You are on page 1of 5

Pengurusan Perniagaan AN015

SOALAN DAN SKEMA TUTORAN

BAB 13 :

PENGEDARAN

1. Terangkan empat perbezaan diantara pemborong dengan peruncit. [8


markah]
Perbezaan antara pemborong dan peruncit :
Pemborong memerlukan modal yang besar manakala peruncit pula
memerlukan modal yang kecil
Premis pemborong terletak dikawasan (lokasi) yang mempunyai sewa
yang rendah manakala premis peruncit terletak dikawasan yang
mempunyai tumpuan orang ramai
Pemborong tidak menghiasi premisnya kerana premisnya hanya
digunakan untuk menyimpan stok dan melakukan pemecahan pukal
manakala premis peruncit pula dihiasi dengan cantik kemas dan teratur
untuk menarik pelanggan ke kedainya
Pemborong menual secara pukal (kuantiti) kepada peruncit manakala
peruncit menjual secara kecil-kecilan

2.

Pengedaran merupakan satu set organisasi yang saling berhubungan


dan bergantung antara satu sama lain yang terlibat yang
memudahkan pemindahan hak milik dari pengeluar kepada
pengguna akhir atau pengguna industri. Jelaskan fungsi saluran
pengedaran.
[8 markah]
Fungsi saluran pengedaran:
i.

Promosi
Menyebarkan dan membantu mengadakan promosi bagi pihak pengeluar
kepada pengguna

ii.

Penyampaian maklumat
Mendapat, mengumpul dan menyebarkan maklumat pasaran kepada
pengguna dan pengeluar

iii.

Pengambilan risiko
Menghadapi kemungkinan kerosakan kehilangan akibat perubahan
citarasa pengguna

iv.

Pemadanan
Membentuk, menyukat dan mengred untuk disesuaikan dengan
keperluan pengguna
Page 1

Pengurusan Perniagaan AN015


SOALAN DAN SKEMA TUTORAN

v.

3.

Perundingan
Membuat persetujuan berkaitan tawaran harga dan terma-terma
kontrak.

Jelaskan istilah-istilah berikut:


a)

b)

[10 markah]

Pemasaran Langsung
Menggunakan media pengiklanan untuk berkomunikasi dengan bakal
pelanggan
Nama dan alamat pelanggan diperolehi melalui buku telefon
Pelanggan yang berminat atau menghubungi peruncit melalui
telefon, faks atau menghantar semula surat
Pesanan akan dihantar melalui pos
Kaedah ini dugunakan kerana bersifat fleksible, peribadi dan tindak
balas mudah diperolehi dengan cepat
Terdapat beberapa kaedah seperti mel langsung, katalog,
telemarketing internet dll

Kedai mudah beli

c)

Kedai yang bersaiz kecil dan terletak berdekatan dengan rumah


pelanggan atau pengguna akhir
Menjual barisan kelauran terhad yang mempunyai pusing ganti yang
tinggi seperti rokok, majalah, suratkhabar, minuman dan makanan
ringan
Masa perniagaan agak panjang dan kadangkala beroperasi 7 hari
seminggu
Biasanya dipunyai oleh individu atau kepunyaan keluarga

Broker
Tidak mengambil pemilikan keatas produk tersebut
Membantu proses pembelian dan penjualan dan mendapat komisen
Menemukan bakal penjual dengan pembeli serta membantu dalam
proses perundingan

Page 2

Pengurusan Perniagaan AN015


SOALAN DAN SKEMA TUTORAN

d)

e)

4.

