You are on page 1of 40

KESIMPULAN

Ke arah menggapai gelaran Negara maju berbagai-bagai langkah yang telah dijalankan
oleh kerajaan agar Malaysia berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Negara-negara
maju. Mengikut definisi Barat, apabila pendapatan per kapita dan Indeks Pembangunan
Manusia(HDI) sesebuah negara telah melebihi 0.8 mata, Negara tersebut akan diambil kira sebagai
Negara maju. Maka Negara-negara Barat yang juga dikenali sebagai negara-negara yang
ekonominya lebih maju (MEDC) atau Negara Dunia Pertama terus memperkasakan ekonominya
demi mempertahankan status tersebut. Sebagai contoh, Luxembourg telah mencatatkan Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita sebanyak AS$65,630 pada 2005. Kemudian diekori oleh
Norway, Switzerland dan Denmark.

MEMAHAMI CABARAN-CABARAN GEJALA SOSIAL

Gejala sosial adalah suatu ketidaksesuaian antara unsur-unsur kebudayaan atau masyarakat yang
boleh membahayakan kehidupan kelompok sosial dan juga negara. Jika terjadi sesuatu antara unsur-unsur
yang ada dapat menimbulkan gangguan hubungan sosial seperti kegoyahan dalam kehidupan kelompok
atau masyarakat. Gejala sosial muncul akibat terjadinya perbezaan yang ketara antara nilai dalam
kalangan masyarakat dengan realiti yang ada. Sumber yang menyebabkan terjadinya gejala sosial adalah
seperti proses sosial dan juga bencana alam. Faktor-faktor terbesar yang menyumbang kepada terjadinya
gejala sosial ialah faktor ekonomi seperti kemiskinan dan pengangguran, faktor budaya seperti penceraian
dan kenakalan remaja, faktor biologi seperti penyakit serta faktor psikologi seperti ajaran sesat.

Disamping itu, di era globalisasi ini, terdapat pelbagai masalah yang mengancam keselamatan dan
kestabilan sesebuah negara. Masalah sosial atau gejala sosial adalah permasalahan yang bukan lagi asing

dalam kalangan masyarakat. Ia bukan sahaja dihadapi di negara-negara maju bahkan turut sama menular
ke negara-negara yang sedang membangun seperti di Malaysia. Dunia yang sedang menghadapi alaf baru
ini menyebabkan banyak perubahan berlaku dan sangat memberi kesan kepada cara hidup, sosioekonomi,
sistem kepercayaan, nilai dan moral masyarakat yang terlibat dengan perubahan ini. Malaysia adalah
sebuah negara konservatif yang tidak terlepas daripada ancaman ini. (Sumber : http://www.scribd.com
2007)

Merujuk kepada peratusan tertinggi, punca gejala sosial adalah disebabkan oleh globalisasi dan
modenisasi. Perubahan pantas pada tahap yang rasional berlaku kerana perubahan pada arus globalisasi
dan ia bukan sahaja ditandai dengan dominasi ekonomi tetapi juga merentas budaya dan permikiran.
Pembudayaan barat atau city culture berlaku dengan pantas dan agresif dengan adanya teknologi
maklumat dan multimedia kerana kedua-dua medium ini sangat berkesan untuk melakukan agenda
globalisasi.

Lazimnya, sebagai manusia, kita mempunyai sifat ingin tahu terdahap perkara baru dan trendy
iaitu bukan budaya dari ketimuran seperti minum arak, tattoo, pergaulan bebas dan sebagainya yang
membawa kepada gejala sosial yang lebih serius seperti pelacuran, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.
Globalisasi bergerak seiring dengan modenisasi. Dalam dunia yang serba moden ini, kebanyakan manusia
mementingkan prestij dan material. Hal ini menyebabkan masyarakat semakin materialistik dan
individulistik. Berbanding dengan masyarakat tradisional, masyarakat moden mempunyai cita-cita yang
sangat tinggi, kompetitif dan tidak lagi menganggap saudara-mara dan jiran sebagai kelompok rujukan.

Hal ini telah berpaling kepada budaya sebenar yang telah diamalkan. Sebagai masyarakat, ukhwah
atau persaudaraan amat dituntut kerana ia dapat mengukuhkan perpaduan sesama masyarakat dan
mengelakkan pergaduhan atau perpecahan yang boleh mengancam keamanan negara.
Pengaruh globalisasi dan modenisasi lebih terasa dan ketara dengan bantuan pelbagai alatan serba
canggih seperti media massa terutamanya internet. (Sumber : http://www.scribd.com 2007

Kebiasaannya, gejala sosial sering dikaitkan dengan golongan bawahan seperti penagihan dadah,
penganguran, pelacuran dan sebagainya. Akan tetapi, di arus permodenan, gejala sosial juga turut berlaku
dalam kalangan masyarakat kelas atasan yang melibatkan gejala rasuah, politik wang, materialisme
berlebihan dan sebagainya. Faktor kedudukan sosial atau kelas ini jelas, jika mengikut apa yang disiarkan
oleh media dan jenis gejala yang dilakukan juga sangat berbeza.

Pada lahirnya gejala itu adalah sama sahaja. Ia dilakukan tanpa mengikut darjah atau kelas.
Contohnya, perbuatan rasuah boleh dilakukan oleh kerani ataupun tauke besar. Selain itu, kes khalwat atau
pelacuran bukan saja dilakukan oleh buruh di setinggan tetapi juga dilakukan oleh pegawai tinggi dan ahli
korporat yang terkemuka di hotel-hotel mewah di dalam ataupun di luar negara.

Namun persoalan lebih besar yang harus dibangkitkan ialah kenapa pemimpin sekarang tidak
dapat menangani gejala ini dalam perubahan sosioekonomi negara walaupun kemajuan sosioekonomi
bukanlah faktor penyebab utama yang menyababkan berlakunya gejala sosial dalam kalangan masyarakat.
Kita boleh melihat ke dalam diri kita sendiri untuk mencari kelemahan dalaman namun kita tidak boleh
mengetepikan faktor kemajuan sosioekonomi kerana ia mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Kemajuan pesat dalam bidang sosioekonomi negara membawa kepada perubahan sosiobudaya.
Walaupun hal ini tidak menjadi penyebab utama gejala sosial dalam kalangan masyarakat, tetapi ia tetap
mempunyai fungsi yang menimbulkan gejala sosial. Selain itu, kelemahan mekanisme pertahanan diri

yang disebut juga boleh menyumbang ke arah masalah ini. Sementara itu, faktor sosiobudaya yang di
anggap selama ini sebagai benteng menangkis pengaruh buruk berkemungkinan turut menyumbang
kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan masyarakat.

Mungkin apa yang diselidiki oleh ahli sains sosial lebih bersifat mikro dan menjurus kepada faktor
tertentu terhadap satu gejala sosial itu sahaja. Pandangan daripada pemimpin politik pula adalah lebih
umum dan menyeluruh mengenai gejala sosial. Walaubagaimanapun, tidak kira dari mana sudut, gejala
sosial yang melanda dalam kalangan masyarakat sangat memerlukan kajian daripada pelbagai aspek.
Selain itu, pengamatan juga boleh membantu sedikit sebanyak bagi mengetahui apakah faktor sebenarnya
yang menyebabkan berlakunya gejala sosial dalam kalangan masyarakat kini.

Misalnya, Dr Abdul Hamid Othman telah mengaitkan punca gejala sosial dengan pendidikan
agama. Bahkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Gejala Sosial juga memutuskan supaya kurikulum dan
pendekatan pendidikan agama dirombak semula untuk meningkatkan ketahanan generasi muda supaya
budaya negatif ini dapat ditangani. Hal ini sudah tentu berkaitan dengan gejala seperti pengaruh budaya
kuning dari luar melalui dasar langit terbuka atau dunia tanpa sempadan yang kini membolehkan budayabudaya yang tidak bermoral masuk ke negara ini disamping apa yang melanda seperti penagihan dadah
dan sebagainya. (Sumber : http//:www.bharian.com.my 2007)

Agama merupakan landasan kepada sesuatu budaya sejak dahulu dan dianggap benteng pertahanan
terhadap pengaruh negatif dari luar. Hal ini bukan sahaja melibatkan agama Islam semata-mata tetapi
agama lain juga turut menyarankan penganutnya supaya tidak terpengaruh kepada anasir-anasir negatif
yang boleh merosakkan diri sendiri. Sejak pertembungan dengan dunia Barat kira-kira 500 tahun yang
lalu, agama lah yang menjadi benteng pertahanan yang mengekalkan keutuhan budaya sesuatu kaum
sehingga ke abad ini. Menjelang abad ke-21 kini, cabarannya adalah lebih hebat. Kedudukan agama

memang penting, tetapi banyak lagi aspek lain selain daripada pendidikan agama yang patut diberi
perhatian bagi mengelak berlakunya gejala sosial dalam kalangan masyarakat Malaysia. (Sumber :
http://www.jais.gov.my 2007)

Pembangunan sosioekonomi yang pesat tetap menjadi satu cabaran untuk ditangani dengan tepat.
Gejala seperti rasuah, pengaguran, pelacuran dan sebagainya menjadi persoalan sosial apabila ia tidak lagi
menjadi penyimpangan pelakuan individu ataupun apabila dicetuskan oleh keadaan sosial sekitar.
Keterbukaan masyarakat dengan pengawasan sosial seperti dilakukan oleh ibu bapa atau institusi komuniti
seperti dalam masyarakat tradisi tani tidak wujud lagi dan hal ini menimbulkan pola pelakuan yang amat
berlainan.

Memang tidak dinafikan agama menjadi anak kunci utama, tetapi kita masih lagi dihantui dengan
persoalan kenapa dengan 'intensity' yang begitu hebat kehadiran pelbagai aspek agama di kalangan kita,
gejala sosial masih tinggi peratusannya di kalangan orang Melayu berbanding kaum lain. Jelas dalam kita
berjaya meningkatkan kehadiran unsur Islam, seperti sistem kewangan atau perbankan Islam, memerangi
ajaran sesat, ataupun menyepadukan pentadbiran negeri, kita juga tidak dapat menangani gejala sosial. .
(Sumber : http://www.bharian.com.my 2007)

Akan tetapi, tafsiran kaum melayu yang banyak terjebak dalam gejala sosial adalah salah kerana
kaum lain juga terbabit dalam gejala ini, tetapi kes yang dilaporkan tidak banyak. Jika kita cuba
menyelesaikannya dengan satu pendekatan sahaja, masalah ini tidak akan dapat diselesaikan kerana
pendekatan itu lahir daripada tafsiran yang tidak berlandaskan penyelidikan yang jitu.

