You are on page 1of 16

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

NO. KES : 10/4 1333/13


ANTARA
SIVA A/L SUNDRAM
DAN
SY DOMINANT SDN. BHD
NO.

AWARD: 1001 TAHUN 2016

Di Hadapan

Tempat

Y.A. DATO' RASIDAH BINTI HJ. CHIK


- Pengerusi
Mahkamah Perusahaan Malaysia, Cawangan Perak

Tarikh Rujukan

2 September 2013

Tarikh Sebutan

7 November 2013, 12 Februari 2014,


27 Oktober 2014

Tarikh Bicara

25 November 2014

Representasi

Encik Ponnusami
Setiausaha Agung
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
(Wakil Pihak Yang Menuntut)
Dato Thavalingam & Encik Logananth
Tetuan Lee Hishamuddin Allen & Gledhill
Peguambela & Peguamcara
(Peguam Pihak Syarikat)

Rujukan

Ini adalah satu rujukan di bawah Seksyen 20(3), Akta Perhubungan Perusahaan
1967 yang timbul dari pembuangan kerja Encik Siva a/l Sundram (selepas ini
disebut sebagai Pihak Menuntut) oleh SY Dominant Sdn. Bhd. (selepas ini
disebut sebagai Pihak Responden) pada 28.02.2013. Kes ini telah dirujuk oleh Y.
B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia melalui rujukan bertarikh 2.9.2013 dan telah
di terima oleh bahagian pendaftaran kes Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur
pada 27.9.2013.

AWARD
Latar belakang Kes

1. Pihak Menuntut mula bekerja dengan Pihak Responden pada 1.6.2012


sebagai Network Operations Manager dan gaji terakhir beliau adalah
RM7,000.00 sebulan. Surat lantikan adalah seperti yang terdapat
dimukasurat 1-3 COB-1. Pihak Menuntut telah diletakkan di bawah
tempoh percubaan selama 6 (enam) bulan mulai dari tarikh beliau mula
bekerja dengan Pihak Responden, iaitu dari 1.6.2012 sehingga
30.11.2012. Melalui surat bertarikh 1.12.2012 (m.s 4 COB-1), Pihak
Responden telah melanjutkan tempoh percubaan ini selama 3 (bulan)
lagi iaitu sehingga 28.2.2013 (rujuk surat bertarikh 1.12.2012, m.s 4
COB-1) untuk memberi peluang kepada Pihak Menuntut memperbaiki
dan meningkatkan lagi prestasi kerjanya.

Melalui surat bertarikh

1.3.2013 (m.s 39 COB-1) Pihak Menuntut dimaklumkan bahawa setelah


menilai dan mengkaji prestasi kerja beliau selama 9 bulan tersebut,
2

Pihak Responden memutuskan untuk tidak mengesahkan Pihak


Menuntut dalam jawatannya dan dengan itu perkhidmatan beliau tamat
pada 1.3.2013.

2. Tidak berpuashati dengan keputusan Pihak Responden ini, Pihak


Menuntut

telah membuat representasi ke Jabatan Perhubungan

Perusahaan. Usaha-usaha rundingan damai telah gagal mencapai


sebarang penyelesaian dan dengan itu representasi ini telah dirujuk
kepada Y.B. Menteri Sumber Manusia. Setelah menimbang rayuan yang
dikemukakan, Y.B. Menteri telah merujuk perkara ini ke Mahkamah
Perusahaan melalui rujukan bertarikh 2.9.2013 untuk satu keputusan
dibuat mengenainya.

3. Pihak Menuntut menyatakan tindakan Pihak Responden untuk tidak


mengesahkan beliau dalam jawatannya adalah satu amalan perburuhan
yang tidak adil, dibuat secara bad faith dan menyalahgunakan prerogatif
pihak pengurusan dan telah dibuat tanpa sebab atau alasan yang adil.

4. Pihak Responden menyatakan dalam tempoh percubaan tersebut,


beberapa perjumpaan telah diadakan untuk menilai prestasi kerja Pihak
Menuntut sebagai Network Operations Manager. Dalam perjumpaanperjumpaan tersebut, Pihak Responden juga turut menerangkan kepada
Pihak Menuntut untuk menyediakan dan seterusnya mengemukakan
Service Level Agreement (SLA) kepada pelanggan-pelanggan dalam
tempoh masa yang telah ditetapkan. Ini adalah bertujuan untuk
memudahkan proses pembayaran yang perlu dibuat oleh pelanggan
kepada Pihak Responden.

