You are on page 1of 6

SKRIP PENGACARA

MAJLIS PERKAHWINAN
NUR LIYANA ZAINUDDIN & AHMAD SAFWAN ABD AZIZ
16 OGOS 2015 ( AHAD )

N
O
1

QUE

SKRIP

Pengantin bersedia
utk berarak masuk

Subhanallah pagi dan petang


Ganjaran pohon di dalam syurga
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Berdiri bersama
rombongan (belum
berjalan)

Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah swt di atas limpah kurnia, taufik,
dan hidayah daripadaNya, dapat kita sama-sama berada dalam majlis
yang penuh barakah ini.
Sirih junjung berhias indah,
Sekacip pinang pembuka kata,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.
Membuka tirai majlis yang penuh dengan senyuman dan kemeriahan ini,
Sama-samalah kita raikan ketibaan kedua mempelai.
Inilah dia pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi
menawan, pasangan raja sehari Nur Liyana Binti Zainuddin & Ahmad
Safwan bin Abd Aziz.
Dengan lafaz Bismillah, melangkahlah ke mahligai kasih wahai Raja dan
Permaisuri Sehari Dipersilakan.

Pengantin tiba di
atas pentas.

Panas dan kering siapakan tahu,


Hujan rintik di Pulau Pandan,
Berjalan seiring bersentuh bahu,
Samalah cantik, samalah padan.

Dengan langkah yang penuh tertib.


Dengan senyuman terukir manis.
Saling menjeling tanda bahagia..itulah dia pasangan mempelai Liyana &
Safwan.
Selamat Pengantin Baru.!

Menyambut tetamu
yg hadir.

Bacaan doa

Yang berbahagia, , dato-dato, datin-datin, tuan-tuan, puan-puan, hadirin


yang dihormati sekalian, bagi pihak tuan rumah bersama,
En Zainuddin bin Mohd Salleh dan Puan Faridah binti Majid serta
En
dan Puan _____________________
kami sekeluarga, malah 2 keluarga, yang baru saja disatukan,
mengalu-alukan kehadiran para hadirin yang sudi sama-sama menyerikan
majlis perkahwinan Raja Sehari kita Ahmad Safwan bin Abd Aziz & Nur
Liyana Binti Zainuddin di dewan yang permai lagi berkat ini.

Burung nuri hinggap di balai,


Balai seri buatan pak tua,
Tempat berehat rakan dan taulan,
Duduk tersenyum kedua mempelai,
Menadah tangan memanjatkan doa,
Moga jodoh sentiasa berkekalan.
Semua yg hadir, termasuk kaum keluarga, rakan taulan dan sahabat
handai, ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua-dua
Raja dan Permaisuri Sehari kita Ahmad Safwan bin Abd Aziz & Nur
Liyana Binti Zainuddi.
Semoga mereka berdua tabah menghadapi hari hari mendatang dan
dapat hidup penuh bahagia dan dilimpahi kasih & sayang yang
berkekalan.
Bagi menzahir hasrat di hati, marilah kita sama-sama mengaminkan doa
yang akan dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz _________________________
Dengan segala hormatnya , dipersilakan Al Fadhil Ustaz ____________
(DOA TAMAT)
Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz
____________________ atas bacaan doa sebentar tadi.

Selingan sebelum
menepung tawar

Ahmad Safwan nama di beri,


Orangnya kacak lagi berbudi
Jodohnya dengan Nur Liyana
Memang keduanya sama serasi.
Burung jelatik si burung undan
Bersarang rendah burung tempua
Sama cantik sama padan
Bagaikan pinang di belah dua
Untuk makluman para hadirin sekalian,pasangan ini telah di ijabkabulkan
pada hari ___________________ yang bertempat di kediaman pengantin
perempuan di ________________

Majlis Menepung
tawar

Bagi meneruskan acara kita di hari yang berbahagia ini, majlis diteruskan
dengan acara menepung tawar.
Dengan ini majlis mempersilakan ayahanda dan bonda kepada pengantin
perempuan En Zainuddin bin Mohd Salleh dan Puan Faridah binti
Majid untuk memulakan majlis .Dipersilakan...
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan ayahanda dan bonda
kepada pengantin lelaki En ____________ dan Puan__________.untuk
meneruskan upacara menepung tawar kedua mempelai, Dipersilakan..
Seterusnya majlis juga mempersilakan saudara mara. Dipersilakan.
Begitulah tadi berakhirnya upacara menepung tawar kedua mempelai,dan
majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi
menyempurnakan majlis.

