You are on page 1of 17

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBML4203
KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER MEI 2015

Bincangkan secara terperinci bagaimana anda dapat


mengetengahkan penggunaan komputer sebagai salah satu alat
bantu mengajar mata pelajaran Kesusasteraan Melayu yang
berkesan. Perbincangan anda perlulah merangkumi aspek-aspek
berikut:
a)
Penjelasan tentang konsep TM khususnya bidang
pengkomputeran dalam pengajaran dan pembelajaran.
b)
Huraian tentang prinsip-prinsip penggunaan komputer yang
berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
c)
Huraian tentang strategi menggunakan komputer sebagai
alat pengajaran Kesusasteraan Melayu yang berkesan.

NAMA
NO MATRIKS
NRIC
NO TELEFON
EMAIL
NAMA PENSYARAH
NAMA TUTOR
PUSAT
PEMBELAJARAN

SABARUDDIN BIN JALUMIN


700826125377001
700826125377
01114811620 / 01115217449
sabaruddinjalumin@gmail.com
MOHD ROZAILEE BIN RUSLAN
MOHD ROZAILEE BIN RUSLAN
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
CAWANGAN TAWAU
SEMESTER : SMP MEI 2015

ISI KANDUNGAN
1.0

PENGENALAN

MUKA
SURAT
1

2.0 HUBUNGKAIT KONSEP TM


TERHADAP
BIDANG
PENGKOMPUTERAN
DALAM PDP

3.0

PRINSIP PENGGUNAAN
KOMPUTER YANG
BERKESAN DALAM
PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN BAHASA
MELAYU

4.0 STRATEGI MENGGUNAKAN


KOMPUTER SEBAGAI ALAT
PENGAJARAN
KESUSASTERAAN MELAYU
YANG BERKESAN

10

5.0

14

KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI

1.0

PENGENALAN
Dalam menelusuri era globalisasi yang semakin pesat membangun ini, keperluan

kepada pendidikan amat mendesak untuk mempastikan budaya ilmu terus ditekankan selaras
dengan dasar negara untuk melahirkan modal insan kelas pertama. Pendidikan bertaraf dunia
sebagai wacana dalam dasar pendidikan telah meletakkan proses pendidikan sebagai tunjang
utama kepada pembentukan modal insan tersebut. Dengan meletakkan pendidikan sebagai
tunjang utama, maka desakan mempastikan keperluan pendidikan ini dipelbagaikan bagi
mencerminkan kesungguhan pihak berwajib meletakkan dasar kependidikan utama sebagai
matlamat utama. Desakan ini turut membantu kepada keperluan mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran bagi mempastikan ilmu tersebut dapat digarap dengan baik oleh
pelajar. Perkembangan pendidikan bertaraf dunia sudah pasti mampu bersaing di medan
antarabangsa serta menjana idea ke arah pembangunan ilmu, masyarakat dan negara.
Namun begitu, selari dengan perkembagan sistem pendidikan negara juga, keperluan
kepada kepelbagaian sistem pendidikan itu juga telah berkembang kepada pembelajaran
berbantukan multimedia dan teknologi maklumat. Era tahun 80an, memperlihatkan kepada
kita penggunaan bahan bantu mengajar yang pelbagai dengan penggunaan bahan-bahan
konkrit seperti kertas mahjong dan pena, penggunaan bahan bantu mengajar inilah yang
dilihat banyak membantu dalam sesi pembelajaran sahaja. Sebaliknya era millennium ini
berkehendakkan manusia bukan sahaja mengamalkan budaya fikir tetapi sekaligus
menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang tindakan. Perkembangan dalam
bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta penggunaan komputer telah menjadikan
budaya ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan.
Walaupun perkembangan teknologi multimedia dan maklumat mampu menjadi nilai
tambah dalam pembelajaran, namun ianya juga perlu diintegrasikan dengan aspek pedagogi
dan psikologi. Tidak mungkin dengan hanya bergantung kepada perkembangan teknologi
tanpa membuat persiapan yang rapi dalam pedagogi mampu menghasilkan modal insan kelas
pertama. Maka proses mengintegrasikan kepada ketiga-tiga aspek dalam menyampaikan ilmu
haruslah diperkasakan dalam usaha melahirkan pelajar yang berfikiran kritis, kreatif dan
sembang dari segi jasmani, rohani, intelek dan sosial. Namun begitu, kajian yang
membuktikan kesediaan guru dalam mengaplikasikan teknologi maklumat dalam PDP masihi

