You are on page 1of 10

Khamis, November 03, 2011

Teori Kaunseling Al-Ghazali

Di dalam modul subjek Pembelajaran Sains Kanak-Kanak yang saya pelajari pada
semester 1, salah satu sub-topik yang ada ialah Teori Pembelajaran Behavioris.

Apakah yang dimaksudkan dengan Teori Pembelajaran Behavioris?

Menurut Teori Pembelajaran Behavioris - belajar adalah perubahan tingkah laku


sebagai hasil dari pengalaman. Belajar merupakan akibat adanya interaksi
antara rangsangan dan respon. Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika
dia dapat menunjukkan perubahan perilakunya.

Kata kunci yang penting di sini ialah ransangan dan respon.

Namun - yang menjadi persoalan di fikiran saya ialah teori-teori ini


menggunakan haiwan sebagai model eksperimennya.

Teori Pelaziman Pavlov misalnya - menggunakan anjing sebagai model ujikajinya.

Teori Pelaziman Operan Thordike pula misalnya - menggunakan kucing sebagai


model ujikajinya (Eksperimen Kotak Ajaib)

Teori Pelaziman Operan Skinner pula misalnya - menggunakan tikus sebagai


model ujikaji.

Hal ini kelihatan begitu bertentangan dengan sasaran aplikasi teori


pengajarannya yang sebenarnya - iaitu seorang guru akan mengajar seorang
manusia.

Dan ini menyebabkan saya sedikit terawang-awang mencari titik justifikasi


tentang kerelevenan teori-teori ini.

Adakah seorang manusia sama seperti haiwan? (yang digunakan sebagai model
di dalam eksperimen) - sedangkan manusia itu berakal, dan haiwan sebaliknya.

Adakah tiada teori-teori pembelajaran daripada Timur? - yang bersesuaian


dengan masyarakat Timur? Ataupun teori pembelajaran yang menggunakan
manusia sebagai modelnya?

Dan begitulah persoalan-persoalan yang berlegar di fikiran saya sejak akhir-akhir


ini. Dan saya mencari-cari alternatif yang ada.

Buku Teori Kaunseling Al-Ghazali terbitan PTS Islamika Sdn Bhd tulisan Dr
Yatimah Sarmani dan Dr Mohd Tajudin Ninggal serba sedikit telah memberi

pencerahan dan alternatif kepada saya tentang pendekatan Islam/Timur dalam


menangani kaedah pembelajaran.

Buku ini dipadankan daripada karya tesis Ijazah Doktor Falsafah Bimbingan dan
Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Walaupun buku ini berkisar tentang teori kaunseling - dan yang pelajari/cari ialah
teori pembelajaran - namun ia tetap saling berkait kerana teori pembelajaran
juga berkaitan dengan cara menambat hat manusia.

Pada sari rangsang (blurb) ditulis,

"Nama-nama seperti Sigmund Freu, Carl Rogers, Albert Ellis dan Eric Berne
terkenal dengan teori kaunseling dan psikologi yang menjadi rujukan kaunselor
di seluruh dunia. Walaupun teori-teori Barat seperti psikoanalisis, humanistik,
kognitif dan tingkah laku sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan
huraian al-Ghazali, tetapi ia tidak bertitik tolak daripada akidah tauhid.

Teori Kaunseling al-Ghazali muncul dan berasaskan huraian sifat-sifat manusia.


Kedatangan Imam al-Ghazali yang melakukan anjakan paradigma adalah
bertepatan bagi melihat kaunseling daripada perspektif Islam."

Dan pada bahagian pengenalan ditulis begini,

"Pengaplikasian teori kaunseling Barat ke atas budaya masyarakat Timur


khususnya masyarakat Islam bukan sesuatu yang ideal. Sering kali berlaku salah

tanggapan terhadap masyarakat Timur apabila kaunselor yang berasal daripada


Barat mengaplikasikan sepenuhnya teori daripada Barat. Salah tanggapan juga
berlaku walaupun kaunselor yang mengamalkan teori kaunseling Barat ke atas
masyarakat Timur itu berasal daripada bangsa Timur. Teori dan dan model Barat
itu sendiri kadang-kala menimbulkan pelbagai dilema di kalangan pengamal
Barat.

