaan
tahun 699M.
Beliau wafat pada tahun 150H bertepatan dengan lahirnya
Imam Syafie ra. Beliau lebih dikenal dengan sebutan: Abu
Hanifah al-Numan. Abu Hanifah adalah seorang mujtahid yang
ahli ibadah. Dalam bidang fikah beliau belajar kepada Hammad
bin Abu Sulaiman pada awal abad kedua hijriah dan banyak
belajar pada ulama-ulama Tabiin, seperti Atha bin Abi Rabah dan
Nafi Maula Ibnu Umar.
Mazhab Hanafi dinisbahkan kepada namanya iaitu Abu
Hanifah. Jadi mazhab Hanafi adalah nama dari kumpulan
pendapat-pendapat yang berasal dari Imam Abu Hanifah dan
murid-muridnya serta pendapat-pendapat yang berasal dari para
pengganti mereka sebagai perincian dan perluasan pemikiran
yang telah digariskan oleh mereka yang kesemuanya adalah hasil

Persoalan Mazhab

14

_________________________________________________________________________________________________________________________________

dari pada cara dan metod ijtihad ulama-ulama Irak (Ahlu Rayi).
Maka disebut juga mazhab Ahlur Rayi semasa Tabiit Tabiin.
Dasar-dasar Mazhab Hanafi
Abu Hanifah dalam menetapkan hukum fikah berpaksikan kepada
tujuh asas, iaitu: Al-Quran, Al-Sunnah, Perkataan para Sahabat,
Al-Qiyas, Al-Istihsan, Ijmak dan Uruf.
Murid-murid Abu Hanifah adalah sebagai berikut:
a.
b.
c.
d.

Abu Yusuf bin Ibrahim Al-Anshari (113-183H)


Zufar bin Hujail bin Qais al-Kufi (110-158H)
Muhammad bin Hasan bin Farqad al-Syaibani (132-189H)
Hasan bin Ziyad Al-Lulu Al-Kufi Maulana Al-Anshari
(204H).

Kawasan Penganut Mazhab Hanafi


Mazhab Hanafi mulai tumbuh di Kufah (Irak), kemudian tersebar
ke negara-negara Islam bahagian Timur. Buat masa kini mazhab
Hanafi merupakan mazhab rasmi di Mesir, Turki, Syiria dan
Lubnan.
Mazhab ini dianuti oleh sebagian besar penduduk di
Afganistan, Pakistan, Turkistan, Muslimin India dan China.

Persoalan Mazhab

15

_________________________________________________________________________________________________________________________________

MAZHAB
MALIKI

Soal:
Sila jelaskan mengenai pengasas mazhab
Maliki, dasar-dasar, pengembang mazhab
dan
kawasan
yang
mengamalkan
mazhabnya?

Jawab:
Mazhab Maliki adalah merupakan kumpulan pendapat-pendapat
yang berasal dari Imam Malik dan para penerusnya sesudah
beliau meninggal dunia.
Nama pengasas mazhab ini ialah: Malik bin Anas bin Abu
Amir. Lahir pada tahun 93M bersamaan tahun 712M di Madinah.
Di kalangan umat Islam beliau lebih dikenal dengan panggilan
Imam Malik. Imam Malik terkenal dengan imam dalam bidang
hadis Rasulullah SAW.
Imam Malik belajar dangan ulama-ulama Madinah. Guru
yang mula-mula sekali ialah Abdul Rahman bin Hurmuz. Beliau
juga belajar dengan Nafi Maula Ibnu Umar dan Ibnu Syihab AzZuhri. Manakala orang yang menjadi gurunya dalam bidang fikah
ialah Rabiah bin Abdul Rahman. Imam Malik adalah imam (tokoh)
negeri Hijaz, bahkan ketokohan beliau ialah di dalam semua
bidang fikah dan hadis.
Dasar-dasar Mazhab Maliki
Dasar-dasar mazhab Maliki diperinci dan diperjelas sehingga
sampai tujuh belas pokok (dasar) iaitu:

Persoalan Mazhab

16

_________________________________________________________________________________________________________________________________

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.

Nashshul Kitab (meraikan ayat-ayat yang dimansuhkan)


Dzaahirul Kitab (umum al-Quran)
Dalilul Kitab (mafhum mukhalafah)
Mafhum muwafaqah
Tanbihul Kitab, terhadap illat
Nash-nash Sunnah
Dzahirus Sunnah
Dalilus Sunnah
Mafhum Sunnah
Tanbihus Sunnah
Ijmak (kesepakatan ulama)
Qiyas
Amalan Penduduk Madinah
Qaul Shahabi (Para pendapat sahabat Nabi SAW)
Istihsan (kepentingan umum)
Muraaatul Khilaaf (meraikan perbezaan pendapat)
Saddud DzaraaI (mencegah sebelum berlaku).

Sahabat-sahabat Imam Maliki dan Pengembang Mazhabnya


Di antara ulama-ulama Mesir yang berkunjung ke Madinah dan
belajar daripada Imam Malik ialah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Abu Muhammad Abdullah bin Wahab bin Muslim.


Abu Abdillah Abdul Rahman bin Qasim al-Utaqy.
Asyhab bin Abdul Aziz al-Qaisi.
Abu Muhammad Abdullah bin Abdul Hakam.
Asbagh bin Farj al-Umawi.
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Hakam.
Muhammad bin Ibrahim bin Ziyad al-Iskandari.

Persoalan Mazhab

17

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Adapun ulama-ulama yang mengembangkan mazhab Maliki di


Afrika dan Andalus ialah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Abu Abdillah Ziyad bin Abdul Rahman al-Qurthubi.


Isa bin Dinar al-Andalusi.
Yahya bin Yahya bin Katsir Al-Laithi.
Abdul Malik bin Habib bin Sulaiman Al-Sulami.
Abdul Hasan Ali bin Ziyad Al-Tunisi.
Asad bin Furat.
Abdul Salam bin Said Al-Tanukhi.

Sedang ahli-ahli fikah Malikiyah yang terkenal sesudah generasi


tersebut di atas adalah sebagai berikut:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Abdul Walid al-Baji


Abdul Hasan Al-Lakhami
Ibnu Rusyd Al-Kabir
Ibnu Rusyd Al-Hafiz
Ibnu Arabi
Ibnul Qasim bin Jizzi

Kawasan yang Menganut Mazhab Maliki.

Pada mulanya mazhab ini tersebar di daerah Madinah,


kemudian tersebar hingga ke Marokko, Algeria, Tunis, Libia,
Bahrain, dan Kuwait.

Persoalan Mazhab

18

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Soal:

MAZHAB
ASYASY-SYAFII

Sila jelaskan mengenai pengasas mazhab


Syafie, dasar-dasar, pengembang mazhab
dan
kawasan
yang
mengamalkan
mazhabnya?

Jawab:
Mazhab ini dibangun oleh Al-Imam Muhammad bin Idris Asy
Syafie, seorang keturunan Hasyim bin Abdul Muthalib bin
Abdi Manaf. Beliau lahir di Gaza (Palestina) tahun 150H
bersamaan dengan tahun wafatnya Imam Abu Hanifah yang
menjadi Mazhab yang pertama.
Guru Imam Syafie yang pertama ialah Muslim bin Khalid,
seorang Mufti di Mekah. Imam Syafie telah hafal Al-Quran pada
usia tujuh tahun. Setelah beliau hafal Al-Quran barulah
mempelajari bahasa dan syair; kemudian beliau mempelajari
hadis dan fikah.
Dasar-dasar Mazhab Syafie
Dasar-dasar Mazhab Syafie dapat dilihat dalam kitab Usul alFikah Ar-Risalah dan kitab fiqah al-Umm. Di dalam kitab tersebut
Imam Syafie menjelaskan kerangka dan prinsip mazhabnya serta
beberapa contoh merumuskan hukum far'iyyah (yang bersifat
cabang). Asas-asas mazhab yang pokok, ialah berpegang
kepada:

Persoalan Mazhab

19

_________________________________________________________________________________________________________________________________

1.

2.

3.

4.