Makan beradab

Puan dibawa ke Gunung Ledang


Dibawa dengan penuh beradab
Lauk pauk telah terhidang
Kini masa makan beradab
Jambangan indah berbunga seroja
Diraut dibelai hiasan taman
Hidangan menyelera penuh semeja
Jemput mempelai santapan berteman

Dengan rasa hormatnya, majlis menjemput pasangan pengantin dan ahli


keluarga untuk bersama - sama ke meja yang disediakan bagi menikmati
hidangan.
Majlis dengan ini juga mempersilakan semua hadirin untuk menemani
kedua mempelai yang diraikan untuk bersantapan menjamu selera .
Dipersilakan .

Pengenalan
Pengantin

Sambil hadirin sekalian dan pasangan mempelai kita menikmati hidangan


yang disediakan, molek rasanya untuk kita singkap bibit-bibit perkenalan
pasangan pengantin ini.
Raja sehari kita pada hari ini iaitu Ahmad Safwan bin Abd Aziz, berasal
dari ___________________, merupakan anak ke ___ daripada ___ orang
adik beradik. Merupakan ________________________ dan kini, beliau
bertugas sebagai ______________ di ________________________.
Manakala ratu hati beliau, Nur Liyana Binti Zainuddin, berasal daripada
__________________ merupakan anak ke ___ daripada ___ orang adik
beradik. Merupakan ________________________ dan kini, beliau
bertugas sebagai ______________ di ________________________.
Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu
Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula


berkenalan pada tahun _____ ketika _________________________.
Perkenalan yang tidak disengajakan itu, akhirnya memutikkan rasa cinta
dalam hati kedua-dua pasangan ini.
Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga,
mereka akhirnya pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang
telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang penuh berbahagia ini.

Upacara
Memotong Kek

Hadirin yg dimuliakan, demi merakamkan satu memori indah dan


kenangan manis majlis ini kepada kedua mempelai, majlis diteruskan
dengan upacara memotong kek.
Si anak dara memakai lokek
Lokek tersangkut dihujung julai
Untuk majlis memotong kek
Jemput persilakan kedua mempelai
Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke sudut ________ (lokasi
upacara memotong kek) utk upacara memotong kek
Dipersilakan kedua mempelai Liyana & Safwan.

Sesi Bergambar

Demikianlah tadi berakhirnya acara memotong kek.


Hadirin yg dimuliakan, kita bertukar ke acara terakhir iaitu sesi bergambar.
Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke pelaminan semula bagi
meneruskan sesi bergambar bersama kaum keluarga, sanak saudara
tercinta serta sahabat handai.

[ SESI BERGAMBAR ]

Penutup

Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta.


Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan
sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.
Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati

Inilah yang dikatakan,


Umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Sekali lagi tahniah kepada Nur Liyana & Ahmad Safwan.


Selamat Pengantin Baru.
Selamat Menempuh Kehidupan berumah tangga.
Semoga dikurniakan zuriat yang soleh & solehah.
Berkekalan hingga ke akhir hayat.

Majlis kita masih diteruskan dengan jamuan sehingga jam 4 ptg.


Kepada semua hadirin yang turut menyerikan majlis ini, ucapan
penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kami hulurkan.
Kepada ahli keluarga kedua-dua pihak yang telah bertungkus lumus
dengan persiapan bagi menjayakan majlis perkahwinan ini, terima kasih
diucapkan.
Tulus dan ikhlas bagi pihak En Zainuddin dan Puan Faridah serta
En ________ dan Puan ___________
Ribuan ampun dan maaf seandainya majlis yang tidak seberapa ini terselit
sebarang kekurangan dan kecacatan yang tidak disengajakan.
Yang baik datangnya dari Allah taala dan yang buruk datangnya dari kami
sendiri.
Terima kasih di atas segala bantuan dan doa semua sehingga majlis ini
dapat disempurnakan.
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa bali
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Sekian.
Salam kemaafan, salam kecerian, dan Selamat pengantin Baru.
Wabillahi taufiq wal hidayah, Wassalamualaikum wrt.

You might also like