Walaupun Pihak Responden telah


3

menekankan perkara ini kepada Pihak Menuntut, namun Pihak Menuntut


gagal untuk menunjukkan sebarang perubahan.

5. Atas alasan tersebut maka Pihak Responden memutuskan untuk


melanjutkan tempoh percubaan selama 3 (bulan) lagi iaitu dari 1.12.2012
sehingga 28.2.2013 bertujuan memberi peluang kepada Pihak Menuntut
untuk memperbaiki prestasi kerjanya untuk membuktikan beliau wajar
disahkan dalam jawatannya. Walaupun telah diberi peluang oleh Pihak
Responden, namun dalam tempoh lanjutan tersebut, Pihak Menuntut
didapati masih gagal untuk menyediakan dan mengemukakan SLA tepat
pada masanya dan langsung tidak menunjukkan sebarang usaha untuk
memperbaiki prestasi kerjanya. Oleh sebab itu melalui surat bertarikh
1.3.2013, Pihak Menuntut dimaklumkan bahawa beliau tidak disahkan
dalam jawatannya sebagai Network Operations Manager dan dengan itu
perkhidmatan

beliau

tamat

pada

1.3.2013.

Pihak

Responden

menegaskan berdasarkan kepada alasan-alasan diatas, keputusan


untuk tidak mengesahkan Pihak Menuntut telah dibuat

dengan sebab

atau alasan yang adil.

Kes Pihak Responden

6. Pihak Responden telah mengemukakan 2 orang saksi dalam


perbicaraan kes ini. Saksi pertama adalah Encik Ang Keng Hoe, yang
bertugas sebagai Pengarah Urusan Pihak Responden ketika itu.
Menurut saksi ini tugas Pihak Menuntut sebagai Network Operations
Manager adalah sepertimana yang terdapat di mukasurat 5-7 COB-1.
4

Antara tugas Pihak Menuntut adalah untuk mengemukakan SLA pada


7hb.setiap bulan. SLA ini perlu disediakan dan dikemukakan pada masa
yang tepat setiap bulan memandangkan SLA tersebut diperlukan oleh
pelanggan untuk memudahkan proses pembayaran kepada Pihak
Responden. Menurut COW-1 lagi walaupun Pihak Responden telah
beberapa kali menekankan kepada Pihak Menuntut betapa pentingnya
SLA ini disediakan dan dikemukakan pada masa yang ditetapkan namun
begitu Pihak Menuntut didapati masih gagal untuk mengemukakan SLA
bagi tempoh Jun 2012 hingga Januari 2013 tepat pada masa yang
ditetapkan.

Kegagalan

Pihak

Menuntut

menyediakan

dan

mengemukakan SLA ini dalam masa yang ditetapkan membuktikan


Pihak Menuntut telah gagal mencapai tanda aras (benchmark) yang
beliau tetapkan sendiri.

7. Selanjutnya COW-1 menyatakan kegagalan untuk menyediakan dan


mengemukakan SLA dalam masa yang telah ditetapkan akan memberi
impak yang besar kepada aliran tunai syarikat Responden. Menurut
COW-1 lagi terdapat beberapa keadaan dimana akibat dari kegagalan
Pihak Menuntut mengemukakan SLA dalam masa yang ditetapkan, telah
menyebabkan
Responden,

pembayaran
ini

dengan

yang

lewat

sendirinya

dibuat

akan

kepada

mengakibatkan

syarikat
Pihak

Responden mengalami masalah dana yang tidak mencukupi untuk


membiayai operasi syarikat termasuklah untuk membayar gaji pekerjapekerja. Ini seterusnya

menyebabkan Pihak Responden terpaksa

membuat pembiayaan jangka pendek tetapi perlu membayar kadar


faedah komersil bagi pinjaman-pinjaman tersebut.

8. Mengikut COW-1 kegagalan Pihak Menuntut untuk menyiapkan dan


mengemukakan SLA dalam tempoh yang ditetapkan adalah seperti
berikut:

Bulan

2012

Tarikh SLA sepatut

Tarikh SLA

nya dikemukakan

dikemukakan

7Julai 2012

27 Julai 2012

1.

