You are on page 1of 9

Aku Pelat!!

enapa menangis ni? Cikgu Suria bertanya kepada anak


muridnya, Najiihah, murid Tahun 2 Arif.
berusia lapan tahun itu direnungnya.
makin jelas kedengaran.

Wajah murid

Esakkan Najihah

Sesekali bahunya bergoyang

menahan esakan. Cikgu Suria memegang bahu Najihah.


Bahu murid itu ditepuk-tepuk perlahan.

Penuh sayang

dan perhatian .
Najihah ,tengok cikgu sayang,ujar Cikgu Suria lembut.
Najihah mengalih tangan yang menutupi matanya.
matanya masih mengalir.

Air

Sedu-sedannya belum lagi

berakhir. Najihah merenung muka Cikgu Suria. Kesedihan


jelas melimpah di wajahnya. Cikgu Suria menghadiahkan
senyuman yang paling manis. Sendu-sedan Najihah kian
reda.

Sekarang cuba Najihah bagitahu cikgu kenapa Najihah


menangis tadi? tanya Cikgu Suria dengan penuh hemah.
Najihah menggeleng-geleng kepalanya.
yang berusia awal dua puluhan itu

Wajah Cikgu

direnungnya dengan

penuh hiba. Terbit rasa di hatinya.


Kalau tak sakit, Najihah lapar ke? Kalau Najihah lapar
ikut cikgu pergi kantin. Cikgu belanja Najihah,usul Cikgu
Suria.

Tangan kanan Cikgu Suria menggosok-gosok

kepala Najihah.
Najihah dah makan tadi. Najihah bersuara perlahan
sambil menatap muka Cikgu Suria. Pelajar-pelajar kelas 2
Arif membuat kerja sendiri tanpa menghiraukan Cikgu
Suria dan Najihah.
Kalau

tak

sakit

dan

tak

lapar,

kenapa

Najihah

menangis tadi? tanya Cikgu Suria dengan penuh prihatin

dan masih tidak berputus asa untuk menyelami masalah


pelajarnya.
Kawan-kawan ejek saya,cikgujelas Najihah dengan
suara yang agak perlahan dan sedikit manja.

Ejek

Najihah? Kenapa mereka ejek kamu? pancing Cikgu Suria


. Rasa ingin tahu membuak-buak dihati Cikgu Suria
Kawan-kawan kata ..saya cakap pelat.

Suara

Najihah menyerlahkan rasa sedih di hati Najihah terselah


pada muka pelajar itu. Dahi Cikgu Suria berkerut sedikit
dan beliau seolah-olah teringatkan sesuatu perkara.
Memang benar kata mereka, Najihah pelat.
Najihah mari ikut cikgu ke bilik guru sebentar. Cikgu
nak ajar kamu supaya kamu dah boleh cakap macam
biasa dan kawan-kawan Najihah pun tidak akan mengejek
kamu lagi.

Cakap Cikgu Suria dengan begitu yakin

sekali. Najihah mengangguk kecil sambil tersenyum.

Najihah ikut cikgu baca ya.

BuKu.BukuSuara

Cikgu Suria begitu lembut sekali tetapi masih didengari


oleh Najihah.
BuTuButu.ujar Najihah.

Wajah Najihah sudah

bertukar rona kerana Najihah menyebut perkataan BUKU


menjadi BUTU.

Cikgu Suria terus memujuk Najihah

dengan mengatakan bahawa muridnya itu baru belajar.


Lama-kelamaan nanti dia tidak akan pelat lagi.
Rumah Cikgu Suria dan rumah

Najihah hanya selang

beberapa rumah. Setiap petang Najihah akan ke rumah


Cikgu Suria untuk membetulkan pelatnya.
Di rumah Cikgu Suria, menyediakan beberapa keping
kad suku kata dan kad perkataan yang mengandungi
huruf K seperti kuku, paku, duku, siku dan ciku. Kad itu
dibuat dengan cantik sekali.

Kad itu ditulisnya besar-

besar menggunakan warna yang berbeza.

Kesedaran

untuk melihat Hafiz mengukir senyuman kepuasan kian


menebal dalam dirinya.

Sesekali Cikgu Suria menghela

nafasnya.
Esoknya,Cikgu Suria masuk ke kelas 2 Arif.

Setelah

mengajar dan memberi kerja rumah kepada muridmuridnya di kelas 2 Arif.

Beliau memanggil Najihah ke

belakang kelas.
Najihah, ikut cikgu baca ya, sayang. KuKuKUKU
ajar Cikgu Suria.
TUTUTUTUMata Najihah bulat memandang Cikgu
Suria. Najihah seakan sedar bahawa dia telah melakukan
kesalahan.

Cikgu Suria terus membetulkan sebutan

Najihah . Cikgu Suria terus membetulkan bacaan Najihah


tanpa rasa bosan dan jemu.

Rasa simpati Cikgu Suria

terhadap Najihah semakin membuak kerana melihat


Najihah belajar dengan bersungguh-sungguh. Cikgu Suria

terus menggandakan usaha beliau tanpa mengenal erti


penat, masa dan tenaga.
Setelah sebulan mengajar Najihah membatang suku
kata, perkataaan dan akhirnya kesabaran Cikgu Suria
terbalas

dengan

Najihah

telah

berjaya

menyebut

perkataan huruf K dengan lancar. Cikgu Suria mengucap


rasa syukur kepada hadrat Ilahi. Keyakinan Najihah untuk
belajar Bahasa Melayu kian tinggi.

Tiada lagi wajah

kesangsian dipamerkan.
Pada suatu pagi, Najihah menemui Cikgu Suria di bilik
guru. Tangannya menjinjing sebuah bakul ciku.
Assalamualaikum cikgu, ucap Najihah penuh hormat.
Waalaikumussalam.

Ada apa Najihah?

merenung wajah Najihah penuh tanda tanya.

Cikgu Suria

Saya nak bagi cikgu hadiah. Najihah menerangkan


tujuan kedatangannya.

Di wajahnya terukir senyuman

yang cukup menawan dan penuh keikhlasan.


Hadiah? Hadiah apa? tanya Cikgu Suria sambil
tersenyum kegirangan.
Ciku balas Najihah
Apa?
Ciku..
Apa?
Cikulah cikguCikgu ni macam dekat iklan TV pula
Najihah bersuara manja. Kemudian tawa mereka berderai
serentak. Suasana di bilik guru terasa meriah.
Terima kasih Najihah kerana bagi cikgu hadiah ucap
Cikgu Suria sambil menyambut buah yang penuh dengan
buah ciku.

Sama-sama cikgu.Terima kasih juga kepada cikgu


kerana ajar saya membaca dengan betul. Buku.kuku
sikudukuciku

Najihah menyebut dengan yakin.

Kemudian Najihah bersalaman dengan Cikgu Suria dan


mencium tangan cikgunya. Wajahnya tampak bercahaya.
Mata Cikgu Suria mula berkaca.

Di jiwa terpacak rasa

bangga yang tidak mampu dilafazkan dengan kata-kata.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!!

DITULIS OLEH:
_______________________
(NURUL ANIS SYUHADA)
SARI)
NASnis

DISEMAK OLEH:
______________________
(PN.MARIANA MD

NURUL ANIS SYUHADA BT ZAMRI


KELAS : 1KA 1
TAJUK : AKU PELAT
KHAS UNTUK:
PN MARIANA BT MD SARI

You might also like