Al-Quran, tafsir secara lahiriah, selama tidak ada yang


menegaskan bahwa yang dimaksud bukan erti lahiriahnya.
Imam Syafie pertama sekali selalu mencari alasannya dari
Al-Quran dalam menetapkan sesuatu hukum mengenai
Islam.
Sunnah dari Rasulullah SAW kemudian digunakan jika
tidak ditemukan rujukan dari Al-Quran. Imam Syafie
sangat kuat keprihatinannya terhadap sunnah sehingga
digelar sebagai Nashir Al-Sunnah (pembela Sunnah Nabi).
Ijmak para Sahabat Nabi, yang tak diketahui ada
perselisihan tentang itu. Ijmak yang diterima Imam Syafie
sebagai landasan hukum adalah Ijmak para sahabat,
bukan kesepakatan seluruh mujtahid pada masa tertentu
terhadap suatu hukum; kerana menurutnya hal seperti ini
tidak mungkin terjadi.
Qiyas yang dalam Al-Risalah disebut sebagai ijtihad,
apabila dalam Ijmak tidak juga ditemukan hukumnya. Akan
tetapi Imam Syafie menolak dasar istihsan dan istislah
sebagai salah satu cara menetapkan hukum Islam.

Sahabat-sahabat beliau berasal dari Irak antara lain:


1.
2.
3.
4.
5.

Abu Tsaur Ibrahim bin Khalid bin Yaman al-Kalabi alBaghdadi.


Ahmad bin Hanbal yang menjadi Imam Mazhab keempat.
Hasan bin Muhammad bin Shabah Az-Zafarani alBaghdadi.
Abu Ali Al-Husain bin Ali Al-Karabisi.
Ahmad bin Yahya bin Abdul Aziz al-Baghdadi.

Persoalan Mazhab

20

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Adapun sahabat beliau dari Mesir:


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Yusuf bin Yahya al-Buwaithi al-Misri.


Abu Ibrahim Ismail bin Yahya al-Muzani al-Misri.
Rabi bin Abdul Jabbar al-Muradi.
Harmalah bin Tahya bin Abdullah Attayibi
Yunus bin Abdul Ala Asshodafi al-Misri.
Abu Bakar Muhammad bin Ahmad.

Sejarah Perkembangan Mazhabnya


Untuk lebih mendalami mengenai pemikiran fiqah mazhab ini, ia
diterokai oleh Imam Syafie, yang hidup di zaman pertentangan
antara aliran ahli hadis (cenderung berpegang pada teks hadis)
dan ahl al-ra'yi (cenderung berpegang pada akal fikiran atau
ijtihad). Imam Syafie belajar kepada Imam Malik sebagai tokoh
ahli hadis, dan Imam Muhammad bin Hasan al-Syaibani sebagai
tokoh ahl al-ra'yi yang juga murid Imam Abu Hanifah.
Imam Syafie kemudian merumuskan aliran atau
mazhabnya sendiri, yang dapat dikatakan berada di antara kedua
kelompok tersebut. Imam Syafie menolak Istihsan dari Imam Abu
Hanifah mahupun Mashalih Mursalah dari Imam Malik. Namun
demikian Mazhab Syafie menerima penggunaan qiyas secara
lebih luas berbanding Imam Malik. Meskipun berbeza dari kedua
aliran utama tersebut, keunggulan Imam Syafie sebagai ulama
fiqah, Usul al-Fikah, dan hadis di zamannya membuat mazhabnya
memperoleh banyak pengikut; dan kealimannya diakui oleh
berbagai ulama yang hidup sezaman dengannya.

Persoalan Mazhab

21

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Qaul Qadim dan Qaul Jadid


Imam Syafie pada awalnya pernah tinggal menetap di Baghdad.
Selama ia tinggal di sana, ia mengeluarkan ijtihad-ijtihadnya, yang
biasa disebut dengan istilah Qaul Qadim (pendapat yang lama).
Kemudian Imam Syafie pindah ke Mesir kerana
munculnya aliran Mutazilah yang telah berhasil mempengaruhi
kekhalifahan, ia melihat kenyataan dan masalah yang berbeza
dengan yang sebelumnya ditemui di Baghdad. Ia kemudian
mengeluarkan ijtihad-ijtihad baru yang berbeza, atau yang biasa
disebut dengan istilah Qaul Jadid (pendapat yang baru).
Imam Syafie berpendapat bahwa qaul jadid tidak berarti
menghapus qaul qadim. Jika terdapat sesuatu keadaan yang
serupa baik dengan qaul qadim ataupun dengan qaul jadid, maka
dapat digunakan salah satunya. Dengan demikian, kedua qaul
tersebut sampai sekarang masih tetap dianggap releven oleh para
pengikut Mazhab Syafie.
Penyebaran
Penyebaran pemikiran Mazhab Syafie berbeza dengan Mazhab
Hanafi dan Mazhab Maliki, yang banyak dipengaruhi oleh
kekuasaan kekhalifahan. Pokok fikiran dan prinsip dasar Mazhab
Syafie terutama disebar-luaskan dan dikembangkan oleh para
muridnya. Murid-murid utama Imam Syafie di Mesir, yang
menyebar-luaskan dan mengembangkan Mazhab Syafie pada
awalnya adalah:
1.
2.

Yusuf bin Yahya al-Buwaiti (w. 846H)


Abi Ibrahim Ismail bin Yahya al-Muzani (w. 878H)

Persoalan Mazhab

22

_________________________________________________________________________________________________________________________________

3.

Al-Rabi bin Sulaiman al-Marawi (w. 884H)

Imam Ahmad bin Hanbal yang terkenal sebagai ulama


hadis terkemuka dan pengasas fiqah Mazhab Hanbali, juga
pernah belajar dengan Imam Syafie. Selain itu, masih banyak
ulama-ulama yang terkemudian yang mengikuti dan turut
menyebarkan Mazhab Syafie, antara lain:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.

Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari.


Imam Bukhari.
Imam Muslim.
Imam Nasa'i.
Imam Baihaqi.
Imam Tirmidzi.
Imam Ibnu Majah.
Imam Thobari.
Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani.
Imam Abu Daud.
Imam Nawawi.
Imam Al-Suyuthi.
Imam Ibnu Kathir.
Imam al-Dhahabi; dan
Imam Al-Hakim.

Keistimewaan
Imam Syafie terkenal sebagai peletak batu asas atau perumus
pertama metodologi hukum Islam. Usul al-Fikah (atau metodologi
hukum Islam) tidak dikenal pada masa Nabi dan sahabat,
melainkan ilmu ini baru lahir setelah Imam Syafie menulis

Persoalan Mazhab

23

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Al-Risalah. Mazhab Syafie umumnya dianggap sebagai mazhab


yang paling konservatif di antara mazhab-mazhab fiqah Sunni
lainnya, di mana berbagai ilmu keislaman telah berkembang
berkat dorongan metodologi hukum Islam dari para pendukung
mazhab ini.
Karana metodologinya yang sistematik dan tingginya
tingkat ketelitian yang dituntut oleh Mazhab Syafie, terdapat
banyak sekali ulama dan penguasa di dunia Islam yang menjadi
pendukung setia mazhab ini. Di antara mereka bahkan ada pula
yang menjadi pakar terhadap keseluruhan mazhab-mazhab Ahli
Sunnah Wal Jamaah di bidang mereka masing-masing. Ketika ini,
Mazhab Syafie diikuti oleh 28% umat Islam sedunia, dan
merupakan mazhab terbesar kedua dalam hal jumlah pengikut
setelah Mazhab Hanafi.
Kawasan yang Menganut Mazhab Syafie
Mazhab Syafie sampai sekarang dianuti oleh umat Islam di: Libia,
Mesir, Somalia, Arabia Selatan, Palestina, Jordan, Lubnan, Syiria,
Irak, Hijaz, Pakistan, India, Jazirah Indo China, Sunni-Rusia dan
Yaman, Indonesia, Pilipina dan Malaysia,. 7

Drs. Asep Saifuddin Al-Mansur, Kedudukan Mazhab dalam Syariat Islam, Badan
Bookstore Sdn. Bhd, Johor Bahru1994, hal. 45-66.
"http://ms.wikipedia.org/wiki/Mazhab_Syafii" Kategori: Mazhab. Ringkasan aqidah
dan manhaj Imam asy-Syafi'i, rencana di Milis-Muslim dan Penjelasan Mazhab, oleh
Ustaz. H. Ahmad Sarwat, Lc, Era Muslim.

Persoalan Mazhab

24

_________________________________________________________________________________________________________________________________

MAZHAB
HAN
HANBALI

Soal:
Sila jelaskan mengenai pengasas mazhab
Hanbali, dasar-dasar, pengembang mazhab
dan
kawasan
yang
mengamalkan
mazhabnya?