Permasalahan sosial merupakan isu sejagat yang melanda kehidupan manusia sepanjang zaman.
Porak-peranda dalam kehidupan masyarakat adalah berpunca daripada wujudnya golongan yang rosak

akhlaknya. Di Malaysia, hampir setiap hari dilaporkan oleh media massa akan fenomena gejala sosial
yang sedang melanda masyarakat. Perlakuan buruk ini bukan sahaja melibatkan golongan remaja bahkan
melibatkan orang yang mempunyai nama dan kedudukan dalam masyarakat. Fenomena ini telah
mengancam pembangunan ekonomi sesebuah negara.

Di peringkat keluarga, permasalahan ini boleh menjejaskan masa hadapan sesebuah keluarga
kerana ia diganggu gugat oleh sesetengah anggota keluarga yang rosak akhlaknya. Ibu bapa pula
berhadapan dengan pelbagai masalah seperti tekanan hidup dan kehabisan harta benda akibat daripada
ancaman kehendak nafsu jahat dalam kalangan segelintir anak-anak mereka. Selain itu, fenomena ini juga
telah mengancam pembangunan modal insan dan kesejahteraan hidup di negara ini.

Di peringkat masyarakat pula, gejala sosial telah menganggu kebahagiaan dan kesejahteraan hidup
masyarakat kerana terpaksa menghadapi ancaman dan gangguan daripada golongan masyarakat perosak
ini ataupun golongan yang menimbulkan gejala sosial.

Manakala di peringkat negara pula, penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai kegiatan yang
tidak bermoral bukan sahaja membazirkan wang jutaan ringgit malahan ia akan menyebabkan hilangnya
tenaga-tenaga pelapis yang sepatutnya mewarisi kepimpinan negara. Menurut laporan daripada Agensi
Anti Dadah Kebangsaan, sebanyak Agensi Anti Dadah Kebangsaan, sebanyak RM19 juta setahun
dibelanjakan untuk pemulihan penagih-penagih dadah di seluruh Negara. Manakala Majlis Aids Negara
pula membelanjakan sejumlah RM40 juta setahun untuk mangsa-mangsa Aids di seluruh Negara. Justeru
itu adalah menjadi tanggungjawab semua anggota masyarakat agar menangani masalah ini daripada terus

berleluasa. Adalah tidak wajar sama sekali dalam kalangan kita saling menuding jari menyalahkan satu
sama lain tanpa memberikan sebarang sumbangan dalam menghadapi ancaman ini.
(Sumber : Analisis AADK dan MAN 2007)

Disamping itu, gejala sosial sangat merosakan keadilan sosial dan keadilan ekonomi. Ia
mempersulitkan kemajuan ekonomi apabila kecekapan menurun selain pengubahsuaian sistem yang
selama ini diterima dan efektif. Selain itu, perbelanjaan negara juga akan meningkat kerana kerajaan
terpaksa menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk mengatasi gejala ini dengan mengadakan programpromgam seperti kempen kesedaran, program pemulihan dan sebagainya.

Berdasarkan penyelidikan daripada beberapa pihak, didapati masalah keruntuhan akhlak atau
penglibatan dalam kegiatan tidak bermoral ini di sebabkan oleh pelbagai punca yang saling kait-mengait.
Di antaranya ialah kurangnya pengetahuan agama dalam kalangan anggota masyarakat, kurang prihatin
terhadap anak-anak, pengaruh media massa dalam pelbagai aktiviti hiburan yang melampau, kemunculan
pusat-pusat hiburan yang tidak terkawal, pengaruh persekitaran, sikap hidup masyarakat yang
individualistik, dan lain-lain lagi.

Oleh kerana itu, adalah menjadi tanggungjawab kepada mana-mana pihak yang menjadi penyebab
kepada suburnya gejala sosial ini, agar membuat muhasabah segera, bagi mengenal pasti kelemahan dan
kesilapan masingmasing yang menyebabkan terjerumusnya sebahagian anggota masyarakat ke dalam
kemelut gejala sosial. Disamping itu, mereka perlu menentukan pelan tindakan ke arah mengurangkan
kemunculan fenomena ini.

Permasalahan keruntuhan akhlak pelbagai lapisan masyarakat juga dapat dikurangkan jika semua
pihak memahami dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebagai pemikul amanah Allah, iaitu
kewajipan memakmurkan dunia ini dengan dasar, nilai dan falsafah keagamaan. Adalah menjadi
tanggungjawab setiap muslim,
walau dari apa juga latar belakang kerjaya memikul amanah Allah dengan mempastikan apa jua aktiviti
dan kegiatan mestilah berlandaskan semangat ibadah. Sesungguhnya tuntutan membina nilai agama dalam
kehidupan ini adalah tanggungjwawab setiap
muslim tidak kira samada mereka ahli politik, saintis, tokoh budaya, tokoh sukan, para usahawan dan
sebagainya.
Allah S.W.T. mewajibkan setiap Muslim menjadikan ajaran Islam sebagai dasar, nilai, dan falsafah
dalam perlaksanaan kerjaya dan profesion masing-masing. Allah S.W.T menegah sama sekali dasar-dasar
dan nilai buruk dalam perlaksanaan apa juga kerjaya. Penghayatan prinsip ini akan dapat membentuk
persekitaran yang didominasi oleh pengaruh agama. (Sumber : http://www.jakim.gov.my)

Satu lagi kaedah yang di percayai berkesan dalam menangani gejala sosial ini ialah melalui
perlaksanaan Amar makruf dan Nahi mungkar. Kesedaran melaksanakan
amar maaruf semakin lemah mutakhair ini dan lazimkanlah budaya mengambil tahu permasalahan orang
lain yang bertujuan untuk menyelamat dan membahagiakan orang lain, seperti mana keselamatan dan
kebahagian yang kita inginkan. Inilah sebenarnya prinsip hidup bermasyarakat yang telah mengangkat
martabat umat Islam di zaman
kegemilangannya.

Akhirnya, kita perlu menginsafi kekurangan dan kelemahan kita selama ini dalam melaksanakan
kewajipan kita sebagai pemikul amanah Allah S.W.T. sehingga kita dihadapkan dengan ancaman gejala

sosial yang mengerunkan ini. Dengan keinsafan itu, kita akan mengorak langkah secara bersepadu untuk
menghadapi ancaman gejala sosial yang semakin parah dewasa ini. (Sumber : http//:www.jakim.gov.my)

Selain tu, gejala sosial mempunyai kesan negatif ke atas pertumbuhan psikologikal, fizikal,
ekonomi dan pembangunan seseorang individu dan sesebuah negara. Perlakuannya yang negatif secara
terus menerus akan menyebabkan berlakunya situasi baru iaitu economic dysfunctioning. Economic
dysfunctioning berkaitan dengan kemiskinan, pengangguran dan penghijrahan sama ada dari dalam negara
ke luar negara ataupun dari luar bandar ke bandar raya yang mampu dilihat sebagai masalah sosial, selain
faktor pendorong kepada pelbagai lagi masalah yang bakal dihasilkan.
(Sumber : http://www.bharian.com.my 2007)

Realitinya, masalah sosial menyebabkan peningkatan kos sosial, sekali gus menjejaskan
keseimbangan pembangunan negara. Oleh itu, setiap projek pembangunan seluruh peringkat yang hendak
dilaksanakan perlu menyediakan kajian terhadap kesan sosial yang membabitkan masyarakat setempat.
Langkah itu bagi memastikan setiap projek yang dilaksanakan akan menjamin kesejahteraan masyarakat
dalam usaha membendung gejala sosial yang kian meningkat ketika ini. Kerajaan pula perlu mengambil
berat tentang trend gejala sosial yang berterusan, dalam erti kata lain, peningkatannya masih ketara
melibatkan semua petunjuk yang telah dikumpulkan seperti pengangguran, pelacuran, rasuah dan
penagihan dadah.

Seperti yang telah dibincangkan, gejala sosial merupakan salah satu fenomena modenisasi dan
kejutan budaya. Ia kebanyakannya melanda golongan remaja dan belia Pada zaman remaja, seseorang itu
berhadapan dengan satu siri krisis identiti iaitu pembentukan dan pengembangan identiti diri.

Kegagalan untuk mengatasi cabaran itu akan membuatkan remaja itu mengalami krisis kekeliruan.
Sebenarnya, tiada jalan pintas untuk mengatasi masalah sosial yang dihadapi remaja. Remaja merupakan
satu kumpulan individu yang kompleks. Sebahagian masalah yang dihadapi mereka adalah juga masalah
sosial yang dihadapi oleh orang dewasa juga. Oleh tu, semua ibu bapa perlu mengasihani anak-anak
mereka dan menaruh cita-cita yang tinggi untuk menikmati kehidupan berkeluarga secara harmoni dan
bahagia.

Walaubagaimanapun, senario mengejar perbelanjaan harian boleh menyebabkan tekanan emosi


dalam kalangan ibu bapa. Masalah ini dapat diselesaikan seandainya ibu bapa memberikan perhatian
secukupnya kepada anak-anak sejak kecil dan sentiasa berkongsi masalah dengan anak-anak mereka. Ibu
bapa sepatutnya bukan sahaja menjadi `penjaga' mereka, tetapi juga `kawan' kepada anak-anak mereka
sendiri, di samping menimbulkan persekitaran kekeluargaan dan teknik keibubapaan yang sihat dan
cemerlang.

Umumnya, selama ini kita hanya memberikan tumpuan kepada pembangunan bersifat fizikal dan
kewangan. Kita berasa puas hati apabila sesuatu projek serta program pembangunan dilaksanakan dan
apabila dilaporkan, peruntukan 100 peratus dibelanjakan.
Sebaliknya, kita jarang membuat perkiraan dan penilaian dari segi kesan sosial dan sejauh mana ia
memberikan kesan ke atas kesejahteraan sosial.