ditahap yang rendah. Kebanyakkan guru masih takut untuk menggunakan komputer dalam
pembelajaran.
Sebenarnya, kemajuan pesat dalam bidang teknologi maklumat telah membawa
banyak perubahan terhadap kaedah pengajaran bahasa. Daripada kaedah konvensional di
dalam bilik darjah, pengajaran bahasa kini telah berkembang kepada kaedah pengajaran yang
baru, iaitu pengajaran bahasa di alam siber. Dengan kaedah baru ini, para pendidik bahasa
dapat berkomunikasi dan mengajar melalui komputer yang dihubungkan dengan modem dan
perisian komunikasi. Pengajaran yang menggunakan kaedah baru ini dapat membantu
mengembangkan penggunaan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa. Melalui internet,
penggunaan bahasa Melayu melewati batas geografi dan waktu. Hal ini demikian kerana
internet merupakan satu jaringan antarabangsa yang menghubungkan lebih 30 000 jaringan di
lebih 100 buah negara. Internet kini mempunyai lebih 20 juta pengguna di seluruh dunia dan
bilangan pengguna ini semakin bertambah dengan penurunan harga komputer dan perisian
komunikasi (Laudon, Traver dan Laudon 1996).
Menurut Laudon dan Laudon (1996), teknologi maklumat merupakan gabungan
teknologi komputer dan sistem komunikasi yang membolehkan teks, bunyi, video, dan
animasi disalurkan melalui talian. Komputer dengan kemudahan lebuh raya maklumat
merupakan satu jaringan yang meliputi kawasan yang luas, mempunyai kepantasan yang
tinggi, dan menawarkan beberapa perkhidmatan jaringan. Dengan hal demikian, teknologi ini
dapat digunakan untuk membantu pelbagai urusan dan kegiatan, sepertiperniagaan,
pentadbiran, penyelidikan, dan pendidikan. Antara perkhidmatan yangditawarkan oleh
teknologi ini termasuklah mel elektronik, papan buletin, dan laman web yang membolehkan
para pendidikan berkomunikasi dan mengajar dengan menggunakan talian komputer.
Pengajaran siber tidak memerlukan kehadiran di dalam kelas atau kehadiran pelajar
sewaktu syarahan. Walau bagaimanapun, satu bentuk komunikasi yang interaktif perlu
diwujudkan untuk membangkitkan suasana yang kondusif dan praktikal untuk pembelajaran.
Pelajar dan guru berkomunikasi melalui mel elektronik, persidangan komputer, forum
elektronik, papan buletin, dan laman web. Pengajaran siber ini dijangka menjadi amalan
pengajaran bahasa Melayu pada masa hadapan. Untuk menjadikannya suatu kenyataan, guru
haruslah mempunyai pengetahuan tentang komunikasi pengantaraan komputer yang menjadi
asas pengajaran siber.

Justeru, dapat dilihat pengaplikasian teknologi maklumat dalam PDP dapat membantu
meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran, persediaan yang rapi dengan kebolehan
guru untuk menguasai teknologi maklumat bagi membantu meningkatkan penguasaan murid
terhadap isi pembelajaran dilihat antara teras utama kepada pembentukkan pelajar yang
kreatif dan kritis. Kemajuan teknologi yang pesat ini juga boleh diambil sebagai satu peluang
untuk mengembangkan kemudahan pembelajaran sekaligus menarik minat pelajar.

2.0

HUBUNGKAIT KONSEP TM TERHADAP BIDANG PENGKOMPUTERAN


DALAM PDP
Teknologi maklumat menunjukkan perkembangan yang pesat mutaakhir ini. Di era