Jawab:
Pengasas Mazhab Hambali ialah: Al-Imam Abu Abdillah Ahmad
bin Hanbal bin Hilal Al-Zahili Al-Syaibani. Beliau lahir di Bagdad
pada tahun 164H. dan wafat tahun 241H.
Ahmad bin Hanbal adalah seorang imam yang banyak
berkunjung ke berbagai negara untuk mencari ilmu pengetahuan,
antara lain: Siria, Hijaz, Yaman, Kufah dan Basrsh. Beliau berjaya
menghimpun sejumlah 40.000 hadis dalam kitab Musnadnya.
Dasar-dasar Mazhabnya.
Adapun dasar-dasar mazhabnya dalam mengistinbatkan hukum :
1.
2.
3.
4.

Nash Al-Quran atau nash hadis.


Fatwa sebagian Sahabat.
Pendapat sebagian Sahabat.
Qiyas.

Pengembang Mazhabnya
Adapun ulama-ulama yang mengembangkan mazhab Ahmad bin
Hanbal adalah seperti berikut:
1.

Abu Bakar Ahmad bin Muhammad bin Hani yang terkenal


dengan nama Al-Athram; dia telah mengarang Al-Sunan Fil
Fikahi Alaa Mazhabi Ahamd.

Persoalan Mazhab

25

_________________________________________________________________________________________________________________________________

2.
3.

Ahmad bin Muhammad bin Hajjaj al-Marwazi yang


mengarang kitab As Sunan Bisyawaahidil Hadis.
Ishaq bin Ibrahim yang terkenal dengan nama Ibnu
Ruhawaih al-Marwazi dan termasuk ashab Ahmad terbesar
yang mengarang kitab Al-Sunan Fi al-Fikahi.

Ada beberapa ulama yang mengikuti jejak langkah Imam


Ahmad yang menyebarkan mazhab Hambali, di antaranya:
1.

Muwaquddin Ibnu Qudaamah al-Maqdisi yang mengarang


kitab Al-Mughni.
Syamsuddin Ibnu Qudaamah al-Maqdisi pengarang
Assyarhul Kabiir.
Syaikhul Islam Taqiuddin Ahmad Ibnu Taimiyah pengarang
kitab terkenal Al-Fataawa.
Ibnul Qaiyim al-Jauziyah pengarang kitab Ilaamul
Muwaaqiin dan Atturuqul Hukmiyyah fis Siyaasatis
Syariyyah. Ibnu Taimiyah dan Ibnu al-Qaiyim adalah dua
tokoh yang membela dan mengembangkan mazhab
Hambali.

2.
3.
4.

Kawasan yang Menganut Mazhab Hambali.


Awal perkembangannya, mazhab Hambali berkembang di
Bahdad, Irak dan Mesir dalam waktu yang sangat lama. Pada
abad XII mazhab Hambali berkembang terutama pada masa
pemerintahan Raja Abdul Aziz Al-Suud. Buat masa sekarang ia
menjadi mazhab rasmi pemerintahan Saudi Arabia dan
mempunyai penganut terbesar di seluruh Jazirah Arab, Palestina,
Syiria dan Irak.8

Ibid.

Persoalan Mazhab

26

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Persoalan
Perlunya
Mengikut
Mazhab

Soal:
Kenapa orang awam perlu mengikut
mazhab?

Jawab:
Masalah ini berbangkit kerana di negara kita sekarang sudah
terdapat golongan yang menonjolkan fahaman menolak mazhab
yang dahulu telah menjadi polimik di kalangan ulama-ulama
muktabar.
Mereka menolak tidak mahu berpegang kepada mazhab,
kerana mereka mendakwa ia sebagai sesuatu yang boleh
menjadikan ummah berpecah belah. Walaupun begitu, dalam
masa yang sama di sana terdapat golongan yang mengharuskan
berpegang kepada mazhab.
Dalam hubungan ini, Pegawai Penyelidik di Cawangan
Akidah, Bahagian Penyelidikan Jakim memberikan komentar:
Sekiranya kita melihat negara kita Malaysia, ia adalah sebuah
Negara Islam yang berpandukan dasar Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Akidah, syariah dan akhlak ummahnya sentiasa dipelihara agar
selari dengan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam dasar dan
ajaran tersebut. Di dalam usaha memandu umat Islam supaya
sentiasa berada di landasan yang betul, para ulama Ahli Sunnah
amat mementingkan pegangan terhadap disiplin ilmu. Dalam soal
menjalankan ibadat, umat Islam telah sepakat bahawa Al-Quran
dan al-Sunnah tetap menjadi dua sumber utama syariat yang

Persoalan Mazhab

27

_________________________________________________________________________________________________________________________________

wajib ditaati dan diamalkan. Kedua-duanya merupakan


perlembagaan yang seharusnya menjadi pedoman dan rujukan
oleh umat Islam di persada bumi ini. Fakta ini tidak mungkin
dimungkiri oleh sesiapa pun kecuali yang kafir dan munafiq.
Pada asalnya setiap muslim wajib untuk mengambil
hukum-hakam Allah SWT secara langsung daripada kedua
sumber utama itu. Bagaimanapun realiti membuktikan tidak
semua umat Islam mampu untuk mengeluarkan hukum-hakam
secara langsung daripada Al-Quran dan al-Sunnah. Ternyata
hanya segelintir yang berkemampuan dan berkelayakan
melakukannya seperti imam-imam mazhab yang empat. Imam
Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.
Para ulama Usul bersepakat bahawa orang yang
berkemampuan mengistinbat hukum secara langsung daripada
sumbernya, wajib berpegang dan mengamalkan hasil ijtihadnya.
Mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk mengambil hasil
ijtihad ulama yang lain. Kewajipan beramal dengan hasil ijtihadnya
itu mutlak sama ada ia menepati hakikat sebenar yang
dikehendaki oleh Allah SWT mahupun tidak. Apa yang penting
seseorang mujtahid itu telah benar-benar memerah segala
keupayaannya untuk memahami nas-nas syarak berlandaskan
metodologi ilmu yang ditetapkan.9
Imam al-Ghazali mengatakan di dalam kitabnya alMustasfa: Para ulama Usul bersepakat bahawa apabila
seseorang sudah berijtihad dan telah memperoleh hukum
berasaskan dugaannya (zann) yang kuat, maka dia tidak harus
9

Sudut Aqidah Jakim, Mohd Aizam Masud, Bahaya Anti Mazhab, Cawangan Aqidah,
Bahagian Penyelidikan JAKIM.

Persoalan Mazhab

28

_________________________________________________________________________________________________________________________________

lagi bertaqlid kepada mujtahid lain yang menyalahi ijtihadnya. Dan


dia tidak boleh beramal dengan ijtihad yang lain serta
meninggalkan ijtihadnya sendiri10.
Begitu juga pandangan ahli Usul yang lain seperti Ibn alHumam. Beliau menyebut di dalam al-Tahrir: Seorang mujtahid
apabila telah berijtihad dalam sesuatu hukum, maka ia dilarang
untuk bertaqlid dalam hukum itu menurut kesepakatan ulama
Usul 11.
Begitulah komentarnya mengenai kedudukan seorang
mujtahid terhadap hukum Allah SWT yang tertera di dalam AlQuran dan Sunnah. Tahap seseorang mujtahid sudah pasti tidak
menyamai golongan yang tidak berkemampuan untuk berijtihad
atau dipanggil sebagai golongan awam. Awam bermaksud
berpengetahuan untuk mengamalkan hukum-hakam Islam yang
tersedia namun tidak berkemampuan mengeluarkan sendiri setiap
hukum dari sumbernya. Pengertian ini tidak sesekali bermaksud
menafikan kewajipan beramal bagi orang yang tiada kemampuan
berijtihad. Bagi golongan ini para ulama mewajibkan mereka
mengikuti atau bertaqlid kepada
mazhab. Bagaimanapun
pandangan ini disanggah oleh golongan yang mengatakan haram
berbuat demikian. Di sini berlaku perselisihan pandangan di
kalangan umat Islam. Ia terbahagi kepada dua kumpulan besar:Pertama: Segolongan ulama Usul yang berpendapat bahawa
bermazhab itu haram. Umat Islam wajib mengikuti apa
yang ada di dalam Al-Quran dan al-Sunnah secara
langsung tanpa perantaraan mazhab. Antara ulama
10
11

Al-Ghazali (1973), al-Mustasfa, Mesir: Maktabat Tijariyyah al-Kubra, j.2, hal. 121.
Ibn al-Humam, al-Tahrir fi Usul al-Fiqh, Mesir: Mustafa al-Babi al-Halabi, j.4, hal.535.