Di sinilah letaknya ruang bagi perancangan sama ada dari aspek agama, psikologikal, fizikal,
ekonomi ataupun sosial memainkan peranan mereka sebagai `jurutera' dan `arkitek' pembangunan semasa
dengan menggariskan panduan dasar, strategi dan program yang perlu dan sesuai dijalankan.
(Sumber : http://www.utusan.com.my2006)

Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana
bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak. Realitinya,
golongan ini adalah golongan yang terbanyak melakukan gejala sosial. Data dan statistik banyak
menunjukkan keruntuhan akhlak di kalangan remaja di negara ini adalah semakin serius.

Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman, antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai
37602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini,
seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja dan dalam kalangan remaja yang diberkas pula, kesalahan yang
dilakukan boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda. (Sumber : Berita Harian, 22
September 1993)

Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah
pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau motosikal
(Utusan Malaysia, Januari 1992).

Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990 dan 1992. Pada
tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992.
Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah lari atau hilang dari rumah. Pada tahun 1990, terdapat
1578 kes, 1991 (1981 kes), 1992 (2221 kes) dan 1993 (1485 kes). Dari segi jenayah melibatkan bahan
berbahaya seperti dadah psikoaktif, antara tahun 1990 dan 1992, daripada jumlah 22912 penagih dadah
yang ditahan, 2856 orang (12.46%) adalah remaja.
(Sumber : http://www.geocities.com 2003)

Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius dari kaca mata masyarakat
Malaysia, iaitu perbuatan maksiat di kalangan remaja. Menurut Menteri Perpaduan Negara dan

Pembanguan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar, bilangan remaja yang rosak ahklak masih tinggi. Pada
tahun 1988, sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989, 3763 kes pada tahun 1990 dan
sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991 (Sumber : Berita Harian, 3 Februari 1992).

Hal ini sangat membimbangkan kerana remaja merupakan aset negara. Jika ramai remaja terlibat
dalam gejala yang tidak bermoral ini, sudah pasti negara akan kehilangan tenaga-tenaga kerja dan
pembangunan negara juga turut terjejas kerana jatuh dan bangunnya sesebuah negara terletak pada
pencapaian mereka. Meraka juga harus mengamalkan cara hidup yang sihat.

Demi pembangunan negara, mereka perlu menjauhi gejala-gejala negatif yang boleh meruntuhkan
akhlak mereka. Gejala-gejala negatif ini akan akan membawa masalah maksiat dan kes-kes jenayah. Hal
ini akan menjejaskan pembangunan negara dan secara tidak langsung akan membebankan negara juga.

Salah satu permasalahan sosial yang dihadapi oleh remaja iaitu penagihan dadah. Masalah ini telah
diketahui umum dan tidak dapat diselesaikan walaupun masalah ini telah lama melanda negara. Gejala ini
telah menimbulkan pelbagai permasalahan lain. Kesan daripada masalah penagihan dadah dalam kalangan
remaja ini melibatkan pelbagai pihak. Sebagai contoh, kerajaan terpaksa membelanjakan berjuta-juta
ringgit setahun untuk memulihkan penagih-penagih dadah. Kerajaan juga terpaksa membazirkan tenaga
dan masa untuk menyelesaikan masalah ini. Oleh itu, pembangunan negara juga tidak dapat dicapai dan
ekonomi negara turut terjejas.

Golongan remaja adalah golongan yang diharapkan menjadi tenaga kerja yang boleh
meningkatkan ekonomi negara dan seterusnya membangunkan negara. Akan tetapi, dengan terjebaknya
golongan ini ke dalam masalah sosial, mereka merupakan perosak negara. Jika ramai remaja terjebak

dalam masalah penagihan dadah dan sebagainya, sumber manusia tidak dapat disediakan dan produktiviti
turut terjejas. Hal ini mendatangkan kesan negatif kepada ekonomi negara kerana negara amat
memerlukan sumber manusia yang berkemahiran tinggi.
Disamping itu, ekonomi Malaysia yang kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Banyak
projek pembangunan raksasa berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang
meluas dan timbul masalah kekurangan tenaga kerja kerana guna tenaga kerja di negara ini meliputi enam
kumpulan yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara iaitu sektor pertanian, sektor
perkilangan, sektor pengangkutan, sektor pembinaan, sektor perniagaan dan sektor perkhidmatan. Jumlah
guna tenaga kerja secara tidak langsung dapat memberikan gambaran tentang pertumbuhan ekonomi
negara, bukan sahaja kepada perkembangan secara keseluruhan, tetapi juga mengikut sektor. Jadi,
Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan
pendatang asing tanpa izin yang banyak telah menimbulkan pelbagai masalah terutamanya masalah
pengangguran dalam kalangan rakyat Malaysia. (Sumber : Fajar Bakti, 2003)

Kemasukan warga asing menyebabkan hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak
majikan lebih suka mengupah pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan
pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat
kita sungguhpun bukan semua rakyat tempatan berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak
antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang
kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya.

Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai
pendapatan. Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit.
Hal ini memang tidak adil kepada rakyat tempatan. (Sumber : http://mazlan66.wordpress.com 2008)

Ia juga mendatangkan kesan yang sangat mendalam kepada rakyat tempatan. Rakyat tempatan
mungkin sukar untuk mendapatkankan pekerjaan terutamanya mereka yang berpendidikan rendah.
Keadaan ini akan menyebabkan pengangguran. Pengangguran yang berlaku dalam sesebuah negara akan
menimbulkan pelbagai kesan terutamanya kesan kepada ekonomi dan sosial.

Kesan pengangguran terhadap ekonomi ialah mengurangkan keluaran negara. Apabila terdapat
ramai tenaga buruh yang menganggur, maka pengeluaran dari beberapa sektor ekonomi akan berkurangan
dan akibatnya keluaran negara bagi negara juga akan berkurangan. Selain itu, pengangguran juga
menyebabkan taraf hidup penduduk turun. Taraf hidup penduduk di sesebuah negara diukur dengan
menggunakan pendapatan per kapita. Apabila terdapatnya ramai tenaga buruh yang menganggur, maka
keluaran negara kasar akan berkurangan dan seterusnya akan mengurangkan pendapatan per kapita.
Apabila pendapatan per kapita rendah, maka taraf hidup penduduk juga akan rendah.

Pengangguran juga boleh mengurangkan pendapatan negara. Apabila kadar pengangguran adalah
tinggi, maka pendapatan atau keuntungan pengusaha akan berkurangan. Ini akan mengurangkan jumlah
cukai pendapatan dan cukai keuntungan syarikat yang dapat dipungut oleh kerajaan dan seterusnya akan
mengurangkan pendapatan negara. (Sumber : http://www.tutor.com.my 2007)

Masalah pengangguran juga boleh melambatkan proses pembangunan negara. Apabila pendapatan
negara berkurangan, maka kerajaan tidak dapat menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur yang perlu
untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Perbelanjaan tersebut terpaksa dikurangkan dan akan melambatkan
proses pembangunan negara. Selain itu, ia boleh menambahkan kadar kemiskinan. Pengangguran yang
tinggi kadarnya akan meningkatkan kadar kemiskinan dalam negara. Kerajaan terpaksa merancang

beberapa program untuk mengatasi masalah kemiskinan. Hal ini akan menjejaskan usaha kerajaan untuk
memajukan negara.
(Sumber : http://www.tutor.com.my 2006)

Gejala sosial tidak hanya melibatkan golongan remaja atau golangan bawahan sahaja. Masalah ini
turut dihadapi oleh semua kelas sosial. Mereka yang mempunyai berkedudukan tinggi dalam kalangan
masyarakat juga melakukan masalah sosial. Biasanya golongan atasan yang terlibat dalam gejala sosial
adalah terdiri daripada mereka yang terdesak dan ingin mencari jalan mudah untuk memperoleh kekayaan.

Kebanyakan gejala sosial yang dilakukan oleh golongan ini adalah jenayah kolar putih atau
jenayah ekonomi. Jenayah kolar putih atau jenayah ekonomi ialah sebarang perbuatan salah yang
dilakukan oleh golongan pertengahan atau golongan atasan seperti golongan professional, pengurus,
pengarah dan sebagainya yang berkaitan dengan bidang tugas mereka. Contoh gejala sosial yang
dilakukan oleh golongan ini inlah rasuah, pecah amanah, konflik kepimpinan, penyelewengan dan
sebagainya.
(Sumber : Rasuah, Longman, 2003)

Punca- punca yang menyebabkan berlakunya gejala sosial dalam kalangan masyarakat kelas atasan
ialah sifat tamak dan ingin hidup mewah dengan cara yang mudah dan singkat. Selain itu, tekanan
peribadi atau pekerjaan juga menyebabkan seseorang itu melakukan gejala yang tidak sihat ini. Sikap
tidak acuh masyarakat terhadap masalah ini dan kurangnya didikan agama juga boleh menjadi punca
seseorang yang ternama melakukan jenayah sosial. Disamping itu, mereka juga merasakan hukuman yang
diterima adalah ringgan. Oleh itu, mereka dengan tanpa perasaan takut dan malu melakukan gejala ini.

Berdasarkan kepada buku-buku sosiologi dan kriminologi oleh Dr. Yusuff Nook, faktor-faktor
jenayah ekonomi atau jenayah yang membabitkan golongan kelas atasan ialah situasi (persekitaran),
peluang (pengurusan) dan personaliti (individu).
(Sumber : Jenayah Kolar Putih, Longman, 2003)

Tekanan situasi ialah tekanan yang dialami oleh seseorang akibat daripada keadaan alam
persekitaran. Tekanan yang dimaksudkan termasuklah hutang yang banyak, kalah dalam perjudian,
pendapatan yang rendah, suka berbelanja besar melebihi pendapatan dan sebagainya. Selain itu, tekanan
situasi boleh mendorong kepada tekanan untuk mencapai sasaran keuntungan yang tidak realisik dan
mengalakkan individu melakukan jenayah.