70an ke 80an, penggunaan kaedah penerangan pada papan putih dan papan hijau pelajar
merupakan pilihan utama pelajar, kemudian perkembangan teknologi telah membawa kepada
penggunaan helaian kertas dan pena sebagai sandaran untuk mengikat dan memperoleh ilmu
pengetahuan. Perkembangan teknologi era globalisasi juga membawa kepada penggunaan
multimedia bermula daripada bentuk bergambar kepada penggunaan video dan akhir sekali
mutaakhir penggunaan siber seperti e-learning dan internet. Perkembangan teknologi ini
walaupun memberikan sumbangan besar terhadap hiburan, namun bidang pendidikan juga
dapat merasai tempias perkembangan ini. Ianya merupakan satu peluang ke arah
mempelbagaikan strategi dan memantapkan sistem penyampaian ke arah yang lebih
berkesan, dinamik, menyeronokkan dan menghiburkan.
Pengenalan kepada persekitaran pembelajaran bestari merupakan satu senario dalam
pendidikan alaf baru di Malaysia bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial budaya
masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan
bergabung serta memberi penekanan sebijak mungkin terhadap kompenen yang terdapat
dalam strategi pembelajaran. Usaha ini mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
berkesan, dimana guru bukan lagi menjadi pemberi maklumat (one way learning) sebaliknya
guru menjadi pemudah cara (fasilitator) kepada pelajar.
Teknologi merujuk kepada perkakasan, perisian dan sistem telekomunikasi yang
digunakan dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Manakala maklumat pula merujuk
kepadadata dan keperluan yang disampaikan. Maka teknologi maklumat itu merujuk kepada
kemudahan untuk menyampaikan maklumat dengan menggunakan pelbagai perisian dan
perkakasan yang diperlukan. Antara kemudahan teknologi maklumat termasuklah
penggunaan komputer dan internet dalam pembelajaran.
Dewasa ini, pengajaran dan pembelajaran melalui internet secara amnya dikenali
sebagai e-pendidikan (pendidikan elektronik). Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaaan
Malaysia menganggap e-pendidikan sebagai ... a wide set of applications and processes such
6

as Web-based learning, computer-based learning, virtual classrooms, and digital


collaboration. It includes the delivery of content via Internet, intranet/extranet (LAN/WAN),
audio-and

videotap,

satelite

broadcast,

interactive

TV,

and

CD-ROM...

(http://www.dsv.se.se/-klas/ Learn/E-learning/e-learning.html). Justeru itu, e-pendidikan


merupakan cara pembelajaran yang menggunakan pelbagai media dan teknologi mutakhir.
Secara umumnya pendekatan pembelajaran melalui internet dan komputer diwajarkan
kerana beberapa faktor tetapi faktor utama adalah memberi peluang kepada latihan kepada
jumlah tenaga pengajar yang terhad. Selain itu pendekatan e-pendidikan juga mampu
memberi kebebasan kepada pelajar untuk memilih dan belajar maklumat dengan cara
tersendiri sekaligus memberi peluang pelajar untuk berdikari. Ianya juga turut menyediakan
capaian ke pelbagai maklumat untuk rujukan pantas, pasda masa yang sama juga
membolehkan pelbagai kaedah pengajaran yang kreatif dengan mengalakkan minat terhadap
pembelajaran melalui pendekatan pembelajaran berbantukan komputer.
Kaedah ini juga mampu membantu pelajar membiasakan diri dengan pemikiran yang
terbuka dan tidak hanya memfokus epada pengetahuna sedaia ada semata. Penggunaan
komputer juga membolehkan proses pembelajaran yang lebih teratur dan lebih lentur. Tiada
had masa belajar yang terhad selama 30minit seperti yang berlaku dalam bilik darjah, iaitu
proses pembelajaran dilanjutkan sehingga selesai ataupun ditangguhkan dan disambung
semula pada kesempatan yang lain.
Selain itu, kemahiran berfikir juga boleh ditingkatkan dimana dalam kajian yang
dilakukan, kaedah ini menggalakan pelajar untuk berfikir dan menjadi inklusif dan peka
kepada aspek-aspek bahasa dan budaya yang dipelajari. Dan akhir sekalli, ianya juga boleh
menjimatkan kos percetakan dan penghantaran. Kos mencetak buku teks dan bahan bantu
mengajar serta bahan-bahan tersebut ke pusat pengajian dan institut pengajian dapat
dijimatkan dengan adanya kemudahan pengaliran bahan dan maklumat melalui teknologi
maklumat.
Justeru, penekanan kepada penggunaan komputer dalam PDP merupakan satu anjakan
dalam memartabatkan sistem pendidikan negara. Mempelbagaikan kaedah pembelajaran
dengan berbantukan komputer menjadi alternatif kepada para guru dalam usaha menarik
perhatian pelajar. Kaedah chalk and talk yang dilakukan sebelum ini dilihat sebagai satu
bentuk lama dan kurang diminati. Dengan menggunakan bantuan komputer dan multimedia,
suasana pembelajaran akan lebih menarik dan kondusif. Suasana pembelajaran yang berpusat
7