Jun

2.

Julai 2012

7 Ogos 2012

16 Ogos 2012

3.

Ogos 2012

7 September 2012

20 September 2012

4.

September

7 Oktober 2012

16 Oktober 2012

7 November 2012

26 November 2012

7 Disember 2012

5 Januari 2013

7 Januari 2013

8 Februari 2013

7 Februari 2013

1 Mac 2013

2012
5.

Oktober
2012

6.

November
2012

7.

Disember
2012

8.

Januari
2013

9. Seterusnya COW-1 menyatakan Pihak Responden melalui surat


bertarikh 1.12.2012 telah memaklumkan kepada Pihak Menuntut
bahawa tempoh percubaan beliau dilanjutkan selama 3 (tiga) bulan lagi
mulai 1.12.2012 sehingga 28.2.2013 bertujuan memberi peluang kepada
beliau memperbaiki

prestasi kerja beliau untuk mewajarkan beliau

disahkan dalam jawatannya. Walau bagaimanapun Pihak Menuntut


gagal menunjukkan sebarang peningkatan kepada prestasi kerjanya
6

dalam tempoh lanjutan tersebut dan beliau didapati masih gagal untuk
menyiapkan dan mengemukakan SLA tepat pada masa yang telah
ditetapkan.

10. COW-2 pula adalah Pengarah syarikat Responden. Mengikut COW-2


Pihak

Menuntut telah ditawarkan dengan jawatan sebagai Network

Operations Manager dengan gaji sebanyak RM7000.00 sebulan mulai


1.6.2012 dan diletakkan dibawah tempoh percubaan selama 6 bulan
(rujuk Surat Lantikan Kerja di m.s 1-3 COB-1). Menurut beliau lagi,
Pihak Menuntut telah diberi peluang untuk memperbaiki prestasi
kerjanya apabila tempoh percubaannya telah dilanjutkan selama 3 (tiga)
bulan lagi sehingga 28.2.2013. Surat lanjutan tempoh percubaan ini
adalah seperti yang dapat dilihat dimukasurat 4 COB-1. Dalam surat ini
juga Pihak Menuntut telah diminta untuk menunjukkan usaha-usaha
yang serius bagi memperbaiki prestasi kerja untuk mewajarkan beliau
disahkan dalam jawatannya.

11. Menurut COW-2 akibat dari kegagalan Pihak Menuntut untuk


menyiapkan dan mengemukakan SLA dalam tempoh masa yang
ditetapkan, Pihak Responden terpaksa membuat pinjaman sebanyak
RM1.404 juta dari syarikat Seri Yakin Sdn. Bhd. dan ini dibuktikan melalui
dokumen-dokumen yang terdapat di mukasurat 1-5 COB-2.

12. Selanjutnya COW-2 menyatakan melalui surat bertarikh 1.3.2013, Pihak


Responden telah memaklumkan kepada Pihak Menuntut bahawa beliau
7

tidak disahkan dalam jawatannya setelah prestasi kerja beliau diteliti dan
dinilai sepanjang tempoh percubaan selama 9 bulan itu dan dengan itu
perkhidmatan beliau tamat pada 1.3.2013.

Kes Pihak Menuntut

13. Pihak Menuntut menyatakan beliau telah diambil bekerja sebagai


Network Operations Manager dengan Pihak Responden mulai 1.6.2012
dengan gaji sebanyak RM7000.00 sebulan. Beliau juga tertakluk kepada
tempoh percubaan selama 6 bulan. Selepas tamat tempoh percubaan 6
bulan ini, Pihak Responden telah melanjutkan tempoh percubaan beliau
selama 3 bulan lagi iaitu dari 1.12.2012 sehingga 28.2.2013. Beliau ada
berjumpa dengan Penyelia beliau untuk mendapatkan penjelasan
berkaitan dengan tempoh percubaan beliau yang telah dilanjutkan dan
beliau dimaklumkan ini adalah berkaitan dengan prestasi kerja beliau
yang tidak mencapai tahap seperti yang diharapkan. Pihak Menuntut
selanjutnya menyatakan pada 19.12.2012, beliau telah mengalami
kemalangan dan telah diberi cuti sakit sehingga 27.1.2013 dan diikuti
dengan sijil kerja ringan mulai 28.1.2013 sehingga 2.4.2013. Pihak
Menuntut juga menyatakan walaupun beliau diberi cuti sakit, tetapi beliau
masih menjalankan kerja-kerjanya dari rumah. Menurut beliau lagi,
kebiasaannya beliau akan mengambil masa selama 20 hari untuk
menyediakan SLA.