Peluang pula merujuk kepada peluang yang diwujudkan oleh penjenayah itu sendiri atau
diwujudkan oleh pengurusan institusi yang tidak kemas atau tidak cekap seperti tiada audit dalaman.
Institusi juga boleh meningkatkan peluang kepada pekerja untuk melakukan jenayah dengan
menggalakkan transaksi perniagaan sesama sendiri dengan mengwujudkan struktur perniagaan yang
kompleks, mengadakan banyak perlantikan akuantan atau mempunyai sistem audit yang lemah.

Antara gejala sosial terbanyak yang dilakukan oleh golongan profesional ialah rasuah. Rasuah
ialah tindakan memberi atau menerima sebarang suapan sebagai dorongan, upah, atau galakan kepada
seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan. Rasuah di
Malaysia telah menjadi satu industri yang semakin berkembang pesat. Kita boleh melihat percambahan
aktiviti rasuah di mana-mana sahaja. Dewasa ini, rasuah merupakan gejala sosial yang bukan sahaja
melibatkan golongan professional, tetapi juga golongan bawahan.
(Sumber : http://ms.wikipedia.org 2006)

Para pakar ekonomi berpendapat, antara punca ekonomi beberapa buah negara Asia dan Afrika
berkembang lemah, terutama di Afrika, ialah rasuah yang berbentuk "penagihan sewa" yang menyebabkan
perpindahan penanaman modal ke luar negara bukannya dilaburkan di dalam negara yang sering kali
disebut oleh beberapa diktator Afrika. Berbeza pula dengan diktator di Asia, seperti Suharto yang sering
meminta sogokan daripada setiap pembiayaan atau keuntungan projek, namun lebih memberikan
perhatian dalam pelaburan dalaman, seperti dalam projek prasarana, kewangan, perbankan, dan lain-lain
yang bermanfaat kepada rakyat. Pakar daripada Universiti Massachussetts memperkirakan, dari tahun
1970 hingga 1996, "perlarian" modal 30 buah negara Sub-Sahara berjumlah sekitar US $187 bilion
(RM710.6 bilion); melebihi jumlah hutang luar negara-negara tersebut. Hasilnya, Mancur Olson
mengutarakan model ekonomi tentang pembantutan pembangunan. (Sumber : http://ms.wikipedia.org
2006)

Kegawatan gejala sosial ini semakin meruncing. Ia dihadapi oleh semua golongan tidak kira sama
ada golongan atasan, bawahan dan juga dalam kalangan remaja yang baru ingin mengenal dunia.
Keruntuhan akhlak ini semakin menjadi-jadi. Di merata dunia orang sibuk membicarakan mengenai
keruntuhan akhlak dan budaya. Begitulah halnya di Malaysia. Fenomena ini berlaku begitu drastik
sehingga kita tidak mampu mengendalikannya. Ia umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Penyakit
sosial ini tumbuh di merata tempat di seluruh pelosok negara. Ia akan menjadi barah jika tidak dibendung.
Namun kita tidak hanya akur dengan arus ini. Setiap penyakit pasti ada ubatnya.
Gejala sosial dapat diatasi dengan pembentukan institusi keluarga yang mantap kerana ia
merupakan satu hospital paling penting bagi merawat penyakit sosial ini. Keluarga yang mantap dan
bahagia menjadi penawar kepada aneka resepi penyakit sosial. Rekayasa sosial adalah salah satu cara
dalam mengukuh institusi keluarga menerusi pembentukan masyarakat sakinah bagi menghadapi era
globalisasi ini.

Pendekatan ini diambil dengan bermatlamat melahirkan masyarakat yang aman, makmur,
seimbang, maju, berbudaya dan bertatasusila dengan berlandaskan norma moral dan nilai kerohanian
hidup yang positif. Melalui pendekatan keluarga sakinah ini, bibit moral dan keimanan akan disemai dan
disenyawakan dalam diri insan yang berkeluarga.
(Sumber : http://www.bharian.com.my 2006)

Keluarga adalah satu unit kecil dalam masyarakat. Institusi ini walaupun kecil berfungsi amat
besar dalam membina sesebuah negara. Keluarga memberikan suasana persekitaran yang nilai keinsanan,
adab, akhlak dan etika berkembang dan kemudiannya membiak dalam generasi seterusnya. Bukan sahaja
islam, tetapi semua agama didunia ini memberikan garis panduan yang jelas mengenai nilai keimanan,
adab dan akhlak dalam keluarga. Keluarga yang aman dan bahagia akan memastikan pertumbuhan
individu yang juga aman, bahagia, beradab, berakhlak dan mendukung nilai mulia keinsanan. Keluarga
bertanggungjawab membentuk watak diri dan wawasan bagi seseorang insan dan ia adalah unit utama
dalam pembinaan bangsa dan negara yang cemerlang.

Apa guna negara kita maju dan makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan yang
akhirnya akan membawa kepada kehancuran sesebuah negara. Kita tidak mahu sejarah negara Barat
berulang di negara kita. Mereka maju dan cemerlang dalam bidang sains dan teknologi, memiliki kekuatan
ekonomi yang cukup ampuh dan diiktiraf sebagai 'polis dunia' melalui gagasan 'New World Order' kerana
kekuatan ketenteraan dan teknologinya, tetapi memiliki institusi keluarga yang rapuh dan goyang dan
sentiasa terdedah dengan banyak penyakit sosial.
(Sumber : http://www.bharian.com.my 2006)

Kita tidak nafikan kayu ukur jasmani adalah penting. Tetapi yang lebih penting, kebahagiaan itu
harus diukur melalui pendekatan rohani. Ini kerana kasih itu tidak dapat dirayu dan sayang itu tidak dapat

diminta-minta. Ia lahir daripada cinta murni dan perasaan kudus melalui percantuman hati sesama ahli
keluarga. Institusi keluarga memang menjadi tapak asas dalam membentuk masyarakat yang berbudi
pekerti mulia. Pendidikan awal biasanya dikaitkan dengan rumah. Keruntuhan moral masyarakat juga
dikatakan berpunca daripada kelemahan institusi keluarga.

Gejala sosial itu wajar diatasi melalui apa cara sekalipun kerana ia mengancam beberapa perkara
seperti keselamatan agama. Ini meliputi merebaknya gejala murtad, ajaran sesat, ilmu hitam, gerakan
antihadis dan sebagainya.selain itu, gejala sosial juga boleh keselamatan nyawa. Ia meliputi merebaknya
Aids/HIV positif, penyalahgunaan dadah, lumba motosikal haram, keterbiaran warga tua dan sebagainya.
Keselamatan akhlak juga boleh diancam oleh gejala sosial. Ia meliputi politik wang, rasuah, jenayah kolar
putih, penyalahgunaan siber, penyalahgunaan media elektronik, budaya lepak, budaya tak kisah, budaya
tak minat belajar, lari dari rumah, budaya punk, budaya coupling dan sebagainya.

Oleh itu, menangani gejala sosial itu adalah satu amanah yang mesti dipikul oleh setiap pihak
dalam kalangan masyarakat dan negara. Ada pihak yang berputus asa untuk menangani gejala sosial.
Mereka menyerahkan kepada takdir dan membiarkan gejala itu berkembang semahunya. Sikap ini
seharusnya dikikis.
(Sumber : http//:www.jakim.gov.my)

Pelbagai pendekatan diambil oleh pihak berwajib. Antaranya program Rakan Masjid. Program
Rakan Masjid adalah salah satu daripada komponen utama Rakan Muda. Oleh kerana peratus tertinggi
gejala sosial itu membabitkan umat Islam, pendekatan agama adalah alternatif terbaik. Oleh itu, program
Rakan Masjid dapat membantu.

Keputusan Jawatankuasa Kabinet bagi membanteras masalah sosial untuk menghebahkan


sepenuhnya maklumat mengenai gejala sosial juga adalah bijak kerana ia adalah satu hakikat yang perlu
diterima. Dengan itu keinsafan dan kefahaman masyarakat terhadap fenomena, sebab, akibat dan cara
membendungnya dapat dipertingkatkan.
(Sumber : http://www.bharian.com.my 2006)

Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat adalah langkah yang terbaik pada masa kini dan
difikirkan perlu. Keputusan pihak berwajib untuk meneliti draf Akta Anak 1998 yang antara lain menekan
dan memastikan tanggungjawab ibu bapa serta penjaga dalam mengawal serta melindungi anak mereka
daripada terjerumus dalam gejala berkenaan adalah juga wajar.

Justeru, cara mengatasi atau jalan penyelesaiannya juga tidak boleh menggunakan satu pendekatan,
malah perlu menggunakan pelbagai pendekatan atau secara bersepadu yang membalitkan keseluruhan
anggota masyarakat. Daripada individu, keluarga, masyarakat hinggalah kepada agensi awam dan swasta.
Setiap pihak mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing untuk menanganinya. Langkah
pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan pandangan untuk meminda Kanun
Keseksaan bagi maksud itu juga wajar. Hal ini dapat memastikan pengawalan, perlindungan dan
penguatkuasaan lebih berkesan dalam menangani gejala sosial.

Langkah tegas melalui penguatkuasaan undang-undang adalah langkah terakhir tetapi yang terbaik
dan paling berkesan dalam menangani gejala sosial di negara ini. Walaupun begitu pahit untuk ditelan
tetapi itulah hakikat yang perlu diterima dan diutamakan. Berdasarkan kepada situasi sekarang cadangan
mengenakan

hukuman

yang

http://www.bharian.com.my 2006)

lebih

berat

sememangnya

dialu-alukan.

(Sumber

Dalam menangani masalah ini, tidak perlulah kita membuang masa menyalahkan mana-mana
pihak punca masalah ini berlaku. Apa yang kita perlukan ialah menggunakan masa yang ada dengan
berganding bahu membanteras masalah daripada akan bermaharajalela. Sudah pasti kita sepakat untuk
menghalang masalah ini daripada merebak dan ingin membanteras apa yang telah berlaku. Kesepakatan
ini harus dijadikan asas untuk semua masyarakat untuk mengatasi gejala ini.

PERSPEKTIF WAWASAN 2020

Semasa

pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 F ebruari 1991, Y.A.B.

