You are on page 1of 2

Prakata

BismiLlahir-Rahmanir-Rahim
Sirah

Junjungan Besar RasuluLlah SAW sesungguhnya adalah penuh hikmah yang ditinggalkan
sebagai panduan kepada ummatnya. Kehidupan RasuluLlah SAW pada zaman makkiyy dihujani
pelbagai tribulasi diikuti penanaman aqidah yang mantap sebagai persediaan ke arah pelaksanaan
Islam yang syumul pada zaman madaniyy yang diperlihatkan jelas menerusi peristiwa gemilang Fath
al-Makkah. Di situlah di mana Nabi SAW membuat deklarasi permulaan Takbir Raya sebagai
petanda kemenangan Islam menerusi penaklukan Makkah al-Mukarramah, kota kelahiran Nabi SAW,
tanpa sebarang pertumpahan darah!
Sekali lagi Ramadhan al-Mubarak 1437H membawa cabaran kepada ummat Islam di Malaysia. Kali
ini usaha-usaha oleh wakil pemimpin Islam dan pembuat undang-undang untuk meningkatkan,

memperkukuh dan memperkasakan kedaulatan Islam menerusi pelaksanaan sebahagian syariat Islam
menerusi cadangan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau
Akta 355 yang wujud sejak tahun 1965, mendapat tentangan yang kuat, bukan saja daripada orangorang bukan Islam tetapi turut dibantah oleh sebilangan orang-orang Islam itu sendiri.
Kita rasa terpanggil untuk tampil memberikan pencerahan terhadap isu ini yang telah disebar-luaskan
jauh menyimpang daripada context sebenar tujuan pindaan berkenaan dengan mengetengahkan buku
ringkas ini kepada pembaca sekalian sebagai panduan dan penerangan yang sahih berdasarkan buktibukti perundangan dan sejarah serta rujukan yang muktabar. Semoga maklumat yang disampaikan ini
mudah difahami dan dapat memberikan input positif untuk menyedarkan ummat Islam di Malaysia
khususnya dan juga orang-orang bukan Islam apa sebenarnya Akta 355, apakah tujuan pindaannya
dan mengapa pindaan itu diperlukan.
Didoakan semoga seluruh ummat Islam dapat memberikan sokongan sepenuhnya cadangan pindaan
Rang Undang-Undang ini dan sebahagian bukan Islam terbuka hati untuk turut menyumbang ke arah
yang maruf dan menjauhkan daripada yang mungkar.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar waliLlahil-hamd.


Prof MadyaDr. Mohd Fuad Salleh
Hj. Zainal Zainuddin

Lembah Kelang.
25 Syawwal 1437H/30 Julai 2016M

You might also like