Persoalan Mazhab

29

_________________________________________________________________________________________________________________________________

yang berpendapat sedemikian


Nasiruddin al-Albani dan Ibn Hazm.
Kedua:

12

ialah

Khajandi,

Majoriti ulama Usul yang berpendapat bahawa


bermazhab bagi orang awam itu harus. Bahkan bagi
orang awam yang benar-benar murni, bermazhab itu
wajib. Cuma mereka berbeza pendapat, apakah
mengikuti mazhab itu dalam erti kata taqlid atau
titiba.12

Pertal Jakim, Bahaya Anti Mazhab, Cawangan Aqidah, Bahagian Penyelidikan JAKIM.
Hal.1-2.

Persoalan Mazhab

30

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Soal:

Golongan
Menolak
Mazhab

Adakah betul pendapat golongan yang


mendakwa bahawa mengikut mazhab itu
hukumnya
haram
dan
ada
yang
mengatakan kafir dan sesat?

Jawab:
Memang ada golongan yang mengatakan bahawa bermazhab itu
hukumnya haram secara mutlak. Lebeih dahsyat lagi ada
dikalangan mereka yang mendakwa pengikut mazhab empat itu
kafir dan sesat sama dengan Kristian (Nasara) yang mengambil
rahib-rahib dan ahli-ahli hukum agama sebagai tuhan-tuhan selain
Allah. Kenyataan ini disebutkan dalam risalah:

/$ *   
  

  !  !" #$ % 
"    &
 ')('* ,+ -  % .% 
 %   
Hal al-Muslim Mulzam bittiba Madhhab Muayyanin MinalMadzahib al-Arbaah? (Adakah orang Islam itu dimestikan
mengikut mazhab tertentu datipada mazhab yang empat?)
karangan Muhammad Sultan al-Masum al-Khajandi al-Makki.
Dalam risalah ini beliau mengatakan:

Persoalan Mazhab

31

_________________________________________________________________________________________________________________________________

< ;$* ," '  6%  ) 


 : 9 8
!  : # ) !% * ! 6(  54  ) 3% 2
#  1
'0

J  2
 >#  5I H
A '* G+  F  E
 'D
 @ C 
 B? @
A 
>0= @? 9 
 >>% 8=
.  #*L *%4  P
 O'N
 M ! A L % K
  ?
Ertinya: Kata Syeikh Taqiuddin Ibn Taimiah: Sesiapa yang
mewajibkan taklid kepada seseorang imam tertentu (katakanlah
Imam
Syafie, di Malaysia) maka hendalklah disuruh ia
bertaubat, kalau tidak ia mesti dibunuh, kerana mewajibkan
(mengikut imam tertentu, seperti yang difaham dalam Ahl alSunnah nisbah bagi orang bukan mujtahid adalah syirik terhadap
Allah dalam tashri yang ianya adalah satu daripada khususiah
Sifat Rububiah bagi Tuhan).. 13
Sudah tentu fahaman seperti ini tidak selaras bahkan
bercanggah dengan ijmak Ahli Sunnah tentang wajib mengikut
imam orang yang bukan mujtahid, asalkan imam yang mujtahid.
Kalau orang itu mujtahid haram ia mengikut orang lain.14
Fahaman ini bercanggah dengan ijmak dalam Ahli
Sunnah, yakni orang awam wajib mengikut mujtahid,
sebagaimana yang jelas daripada ayat Quran yang bermaksud:
Hendaklah kamu bertanya kepada ahli ilmu (ahl al-dzikr) kalau
tidak mengetahui. (Al-Nahl: 43). Dan ahli ilmu yang tertinggi

13

14

Dr. Uthman al-Muhammady dalam Penyerapan Unsur-Unsur Aqidah Yang


Mengelirukan Dalam Masyarakat Malaysia Termasuk Negeri Johor Serta
Penyelesaian Segera Terhadapnya, hal. 34.
Al-Khojandi al-Masumi dalam kitab Hal al-Muslim Mulzam bit-TibaI Madhhabin
Muayyaninhal. 55.

Persoalan Mazhab

32

_________________________________________________________________________________________________________________________________

dalam umat ini dalam hubungan dengan syariat ialah imam


mujtahid.
Risalah al-Khajandi al-Makki di atas dinukil oleh Dr. Said
Ramadan al-Buthi di dalam kitabnya berjudul Alla Mazhabiyyah
Akhtaru Bidatin Tuhaddidu al-Syariat al-Islamiyyah yang
menyimpulkan bahawa pendapat al-Khajandi tersebut amat
menyesatkan dan merbahaya. Dr. Said Ramadan al-Buthi,
berpegang kepada
pendapat bermazhab itu adalah harus.
Bahkan bagi orang awam hukumnya wajib.
Al-Khajandi mendakwa, Islam tidak lebih daripada
kumpulan-kumpulan hukum yang dapat dihitung serta sedikit
sekali dan boleh difahami oleh setiap orang Arab atau setiap
muslim... dan sesungguhnya mazhab-mazhab itu tidak lebih
daripada pendapat-pendapat ahli ilmu di dalam memahami
sesuatu masalah. Bagi pendapat-pendapat ini, sama ada Allah
mahupun RasulNya tidak mewajibkan kepada seseorang pun
untuk mengikutinya15.
Kenyataan al-Khajandi ini mahu memberikan alasan tidak
perlunya bermazhab kerana ajaran Islam itu sangat mudah dan
sederhana sekali sehingga setiap orang mampu untuk
memahaminya secara langsung daripada Al-Quran dan alSunnah. Justeru bermazhab dengan para mujtahid tidak
diperlukan, kerana mereka sendiri boleh mendapatkannya dari AlQuran dan al-Sunnah.
Kenyataan di atas pernah diungkapkan oleh Scacht,
seorang orientalis Jerman yang terkenal sebagai seorang yang
15

Al-Buti, Said Ramadan (1981), Alla mazhabiyyah, Pent. Anas Tahir Syamsudin,
Surabaya: Bina Ilmu, hal. 663

Persoalan Mazhab

33

_________________________________________________________________________________________________________________________________

amat anti Islam, katanya: Sesungguhnya fikah Islam yang


disusun oleh para imam mazhab itu adalah karya hukum ciptaan
otak yang istimewa yang disandarkan kepada Kitab dan
Sunnah.16 Khajandi juga mengatakan: Barangsiapa berpegang
dengan semua pendapat Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad atau
yang lainnnya dan tidak berpegang dengan apa yang ada di
dalam al-Kitab dan al-Sunnah, maka bererti dia telah menyalahi
Ijmak umat dan mengikuti jalan yang tidak ditempuh oleh orang
mukmin17. Kajandi berkata lagi di tempat lain, ...ikut kepada
mazhab termasuk perbuatan bidah, sesat dan kufur, kerana
mengikut orang tersebut bererti menganggap imam-imam dan
tokoh mazhab sebagai Tuhan selain Allah.18
A. Hassan Bandung, seorang ustaz kelahiran Singapura
berketurunan Tamil/India yang banyak mencetak buku di Malaya
satu ketika dulu, juga di antara mereka yang menolak mazhab
dan menganggapnya sebagai haram, katanya, Bermazhab sama
maknanya dan maksudnya dengan bertaqlid. Kedua-dua itu
dilarang oleh Allah, Rasul, Sahabat bahkan oleh imam-imam yang
ditaqlidi19.
Tambahnya lagi, Keluar dari mazhab itu bukan haram,
tetapi wajib. Masuk sesuatu mazhab itu bukan wajib tapi haram.20
Pendapat yang sama juga dikongsi oleh Ibn Hazm. Ini
disebutkan dalam kitabnya al-Muhalla katanya, Agama Islam
yang wajib diikuti oleh setiap orang tidak boleh diambil kecuali dari

16
17
18
19
20

Ibid, hal. 68
Ibid, hal. 73
Ibid, hal. 27
A. Hassan Bandung(1980), Risalah al-Mazhab, Bangil: Pustaka Abdul Muis, hal. 12
Ibid, hal. 23