Perdana Menteri telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia - Melangkah ke
Hadapan" yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia
menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020".
Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar
perkembangan ekonomi, sosial dan

politik

yang

khas tetapi merupakan tindakbalas kepada


berlaku di peringkat nasional dan

antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan ini telah diketengahkan
sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil dalam
memulakan langkah bagi perjalanan jauh

yang akan ditempuh oleh negara. Matlamat terakhir

yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah Negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang
tahun 2020 . Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang
Ekonomi

sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek kehidupan: ekonomi, politik, sosial,

kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan . Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah Negara
merdeka akan menjadi negara yang benar-benar maju , bersatu, mampu berdikari, progresif dan
makmur . Rakyat akan menikmati kehidupan

yang

sempurna

dalam satu masyarakat yang

demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya

ketahanan yang tinggi. Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan Negara
bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi Negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut
kepada cara dan corak Negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah
kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal
semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai
moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.

Kesan daripada tuntutan permodenan , sejak Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan
Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, segenap keringat telah di kerah dalam membangunkan
aspek fizikal negara. Hasilnya kita berbangga mempunyai prasarana yang setanding, jika tidak
lebih baik daripada apa yang telah terbina di Negara Barat. Kini kita telah mempunyai
infrastruktur kelas pertama dengan bangunan-bangunan pencakar langit seperti Menara Kembar
Petronas, KLCC. Harus kita ingat bahawa kehebatan sesuatu bangsa tidak harus di nilai dari aspek
kemajuan fiziakalnya semata-mata. Tetapi juga keupayaan terhadap penghayatan budi dan
ketinggian nilai. Definisi ini bertentangan dengan definisi yang di gariskan oleh Barat. Adakah
jelas bahawa aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai adalah sangat di perlukan untuk melengkapi
pencapaian pembangunan fizikal negara. Adalah penting sekali untuk mengimbangkan pencapaian
kebendaan dan kerohanian yang luhur dalam jiwa hampir 27 juta rakyat Malaysia.

Dalam pada kita sibuk mengejar status negara maju, sayang seribu kali sayang, kualiti dan
produktiviti modal insan di negara ini masih belum begitu memuaskan. Sebagai bukti kerajaan
masih lagi dibelenggu pelbagai masalah yang berpunca daripada lemahnya institusi pembinaan
insan terutamanya yang melibatkan sektor perkhidmatan. Pekerja dari kelas bawahan masih lagi di
selubungi masalah disiplin kerja. Golongan kolar putih pula masih lagi mudah terjebak dengan
gejala pecah amanah, menyalahgunakan kuasa selain termakan umpan rasuah. Berita di akhbar

memaparkan laporan tentang kes-kes salah laku pegawai yang layu kualiti insannya. Justeru
jawapan kepada kemelut dan kegawatan nilai kualiti dan produktiviti modal insan hanya mampu
terjawap sekiranya kita semua kembali kepada usaha teras bagi mewujudkan modal insan yang
mantap. Kegairahan mengejar kemajuan material tampak membantutkan nilai moral dalam diri
insan.

Istilah modal insan (yang lebih dikenali dahulunya sebagai tenaga buruh) sebenarnya telah
pertama kali diperkenalkan oleh William Petty, seorang ahli ekonomi Barat sejak kurun ke-17 lagi
(Nerdrum & Erikson, 2001). Kemudian teori ini diperkuatkan lagi oleh Adam Smith di dalam
bukunya yang popular, Wealth of Nations (1776). Beliau menjelaskan bahawa wujudnya pertalian
antara pengetahuan dan kemahiran pekerja dengan proses pengeluaran dan kualiti output
organisasi. Dalam pada itu, menurut Zsidisin et al.(2003), modal insan adalah istilah yang
digunakan bagi menerangkan keupayaan individu dari segi produktiviti. Ia diukur dari sudut
pengalaman kerja, latihan, keupayaan membuat keputusan serta kebijaksanaan yang boleh dijual
oleh seseorang pekerja kepada majikannya.

Antara contoh perlaburan bagi modal insan termasuklah pendidikan ikhtisas dan latihan
pekerja (Hong & Pandey,2007) . Modal insan berkait rapat dengan kebolehan pekerja memberi
sumbangan, prestasi kerja dan pembangunan kerjaya (Garavan et al,2007). Berkaitan itu, Bringley
& Westergaard-Nielsen (2003) menyatakan bahawa teori modal insan berteraskan firma pula
menjelaskan bahawa pekerja menghasil dan membina modal insan bagi firma tersebut di sepanjang
dia berkhidmat di organisasi tersebut.

Apakah rahsia Negara jiran di seberang Tambak Johor, Singapura sehingga muncul sebagai
gergasi ekonomi utama di rantau Asia Pasifik ? Huang et al.(2002) menegaskan bahawa ia berpunca

daripada kemasukkan kumpulan pengurusan terbaik dari Negara luar yang bekerja di Negara
tersebut. Jelas sekali bahawa Singapura telah menerima tempias daripada pelaburan terus asing
(FDI) melalui perbadanan multinasional (MNC) yang beroperasi di situ,. Menurut satu kajian pada
tahun 2004 terhadap Persatuan Bank-bank Amerika (ABA) yang di buat oleh McBassi & Company,
secara umumnya didapati bahawa terdapat hubungkait yang rapat antara perlaburan modal insan
sesebuah organisasi terhadap prestasi perniagaan (Pickett , 2005).

Justeru, harus disedari bahawa kualiti dan pengetahuan pekerja yang mampu menjana
kekayaan kepada organisasi. Ini kerana kotak fikir manusia pada hakikatnya lebih berkuasa
daripada kekuatan mesin dan jentera( Chen & Lin, 2004). Dengan sentuhan keinsanan, produkproduk tradisional kini mempunyai nilai tambah (value added) yang boleh meningkatkan harganya.
Produk atau perkhidmatan pula di bangunkan melalui kepintaran menusia. Dahulunya. penghasilan
komoditi dihasilkan oleh peralatan mesin semata-mata. Maka kini sudah tiba masanya untuk kita
memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan.

KEUTAMAAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN PEKERJA.

Hakikatnya pendidikan dan modal insan merupakan dua perkara yang saling bergantungan.
Oleh itu aspek pembangunan budaya ilmu, kemahiran dan modal intelektual harus sentiasa diberi
keutamaan. Modal insan yang berkualiti hanya akan dapat dilahirkan melalui jentera pendidikan
yang sistematik dan mantap. Pembangunan modal insan sebagaimana yang diutarakan oleh Perdana
Menteri adalah berkait rapat dengan isu kualiti produk hasil kilang insan. Maka kaedah paling
asas namun ampuh dalam pembinaan generasi berkualiti ialah melalui pendidikan (Coulombe &
Tremble,2001). Pendidikan adalah kilang terbaik untuk mengeluarkan modal insan yang terbilang
jika kena pada caranya. Teori modal insan ini mencadangkan bahawa bahawa tempoh dan jenis

pendidikan adalah penentu kepada nilai insan tersebut di dalam masyarakat (masivayam & Denizci,
2006).

Justeru , Misi Nasional yang menekankan pembangunan modal insan harus dilaksanakan
secara berterusan. Ini kerana modal insan adalah kayu ukur sebenar kepada daya saing negara.
Melalui Bajet 2007, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 21 peratus daripada keseluruhan
perbelanjaan sejumlah RM33 billion khas untuk sektor pendidikan. Ia dijangka mampu
memperkasakan modal insan yang terbina upayanya untuk menyumbang kepada kesejahteraan
negara. Sehubungan itu kerajaan turut menyedari bahawa usaha mendidik modal insan seharusnya
bermula seawal mungkin.

Penubuhan Pusat Pengasuhan Awal Kanak-Kanak (ECEC) dilihat sebagai inisiatif yang
terpuji. Tujuan projek ini ialah bagi mengukuhkan jiwa dan dalaman rakyat ketika jiwa muda ini
masih lagi di peringkat yang mudah dicanai. Untuk membangunkan modal insan , pembekalan
ilmu pengetahuan yang secukupnya harus menjadi agenda dalam dairi pembangunan negara. Usaha
pembangunan modal insan juga mengharapkan agar generasi baru mampu dibentuk menjadi
penyumbang kepada budaya ilmu dan kecemerlangan organisasi dan negara.
Kerajaan turut memberikan penekanan kepada program pembangunan pendidikan negara
yang lebih bersepadu dan berteraskan world-view Islam, bagi melahirkan insan yang
berketerampilan dari segi akhlak dan kemahiran moden bagi mengisi program pembangunan
negara. Apa yang jelasnya, terdorong dengan masalah krisis moral ini yang terhasil daripada
kegagalan sistem pendidikan sebelumnya, suatu jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan untuk
mengkaji persoalan ini, dan sebagai hasil beberapa perubahan telah dijalankan, seperti;

1. Falsafah Pendidikan Negara yang berteras konsep kesepaduan antara intelek, emosi , rohani dan
jasmani telah diwujudkan. FPN ini berbunyi : Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai ksejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara. Apa yang jelasnya, usaha mewujudkan FPN ini secara
langsung menunjukkan bagaimana teori menyepadukan antara elemen roh, jasad dan akal yang
bakal menghasilkan manusia yang mempunyai keseimbangan emosi telah diterapkan dalam sektor
pendidikan di Malaysia sehingga kepada asas yang paling stabil sekali.
2. Bagi menghidupkan FPN ini dua bentuk kurikulum baru yang mengamalkan sistem pendidikan
bersepadu, KBSR dan KBSM telah diwujudkan mengantikan sistem kurikulum yang lama. Keduadua KBSR dan KBSM ini memberikan penekanan asas kepada usaha pembentukan saksiah ,
peribadi , emosi dan semangat tanggungjawab kepada diri, masyarakat dan alam sekitar .
3. Di dalam pembentukan KBSR dan KBSM ini penekanan yang lebih seimbang diberikan kepada
bidang fardu Ain dan Kifayah.