kepada pelajar akan lebih memberi peluang kepada pelajar untuk berdikari dan mengakses
sendiri maklumat yang ingin diperoleh. Maka pembelajaran menggunakan komputer yang
memberi peluang kepada pelajar untuk mengakses sendiri maklumat pembelajaran.
Pembelajaran secara interaktif yang diterapkan dalam system pembelajaran negara
merupakan satu inisiatif yang dilakukan oleh para guru bagi membantu pelajar. Walaupun
kaedah ini masih mempunyai kekangan dari segi kemudahan dan fasiliti di sekolah, namun
pendekatan pembelajaran interaktif ini adalah selari dengan perkembangan teknologi sedia
ada. Dengan kelajuan internet dan mudah capai terhadap maklumat yang disediakan sistem
yang mesra kepada pelajar ini mampu memberikan impak yang tersendiri.

3.0

PRINSIP

PENGGUNAAN

KOMPUTER

YANG

BERKESAN

DALAM

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Secara umumnya, penggunaan komputer mampu meningkatkan minat dan mutu PDP
di sekolah. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajan yang dilakukan terhadap minat pelajar.
Peningkatan terhadap minat pelajar dapat dilihat melalui perkembangan aktiviti
pembelajaran. Teori pembelajaran serta perkembangan media dan sistem pemyampaian
elektronik telah mempengaruhi amalan dan teori reka bentuk pengajaran. Pendidikan dan
industri latihan tidak boleh mengabaikan kepentingan pembelajaran lebih autentik. Pendidik
harus mula memperluas pandangan dan prestasi dalam kerja melampaui strategi pengajaran
yang mereka adalah asset terbesar, dan harus mengurus dan menjadikan modal aset itu
melalui pemerolehan, pengongsian, dan pengukuhan pada pengalaman pelajar. Penggunaan
komputer, telekomunikasi dan maklumat adalah elemen yang mampu mempercepatkan
sistem penyampaian maklumat yang mampu mempengaruhi minda pelajar.
Penggunaan teori pembangunan pembelajaran Bahasa berbantukan Komputer
(PBBK) dalam pengajaran Bahasa mempunyai asas yang kuat berdasarkan teori pembelajaran
dan pemerolehan Bahasa kedua umpamanya dalam Teori Monitor yang dikemukan oleh
Krashen(1981) berhubung dengan pembelajaran Bahasa kedua(B2), beliau menyatakan
bahawa tedapat perbezaan antara pembelajaran(learning) dengan pemerolehan (acquisition).
Pembelajaran ialah proses yang dilalui oleh pelajar secara sedar ataupun formal seperti
pembelajaran nahu, manakala pemerolehan ialah proses individu mempelajari sesuatu Bahasa
seara tidak sedar ataupun tidak formal seperti pembelajaran melalui persekitaran atau suasana
Bahasa inggeris yang digunakan untuk berkomunikasi dan berinteraksi.
Kedua-dua proses ini perlu dan tidak boleh dipisahkan dalam proses pembelajaran
Bahasa. Dengan kata lain, sekiranya persekitaran itu, samada dalam bilik darjah ataupun luar
bilik darjah, kaya dengan input bahasa sama ada dari sudut pembacaan, percakapan dan
penulisan, maka pembelajaran bahasa akan lebih bermakna kepada pelajar. Kita juga
mendapati bahawa pembelajaran berbantukan komputer yang menggunakan multimedia
dapat memenuhi permintaan ini. Hai ini demikian kerana kedua-duanya proses pembelajaran
dan pemerolehan boleh berlaku secara serentak. Langkah ini dapat membantu pelajar
menguasai kemahiran Bahasa dengan lebih berkesan.