Antara contoh yang dikemukakan oleh Malik Badri adalah berkaitan dengan Teori
Tingkah Laku Skinner. Teori ini berasaskan pemerhatian tingkah laku haiwan.
Aplikasi teori ini kepada manusia menjadikan kaunselor seolah-olah berada
dalam 'lubang biawak'. Ini kerana skop analisa pada manusia disempitkan
dengan memberi tumpuan hanya pada aspek tingkah laku sahaja."

Teori Kaunseling Al-Ghazali banyak merujuk kepada kitab Ihya' Ulumuddin - karya
agung pemikir itu. Al-Ghazali terkenal sebagai salah seorang tokoh tasawuf. Oleh
sebab itu, model kaunseling yang berasaskan karya beliau secara tidak langsung
mengambil pendekatan tasawuf.

Bagaimana merealisasikan huraian pada manusia menurut al-Ghazali dalam


proses kaunseling?

Menurut buku ini,

"Kaunselor Muslim perlu mempunyai ilmu Islam walaupun tidak mempunyai ilmu
secara mendalam, sekurang-kurangnya mengetahui prinsip-prinsip asas dan
cenderung mempertingkatkan diri. Dicadangkan supaya kaunselor yang mahu
mengamalkan model ini membaca Ihya Ulumuddin terlebih dahulu. Dengan itu,
kaunselor mempunyai kefahaman yang lebih mendalam berkenaan jenis-jenis
penyakit hati yang membawa banyak masalah dalam kehidupan manusia serta
kaedah-kaedah mengubatinya.

Namun begitu, model ini tidak dikatakan sebagai satu-satunya model kaunseling
Islam. Penekanan terhadap huraian al-Ghazali sebagai salah satu mazhab dalam
model-model kaunseling Islam; sama seperti pelbagai mazhab dalam kaunseling
Barat yang terdiri daripada pendokong kognitif, tingkah laku, kemanusiaan dan
sebagainya. Mungkin ada pengkaji atau pengamal kaunseling Islam lain yang
cenderung menggunakan huraian Ibnu Taymiyyah, Ibnu Rusyd, Al-Farabi dan
sebagainya. Ini kerana perbezaan pendapat dibenarkan dalam Islam asalkan
adab-adabnya dipelihara."

Teori Kaunseling al-Ghazali tidak menggunakan haiwan, manusia ataupun


sebarang objek sebagai model. Ia kembali kepada Al-Quran dan tujuan
penciptaan manusia.

Buku ini wajar dibaca oleh si pencari pendekatan alternatif dalam teori
kaunseling dan pembelajaran.

Di dalam Ihya' Ulumuddin ada disebut,"Ilmu pengetahuan itu adalah barang


yang hilang daripada tangan seorang Mukmin yang harus dipungut di mana
sahaja diperolehinya dan harus diucapkan terima kasih kepada sesiapa saja yang
membawanya."

Memetik petikan dalam buku ini - Menerima sesuatu perlu dengan ilmu dan
menolak sesuatu juga memerlukan ilmu. Ia bukan berdasarkan prasangka dan
ikutan semata-mata. Ilmu penting dalam kehidupan manusia. Mengikut alGhazali,"Kekhususan manusia dibanding haiwan ialah ilmu. Manusia menjadi
mulia kerananya."

dan begitulah Teori Kaunseling ini dibina.

Bercakap soal pendidikan - saya tertarik benar dengan pandangan daripada


seorang sahabat.

Katanya - Pendidikan kita terlalu kurang proses, yang ada adalah hamburan
input.

[copy paste]

Contohnya, pendekatan pendidikan kita banyak dilambakkan dengan input


dengan harapan para pelajar akan dapat menghasilkan output sebagaimana
yang dikehendaki.

tetapi, kita kurang sangat bicara isu proses.

contoh - sejarah.

kita belajar fakta bertimbun [input]. outputnya, para pelajar jadi patriotik,
sayangkan negara etc [output]. tapi macam mana dengan fakta berkenaan nak
hasilkan orang patrotik tidak dibincangkan apatah lagi diuji dalam peperiksaan.

yang ada dalam periksa, uji input bukannya proses. kalau uji input, buat apa.
patutnya uji proses, baru boleh nilai sama ada kita mampu hasilkan pelajar yang
patrotik atau tidak [output].

patutnya soalan sejarah - pada pendapat anda, patutkah Melaka jatuh ke tangan
Portugis 1511? atau apa pengajaran yang anda dapat daripada kisah Tuk Janggut
dalam perjuangan kemerdekaan dari perspektif perjuangan agama.