Oleh itu, pelbagai usaha untuk membina modal insan harus berpusatkan kepada pemantapan
kualiti individu. Kecemerlangan harus juga disandarkan kepada keseimbangan jasmani, emosi ,
rohani dan intelek( JERI). Mental yang cemerlang ialah mental yang dibajai dengan pemahaman
bahawa kualiti insan adalah teras kecemerlangan hidup. Sejajar dengan itu, Dasar Sosial Negara
(DSN) telah dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi usaha memastikan tahap sosial masyarakat
sentiasa dipelihara, cemerlang dan berbudaya sesuai dengan acuan tempatan.

ISLAM HADHARI - PENDEKATAN DAN PEMBANGUNAN


Islam Hadhari sebenarnya satu pendekatan baru yang berkonsepkan kepada kemajuan dan
pembangunan yang seimbang antara keperluan fizikal dan rohani (dunia dan akhirat) dalam usaha
untuk membina semula keagungan tamadun umat Islam dalam era globalisasi masa kini. Ianya
berasaskan kepada prinsip Siasah Syariyyah dalam ruang lingkup menjaga dan memartabatkan
kelima-lima Maqasid As-Syariah : Memelihara kesucian agama, memelihara kemuliaan akal,
menjaga kesejahteraan nyawa, menjaga hak pemilikan harta dan menjaga kemurnian keturunan. Apa
yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi kini ialah
dengan menjadikan pendekatan Islam Hadhari sebagai keutamaan (aulawiyat) di dalam pengurusan
dan pembangunan negara.

Sejajar dengan Konsep Islam Hadhari pula, kepentingan akhlak telah ditekankan agar negara
mencapai pembangunan yang seimbang. Untuk kekal mantap menongkah arus pembangunan serta
mengecapi kejayaan (al-falah) modal insan yang kukuh rohani dan jiwanya adalah mustahak.
Agama Islam jelas sudah mula menekankan betapa pentingnya membangunkan modal insan sejak
lebih 1,400 tahun lalu melalui wahyu pertama. Umat manusia diperintahkan membaca bagi
mengenali pencipta-Nya lalu menginsafi peranannya di muka bumi.
Sesungguhnya dasar dan program yang dilaksanakan kerajaan kita adalah amat konsisten dalam
hal membina tamadun ini. Sejak kita mula merdeka hinggalah ke hari ini, berbagai-bagai dasar telah
digubal dan dilaksanakan dengan mengambil kira strategi memberi kesejahteraan dan kemakmuran
kepada rakyat. Antara dasar-dasar utama seperti Dasar Pendidikan, Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar
Pertanian, Dasar Penswastaan, Dasar Sains dan Teknologi, Dasar Kependudukan, Dasar Belia dan banyak

lagi semuanya mempunyai matlamat yang sama untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat. Demikian
juga dalam hal-hal pentadbiran dan pengurusan, seperti Dasar Bersih, Cekap dan Amanah, Penerapan
Nilai-Nilai Islam, Kepimpinan Melalui Teladan dan TQM, telah menjelaskan betapa kerajaan amat
prihatin terhadap hal pentadbiran yang berkesan. Ini semua telah menjadi asas dan ramuan yang amat
penting ke arah merealisasikan hasrat kita mencapai matlamat bernegara berasaskan konsep Islam
Hadhari.

PEMBANGUNAN MODAL INSAN MENGIKUT PEMAHAMAN GAGASAN ISLAM HADHARI


Konsep dan program pembangunan Insan mengikut perspektif Islam.
Berbanding dengan sasaran golongan pelajar, konsep PI ini lebih dikhususkan kepada golongan
pentadbir dan golongan yang terlibat dengan decision making di dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta.
Trend dan konsep PI ini timbul di Malaysia pada era tahun 1970-1980an, juga disebabkan oleh kesedaran
sesetengah golongan pemikir Melayu terhadap kegagalan system pembangunan sumber manusia ala barat
di dalam melahirkan golongan pekerja yang seimbang di antara kelulusan yang tinggi dengan pencapaian
saksiah diri yang baik.58kesedaran ini timbul dengan begitu meluas sekali dimankinkan dengan dua faktor
yang utama, pertamanya, keghairahan pihak pentadbir Melayu sendiri untuk merujuk kepada penyelesaian
Islam terhadap masalah krisis nilai dan penyelewengan kolar biru yang berlaku di dalam perkhidmatan
awam,59 keduanya, kebanjiran buku-buku reformasi Islam daripada luar negeri samada dalam bentuk teks
yang asal ataupun terjemahan di Malaysia.60
Pada peringkat awalnya, program PI ini telah dijalankan oleh badan perundingan swasta yang
kemudiannya telah diterapkan secara bersepadu oleh INTAN sendiri di dalam program latihan
pembangunan dan perkembangan kerjaya untuk kakitangan kerajaan. Apa yang boleh dibanggakan,
program PI anjuran INTAN ini telah turut diperkukuhkan asasnya dengan bantuan daripada beberapa

orang sarjana Melayu-Islam yang ternama, seperti Muhammad Kamal Hassan, Syed Muhammad Naqiubb
al-Attas, Wan Mohd Nor Wan Daud dan sebagainya.61 Gagasan PI ini dalam bentuk asas, kaedah operasi
dan penilaian telah diterbitkan di dalam beberapa buah buku asas yang dipakai untuk semua program
latihan dan kerjaya anjuran INTAN dan jabatan kerajaan yang lain.
Dalam banyak hal, program PI ini mengandungi beberapa elemen yang utama;
1. Penggunaan sepenuhnya teori jalinan roh, jasad dan akal dalam melahirkan pekerja yang tinggi nilai
akauntabilitinya di dalam menjalankan sesuatu perkerjaan sebagai ibadah, bagi memperolihi kejayaan
(Falah) dan mengelakkan kerosakan (khusran).62
2. Penggunaan kerangka ilmu akhlak dan tasawuf bagi tujuan pembersihan jiwa (Tazkiyah al-Nafs)
seseorang pekerja melalui pelbagai formula ala tasawuf seperti menanamkan kepentingan budaya ilmu,
Muhasabah, Tafakur, zikir, taubat, kepentingan sifat Mahmuddah (terpuji) dan keburukan sifat Mazmumah
(tercela), Qiyamul lail dan sebagainya.63Apa yang jelasnya, pengamalan formula-formula ini dapat
mendidik dan membangunkan potensi elemen jasad dan roh manusia yang merupakan punca utama
kepada pembentukan emosi manusia, menjadikannya lebih tenang dan seimbang.64
3. Menanamkan peranan Allah di dalam mengatur kehidupan manusia, yang mana dalam banyak hal telah
menjadikan ujian fizikal, pikiran dan emosional sebagai kaedah utama untuk menguji dan mendidik
manusia agar menjadikannya sebagai insan yang teguh kekuatan fizikal, mental dan spiritual.65
Apa yang dipentingkan dalam pembentukan modal insan ini adalah pembentukan manusia sebagai
agen terpenting, dapat dikatakan sebagai modal utama bagi menjayakan sesuatu proses pembangunan
negara. Ianya dirujuk kepada keupayaan dan kemampuan seseorang insan atau warga negara Malaysia dari
segi kognitif (elemen pemikiran), afektif (elemen sikap) dan psikomotor (kemahiran).
Ianya merujuk kepada penggunaan akal fikiran yang bermutu tinggi. Dalam Islam, seseorang manusia itu
terbentuk daripada tiga elemen yang utama, jasad, Ruh dan akal. Semuanya terkait dalam tiga domain

yang utama; kognitif, afektif dan psikomotor. Hal ini boleh dikesan secara yang tersirat daripada gagasan
Islam Hadhari yang terdiri daripada;66
1. Rakyat yang berpegang kepada ajaran agama dan adat ketimuran. Ianya bertepatan dengan falsafah
perrenialis yang dicirikan dengan;
* Metafizika yang memperlihatkan kewujudan hakikat illahi dan ketuhanan di dalam segala sesuatu :
kehidupan dan fikiran.
* Suatu psikologi yang memperlihatkan adanya sesuatu dalam jiwa manusia yang berkaitan dengan
elemen ketuhanan.
* Etika yang memperjelaskan hakikat dan tujuan akhir kehidupan manusia yang mempunyai kaitan
dengan elemen ketuhanan.
2. Rakyat yang berjiwa merdeka dan tinggi semangat patriotismenya.
* Ingin mengekalkan nisbah merdeka Proses pengekalan dan pengisian kemerdekaan ini perlu diisi
bukan setakat dengan mewujudkan pembangunan untuk semua rakyat, termasuk juga dengan usaha dan
tanggungjawab menghapuskan kemungkaran dan kezaliman yang berlaku di dalam masyarakat67.
* Menjauhi sifat ataupun lawan kepada sifat merdeka; mentality tertawan.
* Tinggi semangat patriotisme- dilihat dari segi68;
o Rasa sayang dan cinta kepada tanah airnya sendiri.
o Rasa bangga dengan tanah airnya.
o Kesediaan untuk mempertahankan tanah airnya daripada ancaman dan serangan musuh samada musuh
dalam ataupun luar.
o Kesediaan untuk membela kepentingan Negara apabila dicemuh dan dihina.

* Rakyat yang memahami bahawa sifat kemerdekaan itu bukannya bererti bebas melakukan apa sahaja
sekehendak hatinya tanpa disertakan dengan tanggungjawab yang tertentu.69
3. Rakyat yang mengamalkan sikap selektif terhadap cabaran globalisasi.70
4. Rakyat yang mengamalkan kaedah pemikiran yang sihat, kritikal dan kreatif.71
5. Rakyat yang tinggi sifat integriti dirinya- jujur, amanah, bertanggungjawab dan pandai bersyukur.72
6. Rakyat yang menakrifkan diri mengikut acuan sendiri dan bukannya bergantung kepada kriteria takrifan
daripada pihak luar (seperti kuasa pasaran barat). Kita patut menentukan falsafah, matlamat dan jalan
hidup sendiri, bagi menjadikannya lebih bersesuaian dengan acuan Malaysia.73
7. Rakyat yang mementingkan perpaduan dan kerukunan hidup dalam masyarakat.
8. Rakyat yang menentang semua elemen ektremism merujuk kepada74;
* Extremisme; melampaui batas dan keseimbangan apabila mentafsir dan melaksanakan sesuatu peraturan
ataupun hukum secara ekstrem.
* Chauvisnisme; taksub apabila menganggap fikiran atau kumpulan sendiri adalah yang terbaik, manakala
fikiran atau kumpulan lain tidak benar dan mesti ditolak.
* Fanaticisme; tindakan membuta tuli (menghampiri psikosis) dalam mengikuti dan melaksanakan sesuatu
cara, pendapat dan pendekatan sendiri tanpa mempedulikan bahkan menolak sekeras-kerasnya pendapat
orang lain.
9. Rakyat yang mengamalkan budaya ilmu yang tinggi merujuk kepada75;
* sikap cintakan ilmu melebihi faktur kebendaan yang lain.
* Pencapaian ilmu perlu dijelmakan dalam bentuk praktikal melalui akhlak yang mulia. Tidak ada
gunanya, seseorang itu memperolihi pencapaian akademik yang tinggi seandainya tidak mempunyai
akhlak yang mulia.