Satu lagi konsep yang berhubung rapat dengan konsep pembelajaran dan pemerolehan
ialah hipotesis monitor (Krashen 1981) yang berfungsi sebagai penapis atau penyuntinh
dalam percakapan atau penulisan yang cuba dilakukan oleh pelajar B2. Konsep affective
filter yang diperkenalkan oleh Dulay dan Burt(1980), yang digunakan dalam hipotesis
monitor menyatakan faktor afetif seperti sikap, motivasi dan personaliti banyak
mempengaruhi pemprosesan dalam diri. Dengan kata lain, setiap pelajar yang mempelajari
bahasa mempunyai mekanisme monitor yang dipengaruhi oleh perasaan, sikap, dan persepsi
sendiri. Pelajar yang runsing tidak mungkin dapat belajar dengan baik walaupun apa-apa
yang didengarnya atau dipelajarinya itu mudah difahami.
Berdasarkan teori ini, kewujudan suatu persekitaran yang kaya dengan input bahasa
serta suasana yang tidak tertekan dianggap perlu bagi menjayakan proses pembelajaran dan
pemerolehan bahasa ini. Pembelajaran bahasa menggunakan komputer dapat memenuhi
keperluan tersebut. Ini kerana komputer salah satu alat yang tidak mempunyai perasaan dan
dengan itu pelajar tidak akan merasa malu atau takut sekiranya membuat kesilapan dalam
proses interaksi pembelajaran bahasa. Komputer memberikan ruang secukupnya kepada
pelajar untuk membaiki kesilapan dan meningkatkan penguasaan kefahaman dan kemahiran
bahasa mengikut kemampuan diri.hal iinimendorong pelajar untuk lebih aktif dalam proses
pembelajaran bahasa.
Maka persekitaran yang kaya dengan input bahasa penting bagi memastikan pelajar
dapat mempelajari bahasa tersebut. Pembelajaran berbantukan komputer ini dapat
diprogramkan mengikut tahap tertentu, iaitu pelajar boleh memilih tahap untuk berinteraksi
dengan komputer. Melalui proses ini, pelajar akan dapat menilai kelemahan dan
kemampuannya dalam penguasaan sesuatu bahasa kerana komputer dapat memberikan
maklum balas dengan segera kepada pelajar. Manakala penggunaan kaedah lama melalui
penyemakan buku teks yang dilakukan guru memerlukan masa yang panjang untuk mampu
memberikan respon kepada pelajar.
Pendekatan ini selari dengan pengajaran bahasa kini, iaitu melalui pendekatan
kognitif. Proses interaksi melalui pembelajaran bahasa berbantukan komputer menuntu
pelajar untuk memproses arahan atau maklumat, berfikir secara kritikal dan kreatif,
memberikan tindak balas kepada arahan atau maklumat tadi, dan kemudian menanti maklum
balas daripada komputer sebelum pelajar tersebut memberikan tindak balas seterusnya.
Proses ini dikenali sebagai negotiation process (Long 1996) bagi memahami apa-apa yang
10

dipelajari sebelum pelajar mampu memberikan output atau menghasilkan respns dalam
bahasa yang dipelajari.
Dengan mengunakan adunan prinsip dan praktis Behavioris, Kognitivis dan
Konstruktivis dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu, penerapan kepada
pengajaran berbantukan komputer akan dapat memberikan impak yang baik dan berkesan.
Teori kognitif tentang pembelajaran menjadikan pengaruh kuat terhadap reka bentuk
pembelajaran sistematik dengan golongandan ciri pelajar sebagai asas reka bentuk
perkembangan. Perbezaan pandangan kognitif dan behavioris adalah elajar memproses secara
mental dengan apa yang diterima dan memberi respons dalam pelbagai cara mengikut
perbezaan individu.
Pakar teori kognitif menegaskan struktur pengetahuan, strategi metakognitif untuk
menyelesaikan masalah dan perubahan dalam reka bentuk kepada bidang pandangan
konstruktivis. Prinsip-prinsip konstruktivis menyebelahi pandangan pembelajaran sebagai
mencipta maksud daripada pengalaman. Pelajar membina takwilan peribadi berdasarkan
pengalaman dan intepretasi. Teori-teori pembelajaran yang dinyatakan adalah untuk
memastikan pembelajaran wujud harus sedar pembelajaran yang terlibat dalam bentuk
aplikasi. Kemudian strategi kognitif berguna bagi taktik penyelesaian masalah dimana satu
atau lebih konsep mungkin boleh digunakan untuk menyelesaikan pemikiran kreatif.

