You are on page 1of 8

Copy the BEST Traders and Make Money :

http://bit.ly/fxzulu
" ARchiteCTURE for LIFE " KUALA LUMPUR, 11 Mei 2009Hasil daripada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, tokoh
ini merupakan simbol anak Melayu yang berkebolehan di
dalam bidang korporat yang dapat memimpin beberapa
konglomerat besar serta dikenali berjiwa dermawan. Tan
Sri Syed Mokhtar, anak kepada pasangan Syed Nor
Albukhary dan Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat,
anak jati Alor Setar ini dilahirkan pada tahun 1951. Sikap
beliau yang komited dengan mengamalkan disiplin yang
tinggi dan cekal dalam setiap usahanya sehingga
membuahkan hasil terutamanya mengeluarkan diri dan
keluarga dari kepompong kemiskinan. Billionair Melayu ini,
walaupun tidak mempunyai pendidikan formal di peringkat
tinggi, ternyata beliau luas dalam pengalaman hidup
terutama jatuh bangun dalam perniagaan yang menjadi
gurunya sehingga dicatatkan sebagai Melayu terkaya di
negara ini. Bermula dari menjual produk ternakan,
pengangkutan lori dan beras, beliau mengorak langkah
menceburi bidang peruncitan, perkapalan, pembinaan,
logistik, pembuatan, pertahanan dan perbankan, sehingga
melebarkan sayap perniagaan ke Arab Saudi dan juga
Jordan. Pada tahun 1996, beliau menubuhkan Yayasan
Albukhary yang kini termasyhur sebagai sebuah badan
kebajikan bagi membantu golongan miskin dan kurang
berkemampuan. Difahamkan, setiap tahun lebih 20 ribu
pelajar telah mendapat faedah tuisyen percuma yang
dianjurkannya. Di samping itu juga, beliau menyokong
perkembangan seni dan budaya Islam dengan
mewujudkan Muzium Kesenian Islam dan membina
berpuluh masjid di seluruh negara. Begitu juga dengan
kewujudan Kompleks Albukhary bernilai lebih RM400 juta
di Alor Setar, Kedah, menempatkan rumah anak yatim dan
warga emas, hospital dan pusat dialisis yang semuanya
diberikan percuma kepada golongan kurang
berkemampuan. Kecintaan Tokoh Maal Hijrah 1429 Hijrah
ini terhadap ilmu jelas sekali apabila beliau menyediakan
Biasiswa Albukhary kepada pelajar miskin yang cerdik
daripada 47 buah negara yang umat Islamnya adalah
kumpulan minoriti untuk melanjutkan pengajian di
peringkat tinggi serta membina Universiti Antarabangsa

Albukhary bernilai RM500 juta. Hasil perkongsian hidup


bersama Puan Sri Sharifah Zarah Albukhary, beliau
mengecapi kebahagiaan dengan dikurniakan seramai
empat orang cahaya mata. Beliau tidak pernah melihat
dirinya seorang yang kaya kerana prinsip beliau ialah
manusia ini hamba Allah dan Allah Yang Maha Kaya.
Segala usaha, pelbagai dugaan serta cabaran dilalui sejak
lebih 40 tahun lalu baginya adalah rezeki Allah dan rezeki
itu dikongsi bersama lebih daripada 67 ribu tenaga
kerjanya. Jasa dan bakti beliau terus mendapat
pengiktirafan dan penghargaan daripada pelbagai pihak
atas sumbangannya menerusi sektor perdagangan dan
korporat, juga kebajikan menerusi yayasan. Lantaran
ketokohan beliau dalam bidang pengkoporatan dan
kemasyarakatan serta khidmat bakti kepada agama,
bangsa dan negara, beliau dianugerahkan Tokoh Melayu
Terbilang 2009.