* Neraca kebenaran untuk sesuatu ilmu perlu dinilai dari perspektif al-Quran dan Sunnah.
* Proses pencapaian ilmu perlu dilakukan sepanjang hayat.
* Pengamalan sikap hormat-kritis terhadap pandangan seseorang tokoh.
9. Rakyat yang memiliki proses penguasaan ilmu, dicirikan perlu mengandungi beberapa elemen yang
utama;76
* Pemahaman tentang peri pentingnya peranan ilmu di dalam kehidupan manusia, yang perlu disertakan
dengan usaha proaktif untuk mencapai dan memilikinya.
* Kadar usaha pencarian ilmu (mental dan fizikal) yang terpaksa dikeluarkan, seperti kesungguhan, sabar
dan ketekunan yang tinggi.
* Kesan yang terhasil daripada usaha kerja keras pencarian ilmu , seperti teguh, cekap, kuat, tidak mudah
kalah dan berpengaruh.
* Keupayaan mengurus, memperkembang dan mempertahankan sesuatu perkara yang terhasil daripada
usaha pencarian ilmu, seperti kewibawaan mengguna, menerap, memperelok dan mempengaruhi pihak
lain dengan hasil ilmu yang dimiliki.

PEKERJA BERPENGETAHUAN DAN FENOMENA BRAIN DRAIN

Selain memikirkan usaha menambah kapasti negara agar mempunyai tenaga manusia yang cekap
dan mahir, Malaysia harus jangan mudah melatah. Ini kerana jika faktor sampingan lain yang tidak kurang
pentingnya seperti kadar gaji atau tawaran upah kepada tenaga kerja tempatan tidak diambil kira , pakarpakar tempatan kita akn lebih tertarik berhijrah ke luar negara. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di
negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Menurut satu kajian, didapati bahawa Amerika Syarikat,United
Kingdom dan Kanada adalah destinasi utama pilihan pekerja yang mempunyai kemahiran dan
berpengetahuan tinggi.

Fenomena brain drain atau penghijrahan tanaga buruh profesional dan mahir tempatan jika tidak
ditangani pastim membawa padah. Ini kerana jutaan ringgit sudah dibazirkan melalui pendidikan percuma
kepada rakyat yang bagai kacang lupakan kulit. Ketika ini dianggarkan terdapat kira-kira 300,000 anak
Malaysia bekerja di luar negara. Justeru penghijrahan ke luar modal insan yang terbaik ini harus di
bendung segera. Firma gergasi Amerika seperti McKinsey & Company telah menyedari bahawa sumber
korporat terpenting syarikat semenjak 20 tahun yang lalu ialah modal insannya(Seleim et al,2007).
Tanpa kekuatan modal insan,negara tidak akan berjaya dalam inovasi serta penghasilan produk dan
teknologi terkini.

Sehubungan itu, pelancaran Program Brain Gain kebangsan berfungsi menyokong pembangunan
modal insan dalam bidang sains dan teknologi agar tahap inovasi serta daya saing negara akan
dipertingkatkan. Kerejaan juga telah menekankan pelabuaran dalam modal insan yang lebih besar
sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi tempoh sehingga 2010. Ia adalah bagi
meningkatkan daya tahan dan pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu pengurusan modal insan yang
efektif adalah sangat penting. Ia juga perlu mengambil kira peredaran semasa aktiviti sosioekonomi dunia.
Usaha ini berhasrat membentuk masyrakat yang memiliki system nilai yang boleh diteladani.

Sebagai tambahan, selain itu bagi melahirkan pekerja yang inovatif, Institut Keushawanan Negara
(INSKEN) telah menyediakan pakej bantuan bagi usahawan melalui program pembangunan modal insane.
Program Usahawan Glokal anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi(MECD) pula
merupakan pendekatan menyeluruh dibentuk menurut acuan modal insan local. Justeru, salah satu kaedah
insan ialah melalui pendekatan psikologi dan kaunseling. Berkaitan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam telah
melaksanakan Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam(AKRAM) yang bermatlamat
meningkatkan nilai tambah bagi kira-kira sejuta penjawat awam. Dengan ini nanti semoga tiada lagi

kedengaran suara-suara sumbang yang mengkritik hebat kelembapan kualiti penyampaian dalam
perkhidmatan awam.

KEMAJUAN,GEJALA SOSIAL DAN INSTITUSI KEKELUARGAAN


Kita pernah mengandaikan negara yang masih kukuh nilai Islam dan ketimuran akan membangun
dan maju tanpa menghadapi masalah sosial seperti yang dialami negara maju. Kita jangkakan negara kita
akan bebas daripada semua gejala itu dalam proses ia membangun. Kita mengemukakan hipotesis bahawa
perkara itu berlaku di Barat kerana orang Barat sekular sepenuhnya dan justeru menolak Tuhan dan agama
daripada kehidupan mereka. Akibatnya, mereka ketandusan nilai tinggi untuk dijadikan pedoman.
Tamadun Barat mengetepikan agama kerana mereka merasakan ia menyekat kemaraan dan kemajuan akal
untuk meneroka. Mereka pernah mengalami pertembungan pahit itu pada zaman Renaissance dan
Enlightenment. Gejala itu bukan saja berlaku di negara kapitalis, malah di negara sosialis atau komunis.
Gejala sosial tidak memilih bulu.

Ada hubungan antara darjah perindustrian sesebuah masyarakat dan masalah kepincangan sosial.
Perindustrian dan kesannya tidak mengenal warna kulit, rupa bangsa, agama dan taraf sosioekonomi.
Perindustrian membawa banyak perubahan kepada struktur masyarakat khususnya struktur keluarga. Cuba
kita renung keadaan institusi keluarga sebelum dilanda gelombang kedua, iaitu gelombang perindustrian.
Dalam gelombang pertama, iaitu gelombang pertanian, lazimnya sesebuah keluarga itu besar dan
mengandungi beberapa generasi memandangkan tenaga pekerja yang diperlukan untuk menyelenggarakan
pertanian. Datuk, nenek, anak dan cucu tinggal sebumbung berkerjasama sebagai satu unit pengeluar. Pada
ketika itu, keluarga itu dapat memenuhi keperluan sendiri sebagai pengeluar dan pengguna sesuatu
keperluan seperti bercucuk tanam untuk keperluan sendiri. Institusi keluarga pada masa itu terikat kepada
tanah dan tidak mudah berpindah-randah.

Apabila gelombang perindustrian menjelma pelbagai transformasi berlaku dan perubahan itu
masih berlaku walaupun negara yang mendahului perindustrian kini kian beredar ke gelombang lain.
Institusi keluarga mula mengalami tekanan dan konflik akibat perubahan itu. Dengan wujudnya kilang,
pengeluaran berpindah kepadanya dan sebuah keluarga tidak lagi bekerjasama berfungsi sebagai satu unit
pengeluaran. Untuk membebaskan ahli keluarga bekerja di kilang, beberapa tugasan keluarga diserahkan
kepada institusi lain yang juga mempunyai fungsi khusus. Misalnya, pendidikan anak diserahkan kepada
sekolah. Penjagaan orang tua diserahkan kepada rumah orang tua. Gelombang ini memerlukan pekerja
yang mudah bergerak dan berpindah-randah sesuai dengan perkembangan kilang baru yang dibina. Sudah
tentu keluarga extended seperti dulu seperti ibu-bapa yang uzur, ahli keluarga yang tidak sihat dan ramai
anak tidak sesuai untuk memudahkan perpindahan dan pergerakan khususnya dari desa ke bandar. Proses
urbanisasi berlaku dengan perindustrian dan beransur-ansur dan struktur keluarga mula mengalami
peubahan. Institusi keluarga semakin mengecil, semakin mudah bergerak dan disesuaikan dengan
perubahan teknologi. Dengan itu muncullah keluarga nuklear yang wujud sehingga hari ini. Malangnya
keluarga nuklear pula menghadapi tekanan kesan daripada perindustrian dan kemajuan teknologi
gelombang ketiga yang melahirkan keluarga ibu atau bapa tunggal. Kini ramai orang yang menggemari
hidup solo sama ada lelaki mahupun perempuan, mungkin kerana kebebasan.
Meniti arus perubahan ini membantu kita memahami masalah kepincangan sosial hari ini.
Keluarga hari ini sudah terjebak dalam budaya hidup industri dan teknologi. Sebahagian besar ibu kini
bekerja di luar berbanding cuma bapa yang keluar bekerja pada satu ketika. Dulu pun ibu keluar bekerja di
kebun, sawah dan ladang. Tetapi kerana itu unit pengeluaran sendiri, waktu bertugasnya adalah cukup
luwes dan fleksibel. Apabila anak sakit atau ada hal tertentu ibu tidak perlu ke pejabat. Pejabat mereka
pun sungguh hampir dengan rumah. Tetapi pejabat ibu dan bapa hari ini mungkin beratus kilometer dari
rumah dan terpaksa mengharung kesesakan lalu lintas pusat bandar. Bukan itu saja kesesakan lalu lintas

ini boleh menimbulkan ketegangan jiwa dan perasaan. Ada keluarga yang mampu menggaji seseorang
wanita membantu mengambil alih tugas pengurusan harian rumah daripada ibu tetapi bilangannya tidak
ramai. Oleh itu, ada banyak keluarga yang anak diasuh untuk menguruskan diri sendiri tanpa ibu atau bapa
menjelang mereka mula ke sekolah rendah. Keluarga nuklear pun kini kurang berfungsi sebab ketiadaan
nukleus atau pusat. Keluarga khususnya ibu bapa yang seharusnya menjadi model utama anak atau
sekolah pertama tidak lagi berfungsi dengan baik. Ibu bapa yang menghayati agama dapat mewariskan
akhlak dan amalan agama yang baik.