Soalan berbentuk uji proses sebegini rasanya langsung tak dak dalam sistem
pendidikan. Yang ada ialah - bilakah Melaka jatuh? Tok Janggut pejuang di negeri
mana? All these input questions! not process!

So, we are always missing something when process is ignored.

Wallahu'alam
Sunday, April 19, 2009
Falsafah Pendidikan al-Ghazali

Imam Al-Ghazali merupakan salah seorang tokoh pemikir Islam yang amat
terkenal bukan sahaja dalam kalangan umat Islam, malah dalam kalangan bukan
Islam. Beliau sangat tinggi ilmunya dalam pelbagai bidang seperti falsafah,
akidah, fikah, ilmu kalam, tasawuf, pendidikan, politik dan lain-lain.
Nama penuh beliau ialah Abu Hamid Muhamad bin Muhamad bin Ahmad AlGhazali Al-Tusi Al-Shafie. Namun nama asalnya ialah Muhamad sahaja. Beliau
yang terkenal dengan gelaran Abu Hamid dan Al-Ghazali ini, dilahirkan pada
tahun 450 hijrah atau pada tahun1058 masihi, di kota Tus yang terletak di negeri
Kurasan. Beliau merupakan tokoh yang muncul 300 tahun selepas Imam Syafie
lahir iaitu pada tahun 150 hijrah. Terdapat dua pendapat tentang gelaran AlGhazali. Pertama, dikatakan berasal dari nama daerah tempat lahirnya iaitu
Gazalah dan kedua, berasal daripada pekerjaan bapanya iaitu sebagai penenun
kain yang dinamakan gazzal.
Al-Ghazali dilahirkan dalam keluarga yang miskin tetapi kuat pegangan
agamanya. Beliau telah meninggal dunia pada pagi Isnin, 14 Jamadilakhir tahun
505 hijrah / 19 Disember 1111 masihi di tempat kelahirannya sendiri. Beliau
telah mendapat gelaran sebagai Hujjatul Islam dari umat Islam selepas
kematiannya kerana jasa-jasa dan kejayaanya
Semasa hayatnya, Imam Al-Ghazali telah memperkatakan dan membincangkan
tentang banyak perkara mengenai pelbagai aspek kehidupan. Antara yang
mendapat perhatian dan yang telah diperkatakan dengan meluas ialah
mengenai pendidikan, dalam konteks kaedah pembelajaran dan penyebaran
ilmu. Ilmu serta pendidikan adalah amat penting bagi sesiapa sahaja di manamana tempat di dunia ini. Melalui pendidikan, individu dapat memajukan diri,
negara, bangsa dan agama. Pendidikan perlulah sentiasa berkembang dalam
proses mencari kebenaran ilmu. Pendidikan juga pada dasarnya merupakan aset
terpenting dalam pembinaan tamadun manusia dan perkembangannya. AlGhazali memegang falsafah yang menyatakan:

"Sebahagian ilmu tidak akan menyerah dirinya kepada kamu sebelum kamu
menyerah sepenuh jiwa raga kepadanya. Apabila kamu telah menyerah sepenuh
jiwa raga kepadanya, sebahagian ilmu diberikan kapada kamu, namun
sebahagian lagi masih belum tentu untuk menerima kamu."
Melalui ungkapan ini, Al-Ghazali menekankan bahawa seseorang yang ingin
menuntut ilmu haruslah membersihkan hati mereka daripada pekerti buruk dan
unsur negatif. Malahan kesucian jiwa dan kemuliaan akhlak merupakan asas
untuk memperoleh kesucian ilmu dan keberkatan daripada Tuhan supaya dapat
dimanfaatkan untuk diri dan orang lain. Aktiviti pembelajaran juga dianggap
sebagai satu ibadah dan tujuannya adalah supaya seseorang dapat
mendekatkan diri dengan penciptanya. Selain itu, proses mencari ilmu tidak
dapat berjalan lancar sekiranya hati seseorang dipenuhi dengan sifat-sifat
negatif seperti marah, dengki, takbur, bongkak, dan sebagainya. Oleh yang
demikian, individu yang menuntut ilmu pengetahuan haruslah mengurangkan
hubungan dengan dunia, kaum keluarga, dan kampung halaman. Pada
pendapatnya, perkara-perkara seperti ini boleh mengganggu tumpuan dan
melalaikan seseorang dari mencari ilmu dengan lebih giguh lagi, terutamanya
jika sibuk dengan hal-hal keduniaan. Begitu juga dengan Ibnu Khaldun yang
mengatakan bahawa pendidikan seseorang akan menjadi lebih sempurna
dengan cara merantau untuk mencari ilmu(iaitu dengan meninggalkan kampung
halaman).
Jika seseorang menuntut banyak ilmu dalam sesuatu masa tertentu, mereka
akan mendapati bahawa amat sukar untuk memanfaatkan ilmu tersebut dengan
sebaiknya. Perbandingan yang amat jelas dengan perkara ini ialah seperti saliran
air yang mengalir bersimpang siur yang sebahagiannya diserap oleh bumi dan
sebahagian lagi disedut oleh udara sehingga tidak ada sisa yang terhimpun dan
dimanfaatkan oleh tanaman. Perkara ini jelas menunjukkan Al-Ghazali amat
menekankan komitmen dalam proses pembelajaran kepada sesuatu cabang
dahulu sebelum menceburi cabang lain . Kenyataan ini amat bernas berikutan
ilmu pengetahuan sememangnya saling berkaitan dan berperingkat-peringkat.
Melalui perspektif ini, Al-Ghazali menyarankan:

Setiap pelajar tidak boleh menceburi diri ke dalam sesuatu disiplin ilmu baru
sebelum mempelajari secara sempurna disiplin ilmu terdahulu. Ini disebabkan
disiplin ilmu adalah tersusun secara sistematik di mana sebahagian ilmu berkait
antara satu sama lain.
Pendapat seperti ini turut ditegaskan oleh Ibnu Khaldun, yang menyebut bahawa
pengajaran ilmu kepada pelajar hanya akan dirasakan berkesan apabila
dilakukan secara beransur-ansur dan sedikit demi sedikit. Hal ini dikatakan
kerana seseorang belum tentu memahami sesuatu ilmu pada peringkat awal
pembelajaran. Selain itu, Imam Al-Ghazali juga menyarankan agar seseorang
menuntut ilmu secara tertib mengikut keutamaan. Maknanya, kita perlulah

menuntut ilmu yang paling penting dahulu kerana dikhuatiri umur tidak panjang.
Ilmu-ilmu inilah yang menjadi bekalan untuk menyempurnakan ilmu mulia iaitu
ilmu akhirat.
Dalam kita mencari ilmu, perkara penting yang perlu diketahui adalah tentang
hubungan pengajar dan penuntut. Melalui hubungan kedua-dua golongan inilah
proses penyampaian dan penerimaan ilmu dapat dijalankan. Al-Ghazali
menyebut dalam kitab Minhajul Abidin, bahawa sesungguhnya guru adalah
pembuka jalan dan pemudah yang rumit. Maknanya disini, guru adalah individu
yang menolong dan memudahkan seseorang untuk mencapai ilmu. Mereka akan
memberi tunjuk ajar dan menurunkan ilmunya supaya dapat dimanfaatkan.
Hakikatnya, ilmu merupakan hak milik Allah s.w.t yang dikurniakan kepada
hambanya. Pelbagai istilah pendidik yang telah digunakan oleh Al-Ghazali seperti
al-mudarris (pengajar), al-muaddib (pendidik) al-mualim (guru) dan al-walid
(orang tua). Seseorang pengajar haruslah sesuatu yang baik sahaja, berfaedah,
dan positif. Proses penyampaian dan penerimaan ilmu adalah tidak mengira usia.
Al- Ghazali telah menggariskan tugas-tugas dan tanggungjawab seorang guru.
Pada pandapat beliau, tugas mengajar adalah tugas yang paling mulia dan
setinggi-tinggi jawatan. Hal ini memang diakui kerana walau sesiapa sahaja yang
telah mencapai kejayaan di muka bumi ini, disebaliknya adalah seorang guru.