Persoalan Mazhab

34

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Al-Quran dan al-Sunnah yang sahih21 Seseorang muslim tidak


boleh mengikuti (mujtahid) sama ada yang masih hidup mahupun
yang telah meninggal dunia dan setiap orang mesti (wajib)
berijtihad sesuai dengan kemampuannya22 .
Kenyataannya, mengikut Pegawai Penyelidik Jakim,
pendapat golongan yang menolak mazhab sukar untuk diterima
bahkan amat berbahaya terhadap kemurnian syariat Islam.
Syariat Islam bakal dicemari dan dikotori kiranya ajaran yang
tertera di dalam Al-Quran dan al-Sunnah yang berbahasa Arab itu
diistinbat dan digali oleh orang yang tidak berkeahlian sedikitpun.
Fakta ini tidak boleh dimungkiri.
Perlu diakui, majoriti umat Islam di dunia memiliki ilmu
pengetahuan yang amat minimum dalam soal keagamaan.
Walaupun umumnya berpendidikan tinggi, namun itu bukan prasyarat untuk mengizinkan mereka memperlakukan apa sahaja
terhadap nas-nas Al-Quran dan al-Sunnah. Sebaliknya
pemahaman dan penelitian ke atas nas-nas syarak memerlukan
penguasaan yang tinggi di dalam disiplin ilmu-ilmu Islam tertentu
seperti Bahasa Arab, Usul Fikah, Ulum al-Hadis, Usul al-Tafsir
dan lain-lain.
Bayangkan, dengan ketidak mampuan itu, mereka tetap
dipaksakan berijtihad dan diharamkan mengikut mazhab.
Bagaimana mungkin mereka dapat melaksanakan ajaran agama
yang menjadi beban kewajipan ke atas setiap muslim. Dalam hal
ini, al-Amudi berkata, ...orang yang tidak memiliki kemampuan
berijtihad, bila terjadinya sesuatu masalah (hukum) maka baginya
21
22

Ibn Hazm(1965), al-Muhalla, Beirut: Maktabat Tijariyyah, j.1, hal. 50


Ibid, hal. 66

Persoalan Mazhab

35

_________________________________________________________________________________________________________________________________

ada dua kemungkinan. Pertama: Dia tidak terkena kewajipan


melakukan apa-apa sama sekali (tidak wajib beribadah), hal ini
menyalahi Ijmak. Kedua: Dia terkena kewajipan melakukan
ibadah, (kalau demikian) bererti dia harus meneliti dalil-dalil yang
menetapkan sesuatu hukum atau dia harus taqlid. Yang pertama
jelas tidak mungkin. Maka tiada kemungkinan lain selain bertaqlid
dan itulah yang menjadi kewajipan dia di kala menemui sesuatu
masalah yang memerlukan istinbat hukum23.
Soal:
Apakah
rasional
golongan
mengharuskan bermazhab?

Golongan
Yang
Mengharuskan
Mazhab

yang

Jawab:
Manakala golongan kedua pula sepakat
tentang keharusan mengikuti pendapat
dan fatwa para imam mazhab. Mereka
hanya berselisih pendapat dalam hal;
apakah keharusan bermazhab itu dalam
erti taqlid atau ittiba.

Majoriti ulama Usul berpendapat bahawa umat Islam yang belum


mencapai tahap mujtahid wajib bermazhab. Mereka mengatakan
antara istilah taqlid dan ittiba, kedua-duanya memberi kesimpulan
yang sama iaitu bermazhab. Mereka juga tidak membezakan
antara orang awam yang memang tidak arif tentang persoalan
hukum dengan orang yang berpengetahuan tetapi belum sampai
ke tahap mujtahid, kedua-duanya golongan ini telah dianggap
awam.

23

Al-Amudi(1955), al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, Qahirah: Muassasat al-Halabi wa


Syurakauhu, j.5, hal. 198,

Persoalan Mazhab

36

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Kewajipan orang awam adalah bertanya kepada ahli ilmu


iaitu mujtahid. Apabila seseorang bertanya atau mengikuti
seseorang mujtahid (mazhab) maka ia disebut bermazhab. Dalam
hal ini Ibn al-Subki dalam kitabnya Jamul Jawami mengatakan,
Selain mujtahid mutlak, sama ada dia awam mahupun lainnya,
wajib bertaqlid kepada mujtahid kerana berdasarkan ayat
Hendaklah kamu bertanya jika kamu tidak mengetahui24
Al-Amudi pula mengatakan, Orang awam dan orang yang
tidak memiliki keahlian berijtihad, walaupun dapat menghasilkan
sebahagian ilmu yang mutabar dalam berijtihad, dia wajib
mengikuti pendapat para mujtahid dan berpegang dengan fatwafatwanya, demikian menurut ahli tahqiq dari ulama usul25.
Manakala Ibn al-Humam berkata, Selain mujtahid mutlak,
wajib bertaqlid walaupun dia sebagai mujtahid sebahagian
(masalah fikah) atau sebahagian ilmu, hal tersebut berdasarkan
pendapat bahawa ijtihad boleh berlaku dalam sebahagian
masalah sahaja.26 Khudhari Bek pula berpandangan, Wajib atas
orang awam meminta fatwa dan mengikuti para ulama27.
Dari kenyataan para ulama Usul tersebut, mengikut Mohd
Aizam Masod lagi, ternyata bahawa kewajipan bermazhab bagi
selain mujtahid mutlak adalah wajib. Sama ada orang awam yang
tidak arif persoalan hukum mahupun orang awam dalam erti kata
belum sampai ke tahap mujtahid mutlak, walaupun dia mampu
berijtihad dalam sebahagian masalah. Ini berdasarkan pendapat
24

25
26
27

Ibn al-Subki(1965), Jamul Jawami, Surabaya: Syarikat Maktabah Said bin Nubhan
wa Awladuhu, j.2, hal.
Al-Amudi, op.cit., hal. 197
Ibn al-Human, op.cit., hal. 549
15 Khudhari Bek(1960), Usul al-Fiqh, Mesir: Maktabat Tijariyyah al-Kubra, hal. 382

Persoalan Mazhab

37

_________________________________________________________________________________________________________________________________

berijtihad itu boleh berlaku dalam sebahagian masalah fikah.


Menurut Ibn al-Humam pendapat ini adalah pendapat yang benar.
Bagi pendapat yang mengatakan ijtihad itu mesti pada
keseluruhan masalah fikah, maka kewajipan bermazhab bagi
yang bukan mujtahid itu lebih mutlak lagi, kerana baginya tiada
istilah ijtahid sebahagian, malah ijtihad mesti pada keseluruhan
masalah fikah.
Demikian juga golongan ini tidak mensyaratkan keharusan
mengetahui dalil atau dasar hukum yang menjadi sandaran
pengambilan sesuatu hukum si mujtahid yang diikuti. Sementara
itu golongan lain mewajibkan orang yang bermazhab itu
mengetahui dalil-dalil yang dipakai si mujtahid yang hendak
diikuti. Ia diistilahkan sebagai ittiba dan bukan taqlid (ikutan)
semata-mata.
Ittiba bermaksud mengikuti pendapat seseorang mujtahid
(mazhab) dengan mengetahui dasar hukum pendapatnya itu.
Lebih jelas lagi erti ittiba dan taqlid yang dimaksudkan ialah,
Taqlid itu bukan ittiba. Ittiba ialah mengikuti seseorang kerana
jelas dalilnya dan sah mazhabnya. Manakala taqlid ialah
mengikuti seseorang dan mengambil pendapatnya tanpa
mengetahui sumber pengambilannya serta menegah daripada
mengikuti selainnya walaupun telah nyata bahawa yang diikutinya
itu tersilap28.
Kenyataan di atas menegaskan bahawa taqlid yang
dilarang ialah mengikuti pendapat seseorang mujtahid dengan
cara membabi buta. Iaitu menerima apa sahaja yang datang
28

Hasbi, al-Siddiqi, Pokok-pokok Pegangan Imam-imam Mazhab dalam Membina


Hukum Islam, Jakarta: Bulan

Persoalan Mazhab

38

_________________________________________________________________________________________________________________________________

daripada mazhab walaupun dalilnya lemah. Ditambah pula


dengan ketaksuban yang tinggi walaupun ternyata dalil pendapat
yang lain lebih kuat dan kukuh.29

29

Soal Aqidah Jakim, Bahaya Anti Mazhab, Mohd Aizam Masud, Cawangan Aqidah,
Bahagian Penyelidikan JAKIM, hal. 3-5.

