You are on page 1of 1

SEJARAH

Sekolah ini diasaskan pada tahun 1962 dengan nama Goverment Junior
Secondary School, Papar (GJSS).Pada mulanya hanya ada 45 orang murid sahaja
yang menuntut di Bridge 1, dan dua orang guru sahaja. Pada waktu itu GJSS
meminjam bilik Sains Rumah Tangga Sekolah Rendah Kerajaan Pekan Papar dan
pengetua sekolah pada masa itu ialah Encik John Ganai.
Menjelang tahun 1963, pihak sekolah terpaksa meminjam bilik darjah Sekolah
Cheng Hwa dan waktu belajar hanya pada sebelah petang sahaja. Pada masa itu
hanya ada Bridge 1 dan 11 sahaja dengan lima orang guru di bawah pentadbiran
Puan Ausan, diikuti pula oleh Encik Lim Hsing Hui sebagai pengetua selepas itu.
Kemudian pihak sekolah meminjam bilik darjah di Sekolah St. Joseph pula untuk
menampung murid dari Bridge 1, 2 dan Secondary I and II.
Pada tahun 1966, bangunan sekolah ini telah siap dibina dan dirasmikan oleh Tun
Datu Mustapha B. Datu Harun. Terdapat empat blok bangunan sahaja dan
sebuah dewan. Namun pihak sekolah masih meminjam bilik-bilik darjah di
Sekolah Cheng Hwa dan Sekolah St. Joseph. Pada tahun ini juga sekolah ini telah
buat pertama kalinya mengikuti Peperiksaan Sabah Junior Certificate.
Keputusannya pula cukup membanggakan.
Tanggal 1 Ogos 1975, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah
Kebangsaan Majakir sempena nama seorang Ketua Daerah Papar ketika itu iaitu
OKK Mohd Zakir B. Awang.

You might also like