11

4.0

STRATEGI

MENGGUNAKAN

KOMPUTER

SEBAGAI

ALAT

PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU YANG BERKESAN

Pembelajaran bahasa berbantukan computer (PBBK) bukanlah perkara baharu dalam


dunia pendidikan. PBBK berkembang daripada Pelajaran Berbantukan Komputer(PBK) yang
diperkenalkan pada tahun 1960-an yang mula diperkenalkan di Universitu of Illinois melalui
rangkaian system PLUTO(Program Logic Automated Machine) yang merangkaikan
university dan sekolah di Amerika Syarikat.
Walaupun PBBK telah diperkenalkan hamper 30tahun yang lalu, ianya hanya popular
sekitar tahun 1980-an. Selari dengan kemajuan teknologi Negara, dengan adanya computer
peribadi yang semakin mudah didapati, perisian PBBK turut bertambah bagai cendawan, DI
Malaysia, PBBK masih baru, meskipun perisian ini sudah lama berada dipasaran dan dalam
internet, namun penggunaannya masih belum meluas. Kebanyakan penggunaan PBBK
merupakan inisiatif individu di sekolah mahupun di universiti dalam kursus masing-masing.
Dengan kata lain, tiada keseragaman penggunaan PBBK sama ada di peringkat sekolah
mahupun peringkat pengajian yang lebih tinggi.
Meksipun begitu, kerajaan sedang berusaha menyeragamkan penggunaan PBBK di
sekolah melalui program sekolah bestari. Dengan adanya kerjasama dengan pihak swasta,
kerajaan berharap PBBK yang bermutu dapat dihasilkan dan penggunaanya dapat
disepadukan dalam kurikulum sedikit masa lagi.
Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, negara ini memerlukan kirakira 125,000 tenaga yang berpengetahuan (knowledge workers) dalam tempoh lima tahun
akan datang. Hal ini menunjukkan bahawa institusi pendidikan haruslah dapat melahirkan
pelajar dan graduan yang bukan lagi menjadi pengguna yang pasif dalam era teknologi
maklumat, tetapi menjadi pengguna yang aktif. Tajul Ariffin Noordin (1995: 360)
menekankan bahawa "apabila kita memasuki abad ke-21, mutu pelajar dan rakyat yang
dikehendaki ialah mereka yang dapat menghasilkan pemikiran, penemuan, dan ciptaan yang
terbaru dan tulen untuk disumbangkan kepada dunia."
Oleh sebab itu, para pendidik di sekolah perlu dilengkapkan dengan kemahiran
lanjutan selain kemahiran aplikasi komputer yang hanya tertumpu kepada pemprosesan
perkataan (contohnya, Word), pangkalan data (contohnya, Dbase, Access), paparan elektronik
12

(contohnya, Excel), dan persembahan grafik (contohnya, Powerpoint). Pendidik seharusnya


tidak menjadi pengguna (end-user atau consumer) semata-mata, tetapi terlibat secara
langsung sebagai pencipta atau pereka (producer atau designer) perisian komputer serta
mampu menilai perisian yang sesuai bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan
dan penilaian perisian haruslah menjadi kerja yang berterusan di kalangan pendidik.
Pada ketika ini, pembangunan perisian dan penilaian perisian pendidikan masih
diserahkan sepenuhnya kepada pihak swasta atau peniaga yang tidak terlatih dalam
pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik dikatakan tidak perlu membuang masa untuk
mencipta atau membangunkan perisian. Oleh sebab itu, banyak perisian yang berada di
pasaran kini tidak menepati kehendak kurikulum kebangsaan, tidak sesuai dengan budaya dan
pemikiran tempatan, tidak menepati pedagogi suatu disiplin, dan tidak sesuai dengan cita rasa
pendidik (Supyan Hussin 1996). Di Malaysia, masih belum ada perisian pendidikan yang
diiktiraf atau diterima pakai untuk semua sekolah. Kementerian Pendidikan menjangkakan
sebanyak empat buah perisian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains,
dan Matematik akan dapat dibangunkan oleh konsortium yang dilantik pada akhir tahun lalu.
Penglibatan pendidik dalam pembangunan perisian ini memberikan implikasi penting,
iaitu perubahan budaya pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau di universiti. Jika
sebelum ini pengajaran dan pemelajaran bahasa, misalnya, mengambil masa lima jam
seminggu, maka dengan perubahan peranan pendidik daripada pemberi ilmu kepada
fasilitator ilmu, pendidik tidak perlu bersama dengan pelajar selama enam jam seminggu lagi.
Mungkin pertemuan di bilik darjah atau di dewan kuliah dapat dihadkan kepada tiga jam
seminggu, sementara pemelajaran berbantukan komputer bersama pendidik untuk tempoh
sekurang-kurangnya sejam seminggu sama ada di makmal atau di bilik darjah (pendidik
sebagai fasilitator atau pemerhati), dan pemelajaran kendiri oleh pelajar (yang pada ketika
yang sama tenaga pengajar bahasa berkenaan akan terlibat dengan kerja menghasilkan bahan
perisian komputer). Pengubahsuaian beban kerja dan peranan pendidik ini perlu dibuat bagi
memastikan sekolah atau institusi berkenaan mencapai objektif yang telah digariskan.
Meskipun keberkesanan penggunaan komputer multimedia dalam pendidikan masih
terlalu awal untuk dinilai, hasil penyelidikan yang lalu telah membuktikan bahawa
pembelajaran bahasa berbantukan komputer:

13

meningkatkan minat terhadap mata pelajaran (Chambers dan Spretchers 1980, Kulik
dan Cohen 1980, Fisher 1983, Norhanim Hamdan 1994, Afendi Hamat 1995, Zubaidah
Zakaria 1996, Hazline Mahmood 1998, Zuwati Hasim 1998),
meningkatkan keberkesanan dalam kefahaman dan penguasaan bahasa Inggeris
(Allen 1972, Magidson 1978, Supyan Hussin 1994),
meningkatkan minat terhadap mata pelajaran tersebut (Chambers dan Sprechers 1980,
Kulik, Kulik, dan Cohen 1980, McDougall 1975),
meningkatkan keberkesanan dalam kefahaman dan penguasaan bahasa Inggeris (Allen
1972, Magidson 1978, Supyan Hussin 1994),
berkesan jika digunakan bersama-sama dengan bahan pengajaran yang lain dalam
mata pelajaran bahasa (Edwards, Norton, Taylor, Dusseldrop, dan Weiss 1974, Fisher 1983,
Supyan Hussin 1994, Ng dan Oliver 1987),
berkesan jika ianya selari dengan sukatan mata pelajaran tersebut (Bloomeyer 1985,
Supyan Hussin 1994, Zuwati Hasim 1998, Afendi Hamat 1995, Hazline Mahmood 1998).
Walaupun belum terdapat kajian khusus yang meluas tentang keberkesanan
pembelajaran bahasa berbantukan komputer yang menggunakan bahan multimedia, kita
percaya bahawa pembelajaran bahasa akan menjadi lebih menarik, bermakna, dan produktif
melalui penggunaan bahan multimedia ini. Hal ini demikian kerana bahan multimedia dapat
menggabungkan bunyi, suara, gambar, filem, dan teks untuk mewujudkan "persekitaran" baru
yang kaya dengan input bahasa yang membolehkan pelajar berinteraksi dengan bahasa
Inggeris yang dipelajari. Keistimewaan ini tidak terdapat pada alat bantu mengajar yang lain,
seperti buku, pita audio, dan pita video yang lebih bersifat satu hala atau unidirectional.
Penggunaan PBBK multimedia bersifat dua hala atau bidirectional. PBBK mampu
memberikan maklum balas dengan kadar yang segera dan sesuai dengan tahap kemampuan
pelajar. Hal ini menjadikan perisian PBBK lebih menarik dan lebih berkesan. Malah, teori
pembelajaran turut menyokong penggunaan gambar, grafik, video, dan suara bagi membantu
pelajar memahami dan mengingati apa-apa yang dipelajari dengan lebih baik (Kemp dan
Smelle 1989). Romiszowski (1988) menyatakan bahawa pelajar dapat mengingat kira-kira
20% daripada apa-apa yang dilihat, kira-kira 30% daripada apa-apa yang didengar, dan kirakira 60% daripada apa-apa yang dibuat. Oleh sebab perisian PBBK multimedia mampu
mengintegrasikan pelbagai bentuk media di dalamnya, maka pelajar akan mendapatinya amat
14