Berikut profil beliau:


A. PENGENALAN Nama : Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
Tarikh Lahir : 1951
Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah
Nama Isteri : Puan Sri Sharifah Zarah Albukhary
Bil. Anak : 4 orang (dua lelaki, dua perempuan)
Pendidikan : Sekolah Saint Michael, Alor Setar
Nama bapa : Syed Nor Albukhary
Nama ibu : Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat
B. PENGLIBATAN AWAL PERNIAGAAN
1971 : Perniagaan daging di Alor Setar
1972 : Perniagaan Pengangkutan Lori (Syarikat
Pengangkutan Sentosa) 1974 : Membeli rumah kedai
pertamanya, di Jalan Telok Wan Jah, Alor Setar 1975 :
Menubuhkan Syarikat Shah 1976 : Syarikat usahasama,
Bukhary Sdn. Bhd, Jalan Telok Wan Jah, Alor Setar 1977 :
Bukhary (KL) Sdn. Bhd., Jalan Pahang, Kuala Lumpur
1978 : Menyertai delegasi Pernas ke Pesta Perdagangan
Canton, China 1979 : Syarikat Susu Mas Sdn. Bhd. : Amtek

Holdings : Amtek Shoes : Amteks Garment Sdn.Bhd. :


Oriental Garments Uniform Division : Bukhari Shipping :
Bukhary Development C. SYARIKAT BERKEPENTINGAN 1.
Malaysia Mining Corporation (MMC) 1. Pelabuhan Tanjung
Pelepas 2. Johor Port 3. SMART (Stormwater Management
and Road Tunnel) 4. Lapangan Terbang Senai 5. Malakoff
Corporation 6. Gas Malaysia 7. MMC Oil & Gas Sdn Bhd 8.
Tepat Teknik 9. Recycle Energy 10. Aliran Ihsan Resources
11. Zelan Construction 12. IJM 13. MMC-Gamuda (JV) 14.
Intergrated Rubber Corporation 15. Kramat Tin Dredging
16. MMC Saudi Binladin Group Jazan Economic City 17.
1,030,000 m3/day Shuaibah independent water and power
plant Arab Saudi 18. 200,000 m3/day water desalination
plant Algeria 19. Central Electricity Generation Company
Jordan 20. Dhofar Power Company - Oman 2. DRB-Hicom
Berhad 1. Alam Flora Sdn. Bhd. 2. Automotive Corporation
(Malaysia) Sdn. Bhd. 3. Continental Automotive
Instruments Malaysia Sdn. Bhd. 4. DRB-HICOM Information
Technologies Sdn. Bhd. 5. EON Bank Berhad 6. Edaran
Modenas Sdn. Bhd. 7. Edaran Otomobil Nasional Berhad 8.
Glenmarie Cove Development Sdn. Bhd 9. Glenmarie Golf
& Country Club 10. HICOM Communications Sdn. Bhd. 11.
HICOM Diecastings Sdn. Bhd. 12. HICOM Engineering Sdn.
Bhd. 13. HICOM Network Services Sdn. Bhd. 14. HICOM
Properties Sdn Bhd 15. HICOM Teleservices Sdn. Bhd. 16.
HICOM United Leasing Sdn Bhd 17. HICOM-Chevrolet Sdn.
Bhd. 18. HICOM-Gamuda Development Sdn. Bhd. 19.
HICOM-Teck See Manufacturing Malaysia Sdn. Bhd. 20.
Holiday Inn Glenmarie Kuala Lumpur 21. Honda Malaysia
Sdn. Bhd. 22. Horsedale Development Berhad 23. Imatex
Sdn Bhd 24. Isuzu Malaysia Sdn Bhd 25. KL Airport
Services Sdn. Bhd. 26. Kenyir Lakeview Resort 27. Kenyir
Splendour Berhad 28. Motosikal dan Enjin Nasional Sdn.
Bhd. 29. Proton City Development Corporation Sdn. Bhd.
30. Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn. Bhd.
31. Rebak Island Marina Berhad 32. Rebak Marina Resort
33. Scott & English (Malaysia) Sdn. Bhd. 34. Scott &
English (Malaysia) Sdn. Bhd. 35. Scott & English
Electronics Sdn. Bhd. 36. Suzuki Malaysia Automobile Sdn.
Bhd. 37. Suzuki Motorcycle Malaysia Sdn. Bhd. 38. USFHICOM (Malaysia) Sdn. Bhd. 39. Uni.Asia General
Insurance Berhad 40. Uni.Asia Life Assurance Berhad 3.