Persoalan Mazhab

39

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Berpegang
Kepada Satu
Mazhab

Soal:
Bolehkah berpegang kepada satu-satu
mazhab sahaja seperti mazhab Imam
Syafie umpamanya?

Jawab:
Dalam masalah ini Imam Al-Syaukani mengatakan: Para ulama
yang mengharuskan taqlid berselisih pendapat, adakah wajib ke
atas orang awam untuk berpegang kepada mazhab tertentu (satu
mazhab sahaja)? Ada golongan yang mengatakan: Wajib, Ilkia alHirasi memilih pendapat ini.
Manakala yang lain pula mengatakan: Tidak wajib, ia
dikuatkan (tarjih) oleh Ibn Burhan dan al-Nawawi, daripada
mazhab Hanbali. Mereka mengambil dalil dengan mengatakan
bahawa Sahabat r.a. tidak memungkiri golongan awam untuk
mengikuti sesetengah mereka pada sebahagian masalah dan
sesetengah yang lain pada masalah yang lain. Golongan Salaf
terdahulu juga bertaqlid kepada sesiapa yang dikehendaki mereka
sebelum lahirnya mazhab-mazhab30.
Wahbah al-Zuhaili telah membincangkan isu ini dengan
membahagikan pandangan ulama Usul kepada tiga:

Pendapat pertama mengatakan wajib beriltizam dengan


mazhab tertentu dengan kepercayaan penuh bahawa ia
adalah benar. Oleh itu wajib ia beramal berdasarkan apa
yang ia percayai.

30

Al-Mausuah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (1427), Kuwait: Wizarat al-Auqaf wa alSyuun al-Islamiyyah, j.13, hal. 164

Persoalan Mazhab

40

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Pendapat kedua: Kebanyakan ulama Usul pula


berpandangan tidak wajib bertaqlid kepada mazhab
tertentu dalam kesemua masalah dan peristiwa yang
dihadapi. Bahkan harus untuk mengikuti atau bertaqlid
dengan mana-mana mujtahid mengikut kehendaknya.
Walaupun dia seorang penganut kepada mazhab tertentu
seperti mazhab Abu Hanifah atau Syafie dan selain
keduanya, tiada kewajipan untuk terus menerus
mengikutinya. Malah harus baginya untuk berpindah dari
mazhabnya ke mazhab yang lain. Bererti tiada kewajipan
melainkan apa yang diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
Al-Zuhaili menyifatkan ini adalah pandangan yang paling
rajih di kalangan para ulama Usul.

Pendapat ketiga yang dipelopori oleh al-Amidi dan alKamal ibn al-Humam pula memperincikan masalah ini
seperti berikut:
o

Sekiranya seseorang itu sentiasa melazimi beramal


bagi sesetengah masalah mengikut mazhab
tertentu, maka tidak harus baginya untuk bertaqlid
kepada yang lain dalam masalah tersebut.

Manakala pada masalah lain yang tidak melibatkan


keiltizaman dengan mazhab anutannya maka ia
harus untuk mengikuti mazhab yang lain.

Ini bererti, tidak wujud di dalam hukum syarak yang


mewajibkan supaya hanya mengikuti apa yang
telah menjadi kelazimannya. Sebaliknya syarak

Persoalan Mazhab

41

_________________________________________________________________________________________________________________________________

mewajibkan supaya mengikuti para ulama tanpa


perlu mengkhususkan ulama tertentu sahaja.31.
Melalui perbahasan di atas, dapat difahami bahawa bukan
mudah untuk memahami dan mempraktikkan taqlid mazhab. Di
sana ada syarat dan permasalahannya. Persoalannya sejauh
manakah masyarakat awam pada hari ini khususnya di Malaysia,
mampu mengamalkan taqlid kepada mazhab.

31

Al-Zuhaili, Wahbah, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Dimasyq: Dar al-Fikr, j.1, hal. 74

Persoalan Mazhab

42

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Soal:

Orang
Awam
Wajib
Mengikut
Mazhab

Apabila pegangan kita selama ini telah


dipersoalkan oleh golongan tertentu,
maka
masyarakat
awam
mula
menimbulkan pertanyaan, adakah orang
awam wajib mengikut mana-mana
mazhab?

Jawab:
Untuk menghuraikan persoalan ini, kita petik pandangan yang
dikemukan oleh Dr. Uthman El-Muhammady menukilkan bahawa
Al-Munawi dalam Syarah al-Jami al-Saghir berkata:32

W R V 9  9 ! S'U 


4 9 
$ *   
# OT  B? 8
6  >$ S B 8
';
R 
% D
 9
K6_ % 5
R  # O   O^ 9 < L   ! * ]
 '\
  [9 Z  'Y?  X 9% X 9
d% \
N
# 9 .<% ;A B
L c= * . % ' * . b I . ?a
) !   `
 'U
>(  @
9
' I 5
'$ ) < ?9 6+ g 9 &
  U
C WI 
 N
 f=  B? 8
 L b%  D
%   '0e'I
9
@
<% c
o n
 % B? 8
9 < >*'m
 l* k
 ?j
6 b >D
 f=  B? 8
9 ih '# 8
< 
R . a
g
B [ . $ S s+ : p
I
p
o
M 8
!  9 B  : 8
<% 
I
E
 'm
 8
!  I
% : r %  * .% qp 
32

Syarah al-Jami al-Saghir (Jilid 1 hal.209).


Kertas kerja Dr. Uthman El-Muhammady bertajuk: Penyerapan Unsur-Unsur Aqidah
Yang Mengelirukan Dalam Masyarakat Malaysia Termasuk Negeri Johor Serta
Penyelesaian Segera Terhadapnya, hal. 34.

Persoalan Mazhab

43

_________________________________________________________________________________________________________________________________

.'_   6 v
% B 8
6 b >D
 f=   u
5
R 9 'e0'U
)( .+ qt 6% b >D
 f= C  N
% 0


  
f
 B?  A xA ^>I @ 9C xA ^w
 
 WI  $ *    u
6%  ) J% ;> I

P
% N
 n
 )9 'b  
o % 6%  )  b y 5>#g `
  # \
 )9 `
  2
 >S 
$ *  
,% ' }A  

S 6 0
9 . . b R ') |
   S@A .   u
{
 z

n
 * 'b (A 'R
!  , L $  J ; 5 R !  v \
 f=  &
% ' : [ 

'$ ) H
~  <%  g  ZV # 
.5b>S s.   *'j
8
9  *'\
N
#  B 'R 8
6  )
~Ertinya: Wajib mengikut imam mazhab bagi orang awam. Waji
atas kita beriktikad bahawa imam empat, Sufyan yang dua itu
(Sufyan bin Uyainah dan Sufyan al-Thauri), Auzai, Daud Zahiri,
Ishaq bin Rahawaih, dan lain-lain (imam mujtahid) berada dalam
hidayat (yang benar di jalan Allah) dan jangan pedulikan kepada
orang-orang yang bercakap berkenaan dengan mereka walhal
mereka bersih daripada perkara tersebut; yang sohih dan
mengikut jumhur ialah orang yang benar dalam perkara furuk di
satu pihak, dan terserah kepada Allah tentang apa yang
dihukumkan atasnya sebagai tanda perjalanan [hidup beragama].
Orang mujtahid itu dipertanggungjawabkan berusaha mencari
kebenaran dan oreang yang tersilap [kalau ia mujtahid] tidak
berdosa, bahkan diberi pahala; yang betul mendapat dua pahala,
kalau mujtahid itu taksir [dalam usahanya, ia tak mencukupi
syaratnya] ia berdosa, itu ittifaq [ulama mengenainya]; dan orang
yang bukan mujtahid hendaklah mengikut mujtahid tertentu
(seperti Syafie, atau lainnya yang ada dalam Ahli Sunnah Wal
Jamaah).