Selain itu kian ramai ibu bapa yang tidak terdedah kepada cara membesar dan mendidik anakanak. Jika dulu perkara itu tidak timbul wujud keluarga extended dengan ibu menunjuk ajar anak yang
baru berumah tangga dan tinggal dengannya. Tetapi dengan pecahnya keluarga extended ini pendidikan
kekeluargaan menjadi satu keperluan. Malangnya perkara itu tidak diajar di mana-mana institusi pun.
Tidak hairanlah anak kini dibesarkan di pesisiran jalan raya atau menjadi children of the street. Tanpa
pengawasan, disiplin, bimbingan dan teladan yang baik dan pada ibu bapa dan ditambah dengan pengaruh
persekitaran yang tidak membina, anak muda dewasa ini lebih mudah terjebak dalam masalah disiplin atau
gejala sosial.

Ada unsur lain yang turut mempengaruhi remaja seperti media massa. Namun pada pandangan
kita, remaja yang sudah terbentuk disiplin diri dan agamanya pada peringkat awal dapat menangkis
pengaruh ini. Bagaimanapun, tidak ramai ibu bapa yang memahami kepentingan pendidikan peringkat
kanak-kanak yang sering disifatkan oleh ahli falsafah dan pendidik sebagai pemupukan tabiat utama.
Kerana sebarang tabiat apabila sudah sebati amat sukar dikikis. Oleh itu, jika tabiat buruk seperti bangun
lewat dan kuat menonton televisyen, ditanamkan pada peringkat awal, memang sukarlah untuk

mengikisnya apabila anak mula bersekolah. Bukankah lebih baik jika tabiat baik seperti bangun awal atau
rajin membaca, dipupuk sejak kanak-kanak lagi?

Kadar keretakan rumah tangga juga semakin meningkat. Menurut Alvin Toffler dalam Third Waves
(hal.208): "Sebenarnya keretakan keluarga hari ini adalah sebahagian daripada krisis umum
perindustrian." Jika tesis ini benar, amat sukar bagi kita mengelakkan diri kecuali merangka sesuatu mulai
hari ini dalam pembangunan perindustrian dan pembangunan negara. Walaupun kita sering menyatakan
pembangunan negara adalah dalam acuan sendiri, namun hakikatnya pembangunan tidak banyak berbeza
daripada pembangunan Barat sama ada dari sudut falsafah mahu pun praktikalnya. Sebab itu tidak
hairanlah kita menghadapi masalah yang serupa seperti keretakan keluarga, peningkatan gejala sosial dan
jenayah, peningkatan budaya konsumerisme, peningkatan golongan kapitalis dan monopoli dan
pencemaran alam.

Sistem pendidikan kita walaupun mendukung pendidikan bersepadu, masih tidak dapat
merealisasikan prinsip Islam terutama terhadap kurikulumnya. Apakah beza antara kurikulum kita dengan
kurikulum pendidikan Amerika Syarikat selain keadaan agama dalam sistem Amerika Syarikat. Yang
lainnya hampir sama. Bahkan kurikulum mereka lebih baik kerana dapat melahirkan pelajar yang
mempunyai minat membaca dan menuntut ilmu sepanjang hayat selepas melalui sistem itu. Seperti di
Barat, sistem pendidikan kita tidak membincangkan langsung pendidikan keluarga walhal ini berlaku di
sana kerana mereka tidak lagi mendukung keluarga nuklear tetapi mengiktiraf pelbagai keluarga seperti
keluarga homoseksual, ibu bapa tunggal dan commune. Yang giat kita perkatakan ialah pendidikan seks
yang cuma satu ranting dan pada sistem kekeluargaan yang dirasakan begitu mendesak kerana
peningkatan penghidap Aids dan HIV.

Apakah yang harus kita lakukan untuk mengukuhkan institusi keluarga di negara ini? Perlukah kita
membekukan perindustrian dan teknologi kerana ia punca utama? Perlukah kita mengharamkan media
massa atau mengehadkan kebebasan mereka kerana pengaruh negatifnya? Perlukah kita mendorong
wanita bekerja di luar rumah kerana kepentingan tenaga kerja mereka untuk membangunkan negara?
Sebaliknya perlukah kita mengarahkan mereka supaya kembali ke dapur? Perlukah kita mengharamkan
segala bentuk perancangan keluarga kerana wanita yang bebas pergerakan inilah yang menjadi satu
danpada punca kelonggaran keluarga? Perlukah kita menghentikan wanita bekerja dalam usaha
pembangunan negara? Pemikiran semula mengenai aspek wanita dan keluarga perlu dilakukan dan ini
mungkin membolehkan kita membangun dalam acuan sendiri. Sudah tentu kita ingin mengelak peristiwa
yang berlaku di Barat berulang di sini.

Kita tidak fikir bahawa kita akan bekukan industri dan teknologi, mahupun menyekat kebebasan
media massa atau melarang wanita bekerja di luar rumah. Kita fikir pendidikan kekeluargaan hendaklah
diperkenalkan kepada golongan remaja - lelaki dan perempuan - pada waktu yang sesuai, mungkin di
penghujung pendidikan umum yang wajib. Keutamaan berkeluarga dan kemuliaan ibu perlu
diketengahkan semula. Kedua, wanita yang mempunyai anak kecil hendaklah digalakkan menjadi
pendidik di rumah daripada keluar bekerja.

Sebenarnya jika difikir secara logik, wanita yang berpendidikan yang mendidik anak sendiri di
rumah bukanlah tidak menyumbang kepada pembangunan negara. Jika kita ingin taksir sumbangan
mereka kepada pembangunan negara dalam wang ringgit, cuba kita jumlahkan perbelanjaan kerajaan
dalam makanan pusat serenti dan mengendalikan program pemulihan dadah, rumah pemulihan akhlak,

rumah perlindungan wanita hamil tanpa nikah, jenayah dan rumah orang tua. Mungkin jumlah itu dapat
kita jadikan ukuran sumbangan ibu yang bertugas sebagai suri rumah. Sebenarnya, sumbangan ibu
mendidik anak tidak dapat diukur dengan wang. Sebab itulah timbul prinsip syurga terletak di bawah
telapak kaki ibu. Tetapi jika anak yang dilahirkan tidak menjadi manusia berguna sebaliknya hampas
masyarakat, layakkah seorang ibu mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi?

Ketiga, jika kita inginkan khidmat seorang ibu dalam bentuk kerjaya, kelonggaran waktu bekerja
hendaklah diujudkan. Bahkan dengan kemudahan berkomunikasi melalui komputer, mungkin pejabat
virtual dapat diwujudkan bagi pekerjaan tertentu dan suri rumah boleh bekerja dan rumah dan ke pejabat
syarikat untuk mesyuarat dan menguruskan perkara penting sahaja. Keempat, suri rumah masih boleh
menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dengan memilih pekerjaan yang bersesuaian dengan
fungsi utama mereka sebagai ibu. Akhir sekali, tidak ada benteng yang paling kuat untuk menahan
serangan kepada institusi keluarga daripada kekuatan ilmu, iman dan akhlak. Menjaga kesatuan keluarga
memerlukan ilmu, kesabaran dan keimanan. Oleh itu, ilmu hendaklah dicari, sifat sabar hendaklah
dipupuk dan iman perlu ditingkatkan.

PERANAN MALAYSIA DI PENTAS DUNIA

Selain itu, sebagai Negara yang disegani di rantau Asia Tenggara, Negara kita harus mengetepikan
tanggungjawab sosial membangunkan modal insan di negara-negara serumpun. Malaysia ditagih untuk
menawarkan kepakaran dalam membina semula modal insan di Aceh yang trauma ekoran tsunami
beberapa tahun lalu. Antaranya ialah melibatkan penghantaran 40 orang guru Bahasa Inggeris dari
Sekolah Percontohan Aceh untuk mengikuti kursus pengukuhan kemahiran dalam proses pengajaran dan
pembelanjaan (P&P) di pusat Latihan Bahasa Inggeris (ELTC), Kementerian Pelajaran Malaysia di Kuala
Lumpur.

Tambahan pula, selaku pengerusi Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC), kita juga
bertanggungjawab membentu membangunkan modal insane negara-negara ahli.
Sebagai contoh Yayasan al-Bukhary telah bersetuju menaja 1,000 pelajar miskin Arab Saudi untuk
mengikuti pengajian dalam pelbagai jurusan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM). Agenda
pembangunan modal insan seumpama ini pasti lebih mulia dan suci.

Disamping itu, dalam menongkah arus zaman siber kepentingan ICT harus tidak dinafikan sebagai mampu
membentuk modal insan yang tangkas dan celik. Kemunculan ekonomi berasakan pengetahuan pada awal
tahun 90-an telah menjadi pencetus kepada permintaan terhadap modal intelek (Lin & Huang,2005).
Modal inilah yang menjadi sumber organisasi dalam menongkah arus kompetitif dunia korporat. Maka
usaha membina modal insan ini harus tidak terhenti di tengah jalan. Setelah modal insan ini terbina, ia
juga harus diurus dengan sebaiknya. Pengurusan modal insan ini perlu menepati standard serta berasaskan
amalan Pengurusan Modal Insan (HSM) sebagaimana dicadangkan oleh Bontis & Sorenko (2007). Pentas
antarabangsa seperti Dialog Antarabangsa Langkawi (LID 2007) juga telah mengariskan beberapa
tindakan bagi melaksanakan langkah strategik ke arah mengurus pengetahuan dalam membangunkan
modal insan negara-negara sedang membangun. Untuk itu satu lagi juzuk pengetahuan yang perlu ada
ialah ilmu mengurus pengetahuan.

You might also like