Tradewinds Corporation Berhad 1. Tradewinds Hotels and


Resorts Sdn Bhd; 2. InterContinental Hotels Group Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur 3. Hilton International
- Hilton Batang Ai Longhouse Resort, Sarawak, Hilton
Kuching, Hilton Petaling Jaya dan Meritus Pelangi Beach
Resort & Spa, Langkawi 4. Mutiara-TCB Hotel Management
Sdn Bhd - Hotel Istana Kuala Lumpur, Mutiara Burau Bay
Beach Resort, Langkawi, Mutiara Johor Bahru dan Mutiara
Taman Negara, Pahang
D. SUMBANGAN YAYASAN ALBUKHARY
Sumbangan Dalam Negara
(i) Kompleks Albukhary yang kemudiannya dinamakan
Pusat Kecemerlangan Sharifah Rokiah merangkumi; a)
Pusat Dialisis dan Hospital Albukhary b) Hostel Albukhary
c) Masjid Albukhary d) Pusat Pendidikan Masyarakat e)
Pusat Pondok Moden f) Rumah Anak-anak Yatim
Albukhary g) Pusat Kanak-kanak Istimewa h) Pusat Jagaan
Warga Emas i) Souq Albukhary dan pasar basah j)
Universiti Antarabangsa Albukhary (kemasukan pertama
dijangka pada 2010) (ii) Biasiswa Albukhary kepada
pelajar miskin (terutama pelajar negara OIC ke Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (iii) Tuisyen
Albukhary (tuisyen percuma) kepada pelajar miskin
seluruh negara (iv) Program Tahunan, Bantuan Uniform
Sekolah kepada pelajar miskin (v) Kursi Albukhary di
Fakulti Seni bina dan Rekaan Alam, UIAM (vi) Membina
Muzium Kesenian Islam (muzium terbesar di Asia Tenggara
yang memaparkan hasil seni Islam) (vii) Membina dan
membaik pulih masjid seperti Masjid Negara, Masjid
Kapitan Keling, Pulau Pinang dan Masjid Albukhary, Jalan
Hang Tuah, Kuala Lumpur (viii) Membina Institut Al-quran,
Kuala Lumpur (ix) Sumbangan bagi pembinaan Blok
Menara, Universiti Terbuka Wawasan, Pulau Pinang (x)
Sumbangan bagi pembinaan kampus tetap Universiti
Tunku Abdul Rahman, Kampar, Perak (xi) Sumbangan /
pembiayaan dalam bidang sukan dan rekreasi seperti
Malaysian Lawn Bowls Federation, ekspedisi solo Datin
Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir ke Antartika
dan Datuk Malik Mydin, rakyat Malaysia pertama berenang
di Selat Inggeris (xii) Membina Ibu Pejabat Yayasan
Jantung Negara, Kuala Lumpur (xiii) Membina Pusat

Hemodialisis di Kangar, Perlis dan Johor (xiv) Membina Ibu


Pejabat Yayasan Budi Penyayang, Pulau Pinang (xv)
Membina Pusat Pemuliharaan Warisan & Seni Islam (xvi)
Membiayai orang Islam miskin menunaikan haji (xvii)
Sumbangan kepada Projek Langkawi (dana pendidikan
luar bandar anjuran MCA) Sumbangan Peringkat
Antarabangsa (i) Sumbangan kepada Oxford Centre for
Islamic Studies, United Kingdom (ii) Sumbangan kepada
Tabung Kemanusiaan Lebanon (iii) Sumbangan bagi
pembinaan kampus baru Darul Uloom Islamic Academy,
Brisbane, Australia (iv) Sumbangan kepada mangsa
gempa bumi Sichuan, China (v) Program Anak-anak Yatim
Albukhary di Daerah Nanggroe, Aceh, Indonesia (vi)
Albukhary Rehabilitation Centre, misi kemanusiaan kepada
mangsa gempa bumi Bam, Iran (vii) Albukhary Care
Centre, Battagram, pusat latihan vokasional dan akademik
di Pakistan (viii) Schevenezia Software Technologies,
pengajian teknologi maklumat kepada pelarian
Afghanistan dan rakyat Pakistan (ix) Sumbangan kepada
Shaukat Khanum Memorial Cancer Hospital and Research
Centre, Lahore (x) Sumbangan bagi pembinaan bangunan
utama universiti, Sarajevo School of Science dan
Technology dan pengukuhan Economics and Good
Governance Fellowship (xi) Sumbangan bagi pembinaan
Saidina Abubakar Hospital and Training Centre, Kampala,
Uganda (mencegah penularan HIV/Aids) (xii) Membeli dan
mengubahsuai Cantray House, Afrika Selatan pusat
intelektual dan kefahaman Islam (xiii) Membeli dan
mengubahsuai Sir Herbert Baker Societys Heritage
Church kepada The Jumua Mosque, Cape Town, Afrika
Selatan (xiv) Street Kids Welfare Programme, Mitchels
Plain, Cape Town, Afrika Selatan (xv) Baikpulih Masjid
Mohiyudheen, Payyannur, Kerala, India dan Masjid AlRahma, Azhikode, India (xvi) Islamic Studies Programme,
Le High University, Pennsylvania, United States of America
E. ANUGERAH / PENGHARGAAN / PINGAT YANG
DIPEROLEHI (i) Tokoh Maal Hijrah 1429H oleh DYMM Seri
Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong (ii) Panglima Setia
Mahkota (Tan Sri) - Persekutuan (iii) Dato Setia Mahkota
Kedah (Dato) Kedah (iv) Pencalonan Top 20 Progressive
Asians oleh majalah World Business (20 Mei 2007) (v)
Muzium Kesenian Islam - IRCICA Award daripada OIC

