You are on page 1of 1

MUTAKHIR

Untuk s ebarang pertanyaan m engenai ik lan tek s , hubungi m uz ainy@m ediaprim a.com .m y untuk m ak lum at
lanjut.

Anak bunuh ibu kerana enggan beli telefon pintar


2014/04/05 - 19:32:45 PM

Emel Kaw an

Cetak

MIRI: Pertengkaran seorang ibu dan anak lelakinya yang dikatakan berkaitan pembelian telefon
pintar di sini, malam tadi berakhir dengan tragedi apabila wanita itu mati dipercayai ditikam
anaknya petang tadi.
Ketua Polis Miri, ACP Gan Tian Kee, berkata polis menahan remaja berusia 18 tahun itu untuk
membantu siasatan selepas menemui mayat wanita berusia 43 tahun itu di dalam keretanya di
tempat letak kereta berhampiran sebuah gelanggang tenis di sini pada 3 petang.
Beliau berkata, polis turut menemui
pisau yang disyaki digunakan untuk membunuh wanita itu yang bertugas sebagai guru tuisyen, di
dalam kereta itu.
"Polis menganggap kes bunuh ini selesai...pertengkaran wanita dan anak lelakinya dari malam
tadi berpunca daripada masalah keluarga," katanya di sini, hari ini.
Gan bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci masalah keluarga itu tetapi BERNAMA
difahamkan ia berpunca daripada keengganan ibu suspek membeli telefon pintar untuk anak
lelakinya yang tidak bekerja itu.
- BERNAMA

Tutup Iklan

You might also like