Persoalan Mazhab

44

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Daripada huraian ini, maka dilarang mengikut yang lain


daripada mazhab yang empat (Syafie, Maliki, Hambali dan
Hanafi) dalam membuat keputusan hukum dan memberi fatwa,
kerana mazhab empat itu telah tersebar dan telah tertulis dengan
teguhnya (terkenal) sehingga jelas huraian tentang kaitan-kaitan
perkara mutlaknya, dan perkara-perkara yang bersifat am
daripada yang khususnya, berbeza halnya dengan [aliran yang]
selain daripada [aliran] mereka kerana para pengikutnya sudah
tidak ada lagi; Imam Fakhruddin al-Razi (mujaddib abad ke 7
Hijrah) menyebutkan bahawa telah Ijmak ulama muhakkikin
(ulama yang membuat penyelidikan dan kajian ilmiah)
menjelaskan bahawa orang awam dilarang daripada mengikut
peribadi-peribadi tertentu dalam kalangan sahabat dan para
pemimpin besar mereka [kerana orang awam tidak tahu tentang
perjalanan mereka sebenarnya]. 33
Dalam soal ini, sebenarnya kita dilarang mengikut yang
lain daripada mazhab empat dalam membuat keputusan hukum
dan memberi fatwa, kerana mazhab empat itu telah tersebar dan
telah tertulis dengan teguhnya (diakui oleh kebanyakan ulama
muktabar tentang kesahihannya) berbeza halnya dengan [aliran
yang] selain daripada [aliran] mereka kerana mazhabnya sudah
tidak ada lagi pengikutnya.
Muhammad ibn Abd al-Wahhab dalam Kitab Tauhidnya,
yang menjadi ikutan bagi al-Khajandi al-Masumi ini menyatakan:

33

Ibid, hal. 33-35.

Persoalan Mazhab

45

_________________________________________________________________________________________________________________________________

i
X 'R 
j   6 ;R  'm
 5>#g s '     5
[ 1 L g   % 4 )
 'g   i= X 'R 9 s= @
L  5# 
 )%9 s1 ' R   = w
 I 8
W  B ' 4 
!  H
A  B 9 X% !  6 #R B 8
5
[ 1= '

`
  # ) .# q= <%  U 9 .%  $  W 
. !  '

 !  L % !  W S'?  5;$  '* 6 #R 9 s! \


 'N
#  ! 
 

Ertinya: Keadaan berubah (sedemikian rupa) sampai ke tahap


jadilah pada kebanyakan golongan majoriti bahawa beribadat
kepada rahib-rahib itu amalan yang paling afdal, dipanggil sebagai
darjah wali, dan beribadat kepada orang-orang alim dalam hukum
agama (ahbar) sebagai ilmu dan fahaman yang dalam; kemudian
perubahan hal keadaan sampai (ke tahap) disembah yang selain
daripada Allah oleh mereka yang bukan dalam kalangan solih,
dan disembah dalam erti yang lain ialah mereka dari kalangan
orang-orang yang yang jahil.34
Fahaman inilah yang menyebabkan pengikut al-Khajandi
al-Masumi memahami bahawa mewajibkan mengikut mazhab
imam tertentu adalah mengamalkan syirik. Tidak hairanlah orang
seperti Nasiruddin al-Albani dalam kitab Solah al-Nabi
menyerang pengikut mazhab dan mengajak mereka sembahyang
mengikut kitabnya, dikatakan itulah sembahyang nabi
sembahyang dalam mazhab adalah sembahyang mengikut imam
mazhab, itu boleh membawa kepada apa yang disebut oleh alKhajandi al-Masumi.

34

Al-Khajandi al-Masumi dalam kitab Hal al-Muslim Mulzam bit-Tibai Madhhabin


Muayyaninhal. 464,

Persoalan Mazhab

46

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Mohammad Nuruddin Merbau al-Banjari al-Makki dalam


kitab Rasail Hammah Wa Mabahis Qaiyimah menjelaskan:
Mereka yang mendakwa kita tidak perlu mengikut mazhab,
sebenarnya tidak menyedari persoalan ini adalah ditonjolkan oleh
musuh-musuh Islam yang mempunyai tujuan jahat iaitu untuk
menghancurkan masa depan umat Islam dalam persoalan agama
dan kehidupan dunia. Kerana persoalan ini jika dibairkan berlaku
secara berterusan, ia akan membawa kepada perselisihan
pendapat, percakaran dan perseteruan sesama umat Islam yang
akan menghancurkan Islam dan umatnya di mana perpecahan ini
sememangnya berlaku berterusan dari dahulu hingga ke hari ini.
Tambahnya lagi: Orang Islam yang sejati tidak akan
terpengaruh dengan dakwaan sedemikian. Andainya mereka
mendengar dakwaan terhadap pemimpin-pemimpin ummah yang
memelihara dan mempertahankan usuluddin dan syariah Islam
sejak dari zaman tabiin hingga ke hari ini sebagaimana yang
diwarisi daripada Nabi SAW yang diiktiraf oleh ummah daripada
pegangan ahlul haq, maka kita kena meneliti sumber dakwaan
tersebut dan membongkar dalang disebalik dakwaan tersebut.
Dalam hubungan ini, Abu Ala Soid ibn Ahmad ibn Abu
Bakar al-Razi dalam kitabnya: Al-Jamu Baina al-Taqwa Wal
Fatwa Min Muhimmati al-Din wad-Dunia menyebutkan: Bahawa
dalam bab fiqh memang terdapat perkara-perkara yang perlu
difatwakan, dan yang perlu diikuti ialah mengikut pendapat imam
mazhab yang empat secara khusus, ini bukan bererti menjadi pak

Persoalan Mazhab

47

_________________________________________________________________________________________________________________________________

turut tetapi itulah sebenar-benarnya bertakwa dan orang yang


warak 35
Kalau kita mengikut mazhab Syafie syirik-kafir dilarang
mengikut mazhab, dalam masa yang sama kita diminta mengikut
fahaman yang mereka bawa seperti yang dilakukan oleh
Nasiruddin al-Albani dalam kitabnya Solah al-Nabi, bukankah ini
mengikut mazhab juga namanya? Cuma kononnya mereka
mengatakan dalam Islam tidak ada mazhab, sedangkan mereka
hanya tidak menamakan fahaman dan ajaranya itu dengan nama
tertentu sahaja. Apa bezanya dakwaan kita dengan dakwaan
mereka? Bermazhablah tu namanya ...
Cara berfikir dan memahami agama yang menyalahi ijmak
seperti ini janganlah dibiarkan berkembang di negara kita
Malaysia ini dan di negeri Johor secara khusus. Kalau fahaman ini
diamalkan di negeri lain, itu soal lain tidak ada implikasinya
terhadap masyarakat dan negara kita. Pendek kata, kitalah
golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafie yang
berkewajipan untuk mengawal kesejahteraan ummah dan
memastikan keamanan negeri kita ini.

35

Abu Ala Soid ibn Ahmad ibn Abu Bakar al-Razi dalam kitab Rasail Hammah Wa
Mabahis Qaiyimah, 2007, hal. hal 437-439

Persoalan Mazhab

48

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Soal:

Pentingnya
Bermazhab

Kenapa kita perlu mengikut mazhab tertentu


bukan sebaliknya iaitu apa yang diistilahkan
sebagai tidak bermazhab?

Jawab:
Ramai orang salah sangka bahwa adanya mazhab fikah itu berarti
sama dengan perpecahan, sehingga ada setengah umat Islam
yang menjauhkan diri dari bermazhab, bahkan ada yang sampai
anti mazhab.
Gambaran yang berlaku ini berpunca kerana kebanyakan
orang awam tidak mendapat maklummat sebenar tentang hakikat
mahzab fikah. Kenyataannya bukan sedemikian. Mazhab-mazhab
fikah itu bukan menjadi punca kepada perpecahan atau
pereseteruan, apalagi peperangan di dalam tubuh umat Islam.
Sebaliknya, adanya mazhab itu merupakan keperluan
asasi untuk membolehkan kita kembali kepada Al-Quan dan AsSunnah. Kalau ada seorang bernama Encik Malik, Encik Wahid,
Encik Othman dan lain-lain bersikap anti mazhab dan
mengatakan hanya akan menggunakan Al-Quran dan As-Sunnah
sahaja, sebenarnya mereka sendiri sudah menciptakan satu
mazhab baru, iaitu mazhab Al-Malikiyah, Al-Wahidiyah, AlOthmaniyah dan sebagainya.
Sebab yang namanya mazhab itu adalah satu sikap dan
cara seseorang dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah.
Setiap orang yang berupaya untuk memahami kedua sumber
ajaran Islam itu, pada hakikatnya sedang bermazhab. Kalau dia

Persoalan Mazhab

49

_________________________________________________________________________________________________________________________________

tidak mengikut mazhab orang lain yang sudah ada, maka setidaktidaknya dia telah mengikut mazhab yang diciptanya sendiri.
Walhasil, tidak ada di dunia ini orang yang tidak bermazhab.
Semua orang bermazhab, baik disadari atau tidak.