Undang-Undang

14. Adalah menjadi undang-undang yang kukuh bahawa seseorang pekerja


dalam percubaan tidak mempunyai hak substantif untuk memegang
jawatan yang dipegang itu ataupun memegang lien atas jawatan tersebut
selepas tamat tempoh percubaan kontraktual yang telah dipersetujui
oleh kedua-dua pihak. Apabila tempoh percubaan tersebut tamat, maka
terpulanglah kepada Pihak majikan sama ada untuk mengesahkan
perkhidmatan pekerja dalam percubaan tersebut atau sebaliknya.
Undang-undang adalah mantap iaitu pekerja dalam percubaan tidak
mempunyai hak untuk disahkan dalam jawatan mereka.

Sekiranya

majikan berpuashati dengan munasabah bahawa seseorang pekerja


dalam percubaan tersebut tidak sesuai dengan jawatan itu, maka
majikan boleh tidak mengesahkan pekerja itu. Rujuk kes Equitorial
Timber Moulding Sdn. Bhd. v. John Micheal Crosskey, Kuching
[1986] 2 ILR 1666, dan Vikay Technology Sdn. Bhd. v. Ang Seng Sew
[1993] 1 ILR 90.

15. Lord Denning dalam kes Alidair v. Taylor [1993] ICR 445 telah
memutuskan majikan tidak perlu membuktikan seseorang pekerja dalam
percubaan itu tidak mampu atau tidak cekap untuk menjalankan
tugasnya,

sebaliknya

adalah

mencukupi

sekiranya

majikan

mempercayai atas alasan-alasan yang munasabah bahawa pekerja


tersebut tidak mampu atau tidak cekap dalam menjalankan tugasnya.

16. Walau bagaimanapun hak majikan untuk menamatkan pekerja dalam


percubaan perlulah dilaksanakan dengan good faith kerana hak
seseorang pekerja yang masih dalam percubaan adalah sama dengan
hak yang dimiliki oleh pekerja tetap. Oleh itu perkhidmatan mereka tidak
boleh ditamatkan tanpa sebarang sebab atau alasan yang adil. Ini adalah
9

seperti yang diputuskan dalam kes Khalilah Abbas v. Pesaka Capital


Corporation Sdn. Bhd. [1997]3 CLJ 827 iaitu:
The requirement of bona fide is essential in the dismissal of
an employee on probation but if the dismissal or termination is
found to be colourable exercise of the power to dismiss or as a
result of discrimination or unfair labour practice, the Industrial
Court has the jurisdiction to interfere and to set aside such
dismissal.

17. Sementara itu CP Mills dalam Industrial Disputes Law in Malaysia,


2nd. Edition di mukasurat 11 telah menyatakan seperti berikut:
The IC has held that employment of a person on probation
does not give the employer a right to terminate the contract at
his absolute discretion. Even at common law, the employers
right to determine the contract during the probationary period
depended on the employer being reasonably satisfied as to the
unsuitability of the employee. That is to say, the employers
decision should be made bona fide, not arbitrarily or
capriciously.

18. Dalam kes Equitorial Timber Moulding Sdn. Bhd. Kuching v. John
Micheal Crosskey [1986] 2 ILR 855 Mahkamah Perusahaan telah
menyatakan prinsip-prinsip seperti berikut:

10

Being a probationer, he has no substantive right to hold the


post. He holds no lien on the post. He is on trial to prove his
fitness for the post for which he offers his services. His
character, suitability and capacity as an employee is to be
tested during the probationary period and his employment on
probation comes to an end if during or at the end of probationary
period he is found to be unsuitable and his employer can
terminate his probation by virtue or otherwise as provided in the
terms of appointment.