Contoh: Broker tanah, saham dan insurans

Strategi Pengedaran Intensif


Mengedar produk secara meluas kepada pengguna
Tujuan supaya pengguna mudah memperolehi produk
Sesuai bagi barangan mudah beli seperti gula-gula, suratkhabar dan
sebagainya
Harga yang ditawarkan adalah murah dan produk yang ditawarkan
adalah pelbagai

Pergudangan
Tempat untuk menyimpan inventori sementara menunggu produk
untuk dipasarkan
Syarikat perlu menetapkan apa yang hendak disimpan, berapa
banyak apa jenis barangan dan dimana ia kana disimpan
Digunakan untuk simpanan barangan sama ada untuk tempoh masa
sederhana atau panjang
Sebagai pusat agihan melibatkan aktiviti mengambil pesanan,
penerimaan, dari pembekal, pemecahan pukal dan penghantaran
kepada pelanggan dengan cepat

Seorang pengusaha kilang menjahit baju ingin mengeluarkan sejenis


baju sukan. Pasaran sasarnya adalah semua peringkat umur iaitu
bermula dari kanak-kanak. Dia bercadang untuk memasarkan
produknya di pasaraya, kedai produk sukan dan melalui pesanan mel.
Jelaskan dua saluran agihan yang sesuai bagi memasarkan produk
beliau.
[5 markah]
Saluran agihan yang sesuai :
Pengeluar menyalurkan keluarannya kepada peruncit secara besarbesaran dan disalurkan kepada pengguna akhir
Pengeluar menyalurkan produk secara terus kepada pengguna akhir ini
dilakukan dengan melantik jurujual personel oleh pengeluar

Page 3

Pengurusan Perniagaan AN015


SOALAN DAN SKEMA TUTORAN

5.

Terangkan apakah fungsi yang dilakukan oleh pemborong dalam


membantu memasarkan sesuatu produk dipasaran?
[10 markah]
Fungsi pemborong :
(a) Menjual dan mempromosi
Membantu pengeluar meningkatkan jualan atau mencapai sesuatu
segmen pasaran disamping membantu mempromosikan sesuatu keluaran
kepada peruncit.
(b)

Pemecahan pukal
Menjual dalam kuantiti yang kecil atau yang dikehendaki oleh peruncit.
Ia menjimatkan masa dan wang serta memberikan kemudahan kepada
peruncit ia menjimatkan masa dan wang serta memberikan kemudahan
kepada peruncit.

(c)

Pengangkutan
Menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada peruncit dan
pengeluar.

(d)

Pembiayaan
Memberikan kemudahan kredit kepada peruncit dan membiayai kepada
pengeluar dengan membuat pesanan awal dan membayar pada tempoh
yang tertentu.

(e)

Maklumat pasaran
Menyediakan maklumat kepada pengeluar dan peruncit seperti aktiviti
pesaing, keluaran baru serta harga.

(f)

Perkhidmatan pengurusan dan nasihat


Membantu peruncit dalam pengurusan kedai seperti susunatur, peragaan
dan kawalan inventori.

6. Kategorikan produk berikut mengikut kesesuaian strategi


pengedaran. [4 markah]

Page 4

Pengurusan Perniagaan AN015


SOALAN DAN SKEMA TUTORAN

7.

- strategi pengedaran selektif

a)

Televisyen

b)

Sabun

c)

Kereta Mercedez Benz

- strategi pengedaran intensif


-

strategi pengedaran eksklusif

d) Surat khabar
- strategi pengedaran intensif
a) Berikan empat bentuk saluran pengedaran.
[4 markah]

b)

Pemasaran langsung iaitu dari pengeluar kepada pengguna


Pemasaran peruncitan iaitu dari pengeluar kepada peruncit dan
peruncit kepada pengguna
Pemasaran pemborong peruncit iaitu dari pengeluar kepada
pemborong kemudian kepada peruncit dan akhir kepada pengguna
Pemasaran agen/broker iaitu daari pengeluar kepada broker
kemudian kepada pemborong, kemudian kepada peruncit dan akhir
kepada pengguna

Nyatakan faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih


saluran pengedaran.
[5 markah]

Ciri-ciri keluaran
Ciri-ciri syarikat
Ciri-ciri orang tengah
Saluran pesaing
Faktor persekitaran

c) Senaraikan kaedah pengedaran fizikal.


[3 markah]

Darat
Laut
Udara
Saluran Paip

lori, van, keretapi


kapal laut
kapal terbang
air, gas, minyak

Page 5

You might also like