Prinsip-prinsip tentang guru dan murid telah dinyatakan oleh Al-Ghazali dalam
tajuk hubungan timbal balik antara guru dan murid. Tajuk ini ditekankan kerana
menyedari proses pendidikan memerlukan hubungan erat antara guru denagn
murid. Kejayaan proses pendidikan sememangnya bergantung kepada
bagaimana hubungan baik dan akrab terjalin antara guru dan murid. Selain AlGhazali, Ibnu Khaldun juga mengatakan ilmu yang diperoleh melalui hubungan
peribadi dengan guru akan menjadi lebih kukuh dan lebih berakar umbi.
Pendapatnya ini samalah seperti Al-Ghazali yang menerapkan nilai hubungan
antara guru dan pelajar dengan ikatan kasih saying, saling mencintai, dan
hormat-menghormati. Profesyen sebagai pengajar dianggap mulia kerana secara
fitrah, masyarakat memang menghormati ilmuan yang memberi sumbangan dan
faedah kepada orang lain. Ilmu itu sendiri adalah mulia manakala orang yang
menyampaikannya kepada orang lain turut dimuliakan. Namun, sebagai seorang
guru, ilmu yang disampaikan haruslah dipraktikkan oleh diri sendiri supaya dapat
menjadi contoh kepada muridnya. Kata Al-Ghazali:
Sesiapa yang berilmu lalu mengamalkannya, pasti dia adalah diakui sebagai
orang besar di kerajaan langit.
Beliau mengulas dengan lebih lanjut lagi, dengan mengumpamakan orang yang
berilmu dan mengajar orang lain diibaratkan seperti matahari yang
memancarkan sinarnya kepada makhluk lain, sedangkan dirinya tetap bersinar.
Begitu juga dengan minyak kasturi yang dapat menyebarkan bau wangi kepada
alam sekitar, namun dirinya tetap berbau harum. Begitulah tingginya pandangan
Al-Ghazali terhadap individu yang bergelar sebagai pengajar.

Selain menekankan tugas dan tanggungjawab guru, Al-Ghazali turut


menerangkan dan menyebut tentang peranan serta tugas seorang murid. Murid
merupakan individu yang menuntut ilmu daripada seorang guru. Hal ini bererti
sudah sepatutnya seseorang murid menghormati gurunya. Penuntut ilmu secara
tidak langsung telah bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat dan
agamanya. Ilmu yang dimiliki harus dimanfaatkan ke jalan yang betul iaitu
kapada jalan yang benar sebagaimana yang dipertanggungjawabkan oleh
Pencipta sebagai kalifahNya di muka bumi ini. Oleh yang demikian, sesorang
murid harus membuat satu garis fokus untuk menentukan matlamat pendidikan
jangka pendek mereka dan jangka panjang iaitu tidak lari daripada tujuan asas
mencari ilmu. Al-Ghazali berpendapat bahawa tujuan pelajar mempelajari ilmu
mesti mengutamakan disiplin ilmu syariat berbanding disiplin ilmu keduniaan
kerana mendekatkan diri dengan Tuhan merupakan matlamat jangka panjang.
Selain itu juga, beliau turut menggariskan beberara adab sebagai seorang murid.
Antaranya ialah, jangan bertengkar dengan guru dan jangan pula berhujuh
melawan apa jua masalah walaupun diketahui kesalahannya itu. Selain itu, murid
harus mengamalkan apa yang disuruh oleh guru setakat yang mampu dan dan
mereka tidak boleh menuntut ilmu dengan tujuan mencari pangkat, kekayaan,
serta menindas orang bodoh dan membangga diri.
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa ilmu pengetahuan memang
penting dan amat perlu dalam diri setiap insan. Pandangan-pandangan dan
penekanan Al-Ghazali dapat dijadikan ikutan yang baik dalam menjalani proses
pendidikan tidak kira apa topik sekalipun selagi ianya membawa kebaikan dan
faedah bersama.

artikel asal : Norhafizan bt Md desa "falsafah Logika Melayu

You might also like