19. Kesesuaian seseorang pekerja itu bukan hanya bergantung kepada


presatsi kerja pekerja itu sahaja, sebaliknya ia juga bergantung kepada
kelakuan, tingkahlaku, aptitude dan sikap pekerja itu berkaitan dengan
pekerjaan dimana pekerja tersebut diambil bekerja. Ujian sebenarnya
adalah sama ada pekerja dalam percubaan itu mempunyai skil yang
betul, kecekapan, perangai/tabiat, aptitude dan kesesuaian yang akan
membolehkan beliau disahkan dalam jawatannya. Oleh itu orang yang
paling sesuai untuk membuat penilaian keatas pekerja dalam percubaan
ini atas keperluan-keperluan yang dinyatakan diatas sudah tentulah
majikan itu sendiri.

20. Sekiranya

seseorang

pekerja

dalam

percubaan

itu

didapati

mempamerkan prestasi kerja yang tidak memuaskan, adalah menjadi


tugas Mahkamah untuk meneliti sama ada pekerja tersebut telah diberi
amaran terlebih dahulu atau dimaklumkan berkaitan dengan kekurangan
beliau dan sama ada walaupun amaran-amaran telah diberikan, pekerja

11

tersebut masih gagal untuk melaksanakan kerja beliau sepertimana yang


dikehendaki oleh majikan.

21. Dalam kes Kedah Marble Sdn. Bhd. v. Jaafar Mohamed [2000] 1 ILR
794 telah diputuskan seperti berikut:
As far as poor performance is concerned, the Industrial Court
has set down that in order to justify the dismissal of the Claimant
on this ground, the Company has to establish:

i.

that the Claimant was warned about his performance;

ii.

that the Claimant was accorded sufficient opportunity to


improve; and

iii.

that notwithstanding the above the Claimant failed to


sufficiently improve his performance.

22. Amaran-amaran berkaitan dengan prestasi kerja yang tidak memuaskan


ini tidak perlu diberikan dalam bentuk tulisan. Adalah memadai sekiranya
amaran-amaran tersebut diberikan dalam bentuk lisan, tetapi apa yang
penting adalah pihak syarikat telah memaklumkan kepada pekerja
tersebut mengenai kekurangan, ketidakcekapan dan prestasi yang tidak
memuaskan itu secara logik dan meyakinkan.

Isu

12

23. Isu yang perlu diputuskan disini adalah sama ada keputusan Pihak
Responden

untuk

tidak

mengesahkan

Pihak

Menuntut

dalam

jawatannya adalah satu keputusan yang dibuat dengan sebab atau


alasan yang adil.

Penilaian dan Dapatan

24. Pihak Menuntut dalam kes ini telah dilantik sebagai Network Operations
Manager dengan Pihak Responden. Dalam keterangannya beliau
mengakui telah menyediakan draf senarai tugasnya (m.s 5-7 COB-1).
Walaupun telah disediakan oleh beliau sendiri, namun beliau sendiri
gagal menjalankan semua tugas dan tanggungjawabnya selaras dengan
senarai tugas tersebut.

25. Antara tugas Pihak Menuntut adalah untuk menyediakan SLA dalam
masa yang ditetapkan. SLA ini perlu disediakan dalam masa yang
ditetapkan kerana ianya perlu dikemukakan kepada pelanggan untuk
membolehkan pelanggan membuat bayaran kepada Pihak Responden.
Walaupun Pihak Menuntut telah dimaklumkan mengenai betapa
pentingnya untuk SLA ini disediakan dalam masa yang telah ditetapkan,
namun Pihak Menuntut didapati masih gagal untuk menyiapkan dan
mengemukakan SLA tersebut pada masa yang ditetapkan. Kelewatan
untuk menyiapkan dan mengemukakan SLA ini adalah seperti yang di
nyatakan di paragraph 8 diatas. Pihak Menuntut tidak menafikan
dakwaan

Pihak

Responden

mengenai

kelewatan

beliau

untuk

menyiapkan dan mengemukakan SLA tersebut pada masa yang


13

ditetapkan, malah beliau sendiri mengakui mengenai kelewatan beliau


untuk menyiapkan dan mengemukakan SLA bagi tempoh Jun 2012
hingga Januari 2013.

26. Berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan,


Mahkamah juga mendapati Pihak Menuntut telahpun dimaklumkan oleh
Pihak Responden beberapa kali berkaitan dengan betapa pentingnya
untuk beliau menyediakan dan mengemukakan SLA dalam masa yang
ditetapkan

(m.s 11-35 COB-1).