Persoalan Mazhab

50

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Bolehkah
Membuat
Mazhab
Sendiri?

Soal:
Bolehkah kita membuat mazhab sendiri
tanpa mengikut mazhab tertentu?

Jawab:
Jawapannya memanglah boleh, asalkan mampu mengistimbath
(mengeluarkan hukum) dari Al-Quran dan Sunnah. Kita boleh
ibaratkan persoalan mazhab ini dengan dunia komputer, IBM dan
Apple merupakan jenis dan perisian atau system yang boleh
disebut sebagai mazhab. Maka adanya mazhab-mazhab itu ibarat
seseorang menggunakan komputer, di mana setiap orang pasti
memerlukan sistem operasi (perisian komputer).
Tidak mungkin seseorang menggunakan komputer tanpa
sistem operasi atau perisian, baik Microsoft, Linux, Macintosh,
Java atau yang lainnya. Adanya pelbagai perisian di dunia
komputer menjadi pilihan kepada pengguna, kerana
tanpa
perisian manusia hanya berbicara dengan mesin.
Kalau ada orang yang ingin berlagak sombong dan beriaia tidak mahu menggunakan sistem Microsoft, Linux, Macintosh,
Java atau lainnya yang telah tersedia di pasaran, itu hak mereka
berbuat demikian. Tetapi mereka perlu membuat sendiri perisian
yang lain, yang tentunya tidak mudah dan tidak bijaksana
tindakan yang dilakukannya.
Apa lagi buat orang-orang kebanyakan seperti kita,
rasanya terlalu mengada-ngada kalau perlu membuat dulu

Persoalan Mazhab

51

_________________________________________________________________________________________________________________________________

perisian sendiri. Bahkan seorang programer yang mahir dan pakar


sekalipun belum tentu mahu bersusah payah melakukannya. Buat
apa menyusahkan diri mencipta perisian komputer, sedangkan
banyak sistem yang sudah tersedia di pasaran. Sudah tentu
sistem-sistem tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan
tersendiri. Tapi yang jelas dan lebih praktikal serta bijaksana kalau
kita memanfaatkan apa yang sudah sedia ada. Sebab di sebalik
perisian yang telah sedia di pasaran itu pasti diusahakan oleh
pakar programer dan juru teknik yang bekerja 24 jam untuk
kesempurnaan sistem tersebut.
Demikian juga dengan keempat-empat mazhab yang ada.
Di dalamnya telah berkumpul puluhan, mungkin ratusan dan
ribuan ulama bertaraf pakar yang terlibat dalam mengukuhkan
satu-satu mazhab yang pernah dimiliki umat Islam sejak dahulu
hinggalah ke hari ini. Mereka bekerja siang malam untuk
menghasilakn sistem fikah Islamiah yang siap sedia serta mesra
pengguna sebagaimana yang wujud pada hari ini. Meninggalkan
mazhab-mazhab yang sedia ada itu sama sahaja ertinya dengan
membuat sendiri ciptaan baru, yang hasilnya belum tentu lebih
baik daripada yang sedia ada, dan mungkin cakap sahaja
berdegar-degar tapi ekor bergelomang dengan .
Akan tetapi apa salahnya kalau ada dikalangan generasi
muda atau siswa siswi Islam yang secara khusus belajar syariah
Islamiah, hafal Al-Quran dan ribuan hadis hingga mencapai tahap
keilmuan paling tinggi dengan mempunyai ijazah Ph.D lebih
daripada satu jurusan dan menjadi pengamal syariat Islam yang
istiqamah dan mapan, lalu suatu masa nanti mampu merumuskan
mazhab baru dalam fikah Islam.

Persoalan Mazhab

52

_________________________________________________________________________________________________________________________________

Imam al-Ghazali sebagai contoh, seorang yang terkenal


dengan tahap keilmuannya yang tinggi dan mendalam pun masih
mengikut salah satu mazhab yang sedia ada, iaitu mazhab
Syafie, apa lagi kita yang tidak seberapa. Beliau tetap bermazhab
meskipun sudah pandai mengistimbath (menentukan) hukum
sendiri. Demikian juga dengan ramai ulama besar lainnya seperti
Al-Mawardi, An-Nawawi, Al-Izz bin Abdissalam dan lain-lain lagi.

Wallahu alam.

Persoalan Mazhab

53

_________________________________________________________________________________________________________________________________

RUJUKAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

13.
14.
15.
16.
17.

Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran,


Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1995.
Sohih Al-Bukhari, Gagri Yayinlari, Istanbul Turki.
Sohih Muslim Bi Syarh al-Nawawi, Dar al-Fikr Birut 1978.
Sunan al-Nasai Bi Syarh al-Imamain al-Suyuthi wa al-Sindi, Dar
al-hadis al-Qahirah, 1999.
Sunan al-Tirmizi, Abi Isa Muhammad ibn Isa ibn Saurah, cetakan
Gagri Yayinlari, Istanbul Turki.
Sunan Abi Daud, Imam al-Hafiz Abi Daud Sulaiman ibn al-Asyas
al-Sajastani al-Azadi, cetakan Gagri Yayinlari, Istanbul Turki.
Musnad Ahmad Ibn Nanbal, cetakan Gagri Yayinlari, Istanbul
Turki.
Sudut Aqidah Jakim, Mohd Aizam Masud, Bahaya Anti Mazhab,
Cawangan Aqidah, Bahagian Penyelidikan JAKIM.
Al-Ghazali (1973), al-Mustasfa, Mesir: Maktabat Tijariyyah alKubra.
Ibn al-Humam, al-Tahrir fi Usul al-Fiqh, Mesir: Mustafa al-Babi
al-Halabi.
Al-Khajandi al-Masumi, Hal al-Muslim Mulzam bit-Tibai
Mazhabin Muayyanin Minal Mazahib al-Arbah.
Dr. Said Ramadhan al-Buthi, Alaa Mazhabiyyatu Akhtaru Bidatin
Tuhaddidus Syariatal Islamiyyata (H. Anas Thahir Syamsuddin),
P.T. Bina Ilmu, Surabaya, 1981,
Ibn Hazm (1965), al-Muhalla, Beirut: Maktabat Tijariyyah.
Al-Amudi (1955), al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, Qahirah: Muassasat
al-Halabi wa Syurakauhu.
Al-Subki (1965), Jamul Jawami, Surabaya: Syarikat Maktabah
Said bin Nubhan wa Awladuhu.
Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah Min alMurahaqah Ila al-Rusyd.
Ibn al-Humam, op.

Persoalan Mazhab

54

_________________________________________________________________________________________________________________________________

18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.

Khudhari Bek (1960), Usul al-Fiqh, Mesir: Maktabat Tijariyyah alKubra.


Hasbi, al-Siddiqi, Pokok-pokok Pegangan Imam-imam Mazhab
dalam Membina Hukum Islam, Jakarta: Bulan.
Al-Mausuah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (1427), Kuwait: Wizarat
al-Auqaf wa al-Syuun al-Islamiyyah.
Dr. Wahbah Al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Dimasyq:
Dar al-Fikr.
Fatawa al-Azhar, Mesir: Wizarat al-Auqaf al-Misriyyah.
Syarah al-Jami al-Saghir.
Abu Ala Soid ibn Ahmad ibn Abu Bakar al-Razi, Rasail
Hammah Wa Mabahis Qaiyimah, 2007.
Al-Syatibi, al-Muafaqat.
Al-Syaukani, Irsyad al-Fuhul.
Majmuk Fatawa, Ibn Timiyah.
Drs. Asep Saifuddin Al-Mansur, Kedudukan Mazhab dalam
Syariat Islam, Badan Bookstore Sdn Bhd, Johor Bahru,1994.
"http://ms.wikipedia.org/wiki/Mazhab_Syafie" Kategori: Mazhab.
Ringkasan aqidah dan manhaj Imam al-Syafie, rencana di MilisMuslim.
Penjelasan Mazhab, oleh Ust. H. Ahmad Sarwat, Lc, di Era
Muslim.
Abu Syamah, al-Hawasyit wal Bida.
Al-Lului, Syahr al-Sunnah.
Khudhairi Bek, op. cit,

You might also like