berguna dalam pemelajaran bahasa. Umpamanya, dalam suatu kursus bahasa yang
menggunakan bahan PBBK multimedia, seorang pelajar dapat membaca dialog perbincangan
melalui keratan esei yang diberikan, mendengar dialog dan intonasi setiap ayat yang
dibualkan melalui klip suara, dan melihat gaya pergerakan anggota badan orang yang
bercakap melalui klip video. Ringkasnya, dengan adanya perisian PBBK multimedia, pelajar
dapat mempelajari suatu bahasa dengan lebih berkesan dan bermakna kerana pelajar bukan
sahaja diberikan input bahasa yang kaya, tetapi juga dapat menggunakan ketiga-ketiga
pancainderanya (deria mata, deria telinga, dan deria sentuhan) secara aktif.
Melalui hasil kajian tersebut dapat dilhat keberkesanan penggunaan computer dalam
kesusasteraan melayu melalu penerapan PDP dan BBM dalam memastikan pelajar
memahami dan menguasai konteks pembelajaran. Strategi memfokuskan kepada berpusatkan
pelajar merupakan satu inisiatif yang baik dalam meberi peluang untuk pelajar meneroka
sendiri. Dengan memberikan tunjuk ajar dan garis panduan sebagai pemudah cara, guru boleh
melhat kesan pembelajaran dengan pantas dan boleh mengambila langkah penghargaan
kepada pelajar bagi meningkatkan motivasi pelajar.
Dengan mengadakan modul pembelajaran kendiri yang memberi peluang kepada
pelajar meneroka dan mempelajari sendiri konsep pembelajaran, guru yang bertindak sebagai
pemudah cara mampu memberikan penumpuan khusus kepada pelajar dan tidak hanya
menjadi penceramah bebas dihadapan dan menerangkan secara langsung kepada pelajar.
Disamping itu juga, guru boleh mengadakan kuiz pantas, untuk menguji pelajar dengan
kaedah kuiz yang berbeza, yang memerlukan pelajar meneroka sendiri jawapannya. Sebagai
contoh, dengan memberikan satu situasi terhadap beberapa plot kesusasteraan melayu yang
dipelajari. Pelajar boleh memberikan babak dan watak yang melakonkan dialog tersebut.
Dengan ini sekali gus mampu memberikan pelajar ilmu yang bersifat beradaptasi dengan
pembelajaran berbantukan computer tersebut.
Justeru, pembelajaran berbantukan komputer seperti modul PBBK amat memberikan
lonjakan baik kepada system pendidikan Negara, bukan sahaja dari segi mutu pembelajaran,
tetapi iannya juga dapat meningkatkan

minat pelajar untuk belajar dan memperoleh

keputusan yang lebih baik. Proses ini bakal menatijahkan kehadiran pelajar-pelajar yang celik
bukan sahaja pengetahuan sastera melayu sekaligus menjadi pelajar yang celik IT.

15

5.0

KESIMPULAN

Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang indah dan unik kerana ayat-ayat yang
digunakan mempunyai tautan antara satu ayat dengan ayat yang lain (kohesi) dan mempunyai
perkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain (koheren). Daripada pernyataan
inilah yang membuatkan sesebuah karya bahasa Melayu menjadi hebat. Bagi meningkatkan
perasaan cinta ke atas ilmu Bahasa Melayu, ianya bukanlah sesuatu yang sukar tetapi
memerlukan kerjasama yang erat daripada peringkat penggubal bahasa sehingga kepada
pengguna bahasa agar hasilnya juga akan kelihatan hebat. Semasa berbahasa, sama ada
tulisan ataupun lisan mestilah mempunyai kesinambungan antara satu idea dengan satu idea
yang lain atau memperlihatkan wacana yang berkesan agar pendengar atau pembaca
memahami isi atau hujah yang ingin dan akan disampaikan.

(2955 patah perkataan)

16

BIBLIOGRAFI
Calvin S. Hall & Gardner Lindzey, et : Dr A. Supratiknya (1993). Psikologi Kepribadian 3
TEORI-TEORI SIFAT DAN BEHAVIORISTIK. Yogjakarta : Kanisius media.
Esah Sulaiman (2004). Pengenalan Pedagogi. Johor Bahru : Universiti Teknologi Malaysia.
Jas Laile Suzana Jaafar (2008). Pengenalan Kepada Psikologi Kanak-kanak dan Remaja.
Selangor : Arah Pendidikan Sdn. Bhd.
Juriah Long, Raminah Sabran, Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan Mengajar Bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Mohd. Nasar bin Sukor, (2007). Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahun 4. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Mohd Shahrani Ahmad (2006). Psikologi Kanak-Kanak. Kuala Lumpur : PTS Media Sdn.
Bhd.

17

You might also like