Keterangan juga menunjukkan

kegagalan Pihak Menuntut untuk menyediakan dan mengemukakan SLA


dalam masa yang telah ditetapkan itu telah mengakibatkan

Pihak

Responden terpaksa membuat pinjaman sebanyak RM1,404,000.00 dari


Seri Yakin Sdn. Bhd. bertujuan untuk menstabilkan aliran tunai Pihak
Responden (rujuk m.s 1-5 COB-2).

27. Memandangkan Pihak Menuntut telah menunjukkan prestasi kerja yang


tidak memuaskan dalam tempoh percubaan beliau apabila beliau gagal
menyiapkan dan mengemukakan SLA dalam masa yang ditetapkan,
Pihak Responden telah memutuskan untuk menyambung tempoh
percubaan tersebut selama 3 bulan lagi semata-mata bertujuan untuk
memberi

amaran dan peluang kepada Pihak Menuntut untuk

meningkatkan prestasi kerjanya. Keputusan Pihak Responden untuk


melanjutkan tempoh percubaan ini dengan jelas menunjukkan Pihak
Responden telah memberi peluang dan amaran yang secukupnya
kepada Pihak Menuntut supaya beliau meningkatkan usaha untuk
melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan kepadanya dalam masa
yang telah ditentukan. Oleh itu tidak timbul isu bahawa Pihak Menuntut
14

tidak diberi peluang yang secukupnya sebelum Pihak Responden


memutuskan untuk tidak mengesahkan Pihak Menuntut dalam
jawatannya.

28. Melalui keterangan yang dikemukakan dalam perbicaraan ini juga


menunjukkan Pihak Menuntut tidak pada bila-bila masa membantah atas
lanjutan masa tempoh percubaan ini (rujuk m.s 4 COB-1). Seperti yang
dinyatakan diatas, keputusan untuk melanjutkan tempoh percubaan
tersebut sebenarnya semata-mata bertujuan untuk membantu Pihak
Menuntut memperbaiki prestasi kerjanya sebelum beliau dapat
diserapkan dan disahkan dalam jawatannya.

29. Walaupun Pihak Responden telah memberi peluang kepada Pihak


Menuntut

apabila

memutuskan

percubaannya, namun Pihak

untuk

melanjutkan

Menuntut telah gagal

tempoh

mengambil

kesempatan dan peluang yang diberikan itu. Beliau masih tidak


menunjukkan sebarang perubahan dalam tempoh lanjutan tersebut.
Memandangkan SLA merupakan dokumen yang penting yang perlu
disediakan dan dikemukakan dalam masa yang ditetapkan, maka sudah
tentu

Pihak

Responden

mengharapkan

agar

Pihak

Menuntut

menunjukkan kecekapan, etika dan aptitude yang tinggi dalam


melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini.

Malangnya

walaupun telah beberapa kali diberi amaran oleh Pihak Responden dan
tempoh percubaan yang telah dilanjutkan selama 3 bulan lagi, Pihak
Menuntut didapati telah gagal untuk memanfaatkan peluang yang
diberikan itu sebaliknya masih menunjukkan prestasi yang tidak
memuaskan

apabila masih

lagi

gagal untuk menyiapkan dan

mengemukakan SLA dalam masa yang ditetapkan.

15

30. Oleh yang demikian Mahkamah mendapati Pihak Responden


mempunyai sebab dan alasan yang adil untuk tidak mengesahkan Pihak
Menuntut dalam jawatannya dan seterusnya menamatkan perkhidmatan
Pihak Menuntut.

Kesimpulan

31. Sebagai kesimpulan, setelah meneliti dan menilai semua keteranganketerangan dan juga hujahan-hujahan bertulis yang dikemukakan di
Mahkamah dan pada masa yang sama kepada peruntukan seksyen
30(5) Akta, untuk bertindak mengikut ekuiti, hati nurani dan merit kes
tanpa memikirkan kepada perkara-perkara teknikal dan berbentuk
undang-undang, Mahkamah memutuskan Pihak Responden telah
berjaya

membuktikan

bahawa

keputusan

mereka

untuk

tidak

mengesahkan kerja Pihak Menuntut telah dibuat dengan sebab atau


alasan yang adil. Dengan itu Mahkamah menolak tuntutan Pihak
Menuntut.

DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH 29 OGOS 2016.


~ SIGNED ~

(DATO' RASIDAH BINTI HAJI CHIK)


PENGERUSI
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
CAWANGAN PERAK

16

You might also like