Research Centre for Islamic Culture & Art (2003) (vi)


Muzium Kesenian Islam Montblanc Arts & Patronage
Award daripada Paris-based Montblanc Cultural Foundation
(2003) (vii) Malaysias Chosen One Majalah Time (2002)
Copy the BEST Traders and Make Money :
http://bit.ly/fxzulu
Copy the BEST Traders and Make Money :
http://bit.ly/fxzulu

SUMBANGAN
Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) AlBukhary pada 1996 yang telah membina dan
menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta
di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja
amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan
Perak. Melalui Yayasan ini, sebanyak RM1 Bilion telah
disumbangkan/ didermakan untuk membiayai pelbagai
program kebajikanMenerusi Program Tuisyen Albukhary
pada 2001,sebanyak 500 pusat tuisyen telah
ditubuhkan.Setiap tahun lebih 22,000 pelajar menyertai
kelas itu dan mereka yang berjaya cemerlang menerima
biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat
tinggi.Setiap guru tuisyen dibayar RM40 sejam untuk
mengajar Sains dan Matematik dan Bahasa Inggeris.
Bantuan turut disalurkan kepada ke negara Pakistan,
Uganda, Afrika Selatan dan Lebanon dengan 300
pemegang Biasiswa Albukhary dari lebih 47 buah negara
Islam kini belajar di Malaysia.Beliau menubuhkan
universiti swasta, Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU)
di Alor Setar, Kedah pada 2010. Bekas Naib
Canselor USM Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dilantik sebagai
Naib Canselor AIU.Kampus AIU terletak di dalam Pusat
Ilmu Sharifah Rokiah di Jalan Tun Abdul Razak di Alor
Setar.Pusat Perubatan Albukhary di Kompleks Albukhary
di Alor Setar dilengkapi dengan pusat dialisis dan
mempunyai 36 unit mesin Haemodialysis secara
percuma. Menerusi Yayasan al Bukhary, 20 buah masjid
dibina dan membaik pulih Masjid Negara supaya terang
dan bercahaya. Antaranya ialah masjid di Rantau (RM7.9
juta - 2500 jemaah); Seremban (RM7.5 juta -3000 jemaah)
Kampong Paroi, Kuala Pilah, Pedas Tengah, Rembau dan

Taman Anggerik, Batu Kikir. Yayasan juga


membina Muzium Kesenian Islam (RM70 juta) pada 1998.
Yayasan ini juga membiayai golongan fakir terutama
imam, bilal dan siak Masjid untuk menunaikan Haji setiap
tahun.Kompleks al-Bukhary bernilai RM400 juta di Kedah
siap pada 2004. Kompleks itu lengkap dengan pelbagai
kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat
komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua
dan pusat pengajian tinggi. Muzium Kesenian Islam
Malaysia di Kuala Lumpur bernilai RM100 juta. Muzium
empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia
Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam.Pada tahun
2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75
juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat
pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan alBukhary juga kini sedang membantu Institut
Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi
mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia
(AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Yayasan al-Bukhary juga
menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek
Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi
mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di
luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para
pelajar yang kurang mampu.
Posted by Ikmal Hafiz Jaswar at 07:43

You might also like